PENULISAN

IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

SBC

TOPIK
Sesuai Baik Cemerlang

PENULISAN

IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

35

Karangan Jenis Perbahasan

Kamu telah dipilih memasuki pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Sebagai pihak pencadang, kamu dikehendaki menyokong tajuk perbahasan “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid”. Tuliskan hujah-hujah kamu selengkapnya.

& ISI-ISI KARANGAN Format Perbahasan – kata sapaan/aluan, sokong – penegasan tajuk, ucap terima kasih Ibu bapa, tanggungjawab kepada anak – ibu bapa sebagai ikutan – gambaran keluarga di sekolah masa, peranan guru terhad – bebanan tugas guru – pelbagai kerenah murid berakhir waktu sekolah – murid lebih lama di rumah – ibu bapa perlu memberi asuhan perhatian, pengawasan ibu bapa – hindari merokok dan berpeleseran – masalah disiplin penegasan tajuk perbahasan – fikir dan laksanakanlah keputusan bijak – terima kasih
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

IK PK SA PI TB SE

- 10 - 3 - 3 - 3 - 3 - 3

KARANGAN CONTOH : JENIS PERBAHASAN
Yang berusaha tuan guru besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru, barisan pembangkang dan rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyokong tajuk perbahasan pada hari ini iaitu “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid”. Ibu dan bapa ialah orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran seseorang insan. Sebelum kanak-kanak itu menjejaki alam persekolahan, mereka mengenali ibu bapa dan adik-beradiknya sahaja. Jika baik yang mereka lihat dan dengar maka baiklah yang mereka ikut. Murid-murid hanya berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan peranan dan masa yang terhad, guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna. Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan pelbagai kerenah anak didik mereka. Hadirin sekalian, Setelah tamat waktu persekolahan, berakhirlah peranan guru. Guru-guru sudah tentu tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan penting mengasuh anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi perhatian dan mengawasi anak-anak mereka supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merayau, dan berpeleseran. Jika ibu bapa gagal memainkan peranan yang sewajarnya, masalah disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar dibendung. Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa peranan ibu bapa lebih penting daripada peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak. Ibu dan bapalah yang boleh menentukan agar nasi tidak menjadi bubur. Fikirlah dan laksanakanlah peranan masing-masing. Sekian, terima kasih.

SKEMA

Kata sapaan, kata aluan, sokong atau bangkang, penegasan, terima kasih. Tiada tolak dua markah.

3

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

3

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

3

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

3

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

3

ISI / IDEA KETERANGAN HURAIAN

MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS) 1. Kawasan pendalaman itu akan dimajukan oleh kerajaan menjelang tahun 2005. (salah) Kawasan pedalaman itu akan dimajukan oleh kerajaan menjelang tahun 2005. (betul)
{“Pendalaman” merujuk perihal mendalamkan, “Pedalaman” pula merujuk daerah yang jauh atau terpencil}
CARTA : KARANGAN JENIS PERBAHASAN

25/25

35

IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful