EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
1.0 PENDAHULUAN

Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin tentang pentingnya kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada semua rakyat Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal insane yang seimbang. Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah disertai oleh kemajuan dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan rakyat. Tanpa mengira di mana mereka berada, kemajuan dan pembangunan perlulah dinikmati dan dikuasai secara bersama. Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada

pembangunan negara. Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal insan negara. Kecemerlangan pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam sesebuah negara. Justeru itu pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada. Satu permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah

kecemerlangan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar (lihat Mohd Hisham, 2000; Siti Sara, 2000; Suryanti, 2000; Lim Geok Ping, 2003). Didapati bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar masih ketara terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas dan sumber pendidikan.

Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan pula bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya. Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan

membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal). Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima
1

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

sistem pendidikan yang berbeza. Diteruskan lagi pada zaman penjajah. Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan.

Tugasan ini akan menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamarataan peluang pendidikan antara pelajar sekolah luar bandar dengan pelajar sekolah bandar serta menyenaraikan kesan-kesan serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ketaksamarataan peluang pendidikan ini.

2.0

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA KETAKSAMARATAAN. Terdapat beberapa faktor yang seringkali menyebabkan ketaksamarataan

peluang pendidikan ini berlaku dalam kehidupan kita pada masa kini. 2.1 Jurang Kelas Sosial Kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat. Kelompok ini boleh dikatakan sebagai satu golongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi politik, kuasa, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan ataupu hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Paul B. Horton dan Chester L. Hunt (1992), mobiliti sosial dapat diertikan sebagai suatu gerak perpindahan dari suatu kelas ke sosial. Dari segi ekonomi, keluarga yang kaya dan berada lebih berupaya untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Sebaliknya keluarga yang miskin tidak mampu untuk menghantar anak mereka untuk menanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Golongan berada biasanya mempunyai pekerjaan sebagai pegawai tinggi ataupun mempunyai perniagaan sendiri. Golongan miskin pula hanya bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung. Mereka biasanya mengamalkan pekerjaan tradisional untuk sara diri. Sesetengah ibubapa juga lebih menginginkan anak mereka mewarisi pekerjaan

2

Aspek ketaksamaan peluang pendidikan masa kini pula meliputi pelbagai aspek daripada kemudahan mendapatkan guru di sekolah sehingga peluang kerjaya selepas tamat belajar. institusi agama. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Antara contoh institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga. pengagihan dan pertukaran dan yang kedua ialah Proletariat iaitu masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja. Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi 2 golongan iaitu yang pertama Bourgouisie yang bermaksud masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 tradisi keluarga daripada melanjutkan pelajaran ke bandar dan meninggalkan kampung. Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. institusi pelajaran dan lainlain. Konsep ini berkait raat dengan pola tingkah laku yang telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yang mempunyai matlamat sosial yang tertentu. 3 . Istitusi sosial pula merujuk konsep utama dalam memenuhi masyarakat dan kebudayaan. professional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Serta mendapati kedua-dua hubungan adalah positif. iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka. Golongan ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biruyang berpendidikan SPM dan PMR. institusi politik. Max Weber (1989) mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Golongan kedua adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi. Menurut kajian Saifuddin Hj Masduki (1977) mendapati terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.

tahap pendidikan ibubapa. fizikal rumah dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 Rusli Md Zain (1998). Murid yang berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. kes perceraian. Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar. Bagi anakanak perempuan pula. makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas. Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. 2. Oleh itu mereka lebih mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan. Kajian ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik. mereka diharapkan untuk tinggal di rumah bagi membantu membuat kerja rumah. makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid.2 Jurang Jantina (Perbezaan layanan di antara lelaki dan perempuan) Kebanyakkan ibubapa dari pelbagai masyarakat percaya bahawa anak lelaki mereka berupaya mencapai kejayaan dibandingkan dengan anak perempuan. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Ibubapa juga kurang memberi sokongan untuk anak 4 . pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas sosial dalam masyarakat. Murid yang berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif diantara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Tahap kesihatan. Tahap kesihatan. Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada.

Kajian Busch (1995) pula menyatakan isu kecekapan kendiri dlm mata pelajaran matematik dan sains menunjukkan perbezaan dari sudut jantina. Mengikut kajian.3% pelajar institute pengajian tinggi adalah perempuan. berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita hampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki. guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksankan pengajaran dalam kelas. Ibubapa beranggapan bahawa anak perampuan tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi kerana akhirnya mereka akan berumahtangga. kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan.7% terdiri daripada pelajar lelaki. Aminah Ahmad (2000). maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama. Ini bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dcapai. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 perempuan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi. Zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki 5 . Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian.(sesi akademik 2008/09) dan 34. Kajian sutherland (2000) juga menyebut fenomena prestasi pelajar wanita lebih baik daripada lelaki adalah fenomena sejagat. terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi. Murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian. Bernama 2008 pernah mengeluarkan kenyataan 65. menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah. Oleh yang demikian. Menurut beliau. khususnya di politenik. Siti Rohani Yahya (1989) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam proses pembangunan. Dalam kajian Shamsulbahriah (1989).

Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum Asli. gengsterism dan lain-lain lagi. Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku. 2. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status. 6 . Selain itu peluang pekerjaan yang ada selepas tamat belajar juga dikeluarkan mengikut gender sedangkan pencapaian masing-masing adalah berbeza. cenderung kepada keagamaan. menghias sekolah dan sebagainya. Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. 2. Terdapat dua kategoti murid berkepeluaran khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 manakala golongan perempuan dinafikan peluang untuk menerima pendidikan. Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah yang sering suka ponteng kelas. Kadazan. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka. ponteng sekolah. cita-cita.3 Kumpulan Minoriti Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. suka merokok. budaya lepak. pembuli. suka mencari maklumat di internet. Hal ini adalah kerana pencapaian akademik pelajar perempuan adalah jauh lebih baik daripada pelajar lelaki. Terdapat anggapan negatif samada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas.4 Murid Keperluan Khas Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (1982) merupakan satu program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek. jasmani dan sosial atau emosi. perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas. Murut dan sebaginya. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi tingkah laku mereka mampu menggangu keharmonian sekolah.

kerencatan mental 7 . masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. perkembangan nilai dan moral. Terdapat tujuh (7) kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu. keupayaan yang tidak seimbang. Sebagai golongan minority. Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan. Oleh itu. lebih-lebih lagi kanakkanak pintar cerdas. masalah keluarga. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. diskriminasi terhadap golongan ini. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Menurut Woitaszewski (2003). Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka. Oleh itu mereka memerlukan pendidikan khas. Dengan membandingkan dua definisi berkenaan. Faktor persekitaraan seperti masalah berkomunikasi. jelas menunjukkan kepada kita bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. guru harus memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Oleh kerana itu mereka tidak menafaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. konsep kendiri seperti fobia. Antaranya. masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 Selain itu ada pendapat menyatakan bahawa murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah biasa. masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka.

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran bermasalah pembelajaran kecelaruan tingkah laku cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi cacat penglihatan cacat fizikal pintar-cerdas dan berbakat istimewa 2011 Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku terbias. Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental (kognitif). sensitive. Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat. tidak minat belajar. fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi). tidak mematuhi peranan atau undang-undang. kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. social (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). hiperaktif dan pintar-cerdas dan berbakat. pasif. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti. mencuri dan ponteng. Dikatakan juga mempunyai tingkahlaku antisosial. Mereka juga mempunyai sifa pengongkongan dalaman. Kanak-kanak golongan ini adlah hiperaktif atau hiperkinetik. Kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran. Kadang-kadang mereka juga bersifat pendiam. Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara. Murid ini kurang memberi perhatian. sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. tidak suka berkawan dan mudah tersinggung serta sering melakukan tindakan luar kawalan. kurang mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak 8 . Mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut. Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD tanpa hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactiviti Disorder).

2. hasil hutan yang bermanfaatdan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal. 9 . Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia. sebahagian besar orang Asli beragama Animisme. Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasaran yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Dari segi pendidikan. Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat.5 - Golongan Keciciran Orang Asli Orang Asli merujuk kepada msayarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Statistik 2005 . aktif. KAdar keciciran yang sangat tinggi dala kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. suka berkeliaran. Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi. Dari segi agama. jumlah orang Asli adalah 141. Negrito dan Melayu Asli. 230 orang. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. menunjukkan inpulsiviti dan sering menggangu orang lain.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 menyempurnakan tugasan yang diberikan. Majoriti ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Murid ini menunjukkan tanda-tanda kurang senang duduk diamdiam. 2002). Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani.

Di sekolah pula. Di Sarawak. namun yang terbesar ialah Kadazan. antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Di Sabah terdapat 23 suku kaum. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum. Dalam sistem belajar orang asli masyarakat indigenious ini.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 Kemudahan seperti bekalan elektrik. social dan budaya. air bersih dan jalan. Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana system pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh system belajar asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional. mengamati sesuatu sambil merenung dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas. ekonomi. - Pribumi (Indigenious) Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan Sarawak . Dalam belajar. mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. Suluk dan orang Brunei. Bajau. manusia akan mengalami sesuatu cara yang nyata. Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif. Murut. proses belajar seseorang akan mencakupi empat hal. masih tidak diadakan. Melanau. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke perkampungan orang Asli. Iban. Mereka masih taksub kepada system kehidupan masyarakt yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi. kaum terbesar ialah Melayu. Penan dan Kelabit. Bidayuh. bekalan elektrik tidak mencukupi. memikirkan secara konseptual. bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli. prasaran seperti kipas. 10 . Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggaal jauh dipendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Masyarakat indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka.

penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar. Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurang memberangsangkan. jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah. proses yang dialami adalah ilmu pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian murid. Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada system pendidikan di kawasan berkenaan. - Pendalaman Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pendalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Selain lokasi. 11 . masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya. Dalam masyarakat ini. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif. kaum jantina. Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan pengajaran dan pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar disampin meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Dalam system belajar asli.

pencapaian pendidikan yang terhad. 3. 3. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan 12 . iaitu sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Antara kesan-kesan yang akan dapat dlihat apabila ketaksamarataan ini berlaku ialah pembangunan Negara terbantut. secara tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepada murid untuk menuntut ilmu. kemudahan dan guru terlatih. Hampir 90% SKM berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Sikap ibubapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan negative terhadap pendidikan anak-anak mereka. apabila ketaksamarataan dalam apa jua pembangunan masih ada di dalam suatu struktur masyarakat ini masih wujud.1 Kekurangan kemudahan asas Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dalam peluang pendidikan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakkanya berada jauh di pendalaman. Impak jurang pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap tahap sosioekonomi antara penduduk.2 Masalah Kekurangan Murid Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau dipanggil SKM.0 KESAN-KESAN NEGATIF DARIPADA KETAKSAMARATAAN 2011 Dalam era pembangunan Negara kita ini.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 3. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan. masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk menjanakuasa terutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat (ICT). Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid. Jurang ini juga akan memberikan impak terhadap pencapaian murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk murid belajar. maka pembangunan sepenuhnya masih belum dikecapi dan akan terus menjadi kesan negative yang harus diperbaiki.

0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KETAKSAMARATAAN. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar Bandar dan pendalaman. Kesan-kesan negative ini juga dapat dirasai oleh masyarakat pedalaman dan peribumi yang masih tidak merasai segala kemudahan untk mendapat pedidikan yang sempurna. perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah dikawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar bandar. perkakasan. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian murid. 4. bilik computer dan perkakasan yang mencukupi. kesan yang jelas dilihat adalah selain faktor lokasi. kaum jantina.3 Kadar Keciciran Yang Ketara Selain itu. taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. 3. Program Pembestarian Sekolah Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan infrastruktur. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan Bandar. pust akses akan dibina. jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah. penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran murid.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan tetapi kaedah yang berlainan dengan tahap yang sesuai dengan murid di dalam kelas bercantum tersebut. Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan juga menyediakan sekolah luar Bandar dilengkapkan dengan makmal computer. 13 .

Skim Pinjaman Buku Teks . menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenarnya lebih luas.Skim Baucer Tuisyen .Bantuan Makanan Asrama . bagaimana’ dan ‘ kenapa’ sesuatu perkara itu berlaku. analitikal dan intelektual sebagai keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insan tanpa mengira kelas sosial murid atau keadaan murid berkenaan.Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Unifrsiti .Rancangan Makanan Tambahan . Rakyat digalakkan bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan. Rakyat negara ini perlu digalak ‘ memburu’ maklumat daripada menerimanya secara pasif.Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin . kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan 14 . Memberi Pendekatan Yang Lebih Meluas Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca.Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid . .Jaket Keselamatan . Murid perlu dilatih banyak merenung dan faham ‘ apa’ . Jika kita mahukan pembangunan modal insane. Rakyat harus meningkatkan pembangunan dalam budaya analitikal.Asrama Harian Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran.Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya .EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan seperti .

mencabar dan berfikir dan setiap kelas sosial perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Memberikan Peneguhan Positif Melalui tingkah laku behavioural. Pendidikan seharusnya diterima secara sama rata dan adil dalam apa jua factor. Guru perlu menyediakan program latihan social bagi murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan bersaing seperti murid normal lain.merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama”” Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat.kelas dan sebagainya. Murid ini biasanya ditempatkan berdekatan guru. yang menghadkan ruangan terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkahlaku negative. Guru disarankan memberi peneguhan positif dari negative. Guru hanya menyediakan kerja tambahan sekiranya murid telah menyelesaikan kerja lebih awal.. Modifikasi environmental dan behavioural adhenenvironmental merupakan kaedah untuk menangani kumpulan ini. Guru juga boleh mengurangkan ransangan dan hanya membenarkan murid bergerak di suatu kawasan tertentu sahaja. guru boleh memberi arahan dengan jelas. 15 . pecahkan tugasan kepada unit kecil serta elakkan memberi kerja atau latihan ulangan. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3): ““ . mengurangkan kerja tugasan.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 budaya kerja yang banyak bertanya.

Selain itu kerajaan Malaysia telah menubuhkan Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK. sebanyak 32 program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin tentang pentingnya kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada semua rakyat Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal insane yang seimbang. Dalam tahun 2005. menggubal kurikulum yang sesuai.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran Mewujudkan Program Pendidikan Prasekolah Khas 2011 Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan kemudahan Pendidikan Khas. agensi lain yang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita. Antara objektif yang menjadi fokus kepada pembentukan program ini ialah: 1. Keluarga dan Masyarakat. Maka Program Gemilang 7 tlah dimantapkan untuk menangani masalah ketaksamarataan pendidikan di sekolahsekolah yang tidak merasai pembangunan pendidikan. Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah disertai oleh kemajuan dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan rakyat. Tanpa mengira di mana mereka berada. Mewujudkan kepimpinan ang berkesan di kalangan G7. Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4 atau 4 tahun lebih. Mengenengahkan Program Gemilang 7 (G7) Justeru itu. 16 . kemajuan dan pembangunan perlulah dinikmati dan dikuasai secara bersama. pendidikan yang sesuai dengan jenis murid serta tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas.

Noor Akmalwati. 5.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2. sumber manusia. 6. Perkongsian yang terstruktur membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah yang dikategorikan sebagai kurang murid tersebut dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sempurna (rujuk Buku Program Gemilang 7. Ini selaras dengan kajian-kajian lepas di mana faktor-faktor asas seperti kemudahan fizikal. Mewujudkan budaya kerja yang gemilang dan terfokus melalui kepakaran dalaman dan luaran. kemudahan peralatan dan bahan serta buku dan bahan rujukan merupakan antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan program perkongsian pintar G7. 2008). Menjadikan G7 sekolah yang gemilang dan berkesan. sumber manusia. Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan G7 di samping dapat memupuk dan meningkatkan keupayaan jati diri di semua peringkat G7. dan bahan rujukan. Haleefa. 4. 2011 Menjadikan G7 sebagai penyumbang kepada peningkatan prestasi UPSR. Memupuk semangat kerjasama antara sekolah-sekolah G7 dan masyarakatnya. sumber manusia. 7. Melahirkan insan yang gemilang dan seimbang daripada masyarakat luar Bandar. 1999. 2006). 17 . Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek-aspek kemudahan fizikal. Keempat-empat perkara ini merupakan perkara yang asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2000. Empat perkara utama yang menjadi teras kepada pembentukan program G7 selain daripada meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah-sekolah terlibat adalah perkongsian dalam aspek kemudahan fizikal. dan buku-buku rujukan boleh mempengaruhi prestasi akademik pelajar-pelajar sekolah (lihat Ain Ahmat. kemudahan asas lain. 3. bahan dan peralatan.

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran Meningkatkan Taraf Sosio-Ekonomi Masyarakat 2011 Usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan perlu dijalankan merangkumi pemberian bantuan kewangan yang bersifat bantuan kebajikan penuh. 18 . dan lain-lain yang difikirkan sesuai perlu mendapat kerjasama jabatan pelajaran. bantuan kewangan di dalam menyokong penglibatan mereka di dalam kegiatan-kegiatan saraan hidup baru perlu diberikan. Hal ini perlu mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat. pertanian moden. Pendekatan seperti penganjuran bengkel kecemerlangan akademik. kepimpinan. Selain daripada itu. Program-program berbentuk kerja-kerja kemasyarakatan yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti dan persatuan-persatuan pelajar harus disemarakkan bagi mendekatkan mereka dengan golongan yang berpendidikan tinggi. Apabila taraf sosioekonomi msayarakat orang asli berjaya ditingkatkan. Ini sekaligus menanam keinginan pelajar-pelajar orang asli untuk berjaya diperingkat lebih tinggi. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan. Ini termasuk menggalakkan mereka menceburi bidang-bidang keusahawanan. perniagaan dan lain-lain. secara tidak langsung anak-anak mereka berpeluang untuk belajar di sekolah tanpa perlu ponteng untuk membantu menyara keluarga. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. sekolah dan NGO pelajar.

my/ewarga/pdf/102008/29-96-3. Keberkesanan sekolah: Satu Perpektif Sosiologi Kementerian Pelajaran Malaysia(2006). Dewan Bahasa dan Pustaka.usm. Penerbitan Multimedia Sdn. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran BIBLIOGRAFI Kamus Dewan (1999). Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008).pdf Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.pdf Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam http://malaysiana. Kuala Lumpur Sharifah Md. 2000 . Kuala Lumpur 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia (2006).Nor. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia.htm 19 .org/wiki/Orang_Cina_Malaysia Orang India Malaysia http://ms.my/01/01pgenln_adatresam.com/konflik1.org/wiki/Melayu Teori Perhubungan Etnik http://www.pnm.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1 Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi.wikipedia.html Orang Cina Malaysia http://ms.tripod.org/wiki/Orang_India_Malaysia Orang Melayu Malaysia http://ms. Kuala Lumpur Hubungan Etnik http://khai89. Kuala Lumpur.com/pengalaman/ Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.%20200 5%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202. Program Gemilang 7 Malaysia. Budaya dan Pembelajaran (2008) .wordpress.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206.wikipedia.ukm.wikipedia.

Ini merupakan sebagai satu pendedahan awal kepada diri saya agar lebih bersedia untuk menjadi seorang guru yang hebat satu hari nanti. saya dikehendaki untuk menyatakan peranan guru dalam usaha mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Pelbagai faedah serta pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani tugasan ini yang mana segala ilmu yang saya pelajari telah dapat saya praktikkan semasa menyiapkan tugasan ini. Sebagai contoh selain saya terpaksa menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi. saya juga mempunyai beberapa tanggungjawab di IPG KKB ini dalam satu-satu masa. Bagi melaksanakan tugasan ini. Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. sebagai bakal seorang pendidik saya telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya. Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya dalam membantu menjelaskan segala kemusykilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak memudahkan lagi saya untuk bertindak dalam menjayakan kerja kursus ini dengan jayanya. Namun dengan berkat kesungguhan dan azam yang tinggi untuk menyiapkannya saya dapat menyiapkan juga kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak masalah semasa menyiapkannya. antara kekangan yang terpaksa saya hadapi ialah saya terpaksa menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya. Namun. dan sebagainya perkara lain yang berlaku semasa saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga perlu mengkaji sejauh manakah keberkesanannya dalam pemngajaran dan pembelajaran serta telah diminta untuk mencadangkan amalan-amalan baru sebagai penambahbaikan. 20 . Selain itu.EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran REFLEKSI 2011 Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran walaupun terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti kekurangan bahan rujukan.

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran 2011 21 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful