GURU KHB KERJA KAYU ELEKTRIK/ ELEKTRONIK GURU PENYELARAS BENGKEL KERJA PAIP/ ENJIN DAN VOKASIONAL PEMBANTUPENGETUA

KANAN 3 BENGKEL KETUA PANITIA TEKNIK 3 PERTANIAN / PERKEBUNAN JAHITAN MASAKAN

PEMANTAUAN PENDEKATAN KOLABORATIF PENGURUSAN

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALUMPANG, ULU BERNAM, SELANGOR

MUHAMAD SHAHADAN BIN SHARIPUDDIN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1

PEMANTAUAN PENDEKATAN KOLABORATIF PENGURUSAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALUMPANG, ULU BERNAM, SELANGOR

MUHAMAD SHAHADAN BIN SHARIPUDDIN 850812-05-5121

Laporan cadangan penyelidikan ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kemahiran Hidup/Teknikal

Fakulti Seni dan Muzik Jabatan Teknik dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris

MAC, 2010

2

PENGHARGAAN
Syukur ke Hadrat Allah Subhanahuwata’ala kerana dengan limpah kurniaNya , saya berjaya jua menyiapkan proposal kajian bagi Penyelidikan Ilmiah di bawah tajuk yang telah dipilih oleh saya sendiri dengan bantuan penyelia iaitu Pemantauan Pendekatan Kolaboratif Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang, Ulu Bernam, Selangor. Proposal kajian ini merupakan suatu dedikasi dan komitmen serta kefahaman saya bagi subjek Penyelidikan Ilmiah. Saya berharap segala apa yang terkandung di dalam isi proposal ini dapat dijadikan manfaat dan dijadikan rujukan pada masa hadapan. Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah saya iaitu Prof. Dr. Supli Effendi Rahim serta penyelia Prof. Madya Dr. Mohamad atas segala tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses menyiapkan proposal kajian ini. Manakala untuk teman-teman seperjuangan juga diucapkan terima kasih di atas komitmen yang padu yang telah diberikan sepanjang menyiapkan proposal ini pada masa dan waktu yang telah ditetapkan . Akhir sekali , terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Sekian ,Wabillah hitaufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan terima kasih.

DEDIKASI 3

“Untuk keluarga tersayang dan sahabat handai yang disanjungi, “Pengorbanan dan kesetiaan kalian menjadi sumber ilham ku” Jasamu takkan ku lupa selamanya.

ISI KANDUNGAN

4

5 Kemahiran Hidup MUKA SURAT 1 2 4 5 5 6 7 7 7 7 8 8 8 2 SOROTAN LITERATUR 2.5 Objektif kajian 1.8.3 Mata pelajaran Kemahiran Hidup 2.2 Kepimpinan 2.8.3.7 Batasan kajian 1.8.4 Persoalan kajian 1.8 Definisi termenologi 1.6 Kepentingan kajian 1.JUDUL PENGHARGAAN DEDIKASI i.1 Bahagian teras 2.2 Bengkel Kemahiran Hidup 1.1 Pengenalan 1.1 Pengurusan 1.8.3.2 Bahagian Elektif 2.2 Latar belakang masalah 1.3 Pendekatan 1.1 Pendahuluan 2.4 Kolaboratif 1.8. ii iii iv BAB 1 PERKARA PENDAHULUAN 1.4 Peranan guru di bengkel Kemahiran Hidup 9 9 11 12 12 13 5 .3 Penyataan masalah 1.

5 Penguruan dan organisasi 2.7 Analisa data BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 13 16 19 20 21 21 22 22 24 24 24 25 28 BAB 1 6 .5 Kajian rintis 3.1 Pengenalan 3.5.3 Sampel kajian 3.4 Instrumen kajian 3.2 Rekabentuk kajian 3.2.7 Penutup 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Senarai tugas panel KHB 2.6 Prosedur kajian 3.6 Keselamatan 2.

Langkahlangkah mengelak kemalangan yang diaplikasikan dengan teratur melalui penyusunan. Setiap pelajar yang mempelajari subjek Kemahiran Hidup dikehendaki mempratikkan Kemahiran Manipulatif. Pengurusan makmal KHB secara kolaboratif ini bermakna semua guru-guru Kemahiran Hidup hendaklah bekerjasama dalam menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dan setiap guru sentiasa faham tentang konsep pengurusan dan pengendalian setiap makmal (KPM 1996). Dari segi praktikalnya. Keadaan 7 . Secara fizikal bilik-bilik dan bengkel Kemahiran Manipulatif. Pendekatan Kolaboratif bermaksud pemaufakatan. Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian telah yang wujud di sekolah pada masa ini berjauhan dan berasingan antara satu sama lain. pelajar perlulah mempraktikkan segala kemahiran yang ada di dalam subjeksubjek berkenaan melalui ruang yang kondusif (bengkel kemahiran hidup) disamping memerlukan kelengkapan alat dan bahan-bahan yang bersesuaian. penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan. Struktur dan bentuk organisasi yang berbeza-beza dari segi dalaman atau luaran. boleh melahirkan pelajar yang positif. amali bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup tetap berjalan. kekitaan dan kerjasama yang ikhlas dan terbuka oleh setiap individu yang terlibat. Perdagangan dan Keusahawanan serta Reka cipta yang menjadi komponen teras dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Sebagai contoh seorang guru mestilah faham bahawa pengendalian dan pengurusan bengkel kemahiran hidup yang betul dan teratur sebelum memulakan dan selepas menamatkan kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.PENDAHULUAN 1. Pengenalan Pusat bagi amali pengajaran dan pembelajaran subjek kemahiran hidup adalah bengkel kemahiran hidup.

membaiki kerosakan kecil. menternak.1991) Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah menengah tingkatan 1-3 berhasrat memupuk celik teknologi. iaitu Kemahiran Teknologi. memasang. 8 .2 Latar Belakang Masalah Bermula tahun 1991. Mata pelajaran ini lebih menekankan aspek kemahiran dalam kehidupan seharian. menanam.ini menyebabkan pelajar-pelajar sentiasa bergerak mengikut kesesuaian. Sains Pertanian dan Perdagangan telah diganti selaras dengan perubahan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) iaitu Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Sains Rumah Tangga. 1. Berbanding dengan mata pelajaran yang terdahulu Kemahiran Hidup Bersepadu berkonsepkan penyatuan dalam semua mata pelajaran teknikal gabungan keempat-empat pilihan. mengurusniaga barang. menyelenggara. Pertanian dan Ekonomi Rumah Tangga (KPM. Perdagangan dan Keusahawan. Asas kemahiran yang diberikan kepada pelajar ini seperti membuka. Ini bagi mempastikan agar pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dapat dilakukan dengan lebih sistematik agar pengajaran dan pembelajaran subjek ini menghasilkan impak yang optimum (PPK 2005). kesedaran ekonomi dan pengurusan diri (PPK 1992). Dengan ini pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknik dan Vokasional telah menyarankan agar guru-guru Kemahiran Hidup dapat mengamalkan pengurusan bengkel KHB ini melalui pendekatan kolaboratif. memasak dan menjahit (kemahiran Teknikal) amatlah berguna bagi kegunaan kehidupan seharian mereka. pilihan mata pelajaran Seni Perusahaan. bahkan kerap berlaku peralatan dan juga bahan-bahan terpaksa beralih daripada satu makmal ke satu makmal yang lain (Laporan PPK 2005). Hasil kerja tangan yang di lakukan oleh tangan (hands on) dan kemahiran diri mampu mencipta hasil (produk) yang baru atau inovasi dari produk sedia ada yang boleh digunakan oleh orang ramai.

Menurut Suhaimi (1995) Guru yang telah lama berkhidmat mempunyai kepakaran dalam pengurusan makmal Kemahiran Hidup berbanding guru yang baru berkhidmat. Suasana pembelajaran untuk aktiviti ini haruslah sentiasa berkeadaan baik supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin. 61. Perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu memberi kesan kepada keadaan di bengkel dan tugas guru. 9 . Satu kajian Pusat Perkembangan Kurikulum (2005).Oleh itu.9% menyatakan alatan tak mencukupi menyebabkan kerja amali tidak dapat dijalankan mengikut jadual. Ketua Panitia haruslah melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dengan penuh rasa tanggungjawab dengan sentiasa membantu guru-guru yang kurang berkemahiran ini dengan sentiasa peka dan mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup mempunyai peluang menggunakan bengkel-bengkel yang terdapat di sekolah seperti bengkel kerja kayu. guru-guru perlulah mengetahui cara pengendalian bengkel dengan sempurna agar kerjasama di antara guruguru yang lain dapat berjalan dengan baik. Perbezaan latar belakang guru yang mengajar kemahiran hidup juga mempengaruhi mutu pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. elektrik dan elektronik. Setiap guru Kemahiran Hidup mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik. Untuk mengelakkan berlakunya masalah penyenggaraan ketika berada di bengkel. dan bilik lukisan teknik secara optimum. 96.6% menyatakan kemudahan dan penyesuaian makmal perlu dikemaskini. Masalah pengurusan bengkel merupakan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup. berkesan dan mencapai matlamat. Menutut PPK lagi pelbagai masalah timbul apabila 66.7% alatan tidak mencukupi.9% waktu mengajar terlalu banyak dan 93.8% responden bersetuju bahawa bengkel harus diselenggara dengan kemas dan tersusun. Beban tugas guru bertambah dimana tahap pengurusan harus ditingkatkan dan tidak boleh ditahap lama. 88.

Sistem ini mengutamakan pengurusan stok barang/bahan. daerah ataupun sekolah. Kebanyakan guru-guru masih kurang faham tentang bagaimana untuk melaksanakan dan mendapat kerjasama penuh dengan guru-guru yang lain. Namun. Maka satu sistem pengurusan makmal Kemahiran Hidup pendekatan kolaboratif telah diperkenalkan bagi mengatasi segala permasalahan yang berlaku dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. sebahagian besar guru telah diberi pendedahan melalui kursus dan seminar samada diperingkat negeri. serta prosedur menggunakan makmal Kemahiran Hidup dengan lebih teratur dan berkesan. Guru-guru saling bertelagah dan menuduh antara satu sama lain. pelaksanaannya masih menjadi persoalan kepada guru sama ada melaksanakannya dengan baik ataupun sebaliknya. Di sekolah.3 Penyataan Masalah Pendekatan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang digunakan sebelum ini merupakan kaedah yang kurang praktik dan tidak sesuai kerana guru hanya melakukan pengurusan pada bengkel tertentu sahaja.Menurut Ramlah Hamzah (1993) dalam jurnal tulisannya. 1. Pengurusan Bengkel Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif ini mula dilaksanakan pada tahun 1996. Guru KH yang lain tidak menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dengan sempurna selepas mereka gunakan. Pendekatan kolaboratif ini mengutamakan ciri-ciri permuafakatan. keadaan ini telah menimbulkan masalah terutama bagi guru-guru yang kurang arif terhadap makmal-makmal yang lain. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pertembungan penggunaan bengkel Kemahiran Hidup dengan sistem pengurusan yang tidak teratur terutama jadual kelas harian. kekitaan serta kerjasama yang ikhlas dan terbuka oleh setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak. Oleh itu satu kajian berkaitan dengan Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Melalui Pendekatan Kolaboratif Di Sekolah perlu dilaksanakan dengan kajian akan 10 . Hal ini menyebabkan Jabatan Pendidikan Teknik perlu merancang satu program pengurusan bengkel Kemahiran Hidup supaya guru-guru tidak lagi bersengketa dan sering bermasam muka antara satu sama lain melalui Pengurusan Bengkel Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif .

menyentuh aspek-aspek kerjasama antara guru-guru KH.5 Objektif Kajian Berdasarkan penyataan yang telah ditimbulkan. 3. pentadbir PPD dan JPN membuat pemantauan terhadap bengkel Kemahiran Hidup dari masa ke semasa? Apakah kekerapan mesyuarat guru-guru diadakan bagi membincang dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru? Apakah persepsi pelajar terhadap pengurusan bengkel yang disediakan oleh guru mereka? 1. Ketua Panitia dan Pihak pentadbir sekolah memberikan kerjasama semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif. kekerapan mengadakan mesyuarat oleh Panatia KH. ketua panatia dan guru-guru lain dalam melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif? 2. Apakah tahap kerjasama antara guru-guru Kemahiran Hidup. objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan meninjau aspek ciri-ciri berikut:1.5. 4. beberapa persoalan boleh dikaji seperti:1..1 Mengenalpasti samada guru-guru. ketua Panitia dan pihak pentadbir mengadakan pemantauan semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif. pihak pentadbiran.5.4 Persoalan Kajian Berdasarkan masalah-masalah yang dikemukakan.2 Mengenalpasti sekerap mana guru-guru.3 Mengenalpasti samada guru mengadakan mesyuarat yang ditetapkan semasa melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif 11 . Sejauh manakah kekerapan guru-guru. 1. pemantauan oleh pihak-pihak terbabit dan penyediaan bukubuku rekod penyelenggaraan.5. 1. 1.

Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya pengetahuan dan pengalaman guru dalam proses pelaksanaannya atau kurangnya kerjasama dari guru-guru Kemahiran Hidup yang lain. Melalui kajian ini diharap dapat membantu guru-guru. namun kesimpulannya sedikit 12 .1. 1. Ketua Panitia dan pihak pentadbir sekolah.5. 1. Selain itu juga.7 Batasan Kajian Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang di daerah Ulu Bernam. Responden adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajar-pelajar Kemahiran Hidup Tingkatan 3. adalah diharapkan laporan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bahagian perancangan dan Penyelidikan KPM untuk merancang dasar dan program peningkatan profesionalisma terutama dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang berkesan dan kondusif.6 Kepentingan kajian Kajian adalah mengenai persoalan adakah guru-guru melaksanakan pengurusan bengkel Kemahiran hidup pendekatan kolaboratif di sekolah dirasakan penting kerana setelah hampir 10 tahun arahan perlaksanannya dijalankan. Walaupun kajian ini melibatkan satu tempat kajian. Selangor sebagai sampel. pihak pentadbir sekolah dan Penyelaras Teknik dan Vokasional Daerah untuk merangka satu pendekatan yang lebih berkesan bagi membantu guru-guru yang kurang pengetahuan dan pengalaman atau guru yang kurang memberi kerjasama ini untuk melaksanakan pengurusan bengkel pendekatan kolaboratif secara lebih berkesan dan sistematik. didapati guru semakin hari semakin kurang mengamalkannya.4 Mengenalpasti setakat mana guru menyediakan dan mengemaskini penyelenggaraan bengkel Kemahiran Hidup untuk kegunaan pelajar.

1.8. Ianya adalah berkaitan dengan perihal menguruskan makmal dan guru Kemahiran Hidup. 1.3 Pendekatan Pendekatan diistilahkan sebagai keadah atau cara yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas. 13 .8.2 Bengkel Kemahiran Hidup Bengkel ialah sebuah tempat.8. Terdapat ruang-ruang khas untuk pengajaran dan pembelajaran dan ruangruang ini hendaklah dilengkapi dengan keperluan minimum pengajaran dan pembelajaran. 1992) 1. Pelbagai elektif instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah set soal selidik. organisasi dan negara dimana ianya adalah kerja yang khusus yang hanya diketahui oleh manusia yang terlatih dalam sesuatu bidang berkaitan. perniagaan dan sebagainya). Ini bertujuan mengelakkan diri memahami kajian dan persepsi yang berbeza sepertimana yang dikehendaki dalam sesuatu kajian. (Kementerian Pendidikan Malaysia. 1. asset.sebanyak dapat menggambarkan keadaan di sekolah pada amnya. badan. ruang atau bilik yang digunakan untuk melakukan ujikaji atau aktiviti kerja amali. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan terdapat peralatan dan bahan-bahan di dalamnya. Menurut Rashid (1995) mendefinisikan pengurusan sebagai mengurus manusia.8 Definisi Termenologi Definasi istilah adalah berhubung dengan istilah yang digunakan dalam kajian yang hendak dijalankan.1 Pengurusan Menurut istilah kamus dewan (2001) adalah suatu perihal (kerja dan sebagainya) dalam menguruskan sesuatu perihal mengurus (syarikat.

8.1. konsep perkongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yang membawa kebaikan bersama.8.4 Kolaboratif Kolaboratif membawa maksud muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain. Ekonomi Rumah Tangga. antara guru dengan pentadbir. Pertanian dan Kekeluargaan serta tiga komponen elektif iaitu Kemahiran Manipulatif Tambahan. Ekonomi Rumah Tangga dan sains Pertanian. antara guru dengan pelajar. Kolaboratif merupakan sistem pemuafakatan yang harus dibina sebelum membina tujuan kajian tindakan atau harus dibina dalam proses menjalankan kajian tindakan. Kolaboratif bermaksud bekerja dalam pasukan. antara pentadbir dengan institusi dan sebagainya. usaha sama. Perdagangan. BAB 2 14 . 1. mempunyai hubungan dua hala.5 Kemahiran Hidup Mata pelajaran yang mengandungi beberapa komponen teras iaitu Kemahiran manipulatif.

Pemimpin yang sentiasa membawa perubahan yang baik kepada kehidupan manusia amat wajar diteladani . Menurut Ab. Perjuangan pemimpin yang berani bijaksana menjadi intipati lagenda dan mitos.1 Pendahuluan Dalam bab ini penyelidik akan membuat sorotan tentang pengurusan matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah. Penyelidik akan menjelaskan tentang kepimpinan. Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan yang diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat. dan termasuklah di dunia. 15 . Kepimpinan dapat mengenalpasti hal ehwal keluarga. yang memerintah dan mengarah. pilitik. dan lateral yang menggunakan budaya “reflective rationality” dan yang “unreasonable” . politik. pendidikan. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik. pengurusan organisasi dan organisasi bengkel Kemahiran Hidup. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tertentu seperti tentera. Pemimpin merupakan seorang yang memainkan peranan yang besar dalam sesebuah organisasi. organisasi. Seterusnya penjelasan tentang tanggungjawab guru di bengkel Kemahiran Hidup. Aziz (2000) pula pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang peka kepada tuntutan perubahan samada perubahan dalaman yang didalam kawalannya atau perubahan yang diluar kawalan mereka.2 Kepimpinan Kepimpinan merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. mata pelajaran Kemahiran Hidup dan diikuti dengan bengkel Kemahiran Hidup. rutin dan “reasonable” kepada yang lain. yang inovatif dan imaginatif. keselamatan. Kepimpinan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia sama ada dalam soal-soal sosial. yang bersifat non-linear. masyarakat. ekonomi mahupun kerohanian. agama dan sosial. 2.SOROTAN LITERATUR 2. Menurut Wan Zahid Nordin (2003) “Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas kita yang lazim.

Pemimpin perlu bertindak secara proaktif bagi menggerak dan merangsang orang lain untuk bertindak.2.5 Memiliki budaya jati diri (daya saing. 2. semasa melaksanakan pemulihan atau membuat keputusan.2. kepimpinan boleh didefinasikan sebagai setiap tindakan yang merupakan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat.2.. kerja berpasukan. daya juang.2. mendalam dan terkini.2. bersopan santun. 2. jujur.8 Sentiasa memantau dan menilai perkembangan setiap program dan organisasi. 2. 2.”Kepimpinan” ialah perkataan terbitan daripada ”pimpin”. Kepimpinan ialah kebolehan. Antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan menurut Ahmad Athory Hussin (1991) ialah :2. daya tekal).2. keberkesanan dan kewibawaan seseorang pemimpin menggerakkan organisasi.3 Mengamalkan budaya beretika (perpaduan.mementingkan peningkatan yang berterusan. pandu dan tunjuk.2. daya saring. Pemimpin merupakan individu yang menjadi ketua dan penggerak dalam sesebuah organisasi. 2. 16 . Dalam sudut yang lain . Pemimpin perlu bertindak apabila berhadapan dengan masalah.4 Mahir berkomunikasi dengan berkesan. berdisiplin.2. Pimpin bererti bimbing.2 Memiliki ilmu pengetahuan yang luas. daya tahan. 2.6 Produktif . Memimpin memberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan-jalan menuju ke sesuatu tempat. Seseorang pempimpin seharusnya memiliki segala idea yang kreatif atau wawasan agung bagi menjana organisasi. kecekapan. hidup sihat. berkebolehan menterjemah wawasan menjadi pelan tindakan yang praktikal dan fleksibel.1 Mempunyai wawasan organisasinya. ikhlas). penyayang. Pemimpin membawa erti keupayaan memimpin dankepimpinan pula ialah keupayaan sebagai pemimpin atau daya seorang pemimpin (Kamus Dewan 2001).7 Cekap menggunakan segala sumber yang ada dengan optimum. 2.

Sehubungan dengan itu. 17 . (1993) organisasi yang berkesan adalah bergantung pada gaya kepimpinan ketuanya. Kepimpinan merupakan tingkah laku bertumpu bagi mancari jalan penyelesaian masalah dan bagi mencari jalan iaitu melaksanakan sesuatu program atau tugasan bertujuan untuk menangangi matlamat organisasi itu.9 Memiliki gaya kepimpinan. Seorang guru Kemahiran Hidup haruslah mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin untuk menguruskan bengkel yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran hidup adalah kemahiran-kemahiran asas yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka bertindak mengendalikan hidup secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah.2. Menurut Hussein. seharusnya mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang unggul untuk membimbing ahli-ahlinya ke arah kesempurnaan dan keunggulan diri. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Ekonomi Rumah Tangga.3 Matapelajaran Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup ialah satu mata pelajaran baru dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah bagi menggantikan mata pelajaran Aneka Jurusan (Seni Perusahaan. Mereka perlu bersifat fleksibel semasa berurusan dengan personaliti yang berbeza yang mana perkara ini selaras dengan konsep Parlov yang mengaitkan stimulus. Mata pelajaran ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar seberapa banyak yang boleh bidang kemahiran agar kemahiran yang dipelajari itu dapat digunakan oleh pelajar untuk kehidupan seharian seperti membaik pulih perkara yang mudah di rumah mereka.2. Guru yang dipertanggungjawabkan hendaklah menggunakan segala pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan sesuatu organisasi itu dengan memberi manafaat kepada pelajar dan organisasi. Sains Pertanian. 2. Pendidik dan pemimpin yang baik yakin akan kebolehan dalam melaksanakan tugas-tugas disamping memberi bimbingan serta penyediaan yang wajar kepada orang yang dipimpin. pemimpin harus mempunyai karisma yang cukup kuat di kalangan pengikut dan kumpulannya. (Pusat Perkembangan Kurikulum. tindakan dan ganjaran. Sebagai guru. Perdagangan dan Keusahawanan). 2003).

Dalam melaksanakan semua mata pelajaran ini. semua pelajar akan menggunakan bengkel untuk menjalankan amali dan guru-guru dari elektif lain juga akan menggunakan bengkel yang sama bagi proses pengajaran dan pembelajaran. 1994). Dalam Kemahiran Hidup. Ekonomi Rumah Tangga. Pengajar adalah individu yang memberi panduan.3. Pelajar dikehendaki memilih salah satu daripada 4 komponen yang dipelajar ditingkatan 1 hingga 3. Perdagangan dan Pertanian. Bahagian teras wajib dipelajari oleh semua pelajar. Guru Kemahiran Hidup bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada pelajar tetapi bertanggungjawab mengelola kemudahan dan keadaan fizikal sekelilingnya.3.1 Bahagian Teras Bahagian ini mengandungi 2 komponen iaitu Kemahiran Manipulatif dan Perdagangan. Kemahiran asas yang dibekalkan untuk membolehkan seseorang bertindak mengendalikan hidup dengan cara produktif dalam dunia teknik dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. bimbingan serta tunjuk ajar kepada seseorang atau sekumpulan manusia (Kamaruddin. ia merujuk kepada kecekapan yang seharusnya diperolehi oleh pelajar tersebut.4 Peranan Guru di Bengkel Kemahiran Hidup Guru atau pendidik sering dikaitkan pengajar kepada murid di sekolah.2 Bahagian Elektif Bahagian ini mengandungi 4 komponen iaiti Kemahiran Teknikal. Satu kemahiran asas untuk menjalankan aktiviti urusan harian dan keusahawanan.kemahiran hidup merupakan komponen asas kepada pendidikan vokasional dan teknologi. 2. 18 . 2. 2.

output dan alam sekitar sesebuah organisasi. organisasi tersebut berfungsi untuk mencapai matlamat ini. Menurut Kamaruddin (1994). Jesteru itu. Seorang pendidik itu itu mesti mampu memenuhi beberapa ciri seperti amanah. adil. berdaya usaha dan berperibadi mulia. Pembinaan organisasi yang mantap dan berkesan dapat menguruskan segala aktiviti dengan lancar dan menepati apa yang dikhendaki. Matlamat sesebuah organisasi bengkel Kemahiran Hidup adalah untuk kepentingan pelajar Dalam pengurusan sebuah bengkel Kemahiran Hidup. Bengkel Kemahiran Hidup misalnya adalah sebuah organisasi formal yang diwujudkan untuk pengurusan. guru haruslah menyusun satu organisasi yang mampu mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. 19 . Selain mengajar.Peranan guru Kemahiran Hidup adalah lebih berat jika dibandingkan dengan guruguru yang lain. Pencapaian matlamat organisasi pula bergantung pada banyak faktor. Pengurus-pengurus bengkel juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap bengkel yang akan digunakan sentiasa dilengkapi dengan bahan dan peralatan yang dijamin keselamatannya. Oleh yang demikian guru perlu peka akan perubahan sekeliling dan sentiasa membimbing pelajar-pelajar untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran serta sentiasa mengamalkan peraturan dan keselamatan semasa bekerja menggunakan bengkel Kemahiran Hidup. Faktor ini boleh ditinjau dari segi input . berdisplin. 2. bertanggungjawab. berdedikasi.5 Pengurusan dan Organisasi Sesebuah organisasi sama ada yang bercorak perniagaan atau perkhidmatan mestilah mempunyai matlamat yang tersendiri. guru Kemahiran Hidup dikehendaki menyelenggara segala pekakasan dan peralatan di dalam bengkel selepas dan sebelum menggunakannya. organisasi meliputi satu atau lebih pusat kuasa yang menepatkan matlamat memperuntukan sumber-sumber mengarah kepada kemajuan.

Ketua Panatia adalah orang penting untuk mencapai matlamat pengurusan. Menurut Ahmad Hussein (1993) mengurus sebagai teknik atau cara menjalankan pentadbiran bagi menjayakan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. 20 . Ketua Panatia adalah satu jawatan yang dipilih mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak sekolah. guru ini bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti mengurus.Dalam organisasi bengkel Kemahiran Hidup. Sebagai Ketua Panatia. mentadbir dan mengendalikan mesyuarat.

1 Senarai Tugas Panel KHB 2.1.Jadual 2.1 Bertanggungjawab keselamatan bengkel 2.5.5.1.2 Bertanggngjawab menentukan peraturan dan keselamatan dan peraturan di kemaskini dan dipatuhi terhadap pembangunan fizikal dan 21 .5.1.1.5.1 : Carta Organisasi Panitia KHB 2.1.1 TUGAS PENGETUA 2.

5 Mempastikan peruntukan KHB digunakan sewajarnya.1.5.1.1.3.2 2.1.2.5.1 Bertanggungjawab dan mempastikan pengurusan organisasi bengkel berjalan dengan sempurna.1.1.5.5.5.4 Merancang program belanjawan tahunan Menyelaras penggunaan bengkel setiap elektif berjalan lancar Bertanggungjawab menyelaras stok dan mempastikan sentiasa dikemaskini 2.2.5.2.5.4 TUGAS PENYELARAS BENGKEL 22 . 2.3 2.1.5.5.1 Bertanggungjawab membantu guru Kanan Mata pelajaran mengenai aspek-aspek pengurusan dan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup.4 Menentukan penggunaan ABM digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran 2.1.3.2 2.5.1.5.1.3 TUGAS KETUA PANITIA 2.5.2 TUGAS GURU KANAN MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL 2.1.1.1.5.3.4 Bertanggungjawab mengenalpasti tindakan yang perlu diambil sewaktu kecemasan 2.3 Menyusun jadual penggunaan makmal Bertanggungjawab mesyuarat 2.3 Bertanggungjawab mempastikan kemalangan yang berlaku diambil tindakan segera 2.5.1.1.1.1.3. 2. 2.2.2.1.5 Merancang dan mempastikan guru di kursus dalaman mengadakan dan mempengerusikan 2.2.5.

2 2.5.1.5.6.5.1 Bertanggungjawab membantu penyelaras dalam perlaksanaan pengajaran dan pengajaran 2.1.5 2.1.3 2.5.3 Bertanggungjawab terhadap penyusunan dan penyelenggaraan alatan dan bahan dalam unit dilaksanakan 2.1 2. struktur organisasi adalah tentang bagaimana segala tanggungjawab ditentukan dan dipelbagaikan. 23 .5 TUGAS GURU KHB 2.1.5. bahan pelajar di dalam bengkel 2. Walaupun ketua mempunyai kuasa membuat keputusan tetapi teori pengurusan moden lebih menekankan ikut keadaan dan kerja berpasukan dalam menyelesaikan masalah.1 Membantu penyelaras KHB dan penyelaras bengkel secara langsung bagi mempastikan kelancaran organisasi pengurusan bengkel dan proses pengajaran dan pengajaran 2.1.5.4.2 Bertanggungjawab mempastikan keselamatan alatan.6.6 TUGAS PEMBANTU BENGKEL 2. Berdasarkan carta organisasi dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.5.4 Mengemaskini stok 2.4.2.4.1.4.5.6.1.5.5.1.5.5.1. ianya tidaklah bergantung kepada tugas-tugas yang diberikan.6.1.1.6.5.4 2.6 Menyemak stok dan iventori Menyediakan alatan dan bahan pembelajaran dan pengajaran Menyelenggara dan membaik pulih alatan Merekod keluar masuk alatan Mempastikan keselamatan dan kebersihan bengkel Mempastikan alatan mencukupi sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran.1. Menurut Wan Azmi Ramli (1990).1.6.5.

Beliau percaya bahawa sesuatu idea berlandaskan kepada faktor yang kukuh. 2/1991 Menurut JPNJ (1995) (Megat Hashim 1997) mengatakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup dan kelengkapannya yang licin dan berkesan akan melahirkan pelajar yang mencintai ilmu dan bertanggungjawab. harta modal. Ini menunjukkan suasana yang selamat. bekalan pejabat harus dikemaskini mengikut saranan Perkeliling Perbendaharaan bil.Menurut Rozita Ismail. inventori. Menurut Fredeck W.6 Keselamatan Aspek keselamatan adalah penting apabila berada di dalam bengkel Kemahiran Hidup. Kesedaran tentang betapa pentingnya keselamatan dalam makmal patut ada dan ditanam didalam jiwa pengguna (Azhari. Guru dan pelajar yang menjadi pengguna mesti sentiasa peka kepada aspek ini. Oleh itu keperluan mengadakan bengkel yang kondusif membolehkan pelajar mendapat asuhan yang sempurna disamping suasana pendidikan yang lengkap dan bermanafaat serta selamat. baik serta pengurusan yang baik akan memberikan hasil produk yang bertanggungjawab serta berdedikasi. hasil daripada percubaan yang cermat oleh pengurusan bengkel yang cekap dan kolaboratif dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru khasnya guru Kemahiran Hidup. 2. 1992). 24 . Sehubungan itu kaedah seperti pengurusan kolaboratif. Taylor (1991) keberkesanan pengurusan terhasil apabila manusia mengikut kehendak seseorang melalui cara terbaik dan termurah. (2002) sistem pengelolaan dan pengurusan alatan. bahan dan ruang pembelajaran yang lebih berkesan dan teratur perlulah diadakan bagi mempastikan pengajaran dan pembelajaranberada dalam optimum.

Kemungkinan kemalangan wujud dalam melaksanakan kerja-kerja amali. Selain daripada itu keselamatan mestilah disatu padukan dalam setiap kali pengajaran teori dan amali dijalankan. membimbing dan menyuruh pelajarnya membina sikap yang diingini. penerimaan terhadap tugas dan kesedaran terhadap peraturan akan dapat menentukan selamat atau tidaknya sesuatu aktiviti itu. Crow and Crow (1980) mengatakan bahwa guru sepatutnya boleh mengerah. pengelolaan dan penyelenggaraan bengkel sekolah dan kelengkapan perlulah mencerminkan satu tahap keselamatan yang tinggi sepanjang waktu. Sebagai guru yang menjalankan kerja-kerja amali dalam 25 . Salah satu daripada tujuan utama bagi sebarang rancangan amali ialah untuk membina sikap yang diingini termasuk kesedaran terhadap keselamatan diri. Guru perlu menyediakan langkah-langkah keselamatan seperti ”Utamakan Keselamatan” atau ” Berhati-hati Semasa Berkerja” pada dinding bengkel atau menggunakan carta keselamatan yang sesuai. Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohaidin Othman (1995) mendapati susun atur makmal yang tidak baik mengganggu tumpuan semasa menjalankan kerja-kerja amali. Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah adalah satu institusi kecil dalam kawasan sekolah yang memerlukan pengurusan yang berkesan. Untuk menimbulkan sikap ini.7 Penutup Makmal yang cemerlang haruslah mempunyai pengurusan dan organisasi yang baik dan sistematik untuk mencapai matlamat tertentu. 2. sebahagian besar daripada kepatuhan langkah-langkah keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua. Menurut Hassan (1997). Oleh itu langkah-langkah mencegah kemalangan haruslah difahami dan diterapkan setiap kali menjalankan kerja-kerja amali dan penggunaan bengkel Kemahiran Hidup. Pelajar yang sentiasa didedah dan ditekankan dengan peraturan mudah mengikut peraturan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup.

emosi. Aspek kerjasama atau kolaboratif amatlah penting dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup bagi mempastikan pengurusan dapat dilaksanakan bagi mewujudkan bengkel Kemahiran Hidup yang kondusif dan dan selesa. rohani dan daya intelek. BAB 3 26 . Sikap tolong menolong antara guru Kemahiran Hidup semasa mengendalikan pengurusan bengkel secara kolaboratif mampu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani.proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mempunyai pengetahuan tentang pengurusan dan penyelenggaraan di bengkel Kemahiran Hidup.

Selain itu kajian ini juga akan membincangkan pendapat pelajar dan amalan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup. dari segi pengurusan.METODOLOGI KAJIAN 3. Jumlah populasi dalam kajian ini ialah 50 orang. 3. 3. instrumen kajian. kajian rintis dan analisis data. Jadi sampel yang diperlukan ialah 30 orang. Di dalam bab ini beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan iaitu rekabentuk kajian. Kaedah soal selidik akan dijalankan untuk mendapatkan maklum balas mengenai sejauh mana perlaksanaan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif di sekolah telah dipilih.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan dalam bentuk soal selidik yang akan diedarkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sebuah sekolah menengah kebangsaan Kalumpang di daerah Ulu Bernam.1 Pengenalan Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengumpul maklumat yang terperinci mengenai pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif. Selangor. pengajaran dan pembelajaran. sampel kajian.3 Sampel kajian Sampel kajian adalah mengikut kaedah seluruh populasi. Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran Kemahiran 27 .

cara ini berupaya mendapatkan data-data dengan lebih mudah dan banyak. sesuai dengan bilangan sekolah yang dipilih. Soalan soal selidik ini menggunakan skala likert 5 mata untuk memperolehi respon dalam bahagian B. Selangor.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian untuk kajian ini adalah dalam bentuk soal selidik. Selain dari itu. Ia juga dapat menjimatkan kos dalam mengumpulkan maklumat yang diperlukan. Bahagian B pula terdiri dari 30 soalan yang berbentuk skala likert 5 mata yang digunakan untuk mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan kajian.Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang bantuan penuh kerajaan di daerah Ulu Bernam. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang digunakan untuk mengisi maklumat peribadi responden. Skala ini adalah seperti: Skor 5 Skor 4 Skor 3 Skor 2 Amat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju (AS) (S) (TP) (TS) - Positif Positif Berkecuali Negatif 28 . Pemilihan soal selidik sebagai instrumen kajian adalah kerana soal selidik dapat memberikan respon yang lebih tepat kerana responden tidak berhadapan dengan pengkaji semasa menjawab soalan soal selidik tersebut. Aspek-aspeknya ialah untuk meninjau pendapat pelajar Kemahiran Hidup tentang sejauh mana perlaksanaan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif yang disediakan oleh sekolah menengah itu. 3.

Kajian ini dijalankan dengan mengedar set soal selidik kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup serta pelajar-pelajar di sekolah berkenaan melalui Ketua Panitia Kemahiran Hidup.5 Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan soalan. 2. Hasil dapatan nanti dikira dalam peratusan bagi setiap jawapan skala 1.Skor 1 Amat Tidak Setuju (ATS) - Negatif Jadual 3. Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang guru dan 26 pelajar Tingkatan 3 dari sekolah menengah kebangsaan yang terlibat. Setiap item tidak disatukan dalam satu kumpulan. 4 dan 5. Sementara skala tidak pasti di kategorikan sebagai berkecuali. Ini dapat ditunjukkan seperti jadual di bawah: Skor Pernyataan Amat Setuju (AS) Setuju (S) Tidak Pasti (TP) Tidak Setuju (TS) Amat Tidak Setuju (ATS) Pernyataan Keseluruhan Setuju (S) Setuju (S) Berkecuali (B) Tidak Setuju (TS) Tidak Setuju (TS) 5 4 3 2 1 Jadual 3. Begitu juga dengan tidak setuju dan amat tidak setuju menjadi tidak setuju.1: Skala Likert 5 Mata Sebanyak 30 salinan soal selidik disediakan untuk diedarkan kepada guru-guru termasuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah yang dipilih melalui Ketua Panitia sekolah tersebut. 3.2: Skor dan Penyataan yang diberi. 3. Ini bertujuan untuk mengelakkan responden daripada terpengaruh dengan objektif kajian. Skor setuju dan amat setuju digabungkan menjadi setuju sahaja. Masa untuk menjawab soalan ini 29 .

4 Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua sekolah berkenaan. Untuk mendapatkan min setiap soalan jumlah skor soalan dicampur dan kemudiannya dibahagi dengan keseluruhan jumlah soalan di dalam setiap item untuk mendapatkan min rendah.3 Mendapatkan kelulusan daripada Fakulti Seni dan Muzik (UPSI) 3. sederhana dan tinggi.2 Mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Teknik dan Vokasional (UPSI) 3. di antaranya ialah meminta kebenaran daripada Jabatan Teknik dan Vokasional (UPSI).adalah tidak ditetapkan. 3. Data akan dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel. “Pengurusan Organisasi”.1 Mendapatkan kelulusan dari penyelia projek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 30 .6 Prosedur Kajian Untuk menjalankan kajian ini beberapa prosedur-prosedur telah digunakan. Kertas cadangan projek telah dilampirkan bersama permohonan untuk mendapatkan kebenaran.6. Pengkaji akan mengutip semula set soal selidik daripada Ketua Panitia. min dan mod akan dihuraikan dalam bentuk jadual. 3.6.6.6.7 Analisis Data Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis untuk menentukan hasil kajian. BIBLIOGRAFI Ahmad Athory Hussin (1991). Fakulti Seni dan Muzik (UPSI) serta Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang untuk menjalankan kajian ini. 3. 3. Nilai peratusan.

“Kepimpinan dan Keselesaan Sekolah”. Jurnal Pengurusan Dan Kepemimpinan Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 31 . Amran Zakaria (1997) “Keupayaan Guru Kemahiran Hidup Dalam Pengurusan Bengkel dan Penyelenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kawasan Teluk Intan”. “Kolaboratif Dalam Pengurusan”. “Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah”. Skudai (Terjemahan) Kamus Dewan. “Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan”. “ Amalan Pengurusan Mesyuarat Berkesan: Satu Kajian Di Daerah Hilir Perak”. Hamid Abu Bakar (2004). 01 Abd. Bil. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Hussein Mahmood (1993). Dewan Bahasa dan Pustaka. Jabatan Pendidikan Negeri Johor.Ahmad Sabu. “Pengurusan Industri”. Cetakan Pertama: Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. (1998).” Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Jaafar Abdullah (2001). Johor Bahru: JJ Computer Publication Crow and Crow (1980). Edisi Pertama: Kuala Lumpur. Jilid 08. Hassan Salim (1997). Institut Aminudin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Teknik dan Vokasional. Kamarudin Basir(1996) “Cara Membina Pendidikan Vokasional Berasaskan Kecekapan. JPNJ (1996). Azhari Md Salleh (1992). UTM. Tesis Sarjana Muda. Bhd. Edisi Baru (2001). “Pengurusan Makmal Pendekatan Kolaboratif”.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. “Tinjauan Amalan Keselamatan Mesin dan Alat-alat Tangan di Bengkel Kemahiran Manipulatif dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Kangar”. “Falsafah Pendidikan. Sidin dan Rohana Hamzah(2001). “Kesan Perubahan Mata Pelajaran Elektif Seni Perusahaan kepada Mata pelajaran Kemahiran Hidup Terhadap Pengurusan Alatan dan Kelengkapan”.” Kementerian Pelajaran Malaysia. Bhd: Wan Zahid (1993). “Keadah Penyelidikan Pendidikan”. Putra Jaya. “Organisasi Dan Pengurusan Bengkel Monograf. Rozita Ismail (2002). “Persepsi Dan Masalah Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. UTM. “Kemampuan Guru Dalam Melaksanakan Bengkel KH: Satu tinjauan Dikalangan Guru-guru Program Khas Pengsiswazahan Guru”. UTM.” Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Megat Hashim Megat Yaakob (1997). UTM. Tesis Sarjana Muda Mohaidin Othman (1995). “ Laporan Pemantauan Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tahun 2005.Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). Tesis Sarjana Muda Mohd Najib Konting (1990 ).” Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.” Jurnal Pendidikan Guru – Mencetus Pembangunan Minda. Bil 9. 32 . “Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Sharifah Alwiah Al – Sagoff (1984).” Kuala Lumpur: Art Printing Work Sdn. Tesis Sarjana Muda Sanusi Mohd. Ramlah Hamzah (1993). m/s 51-69.

LAMPIRAN SOALAN SOAL SELIDIK. BAHAGIAN A : MAKLUMAT GURU Arahan : Sila tandakan ( √ ) untuk jawapan yang berkenaan pada ruang yang disediakan 33 .

Guru Ganti/Sandaran 3. Jawatan Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 1. 6 hingga 10 tahun 3. Kelulusan Iktisas 1. Ketua Panatia 6. Lelaki 2. 30 hingga 40 tahun 3. Melebihi 51 tahun 4. Umur 1. Jantina 1. Pernah menghadiri kursus pengurusan bengkel Kemahiran Hidup 34 . Melebihi 15 tahun 5. Guru Biasa 2.. 1 hingga 5 tahun 2. 11 hingga 15 tahun 4. Ijazah 2. 20 hingga 30 tahun 2. Perempuan 2. 40 hingga 50 tahun 4. Lama Mengajar 1.1.

India 4. Lain-lain 35 . Lelaki 2. Cina 3. Hindu 3. Pernah 2. Tidak Pernah BAHAGIAN A : MAKLUMAT PELAJAR Arahan : Sila tandakan ( √ ) untuk jawapan yang berkenaan pada ruang yang disediakan 1. Melayu 2. Agama 1.1. Perempuan 2. Lain-lain 3. Islam 2. Kristian 4. Bangsa 1. Jantina 1.

Sangat Setuju (SS) 2. Sangat Tidak Setuju (STS) Item 4 3 2 1 S TP TS 5 1. Pengawas Sekolah 2.4. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan bengkel KH 5 secara kolarboratif ini adalah tanggungjawab semua guru KH. Gred C 4. 4 3 2 1 36 . Jawatan Yang Disandang Di Dalam Sekolah 1. Tidak pasti (TP) 4. Lain-lain 5. Gred B 3. Bendahari atau Setiausaha Kelas/Persatuan/Kelab BAHAGIAN B : MAKLUMAT GURU Sila baca penyataan berikut dengan teliti dan bulatkan pada petak yang disediakan mengikut tahap persetujuan yang sesuai dengan diri anda sepertimana berikut :1. Ketua Kelas 4. Setuju (S) 3. Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 1. PENYATAAN SS Saya mengemas dan membersihkan bengkel setelah 5 selesai menggunakan bengkel Kemahiran Hidup 4 3 2 STS 1 2. Gred A 2. Tidak Setuju (TS) 5. Pengawas Perpustakaan 3.

saya diberikan tugas untuk 5 menguruskan bengkel tertentu dan saya melaksanakannya dengan jujur Sekolah saya ada mengadakan mesyuarat yang kerap 5 4 4 3 3 2 2 1 1 11 4 3 2 1 bagi membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan 12 bengkel KH Mengadakan mesyuarat yang kerap memberikan kesan 5 yang baik terhadap perlaksanaan pengurusan bengkel KHB. saya diberikan penerangan 5 yang jelas mengenai tatacara pengurusan bengkel Semasa mesyuarat Panatia. Kemahiran Hidup yang lain memberi 5 4 3 2 1 kerjasama semasa menguruskan bengkel KH secara 7. Peruntukan perkapita pelajar yang berlebihan digunakan 5 untuk menguruskan keperluan bengkel KHB dan dibincangkan dalam mesyuarat. Pihak pentadbir sekolah saya sentiasa memberi kerjasama 5 dengan pihak pengurusan dalam menguruskan bengkel KH. 10 sebulan sekali. Semasa mesyuarat Panatia. bahan. SS mesyuarat berkenaan 5 S TP TS 4 3 2 STS 1 pengurusan bengkel KH pendekatan kolaboratif ini 9. 4 3 2 1 Item PERNYATAAN Ketua Panatia mengadakan 8. 4 3 2 1 4. Pihak pentadbir kerapkali memantau perkembangan 5 pengurusan bengkel KH pendekatan kolarboratif.3. Pihak JPN ada menghantar wakilnya ke sekolah saya bagi 5 memantau perkembangan pengurusan bengkel KHB 4 3 2 1 13 4 3 2 1 14 15 4 4 3 3 2 2 1 1 37 . kolaboratif Saya berupaya menyediakan segala keperluan di dalam 5 bengkel yang ditugaskan seperti alatan. Guru-guru 4 3 2 1 6. ABM dan carta keselamatan. Saya berpuas hati setelah melaksanakan tugas yang 5 diarahkan semasa berada di bengkel KH. Semua guru KH memberikan kerjasama semasa 5 4 3 2 1 menguruskan bengkel KH 5.

Hasil daripada pemantauan pihak PPD dan JPN mereka 5 berpuashati dengan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup di sekolah saya 4 3 2 1 17 18 19 Item 20 21 22 23 24 Jadual penggunaan bengkel selalu dipantau oleh guru. Di bengkel KH sekolah saya mempunyai 5 jenis buku 5 rekod penyelenggaraan 38 . Saya selalu menyemak rekod stok bekalan dan alatan pada setiap hujung tahun.pendekatan kolaboratif sekurang-kurangnya setahun 16 sekali.5 guru yang ingin menggunakan bengkel KH Panatia Kemahiran Hidup sekolah anda menyediakan 5 jadual pemantauan bengkel KH Saya yakin melalui pemantauan pihak tertentu 5 4 4 4 S 3 3 3 TP 2 2 2 TS 1 1 1 STS 1 1 1 1 1 memudahkan saya melakukan kerja-kerja amali PERNYATAAN SS Saya mengisi borang permohonan penyediaan alatan dan 5 bahan 5 hari sebelum tarikh digunakan Rekod penggunaan bengkel KH dipatuhi oleh guru-guru 5 KHB yang lain. Rekod penyelenggaraan bengkel KH di sekolah saya 4 4 4 4 4 3 3 3 3 3 2 2 2 2 2 5 5 lengkap dan sentiasa dikemaskini.

dan carta keselamatan. Tidak pasti (TP) 4. 4. bengkel KH Saya yakin melalui bengkel yang bersih dan teratur serta 5 4 3 2 1 39 . 5 4 3 2 1 7. 3. Guru berupaya menyediakan segala keperluan di dalam bengkel yang ditugaskan seperti alatan. Guru mengemas dan membersihkan bengkel setelah anda selesai menggunakan bengkel Kemahiran Hidup 2. nota subjek. Setuju (S) 3.BAHAGIAN B : MAKLUMAT PELAJAR Sila baca penyataan berikut dengan teliti dan bulatkan pada petak yang disediakan mengikut tahap persetujuan yang sesuai dengan diri anda sepertimana berikut :1. Sangat Tidak Setuju (STS) 4 3 2 1 5 Item PENYATAAN 1. Tidak Setuju (TS) 5. Sangat Setuju (SS) 2. 5 4 3 2 1 bagi membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan 8. Sekolah saya ada mengadakan menyuarat dengan pelajar SS 5 5 5 5 5 S 4 4 4 4 4 TP 3 3 3 3 3 TS STS 2 1 2 2 2 2 1 1 1 1 6. Semua guru KH yang lain memberikan kerjasama semasa menguruskan bengkel KH Pihak pentadbir sekolah saya sentiasa memberi kerjasama dengan pihak pengurusan dalam menguruskan bengkel KH. Guru melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan bengkel KH Saya berpuas hati melihat guru melaksanakan tugas mereka semasa berada di bengkel KH. 5.

peralatan yang lengkap memudahkan saya melakukan kerja-kerja amali 40 .