perpaduan 1.

0 PENGENALAN Bagi negara-negara yang mempunyai pelbagai kaum, perpaduan dan integrasi merupakan satu perkara yang penting dalam mempertahankan dan mengekalkan kebebasannya sebagai sebuah negara yang berdaulat. Ini kerana ia merupakan faktor penting dalam menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan politik dalam jangka waktu yang panjang. Perpaduan dan integrasi nasional bermaksud satu proses dan sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta semangat kebangsaan yang tunggal dikalangan mereka. Selain itu, ia juga membawa maksud satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dikalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, sosial dan penempatan didalam sesebuah unit politik. Pada masa yang sama, perpaduan dan integrasi nasional juga merupakan satu proses menyatupadukan bergai-bagai kumpulan masyarakat yang mempunyai budaya dan sosial yang berbeza kedalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional, Malaysia Kita (2003). Namun begitu, dalam konteks negara Malaysia integrasi nasional bermaksud mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk diantara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Antara cara yang digunakan dalam membina perpaduan dan integrasi nasional ialah dengan pembentukan satu sosioekonomi yang membolehkan semua kaum dan kumpulan etnik turut serta secara adil dan saksama dalam proses pembangunan negara.

2.0 USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN DALAM MEMANTAPKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL Oleh kerana perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu asas yang penting dalam pembangunan sesebuah negara, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi memupuk perpaduan dan integrasi dikalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Usaha-usaha yang dijalankan meliputi pelbagai aspek, iaitu pendidikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan serta politik.

2.1 Pendidikan

Pertama ialah semua sekolah swata hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama dengan sekolah kerjaan serta pelajar sekolah swasta hendaklah mengambil peperiksaan yang sama dengan pelajar sekolah kerajaan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pilihan. Penyata Rahman Talib yang dicadangkan telah diterima dan seterusnya digubal semula pada tahun 1961 dan dinamakan Akta Pelajaran 1961. Ini adalah penting dalam menyemai semangat kebangsaan dalam diri rakyat. Terdapat beberapa perkara yang menjadi asas kepada perpaduan dalam sistem pendidikan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. telah mengemukakan beberapa cadangan yang membantu dalam membina perpaduan. Oleh yang demikian terdapat beberapa langkah digunakan dalam memastikan matlamat yang dibuat dapat dilaksanakan. Oleh itu beberapa perkara telah dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang dibuat. Di samping itu. Menerusi Penyata Rahman Talib pada tahun 1959 yang mengkaji perlaksanaan Penyata Razak. Penyata Rahman Talib juga turut mencadangkan sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar hendaklah ditukar kepada Bahasa Malaysia.Pendidikan merupakan satu agen penting dalam memupuk perpaduan. Langkah ini menunjukkan pendidikan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan. Selain itu sekolah umum telah ditukar menjadi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis umum telah ditukar kepada sekolah jenis kebangsaan bagi memupuk semangat kebangsaan dan perpaduan. Namun begitu. pendidikan percuma diberikan kepada semua murid sekolah rendah kerajaan. mewajibkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah serta institusi pengajian tinggi. Matlamat penting yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet ialah pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Antaranya ialah mulai tahun 1962. Selain itu jawatankuasa ini juga menyatakan bahawa Bahasa Melayu hendaklah menjadi mata pelajaran wajib dalam semua peperiksaan. berdisiplin dan terlatih menerusi sistem pendidikan. Jawatankuasa tersebut dinamakan Jawatankuasa Kabinet. menggunakan buku-buku teks yang bercirikan Malaysia serta melaksanakan aktiviti kokurikulum iaitu aktiviti diluar bilik darjah. Dasar pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan mempunyai dua matlamat iaitu mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai etnik serta mengkaji masalah keciciran dalam pendidikan. pada tahun 1974 satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Dr. Antaranya ialah menyediakan sukatan pelajaran yang seragam di semua sekolah. penekanan hendaklah ditumpukan kepada aspek-aspek tertentu dalam setiap mata pelajaran . perlaksanaan kurikulum yang seragam di semua sekolah dan pendidikan yang sempurna kepada semua rakyat. Mahathir bin Mohamad telah berperanan mengkaji semula dasar yang dibuat.

kaum Cina pula ditempatkan di bandar-bandar bagi mengerjakan perusahaan biji timah. Dasar Ekonomi Baru atau DEB telah dibuat pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein di dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO di Kuala Lumpur. Cina dan India telah telah ditempatkan secara berasingan dengan pekerjaan dan asas ekonomi yang berbeza. 2. Antara punca berlakunya keadaan yang sedemikian ialah untuk menghindarkan terjadinya perselisihan faham serta kecenderungan buruh asing untuk tinggal sesama mereka di satu perkampungan. Dasar ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Malaysia dengan dua matlamat iaitu pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di peringkat kerajaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam negara ini disusun semula supaya orang-orang Melayu dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hakmilik tersebut pada tahun 1990. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. satu kurikulum baru telah dibuat dan dilaksanakan di semua peringkat sekolah. Kurikulum Baru Sekolah Rendah serta KBSM. Manakala kaum India di estet-estet getah. Strategi yang dilaksanakan melalui dasar ini ialah mengurangkan serta membasmi kemiskinan dengan menambahkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat di Malaysia serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat di Malaysia untuk memperbaiki masalah ekonomi yang tidak seimbang seperti pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini dapat mengukuhkan lagi kuasa penjajahan mereka. agama. Kebanyakkan orang-orang Melayu ditempatkan di kampung-kampung bagi mengusahakan pertanian tradisional. Kurikulum tesebut ialah KBSR. ketiga-ketiga golongan penduduk di Tanah Melayu iaitu Melayu.serta penekanan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan moral. . banyak buruh asing telah dibawa masuk ke Tanah Melayu.2 Ekonomi Dalam aspek ekonomi perkara asas kepada perpaduan negara serta integrasi nasional ialah melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). Langkah ini bertujuan memastikan semua sekolah menggunakan satu kurikulum yang seragam. disiplin dan kokurikulum sebagai asas pencapaian perpaduan. Malaysia Kita (2003). Ini adalah untuk meningkatkan jumlah tenaga buruh bagi perusahaanperusahaan di Tanah Melayu seperti perusahaan getah dan biji timah. Dasar yang dilaksanakan oleh pemerintahan British ini disebut juga sebagai ‘pecah dan perintah’. Namun begitu. Ketika zaman pemerintahan British. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet juga.

Melalui sisitem pendidikan. kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang sesuai merangkumi sistem pendidikan. Oleh yang demikian. semua rakyat bebas memilih calon yang mereka percayai sebagai pemerintah. Walaupun tinggal di negara yang sama. 2. sebuah Parti Perikatan telah dibentuk oleh tiga buah parti yang mewakili setiap kaum terbesar di Malaysia iaitu parti Orang Melayu atau UMNO. suku kaum dan etnik. kesihatan. Cina dan India. Kaum-kaum utama di Malaysia ialah Melayu. perkhidmatan ubat-ubatan secara percuma diberikan kepada semua warganegara tidak mengira kaum dan keturunan di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan. Melalui perpaduan politik ini juga pertikaian asas yang berlaku dapat diatasi dan sebuah negara aman dan makmur dapat diwujudkan. pembangunan negara dapat ditingkatkan serta perpaduan dapat dipupuk diseluruh kaum di Malaysia. rancangan makanan tambahan atau RMT serta projek susu sekolah.Langkah-langkah kerajaan yang dilaksanakan dalam proses penyusunan semula masyarakat ialah pemodenan cara hidup masyarakat luar bandar dan pertumbuhan pesat dan seimbang kegiatan-kegiatan di bandar. . Calon-calon yang terpilih akan berkerjasama dan membuat rundingan dikalangan parti-parti politik yang lain supaya dapat memastikan semua perti terlibat dalam proses pentadbiran Malaysia. Pilihan raya ini dijalankan setiap lima tahun sekali. semua rakyat di Malaysia diberikan khidmat pendidikan yang sama tidak mengira kaum. perumahan serta kemudahan asas bagi mewujudkan perpaduan sosial dikalangan masyarakat di Malaysia.3 Politik Politik memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman rakyat yang pelbagai kaum di Malaysia. Dalam pilihan raya. Melalui kaedah konsensus atau persetujuan di mana kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat menerusi proses pilihan raya perpaduan dapat diwujudkan. Contohnya seperti skim pinjaman buku teks. pekerjaan dan kebudayaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai bangsa. Oleh yang demikian. Di Malaysia. parti Kaum Cina atau MCA serta parti Kaum India atau MIC. namun terdapat jurang yang memisah antara kaum dari segi penempatan. 2.4 Sosial dan Kebudayaan Seperti yang kita tahu. Dari segi aspek kesihatan pula.

Dalam mencapai matlamat perpaduan di peringkat sekolah. perpaduan kebudayaan juga turut diperkenalkan dalam sistem pendidikan melalui mata pelajaran sastera di peringkat menengah atas. Antara aktiviti kebudayaan yang biasa dilaksanakan oleh kerajaan ialah seperti muzik. toleransi. drama. Selain itu. Dasar tersebut ialah Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Selain dari itu. Perpaduan kebudayaan dapat dicapai melalui program-program yang bercorak kebudayaan semua kaum di Malaysia. Antaranya ialah program penempatan semula iaitu pembinaan projek-projek perumahan yang memberi peluang kepada semua rakyat tanpa mengira kaum untuk hidup bersama di kawasan penempatan yang lengkap dan sempurna. adat resam. satu dasar telah digubal pada tahun 1971 sebagai asas perpaduan ke arah mewujudkan identiti nasional bangsa Malaysia. Menerusi aktiviti-aktiviti seperti ini setiap kaum dapat berinteraksi dan memahami adat dan kebudayaan masing-masing sekali gus dapat meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara kaum di Malaysia. Malaysia Kita (2003). kepercayaan. Kebudayaan ialah satu sistem atau corak hidup yang merangkumi agama. drama. teater. kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang sesuai dalam membentuk masyarakat majmuk . Menerusinya. bahasa. puisi. Ini kerana semua rakyat dapat menikmati kemudahan yang sama dan dapat mengelakkan rasa cemburu serta ketidakadilan di antara kaum. beberapa program telah dilancarkan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat. semangat kejiranan serta bersatupadu diwujudkan dan sekali gus dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. muhibah dan toleransi. Ini kerana generasi masa kini yang membawa imej negara pada masa akan datang perlu dilatih dan dididik supaya bersatupadu untuk pembangunan negara kelak. 3. persahabatan.0 USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH BAGI MEWUJUDKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL Sekolah adalah permulaan yang cukup baik dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. projek Rukun Tetangga juga turut dilaksanakan di kawasankawasan perumahan yang mana aktiviti-aktiviti persefahaman. Oleh yang demikian unsur-unsut tersebut amat sesuai dijadikan sebagai asas kepada integrasi nasional di Malaysia. kritikan sastera serta cerpen yang banyak mengandungi unsur-unsur seperti hubungan kaum. ekonomi dan politik sesebuah masyarakat. pelajarpelajar banyak didedahkan dengan genre-genre seperti novel.Bagi sistem perumahan. Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi serta lengakp tanpa mengira penghuni di setiap kawasan turut menyumbang kepada perpaduan antara kaum. sastera dan sebagainya. Memandangkan perpaduan kebudayaan dilihat penting oleh pihak kerajaan.

Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman. Program e-Integrasi ini merupakan satu program yang menggalakkan para pelejar dari sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan untuk berinteraksi antara satu sama lain melalui permainan komputer yang direka khas berteraskan tema perpaduan kaum. Seri Manjung. dewan.yang bersatu padu dan bersefahaman. Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai. kerajaan turut melancarkan satu projek yang berteraskan integrasi iaitu ‘Program e-Integrasi’. Perak. dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan. interaksi yang meluas serta penggunaan sumber secara optimum meliputi kepelbagaian pelajar. Perak. Buat masa ini. Selain dari Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN. Projek ini merupakan satu projek yang berasaskan teknologi maklumat yang mana semakin pesat membangun pada hari ini. Terdapat beberapa ciri penting bagi sesebuah Sekolah Wawasan. temasya sukan sekolah. antaranya ialah setiap sekolah diuruskan oleh seorang Guru Besar dan salah seorang dari Guru Besar tersebut akan bertindak sebagai penyelaras bagi sekolah-sekolah yang terdiri dari pelbagai aliran tersebut. Walaupun hanya terdapat beberapa buah sekolah sahaja yang merupakan Sekolah Wawasan di Malaysia. dan sukan turut dilaksanakan secara bersama dan yang penting ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di luar bilik darjah. hari kecemerlangan pelajar. namun tetap sebagai langkah untuk membina perpaduan di kalangan rakyat. Selangor dan Kompleks Sekolah Wawasan Pundut. Konsep Sekolah Wawasan bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran. Alor Setar. aktiviti kokurikulum. Mohd Izhan Haji Mohd Hamzah dan Jamalul Lail Abdul Wahab (2000). Pulau Pinang. Antara matlamat-matlamat Sekolah Wawasan ialah mencapai perpaduan dan integrasi nasional melalui perkongsian prasarana. Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk meningkatkan perpaduan dikalangan rakyat di Malaysia. kantin dan sebagainya serta melaksanakan secara bersama aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan mingguan. Kedah. Parit Buntar. Subang Jaya. hari kantin dan sebagainya. pusat sumber. bilik komputer. Program ini pertama kali telah dibuat pada tahun 2004 yang mewajibkan pelajar-pelajar yang berumur antara 17-18 tahun yang terpilih untuk mengikuti satu program selama tiga bulan di kemkem yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia. hanya lima buah Kompleks Sekolah Wawasan sahaja yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru. Salah satu cara yang telah dibuat oleh kerajaan ialah Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN. Aktiviviti-aktiviti seperti perhimpunan. Ia bermatlamat untuk memastikan mereka mula berinteraksi antara satu sama lain secara maya dan kemdiannya berjumpa untuk mengukuhkan semangat berpasukan yang telah mereka . kerajaan turut menubuhkan Sekolah Wawasan. Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15. Dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi nasional.

Sekolah sepatutnya memperbanyakkan aktivitiaktiviti kebudayaan supaya dapat meransang minat para pelajar terhadap budaya Melayu. puisi dan sebagainya.bina melalui permainan komputer itu.0 HALANGAN DAN CARA MENGATASI MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL 4. Ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan semangat patriotisme dkalangan mereka. masih terdapat banyak cara yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai langkah untuk memupuk perpaduan di antara kaum di Malaysia. dimana semua pelajar dari pelbagai kaum dapat belajar menggunakan alat-alat muzik tradisional melayu lama seperti kompang. Cina atau India untuk berinteraksi dalam bahasa kebangsaan. Oleh sebab itu. Dengan ini. drama. Program e-Integrasi ini masih dalam permulaan dan hanya melibatkan 60 buah sekolah di Pulau Pinang. Dengan perlaksanaan Minggu Bahasa Melayu ini di sekolah-sekolah dapat menggalakkan semua pelajar tidak mengira bangsa Melayu. namun masih terdapat pelbagai halangan yang . merupakan satu ungkapan yang menjelaskan betapa besarnya peranan bahasa dalam membina sesebuah masyarakat. Guruguru yang terdiri dari pelbagai kaum dapat meningkatkan lagi kesedaran terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Berita Harian (28 April 2004). mengadakan lawatan ke pentas-pentas persembahan teater terutamya teater-teater klasik melayu lama untuk melihat pementasan teater dibuat serta mengadakan kelas muzik atau menubuhkan persatuan muzik sekolah. Pengisian aktiviti yang dibuat oleh pihak sekolah yang berasaskan perpaduan juga sesuai dilaksanakan di peringkat sekolah.1 Halangan Walaupun pelbagai usaha dan strategi dilaksanakan dalam memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional. 4. Bukan itu sahaja. Antara cara yang sesuai dijalankan ialah menambahkan jumlah guru serta guru besar dan pengetua yang bukan berbangsa Melayu. Melaluinya juga persefahaman antara kaum dapat diwujudkan. Berita Harian (28 april 2004). Antaranya ialah Minggu Bahasa Melayu. Langkah seterusnya ialah pendedahan kepada kebudayaan Melayu melalui muzik. Dalam menjayakan matlamat ini. Seperti kata pepatah ‘ Bahasa Jiwa bangsa’. rebana dan sebagainya. terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan di sekolah seperti mengadakan pertandingan beruisi. penggunaan bahasa yang seragam oleh semua golongan masyarakat mampu meningkatkan lagi perpaduan. persefahaman dapat dibina dan kemudiannya membentuk perpaduan yang teguh dikalangan masyarakat berbilang kaum. teater. Ini kerana cara hidup pelbagai etnik adalah berbeza. Namun begitu.

Keadaan ini menyebabkan tiada rasa hotmat dan menghargai antara kaum. penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia. ia tidak begitu menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional kerana masih terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah. Tahap kefahaman yang rendah tentang kaum lain ini biasanya disebabkan oleh pendedahan yang kurang mengenai kepelbagaian etnik di Malaysia. Dengan adanya sekolah-sekolah ini telah mengurangkan peluang-peluang untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelajar-pelajar dari kaumkaum yang berlainan. Mohd Jali et al (2001).12 Kebudayaan . politik dan faktor fizikal. Ini kerana mereka tidak begitu yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu. halangan yang timbul ialah tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup dan masalah-masalah hidup kaum lain. Dalam konteks sosial juga dapat diperhatikan kebanyakkan masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal di satu kawasan yang terdiri dari penduduk yang sama kaum. kaum India di kawasan Brickfield dan Sentul manakala kaum Melayu pula di kawasan Kampung Baru. Contohnya di Kuala Lumpur. Halangan-halangan yang timbul dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia boleh dilihat dari perspektif sosial. 4. Seperti mana yang kita tahu.menjadi masalah dalam pembentukkan masyarakat yang bersatu padu di Malaysia. Oleh sebab itu. Halangan yang seterusnya ialah kewujudan sekolah jenis kebangsaan. Nazaruddin Hj. wujudnya masalah perkauman yang mengundang kepada permusuhan kaum. mereka juga lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Namun begitu. Bagi ibu bapa. ekonomi. Maka semangat kekeluargaan tidak dapat dipupuk dan seterusnya menjadi penghalang kepada perpaduan. Nilai dan sikap masyrakat yang berprasangka.11 Sosial Dalam aspek sosial. perkauman dan etnosentrisme merupakan faktor asas kepada halangan-halangan lain. penduduk Cina lebih banyak tertumpu di kawasan Pudu. Keadaan ini berlaku kerana mereka merasakan lebih selamat tinggal bersama penduduk-penduduk yang sekaum dengan mereka. 4. kebudayaan.

Selain itu perbezaan kebudayaan juga merupakan penghalang dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Sebagai contoh ialah bidang perniagaan yang kebanyakkannya dikuasai oleh kaum Cina. Kebudayaan meliputi agama.14 Politik Dalam aspek politik. Pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan yang berlaku di Tanah Melayu pada ketika itu sedikit sebanyak mencorakkan kehidupan rakyat Malaysia sekarang. sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya mereka juga menjadi punca kepada masalah perpaduan. Pada masa yang sama. Proses pemasyarakatan ini merangkumi pendidikan di sekolah serta asuhan ibu bapa. mereka ditempatkan di kawasan-kawasan estet getah dan orang Melayu pula banyak di kawasan-kawasan kampung kerana orang Melayu bergiat dalam pertanian tradisional. masyarakat Cina banyak ditempatkan di kawasan-kawasan bandar kerana kebanyakkan mereka terlibat dalam sektor perlombongan biji timah. adab resam dan cara hidup setiap kaum. Oleh kerana setiap parti bebas . Perbezaan sosioekonomi yang berlaku boleh menimbulkan rasa cemburu.Antara halangan yang timbul dari segi kebudayaan ialah proses pemasyarakat yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri. Partiparti politik di Malaysia seperti MCA dan MIC merupakan contoh-contoh parti politik yang dianggotai oleh satu golongan etnik sahaja. kepercayaan. sangsi dan takut terhadap kaum yang berkuasa.13 Ekonomi Perbezaan pekerjaan merupakan salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada perpaduan dari segi ekonomi. Bagi masyarakat India. perkauman dan etnosentrisme yang merupakan perkara utama yang menyumbangkan kepada masalah perpaduan. perkara yang menjadi penghalang ialah politik perkauman. Ini kerana mereka tidak dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum lain yang berbeza dengan cara hidup mereka. 4. 4. Maka cara hidup kaum-kaum lain tidak diketahui dan ia akan menjadi penghalang kepada pembinaan hubungan baik antara kaum. Pada waktu itu. Sejak dari zaman penjajahan British lagi masalah perbezaan pekerjaan membelenggu masyarakat yang berbilang kaum ini. Perbezaan kebudayaan akan menyebabkan timbulnya prasangka. Maksudnya dalam proses pemasyarakatan tidak ada pendedahan kepada adat-adat dan kebudayaan etnik lain.

sikap prasangka. semangat perkauman semakin menyemarak dalam diri masyarakat di Malaysia. Mohd Jali et al (2001). Konflik yang timbul oleh tuntutan-tuntutan kumpulan juga dapat dikurangakn melalui strategi pembangunan diri. Contoh utama yang boleh dilihat ialah pembentukkan Barisan Nasional yang menggabungkan parti-parti politik iaitu UMNO.15 Pemisahan Fizikal Pemisahan fizikal merupakan masalah jarak antara wilayah yang jauh seperti Semenanjung Malysia. Ia merupakan satu langkah untuk mendedahkan cara hidup. . keadaan hidup dan masalah hidup antara satu kaum. 4. Sabah dan Srawak. Aspek yang kedua ialah pemabngunan fizikal dan sosial yang menekankan kepada perubahan struktur masyarakat melalui pembangunan fizikal dan sosioekonomi yang hasil seterusnya merupakan perubahan susunan masyarakat dan hubungannya dengan faktor-faktor ekonomi dan kemudahan sosial. Antara contoh usaha-usaha yang dijalankan bagi menjayakannya ialah penyelarasan kokirikulum dan kurikulum di institusi-institusi pengajian seperti sekolah.2 Cara Mengatasi Dalam usaha membentuk sebuah masyarakat majmuk yang hidup bersatu padu. Nazaruddin Hj. Oleh sebab itu. 4. Langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional boleh dikategorikan kepada dua iaitu dari aspek pembangunan diri iaitu menekankan kepada pembangunan pemikiran setiap anggota masyarakat agar menjadi rasional dan mampu menimbang sesuatu keadaan dengan seadil-adilnya atau secara ringkasnya bermaksud pembangunan personaliti. MCA dan MIC. Pengurangan indentifikasi kelompok juga mampu meningkatkan darjah keterbukaan diri terhadap kumpulan dan budaya lain. universiti dan sebagainya serta perlaksanaan program Rukun Tetangga. langkah-langkah untuk membendung masalah yang menjadi penghalang ke arah mencapai matlamat yang diharapkan perlu dijalankan.21 Strategi Pembangunan Diri Salah satu langkah dalam pembangunan diri ialah pemasyarakatan dan pemasyarakatan semula. mementingkan kaum sendiri dan etnosentrisme semakin menebal dalam diri setiap etnik. golongan etnik di Semenanjung Malaysiatidak dapat mengenali kehidupan etnik lain yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Dengan itu.menyuarakan pendapat dan isi hati. 4.

. perpaduan dan integrasi nasional adalah satu perkara penting bagi sesebuah negara yang sedang membagun seperti Malaysia. Ia merupakan satu perkara yang boleh meninggalkan impak yang negatif kepada hubungan antara etnik. Ini kerana ia boleh menonjolkan segregasi entiti-entiti tertentu dan menimbulkan rasa berbeza antara satu sama lain. 5. pertubuhan-pertubuhan sosial dan agensi-agensi lain yang berfungsi sebagai institusi-institusi sosial sepatutnya mengendalikan aktiviti-aktiviti yang melibatkan rakyat berbilang kaum seperti gotong royong dan sebagainya. Ia adalah berfaedah kerana kepakaran-kepakaran pentadbiran dapat diagihkan dengan saksama.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan. Oleh yang demikian konsep yang neutral harus diperkenalkan seperti konsep Semenanjung Malaysia. Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru.Selain itu. Selain itu sikap kedaerahan dapat dikurangkan dan sekali gus meningkatkan kefahaman mengenai cara hidup kumpulan etnik lain. Dalam mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat. Institusi famili. yang hidup bersatu padu serta aman sentosa. Langkah ini penting bagi memastikan struktur ekonomi sesuai dengan keadaan semasa supaya matlamat pembangunan perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai. Sabah dan Sarawak. Langkah yang seterusnya ialah dengan menukarkan pegawai-pegawai antara wilayah. perlaksanaan dasar mengenai hal-hal seperti perumahan dan perniagaan yang mampu membina hubungan kohesif juga dapat diwujudkan. Sebagai contoh ialah konsep Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Oleh yang demikian semua rakyat harus bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang berbilang kaum. Aktiviti-aktiviti seperti lawatan dan penyiaran oleh media mengenai kehidupan komuniti lain dapat meningkatkan kedekatan fizikal di kalangan rakyat. Hubungan kohesif penting bagi memastikan setiap kumpulan dapat memahami dengan lebih mendalam lagi kumpulan-kumpulan lain.22 Strategi Pembangunan Fizikal dan Sosial Pelbagai program telah dilaksanakan dalam mengemaskini dan meningkatkan strategi-strategi sosiekonomi. 4. terdapat juga langkah untuk menukarkan konsep-konsep yang bersifat memecah belah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful