Hari Chap Goh Mei

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".

Perayaan Duan Wu

Perlumbaan Perayaan Perahu Naga di Macau Perayaan Duan Wu atau Perayaan Perahu Naga ialah salah satu perayaan tradisional dalam masyarakat Cina. Ia merupakan hari cuti di Taiwan (Duānwǔ Jié), serta di Hong Kong dan Macau (Tuen Ng Jit). Mulai 2008, ia kembali menjadi hari cuti di Republik Rakyat China. Terdapat beberapa teori mengenai asal usul perayaan ini. Yang paling terkenal ialah untuk mengingati seorang penyair masa dahulu yang bernama Qu Yuan. Beliau sanggup membunuh diri untuk menyelamatkan negaranya. Aktiviti tradisi perayaan ini ialah memakan bak cang (Rou Zhong = dalam Bahasa Cina) dan berlumba perahu naga.

Perayaan Hantu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Perayaan Hantu
Perayaan Hantu Nama rasmi Agama Buddha: Ullambana (Cina Tradisional: 盂蘭盆, Cina Ringkas: 盂 兰盆, pinyin: Yúlánpén) Fahaman Tao dan kepercayaan tradisi: Zhōngyuán Jié (Cina Tradisional: 中元節, Cina Ringkas: 中 元节) Juga dinamakan Diraikan oleh Jenis Keutamaan Bulan Hantu

penganut agama Buddha, Tao, agama tradisional Cina Perayaan Asia dan agama Buddha Pembukaan pintu Neraka, membolehkan semua hantu untuk mendapat makanan dan minuman malam ke-14 bulan qamari ke-7 Penyembahan nenek moyang, menderma makanan (kepada para sami dan juga yang telah meninggal), membakar kertas topekong, berdikir Obon

Tarikh Amalan

Berkaitan dengan

Perayaan Hantu ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Dalam kalendar Cina (kalendar lunisolar), Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan ke7. Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu (鬼月), iaitu apabila

Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk. [sunting] Perayaan Hantu di Jepun: O-bon Rencana utama: O-bon Berlatarkan penerangan Jambatan Albuquerque. sukarelawan Jepun meletakkan tanglung berlilin pada Sungai Sasebo River pada perayaan Obon. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual. yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan. Perayaan Hantu di Malaysia Perayaan Hantu di Malaysia dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di negara lain. Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. keluar dari alam ghaib. atau cuma Bon. merupakan versi Jepun bagi Perayaan Hantu yang lama berubah menjadi cuti perjumpaan semula keluarga yang mana penduduk bandaraya kembali ke kampung halaman untuk membersihkan dan menziarahi kubur nenek moyang mereka. pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah.hantu-hantu dan roh-roh. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air. O-bon yang sering merangkumi pesta tarian ini lama wujud di Jepun sejak lebih 500 tahun lalu. yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Pertunjukan pentas yang dikenali sebagai 'Koh-tai' oleh penutur bahasa Hokkien ini dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi. Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang. Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam Syurga. pada bulan Ogos di pantai barat (Kansai). Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal. . O-bon. penari. Perayaan Jepun ini diadakan dari 13 hingga 16 bulan Julai (masing-masing "Obon Sambutan" dan "Obon Perpisahan" respectively) di pantai timur Jepun (Kantō). termasuklah para leluhur yang lama meninggal.

namun ini adalah perayaan berbeza. perayaan ini bergelar Vu Lan dan dijadikan Hari Ibu. Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung. menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas. bulan biasanya mengambang dan terang. pinyin: zhōngqiūjié) merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi . Perayaan Kuih Bulan Suasana perayaan di Victoria Park. manakala yang ibunya sudah tiada berdoa agar roh ibu-ibu mereka diberkati.1341 Masihi). Hong Kong Kuih Bulan Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: 中秋节. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Cina Tradisional: 中秋節.[sunting] Hari Ibu Vietnam Di Vietnam. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Pada waktu ini. Pada hari inilah sesiapa yang ibunya masih hidup akan berterima kasih. .

setiap hari salah seekor burung ini dijadualkan untuk mengelilingi dunia dengan pedati yang dipandu oleh Xihe (bahasa Cina: 羲 和). ketika pemerintahan Maharaja Yao legenda yang menyusuli zaman Huang Di. Chang'e perasan sekilauan cahaya dari kasau lalu mencari dan menelan ubat itu jua. sambil memulihkan semangatnya. atau kuning telur masin. Pada suatu hari. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah. Tibanya juga satu hari apabila kesepuluh-sepuluh matahri saling berhampiran lalu mengakibatkan Bumi terbakar. sebalik sebelum kahwin. Houyi mencetuskan kecemburuan dewa-dewi lain sehingga mereka mempersendakan Houyi menghadap Maharaja Jed. terdapat sepuluh matahari.Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. baik adil mahupun zalim. yang berdiam di sebatang pokok kertau di laut timur. Banyak sekali variasi dan adaptasi legenda Chang'e sehingga mampu mengelirukan kita. Maka dari saat inilah Houyi menjadi pemanah tersohor. Houyi dan Chang'e Kisah malam berlakunya peristiwa dewi bulan Chang'e (bahasa Cina: 嫦娥) dibawa ke bulan yang dikenali ramai oleh bangsa Cina menjadi topik kegemaran para penyair. Kisah tradisi mengisahkan riwayat Houyi dan Chang'e sekitar tahun 2170 SM. Berlainan dari kebanyakan dewa bulan di budaya-budaya lain yang mempersonifikasi bulan. Dalam sekelip mata. Apapun. dia mendapati . atau adunan biji teratai.[1] Houyi membawa ubat itu pulang lalu menyorokkannya di bawah sebatang kasau. Maharaja Yao selaku pemerintah China mengarahkan Houyi agar menembak sembilan daripada suria-suria tersebut. Pada ketika ini juga. Chang'e pula berdiam di bulan. Setelah selesainya tugas ini. sambil memesannya: "Janganlah teragak-agak untuk menelan ubat ini. suatu atma jiwa. Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. mula sekali siapkan diri dengan doa dan puasa selama setahun". dalam bentuk burung berkaki tiga. pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan. selain dengan kuih bulan itu sendiri. kebanyakan kisah Chang'e dalam mitos Cina melibatkan elemen-elemen berikut dalam apa jua bentuk: Houyi (bahasa Cina: 后羿) si pemanah. Versi 1 Houyi ialah seorang dewa. Chang'e. Maka Houyi dan isterinya Chang'e pun diusir dari kayangan. maka Maharaja mengurniakan sebiji ubat yang mengabadikan nyawa Houyi. dan Bulan: [sunting] Houyi si pemanah Terdapat sekurang-kurangnya 6 variasi kisah ini yang mengisahkan Houyi sebagai pemanah. Ketika Houyi menyembuh dirinya. seorang maharaja. sekaligus terpaksa menampung kehidupan dengan memburu di Bumi. pinyin: Yùdì) sebagai pengiring Maharani Barat (permaisuri Maharaja Jed). Menurut tradisi. sementara Chang'e pula seorang gadis molek yang berkhidmat di Istana Maharaja Jed (bahasa Cina: 玉帝. Houyi diarah menghadap maharaja sekali. Dewi Bulan Abadi. iaitu "ibu" segala suria.

jadi dia dia berehat di Bulan yang paling dekat dengan Bumi. setiap satu bergilir-gilir menyinari bumi. Akan tetapi. Chang'e pun terapung dari tingkap ke angkasa. Pada detik ini pulangnya Houyi. Houyi pula membina istana di matahari bernama "Yang" (prinsip jantan). Chang’e meletakkan ubat itu dalam peti barang kemasnya.[1] Dengan berlengkapkan busur di tangannya. Houyi menziarahi isterinya. marah dan sebak jadinya. Pada suatu hari. kecuali Peng yang berpura-pura sakit. dan Huainanzi. Chang'e tidak sanggup meninggalkan suami tersayang. Lama-kelamaan. maka Chang'e mengarahkan arnab itu untuk membuatkan sebiji lagi ubat agar dia dapat kembali ke Bumi untuk bertemu semula dengan suaminya. Dia mengahwini Chang’e maka mereka berdua pun hidup bahagia. Dengan perasaan penuh belas kasihan terhadap rakyat jelata. pada hari bulan purnama. lalu membahangkan bumi dengan keterlaluannya. Sehingga hari ini. suatu kitab falsafah. Chang’e juga berdiam di rumah sahaja. lalu terkejar-kejar bulan itu tetapi tidak dapat kerana dihalang angin. Chang'e akhirnya mendarat di Bulan dan mula batuk kerana kesukaran bernafas.[1] Kisah ini terdapat dalam dua koleksi bertulis zaman Dinasti Han Barat (206 BCE-24 CE). Houyi terpaksa kembali ke Bumi kerana angin kencang. Buku Gunung dan Laut. Pada suatu hari. Versi 3 Suatu ketika dulu. dalam perjalanan pulang ke rumah. Sesudah menyiapkan tugasnya dia dijadikan wira rakyat. Houyi si pemanah bertindak dengan menjatuhkan sembilan matahari tetapi membiarkan satu demi manfaat manusia. Houyi ramai sekali anak muridnya yang setia mempelajari kemahiran memanah daripadanya.dirinya boleh terapung. Secebis ubat itu terkeluar dari mulutnya. Chang’e sedar dirinya tidak terlawan Peng maka dia terus terbang jauh dari situ. Setahun sekali.[1] Pada masa itu. Mujurlah tibanya seorang pemanah gagah bernama Houyi. Beliau menemui bayang-bayang wanita seiras Chang'e pada bulan. salah seorang anak murid Houyi iaitu Peng mendapat tahu rahsia ini lalu hendak mencuri ubat itu. maka dia menyedari apa yang sudah berlaku lalu memarahinya. bumi mengalami sepuluh matahari. Houyi dan anak-anak buahnya pergi ke kawasan gunung. Houyi mengejar Chang'e mengelilingi separuh angkasa. tetapi lama-kelamaan menjadi zalim. Houyi mendongak ke langit malam dan memanggil nama Chang’e tak henti-henti.[2] Versi 2 Sekitar tahun 2170 SM. maka dia menyerahkan ubat tersebut pada Chang’e untuk disimpan di tempat yang selamat. maharaja dewa mengurniakan sebiji ubat hidup abadi kepada Houyi sebagai ganjaran atas jasanya memadam matahari. Houyi amat mencintai Chang’e dan enggan meninggalkannya. Pada suatu hari. Akan tetapi. dan Chang'e pula "Yin" (prinsip betina). Maka beliau menjadi Raja. di bulan wujudnya seekor arnab. iaitu Shan Hai Jing. Peng mencuri masuk bilik Chang’e lalu memaksanya untuk menyerahkan ubat itu. Setelah Houyi menyedari perkara ini. tiba di bumi untuk menjatuhkan sembilan biji matahari. arnab tersebut masih cuba membuat ubatnya. . tiba-tiba kesemua sepuluh matahari muncul serentak. kesemuanya merentungkan tanaman dan memandulkan manusia. Bumi dikitari sepuluh biji matahari. Begitulah sebab pada malam inilah bulan adalah paling indah. Baginda menggesa Houyi agar tidak berlengah lagi untuk menelan ubat itu.

[4] Pada malam perayaan. maka Liu Bowen (劉伯溫) dari wilayah Zhejiang. Qing Ming diadakan pada 4 April. disusuli penubuhan Dinasti Ming (1368-1644) di bawah pimpinan Maharaja Zhu. dan arnab. Beliau meminta izin untuk mengedarkan beribu-ribu biji kuih bulan kepada warga kota untuk memohon restu semoga maharaja Mongol panjang umur. untuk santapan dewa-dewi. penasihat kepada ketua pemberontak Zhu Yuanzhang. Perayaan Kuih Bulan disambut untuk memperingati pemberontakan warga China menentang pemerintah Dinasti Yuan berbangsa Mongol (1280–1368) pada abad ke-14.[4] Sukar untuk merancang pemberontakan kerana larangan terhadap perhimpunan. Ceng Beng atau (diterjemah sebagai "Perayaan Jelas dan Terang"). Pada setiap tahun lompat pula. Si rubah dan si monyet ada makanan untuk dihulurkan kepada mereka. Orang-orang tua itu terharu oleh pengorbanan dan kemurnian si arnab lalu mengurniakan tempat tinggal di Istana Bulan untuknya di mana si arnab menjadi "Arnab Jed". [3] Mengikut legenda. air itu jatuh dalam mulut ratunya Chang'e untuk menyelamatkan rakyat jelata dari kezaliman si raja. merupakan perayaan Cina yang diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga). Anda boleh perhatikan bahawa tompok-tompok gelap pada permukaan bulan purnama menyerupai bentuk arnab. [sunting] Arnab Jed Fail:Change and jade rabbit. dan lazimnya diadakan sekitar 5 April dalam kalendar Gregorian (lihat kalendar Cina). Ada yang kata arnab ini cuma satu bentuk jelmaan Chang'e sendiri. Houyi mencuri air atma jiwa dari seorang dewi. Chang'e terapung jauh hingga mencapai bulan. Dalam setiap kuih dimasukkan sekeping kertas yang bertulis: "Hapuskan Mongol pada lima belas hari bulan lapan" (八月十五殺韃子). para pemberontak berjaya meyerang dan menggulingkan pemerintahan mereka. Menurut kisah lama. sementara di kirinya ada dua bulatan besar yang mewakili kepala dan badannya.[4] Menyedari bangsa Mongol tidak makan kuih bulan. Arnab Jed ini membuat ubat-ubatan bersama dewi Chang'e. perayaan ini merupakan jieqi (lihat . juga dipanggil Pesta Ching Ming. monyet. tetapi sayangnya si arnab tiada apa-apa untuk diberi maka ia melimpat ke dalam api marak untuk menawarkan daging dirinya sahaja. Betapa cintanya Houyi terhadap ratunya. sepasang telinganya tercacak ke kanan. Akan tetapi. pinyin: qīng míng jié). [sunting] Penggulingan pemerintahan Mongol Mengikut sebuah kisah rakyat terkenal (yang tidak semestinya terbukti oleh catatan sejarah). tiga pari-pari mengubah bentuk diri mereka menjadi orang tua yang mengemis makanan dari rubah. Cina Ringkas: 清明节. mendapat jalan mengadakan pemberontakan sempena Perayaan Kuih Bulan.Pada suatu hari. Semenjak itulah perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan dengan hidangan kuih bulan.jpg Dewi Chang'e dan Arnab Jed. Setelah meminumnya. maka tak sanggup baginda menjatuhkan bulan. Perayaan Qingming Perayaan Qingming (Cina Tradisional: 清明節. Secara istilah astronomi.

Namanya menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah dan menikmati kehijauan musim bunga (踏青 Tàqīng. dan juga di Hong Kong dan Macau namun bukan di tanah besar China.Qingming). yang juga dipanggil Qingming. Perayaan Musim Bunga . perayaan Qingming jatuh pada hari pertama jieqi ke-5. "memijakkan kaki di atas tanah kehijauan"). Tahun Baru Cina Dari Wikipedia Bahasa Melayu. China Juga dinamakan Tahun Baru Qamari. gelintar Tahun Baru Cina Tulisan Tradisional: 農曆新年 Tulisan Ringkas: Maksud harfiah: [papar]Transliterasi Nama Cina alternatif Tulisan Tradisional: 春節 Tulisan Ringkas: Maksud harfiah: [papar]Transliterasi 农历新年 tahun baru takwim qamari 春节 perayaan musim bunga Tahun Baru Cina Malam Tahun Baru Cina di Meizhou. dan juga menziarahi kubur orang tersayang yang sudah meninggal. Dalam jieqi. ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah. Perayaan Qingming dijadikan cuti umum di Republik China di Taiwan.

dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Rumahrumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki. malah turut dirayakan oleh bangsa Korea. dan limau mandarin. agama Buddha Hari pertama kalendar Cina (qamari) 26 Januari 14 Februari 3 Februari sambutan Tahun Baru. Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan. Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan. perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. bunga dan pokok limau. Vietnam.Diraikan oleh Jenis Keutamaan Tarikh 2009 Tarikh 2010 Tarikh 2011 Perayaan terutamanya tamadun Asia Timur China. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. daging salai. (Lihat Tarikh perayaan di bawah. jamuan sekeluarga. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. sosej. Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini Berkaitan dengan Rencana ini mengandungi teks bahasa Cina. kebudayaan. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik. kuih pulut.) Tahun Baru Cina melambangkan permulaan. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Tarikh perayaan Rencana utama: Astrologi Cina . Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. perhimpunan keluarga. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina. maka turut memakai kalendar qamari Cina. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Sebelum hari tahun baru bermula. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian tertentu. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik. titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut.Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwanhaiwan tersebut. London. Haiwan Dahan bumi Tarikh Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008 Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009 Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010 Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011 Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012 Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013 Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014 . besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya.

Pada 104 SM. China. Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. maka mereka mengusirnya dengan letupan. Adat-adat inilah yang . Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1. Namun. Barangkalinya. Yunnan. untuk memburu manusia. sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari. pada zaman dahulu. Menurut legenda. Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain. yang masih kekal sampai masa ini. itu tidak diketahui. bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun. di Lijiang. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah. Mitos Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang. sekitar musim sejuk. atau kedua-duanya. awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia.Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015 Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016 Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017 Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018 Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019 Sejarah Sebelum Dinasti Qin. dari bawah laut). dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. bulan 12 ketika Dinasti Shang. yang muncul setiap 11 tahun. tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.

Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. yang bermaksud "menyambut tahun baru".[3] Hari pertama . Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Cina Ringkas: 过年). Ada orang yang mengecat rumah. kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Guò nián (Cina Tradisional: 過年.[1][2] Sambutan perayaan Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan sahabat. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan. Di China utara. membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian". Sebelum Tahun Baru Pada hari-hari sebelum Tahun Baru. keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh.

Kanada. Kebanyakan orang yang meraikannya. anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri. Hari ke-3 Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut: . Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka. terutamanya penganut agama Buddha. kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.Perayaan Tahun Baru Cina.[5] Menurut tradisi. Cina Ringkas: 开年. pada hari kelapan. di pinggir kota Vancouver. datuk nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah. Hari ke-2 Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年.[4] Yang paling penting. biasanya ibu bapa.

sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Bergantung kepada amalan setempat. ladu (Cina Tradisional: 餃子. dimakan pada hari ini.[7] Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung. Cina Ringkas: 饺子. Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen. Hari ke-15 Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina Tradisional: 元宵節. suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. versi Cina bagi Hari Valentine. dewa kekayaan Cina. kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan. Di Taiwan. hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa Hokkien. maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi. hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung. dimakan. Hari ke-7 Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日. Tambahan pula. jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五. pinyin: rén rì. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓. perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu). Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola. Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama. Cina Ringkas: 汤圆). tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut. bebola pulut manis dalam sup.[7][8] Hari ke-9 Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao. iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. seperti Malaysia dan Singapura. . Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.[6] Hari ke-5 Di bahagian utara China. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Cina Ringkas: 元宵节). yee sang. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara. Kantonis: yan yat). Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru. pò wǔ).Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut.

pinyin: yú) sebagai makanan penting. Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (扣肉) dan yong tau fu. Sejenis lumut 羅漢齋 (罗汉 berbentuk rambut manusia.Hidangan Tahun Baru Jamuan pertemuan semula Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯. bakinya disimpan semalaman).[8] Ladu jiaozi 餃子 (饺子) jiǎozi Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno. kerana zhāi namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". pinyin: yú). Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru. buah limau mandarin pula . ketika semua ahli keluarga. Cina Ringkas: 年年有余). sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial. Ramuan utama bagi yee sang. bertemu untuk perayaan. yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun". seolah-olah berisi tuah. tidak dimakan sampai habis (sebaliknya. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有 餘. yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun. Ikan 魚 (鱼) yú Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis 斋) luóhàn sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Limau 金橘 jīnjú."[3][9] Intisari makanan Bahasa Cina [*] Nama Huraian Luohan zhai Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan. Ikan (Cina Tradisional: 魚. mandarin atau Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Cina Ringkas: 鱼. sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina: 餘. Yee sang 魚生 (鱼生) yúshēng Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah.

利是. bahasa Hokkien (POJ): âng-pau. Gula-gula Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam. bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina. bó jīn). kanji gandum. Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".[2] Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang). Tikoy Puding yang diperbuat daripada tepung pulut. air. kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金. bahasa Hakka: hung bao. Amalan Tahun Baru Ang pau Secara tradisi. ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包. melambangkan panjang hayat. dan gula. Cina Ringkas: 红包. pinyin: hóng bāo. garam. oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap. sama ada dua ataupun seratus ringgit. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak. maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau.[2] Mi Mi dihidangkan tanpa dipotong. 利市 atau 利事. Kuih bakul 年糕 niángāo Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu. kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati.柑 gān melambangkan kesejahteraan dan kemewahan. Sementara itu.[10] Pasar Tahun Baru . [*] : Tulisan Cina diberi (tulisan Cina ringkas disediakan dalam kurungan jika berlainan dari bentuk tradisionalnya) diikuti pinyin. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau. maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial. angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"). namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

terutamanya atas sebab-sebab keselamatan.Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer. mainan. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga. kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China. Namun begitu. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah. mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat.[12] Di kawasan luar bandar pula. anggota badan.  . mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun. Setiap tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan.  Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar. dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Pada zaman moden pula. atau menderita akibat kecederaan serius yang lain. Apabila dibakar. Bunga api Pada zaman silam. Singapura Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Maka. batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. dan undang-undangnya tidak selalu dikuatukasakan. terutamanya pada musim perayaan. kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi. kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan.[11] Larangan mercun Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah. namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad.

Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah sedekad.[15] Bagaimanapun. kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka. atau "terbalik". Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik. emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo). Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. Amerika Syarikat: Pada tahun 2007. atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. yang berputarkan warna merah. terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum. orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya.[17]    Pakaian Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer. . tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara 福 (fú). terdapat sebab yang menerangkan semuanya. Shou Sui Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲. Chinatown. bukan sekadar hiasan.[18] Simbol Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina. pada tahun 2003. Bagaimanapun. mercun tidak boleh dijual secara komersial. Tambahan. Namun begitu. Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru Cina[16]. selepas berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang[14] serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972. di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan. mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Pada satu-satu masa.[13] Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa. orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru. kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan. Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. agar membenarkan pertunjukan 300.000 batang mercun dibakar di Chatham Square.

Maka. Hiasan Bunga Maksud Bunga plum melambangkan tuah Kumkuat melambangkan kemakmuran Narcissus melambangkan kemakmuran Bunga kekwa melambangkan panjang umur Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun Bunga matahari bermaksud tahun yang elok Ikon dan hiasan Ikon Makna Ilustrasi Ikan Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. fú dào melambangkan ketibaan tuah.[9] . atau "tiba". Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. kegembiraan dan kemakmuran.[19] Bunga Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.berbunyi sama dengan 到 (dào). Ikan berpadu dengan pepatah Cina 年年有餘 (niánnián yǒuyú).

Tanglung Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. berwarna-warni. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung. serta juga orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak . jīn yuánbǎo) melambangkan wang dan/atau kemewahan. Tarian singa Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina.Jongkong Yuanbao Yuanbao emas (金元宝. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Cina Ringkas: 财神) merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China. keratan kertas dan gurindam. dan berbagaibagai saiz dan bentuknya. dinyala terang-terang. Perhiasan Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Cai Shen Cai Shen (Cina Tradisional: 財神. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru. Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina. Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam. simpul Cina. Balik kampung Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar.

Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung. Rumah terbuka Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia. yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: 吉祥話. Tulisan Cina Ringkas: 新年快 乐. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運. pinyin: xīnnián kuàilè. Namun di bahagian utara China. bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa. Tahun Baru Cina tidak terkecuali. "guò nián hǎo" (Cina Tradisional: 過年好. Cina Ringkas: 春运) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. bahasa Hokkien (POJ): in-n khòai-lok) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. pinyin: jíxiáng hùa). Cina Ringkas: 吉祥 话. Ucapan Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah. dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.saudara pada malam tahun Baru. Selamat Tahun Baru "Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂. beraya bersama-sama. Gong xi fa cai Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza. Hong Kong . maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri. boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. dan juga pelancong asing. Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk. rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama. Cina Ringkas: 过 年好) yang dijadikan ucapan tradisi.

Contohnya. Melalui cara yang sama. 歲 (Suì. yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan Singapura. Cina Ringkas: 岁岁平安) diucapkan serta-merta. Cina Ringkas: 恭喜发财,红包拿来. namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk)[20]. termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi. Ucapan lain Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina. pinyin: Gōngxǐ fācái. Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih.[2][9] Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak. serta pendatang baru dari tanah besar China. sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. dan jika berlakunya sedemikian " uìsuì píng'ān" (Cina Tradisional: 歲 歲平安. 年年有餘 (Niánnián yǒuyú). memecah objek ketika tahun baru dianggap tidak bagus. Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. bahasa Hakka: Kung hei fat choi). antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Macau dan Taiwan. Hong Kong. bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-châi. menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah. mintalah bagi ang pau. yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki."Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara. hajat penambahan hasil setiap tahun. yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda. Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. apabila bertukar hadiah. Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun. pinyin: gōngxǐ fācái. ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat. Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: 恭喜發財,紅包 拿來. dan pendatang transit (khususnya golongan siswa). memanipulasi suku kata yú yang juga ditulis 魚 (ikan). Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. bermaksud "usia") sama bunyi dengan 碎 ("pecah"). . menziarahi tokong." Pantang-larang sewaktu perayaan Tuah baik     Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. hóngbāo nálái).

Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.) Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. . Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah". Nasib Malang ("Tuah buruk")        Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar". Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis". Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.  Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif. kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya". Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini. Maka. Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.) Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful