UNIT 2 PENDEKATAN DAN TEORI SENI

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat 1. Menjelaskan maksud am seni kanak-kanak. 2. Mengenal pasti teori-teori seni klasik. 3. Mengenal pasti teori-teori seni kontemporari. 4. Mengaplikasi pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak.

PENGENALAN

S

eni untuk kanak-kanak terbahagi kepada seni visual dan seni persembahan adalah peniruan hidup harian mereka. Kanak-kanak

meluahkan perasaan masing-masing menerusi hasil karya seni mereka. Seni untuk kanak-kanak dapat meningkatkan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak serta menimbulkan rasa kecantikan yang berkaitan dengan estetika dalam seni. Dalam unit ini, kita akan berbincang mengenai teori-teori seni klasik dan kontemporari serta mengaplikasi teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak.

ISI KANDUNGAN

T

eori seni klasik Plato,

Aristotle dan Socrates menekankan

kesejagatan, keabadian dan kebenaran dalam kehidupan. Teori

kosmologi pula berkaitan dengan alam semester yang meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam alam. Teori kontemporari mula membentuk identiti, stail dan teknik tersendiri. Teori seni kontemporari yang dibincangkan meliputi Teori Erwin Panofsky dan Teori Susanne K. Langer. Pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak meliputi pendekatan konstruktivis, teori sosialinteraksi Piaget dan teori Gestalt yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni kanak-kanak.

Seni

S

eni membawa maksud sesuatu yang halus. Seni terbahagi kepada seni visual dan seni persembahan. Seni visual untuk kanak-kanak meliputi aktiviti

melukis dan mewarna kanak-kanak, aktiviti kraf yang mengaplikasikan teknik menggambar, teknik mereka corak dan rekaan serta teknik bentuk binaan. Seni persembahan untuk kanak-kanak pula meliputi aktiviti muzik, pantun, sajak, drama, tarian dan pergerakan kreatif.

Teori seni klasik

T

eori seni klasik Plato, Aristotle dan Socrates menekankan kesejagatan, keabadian dan kebenaran. Kesejagatan merupakan nilai rentas budaya

tanpa mengira ras, ruang dan waktu serta nilai kehidupan sesebuah masyarakat. Keabadian merupakan konsep kehidupan yang berkekalan daripada segi fizikal dan juga nilai, sikap dan kerohanian. Kebenaran pula dikaitkan dengan kemanusiaan dan kerohanian yang berkaitan dengan keadilan, tata susila dan kebijaksanaan.

Catatkan perkara-perkara penting pandangan Plato. kecantikan dan kesempurnaan... …………………………… .. .. Beliau meyatakan bahawa kecantikan hanya sementara. Aristotle menolak teori ini dengan alasan kecantikan ialah sifat fizikal yang boleh ditanggap oleh fizikal manusia. Plato menenkan isi manakala Aristole menekan bentuk dan waktu.. Plato Aristotle Socrates . Beliau menyatakan bahawa sesuatu hasil seni harus tergubah dalam hubungan yang sesuai antara satu sama lain dalam suatu keseluruhan dan kesatuan di samping mempunyai ciri-ciri kesempurnaan dan keseimbangan. …………………………… …………………………… …………. …………………………… …………………………… ……..Plato memperkenalkan teori peniruan dan berpendapat bahawa seni harus berasaskan kepada idea yang bercirikan idealistik. Kosmologi melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut. Socrates pula memperkenalkan teori penciptaan seninya yang berkonsepkan keseluruhan dan kesatuan.. ... …………………………… ……. …………………………… Teori kosmologi T eori kosmologi berkaitan dengan alam semester.. Aristotle dan Socrates terhadap seni. …………………………… …………………………… ………….

.Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni. angin dan lautan. Karya seni ukiran patung ini dikaitkan dengan unsur bumi. tanah. Patung yang diukir mempunyai pelbagai corak dan fungsi dipercayai mempunyai imej jelmaan nenek moyang mereka. Contohnya ukiran patung yang dihasilkan oleh orang asli kaum Jah Hut melambangkan semangat mereka terhadap kosmologi kepercayaan animisme.

Fikirkan contoh karya seni yang berkaitan dengan alam semester.. ………………………………….. 3. Teori seni kontemporari yang dibincangkan meliputi Teori Erwin Panofsky dan Teori Susanne K. . Karya seni yang berkaitan dengan alam semester 1.... …………………………………. Teori kosmologi . ………………………………….. Langer.Catatkan perkara-perkara penting bagi teori kosmologi.. .……………………… Teori seni kontemporari T Seni kontemporari mula membentuk identiti. ……………………………………… ……………………………. …………………………………. ………………………. …………………………………. stail dan teknik tersendiri. ……………………… 2.

Makna juga diperolehi daripada ekspresi perasaan. tumbuhatau primari tumbuhan dan objek persekitaran lain.. Jadual 2. …………………………………. …………………………………. (ii) objek yang biasa atau sekunder dan (iii) makna intrinsik atau isi. Jadual 2.. …………………………………. …………………………………... Terdapat tiga objek dan makna dalam karya seni. Karya di atas menunjukkan peristiwa dan makna. Objek yang biasa Erwin Panofsky menggambarkan arca (objek) atau sekunder perempuan memegang buah peach yang melambangkan personaliti ‘kejujuran’. Makna yang disampaikan berhubung dengan objek diperolehi daripada peristiwa.1 Teori Erwin Panofsky Objek dan makna Penerangan Objek yang natural Objek natural meliputi manusia.1 menerangkan Teori Erwin Panofsky. Catatkan makna intrinsik dalam Teori Erwin Panofsky. Makna intrinsik atau Makna menentukan sikap.. iaitu (i) objek yang natural atau primary.. Alam berbentuk demikian dipanggil objek primari.Teori Erwin Panofsky T eori ini membincangkan tentang objek dan makna melalui pernyataan ikonografi. . binatang. Ikonografi merupakan persoalan yang memperkatakan tentang objek dan makna. Makna intrinsik .. pendirian dan falsafah. isi Kesemuanya dinyatakan melalui personaliti seseorang melalui karya seni. ……………………………………… ……………………………. Persoalan objek digambarkan dengan peristiwa dan mencantumkan persoalan komposisi.

perasaan. ekspresi. lambang. Langer L anger menolak teori peniruan Plato. Langer menyatakan bahawa bentuk menjadi tumpuan utama dalam falsafah seni. Dalam seni visual bentuk merujuk kepada kejelasan. Beliau berpegang kepada tujuh konsep dalam karya seni iaitu bentuk. lambang. struktur dan kesatuan manakal dalam muzik bentuk merujuk kepada simfoni.Teori Susanne K. Isikan konsep yang tertinggal dalam Teori Susanne K. Beliau menyarankan pengkarya seni perlu mengaplikasi teknik yang pelbagai dalam karya masing-masing. Konsep bentuk. ekspresi. perasaan berkaitan dengan takrif seni manakala konsep ilusi dan imej lebih kepada fungsi dalam sesebuah karya. Imej Tujuh konsep karya seni Ilusi Abstr ak Perasa an . abstrak. Beliau menyatakan karya seni merupakan perasaan seseorang pengkarya dan hanya sebagai ilusi. Langer. abstrak. ilusi dan imej.

teori sosialinteraksi Piaget dan teori Gestalt yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran seni kanak-kanak. Fikirkan empat cara untuk menyampaikan pengajaran seni lukis kanak-kanak berdasarkan pendekatan konstruktivis. menyusun maklumat supaya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak. Pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak meliputi pendekatan konstruktivis. Pendekatan konstruktivis P endekatan konstruktivis membimbing kanak-kanak belajar secara mudah berdasarkan pengalaman mereka. menyampaikan maklumat secara berkesan dalam pengajaran. Kedua. Ketiga. Kedua. Apabila guru pendidikan seni memahami teori seni dan teori pembelajaran kanak-kanak maka ia akan memberi manfaat kepada proses pembelajaran kanak-kanak. Ketiga. Pertama. Pendekatan ini boleh diaplikasikan dengan menggunakan empat cara untuk mendidik kanak-kanak. pengajaran perlu dirancang dengan mudah untuk membantu kanak-kanak mendapat ilmu. Bruner telah menggariskan tiga prinsip perlu mengambil kira kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta dalam pendekatan ini.Aplikasi teori pembelajaran dalam pendidikan seni P engaplikasian sesuatu teori dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah asas kepada pengajaran yang bertindak sebagai panduan kepada keperluan kanak-kanak. . guru mengorganisasi pengajaran mengikut urutan yang mudah difahami oleh kanak-kanak. menekankan kelainan dengan melatih kanak-kanak membezakan maklumat yang diterima. Keempat. Pertama. Teori merupakan panduan strategi pengajaran yang menggalakkan pengajaran yang terancang dan berkesan. memberi pujian atau ganjaran dan nasihat atau galakkan kepada kanak-kanak berjaya atau gagal melakukan sesuatu. pengajaran perlu kemampuan mereka.

1. (i) Peingkat Deria-Pergerakkan (0-2 Tahun) . refleksi akan bertukar menjadi skema yang tersusun. 2. Piaget menyatakan terdapat dua proses yang digunakan oleh kanakkanak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. pengetahuan kanak-kanak perlu dibina melalui pengalaman. (iii) peringkat pengolahan konkrit (7-11 tahun) dan (iv) peringkat pengolahan formal (12 tahun ke atas). Menurut Piaget. (ii) peringkat pra-olahan (2 -6 tahun). Perubahan penyelesaian kepada ketegangan ini akan menggalakkan perkembangan kognitif kanak-kanak. mereka perlu dibimbing untuk membina pengetahuan secara aktif melalui pengalaman masing-masing. Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran baru. Kanak-kanak juga mendapat pengetahuan dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan-rakan dan gurunya. iaitu (i) peringkat deria-pergerakkan (0-2 tahun). Kedua-dua proses ini menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Refleksi berfungsi dalam membantu bayi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat. 4. Semasa pengajaran dan pembelajaran. 3. Teori sosial-interaksi Piaget T eori ini berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. pengetahuan yang diterima oleh mereka masih tidak mencukupi. iaitu proses asimilasi dan akomodasi. Hipotesis yang dikemukakan oleh Piaget menyatakan bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi.

(iii) Peringkat Pengolahan Konkrit (7-11 Tahun) Di peringkat ini. perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbanding perkembangan mental. . kanak-kanak telah mula menguasai bahasa dan menggunakan nama untuk panggilan objek di persekitaran mereka. Mereka mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental. Walau bagaimanapun kekurangan pengalaman menghadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk menggunakan apa yang mereka tahu. Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep nombor membantu mereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti sesuatu susunan perkara angka. daripada pengklasifikasian serta kemampuan melihat pelbagai perspektif. Guru. Mereka selalu ingin bercakap untuk menarik perhatian guru dan ibu bapa. (iv) Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun Ke Atas) Di peringkat ini. bayi dan kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol atau bahasa untuk menamakan objek di persekitaran mereka. Kanak-kanak di peringkat ini telah mula memahami konsep abstrak dan mula membentuk identiti diri. Di peringkat ini. Cara mereka berinteraksi dengan persekitaran ialah melalui pancaideria dan gerak-geri masing-masing. (ii) Peringkat Pra-Olahan (2 – 6 Tahun) Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat ini.Di peringkat ini. ibu bapa atau pengasuh perlu selalu menggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi untuk meningkatkan daya ciptaan mereka. kemahiran bahasa dan berkomunikasi kanak-kanak sangat tinggi. Namun terdapat juga kanak-kanak pasif yang mendiamkan diri.

Sepanjang proses pembelajaran seni kanak-kanak. Saiz kumpulan Baik Teori Gestalt T eori gestalt memberi tumpuan kepada kognitif seseorang individu untuk mengenal pasti otak seseorang individu bertindak pada persepsi yang diterima menerusi deria penglihatan. Guru diingatkan supaya jangan menilai jawapan tersebut dengan menggunakan jawapan yang betul atau salah. iaitu 1 perkara baik. minta kanak-kanak menyatakan pendapat dan perasaan masing-masing berdasarkan jawapan yang diberi. 1 perkara buruk dan 1 perkara menarik. Teori ini menyatakan seseorang individu akan sentiasa membuat persepsi daripada pengalaman di mana persepsi ini adalah yang diambil secara keseluruhan dan bukannya sebahagian. Setiap rangsangan yang diberikan kepada kanak-kanak mungkin diterima secara berbeza-beza terutama sesuatu pengalaman itu adalah baru bagi mereka. Objektif Masa : Melatih kanak-kanak berfikir dengan pandangan yang luas : 15 minit : secara indidvidu Buruk Menarik dan belajar dari pengalaman. proses menghasilkan karya seni itu lebih penting berbanding dengan produk akhir. Selepas selesai melakukan aktiviti tersebut. .Minta kanak-kanak menulis atau melukis 3 perkara.

Di dalam konteks pembelajaran seni kanak-kanak. Hukum kesinambungan positif menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan adalah kekal dan tidak akan berubah. Hukum persamaan menyatakan seseorang individu lebih cenderung untuk mengkategorikan rangsangan yang mempunyai persamaan di di kategori yang sama. Jadual 2. Persamaan Keintiman Lengkap Kesinambungan positif Ciri-ciri bahagian Teori Gestalt mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan selalu diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk karya seni tetapi menekankan proses penghasilan produk karya seni.2 Teori Gestalt Hukum Pragnanz Penerangan hukum Hukum pragnanz menjelaskan apabila seseorang individu berhadapan dengan pengalaman yang baru.Enam hukum dalam teori gestalt meliputi pragnanz. lengkap. . Hukum lengkap menyatakan bahawa seseorang individu lebih cenderung untuk meletakkan rangsangan yang lengkap di kategori yang sama. keintiman. Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di kategori yang sama. persamaan. persepsi inidividu tersebut menjadi tidak teratur. kesinambungan positif dan ciri-ciri bahagian. Hukum ciri-ciri bahagian menyatakan seseorang individu akan menilai sesuatu objek secara menyeluruh. Hukum keintiman menerangkan pengkategori setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan.2 menerangkan Teori Gestalt Jadual 2.

Objektif : Melatih kanak-kanak supaya mahir menerangkan pelbagai persepsi. : Ceritakan kisah tersebut kepada kanak-kanak. Masa Bahan Kaedah Soalan: 1. Jika anda sebagai watak arnab.Pilih cerita yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak dan ceritakan kepada kanak-kanak. sesuatu menggunakan \ Nyatakan bagaimana anda mengajar aktiviti melukis dalam bilik darjah anda. Jika anda sebagai kura-kura. apa perasaan kamu? 2. . apakah dialog yang anda akan katakan : 10 -15 minit : Buku cerita Kisah Arnab dengan Kura-Kura. Kemudian bersoal jawab dengan kanak-kanak.

sajak. Seni persembahan untuk kanak-kanak pula meliputi aktiviti muzik. 3. . Beliau meyatakan bahawa kecantikan hanya sementara. Teori seni klasik Plato. Teori kosmologi berkaitan dengan alam semester yang melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut. drama. 10. 5. penciptaan seni yang 8. Plato memperkenalkan teori peniruan dan berpendapat bahawa seni harus berasaskan kepada idea yang bercirikan idealistik. Terdapat tiga objek dan makna dalam karya seni (i) Objek yang natural atau primari (ii) Objek yang biasa atau sekunder dan (iii) Makna intrinsik atau isi. 2. Aristotle dan Socrates menekankan kesejagatan. stail dan teknik tersendiri. Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni.RINGKASAN 1. Seni kontemporari mula membentuk identiti. aktiviti kraf yang mengaplikasikan teknik menggambar. Seni membawa maksud halus terbahagi kepada seni visual dan seni persembahan. Seni visual untuk kanak-kanak meliputi aktiviti melukis dan mewarna kanak-kanak. keabadian dan kebenaran dalam kehidupan. 4. 9. teknik mereka corak dan rekaan serta teknik bentuk binaan. 12. Teori seni kontemporari Erwin Panofsky menekankan tentang objek dan makna melalui pernyataan ikonografi. pantun. 7. 6. Socrates pula memperkenalkan teori berkonsepkan keseluruhan dan kesatuan. Ikonografi merupakan persoalan yang memperkatakan tentang objek dan makna. tarian dan pergerakan kreatif. 11. Aristotle menolak teori ini dengan alasan kecantikan ialah sifat fizikal yang boleh ditanggap oleh fizikal manusia.

olahan.13. Kedua. konkrit dan formal. pengajaran perlu berdasarkan kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta mengikut konteks kesanggupan kanak-kanak untuk belajar. Pertama. abstrak. keintiman. lengkap. Bruner memperkenalkan tiga prinsip dalam pendekatan konstruktivis. lambang. pengajaran perlu melangkaui maklumat yang dibekalkan oleh guru dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu. PETA KONSEP . Langer memperkenalkan tujuh konsep seni yang meliputi bentuk. mengorganisasi pengajaran supaya mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh kanak-kanak dengan mudah. Ketiga. Teori seni kontemporari Susanne K. kesinambungan positif dan ciri-ciri bahagian. persamaan. ekspresi. Empat aspek perkembangan kognitif dalam teori sosial-interaksi Piaget meliputi pergerakkan. perasaan. 16. 15. Enam hukum dalam teori gestalt meliputi pragnanz. ilusi dan imej. 14.

.

8. Erwin Panosky 8. Nyatakan tiga prinsip Bruner dalam Pendekatan konstruktivis. Keintiman 19. Plato 5. Senaraikan enam hukum dalam Teori Gestalt. Teori Gestalt 16. Olahan 13. Konkrit 14. Formal 15. Lengkap 20. Wadsworth . Teori Kontemporari 4. Becoming an Art Teacher.Ciri-ciri bahagian 10. United Kingdom: Thomson Learning. Socrates 7. Apakah kaitan Teori Kosmologi dengan alam semester? 4. Senaraikan tujuh konsep dalam Teori Susanne K. Langer. Langer 9.KATA KUNCI 1. 7. Susanne K. Pragnanz 17. 3. Apakah maksud seni kanak-kanak? 2. Persamaan 18.K. Apakah yang ditekankan oleh Erwin Panofsky dalam Teori Kontemporari? 5. Pendekatan konstruktivis 11. Pergerakkan 12. (2000). 6. Teori Sosial-interaksi Piaget PENILAIAN KENDIRI 1. Huraikan empat aspek perkembangan kognitif dalam teori sosial- interaksi Piaget. Aristotle 6. J. RUJUKAN Bate. Teori Kosmologi 3. Kesinambungan positif 21. Teori Klasik 2. Aristotle dan Socrates dalam Teori Klasik. Bezakan pandangan Plato.

elok. Art and Creative Development for Young Children. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Hamaid. Schirrmacher. Pandangan Plato. Mohd. Essa. Kaitan Teori Kosmologi dengan alam semester. Socrates pula memperkenalkan teori penciptaan seninya yang berkonsepkan keseluruhan dan kesatuan. (2004). L. kecantikan dan kesempurnaan. tipis dan halus. New York: Thomson Delmar Learning. (2002). Kosmologi melibatkan fenomena dalam ruang dan masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang tersebut. New York: Thomson Delmar Learning. Maksud seni kanak-kanak.E. enak didengar iaitu mengenai suara. R. Aristotle dan Socrates dalam Teori Klasik. .Eva. J. Creative Activities for Young Children. Introduction to Early Childhood Education. comel bentuk badan. M. 6th Edition. 2. (2009). Plato memperkenalkan teori peniruan dan berpendapat bahawa seni harus berasaskan kepada idea yang bercirikan idealistik. 7th Edition. Beliau menyatakan bahawa sesuatu hasil seni harus tergubah dalam hubungan yang sesuai antara satu sama lain dalam suatu keseluruhan dan kesatuan di samping mempunyai ciri-ciri kesempurnaan dan keseimbangan. Teori kosmologi berkaitan dengan alam semester. (2003). Canada: Mayesky. Beliau meyatakan bahawa kecantikan hanya sementara. Seni membawa maksud halus iaitu kecil. & Fox. Delmar Learning. Azhar Abd. Aristotle menolak teori ini dengan alasan kecantikan ialah sifat fizikal yang boleh ditanggap oleh fizikal manusia. JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS 1. Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. - 3.

Ikonografi merupakan persoalan yang memperkatakan tentang objek dan makna. Tujuh konsep dalam karya seni iaitu bentuk. Enam hukum dalam Teori Gestalt. Terdapat tiga objek dan makna dalam karya seni (i) Objek yang natural atau primari (ii) Objek yang biasa atau sekunder dan (iii) Makna intrinsik atau isi. mengorganisasi pengajaran supaya mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh kanak-kanak dengan mudah. Erwin Panofsky menekankan tentang objek dan makna melalui pernyataan ikonografi. Tujuh konsep dalam Teori Susanne K. 8. abstrak. konkrit dan formal. - 5. ekspresi. pengajaran perlu melangkaui maklumat yang dibekalkan oleh guru dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu. 6. perasaan. olahan. - Ketiga. Empat aspek perkembangan kognitif dalam teori sosial-interaksi Piaget. - Kedua. ilusi dan imej.- Hubungan manusia dengan alam akan mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa untuk menghasilkan karya seni. Perkara yang ditekan oleh Erwin Panofsky dalam Teori Kontemporari. - Pertama. - Empat aspek perkembangan kognitif meliputi pergerakkan. Tiga prinsip Bruner dalam pendekatan konstruktivis. 7. Langer. pengajaran perlu berdasarkan kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta mengikut konteks kesanggupan kanak-kanak untuk belajar. 4. lambang. .

persamaan. kesinambungan positif dan ciri-ciri bahagian. keintiman. lengkap.- Enam hukum dalam teori gestalt meliputi pragnanz. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful