PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENULISAN KARANGAN

Zamzuri Mohamed Open University Malaysia (Kelantan)

1. Pengenalan Tugasan ini memberi tumpuan kepada pendekatan, kaedah dan teknik yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjawab tugasan ini, para pelajar diminta memberi pandangan berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah, kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang hendak diajar. Para pelajar juga dikehendaki mengaitkan pandangan mereka dengan dua pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Selain itu, para pelajar juga dikehendaki merangka satu model pengajaran berdasarkan kaedah bergambar dan carta.

Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan perkara-perkara yang dikehendaki berdasarkan soalan yang dikemukakan dengan mengikut panduan yang telah diberikan oleh tutor. Perkara yang akan saya bincangkan dalam tugasan ini ialah tentang definisi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran secara umum. Kemudian, saya akan menjelaskan tentang pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Seterusnya, saya akan mengemukakan pendapat dan pandangan saya tentang kesesuaian pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Untuk menjawab soalan kedua dalam tugasan ini, saya akan memilih gambar dan carta yang sesuai untuk membina model pengajaran sebagaimana kehendak soalan. Saya juga akan membuat rujukan untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dan berbincang dengan rakan-rakan serta tutor untuk menghasilkan

tugasan yang baik. Saya berharap agar tugasan yang akan saya jalankan akan menepati kehendak soalan.

2. Definisi Pendekatan, Kaedah dan Teknik Kebanyakan orang sukar untuk membezakan antara konsep pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan di dalam bilik darjah.

Berdasarkan beberapa sumber rujukan, saya akan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedahkaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang

Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. menikam atau menombak. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu. sepakan tinggi. kita boleh ambil contoh memburu harimau. menjerat. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering. memanah. Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik. memanggang atau mengukus. gerakan tangan untuk membuat sasaran. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali. bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya.biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng. kemahiran memegang ibu panah. sepakan banana serta bermacam-macam lagi. suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin. kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang. Umpamanya untuk menggoreng ikan. merebus. Jadi. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik. sepakan grounder. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. . sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. walaupun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus peratus. kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas. Dalam zaman atom ini.

Selain itu. kaedah ialah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa. mengatakan bahawa kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. kuiz. latih tubi. menyelesaikan masalah.Oleh itu. Selain itu. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini. Lantaran itu. untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. lakonan. bermain. perbincangan. brain storming. Parera (1986). Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. tidak ada bahagian- bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan pendekatan. mendefinisikan kaedah sebagai satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa. Edward M. projek. Anthony (1963). main peranan. Beliau juga mendefinisikan kaedah sebagai satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pengajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. beliau berpendapat bahawa kaedah ialah satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita. soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Menurut Mangantar Simanjuntak (1982). . kaedah juga boleh didefinisikan sebagai satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Ishak Ramly. perbahasan. 2006). yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan.

penggunaan alatan yang berkenaan. serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara. menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik. karang-mengarang dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi ketiga).Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat. berpendapat bahawa teknik pengajaran ialah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk . kemahiran mengekalkan minat murid. Anthony (1963). gerakan tangan "facial expression". garis kasar kuliah yang disampaikan. bahasa yang sesuai. Beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktivitipengajaran dan pembelajaran. Edward M. penggunaan OHP. Abdul Aziz (1988). Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Husin & Siti Hajar Hj. Kamarudin Hj. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedahkaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan.menjawab. Manakala bagi pendekatan konvensional. Bagi pendekatan Barat. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan. Bagi pendekatan Timur pula. Meskipun demikian. semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsipprinsip sains yang sangat bersistematik. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu. kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori. layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid. Sebagai contoh. Sebagai kesimpulan. mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Bagi pendekatan profesional. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensional (tradisional atau acquired) atau biasa. . suara haruslah jelas. pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. apabila kita menyebut teknik pengajaran. untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai.

Kamus Dewan (1988). Selain itu. pendekatan juga dikatakan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah.kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman. pendekatan kelas. hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Kamarudin Hj. Edward M. pendekatan pasangan. mengatakan bahawa pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). . pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. berpendapat bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. pendekatan kumpulan. cara-cara fakta disampaikan. Sebab itu. Anthony (1963). Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. perbincangan informal serta dengan pemerhatian. Husin (1988). Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid. ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu. Parera (1986). keaktifan pengajaran atau pelajar.

pendekatan deduktif. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi. Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu. pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. pendekatan eklektik. Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan pendekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Bagi teori behavioris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi. Akhirnya. Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah. pendekatan situasi. Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavioris.Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah. pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Cara-cara yang digunakan untuk . dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi. pendekatan psiko-linguistik.

guru dapat memandu danmengawal pelajar daripada melakukan kesalahan.menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedahkaedah pengajaran.1 Pendekatan pengajaran Penulisan Raimes Terdapat pelbagai pendekatan. pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina ayat untuk . Secara keseluruhannya. melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar. danteknik yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan wacana. kaedah. 1990:214) i. bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Sebagai contoh. kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah. Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas. Pendekatan Bebas. Raimes mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan Terkawal. Tidak ada satu pendekatan. Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pendekatan Pola-Perenggan. dan Pendekatan Komunikatif ( dalam Juriah Long dan rakan-rakan. Pendekatan Pengajaran Penulisan 3. Namun begitu. Guru hendaklah bertindak sebagai pemudah cara. 3. Pada peringkat awal. Pendekatan Terkawal Melalui pendekatan ini. guru mengawal secara menyeluruh. Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar.

melengkapkan frasa. penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut. aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan. iii. iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial. Walau bagaimanapun. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. seperti aspekaspek sosiolinguistik dan psikolinguistik. iaitu laras bahasa perubatan. Melalui cara ini pelajar akan lebih berminat. guru boleh keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Sebagai contoh. . Pendekatan Komunikatif Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar. ii. Pendekatan Bebas Pendekatan ini memberikebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan. Oleh itu. guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu. Misalnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya.

guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah. menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas. Pendekatan Bebas. Namun.Dengan menggunakan pendekatan ini. 3. Dalam hal ini. Terdapat dua pendekatan yang menarik perhatian . kaedah. Penulisan wacana sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur.pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik. guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. iv.2 Kesesuaian Pendekatan Pengajaran Penulisan Raimes Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting untuk memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Selain itu. atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kecuali setiap pendekatan. pelajar mengenal pasti. Raimes telah mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan Terkawal. pendapat mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan. Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik. memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan. Pendekatan Komunikatif dan Pendekatan Pola-Perenggan. Pendekatan Pola-Perenggan Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang hendak diajar. Justeru.

pada peringkat ini murid-murid akan melengkapkan ayat dengan menggunakan frasa yang diberi. Sebagai contoh. Pada pendapat saya. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan ini adalah lebih mudah dan akan dapat dilakukan oleh murid-murid yang lemah. jika pada peringkat awal murid-murid hanya mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan karangan. Sebagai contoh. Saya juga bersetuju dengan pendapat di atas yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan. Sekiranya murid-murid telah menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik. Ini bermakna murid-murid tersebut mempunyai sedikit kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut daya pemikiran atau kemampuan mereka tetapi masih dikawal oleh guru. kelonggaran akan diberikan kepada murid-murid tersebut untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. pendekatan ini sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah atau masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. murid-murid hanya perlu mengisi tempat kosong dengan perkataan yang diberi untuk melengkapkan sebuah karangan.saya iaitu Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas. Jelas kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal memulakan proses pengajaran daripada mudah kepada perkara yang lebih susah atau daripada konkrit kepada abstrak. Selain itu. Dengan kata lain. Berdasarkan Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes. kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kerana setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu pelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang agak sukar dan tidak sesuai dengan kebolehan murid-murid . faktor pelajar juga mendorong guru untuk menggunakan pendekatan yang berlainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini memang sesuai untuk murid-murid yang lemah seterusnya dapat memberi motivasi kepada mereka untuk terus belajar kerana aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat ini latihan yang diberi adalah lebih mencabar berbanding dengan peringkat awal. murid yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza. para pelajar melakukan aktiviti mengikut panduan yang diberikan oleh guru.

Misalnya. berfikiran terbuka dan mampu . Berdasarkan keterangan di atas. mereka akan berasa lebih yakin untuk memberikan pendapat dan sudah pasti pendapat atau idea yang dikemukakan tidak akan terpesong. kumpulan atau individu agar mereka tidak mudah berasa jemu atau memudahkan mereka untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Pendekatan ini tentu sekali tidak sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang kerana mereka lebih aktif. Berdasarkan pengalaman. Oleh itu. mereka akan dapat mempelajari sesuatu perkara berdasarkan contoh yang diberi tanpa melakukan banyak kesalahan. Dengan menggunakan Pendekatan Terkawal. guru perlu memainkan peranan untuk menggalakkan para pelajar mengemukakan pendapat dengan memberi gambaran tentang sesuatu perkara atau tajuk yang dibincangkan. para pelajar yang lemah biasanya tidak mampu untuk berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara dan tidak dapat mengemukakan pendapat atau idea yang berkaitan dengan sesuatu tajuk tanpa bantuan atau bimbingan daripada guru. jika guru memberi lembaran kerja yang mengandungi format surat rasmi untuk dilengkapkan oleh murid-murid. mereka akan dapat belajar tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahan-bahan yang diberi oleh guru sebagai contoh untuk melaksanakan tugasan yang baru. Oleh itu.akan mematahkan semangat mereka untuk terus belajar. Dengan adanya bimbingan dan latihan yang berterusan. jelaslah kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes ini sesuai diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah. Dengan ini. para pelajar akan diberi panduan dan bimbingan sepenuhnya. Jadi. mereka akan dapat menjadikan format surat rasmi tersebut sebagai contoh untuk menulis surat rasmi yang lain dengan tajuk yang berbeza. Mereka juga agak malas untuk berfikir. Kadangkala mereka akan mengemukakan pendapat atau pandangan yang tidak logik atau tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan. murid-murid pasti akan dapat menguasai sesuatu kemahiran itu sedikit demi sedikit. Ini kerana mereka agak pasif dan masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. guru perlu memainkan peranan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar sama ada secara kelas. Jadi.

tidak ada pendekatan. guru mengemukakan soalan atau isu yang perlu dibincangkan. Antara aktiviti yang sesuai untuk Pendekatan Bebas ialah perbincangan dan sumbang saran. Pendekatan ini dapat meningkatkan daya imaginasi dan pemikiran pelajar agar mereka berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Kesimpulannya. Sebagai contoh. pendekatan ini tidak sesuai untuk mereka kerana akan membataskan pemikiran mereka dan membuatkan mereka berasa terkongkong. Kemudian. Pendekatan Bebas sesuai digunakan untuk mengajar muridmurid yang aktif dan telah menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Pelajar juga akan dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengemukakan pendapat yang bernas atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan.mengemukakan pendapat mereka berdasarkan sesuatu tajuk yang dibincangkan. Melalui aktiviti tersebut murid-murid bebas memberi pendapat dan pandangan mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada. Ini akan mendorong murid-murid supaya rajin membaca dan mencari maklumat untuk menambahkan pengetahuan mereka. Selepas itu. kaedah atau teknik yang terbaik untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Ini kerana setiap pelajar adalah berbeza. murid-murid diberi kebebasan untuk mengemukakan idea atau pendapat tentang isu-isu atau tajuk yang dibincangkan. guru perlu lebih kreatif untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan. Aktiviti sebegini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk bergerak aktif dan menghilangkan rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Jadi. Melalui pendekatan ini. murid-murid membentuk kumpulan dan berbincang tentang perkara tersebut. wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Satu lagi pendekatan pengajaran penulisan Raimes yang saya pilih ialah Pendekatan Bebas. Mereka juga dapat bergerak aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pendekatan yang lebih sesuai perlu digunakan untuk murid-murid yang aktif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas adalah berbeza. kaedah dan teknik yang difikirkan sesuai berdasarkan ilmu yang hendak disampaikan agar murid-murid dapat menerima ilmu tersebut . Jadi.

Jika menggunakan teknik ini. umpamanya pertunjukan slaid tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan. iaitu:  Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap peringkat pelajar. Kebiasaannya. guru perlu menggunakan pendekatan. disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar. ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian. kaedah dan teknik yang berbeza untuk mengajar murid-murid yang pandai dan murid-murid yang lemah. Oleh itu. gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan. Begitu juga jika guru menggunakan Pendekatan Terkawal untuk mengajar murid-murid yang pandai. Model Pengajaran Penulisan 4. Sekiranya guru menggunakan kaedah perbincangan atau sumbang saran untuk mengajar murid-murid yang lemah. Teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar kerana menyeronokkan. kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan menggunakan slaid. Namun begitu. Dalam menggunakan kaedah bergambar. kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid agar pengajarannya menarik dan berkesan. sudah pasti muridmurid akan berasa bosan dan mengongkong kemahiran berfikir murid-murid.dengan baik.  Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan mengenainya. Sebagai contoh. Namun.1 Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar dan Carta Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah dengan berasaskan gambar yang dilihat dan ditunjukkan. teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu. 4. sudah pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut tidak berkesan.   . terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam menyampaikan pengajaran. pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambargambarslaid yang telah ditonton. guru perlu bijak memilih dan menentukan pendekatan.

iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis.  Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat. Teknik carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Berikut ialah model pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta yang saya cadangkan. . teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah carta aliran berdasarkan proses-proses penghasilan sesuatu bahan atau produk.  Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting. Teknik ini ada persamaan dengan teknik gambar bersiri.  Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan. sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan. carta aliran yang memperlihatkan proses membuat produk makanan. Oleh itu. bahawasanya setiap proses itu digantikan dengan frasa-frasa yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada setiap peringkat yang dipaparkan dalam carta.2 Cara Melaksanakan Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar Dan Carta Pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta hampir sama. Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh ditunjukkan dengan menggunakan penanda ‘anak panah’ atau berbentuk paparan carta. 4. saya menggunakan satu model pengajaran sahaja untuk pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta. dan   Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan. Sementara itu. Contohnya.

Guru meminta murid-murid supaya meneliti aktiviti. guru ingin murid –murid menyenaraikan dua aktiviti atau peristiwa penting bagi setiap gambar. Jika aktiviti ini dijalankan secara individu. guru hendaklah mengarahkan para pelajar supaya berada dalam kumpulan masing-masing sebelum aktiviti ini dajalankan. Guru boleh menetapkan jumlah aktiviti atau peristiwa yang dikehendaki bagi setiap gambar. Contohnya. . nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Bagi pelajar-pelajar yang lemah. Langkah 2 Murid-murid diminta mencatat perkara-perkara penting. guru juga boleh memberi kebebasan kepada murid-murid untuk mencari sebanyak mungkin aktiviti atau peristiwa daripada setiap gambar tersebut. aktiviti atau peristiwa berdasarkan gambar yang diberi. Guru juga boleh menerapkan nilai murni kepada murid-murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Selain itu. Guru hendaklah mengarahkan murid-murid supaya berbincang dalam keadaan yang terkawal. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Sebagai contoh. guru hendaklah memainkan peranan supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi aktif. Murid-murid perlu diingatkan supaya mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. guru perlu bersoal jawab dengan murid jika tidak ada pelajar yang ingin memberi pendapat secara suka rela. guru hendaklah membimbing mereka agar mereka dapat menyatakan idea dengan lebih yakin.Tajuk: Penternak Ayam Bahan Bantu Mengajar : Gambar Bersiri (Lampiran) Langkah-langkah Pengajaran Langkah 1 Guru mengedarkan gambar kepada murid-murid. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan seorang pencatat. Contohnya. Sekiranya guru ingin menjalankan aktiviti ini secara kumpulan. peristiwa atau perkara-perkara penting yang dapat diperkatakan atau diceritakan berdasarkan gambar yang diberi. Setiap pelajar diwajibkan mengemukakan pendapat berdasarkan perkara yang dibincangkan.

Murid-murid atau ahlikumpulan yang lain diminta mendengar pembentangan itu dengan teliti dan mencatat idea atau isi penting yang dibentangkan oleh kumpulan lain. Apabila setiap kumpulan selesai membentangkan hasil perbincangan mereka. Seelok-eloknya. Langkah 4 . kumpulan lain diberi peluang untuk memberi komen tentang idea atau isi penting yang dikemukakan oleh kumpulan tersebut. Langkah 3 Setelah selesai sesi perbincangan. Contohnya. Guru juga boleh memilih murid-murid secara rawak untuk membina ayat secara lisan dengan menggunakan idea yang telah diperoleh. seorang lagi ahli kumpulan dikehendaki mencatat idea atau isi penting yang dibentangkan oleh pembentang kumpulannya pada papan tulis. Di samping itu. guru juga boleh berbincang tentang sistem bahasa yang dirasakan perlu ada dalam karangan tersebut. Untuk peringatan. Idea atau isi penting yang sama tidak perlu dibentangkan oleh kumpulan berikutnya. guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan memantau setiap kumpulan dan memberi bimbingan kepada kumpulan yang menghadapi masalah. penggunaan imbuhan. penggunaan penanda wacana. setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan yang diperlukan untuk sesi pembentangan hasil kerja. Semasa sesi pembentangan. Kumpulan lain juga perlu peka terhadap idea atau isi penting yang yang telah dikemukakan oleh kumpulan terdahulu agar tidak berlaku pertindihan idea. guru mengadakan perbincangan dengan para pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting semasa menulis karangan. guru juga perlu menyatakan masa yang diperuntukkan untuk sesi perbincangan supaya murid-murid tidak terleka. murid-murid diminta membaca idea-idea yang tercatat pada papan tulis hasil perbincangan semua kumpulan.Semasa aktiviti kumpulan dijalankan. kata tugas dan lain-lain. Kemudian. setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Selepas itu.

karangan tersebut akan dipulangkan kepada murid-murid dan setiap ahli kumpulan dikehendaki menulis semula karangan tersebut dalam buku masing-masing. guru perlu sentiasa mengingatkan para pelajar tentang kesalahan umum yang sering dilakukan oleh kebanyakan pelajar semasa menulis. murid perlu menyemak untuk memastikan sama ada terdapat tulisan yang kurang jelas. Penutup . murid-murid lain diminta mendengar dengan teliti dan memberi komen terhadap kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut. Semasa aktiviti ini dijalankan. 5. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Setiap kumpulan juga diminta menyediakan satu salinan karangan yang telah dibaiki untuk ditampal di dalam kelas atau dijilid untuk dijadikan sebuah buku sebagai rujukan murid-murid.Selepas itu. Guru juga hendaklah membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh setiap kumpulan pada masa itu juga. Langkah 5 Seterusnya. murid-murid diminta menulis karangan dengan menggunakan idea atau isi-isi penting yang telah dibincangkan atau dibentangkan oleh setiap kumpulan. Selepas itu. struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. Setiap kumpulan diminta membuat pembetulan terhadap kesalahan yang telah dilakukan sebelum menghantar karangan mereka kepada guru. Setelah selesai menulis. Langkah 6 Guru menyemak karangan tersebut dengan teliti dan membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid. seorang ahli kumpulan perlu menulis karangan manakala ahli yang lain membantu membina ayat-ayat yang gramatis. Jika aktiviti ini dilakukan secara kumpulan. beberapa kumpulan akan dipilih untuk membacakan karangan masingmasing. Guru pula memainkan peranan sebagai fasilitator. contohnya kesalahan dari segi struktur ayat. penggunaan imbuhan dan sebagainya. Semasa wakil kumpulan membaca karangan. kesalahan ejaan. penggunaan imbuhan. tanda baca.

Husin. Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. kaedah dan teknik yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan dan kejayaan para pelajar.Tugasan ini memberi penekanan kepada pendekatan. Sabran. Raminah Sabran & Rahim Syam. kaedah dan teknik serta pengaplikasiannya oleh guru-guru di dalam bilik darjah akan memberikan kesan yang positif kepada para pelajar seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Pengetahuan guru-guru tentang pendekatan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sabran & Sofiah Hamid. Rujukan Juriah Long. Raminah Hj. saya lebih memahami tentang pendekatan.Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Sesungguhnya. Kesimpulannya. Setelah melaksanakan tugasan ini. Pendekatan mengajar bahasa Malaysia. Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Pedagogi Bahasa. (1988). Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. . Bhd. Petaling Jaya: Fajar Bakti. kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk membolehkannya melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih menarik dan berkesan. guru-guru perlu menggunakan pendekatan. kaedah dan teknik pengajaran khususnya dalam aspek pengajaran penulisan. Kamarudin Hj. (1990). Raminah Hj. Semua guru sepatutnya mengenal pasti tahap pencapaian pelajar mereka untuk memudahkan mereka merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan. (1985). pengetahuan tentang pendekatan. kaedah dan teknik pengajaran yang sepatutnya diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (1993).

Zainol Ismail. Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu. (2001).Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Bhd. . Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2003).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful