FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK CERDAS KBC 3023

TAJUK TUGASAN KUMPULAN (CIRI-CIRI AFEKTIF, FIZIKAL DAN EMOSI PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT)

KUMPULAN KULIAH: A SEMESTER 3 2009/2010 NAMA PENSYARAH DR. MD. NASIR BIN MASRAN NAMA AHLI KUMPULAN NAMA AINI NURULASIKIN BINTI MOHD ZAN NUR HASFIZAH BINTI HUSSIN NO. ID D20091034726 D20091034729

1

KANDUNGAN Isi Kandungan Abstrak 1.0 Pengenalan 2.0 Ciri-ciri Afektif Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat 2.1 Definisi Afektif 2.2 Ciri-ciri Afektif 3.0 Ciri-ciri Fizikal Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat 3.1 Definisi Perkembangan Fizikal 3.2 Ciri-ciri Fizikal Peringkat Awal Kanak-kanak 4.0 Ciri-ciri Emosi Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat 4.1 Definisi Perkembangan Sosial dan Emosi 4.2 Ciri-ciri Sosial dan Emosi Peringkat Awal Kanak-kanak 4.3 Ciri-ciri Emosi Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat 5.0 Penutup Rujukan Lampiran 18 11 8 Halaman 3 3 6

2

1. Fizikal Dan Emosi Pintar Cerdas Dan Berbakat Aini Nurulasikin Binti Mohd Zan Nur Hasfizah Binti Hussin Abstrak Kanak-kanak yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa melebihi kebolehan rakan sebayanya yang lain dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat.0 Pengenalan Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. kognitif. penulisan yang telah dibuat ini adalah berkaitan dengan ciri-ciri yang boleh dikaitkan dengan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat melalui beberapa aspek. Peranan pelbagai pihak amat penting dalam pengenalpastian berkaitan ciri-ciri yang ada pada mereka dan kerjasama semua pihak ini amat membantu mereka memperkembangkan lagi potensi dan bakat yang ada pada diri mereka. Justeru itu. Bagi mengembangkan 3 . pelbagai intervensi awal boleh dilakukan untuk membantu mereka.Ciri-Ciri Afektif. Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Terdapat pelbagai ciri yang boleh diperhatikan terhadap golongan kanak-kanak ini samada secara langsung atau tidak untuk memastikan mereka adalah golongan pintar cerdas dan berbakat seperti yang diperkatakan. terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. tiga aspek yang telah diberikan penekanan adalah afektif. Pengetahuan berkaitan ciri-ciri yang ada pada golongan ini amat penting kepada perkembangan potensi dan bakat yang ada pada diri mereka pada masa sekarang dan juga pada masa akan datang. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). fizikal dan emosi. Ciri-ciri ini boleh dilihat secara langsung atau tidak langsung. Ciri-ciri ini sebenarnya dapat diperhatikan oleh pihak-pihak yang terlibat semenjak mereka dilahirkan sehinggalah mereka mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya. psikomotor dan emosi mereka. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal. Dalam penulisan ini. Jika terdapat ciri-ciri negatif yang boleh menghalang kepada pencapaian mereka.

banyak akal. 4 . licin dan mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Menurut Renzulli (2002) menyatakan bahawa Pintar Cerdas Berbakat sentiasa berubah mengikut keadaan dan persekitaran. Menurut Gagne (1998) dan Piirto (1999) berbakat pula ialah keadaan seseorang yang berbakat berjaya menempa kecemerlangan dalam domain-domain bakatnya pada peringkat-peringkat tertentu. menyanyi. Berbakat pula ialah mempunyai kebolehan yang semula jadi.potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan. manakala terma “talented” ialah mereka yang dapat membuat sesuatu perkara dengan begitu baik sekali seperti melukis. Stanford Binet (1916). berfikir secara rasional dan menguruskan persekitaran dengan berkesan. orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai „The Stanford-Binet Test‟ telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami. Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Wechsler (1958) mengatakan pintar cerdas ini merujuk kepada keupayaan menyeluruh seseorang individu untuk bertindak secara bermatlamat. Pintar cerdas (gifted) merujuk kepada seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang tertentu samada dalam bidang akademik atau dalam bidang bukan akademik. cerdik. Pintar cerdas berbakat ini sebenarnya ialah satu kategori umum yang merangkumi semua jenis bakat atau kecerdasan dalam kalangan individu. menari atau berlakon. Lewis Terman (1916) pula mendefinisikan pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Adakalanya persekitaran akan menyumbang kepada perkembangan individu menjadi berbakat daripada keadaan asalnya yang dikenali sebagai pintar cerdas. Kebanyakkan pihak yang menyediakan program „gifted and talented‟ ini mengatakan istilah “gifted” adalah merujuk kepada mereka yang mempunyai IQ yang tinggi. Kamus Dewan Edisi Keempat pula mendefinisikan pintar sebagai pandai. Kadangkadang pencapaiannya dalam bidang itu belum terbukti cemerlang.cekap. „Gifted‟ dan „Talented‟ adalah dua perkataan yang sering digunapakai dalam masa yang serentak. Menurut Gagne (1995) seseorang itu dianggap berbakat dalam bidang-bidang tertentu apabila dia menampakkan potensinya dalam bidang tersebut.

Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek.Bagaimanapun Ross (1993) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas (gifted and talented) adalah kanak-kanak yang dikenalpasti semasa pra sekolah. kreativiti. atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus. kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengkagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa. sama pengalaman atau persekitaran. Ciri-ciri ini boleh dikenalpasti dan dilihat semenjak kecil lagi hingga dewasa dan seterusnya. pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka. 5 . Berdasarkan pelbagai pendapat berkaitan definisi pintar cerdas dan berbakat ini. Dari istilah Persekutuan Amerika Syarikat pula pintar cerdas ditujukan kepada kanakkanak. Definisi dari Negara Kanada pula. pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual. pelajar-pelajar yang dikenali sebagai pintar cerdas dan berbakat juga boleh dilihat atau dikenalpasti melalui pelbagai ciri yang sememangnya ada pada diri mereka. Ciri-ciri ini adalah dari segi afektif. fizikal dan juga emosi. artistik. sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya. kreativiti.

Perlaksanaan ini sebenarnya cenderung menjadi konsisten walaupun keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipraktikkan. dan kemahiran sosial. Pada peringkat menilai pula. Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi dan bukannya fikiran atau daya berfikir untuk memperkembangkan minat dan motivasi membaca. alam kanak-kanak haruslah berkembang serentak dengan alam-alam kognitif mereka. menanyakan soalan. penerimaan adalah berhubung dengan kemahiran pelajar untuk memberi perhatian terhadap pembelajaran atau sesuatu perkara. Selain itu. kesudian untuk menerima dan perhatian terkawal atau terpilih. namun menggunakan program akademik khas yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Menurut Krathwohl lagi. mengenali bahagian-bahagian ayat dan menjawab soalan dengan lengkap. Gerakbalas pula melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. tindakan pelajar mencerminkan satu bentuk kesedaran atau perhatian terhadap rangsangan dan peristiwa atau perkataan yang berhubung dengan domain afektif ini. Kesudian untuk menerima pula bermaksud sesuatu pengajaran harus disampaikan dalam suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik. Kurikulum afektif pula merupakan sebuah kurikulum yang dirancang untuk mengajar pelajar berbakat tentang emosi. menyelaraskan sistem nilai organizing a vale set dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada penerimaan receiving. Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) adalah antara penyelidik yang julungkalinya menggunakan terminologi afektif dalam memperkenalkan lagi satu domain penting dalam kehidupan manusia.1 Definisi Afektif Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.2. Seterusnya perhatian terkawal pula adalah pelajar membezakan keseluruhan keadaan pada bahagian-bahagian komponen dan kemudian pilih satu daripada aspek tertentu dan terus berperhatian. Manakala konteks pengajaran pula menekankan kepada kemahiran mendengar. harga diri. Dalam konsep kesedaran.Tiga perkara yang berhubung dengan aras ini ialah kesedaran. Hal ini adalah bermanfaat bagi semua pelajar dimana mereka yang telah dikumpulkan bersama dengan pelajar jauh lebih tua dan lebih muda daripada usia mereka. perlakuan adalah didasarkan atas kekerapan dan kepentingan yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Menurut Krathwohl lagi.0 Ciri-Ciri Afektif Kanak-Kanak Pintar Cerdas Dan Berbakat 2. tindakbalas responding. organisasi membawa 6 . Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini. pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.

Domain „afektif‟ dan „emosi‟ adalah dua istilah yang berbeza tetapi sama dari segi makna dan pemahaman. pembentukan personaliti dan pegangan hidup seseorang. Apabila lebur daripada sesuatu nilai dinuranikan maka ia membolehkan beberapa nilai digunakan dan ini menyebabkan pelajar terpaksa membina bahagian hubungan dan keutamaan daripadanya ialah nilai-nilainya itu. 2. memberikan pendapat. Pendapat ini adalah serasi dengan apa yang dinyatakan oleh Bolton (1973) ‘learning needs to be felt for it to be effective’ yang bermakna pembelajaran melalui perasaan sahaja yang akan lebih afektif. memiliki kecerdasan pelbagai dan menunjukkan hala tuju untuk mencapai apa yang diingini. Domain ini amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pertaliaanya yang cukup kuat dan domain kognitif dalam proses kemahiran berfikir.2 Ciri-ciri Afektif kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat Antara ciri-ciri afektif bagi individu pintar cerdas ialah mereka adalah berperasaan dan beremosi.maksud membentuk sesuatu sistem nilai. sistem kepercayaan. 7 . Dengan kewujudan istilah Kecerdasan Emosi Emotional Intelligence atau EQ seperi yang diketengahkan oleh Daniel Goleman dan menjadi begitu popular dewasa ini menjadikan konsep EQ dan domain afektif begitu penting. Morgan dan Saxton (1991) pula mentakrifkan soalan-soalan domain afektif sebagai ‘questions of feelings’ iaitu soalan berdasarkan perasaan. sistem nilai. Kedua-dua istilah adalah menegaskan tentang kepentingan elemen perasaan. mempunyai perasaan yang tersendiri dan berbeza dengan orang lain. keyakinan dalam membuat proses keputusan.

Kanak-kanak ini juga mula memegang objek kecil menggunakan sebelah tangan dan seterusnya dua belah tangan. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock.2 Ciri-ciri Fizikal Awal Kanak-Kanak Pintar Cerdas dan Berbakat. 2007). Ciri-ciri perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini dapat dilihat sejak kecil hingga ke peringkat yang seterusnya. Biasanya pada umur diantara 0 hingga 11 bulan. Selain itu.3. Semasa pembesaran. Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. kesihatan dan psikomotor. dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari. keselamatan. Mereka juga mula merangkap 8 . 2003) perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunaakan anggota badan. ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara langsung. Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( Kementerian Pendidikan Malaysia. kadar pertumbuhan bahagianbahagian badan. perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain.1 Definisi perkembangan fizikal Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal. Secara tidak langsung. perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu. 3. mereka juga mula belajar untuk duduk dan memusingkan kepala sewaktu duduk. berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing. mengambil objek menggunakan mulut dan berguling-guling ke belakang dan depan. otot. iaitu kebersihan alam sekitar. 1978). Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya. kanak-kanak ini mula mengangkat kepala apabila diletakkan secara meniarap.0 Ciri-Ciri Fizikal Pelajar Pintar Cerdas Dan Berbakat 3. kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian. misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan. membuat pergerakan menggunakan lengan dan kaki.

Pada peringkat akhir lingkungan umur ini. mereka juga sudah pandai menghadapi sesuatu rintangan yang menghalang mereka. Pada umur 16 bulan. mereka sudah tahu menconteng kertas dengan membuat bentuk bulat secara bebas. merangkap menggunakan sokongan tangan untuk menaiki tangga dan mula berminat dengan barang permainan yang berbentuk besar dan menarik. bangun dan duduk dari kerusi tanpa bantuan daripada orang lain. kanakkanak ini semakin aktif. mereka sudah mula pandai membongkok untuk mengambil objek walaupun pergerakan tersebut masih belum stabil sepenuhnya lagi. Pada peringkat ini juga. Dalam peringkat ini juga. Ciri-ciri fizikal yang seterusnya pula dapat dilihat pada peringkat umur 4 tahun setengah. Mereka sudah pandai duduk dengan adanya sokongan. Mereka juga mula berjalan secara berjengket-jengket iaitu kemahiran menguji kekuatan otot kaki dan berminat dengan permainan yang menguji kemahiran motor mereka seperti menguli tepung atau sebagainya. melompat dengan lebih yakin tanpa terjatuh dan dapat mengayuh basikal roda tiga dengan baik dan laju. Mereka juga sudah mula belajar menendang bola. Pada umur 8 hingga 20 bulan pula. menconteng kertas menggunakan pensil dan mula belajar untuk menaiki basikal yang mempunyai tiga roda. mereka sudah tahu untuk memakai kasut tanpa bantuan orang lain dan dapat mengenakan butang baju yang dipakai dengan betul. Mereka mula berjalan dengan sendirinya dengan lebih stabil. mereka mula memegang perabot untuk belajar berdiri dan mula berjalan dengan bergantung kepada perabot tersebut. mereka mula belajar berjalan secara perlahan-lahan dengan bantuan daripada orang lain. Malah. Pada peringkat ini mereka sudah pandai menolak dan menarik objek besar. 9 . Pada peringkat ini juga mereka suka mengulang perbuatan seperti melompat dan sebagainya serta dapat memegang sesuatu objek dengan lebih kuat. berjalan dengan lebih aktif ke serata tempat. Pada peringkat umur 16 hingga 26 bulan atau juga dikira sebagai dua tahun. ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini mula menampakkan kemajuan yang semakin baik. mula belajar berlari dan sudah pandai membuat pergerakan seperti menari iaitu respon kepada bunyi yang mereka dengar. Kanak-kanak ini mula bergerak dengan lebih stabil. mula memegang objek dengan kedua-dua tangan dan merangkap dengan lebih laju. Seterusnya ciri-ciri fizikal ini dapat dilihat semasa kanak-kanak ini berumur 3 tahun.untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju dan pada peringkat akhir. Pada peringkat ini juga. mereka mula berjalan sendiri dan cuba untuk memanjat khasnya tangga di dalam rumah.

Sebagai contoh. Keadaan ini adalah kerana sifat intensiti yang menjadikan mereka mempertimbangkan sesuatu secara mendalam. mereka cenderung mengekspresikan emosi mereka dalam perlakuan fizikal seperti tabiat menggigit kuku. Individu pintar cerdas merupakan seorang yang bermotivasi tinggi. Mereka juga boleh berjalan diatas bangku tanpa terjatuh dan pandai mengawal objek yang dimainkan. Tumpuan yang tinggi menjadikan mereka senang tersinggung sekiranya mereka diganggu semasa kerja. mereka cenderung untuk bertindak secara impulsif (sifat sensitif dan intensiti). Kebanyakkan individu pintar cerdas adalah jenis yang aktif dan banyak bertenaga dan ini juga bermakna keperluan tenaga mereka juga lebih tinggi daripada orang lain. Bagi sesetengah orang. Tabiat pemakanan yang tidak sihat juga mendatangkan masalah kesihatan. Hal ini mendatangkan keburukan dalam aspek fizikal mereka.masalah tidur ini juga berlaku apabila mereka seolah-olah tidak dapat mengawal otak mereka.Peringkat seterusnya pada lingkungan umur 5 tahun. kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat sudah mula bermain permainan luar dan sudah dapat membezakan konsep kiri dan kanan dengan baik. mereka tidak dapat berfikir sekiranya sekiranya tidak makan dengan banyak. Mereka seolah-olah dipaksa oleh daya luaran untuk terus berfikir dan ini memberikan masalah tidur atau insomnia. mereka juga sudah dapat mengayuh basikal yang beroda dua dengan baik dan boleh mengikut irama dan rentak muzik dengan betul. Terdapat juga mereka yang highly strung atau senang teransang menjadi gementar dan kecewa. 10 . Mereka merasakan bahawa mereka seolah-olah tidak perlu tidur semasa melakukan sesuatu yang diminati. bertenaga dan bertindak mengikut gerak hati. Pada peringkat ini. Selain itu.

kasih sayang. kagum dan sebagainya.2 Ciri-ciri Sosial dan Emosi Peringkat Awal Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat. Pada waktu ini. Dalam lingkungan umur ini juga. kanak-kanak ini mula memberi reaksi menandakan tidak selesa dan lapar dengan menangis. mereka gemar tersenyum dan suka akan aktiviti yang lebih agresif. Mereka juga sudah mula belajar untuk makan dengan sendiri walaupun masih tidak dapat makan dengan sempurna lagi menggunakan tangan ataupun sudu. semakin bertambah usia anak. mereka menunjukkan rasa sayang melalui senyuman dan perasaan ingin dilindungi dengan memegang atau memeluk orang yang dianggap sebagai penjaganya.4. Emosi positif adalah emosi yang menyenangkan iaitu bermaksud menimbulkan perasaan yang menyenangkan seperti cinta. Mereka berpendapat. Sejak lahir lagi. Emosi ini adalah sebenarnya perasaan dalaman seseorang. benci. mereka juga sudah mula pandai menawarkan sesuatu barang milik mereka kepada orang lain dan mereka lebih suka 11 . Sunarto dan Hartono (1999) pula menyatakan bahawa hubungan sosial merupakan hubungan diantara manusia yang saling memerlukan. Pada lingkungan umur 0 hingga 11 bulan. mereka menggunakan „eye contact’ untuk berkomunikasi dengan orang yang dianggap sebagai penjaganya. Emosi negatif pula emosi yang tidak menyenangkan contohnya sedih. Menurut Syamsu Yusuf (2007) perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. senang. marah.0 Ciri-Ciri Emosi Pelajar Pintar Cerdas Dan Berbakat 4. 4. Emosi ini melibatkan dua jenis iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi berasal dari perkataan Greek „Emovere‟ yang bermaksud „untuk keluar‟. gembira. Pada peringkat ini. takut dan sebagainya. hubungan sosial ini semakin diperlukan. Mereka juga mempunyai perasaan bimbang dengan orang yang tidak dikenali dan selalu menginginkan orang yang dianggap sebagai penjaga selalu berada di sisi mereka. Perkembangan sosial pula diertikan sebagai proses belajar untuk menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dalam masyarakat khasnya dalam pergaulan antara satu sama lain tanpa mengira umur. Ciri yang seterusnya dapat dilihat pada lingkungan umur mereka sewaktu 8 hingga 20 tahun. pangkat dan budaya. Mereka juga sudah mula untuk menarik perhatian orang lain dengan menjerit dan belajar untuk memegang sesuatu objek yang bersaiz kecil seperti sudu dan sebagainya. Menurut Goleman (1999) emosi ditakrifkan sebagai suatu keadaan biologi dan psikologi serta kecenderungan untuk bertindak.1 Definisi Perkembangan Sosial dan Emosi.

pada peringkat ini. Mereka juga sudah pandai memakai baju dan dapat makan dengan baik tanpa bantuan orang lain serta dapat pergi ke tandas dengan sendiri tanpa ditemani oleh orang lain. mereka mula mempunyai sikap malu dan segan dalam sesetengah perkara dan mula menunjukkan perwatakan negatif yang ada dalam diri mereka. Mereka juga sudah pandai menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga atau orang yang rapat dengan lebih jelas. mereka juga sudah pandai memberi respon terhadap permintaan yang dianggap mudah dan bersifat positif.menarik perhatian orang lain menggunakan suara mereka sendiri. mereka sudah mula memilih aktiviti yang melibatkan luar rumah kerana merasakan keadaan luar lebih menarik dari dalam rumah. Malah mereka juga tahu untuk bermain dengan rakan-rakan yang lain dengan baik tanpa bergaduh dan mereka juga suka menolong jika diminta serta amat sukakan pujian daripada orang lain. memerlukan perhatian secara peribadi daripada penjaga utama dan perwatakan mereka juga makin terserlah contohnya sikap degil yang ada dalam diri mereka. Pada waktu ini. Mereka juga belajar untuk jadi lebih berdikari tetapi masih memerlukan objek lain sebagai sokongan contohnya selimut. Pada waktu ini. Seterusnya ciri-ciri ini dapat dilihat pada peringkat umur diantara 16 hingga 26 bulan. Pada waktu ini juga. Malah pada waktu ini mereka juga sudah mula menunjukkan perasaan kecewa mereka dengan cara mengamuk tetapi senang dipujuk. Malah. Pada ketika ini. kanak-kanak ini mula mencari teman sepermainan yang mempunyai minat bermain yang sama dengan mereka dan suka membuat pilihan terhadap benda yang lebih mereka gemari. Kanak-kanak ini juga tidak perlu memakai lampin lagi tetapi sudah tahu cara untuk membuang air dengan betul. mereka juga sudah pandai menunjukkan perasaan simpati dan ambil berat terhadap orang lain dan mereka juga sudah mampu mengikut peraturan semasa bermain dan lebih menghormati orang yang dianggap lebih dewasa dari mereka. Mereka juga akan mengamuk apabila sesuatu benda yang mereka hendak tidak dipenuhi oleh ibu bapa atau penjaganya. Mereka juga mula menumpukan perhatian terhadap permainan yang berunsur imaginasi dan boleh bermain sendiri tetapi akan lebih rasa gembira jika ada orang lain disebelah yang menemaninya. Selain itu. mereka sudah mula belajar untuk membuat pilihan tentang sesuatu perkara. mereka juga mula menunjukkan perkembangan yang baik tentang keselamatan dan keyakinan diri mereka sendiri. Seterusnya ciri-ciri ini dapat dilihat sewaktu mereka berumur diantara 30 hinnga 50 bulan. Pada lingkungan umur diantara 22 hingga 36 bulan. 12 .

Bagaimanapun. Pada waktu ini. emosi dan ciri-ciri motivasi pelajar yang berbakat telah menghasilkan keputusan yang sama. khususnya untuk membaca. Pada waktu ini juga. mereka lebih cenderung mempunyai kesulitan dalam bersosial dan beremosional dengan rakan-rakan mereka. Sebagai contoh. Secara umumnya. Mereka lebih suka memilih kawan sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain dan dapat bermain bersama-sama dengan baik dalam jangka masa yang agak lama. Walaupun pelbagai kajian yang telah dibuat dan membuktikan sedemikian. remaja perempuan pintar cerdas mempunyai keyakinan diri yang rendah. pelajar berbakat yang berprestasi rendah serta bakat-bakatnya adalah jauh daripada norma. 13 . berfikir dan bersendiri. lebih sempurna. namun kita juga harus menyedari bahawa setiap individu pintar cerdas mempunyai ciri-ciri yang berlainan antara satu sama lain dan perlu dibezakan mengikut keperluan masing-masing.3 Ciri-ciri Emosi Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat Sejumlah penelitian kepada sifat keperibadian. pelajar pintar cerdas sekurang-kurangnya atau agak lebih baik memiliki ciri-ciri keperibadian yang lebih baik. Beberapa perbezaan jantina dan usia telah direkodkan.Seterusnya ciri-ciri ini dapat dilihat sewaktu mereka berada dalam lingkungan umur 40 hingga 60 bulan. 1998). memiliki tahap kegelisahan terhadap sekolah yang rendah. remaja lelaki pintar cerdas mempunyai keyakinan yang tinggi daripada kanak-kanak lelaki pintar cerdas. kajian menunjukkan bahawa apabila dibandingkan dengan pelajar biasa. Mereka juga lebih cenderung memilih aktiviti yang lebih mencabar untuk bermain. dan lebih pandai membuat keputusan daripada kanak-kanak pintar cerdas. Remaja perempuan memiliki keyakinan diri yang rendah berbanding remaja lelaki (Robinson dan Clinkenbeard. ditunjukkan dengan sifat keperibadian yang sama kepada pelajar yang lebih tua. Misalnya. kanak-kanak ini senang untuk dibawa berunding tentang sesuatu perkara dan mereka juga suka melakukan lawak jenaka. dan tiada perbezaan usia dalam kepercayaan diri dan kesempurnaan. 4. mereka sudah mula menunjukkan kemajuan dan perkembangan dari aspek penumpuan dan mampu melakukan sesuatu aktiviti yang mudah dengan sebaiknya dan mereka juga sudah tahu cara untuk meluahkan emosi dengan cara yang pelbagai. mempunyai tahap motivasi intrinsik dan autonomi yang lebih tinggi. orang lain dan juga haiwan yang mereka sukai. Kanak-kanak ini juga sudah pandai menunjukkan perhatian terhadap diri mereka sendiri.

Tekanan ini sebenarnya disebabkan oleh beberapa faktor. Harapan yang terlalu tinggi daripada orang lain terhadap golongan pelajar ini menyebabkan mereka rasa tertekan. Contohnya isu-isu yang berkaitan dengan peperangan. Seterusnya pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat ini juga mempunyai sikap yang amat mementingkan kesempurnaan. Mereka tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa apabila sesuatu itu tidak dapat dilakukan dengan sempurna. mereka sentiasa mengkritik diri sendiri dan orang lain sehinggakan mungkin mereka melakukan tugasan dengan penuh berhati-hati sehingga lambat menyempurnakannya atau menangguhkan tugasan tersebut. Contohnya. Ini bermaksud mereka amat sukar untuk berpuas hati terhadap sesuatu kerja yang dilakukan sehingga memastikan kerja-kerja tersebut betul-betul sempurna pada pandangan mereka sendiri. Mereka juga mudah terasa hati terhadap sesuatu hal walaupun melibatkan hal-hal yang kecil sahaja bagi pandangan orang lain. tetapi jika terlampau memikirkan isu-isu ini secara lebih mendalam. Dalam konteks mencari kesempurnaan ini.Ramai diantara golongan pelajar pintar cerdas dan berbakat merasa tertekan dalam kehidupan seharian yang mereka lalui. ketidakadilan dan keganasan yang sering berlaku dalam kehidupan masyarakat. tetapi pada hakikat yang sebenarnya mereka juga memerlukan bantuan yang sepatutnya. Salah satunya ialah disebabkan persekitaran. mereka akan menjadi seorang yang introvert dan mungkin menjurus kearah kemurungan yang teruk pada masa akan datang. Selain itu. kanak-kanak lain atau guruguru menganggap mereka tidak memerlukan bantuan dalam melakukan sesuatu kerja. Seterusnya perhatian yang kurang daripada guru semasa berada di dalam kelas menyebabkan mereka rasa tertekan dengan keadaan sedemikian. Mereka juga rasa tertekan apabila sesuatu kerja yang mereka lakukan tidak dapat disempurnakan dengan sebaiknya walaupun pada pandangan orang lain kerja itu sememangnya sudah sempurna. kebuluran. 14 . Sikap sensitif ini sebenarnya bagus. pencemaran. Sikap mementingkan kesempurnaan yang tinggi ini sebenarnya boleh mendorong mereka kearah takut terhadap kegagalan. didapati pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat ini mempunyai perasaan sensitif yang amat tinggi dalam diri mereka terhadap sesuatu perkara atau sesetengah perkara yang melampaui tahap pemikirannya yang masih muda. Ini akan menjadikan mereka seorang yang cepat berputus asa kerana tidak mampu melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sifat kompleksiti dan tidak konsisten ini adalah saling berkait. Tingkah laku atau sifat yang bercanggahan ini selalu menjadikan mereka ini seolah-olah pelik dan mengelirukan Begitu juga hasil kerja mereka. selain menjadi pelukis beliau juga seorang ahli anatomi. Konsep kendiri yang tinggi tetapi banyak beremosi. Ciri-ciri emosi yang seterusnya ialah sifat kompleksiti. senang dilukai atau tidak mengendahkan orang lain dengan melukai hati mereka. Biasanya sesbuah hasil kerja yang klasik selalunya disalahtafsirkan dan ini menimbulkan pelbagai kontroversi. mereka tetap seorang kanak-kanak yang memerlukan didikan disiplin yang betul sungguhpun mereka sangat bijak dalam bidang yang mereka minati. pengukir. jurutera. Ini adalah satu petanda sifat petanada sifat kompleksi. Aliran idea ini boleh dilihat pada ayat-ayat mereka. Keyakinan yang tinggi tetapi selalu menganggap hasil kerjanya tidak memuaskan. Contohnya kecerdasan intrapersonal yang tinggi tetapi senang terjejas konsep kendirinya. pereka. Ini akan mendorong kanak-kanak ini kearah perkembangan yang negatif sekiranya tidak dibentuk denagn sebaiknya oleh ibu bapa di rumah dan guru di sekolah. Menurut Davis & Rimm (1998). Kadang-kadang minat ini nampak bercanggahan. Antara contoh sifat kompleksiti dan tidak konsisten ini adalah minat dan kebolehan yang pelbagai. Selain itu mereka menjadi sangat pakar dan tidak faham langsung dalam bidang ini.Pelajar-pelajar ini juga mempunyai sikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara dan akan menjadi agresif dalam mempertahankan pandangan mereka. Ia menjadikan golongan ini seolah-olah misteri dan susah difahami. biologis. geologis. penulisan mereka juga susah difahami sebab aliran idea yang terlalu cepat membuatkan pembaca tidak dapat berfikir secepat mereka. penyajak. Leornado Da Vinci. 15 . melakukan sesuatu secara berlebih-lebihan atau tidak melakukannya sekali. semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya. Pelbagai percanggahan ini berlaku pada masa yang sama. Contohnya lain yang berkaitan dengan sifat intensiti ini adalah reaksi emosi yang kuat dan mereka juga selalu menimbulkan perasaan yang sama pada orang lain. Pelajar-pelajar ini berkebolehan untuk mempengaruhi orang lain dan bersikap pandai terhadap ibu bapa dan guru. Walaupun begitu. fizik dan sebagainya. ahli muzik. dimana mereka seolah-olah berfikir secara mendesak dan banyak idea yang berlaku secara serentak. arkitek. memuatkan terlalu banyak isi semasa berkomunikasi dengan orang lain dan mempunyai masalah diri yang tinggi. ahli astronomi.

Oleh itu mereka sering fobia pada kepada bencana.Sifat intensiti ini ditunjukkan dengan cara kerja mereka. biasanya kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan superior dalam kebanyakkan aspek. Lebih-lebih lagi. Selain itu. Rasa ketidakpuashatian dan sensitif yang mereka tanggung adalah berkali ganda rasanya berbanding dengan orang yang normal. kematian. Keadan ini akan menjadikan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat seolah-olah diboikot. konsep kendiri yang dimiliki ini tidak bersifat kekal. Dia juga berasakan kegagalan hanya bersifat sementara kerana dia memang seorang yang berjaya dalam hidup dan tidak segan untuk mengakui kelemahannya. Dengan kata lain. Pengalaman kejayaan yang berterusan akan membentuk keyakinan diri dan menjadikannya percaya kepada superioriti kepada orang lain. walaupundia tidak melakukan kesalahan. mimpi seram dan lain-lain kejadian kejam. Mereka tidak suka melakukan banyak kerja yang tidak berkaitan pada satu masa. Pencapaian kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang begitu tinggi selalunya menimbulkan perasaan inferioriti pada rakan-rakan di sekelilingnya. Sikap ini akan diperlihatkan dalam dalam tingkah lakunya. Mereka akan 16 . kesilapan. ujian tidak adil atau nasib yang malang bukan kerana faktor dalaman seperti kebolehannya. Mereka juga mudah dirangsangkan iaitu (sensitif kepada input sensori) digambarkan oleh reaksi yang lebih kuat sebagai contoh pengalaman mimpi ngeri pada peringkat kanakkanak mencetuskan sifat sensitif dan daya imaginasi yang tinggi. Ini akan menjadikan guru berasa tidak tenang. Perasaan rendah diri ini menjadikan kanak-kanak lain menjauhkan diri daripada kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat demi mempertahankan harga diri sendiri. pembunuhan dan ketidakadilan. kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini selalu berseorangan. Pemikiran mereka seringkali tidak boleh diduga dan kelihatan tidak masuk akal. Fokus adalah sangat penting sebagai corak pembelajaran dan kerja mereka. Ini bermakna. Mereka perlu menumpukan semua usaha dan masa untuk melakukan sesuatu dalam satu tempoh. Biasanya mereka memenangi banyak hadiah dalam setiap pertandingan yang dijalankan dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diadakan. Namun demikian. Bagi dirinya setiap kegagalan yang berlaku dalam hidupnya adalah disebabkan faktor luaran seperti kurang bersedia. Keyakinan mereka seringkali tergugat sekiranya mereka menghadapi persaingan yang hebat dengan pelajar pintar cerdas yang lain. mereka memerlukan pengkhususan masa dalam melakukan sesuatu. mereka juga memiliki sikap keterbukaan atau relovolutionary. dia akan menyatakan dengan terus terang. contohnya kalau dia merasakan jawapan guru adalah salah.

Konsep kendiri yang positif ini adalah satu faktor pelindung dan penyokong yang kuat untuk kejayaan mereka dalam kehidupan. 17 .berasa rendah diri dan meragui tahap kebolehan diri mereka terutama bagi mereka yang bersifat sensitif dan beremosi.

Secara tidak lansung menyebabkan institusi pendidikan yakni sekolah telah 18 . Sistem pendidikan kita lebih bercorak proakademik tetapi anti-intelektualisme. Biasanya mereka sukar mendapat role model yang benar-benar „mirip‟ kepada diri mereka kerana mereka sangat berbeza selain memiliki perbezaaan dari segi personaliti.5. di China dan India. minat. Tetapi lebih kepada memenuhi keperluan pendidikan pelajar yang pelbagai dan membantu mereka mengatasi masalah pendidikan dan sosioemosi yang dihadapi. kekuatan dan kebolehan yang pelbagai.0 Kesimpulan Pendidikan pintar cerdas menjadi satu cabang bidang yang sukar berkembang di Malaysia walaupun sekian lama bidang ini berkembang maju di serata dunia. Ini dapat mengurangkan beban guru biasa dan mengatasi kepincangan pendidikan akibat perbezaan antara pelajar. hal ini kerana institusi sekolah umumnya masih belum benar-benar memiliki sumber-sumber sahih untuk mengenalpasti secara tepat ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas dan seterusnya memahami keperluan mereka. Sokongan daripada orang dewasa adalah penting bagi membuka mata dan minda mereka terhadap semua kemungkinan pada masa hadapan mereka.pembelajaran boleh ditakrifkan daripada aspek humanistik dan diklasifikasikan sebagai proses yang memenuhi keperluan perkembangan (intelek) selain proses yang membawa perubahan tingkahlaku semata-mata. Setelah meneliti kajian demi kajian yang telah dijalankan selama bertahun-tahun dalam bidang pendidikan telah mendapati bahawa pelajar-pelajar pintar cerdas ini boleh menguruskan diri sendiri dan belajar banyak perkara untuk diri mereka sendiri. konsep pendidikan pintar cerdas belum sepenuhnya mendapat pengiktirafan yang secukupnya walaupun terdapat perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan. Di negara kita. Mereka perlu diberi peluang bergaul dengan individu (orang dewasa) pintar cerdas lain dan secara tidak lansung mereka boleh berkongsi pengalaman dan bersama-sama bertoleransi dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan diri mereka. penyelidikan tentang psikologi pintar cerdas telah mantap dan berkembang maju. Terdapat banyak penaakulan salah dibuat tentang individu pintar dan berbakat. Tujuan program ini bukannya untuk mengasingkan pelajar yang memperolehi pencapaian tinggi daripada pelajar biasa. kepentingan kelompok dan membantu yang lemah. dan mengenalpasti potensi mereka. Terdapat juga program-program pendidikan pintar cerdas dan institusi penyelidikan tentang pelajar pintar cerdas ditubuhkan di sekolah biasa mahupun diperingkat universiti. Sebagai contoh. Budaya pendidikan kita mementingkan keseragaman.

menumpukan kepada penyediaan kurikulum yang luas bagi pelajar dan kemudiannya mencurahkan sebahagian besar keupayaan tersebut untuk membantu pelajar yang mengalami kesulitan belajar. Setiap pihak yang terlibat terutamanya institusi pendidikan dan juga ibu bapa harus memahami dengan mendalam akan kebolehan yang dimiliki oleh setiap individu pintar cerdas dan menyesuaikannya dengan program-program yang bermanfaat dan sesuai dengan kebolehan yang dimiliki. 19 . Kesedaran ini adalah penting dan hanya dapat direalisasikan sekiranya setiap pihak memahami konsep sebenar pintar cerdas dan berbakat.

Curiculum For Gifted and Talented Students.RUJUKAN Allison. Debating with talented and gifted students. B. New York: Routledge.W. Developing Talent in Young People. Chan. New York: Wiley. Parents Guide to Raising A Gifted Toodler. Krathwol. P. Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ. Development Physical Education For Today’s Children. (2004). Physical Education and Development 3-11.(1999).D. Bee. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. (1974). S. D.H. Bloom. California : Corwin Press. (2002). and Masia. Renzulli. Handbook II : Afective Domain. (2003). Vol 32 (No6). The growing child : An applied approach (2nd Ed.. S. D. New York: Ballantine.M Dent & Sons Ltd. R. Gallahue. 20 . Ms . Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik. New York: David Mckay. J. (1985). Nik Azis Nik Pa (1990). Journal of Youth and Adolescense. J. London : J.). B. D. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). B. (1964). Goleman. Brown and co. Journal of Science Education and Technology 9(2) : 95-114. New York : Bantam Books. The identification and development of giftedness as a paradigm for school reform. Reis. Gifted children and their problems. Doherty. S. Thousand Oaks. Taxonomy of Educational Objectives: The Classification of Educational Goals. NewYork : Longman Bloom. P.409. J. & Brenon. (1995). Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam.. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). (1989). Alvino. Rowlands. Dimensions of emosional intelligence and their relationships with social coping among gifted adolescents in Hong Kong. School Libraries in Canada 22 (no1) 13-14. Boston: Little.. L (1993). 2000.

21 . Meeting the social and emotional needs of gifted and talented children. M. R. Vol.F.Silverman.2 (No1). Love: Denver. (1995). Counselling The Gifted and Talented. Subotnik. Fall 2003. London: David Fulton Publishers.D. New Jersey: Ablex Publishing. Beyond Terman: Contemporary longitudinal studies of giftedness and talent. K.J (2000). S. (2003). Stopper. L. Roeper Riview. A. (1993). & Arnold. Woitaszewski. The contribution of emotional intelligence to the social and academic success of gifted adolescents. K.

LAMPIRAN 22 .

____________ A: Sees others‟ needs and attempts to respond. ____________ ____________ ____________ D: Sees others‟ needs but is not sure what to do. Has high expectation of others. write the date on which you assessed the child‟s level of development. A: Sees others‟ needs and attempts to respond. O: Sensitive to others‟ needs and responds with appropriate action. On the line beside the approprite item. Shows nonverbal awareness of others‟ needs: ____________ N: Is not aware of others‟ need. 23 .STUDENTS OBSERVATION FORM III Social and Emotional Development Student’s name: --------------------------------------------------------------To the teacher: use this form several times throught the year. ____________ ____________ ____________ Has a sense of justice. Has high expectation of self. ____________ D: Sees others‟ needs but is not sure what to do. KEY TO LETTER SYMBOLS N= Not yet evidence A= Age-appropriate D= developind O= Outstanding SENSITIVITY Takes action to help someone in need: ____________ N: Is not aware of others‟ need. ____________ O: Sensitive to others‟ needs and responds with appropriate action. Shows sensitivity in these ways (note all that apply): ____________ Uses empathic statements.

Folds paper into diagnonals. Connects a dotted outline to make a shape. Writes basic strokes. In drawing a person.STUDENTS OBSERVATION FORM IV Fine Motor Development Student’s Name: ___________________________________________ To the teacher: Use this form several times throughout the year. write the date on which you assessed the child‟s level of development. ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ ___________ Follows top-to-bottom progression. Control brush and paint. 24 . Folds paper into quarters. Uses crayon or pencil with control within a defined area. Paste using one finger. Copies a pattern from board to paper. Works a previously unseen puzzle of ten or more pieces. Folds paper into halves. Uses scissors with control to cut make a shape. Traces objects. On the line beside the appropriate item. Follows left-to-right progression. Uses scissors with control to cut a curved line. includes a major body part and features.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.