Tajuk 1

Komunikasi, Bahasa dan Pertuturan

SINOPSIS Tajuk ini menghuraikan maksud istilah-istilah komunikasi, bahasa dan pertuturan serta hubungkait antara ketiga-tiga istilah tersebut. Komponen-komponen dalam proses komunikasi dan pertuturan turut dibincangkan. Anda diberi pengetahuan mengenai punca sebab masalah komunikasi dan bahasa serta bagaimana mengenal pasti kanak-kanak yang bermasalah bahasa dan komunikasi. Definisi tentang masalah komunikasi dan masalah bahasa juga diperjelaskan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Menjelaskan hubungkait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan. 2. Menghuraikan komponen-komponen penting dalam proses komunikasi. 3. Membeza antara aspek segmental dan aspek non-segmental dalam pertuturan. 4. Mendefinisikan masalah komunikasi dan masalah bahasa. 5. Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi. 6. Menerangkan punca sebab masalah bahasa / pertuturan.

bahasa dan pertuturan merupakan istilah-istilah yang biasa diguna dalam kalangan orang ramai dalam kehidupan harian. bahasa dan pertuturan Komunikasi. Bolehkah anda menjelaskan dengan tepatnya konsep ketigatiga istilah tersebut serta membeza antaranya ? Cuba jawab soalan-soalan berikut :    Bolehkah komunikasi berlaku tanpa bahasa ? Bolehkah seseorang memperolehi bahasa tanpa pertuturan ? Bolehkah pertuturan berlaku tanpa bahasa ? .0 Hubungkait antara komunikasi.KERANGKA TAJUK KOMUNIKASI Aspek Para-Linguistik Aspek Linguistik Aspek Bukan Linguistik Pic Intonasi Suara Ritma Kadar Bahasa Tingkah Laku Pragmatik Pertuturan KANDUNGAN 1.

1 Komunikasi Komunikasi merupakan satu proses pemindahan pengetahuan / maklumat dan pendapat.1 : Komunikasi yang berjaya Apabila satu atau lebih elemen tidak wujud. komunikasi akan terganggu. Adakah haiwan mempunyai bahasa ? Jawapan anda terhadap soalan-soalan di atas akan menunjukkan tahap kefahaman anda mengenai konsep komunikasi.1). keperluan dan hajat (Owens. Komunikasi boleh juga berlaku tanpa bahasa. komunikasi akan berlaku (rujuk Rajah 1. 2001). Rajah 1. Ia memerlukan sekurang-kurangnya dua pihak dan biasanya berlaku melalui bahasa. komunikasi masih boleh berlaku. 1. Penghantar Dikongsi Hajat Penerima . bahasa dan pertuturan. Penghantar Dikongsi Hajat Kaedah Penerima Rajah 1. tetapi jika tiada perkongsian bahasa. Bolehkah anda fikir beberapa kaedah komunikasi yang tidak melibatkan penggunaan bahasa ? Semua bentuk komunikasi melibatkan empat elemen berikut : (i) (ii) (iii) (iv) Penghantar mesej Penerima mesej Satu hajat untuk berkomunikasi yang dikongsikan Satu kaedah berkomunikasi yang dikongsikan Jika keempat-empat elemen wujud.2 menggambarkan apa yang mungkin berlaku jika anda berjumpa dengan seorang dari negara asing. Anda masing-masing ingin berkomunikasi. tetapi tidak begitu lancar dan maklumat yang boleh dikongsikan mungkin terhad. Walau bagaimanapun. maka berlaku gangguan dalam komunikasi. jika kedua-dua pihak sudi menggunakan gestur tangan dan mimik muka.

kadar – iaitu ciri yang berkaitan bagaimana komponen linguistik dihasilkan. pic.2 Bahasa Bahasa merupakan satu sistem simbol yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan tertentu untuk berkomunikasi maksud. tetapi tidak bangun. penggunaan ruang. yang tiada kaitan dengan komponen linguistik. suara. . Anda hendak minta murid membuka tingkap. tetapi pada persepsi murid.3 : Gangguan Komunikasi akibat tiada perkongsian hajat Setelah membaca setakat ini. “Boleh”. Setiap bahasa mempunyai ciri-ciri berikut :   Ia melibatkan komunikasi – perkongsian pemikiran. stres. gestur tangan. Penghantar Dikongsi Kaedah Penerima Rajah 1. anda sedang bertanya mengenai keupayaannya membuka tingkap. dan lain-lain).3). Bukan linguistik: tingkah laku pragmatik (kontak mata. body language.2 : Gangguan Komunikasi akibat tiada perkongsian kaedah komunikasi Dalam senario lain.mimik muka. orang yang mengetahuinya boleh berkomunikasi menggunakan bahasa tersebut. jika anda selaku guru bertanya kepada seorang murid yang duduk di sebelah tingkap bilik darjah.Rajah 1. “Bolehkah kamu buka tingkap?” dan murid menjawab. masalah komunikasi telah berlaku disebabkan oleh tiada perkongsian hajat (Rujuk Rajah1. 1. ritma. pendapat dan makna Ia terdiri daripada satu kod yang dikongsi – walaupun bukan semua orang mengetahui Bahasa Isyarat. bolehkah anda menjawab soalan yang ditanya pada awal tajuk ini – Bolehkah komunikasi berlaku tanpa pertuturan atau bahasa ? Komunikasi boleh dianalisis mengikut tiga komponen berikut :    Linguistik : melibatkan bahasa Para-linguistik : intonasi. turn taking.

. Sila rujuk Rajah 1. Ia terdiri daripada simbol-simbol arbitrari – kita yang menetapkan simbol yang diguna untuk mewakili sesuatu perkara atau benda. Bolehkah anda fikirkan tentang perkataan-perkataan baru yang telah masuk sistem Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam masa lima tahun ini atau perkataan-perkataan yang telah hilang atau berubah maksudnya baru-baru ini. Artikulasi yang baik akan menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan yang tepat dan jelas. Ia memerlukan kefungsian saraf dan otot yang sempurna. Pergerakan articulators adalah dikawal oleh sistem saraf pusat.   Ia adalah generatif – jika terdapat satu set perkataan dan peraturan-peraturan yang adalah kreatif – perkataan-perkataan baru sentiasa dibina dari masa ke semasa ditetapkan. 1. Tiada sebab mengapa kita tidak boleh guna perkataan seperti ‟bubu‟ untuk mewakili pokok jika itulah yang dipersetujui oleh ahli-ahli dalam sesuatu komuniti. bibir. lidah. Ia sementara perkataan yang sudah ada mungkin hilang atau maksudnya telah berubah. lelangit) yang juga dikenali sebagai articulators. Artikulasi melibatkan penghasilan bunyi pertuturan yang melibatkan pergerakan otot-otot tertentu (spt. Pertuturan boleh dibahagi kepada dua komponen – iaitu komponen segmental (artikulasi) dan komponen bukan segmental (suprasegmental / prosody). penutur boleh menjanakan bilangan ayat-ayat tanpa batasan. terutamanya bahagian otak yang bertanggung jawab atas koordinasi sistem pergerakan otot. Jenis masalah pertuturan yang kerap dijumpai dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas ialah masalah artikulasi kerana ia merupakan satu proses yang kompleks – ia memerlukan sistem persepsi dan produksi yang sempurna.4 untuk kefahaman lanjut mengenai komponen-komponen penting dalam produksi pertuturan.3 Pertuturan Pertuturan boleh didefinisi sebagai tingkah laku untuk menghasilkan satu kod bahasa dengan membentuk pola-pola bunyi yang sesuai.

5 : Organ-organ Vokal Manusia .5 di bawah.intonasi .kelajuan/kadar Rajah 1.stres (penekanan) .4 : Komponen-komponen Pertuturan Bahagian badan manusia yang terlibat dalam produksi pertuturan adalah ditunjukkan dalam Rajah 1.kualiti suara .kelancaran . Rajah 1.PERTUTURAN KOMPONEN SEGMENTAL KOMPONEN BUKAN SEGMENTAL (PROSODI) FONOLOGI (terdiri drp. Komponen Fonetik + Bahasa) Mempunyai kesan terhadap makna seperti unsur berikut : .

saraf pusat. morfologi pragmatik) Afasia dan yang berkaitan Rajah1.6 : Jenis dan Kategori Masalah Komunikasi .4 Masalah Komunikasi dan Bahasa Pernahkah anda berjumpa dengan individu yang bermasalah komunikasi atau bahasa? Apakah ciriciri yang ditunjukkan oleh individu tersebut? 1.1 Masalah Komunikasi Mengikut Charles Van Riper (1905-1994). semantik sintaksis. pertuturan atau bahasa normal yang mengganggu komunikasi atau yang menarik tumpuan negatif terhadap individu yang mengalaminya. Masalah komunikasi boleh dikategorikan seperti dalam Rajah 1.6 berikut : Masalah Komunikasi Masalah Pendengaran Jenis : Kehilangan Konduktif Kehilangan Sensori-neural Kehilangan berpunca drp. masalah komunikasi merupakan satu penyimpangan daripada pendengaran. Berdasarkan definisi tersebut. seorang pelopor terkenal dalam bidang perkembangan terapi pertuturan. saraf auditori Masalah Pertuturan Jenis : Masalah Suara Masalah Artikulasi Masalah Kelancaran Masalah Bahasa Jenis: Masalah Bahasa secara spesifik (fonologi.1. terdapat banyak jenis dan bentuk masalah komunikasi yang membawa kesan yang serius kepada individu yang mengalaminya.4. atau menyebabkan individu tersebut menjadi segan atau merasa diri kurang upaya.

masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi membawa impak yang ketara dan serius dalam pelbagai aspek perkembangan dan pencapaian akademik.2 Masalah Bahasa (Language Disorders) Mengikut the American Speech and Hearing Association (1993). Walau bagaimanapun. 1.Sukar mendiskriminasi antara bunyi-bunyi pertuturan .). masalah bahasa merupakan masalah dalam kefahaman dan / atau penggunaan sistem simbol bahasa (spt. dll. Ia mungkin melibatkan (a) bentuk bahasa.4.Gagal mengikut arahan .4. kanak-kanak lain . penulisan.tidak suka berinteraksi dgn. Kesan masalah bahasa dan komunikasi boleh dirumuskan seperti berikut :  Prestasi Akademik . data-data berikut diperolehi :      Lebih kurang 5% kanak-kanak yang masuk sekolah mempunyai masalah komunikasi 1 dlm 1000 kanak-kanak bermasalah komunikasi mempunyai masalah bahasa yang serius Lebih kurang 23% kanak-kanak khas bermasalah dalam komunikasi Kekerapan masalah komunikasi dari segi jantina .Bermasalah menghasilkan bunyi pertuturan .2 lelaki : 1perempuan 50-80% masalah komunikasi merupakan masalah artikulasi 1.Sukar mengorganisasi idea-idea .Berapa kerapnya berlaku masalah komunikasi? Berdasarkan kajian-kajian yang ditelah dijalankan. dan/atau (c) fungsi bahasa dalam komunikasi dalam apa jua kombinasi. lisan.3 Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Bahasa dan Komunikasi Kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi merupakan satu kumpulan yang heterogeneous. (b) kandungan bahasa.Sukar mencari perkataan yang tepat  Interaksi Sosial . Mereka tidak mempunyai ciri-ciri yang seragam dan tahap masalah yang dialami boleh terdiri daripada ringan sehingga amat teruk.Kurang menyumbang dalam perbincangan .

kerap menunjukkan tantrum . Walaupun sebahagian besar masalah bahasa dan komunikasi tidak diketahui puncanya.berlawan dengan rakan sebaya .risiko lebih tinggi dalam kalangan lelaki . kita boleh mengkateorikan punca sebab seperti berikut :  Faktor Genetik / Sejarah keluarga . Memandang kekerapan berlaku masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. kategori masalah yang kerap sekali dijumpai ialah masalah pembelajaran secara spesifik (specific learning disabilities) seperti disleksia yang memberi kesan terhadap salah satu aspek pembelajaran.biasa disingkir oleh kanak-kanak lain .ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf.bermasalah menguruskan perbualan .4 Punca masalah bahasa / pertuturan Antara kanak-kanak berkeperluan khas.4.kerap bergaduh . Tahukah anda apakah pasangan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai bersama (dual disabilities)? Jawapannya ialah masalah bahasa/komunikasi bersama masalah kerencatan akal.bermasalah memahami / mengikut peraturan-peraturan permainan  Kefungsian Kognitif .Kurang tumpuan  Tingkah Laku .Memberi respons yang lambat . terutamanya pada . kita harus meninjau beberapa punca sebab yang boleh mengakibatkan kewujudan masalah tersebut.menarik diri daripada interaksi 1.bermasalah dalam mengorganisasi maklumat untuk diingat . Masalah komunikasi berada pada kedudukan kedua dari segi kekerapan berlakunya..kes-kes lebih kerap berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu .ada perhubungan antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa kumpulan masalah bahasa/komunikasi tertentu (contoh: trisomi 21)  Faktor neurologi .

bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan bahasa . Adakah ini merupakan satu bukti untuk plastisiti otak di peringkat bayi ?  Faktor perinatal (semasa kelahiran) . emosi dan kognitif. iaitu sebelum kanak-kanak memperolehi bahasa (di bawah 2 atau 3 tahun) . Didapati kesan kecederaan yang berlaku semasa peringkat bayi biasanya tidak begitu teruk berbanding dengan jika ia berlaku pada peringkat dewasa. .  Faktor persekitaran / sosial .faktor ini boleh berinteraksi dengan faktor-faktor lain untuk menghasilkan kesan yang negatif terhadap pelbagai aspek perkembangan seperti fizikal.lebih komplikasi semasa kelahiran. maka tidak hairanlah bahawa kerencatan mental dan masalah bahasa merupakan dual disability yang kerap sekali berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. . lebih tinggi risiko kanak-kanak untuk mengalami masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang panjang boleh mengakibatkan kekurangan oksigen kepada sel-sel di otak menyebabkan masalah anoxia)  Kehilangan pendengaran .kehilangan jenis sensori-neural akibat kerosakan pada telinga dalam pada peringkat pralingual.kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal yang mungkin menjejaskan pembinaan organ-organ penting seperti otak dan telinga.kehilangan jenis konduktif akibat kerosakan pada telinga luar atau/dan tengah (contoh: infeksi otitis media yang kronik) jika tiada rawatan secara medikal atau surgikal  Kerencatan kognitif / mental .terdapat hubungan yang rapat antara perkembangan bahasa dan kognisi (cognition ).kecederaan pada bahagian otak tertentu.

Dalam kalangan manusia. komunikasi dan bahasa boleh wujud tanpa pertuturan seperti ditunjukkan oleh individu-individu bermasalah pendengaran yang berupaya berkomunikasi dengan begitu lancar dan mesra melalui bahasa isyarat. Komunikasi Bahasa Pertuturan Rajah 1. Walau bagaimanapun. Rajah 1. bahasa dan pertuturan. bahasa dan pertuturan . tidak boleh dinafikan bahawa pertuturan merupakan saluran yang efektif dan cekap sekali untuk berkomunikasi.7 : Hubung kait antara komunikasi. Bahasa dan pertuturan merupakan alat untuk berkomunikasi.Rumusan Terdapat hubungkait yang rapat antara proses komunikasi.7 di bawah merumuskan hubungkait antara ketiga-tiga komponen tersebut.

aaal.org PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft‟ dan „hard‟ copy. AKTIVITI Dalam sosialisasi. mereka merupakan satu golongan yang sangat heterogeneous (tidak seragam). Walaupun kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi berkongsi banyak ciri yang serupa.org http://www. Senaraikan jenis komunikasi non-verbal yang berlaku serta kekerapan setiap jenis untuk perbincangan dalam kelas.Punca sebab berlaku masalah komunikasi dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak mungkin sukar dikenal pasti.org http://www. anda akan mendapat banyak peluang untuk membuat pemerhatian mengenai komunikasi non-verbal yang digunakan. Aspek ini akan dibincang secara terperinci dalam Tajuk 2 modul ini.lsad. .asha. anda perlu mempunyai terlebih dahulu pengetahuan dan kefahaman mengenai bagaimana perkembangan bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak kecil. LAMAN WEB http://www. Justeru jika anda ingin membantu kanak-kanak tersebut meningkatkan tahap kemahiran komunikasi dan bahasa. Bincangkan peranan komunikasi non-verbal dalam kehidupan harian.

Martin. Owens. (2001) Language Development : An Introduction.) Boston : A . Boston: Allyn & Bacon. London: David Fulton Pub. Boston : Allyn & Bacon. S. R.). (5th Ed. (2000) Teaching children with speech and language difficulties.RUJUKAN Kuder. V. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed. D. A. Reed. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities. J.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful