BAB 1

1.1 Latar Belakang Kajian

Mata pelajaran matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR dan kini KSSR telah diperkenalkan perlu dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian.Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid. (Ahmad Hozi H. A. Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Bidang Sains dan Matematik, Pusat Perkembangan Kurikulum)

Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Sehubungan dengan itu, program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatis dan kreatif yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Matematik.

Justeru penyelesaian masalah ialah fokus kurikulum dan menjadi tujuan utama semua pengajaran dan aktiviti matematik . Oleh itu penyelesaian masalah bukanlah satu topik yang berasingan tetapi satu proses yang meliputi seluruh program pengajaran.

Page 1 of 20

1.2 Pernyataan Masalah

Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan istimewa kerana perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman harian. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak dalam pengajian matematik sebab ianya menguji kepintaran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan menyemak secara logik.

Di Malaysia, kajian yang dibuat oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP) mengenai pengajaran dan penguasaan fakta asas matematik di kalangan 3569 orang murid Tahun 3 sekolah-sekolah kebangsaan di 128 sekolah di seluruh negara pada tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid menjawab secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70 % ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP, 1996). Keadaan ini telah mendorong kepada keperluan untuk membentuk suatu strategi penilaian dan pemulihan yang dapat mengatasi masalah akademik yang dialami oleh murid.

Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran matematik dapat bermula daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid mengalami masalah pembelajaran dalam matematik dapat dibantu dan diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini.

Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah

Page 2 of 20

Selain daripada itu. melaksanakan perancangan dan menyemak semula jawapan yang diperolehi. sudah pasti murid-murid dapat mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah berdasarkan teknik bercerita. guru akan melakukan refleksi adakah teknik pengajaran yang dilakukannya di dalam kelas tersebut bersesuaian dan memberi kesan atau tidak kepada pelajar serta objektif pengajaran dan Page 3 of 20 . tujuan kajian ini adalah untuk menambahbaikkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.bercerita disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah mengira. Bagi soalan penyelesaian masalah. Berdasarkan kepada saranan Polya. pengurangan. item masalah yang mempunyai maklumat pengganggu dan item masalah yang memerlukan dua langkah penyelesaian. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Selain daripada itu. 1. Sekiranya prosedur-prosedur ini dipatuhi dan diikuti. berdasarkan kepada pemerhatian. kajian ini juga akan menumpukan kepada tahap matriks penyelesaian masalah bercerita iaitu item masalah tidak langsung. Kajian ini akan menganalisis punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid ketika menyelesaikan masalah bercerita. Tumpuan kajian ini adalah ke atas empat operasi asas matematik iaitu penambahan. memahami dan mengetahui apa yang diperlukan oleh soalan tersebut dan seterusnya menjalankan proses penggiraan yang melibatkan empat operasi asas. Selepas melakukan sesuatu pengajaran . Selain daripada itu. merancang strategi penyelesaian.3 Objektif Penyelidikan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah bercerita. guru akan melakukan kajian untuk penambahbaikan kepada teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan olehnya di dalam bilik darjah. empat prosedur yang dicadangkan untuk meleraikan maklumat dalam soalan adalah seperti pengasingan maklumat dalam soalan iaitu melalui pentafsiran atau memahami masalah. ia memerlukan kemahiran pelajar dalam membaca soalan. Contohnya. mempunyai dua bentuk soalan iaitu soalan berbentuk mekanis yang sememanya melibatkan dua proses penggiraan iaitu proses mengira biasa dan soalan berbentuk bercerita atau dipanggil penyelesaian masalah. pendaraban dan pembahagian.

1 Tujuan Kajian Tindakan i) Meninjau sejauhmana penggunaan teknik bercerita dapat menarik minat murid-murid belajar kemahiran penyelesaian masalah harian .pembelajaran tercapai atau tidak dengan penggunaan teknik tersebut. Jika tidak bersesuaian dan tidak memberi kesan kepada pelajar. apabila seseorang ingin menyelesaikan masalah bercerita. Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan. 5. Membaca masalah. 4. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis. maka guru perlulah melakukan kajian untuk penambahbaikan dengan menggunakan teknik lain atau teknik yang lebih bersesuaian yang boleh menarik minat pelajar. ii) Meninjau tahap penguasaan murid-murid mengekstrak maklumat daripada ceritadan mengenalpasti operasi yang terlibat. Ini adalah kerana kegagalan pada mana-mana tahap akan menghalang penyelesaian masalah untuk menyelesaikan masalah dengan jayanya kecuali secara tidak sengaja. ia perlu mengikut hieraki berikut : 1. 1. Membuat transformasi pemikiran.3. Memahami apa yang dibaca. 2. 3. Mengikut Newman (1977. Page 4 of 20 . 1983). Apa yang dipentingkan dalam Prosedur Analisis Kesilapan Newman adalah setiap masalah dilihat dalam bentuk hieraki. Penambahbaikan ini boleh dilakukan oleh guru apabila mengajar bagi subjek yang sama di kelas lain. iii) Menjadikan matematik sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan.

Dengan mengenal pasti kelemahan murid-murid pada peringkat awal akan membolehkan langkahlangkah pemulihan yang sewajarnya dilakukan bagi mengelakan murid-murid terus menerus mengalami kegagalan yang boleh melemahkan motivasi mereka untuk terus maju dalam mata pelajaran matematik. Tumpuan kepada aspek pemulihan akan memberi manfaat kepada murid-murid dari segi psikologi dan menambahkan motivasi belajar mereka. Page 5 of 20 .4 Persoalan Kajian Berdasarkan kajian di atas. keupayaan untuk mencari ayat matematik yang betul dan juga keupayaan melakukan komputasi. mereka akan mempunyai keyakinan diri. Kajian ini bertujuan untuk membuat diagnosis terhadap kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid Tahap II terhadap penyelesaian masalah bercerita. kajian tentang keupayaan murid-murid untuk menyelesaikan masalah bercerita yang mudah akan memberi sumbangan terhadap keupayaan murid-murid untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah bercerita yang lebih kompleks. kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut : a) Apakah strategi yang digunakan oleh murid-murid Tahun 5 yang lemah untuk menyelesaikan masalah bercerita? b) Apakah punca-punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid Tahun 5 yang lemah dalam menyelesaikan masalah bercerita? 1.1. memahami situasi yang dinyatakan.5 Kepentingan Penyelidikan Penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang harus dimiliki oleh semua orang terutamanya kepada golongan guru untuk menyesuaikan kaedah pengajaran mereka. Oleh itu. Memahami dan menyelesaikan masalah bercerita memerlukan keupayaan dalam beberapa kemahiran seperti memahami bahasa. berminat dan bermotivasi tinggi untuk terus mempelajari Matematik (JNIP. menyukai Matematik. 1996) Jemaah Nazir Institusi Pendidikan. Setelah menguasai kemahiran ini.

c) Kajian juga disekat oleh faktor Geografi memandangkan keadaan muka bumi sekolah pedalaman yang memungkinkan kadang-kadang kedatangan murid tidak memuaskan. Bagaimanakah dengan mengaplikasikan teknik bercerita dalam penyelesaian masalah matematik boleh dijawab dengan berkesan oleh murid? Page 6 of 20 .Sejauh manakah kebolehan pendekatan yang dipilih untuk memperkukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah melalui teknik bercerita. Sejauh manakah pendekatan pengajaran dengan menggunakan teknik bercerita yang diaplikasikan oleh guru dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan soalan masalah matematik. 3. 2.1. b) Pengkaji tidak mengambil kira faktor emosi.7 Soalan Kajian Ada 3 soalan untuk kajian ini. latar belakang keluarga.6 Batasan Kajian Penyelidikan Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang berikut : a) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang wujud dalam menyelesaikan masalah bercerita di kalangan murid-murid Tahun 5 sahaja. d) Kajian ini juga tersekat kerana kelas gabungan Tahun 4 dan 5 mungkin akan menggangu murid-murid Tahun 4. 1. persekitaran sekolah dan kecacatan fizikal yang mempunyai kaitan dengan kesilapan murid dalam menyelesaikan masalah bercerita. 1.

Penyelidikan tindakan adalah satu proses penyiasatan yang sistematik. kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.1 Tinjauan Literatur Penyelidikan adalah satu bentuk transformasi pengajian yang meningkatkan "saham pengetahuan" yang menyediakan manusia dengan tujuan supaya kehidupan mereka lebih berkesan dan bermakna. c. dan pendekatan-pendekatan kolaboratif untuk siasatan. Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar. b. Page 7 of 20 . Penyelidikan tindakan berpunca daripada satu tradisi kajian yang menitikberatkan kitaran. Selain daripada itu. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah. antaranya:- a. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri. dinamik. Tujuan penyelidikan tindakan adalah bagi menyediakan guru-guru dengan ilmu baru dan pemahaman yang membolehkan mereka untuk meningkatkan amalan pendidikan atau menyelesaikan masalah dengan berkesan dalam bilik darjah dan sekolah. Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah mempunyai beberapa kebaikan. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid. kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.BAB 2 2.

Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian disamping menjadikan pelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. khususnya di sekolah-sekolah rendah. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching). Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget. objektif pengajaran yang sebenar hendak disampaikan ketika itu menjadi menjadi kabur. pasti proses pembelajaran akan lebih berkesan. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. dan susunan aturan (ordering).Walaubagaimanapun guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berbeza. Gagne dan Dienes. Oleh yang demikian. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan.malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikansesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka.d. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Murid-murid. Walaupun mereka masih kecil. kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Walau bagaimanapun. tetapi apa yang diceritakankepada mereka itu dapat segera difahami dan kadang kala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu tadi. Antaranya ialah Teori Piaget. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996). terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Janganlah disebabkan terlalu seronok bercerita. Bruner. sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan adalahlebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama. amat gemar mendengar cerita. Oleh yang demikian. berasal daripada Switzerland. reguan (pairing). Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru. penjenisan (sorting). Page 8 of 20 . merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar.

operasi konkrit (7–11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Oleh itu.Daripada kajian dan pemerhatiannya. konsep dan prinsip. kita juga harus merujuk kepada Teori Gagne dalam penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik bercerita. pembelajaran melalui rantaian. Pada peringkat ini. pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta. Menurut Gagne. seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. kemahiran. Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Cara perlaksanaan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pengajaran cerita. Robert M. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita.” Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah. Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0–2 tahun). Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru dalam persediaan teknik bercerita adalah seperti berikut: Page 9 of 20 . alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami. Gagne. tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. pra-operasi (2–7 tahun). Menurut Jere Confrey (1999). Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. pembelajaran tindak balas rangsangan. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Walau bagaimanapun. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi ideaidea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental. “ Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. Oleh yang demikian. Menurut Gagne. usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.

Sikap putus asa dan beranggapan matematik adalah satu matapelajaran yang unik dan harus dipelajari pada sepanjang hayat. Selain daripada itu. bukanlah satu kurniaan sebaliknya kebolehan yang perlu digilap secara berterusan. d) Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum mencuba teknik ini. dia haruslah dibimbing supaya jangan putus asa dan menyerah kalah.a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur. objek-objek sebenar. kecerdasan dan minat murid-murid. atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek nilaiyang hendak disampaikan itu. e) Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu. c) Hafazkan frasa-frasa. frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain berkaitan dengan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya. Sebenarnya bagi kebanyakan pelajar kebolehan menyelesaikan masalah matematik umunya. Oleh yang demikian. kebolehan menguasai ilmu matematik sebenarnya memerlukan teknik yang perlu dipelajari pada sepanjang masa dan diikuti dengan kesungguhan untuk Page 10 of 20 . g) Sediakan kad-kad perkataan. b) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut. Sebaliknya.Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. atau lain-lain alat bantu mengajar. f) Guru boleh menggunakan gambar. murid-murid tidak boleh menganggap jika sekali menghadapi kesukaran tidak seharusnya murid tersebut beranggapan bahawa dia sudah tidak memiliki kebolehan belajar menyelesaikan penyelesaian masalah matematik.

menjalankan penyelesaian dan menyemak jawapan yang diperolehi. Page 11 of 20 .1 Kajian Lepas Dalam Negara. beliau mencadangkan satu model yang melibatkan 4 fasa iaitu memahami masalah. Suatu laporan mengatakan bahawa dua pertiga pelajar di Amerika dilaporkan memiliki sikap negatif tentang matapelajaran Matematik. Seseorang itu perlu mempunyai kemahiran dan berpengalaman dalam menyelesaikan masalah (Mohd Khairudin Yahya. 1985). Fasa pertama memerlukan pelajar membaca. merancang penyelesaian. 2. ia memerlukan perkaitan antara fakta dan data seterusnya merancang langkahlangkah penyelesaian. kita haruslah menitik beratkan faedah yang boleh dihasilkan. untuk mendapatkan kejayaan yang lebih baik. melalui fasa kedua pula. Teknik bercerita yang akan diaplikasikan dalam cadangan kajian tindakan ini akan berdasarkan denan Teori Gagne yang mementingkan langkah-langkah yang berurutan bagi menghasilkan satu kajian tindakan yang mencapai objektifnya dan berkesan. sudah tentulah latihan yang baik diperlukan dalam menjawab soalan penyelesaian masalah.4 Kesimpulan Oleh yang demikian. Oleh yang demikian. Seterusnya.mempelajarinya.3 Kajian Lepas Luar Negara Dalam Model Polya. 2. dalam teknik bercerita yang telah dipilih ini. 2. memahami dan menentukan apa yang dikehendakit oleh soalan yang diberikan. Murid-murid akan menjalankan dengan membuat penggiraan dan akhir sekali menyemak jawapan yang diperolehi bagi memastikan soalan dapat diselesaikan dengan betul.

Jika jawapan kali kedua ini betul ia dikategorikan sebagai kesilapan akibat kecuaian. Penentuan kategori kesilapan adalah berdasarkan kepada peringkat di mana kesilapan atau kegagalan pertama kali dilakukan oleh murid.1 Metadologi Penyelidikan Teknik Bercerita Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah gabungan dua kaedah iaitu pensel dan kertas dan temu duga secara individu.BAB 3 3. membuat operasi dan menuliskan jawapan di atas kertas. Murid-murid akan diberikan ujian secara kumpulan untuk menentukan tahap pemahaman mereka dalam masalah bercerita. Page 12 of 20 . Jika jawapan kali kedua ini jua gagal. murid akan diminta untuk membaca soalan. Selepas itu pengkaji akan menemuduga murid yang gagal secara individu berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang telah diubahsuaikan.2 Rekabentuk Kajian Penyelidikan Pengkaji akan mentadbirkan sendiri ujian ke atas murid. menterjemahkan masalah bercerita kepada ayat matematik. Masa yang diperuntukkan dalam ujian ini ialah 40 minit. Murid akan diminta untuk menjawab semula soalan yang mereka salah jawab secara bertulis. Murid akan dikategorikan sebagai melakukan kesilapan akibat motivasi sekiranya murid yang tidak menjawab soalan pada ujian kali pertama dan berjaya menjawab soalan dengan bantuan pengkaji. 3. Pengkaji memeriksa ujian bertulis yang diberikan untuk menentukan sama ada jawapan yang diberikan itu betul atau salah. menerangkan apa yang dikehendaki soalan. Murid-murid diuji secara kelas dalam bentuk ujian bertulis yang terdiri daripada 12 soalan.

kurang motivasi.2. 3. ujian diagnostik dianalisis berdasarkan kepada jawapan betul atau salah. pemahaman. Punca Satu : Kegagalan Membuat Transformasi Punca Dua : Cuai Ketika Menjawab Soalan Punca Tiga : Tidak Memahami Soalan Punca Empat : Kurang Motivasi Punca Lima : Melakukan Kesilapan Komputasi Page 13 of 20 . komputasi atau kebolehan membuat pengkodan. 3. terlebih dahulu saya memberitahu murid bahawa ini bukan ujian tetapi untuk mengkaji apakah kesilapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah bercerita. pengkaji menemu duga murid-murid yang melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan itu. jawapan dari sesi temu duga secara individu bagi setiap soalan dianalisis untuk mengenal pasti punca kesilapan sama ada berpunca daripada kecuaian.Pada peringkat kedua. Temu duga ini adalah berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman yang telah diubahsuai oleh pengkaji. transformasi. Pada peringkat pertama. Sebelum temu duga dijalankan. Saya akan memeriksa jawapan daripada tugasan yang dilakukan oleh murid.2.1 Analisis Data Data dianalisis secara deskritif mengikut kes.2 Dapatan Kajian Berikut adalah beberapa perkara yang saya akan titikberatkan. Pada peringkat kedua.

ii) Berikut adalah cadangan bahan-bahan yang akan digunakan a) LCD dan laptop untuk tujuan “presentation” b) Soalan-soalan latihan bercerita yang berkaitan dengan penyelesaian masalah matemtik. Kebanyakan ibu bapa bekerja sebagai petani dan pekebun.Berikut adalah antara aktiviti-aktivit cadangan yang akan diadakan bagi memantapkan lagi teknik bercerita yang dipilih : a) Murid membaca semula cerita yang telah diperdengarkan dan meningkatkan kemahiran membaca dan berbahasa di kalangan murid-murid Tahun 5. b) Murid-murid turut menyoal sesama sendiri iatu soaljawab secara lisan. Terdapat juga tanaman getah dan buah-buahan.3 Lokasi Cadangan kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah pedalaman di Daerah Penampang. Lokasi yang strategik bagi penangkapan ikan air tawar juga menyumbang kepada ekonomi masyarakat di kawasan tersebut.4 Ekonomi Tahap ekonomi di kawasan pedalaman tersebut adalah sederhana. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian yang akan disediakan: a) Senarai semak pencapaian individu murid b) Senarai semak perubahan tingkah laku murid c) Borang Soal Selidik 3. 3. Page 14 of 20 . Sabah.

Dia membeli 6 buah buku lagi. Sabah.3. Contoh. tolak.6 Instrumen Kajian Dalam kajian yang akan dijalankan. Page 15 of 20 . 3. Sampel kajian juga adalah dikalangan murid-murid sekolah pedalaman di Daerah Penampang. darab dan bahagi terdapat 3 soalan yang terdiri daripada soalan masalah bercerita : i) Pernyataan Langsung. Bagi setiap operasi asas matematik iaitu tambah. Ali ada 3 buah buku. Soalan ini telah diubahsuai mengikut aras pengetahuan murid-murid.5 Sampel Sampel kajian adalah terdiri daripada murid Tahun 5. Contoh. disediakan: instrumen dan langkah-langkah pemerhatian yang akan a) Senarai semak pencapaian individu murid b) Senarai semak perubahan tingkah laku murid c) Borang Soal Selidik a) Soalan Ujian Masalah Bercerita Soalan ujian ini mengandungi 12 soalan subjektif. Berapa jumlah buku Ali ? ii) Pernyataan Tidak Langsung. Tidak ada Maklumat Pengganggu dan Memerlukan Satu Langkah Penyelesaian sahaja.

kefahaman. Berapakah harga sebatang pensel dan sebungkus kacang ? iv) Masalah Memerlukan dua Langkah Penyelesaian. Page 16 of 20 . Contoh. Berapa biji epal yang Abu ada pada mulanya ? iii) Mempunyai Maklumat Pengganggu. keupayaan untuk membuat transformasi (menukarkan masalah kepada ayat matematik). seseorang murid yang melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan akan diminta untuk menjawab soalan itu semula. Ahmad ada lebih 11 ekor kambing daripada Aji. Aji ada 27 ekor kambing.Abu ada 12 biji epal. motivasi. b) Temu Duga Individu. kebolehbacaan. selepas dia memberi 3 biji epal kepada adiknya. Pengkaji akan mengklafikasikan kesilapan murid berdasarkan Kriteris Newman iaitu sama ada kesilapan berpunca daripada kecuaian. pengkaji akan menemu duga murid-murid berdasarkan 5 soalan mengikut urutan. kemahiran proses (komputasi) atau membuat pengkodan (menulis jawapan yang betul). Berapa jumlah kambing yang budak-budak itu ada ? Guru juga menyediakan beberapa teks panjang sebagai salah satu pembacaan tambahan kepada murid-murid untuk memperkukuhkan tahap kefahaman murid tentang teknik bercerita. satu bungkus kacang berharga 30 sen. Temu duga secara individu adalah berdasarkan kepada Prosedur Temu Duga Newman yang telah diubahsuai. Di kedai Pak Defi. satu batang pensel ialah 35 sen dan satu kotak mancis ialah 20 sen. Apabila ujian semula ini dijalankan. Mengikut Prosedur Temu Duga Newman. Contoh.

3. Berikut adalah langkah-langkah tersebut: Langkah 1 Memperolehi surat kebenaran untuk menjalankan cadangan kajian tindakan ini di sekolah yang telah dipilih daripada Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Langkah 2 Memohon kebenaran bertulis daripada pihak pentadbir sekolah untuk membuat kajian di sekolah tersebut. Langkah 5 Membuat rumusan kajian yang telah dijalankan dan seterusnya memberikan cadangan atau idea yang bernas untuk tujuan membantu bagi meningkatkan pencapaian matematik pelajar Tahun 5 dalam penyelesaian masalah melalui teknik bercerita. Langkah 4 Menganalis hasil dapatan dan juga berdasarkan soal selidik. saya akan mendapatkan kebenaran Guru Besar sekolah berkenaan. Seterusnya beberapa langkah yang telah disusun untuk memastikan proses dan kajian ini dapat dijalankan dengan sempurnya. saya adalah salah seorang daripada guru yang mengajar di sekolah tersebut. Langkah 3 Menjalankan cadangan kajian tindakan yang ditetapkan. Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Page 17 of 20 .7 Prosedur Pengumpulan Data Dalam usaha untuk menjalankan cadangan kajian ini. Sebagai makluman juga.

Matapelajaran Matematik adalah matapelajaran yang paling saya minat 1 2 3 4 5 2. 1 2 3 4 5 Page 18 of 20 . Satu soalan hanya sekali bulatkan. Kerjasama anda amatlah diharapkan dan dihargai. 1 2 3 4 5 = = = = = SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU SOALAN-SOALAN 1. Saya seronok belajar penyelesaian masalah dalam matematik. Kejujuran dan keikhlasan anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.LAMPIRAN BORANG SOAL SELIDIK Arahan: Sila lengkapkan borang soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas. Makluman: Sila bulatkan nombor pada skala yang sesuai. Segala kenyataan adalah sulit dan nama anda tidak perlu ditulis pada borang ini. Jawapan anda haruslah berdasarkan soalan yang diajukan.

1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 4.3. 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 6. 9. Saya akan memohon bantuan guru apabila menghadapi masalah pemahaman dalam menyelesaikan masalah harian dalam matematik. 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 8. Guru sentiasa menyediakan latihan-latihan soalan penyelesaian masalah matematik yang mencabar. Guru matematik menerangkan pelbagai kaedah penyelesaian masalah dengan jelas dan mudah difahami. Guru matematik sentiasa memberikan motivasi dan semangat untuk terus belajar dalam penyelesaian masalah. 1 2 3 4 5 10. Soalan jenis bercerita dalam penyelesaian masalah matematik adalah amat mudah difahami untuk diri saya. Setiap langkah-langkah menjawab soalan penyelesaian masalah matematik adalah amat bermakna bagi diri saya. Pengajaran guru Matematik dalam penyelesaian masalah menarik minat saya. 5. 1 2 3 4 5 Page 19 of 20 . 7. Latihan penyelesaian masalah matematik yang diberikan adalah mencukupi dan amat membantu saya meningkatkan keyakinan dan kemahiran diri.

London: Open University. Disember. Kuala Lumpur: Dunia Press Sdn Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suratkhabar Watak Guru (2001. Yunus (1989). Majid Konting (2000). Atan b. G (1957). Pedadogi Kaedah Mengajar. How to Solve it. Long (1980). Berita Matematik. Mei 19). Pusat Perkembangan Kurikulum. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Polya. Page 20 of 20 . Mohd.RUJUKAN Buku Aida Suraya Md. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Utusan Malaysia (6).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful