Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 151

ASPEK FIZIKAL DAN PSIKOSOSIAL DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAKMAL SAINS CIK NIDZAM CHE AHMAD KAMISAH OSMAN LILIA HALIM ABSTRAK KEMAJUAN: Kajian ini dijalankan dengan untuk tujuan untuk mengenalpasti tahap kesesuaian persekitaran fizikal sedia ada dan mengenalpasti persepsi terhadap persekitaran psikososial daripada perspektif guru dan pelajar. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan menentukan tahap kepuasan pelajar dan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam makmal sains. Seterusnya pengkaji cuba mengenal pasti aspek-aspek fizikal dan aspek-aspek psikososial yang mempunyai hubungan dengan tahap kepuasan pelajar. Akhir sekali hubungan antara aspek-aspek fizikal dengan aspek-aspek psikososial akan cuba diterokai. Data kajian diperolehi melalui instrumen soal selidik. Hasil dapatan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menunjukkan secara secara keseluruhanya persekitaran fizikal makmal sains adalah pada tahap sederhana manakala persekitaran psikososial dan tahap kepuasan terhadap pengajaran dan pembelajaran pula adalah memuaskan daripada persepsi guru dan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan perspektif yang signifikan tentang tahap kesesuaian persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan tahap kepuasan dalam kalangan guru berdasarkan lokasi dan mata pelajaran. Walaubagaimanapun di kalangan pelajar, didapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam persekitaran psikososial berdasarkan mata pelajaran. Tahap kepuasan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dalam makmal tidak berbeza di antara lokasi tetapi berbeza berbanding mata pelajaran. Seterusnya dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tentang aspek fizikal, psikososial dan tahap kepuasan di antara guru dan pelajar. Hasil analisis regresi berganda yang dijalankan mendapati terdapat sumbangan yang signifikan daripada sebelas pembolehubah yang dikaji ke atas tahap kepuasan guru dan pelajar. Akhirnya hasil dapatan juga menunjukkan terdapat kesan interaksi yang signifikan di antara aspek fizikal dan aspek psikososial ABSTRACT PROGRESS: This study was conducted for the purpose of identifying the suitability of the existing physical environment and perceptions of psychosocial environment from the perspective of teachers and students. In addition, the study also seeks to determine the satisfaction level of students and teachers on teaching and learning that occurs in the science laboratory. The relationship between physical and psychosocial aspects with the level of satisfaction in teaching and learning in science laboratory was also

makmal sains. Menurut Anderson. there are significant differences in the psychosocial environment based on subject among students. The analysis indicates that the overall physical environment of science laboratory is moderate while the psychosocial environment and levels of satisfaction with teaching and learning is satisfactory from the perceptions of teachers and students. Kilgour 2006). berkerjasama dalam kumpulan kecil dan berinteraksi secara terus dengan bahan atau dengan model untuk menyiasat sesuatu fenomena saintifik (KPM 2006. Results of multiple regression analysis revealed that there was a significant contribution of the eleven variables on the satisfaction level of teachers and students. semasa dan masa hadapan. The results were analyzed using descriptive analysis and inferential analysis to answer research questions. Data were collected through questionnaires. Ini kerana ia merupakan penilaian selepas penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan yang berlaku pada akhir proses psikologi pengguna (Yi dinyatakan dalam Guolla. The findings showed there were significant differences on physical. Dalam persekitaran ini. The level of students’ satisfaction of teaching and learning of science in the laboratory did not differ between locations. 1999). makmal berpotensi untuk melibatkan pelajar dalam penyiasatan authentik yang mana mereka boleh mengenalpasti sendiri masalah yang hendak dikaji. However. the results also showed that there was a significant interaction effect between physical and psychosocial aspects. psychosocial environment and levels of satisfaction among teachers based on location and subject. PENGENALAN Persekitaran pembelajaran ádalah merujuk kepada ruang yang diperuntukkan untuk pembelajaran (Tessmer & Harris 1992) sama ada bilik darjah. Kedua-dua komponen ini saling melengkapi antara satu sama lain dalam mencipta dan membentuk satu persekitaran pembelajaran dan menpengaruhi proses pembelajaran yang berlaku di dalamnya. Razak Habib 1995. pelajar dapat belajar secara aktif. Chiew 1997. Terdapat dua komponen utama dalam persekitaran pembelajaran iaitu komponen fizikal dan komponen psikososial (Mok Soon Sang 2008. Di sekolah. Zol Azlan Hamidin 2000). Zol Azlan Hamidin 2000. The findings also showed that there was no significant difference in perspective about the suitability of the physical environment. Fornell dan Lehmann (1994). KPM 1988. Noorashikin 2002. Ini kerana makmal mempunyai kelengkapan dari segi peralatan dan alat bantu mengajar.152 Cik Nidzam explored. but different from the subject. Hofstein & Lunetta 2003. kepuasan boleh dijadikan petunjuk penting terhadap prestasi masa lepas. Pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan akan memberi kesan kepada kepuasan guru dan pelajar. Hofstein dan Lunnetta 2003). pembelajaran sains kebanyakannya berlaku di makmal (Koe 1989. kawasan lapang atau pun pejabat. Chiappetta & Koballa 2006). mereka bentuk prosedur dan membuat kesimpulan (Chiappetta & Koballa 2006). psychosocial and satisfaction among teachers and students. Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan makmal sains dapat memberikan hasil yang positif di samping memperbaiki sikap dan minat pelajar terhadap sains (Rashidi Azizan & Abd. Finally. Sehubungan dengan itu. Dalam konteks .

Bryce & Roberston 1985. Kerangka konseptual kajian . kepuasan pelajar atau guru mungkin dipengaruhi oleh kualiti persekitaran bilik darjah (Guolla. Manakala menurut Pyatt & Sims (2007). KERANGKA KONSEPTUAL Berdasarkan model yang dikemukan oleh Gardnier (1989). Ini kerana kebanyakan makmal adalah jenis expository yang berpusatkan guru dan aktiviti makmal dijalankan mengikut langkah-langkah yang telah ditulis di bawah pengawasan pengajar. afektif dan matlamat amali (Hofstein & Mamlok-Naaman (2007). Blosser 1983. Bukan hanya pelajar tidak diberi kebebasan.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 153 pendidikan pula. kajian yang dilakukan gagal menunjukkan perhubungan di antara pengalaman di makmal dengan pembelajaran pelajar. satu kerangka konseptual telah dibina seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah: Persekitaran fizikal Perabot Ruang Teknologi Pencahayaan Kualiti udara dalaman Peralatan keselamatan Kepuasan      Persekitaran psikososial Kerjasama antara pelajar Peraturan yang jelas Kebebasan menjana idea Integrasi Persekitaran bahan Faktor Demografi  Lokasi  Mata pelajaran  Kumpulan       RAJAH 1. Hodson 1993. 2004. kecederaaan. Kajian-kajian ini telah diulas secara kritikal dalam tinjauan kepustakaan (Hofstein & Lunetta 1982. Daripada ulasan yang diberikan di dapati walaupun makmal sains telah diberi peranan yang penting dalam pembelajaran sains. malahan dan tidak dibenarkan untuk menyimpang daripada prosedur yang telah ditetapkan sekaligus meminimakan pembaziran masa. PERNYATAAN MASALAH Banyak kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran menggunakan aktiviti makmal dalam pendidikan sains dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar daripada aspek kognitif. 1999). Tobin (1990) pula menyatakan kerja amali tidak produktif dan mengelirukan kerana ianya kerap dilakukan tanpa tujuan yang jelas dan mencadangkan supaya perhatian yang lebih diberikan kepada apa yang sebenarnya pelajar lakukan dalam makmal sains. kerosakan bahan dan pembaziran bahan-bahan. di dalam makmal pelajar tidak diberi peluang untuk meneroka dan mencipta kefahaman mereka sendiri tentang fenomena yang dikaji. Lazarowitz & Tamir 1994).

kualiti udara dan aspek keselamatan) daripada pandangan guru dan pelajar. Untuk mengenal pasti persepsi guru dan pelajar tentang persekitaran pembelajaran psikososial sebenar dan diingini (aspek kerjasama antara pelajar. PERSOALAN KAJIAN PK1: PK2: Bagaimanakah keadaan sebenar makmal sains sedia ada di sekolah menengah di Selangor?. 5. ruang. Untuk mengenal pasti samada terdapat hubungan di antara aspek-aspek persekitaran fizikal dengan aspek-aspek psikososial dalam makmal sains di kalangan guru dan pelajar berdasarkan lokasi dan mata pelajaran. Untuk menentukan tahap kesesuaian persekitaran pembelajaran fizikal makmal sains (aspek perabot. pencahayaan. Untuk mengenal pasti samada terdapat perhubungan di antara aspek-aspek persekitaran fizikal. 8. Untuk mengenal pasti samada terdapat perbezaan pandangan tentang tahap kesesuaian persekitaran fizikal makmal sains. kebebasan menjana idea. integrasi. pencahayaan. Untuk menerangkan keadaan makmal sains sedia ada di sekolah menengah di Selangor. persepsi tentang persekitaran psikososial sebenar dan diingini. PK3: PK4: PK5: . 6. 7. aspek-aspek persekitaran psikososial dengan tahap kepuasan pelajar terhadap pembelajaran dalam makmal sains di kalangan guru dan pelajar berdasarkan lokasi dan mata pelajaran. Berdasarkan dapatan di atas. Untuk mengenalpasti tahap kepuasan guru dan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam makmal sains sekolah. kebebasan menjana idea. kajian ini cuba untuk mencadangkan satu model yang menghubungkan persekitaran fizikal dan persekitaran psikososial dalam makmal sains. tahap kepuasan tentang pengajaran dan pembelajaran sains di antara guru dan pelajar berdasarkan lokasi dan matapelajaran. kualiti udara dan aspek keselamatan) daripada daripada perspektif guru dan pelajar? Apakah persepsi guru dan pelajar tentang persekitaran pembelajaran psikososial sebenar dan diingini (aspek kerjasama antara pelajar. Apakah tahap kesesuaian persekitaran pembelajaran fizikal makmal sains (aspek perabot. 2. Apakah tahap kepuasan guru dan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam makmal sains sekolah? Adakah terdapat perbezaan persepsi tentang aspek-aspek psikososial sebenar dan diingini di kalangan guru dan pelajar? 3. ruang.154 Cik Nidzam OBJEKTIF KAJIAN 1. kejelasan peraturan dan persekitaran bahan) dalam makmal sains sekolah. integrasi. kejelasan peraturan dan persekitaran bahan) dalam makmal sains sekolah?. teknologi. 4. teknologi.

ruang pembelajaran. ruang pembelajaran. integrasi. kebebasan menjana idea. PK12: Adakah terdapat kesan interaksi yang signifikan di antara pembolehubahpembolehubah perabot dan perlatan. kejelasan peraturan dan persekitaran bahan dalam makmal sains di kalangan guru dan pelajar? METADOLOGI Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantatif. pencahayaan. teknologi. integrasi. kualiti udara dan aspek keselamatan) dan aspek-aspek persekitaran psikososial (kerjasama antara pelajar. kejelasan peraturan dan persekitaran bahan) (sebenar dan diingini) dan tahap kepuasan di antara guru dan pelajar?. kejelasan peraturan dan persekitaran bahan) terhadap tahap kepuasan guru dan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam makmal sains. .Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 155 PK6: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi aspek-aspek fizikal (perabot. kebebasan menjana idea. aspek-aspek psikososial (kerjasama antara pelajar. ruang pembelajaran. Seramai 800 orang guru sains dan 800 orang pelajar tingkatan 4 terlibat dalam kajian ini. kebebasan menjana idea. teknologi. ruang pembelajaran. penchayaaan. Analisis data kajian menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. kualiti udara dan aspek keselamatan). kualiti udara dan aspek keselamatan terhadap dengan pembolehubah kerjasama antara pelajar. teknologi. integrasi kejelasan peraturan dan persekitaran bahan) makmal dingini dari persepsi guru dan pelajar berdasarkan mata pelajaran dan lokasi? PK9: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kepuasan terhadap pengajaran dan pembelajaran sains di makmal dari perspektif guru dan pelajar berdasarkan mata pelajaran (untuk makmal sebenar dan diingini) dan lokasi? PK10: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi tahap kesesuaian aspek-aspek fizikal (perabot. PK11: Adakah terdapat kesan interaksi di antara aspek-aspek persekitaran fizikal (perabot. pencahayaan. Data diperolehi melalui instrumen soal selidik. kebebasan menjana idea. pencahayaan. kualiti udara dan aspek keselamatan) dari perspektif guru dan pelajar berdasarkan mata pelajaran dan lokasi? PK7: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi psikososial (kerjasama antara pelajar. teknologi. kebebasan menjana idea. integrasi. Kajian dilakukan terhadap persekitaran pembelajaran fizikal dan persekitaran psikososial makmal sains di sekolah menengah di Selangor. integrasi kejelasan peraturan dan persekitaran bahan) makmal sebenar dari persepsi guru dan pelajar berdasarkan mata pelajaran dan lokasi? PK8: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi psikososial (kerjasama antara pelajar.

SD=0.71).5 buah.67) adalah pada tahap sederhana.23.79) manakala aspek perabot (min=3. dengan kabinet di bahagian bawah dan sinki dibahagian tengah meja (1 sinki untuk 4 pelajar).77).9%). Sd=0.76. guru memberikan penilaian positif yang menunjukkan terdapat amalan yang baik dalam aspek kerjasama antara pelajar (min=3. ruang (min=3.54) dan persekitaran bahan (min= 3. SD=0. SD=0.89) dan aspek keselamatan (min=3.67.36.156 Cik Nidzam DAPATAN KAJIAN Keadaan Persekitaran Makmal Sains Sedia Ada Dapatan kajian ini diperolehi melalui analisis deskriptif dan menggunakan nilai frekuensi dan peratusan.85).62.60. Dapatan terakhir menunjukkan kebanyakkan makmal yang dikaji menpunyai bilangan pelajar dalam julat 21. Persektif Pelajar Daripada perspektif pelajar pula. kualiti udara (min=2.55).30 (43%) dan dalam julat 31-40 (43.37.30. SD=0. Pencahayaan dalam makmal kebanyakkannya adalah gabungan cahaya lampu dan cahaya semulajadi.62. SD=0. Guru memberikan skor tinggi untuk aspek aspek pencahayaan (min=3. Dalam kebanyakan makmal sains.67) dan teknologi (min=3. SD=0. Sd=0. secara keseluruhannya tahap kesesuaian persekitaran fizikal adalah pada tahap sederhana. kejelasan peraturan (min=3.63) adalah pada tahap sederhana. integrasi (min=3. SD= 0.76. SD=0.78.93. Manakala 48. SD=0.66) manakala memberikan penilaian yang tidak memuaskan bagi aspek kebebasan menjana idea . SD=0.5% mempunyai kipas berfungsi sebanyal 6-10 buah.53.67. Kerusi kayu dalam makmal kebanyakannya berbentuk bulat manakala kebanyakan makmal mempunyai ruang seluas 2-4 kaki untuk pergerakan pelajar dan guru (ruang di antara meja makmal). SD=0. Tahap Kesesuaian Aspek Fizikal Persekitaran Pembelajaran Makmal Sains daripada Perspektif Guru dan Pelajar Perspektif Guru Dapatan ini juga diperoleh melalui analisis deskriptif menggunakan nilai min dan sisihan piawai. teknologi (min=3.76) manakala aspek perabot (min-3. Hasil analisis mendapati secara keseluruhannya makmal sains mempunyai meja berbentuk segi empat tepat yang disusun dalam barisan.99. SD=0. terdapat satu komputer untuk kegunaan guru dan hampir tiada komputer untuk pelajar.99.95). Persepsi Guru Dan Pelajar terhadap Aspek Psikososial dalam Persekitaran Makmal Sains Persepsi Guru: Persekitaran Makmal Sains Sebenar dan Makmal Diingini Daripada aspek psikososial makmal sains sebenar. Pelajar memberikan skor yang tertinggi untuk aspek pencahayaan (min=3. Sd=0. Dapatan juga menunjukkan sebanyak 50% makmal yang dikaji dilengkapi dengan kipas yang bilangannya berjulat di antara 1. SD=0. kualiti udara (min=3.37) dan ruang (min=3.95) dan aspek keselamatan (min=3. Hasil analisis menunjukkan daripada perspektif guru.52). secara keseluruhannya tahap kesesuaian persekitaran fizikal juga pada tahap sederhana.

76) terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam makmal sains. kebebasan menjana idea (t= -30.74.59. SD=0. SD=0. kebebasan menjana idea (t= -25.68) terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam makmal sains sebenar.05).05) dan persekitaran bahan (t=-22. p<0.14.78).11.57.62).13.05).p< 0.58). Dapatan ini menunjukkan guru akan lebih berpuas hati (min=4.42.54. SD=0.76) manakala memberikan penilaian yang tidak memuaskan bagi aspek kebebasan menjana idea (min=2. Dapatan juga menunjukkan guru menunjukkan tahap kepuasan yang baik (min=3.03. p< 0.75). SD=0. df=799.08. SD=0.72.66).62).05).65.05). kejelasan peraturan (min=3.05) dan persekitaran bahan (t=-17.41. SD=0.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 157 (min=2. Dapatan ini menunjukkan pelajar akan lebih berpuas hati (min=4. df=799. integrasi (t= -8. integrasi(min=4.99. p<0. SD=0.65) dan persekitaran bahan (min=3. SD=0.48. Daripada aspek psikososial makmal sains diingini pula. SD=0. df=799.05) bagi makmal yang diingini adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan purata skor untuk makmal sebenar. Ini menunjukkan guru masih belum berpuas hati dengan aspek psikososial persekitaran pembelajaran sedia ada dan menginginkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik dalam semua skala yang di kaji. SD=0.02. df=799. kebebasan menjana idea (min=3.16. SD=0.df=799. kejelasan peraturan (min=3. integrasi (min=4.82.67).78. SD=0. guru memberikan penilaian positif (skor yang lebih tinggi untuk semua skala) yang menunjukkan keperluan untuk amalan yang lebih baik dalam aspek kerjasama antara pelajar (min=3.05). df=799. SD=0.70). p<0. p< 0. df=799. Daripada aspek psikososial makmal sains diingini pula. kejelasan peraturan (min=4.85. integrasi (t= -5.54.64) dan persekitaran bahan (min=4. SD=0.91.02.60.40.80). Persepsi Pelajar Analisis ujian-t menunjukkan purata skor pelajar untuk variabel kerjasama antara pelajar (t=-16. Perbezaan Perbezaan Persepsi terhadap Persekitaran Makmal Sains Sebenar dan Diingini di Kalangan Guru dan Pelajar Persepsi Guru Analisis ujian-t menunjukkan purata skor guru untuk variabel kerjasama antara pelajar (t= -16. kejelasan peraturan (t= -11.96. kebebasan menjana idea (min=3.p< 0.df=799.00. SD=0.81) sekiranya berlaku peningkatan dalam amalan yang dikaji dalam makmal sains Persepsi Pelajar: Persekitaran Makmal Sains Sebenar dan Makmal Diingini Daripada aspek psikososial makmal sains sebenar. pelajar juga memberikan penilaian positif (skor yang lebih tinggi untuk semua skala) yang menunjukkan keperluan untuk amalan yang lebih baik dalam aspek kerjasama antara pelajar (min=4. pelajar memberikan penilaian positif yang menunjukkan terdapat amalan yang baik dalam aspek kerjasama antara pelajar (min=3. SD=0. SD=0.57.09. Dapatan juga menunjukkan pelajar menunjukkan tahap kepuasan yang baik (min=3.73) . df=799.05). SD=0. p<0. integrasi (min=3. p<0. df=799.05) bagi makmal yang . SD=0. kejelasan peraturan (t= -8.87). SD=0.76) sekiranya berlaku peningkatan dalam amalan yang dikaji dalam makmal sains. p<0.21.59.59) dan persekitaran bahan (min=4.

Seterusnya ujian kesan dilakukan dengaan pelarasan tahap alpha Benferroni 0. saiz sampel yang kecil atau bilangan sampel yang tidak sama. p = 0.520 dan p= 0.24 (p > 0. kimia. p = 0. Hasil analisis juga menunjukkan tidak terdapat kesan utama variabel bebas lokasi dengan nilai Pillai’s Trace= 0.981.008 (0. 2289) = 1. F (18.00].075.009 F (6. Daripada perspektif pelajar. p= 0. F (6. F (18.05) yang signifikan terhadap variabel-variabel bersandar dalam kajian. Perbezaan Aspek Fizikal (Perabot. Kualiti udara dalam makmal untuk mata pelajaran sains adalah lebih baik berbanding dengan makmal untuk mata pelajaran kimia diikuti makmal untuk mata pelajaran fizik.763) = 4.2289) = 0. Keputusan ini . fizik dan sains. Seterusnya keputusan ujian Pillai’s Trace juga menunjukkan terdapat kesan interaksi yang makmal*lokasi dengan nilai Pillai’s Trace =0.045.05/6).205 dan p = 0.062) dan dengan kualiti udara dalam makmal untuk mata pelajaran fizik (min=2. dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya terdapat kesan utama variabel bebas mata pelajaran dengan nilai Pillai’s Trace= 0. Analisis mendapati.062).05).420.012.763) =8.05) terhadap variabel yang dikaji.941.238. ujian statistik Pillai’s Trace digunakan disebabkan ia lebih sesuai bagi menghadapi data yang bermasalah seperti tidak memenuhi andaian.321 (p > 0.758)= 1.055.012 (p<0.330. Ini menunjukkan pelajar masih belum berpuas hati dengan aspek psikososial persekitaran pembelajaran sedia ada dan menginginkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik dalam semua skala yang di kaji. F (18. s. Analisis selanjutnya dengan menggunakan tahap alpha Bonferroni 0. s. s.05/6) menunjukkan tidak terdapat sebarang kesan lokasi yang signifikan terhadap enam pemboleh ubah bebas dalam kajian.p= 0.158 Cik Nidzam diingini adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan purata skor untuk makmal sebenar.028. hasil analisis menunjukkan skor aspek keselamatan di makmal mata pelajaran sains (min=3.p =0. Teknologi.908.02 (p < 0.p= 0. dan aspek keselamatan [F ( 3.00 (p < 0.169. perbezaan yang signifikan daripada segi tahap kesesuaian kualiti udara [F (3. analisis data mendapati tidak terdapat perbezaan persekitaran fizikal berdasarkan mata pelajaran dengan nilai Pillai’s Trace = 0. p= 0.168. F(18.05) terhadap variabelvariabel bersandar dalam kajian. Ruang. s.2280)=1.p =0. Pencahayaan.95 ( p>0. Dengan menggunakan ujian ANOVA sehala dan perbandingan Post-Hoc menggunakan ujian Turkey menunjukkan nilai skor kualiti udara dalam makmal untuk mata pelajaran sains (min=3.383 dan p = 0. 761) = 2.05) terhadap variabel-variabel bersandar dalam kajian. 2280) = 3.062) berbeza secara signifikan dengan kualiti udara dalam makmal untuk mata pelajaran kimia (min=3.028. manakala terdapat perbezaan yang sigifikan berdasarkan lokasi nilai Pillai’s Trace = 0.05) dan seterusnya di dapati tidak terdapat kesan interaksi Mata pelajaran*Lokasi dengan nilai Pillai’s Trace = 0.60) di mana aspek keselamatan dalam makmal mata pelajaran sains adalah lebih baik daripada aspek keselamatan dalam makmal mata pelajaran fizik.p=0. Daripada perspektif guru. Kualiti Udara dan Aspek Keselamatan) Berdasarkan Mata Pelajaran dan Lokasi Bagi analisis MANOVA.104.00] di antara makmal untuk mata pelajaran biologi.008 (0.59) berbeza dengan signifikan berbanding dengan skor aspek keselamatan makmal mata pelajaran fizik (min=3. Dari segi aspek keselamatan. p=0. s.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 159 bermakna terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jenis makmal dan lokasi terhadap tahap kesesuaian perabot.763) =6.254). aspek integrasi [F ( 3. Seterusnya ujian kesan dilakukan dengaan pelarasan tahap alpha Benferroni 0. 2292) = 1. fizik dan sains. kebebasan menjana idea. p = 0.648 dan p = 0. Integrasi. Daripada aspek amalan integrasi pula. fizik dan sains daripada perspektif pelajar. kejelasan peraturan dan persekitaran bahan dari perspektif guru.551) berbanding dengan skor persekitaran bahan dalam makmal untuk mata pelajaran fizik (min=3.00].691).308. skor amalan integrasi di makmal mata pelajaran kimia berbeza dengan signifikan (min= 4. Kebebasan Menjana Idea. di antara makmal untuk mata pelajaran biologi. kebebasan menjana idea.518. Daripada perspektif pelajar.05)] terhadap variabel yang dikaji. p= 0.631). Seterusnya daripada aspek persekitaran bahan.629.01 (05/5). Kejelasan Peraturan dan Persekitaran Bahan) Berdasarkan Mata Pelajaran dan Lokasi (untuk Makmal Sebenar) Bagi analisis MANOVA. penelitian terperinci menggunakan ujian ANOVA sehala dan perbandingan Post-Hoc menggunakan ujian Turkey menunjukkan skor untuk amalan kerjasama antara pelajar di makmal mata pelajaran biologi (min= 3. integrasi. kimia.008 (0.017) berbanding skor untuk amalan integrasi dalam makmal untuk mata pelajaran fizik (min=3. 763) =5. kualiti udara dan aspek keselamatan dari perspektif pelajar.756.05) terhadap variabel-variabel bersandar dalam kajian. saiz sampel yang kecil atau bilangan sampel yang tidak sama.05)].05)]. Daripada perspektif guru. kimia. p=0. kejelasan peraturan dan persekitaran bahan di antara makmal bagi mata pelajaran biologi. .763) = 4. F (15.546 dan p = 0.00 (p < 0.05 (p > 0. Daripada aspek kerjasama antara pelajar.017 (p > 0.029.637 dan p= 0. Analisis mendapati terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi aspek kerjasama antara pelajar [F (3.864 (p>0. analisis MANOVA menunjukkan tidak terdapat kesan utama variabel bebas mata pelajaran [F (15.894) berbeza secara signifikan berbanding dengan amalan kerjasama dalam makmal mata pelajaran fizik (min= 3. p= 0. Perbezaan Aspek Pskososial (Kerjasama antara Pelajar. pencahayaan.762) = 1. skor untuk persekitaran bahan dalam makmal mata pelajaran sains berbeza secara signifikan (min=3. Keputusan ini bermakna tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara mata pelajaran dan lokasi terhadap amalan kerjasama antara pelajar. Keputusan ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi min kerjasama antara pelajar. 2283) = 3. tidak terdapat kesan utama variabel bebas lokasi yang signifikan [F (5. dan tidak terdapat kesan interaksi Makmal*Lokasi [F(15. integrasi.00]. analisis MANOVA menunjukkan terdapat kesan utama variabel bebas mata pelajaran dengan nilai Pillai’s Trace =0.05/6) menunjukkan tidak terdapat sebarang kesan interaksi matapelajaran*lokasi yang signifikan terhadap enam pemboleh ubah bebas dalam kajian. ruang pembelajaran.2292) = 0. Analisis selanjutnya dengan menggunakan tahap alpha Bonferroni 0. ujian statistik Pillai’s Trace digunakan disebabkan ia lebih sesuai bagi menghadapi data yang bermasalah seperti tidak memenuhi andaian. teknologi.00] dan aspek persekitaran bahan [f (3.

kimia. F(15. p>0. ujian ANOVA dua-hala yang dijalankan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tidak terdapat kesan utama mata pelajaran {F (3.976. p>0. F (5. variabel bebas lokasi dengan nilai Pillai’s Trace 0.759) = 1. integrasi.05 yang signifikan terhadap variabel-variabel bersandar dalam kajian. F(15. kebebasan menjana idea. P>0. kimia. Ini bermaksud tidak terdapat perbezaan persepsi guru terhadap aspek kerjasama antara pelajar. F (15. analisis data menunjukkan bahawa secara keseluruhanya tidak terdapat kesan utama variabel bebas mata pelajaran dengan nilai Pillai’s Trace = 0.160 Cik Nidzam Keputusan ujian juga menunjukkan bahawa secara keseluruhanya tidak terdapat kesan utama variabel bebas lokasi yang signifikan dengan nilai Pillai’s Trace = 0.882.2283= 1. Keputusan ujian Pillai’s Trace dalam Jadual ujian multivarian di atas menunjukkan bahawa secara keseluruhanya tidak terdapat kesan utama variabel bebas mata pelajaran dengan nilai Pillai’s Trace 0. kejelasan peraturan berdasarkan makmal untuk mata pelajaran biologi. integrasi.01 (0.252.05] terhadap variabel yang dikaji. Kebebasan Menjana Idea.2103) = 1. ujian statistik Pillai’s Trace digunakan disebabkan ia lebih sesuai bagi menghadapi data yang bermasalah seperti tidak memenuhi andaian.017. Kejelasan Peraturan dan Persekitaran Bahan) Berdasarkan Mata Pelajaran dan Lokasi ( untuk Makmal Diingini) Bagi analisis MANOVA. Daripada perspektif guru. F (5.05) dan tidak terdapat kesan interaksi Makmal*Lokasi dengan nilai Pillai’s Trace = 0.05. Seterusnya di dapati tidak terdapat kesan interaksi Makmal*Lokasi dengan nilai Wilks' Lambda = 0.05 terhadap variabel-variabel bersandar dalam kajian Perbezaan Aspek Psikososial (Kerjasama antara Pelajar.05.464 dan p = 0.759)= 1.008. integrasi. kebebasan menjana idea. yang signifikan terhadap variabel-variabel bersandar dalam kajian.356. p > 0.03 (p < 0.264. kejelasan peraturan adalah sama dan tidak berbeza dengan signifikan dalam persekitaran pembelajaran di makmal untuk matapelajaran biologi.026.008.05 dan kesan interaksi .016. saiz sampel yang kecil atau bilangan sampel yang tidak sama. F (15.28 (p > 0. Daripada perspektif pelajar. fizik dan sains. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi min kerjasama antara pelajar.476 dan p = 0. fizik dan sains dan walaupun berada di lokasi bandar atau luar bandar. Hasil analisis juga medapati terdapat kesan utama variabel bebas lokasi yang signifikan dengan nilai Pillai’s Trace = 0. p>0.564. p>0.476. F (5.699. Integrasi.2283) = 0.766)=0. kebebasan menjana idea.05 dan kesan interaksi makmal*lokasi dengan nilai Pillai’s Trace 0.017.2283)=0. Perbezaan Tahap Kepuasan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran dalam Makmal Sains Berdasarkan Mata Pelajaran dan Lokasi Daripada perspektif guru. p > 0.766)=0.05) lokasi [F (1.05/5) menunjukkan tidak terdapat sebarang kesan lokasi yang signifikan terhadap lima pemboleh ubah bebas dalam kajian.029.762) = 2. 2292)= 1. p> 0.882.05) terhadap variabel-variabel bersandar dalam kajian. kejelasan peraturan dan persekitaran bahan di antara makmal di bandar dan luar bandar. Analisis selanjutnya dengan menggunakan tahap alpha Bonferroni 0. Ini bermaksud tidak terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap aspek kerjasama antara pelajar. F(15.

535) pula lebih tinggi di lokasi luar bandar berbanding dengan skor untuk mata pelajaran kimia (min=3.05] terhadap variabel bersandar kepuasan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam makmal sains.888.05/6) menunjukkan secara signifikan.763)=6.633) dan sains (min=3. Analisis selanjutnya dengan menggunakan tahap alpha Bonferroni 0.763)=1. Data kajian menunjukkan bagi variabel bebas mata pelajaran.764) berbeza dengan signifikan dengan min skor tahap kepuasan bagi makmal mata pelajaran fizik (min=3.350) tersebut bagi kawasan bandar. Ini bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan daripada aspek perabot. Manakala skor tahap kepuasan untuk makmal mata pelajaran kimia (min =3. kimia.05} terhadap enam skala variabel bersandar secara keseluruhan.255.05] terhadap variabel bersandar tahap kepuasan Ini bermaksud tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kepuasan guru terhadap pengajaran dan pembelajaran berdasarkan makmal untuk mata pelajaran biologi.27). Daripada perspektif pelajar. . SD=0.1538)= 13.312. ruang pembelajaran. teknologi. Walaubagaimanapun. Perbezaan Aspek Fizikal. p>0.471) dan fizik (min=3. p> 0.709) dan fizik (min=3.720) di luar bandar. P < 0.423. P < 0. Data kajian menunjukkan skor tahap kepuasan untuk makmal mata pelajaran biologi (min= 3.763)=2. SD=0.81. Pemerhatian ke atas nilai min menunjukkan skor teknologi bagi setiap kumplan dalah berbeza dengan signifikan iaitu bagi guru (M= 3. Aspek Pskososial dan Tahap Kepuasan Berdasarkan Kumpulan Dalam aspek fizikal. pencahayaan. Tahap kepuasan terhadap pengajaran dan pembelajaran sains di makmal mata pelajaran lain tidak berbeza dengan signifikan. fizik dan sains dan lokasi (bandar dan luar bandar) dan interaksi makmal* lokasi.05] ke atas tahap kepuasan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam makmal sains. SD=0. p< 0. kumpulan merupakan faktor kepada aspek teknologi F (1.008 (0.177.766)=0. 1543) =12.008).533) dan sains (min=3.008) dan aspek keselamatan (F (1. ujian ANOVA dua-hala yang dijalankan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya terdapat kesan utama mata pelajaran [F (3. Seterusnya hasil analisis juga menunjukkan terdapat kesan interaksi mata pelajaram*lokasi [F (3. kualiti udara dan aspek keselamatan di antara guru dan pelajar.289. P<0. Ini bererti pelajar lebih berpuas hati dengan pengalaman pembelajaran yang berlaku di makmal untuk mata pelajaran sains berbanding dengan pengalaman pembelajaran dalam makmal mata pelajaran fizik. nilai min tahap kepuasan terhadap pengajaran dan pembelajaran di makmal bagi mata pelajaran sains (min=3. P< 0.557.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 161 makmal*lokasi [F (3.30) dan skor aspek keselamatan bagi guru (M=3.30) dan bagi pelajar (M=3. analisis MANOVA menunjukkan bahawa ada kesan utama variabel kumpulan yang signifikan {F (6.399.188. hasil analisis menunjukkan tidak terdapat kesan lokasi [F (1.05 terhadap variabel bersandar tahap kepuasan yang signifikan. SD=0.443). 1543) =28.808) di bandar lebih tinggi berbanding dengan skor tahap kepuasan untuk makmal mata pelajaran biologi (min=3.388.27) dan bagi pelajar (M=3.

753.21) di mana di dapati min skor guru adalah lebih tinggi berbanding pelajar dalam kesemua skala.967. 1543) =9. SD=0.028).607. kumpulan merupakan faktor kepada kebebasan menjana idea [F ( 1.034. SD=0.204.26) dan pelajar (M=3. SD=0. Analisis selanjutnya dengan menggunakan tahap alpha Bonferroni 0.22) adalah berbeza di mana skor guru adalah lebih tinggi dengan signifikan berbanding dengan skor pelajar. P < 0. SD=0.26) dan pelajar (M=4.478.22) dan skor kejelasan peraturan bagi guru (M=3. P< 0.172.21) dan bagi pelajar (M=3.839.172. Pemerhatian ke atas nilai min menunjukkan skor kebebasan menjana idea adalah berbeza iaitu bagi guru (M= 2. Penelitian ke atas nilai min menunjukkan skor kebebasan menjana idea guru (M= 3. kebebasan menjana idea. kejelasan peraturan dan persekitaran bahan dalam makmal sains sebenar di antara guru dan pelajar.485. SD=0. SD=0. integrasi. SD=0.138.025) dan corak dapatan yang sama juga diprolehi untuk skor tahap kepuasan diingini di mana skor guru (min=4. kebebasan menjana idea. 1543)= 30.420. Ini bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan daripada kerjasama antara pelajar.01] dan kejelasan peraturan [F (1.595. Dalam aspek psikososial bagi untuk makmal diingini. P< 0.843. 1543)=7.982. kumpulan merupakan faktor kepada tahap kepuasan terhadap pengajaran dan pembelajaran sains di makmal sains sebenar [F (1. 1543)=25.937.26). P< 0. Ini bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan daripada kerjasama antara pelajar. SD=0.028) adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar (min=4.01].05/5) menunjukan secara signifikan.044.1534) = 22.01 (0. skor integrasi guru (M=4.025] dan juga faktor kepada tahap kepuasan terhadap pengajaran dan pembelajaran sains di makmal sains diingini [F (1.26) dan skor kejelasan peraturan bagi guru (M=4.1539)= 26. SD=0. 1534) =8.01].05/5) menunjukan secara signifikan. integrasi [F (1. SD=0. SD=0. Analisis selanjutnya dengan menggunakan tahap alpha Bonferroni 0.01].05} terhadap lima skala variabel bersandar secara keseluruhan. SD= 0.22) dan pelajar (M=3. Ini bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan daripada tahap kepuasan terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dalam makmal sains sebenar dan diingini di antara guru dan pelajar. P < 0.22 dan pelajar (M=3.909. P<0. analisis MANOVA menunjukkan bahawa ada kesan utama variabel kumpulan yang signifikan {F (5. kumpulan merupakan faktor kepada aspek kebebasan menjana idea [F (1.025 (0.01]. P < 0. SD=0. SD=0. Pemerhatian ke atas nilai min menunjukkan skor tahap kepuasan sebenar adalah berbeza iaitu bagi guru (M= 3. P < 0.167.01] dan kejelasan peraturan [F (1. p< 0.162 Cik Nidzam Dalam aspek psikososial bagi untuk makmal sebenar.99. Analisis selanjutnya dengan menggunakan tahap alpha Bonferroni 0.623. SD=0. .05/2) menunjukkan. integrasi.1539)= 27.05} terhadap dua variabel bersandar secara keseluruhan. Analisis tahap kepuasan pula menunjukkan terdapat kesan utama variabel kumpulan yang signifikan {F (5. integrasi [F ( 1. skor integrasi guru (M= 3. P < 0.920. 1534) = 54.025].948. kejelasan peraturan dan persekitaran bahan dalam makmal sains diingini di antara guru dan pelajar.785. P < 0.93.025) dan bagi pelajar (M=3.01 (0.1539)= 26.121.24). Keputusan ujian Pillai’s Trace menunjukkan bahawa ada kesan utama variabel kumpulan yang signifikan [F (5. SD=0.24) dan bagi pelajar (M=2.05] terhadap lima skala variabel bersandar secara keseluruhan.116. 1543) = 44.

kerjasama antara pelajar dan aspek keselamatan didapati menyumbang secara signifikan kepada variasi tahap kepuasan guru. Dari perspektif pelajar pula didapati empat pembolehubah peramal iaitu pencahayaan. kejelasan peraturan dan persekitaran bahan sebenar menyumbang secara signifikan terhadap variasi dalam tahap kepuasan guru dan pelajar. Dapatan juga menunjukkan perspektif guru tentang tahap kesesuaian aspek fizikal. kualiti udara dan perabot didapati menyumbang secara signifikan kepada variasi kerjasama di antara pelajar. integrasi. amalan dalam aspek psikososial dan tahap kepuasan tidak berbeza berdasarkan mata pelajaran dan lokasi. kebebasan menjana idea. kualiti udara. tiga pembolehubah peramal iaitu kualiti udara. KESIMPULAN Secara keseluruhannya aspek-aspek dalam persekitaran fizikal makmal sains berada pada tahap sederhana manakala aspek psikososial makmal sains adalah baik kecuali dalam aspek kebebasan menjana idea. dua pembolehubah peramal iaitu teknologi dan pencahayaan menyumbang secara signifikan kepada variasi dalam kejelasan peraturan dan empat pemboleh ubah peramal iaitu teknologi. Manakala lima pembolehubah peramal iaitu persekitaran bahan. Enam pembolehubah peramal iaitu persekitaran bahan. kejelasan peraturan. amalan dalam aspek psikososial dan tahap kepuasan berdasarkan mata pelajaran dan lokasi. kualiti udara. perabot dan ruang menyumbang secara signifikan kepada variasi dalam persekitaran bahan. teknologi. Dapatan kajian juga menunjukkan daripada perspektif guru.Perbandingan yang dibuat juga menunjukkan terdapat perbezaan pandangan yang signifikan dalam aspek fizikal. integrasi. aspek keselamatan. dua pembolehubah peramal iaitu kualiti udara dan ruang pembelajaran menyumbang secara signifikan kepada variasi dalam kejelasan peraturan dan dua pembolehubah peramal iaitu perabot dan ruang pembelajaran menyumbang secara signifikan kepada variasi dalam persekitaran bahan. integrasi. teknologi. tiga pemboleh ubah peramal iaitu teknologi perabot dan aspek keselamatan menyumbang secara signifikan kepada variasi dalam kebebasan menjana idea.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 163 Kesan Interaksi antara Aspek Fizikal dan Aspek Psikososial dengan Tahap Kepuasan Hasil analisis regresi berganda mendapati sebelas pembolehubah peramal iaitu perabot. ruang. ruang dan aspek keselamatan menyumbang secara signifikan kepada variasi dalam integrasi. ruang dan kualiti udara menyumbang secara signifikan kepada variasi dalam kerjasama antara pelajar. perabot. pencahayaan. empat pembolehubah peramal iaitu teknologi. kebebasan menjana idea dan kejelasan peraturan didapati menyumbang secara signifikan kepada variasi tahap kepuasan pelajar. tiga pembolehubah peramal iaitu ruang pembelajaran. Sebaliknya pelajar menunjukkan perspektif yang berbeza tentang tahap kesesuaian aspek fizikal. dua pembolehubah peramal iaitu aspek keselamatan dan kualiti udara menyumbang secara signifikan kepada variasi dalam kebebasan menjana idea. pencahayaan. kualiti udara dan ruang pembelajaran menyumbang secara signifikan kepada variasi dalam integrasi. . pencahayaan. kerjasama antara pelajar.

RUJUKAN Anderson. What can they do? A review of practical assessment in science. & Lunetta.28-54. Kuala Lumour. B. Hofstein. Wiley Periodicals. Hodson. 8(2). 105-107 Kementerian Pendidikan Malaysia. Customer satisfaction. Summer: 87-97. L. D. Studies in Science Education. Science Learning Environment: Assessment. The laboratory in science education: Foundation for the twenty-first century.. (2006). 52: 201 -217. T. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. A critical review of the role of the laboratory in science teaching. Oleh kerana aspek fizikal dan psikososial dalam persekitaran pembelajaran makmal sains memberi kesan kepada kepuasan guru dan pelajar. N. Science Education.K & Roberston. The laboratory in science educaion: the state of the art. Seterusnya didapati juga terdapat sumbangan aspek fizikal terhadap aspek aspek dalam psikososial. I. & Lehmann. 88. R. Fraser.. (1988). REACT Issue no 1: 1-5. Analisis regresi berganda menunjukkan terdapat sumbangan yang signifikan daripada aspek fizikal dan psikososial kepada tahap kepuasan guru dan pelajar. NJ: Pearson/Merrill Prentice Hall. Columbus OH: Center for Science and Mathematics Education Bryce. G. Dlm Fraser. Chiew. The role of the laboratory in science teaching: Negleted aspects of research. Review of educational research. Assessing the teaching quality to student satisfaction relationship: Applied customer satisfaction research in the classroom. D. & Lunetta. A.J. Hofstein. Kluwer Academic publisher. Journal of Marketing Theory and Practice. (1999). & Koballa Jr. Fornell. (1993). Hofstein. market share.. Naval technical students’ perceptions of their classroom environment. Re-thinking old ways: Towards a more critical approach to practical work in school science. C. 6th ed. Studies in Science Education. (1983). Kementerian Pendidikan Malaysia. Guolla.J (1985).164 Cik Nidzam aspek psikososial dan tahap kepuasan di antara guru dan pelajar. (1998). V. (2001). (2004).G (eds). International Handbook of science education. P. Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Perlaksanaan. . V. maka sewajarnya persekitaran ini dinilai semula dan dibuah penambahbaikkan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran di dalamnya. Upper Saddle River. Kuala Lumpur. S. 22: 85–142 Hofstein. A & Lunetta. J and Tobin. Journal of Marketing. M. 58 (July): 53-66 Blosser. N. (1982). N. Inc. (2007). The laboratory in science education: foundation for the 21st century. B. (2003). 85-217 Chiappetta.G. E. E. (1994). 527-564. V. A. (1997). R. Science Instruction in the Middle and Secondary Schools.R. K. Chemistry Education Research and Practice. and profitability: Findings from Sweden. effect and determinants. & Mamlok-Naaman.W. A. 12. Pusat Perkembangan Kurikulum. T.

Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains Terhadap Perubahan Kurikulum. H. (2007). K. Evaluating educational environments: Procedures. Learner performance and attitudes in traditional versus simulated laboratory experiences. Analysing the instructional setting. Vot Penyelidikan:75012. Lokman Ali.Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia). Penerbitan Multimedia Sdn. teacher and parent perceptions of classroom environments in streamed and unstreamed mathematics classrooms. Degree of preparedness. & Sims. 90. School Science and Mathematics. Learner and Learning environment. (2006). Tessmer. Universiti Teknologi Malaysia Tamby Subahan Mohd.pdf Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. Perak. finding and policy implication.Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 165 Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989/1979). Monk (2006). the attitude and the general position of school and teacher respectively towards laboratory safety. (2006). Norashikin Samsudin. Noor Zainab Abd Razak. M & Harris. (1990). Thesis presented for the degree of doctor of mathematics education of curtain University Technology. Pyatt. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 61 Kilgour. Ungku Norulkamar Ungku Ahmad. Fauziah Sheikh Ahmad & Aminah Ahmad Khalid. Masa Enterprise Ruzita Selamat. Dr. http://www. Melnorzaini Komel. Curriculum Specifications: Physic Form 4. Azian Abd Aziz. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Koe. Mook Soon Sang. A. Student. Humble Texas.ascilite. Kajian Ke Atas Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia: Ke Arah Pembentukan Persekitaran Yang Optimum Dalam Mencapai Kecemerlangan Pengajaran Dan Pembelajaran. R. C. (1995). San Francisco: Jossey-Bass. Journal of science and mathematics educations in South East Asia.org. An assessment of the quality and educational adequacy of the educational faciloties and their perceived impacto n the learning environment as reported by middle school administrators and teachers in the Humble independent school district. (1979). Universiti Teknologi Malaysia. 403-418 . Meerah (1999). Kajang. D. (1992). Educational Psychology and Pedagogy. R.au/conferences/singapore07/procs/pyatt. In ICT: Providing choices for learners and learning. Research on science laboratory activities: In pursuit of better questions and answers to improve learning. P. Tinjauan tahap dan amalan keselamatan makmalmakmal sains di sekolah Daerah batang Padang.Bhd Moos. Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan strategi.W. Tobin. (2004). Proceedings ascilite Singapore 2007. Kogan Page Limited. (2008). Perkaitan Antara Prestasi Pelajar Tahun Akhir Dengan Pengaruh Persekitaran Pembelajaran Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. (2002). measures. (2006). K. 2 (2).

pendekatan sains. Rohani Ahmad Tarmizi & Mohd Majid Konting. Kuala Lumpur: Prentice Hall. (2000). F. A psychological theory of education productivity. 1(2): 43-53. (1981). Math Digest. N. Strategi pengajaran.166 Cik Nidzam Walberg.B. Wan Zah Wan Ali.). Dlm Farley. hlm 81-110. Zol Azizan Hamidin. (Eds. J. D. 142-200. H & Gordons. This thesis is presented as part of the requirements for award of the degree of doctor of philosophy of Curtain University of Technology. (1999). (2008). Chicago: National Society for the Study of Education. Mokhtar Nawawi. The physical and psychosocial environment associated with classroom using new information technologies: A cross-national study. H. Makmal pembelajaran dan penyelidikan matematik: Konsep dan reka bentuk. Psychology and education. Zandvliet. teknologi dan masyarakat. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful