1.

0

ISU/MASALAH UNTUK DISELESAIKAN/DIBANTU Tajuk Sinopsis : PATAH HATI :

“Cikgu Amy, masa cikgu di kelas kami.” Cikgu Amy tersentak daripada lamunannya. Dia bangun dengan perlahan sambilo menjawab‟ “Ok, awak masuk kelas dulu, saya menyusul sebentar lagi.” Dia melihat ke atas mejanya sambil tercari-cari di manakah dia meletak buku teks subjek Matematik untuk tahun 6. Puas mencari, masih tidak jumpa buku tersebut, dia berfikir dalam hatinya, buat ulangkaji soalan peperiksaan UPSR cukuplah. Lagipun murid-murid kelas tersebut masih kurang cekap menjawab soalan peperiksaan mengikut format. Selesai mengajar, cikgu Amy keluar dari kelas dengan perasaan lega yang amat sangat. Walaupun mengajar dua masa sahaja, cikgu Amy merasakan masa tersebut amat lama dan membosankan. Dia kembali ke bilik guru lalu membuka komputer ribanya untuk melayari internet. Cikgu Amy gemar mengikuti perkembangan kawan-kawan

seuniversitinya di facebook. Ramai antara kawan-kawannya bekerja di bandarbandar besar seperti Kuala Lumpur dan Singapura. Malah ada beberapa orang bekerja di luar negara. Mereka sering berkongsi cerita tentang pekerjaan mereka dan tempat-tempat menarik yang dilawati ketika membuat lawatan bekerja. Hati cikgu Amy rasa terhibur apabila membaca cerita-cerita sebegini. Namun, jauh di sudut hati, dia rasa terkilan yang amat sangat kerana tidak dapat menikmati kegembiraan dan kepuasan seperti yang dialami oleh kawan-kawannya. Cikgu Amy bertugas di sebuah sekolah di sebuah pekan kecil nun jauh di utara tanah air. Di pekan tersebut hanya ada beberapa deret kedai sahaja. Usah mimpilah nak pergi ke kompleks beli belah. Tesco atau Giant pun tak Nampak
1

dia menjawab akauntan. cikgu Amy akan ke bandar terdekat untuk membeli barang keperluan sambil mencuci mata melihat fesyen terkini. dapat menjaga anak-anak dan rumah tangga dengan mudah. Setelah berkahwin. Namun takdir menentukan segala-galanya. teman lelakinya pula telah berkahwin dengan rakan sejawatnya sendiri. “Cikgu Amy. Tambahan pula. Ada ketika tugasnya memerlukannya keluar daerah dan pernah satu ketika dia mengalami kemalangan sehingga terlantar di hospital selama beberapa minggu. Pada hujung minggu. Cikgu Amy mendengar khabar daripada seorang rakan lain bahawa teman lelakinya itu memberi alasan bahawa dia dan isterinya itu saling memahami disebabkan bekerja dalam bidang dan tempat yang sama. Ibu bapa Amy mendengar bahawa rakan-rakan mereka bahawa tugas seorang guru senang dan yang paling penting dapat pulang ke rumah pada waktu tengahari. Cikgu Amy sangat kecewa dan pataha hati namun dia redha dengan semua yang terjadi. Tidak pernah terlintas sekelumit pun di hatinya untuk menjadi guru seperti sekarang. Peredaran masa mengubah segala-galanya. 2 . Mujur si pemanggil tidak Nampak ruangan facebook yang dilayarinya. cikgu Amy telah mempunyai teman lelaki ketika itu. Ibu bapa cikgu Amy telah memaksanya menjadi guru. Cikgu Amy teringat semasa kecil ketika guru bertanya apakah citacitanya.” Tersentak lagi. guru besar nak jumpa. Sebelum ini cikgu Amy pernah bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat swasta di ibu kota. Dia tidak kisah menghabiskan masa memandu kereta selama dua jam kerana padanya itulah cara untuk menghilangkan rasa tertekan pada hari bekerja. Ibu bapa cikgu Amy risau dan memaksanya memohon masuk ke kursus perguruan. Cikgu Amy berjaya menamatkan kursus perguruan walaupun dengan tangisan hatinya. Setelah mendapat penempatan di sekolah sekarang.tanda-tanda akan didirikan untuk masa yang lama lagi.

Dengan itu. Rogers percaya bahawa setiap manusia mempunyai kecenderungan ingin memenuhi potensi yang ada pada dirinya sendiri (to self-actualise). fenomenologi dan lain-lain.0 KENAPA PILIH TEORI TERSEBUT Dalam menyelesaikan kes atau masalah yang diutarakan. Dia tidak pasti berapa lama lagi dia dapat bertahan dalam situasi begini. Dalam hatinya berfikir. Teori Pemusatan Klien dipilih berdasarkan kepada permasalahan yang dihadapi. apa lagi tugas tambahan yang hendak diberikan kepadanya. Jadi. penerimaan positif tanpa syarat. Menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaunselor adalah asas bagi kaunseling pemusatan klien. kami memilih Teori Pemusatan Klien berbanding Teori Rasional Emotif kerana kami dapati Cikgu Amy masih mampu untuk memperbaiki masalah dengan melakukan beberapa perkara lain seperti keluar ke pekan terdekat untuk mencuci mata melihat fesyen-fesyen terkini. mesra dan empati. Tidak cukupkah dengan segala jawatan yang dipegangnya sekarang. Ini adalah kerana. segala tugas hendak dibebankan kepadanya. Cikgu Amy mula rasa tertekan. Oleh yang demikian. Teori ini lebih bermakna sekiranya konsep-konsep penting seperti kongruen. Mentangmentang dia guru baru di situ. penggunaan Teori 3 . Guru-guru perempuan yang senior sentiasa mencadangkan nama Cikgu Amy untuk memegang jawatan-jawatan seperti Ketua Panitia. Penyelaras Unit Beruniform dan sebagainya. empati. 2. setiap manusia akan bertindak dan bergerak maju ke hadapan untuk memenuhi kecenderungan ini. teori ini merupakan satu pendekatan untuk membantu individu atau kumpulan berasaskan kepada falsafah bahawa pertumbuhan psikologikal akan berlaku sekiranya individu atau kumpulan itu mendapat layanan yang dirasakan jujur. difahami dengan betul.Cikgu Amy melangkah ke pejabat guru besar dengan berat hati. Ini cukup membuktikan yang Cikgu Amy masih tidak berputus asa sepenuhnya terhadap tanggungjawab dalam profesion beliau dan masih mampu melaksanakan tugas yang banyak walaupun berasa sedikit tertekan.

Pemusatan Klien lebih sesuai kerana melalui teori ini Cikgu Amy dapat meluahkan atau menyampaikan segala luahan perasaan beliau kepada kaunselor mengenai masalah yang dihadapi. Rogers (1957). 3. Di samping itu. Oleh yang demikian. perasaan empati. konfron atau mencabar. Kemahiran mendengar juga penting agar kaunselor dan Cikgu Amy dapat membina satu hubungan yang baik antara seorang klien dengan kaunselor. Antaranya ialah penerimaan tanpa syarat. Syarat-syarat yang perlu dan harus kekal berterusan untuk beberapa ketika dalam kaunseling supaya perubahan personaliti berlaku ialah:     dua insan berada di dalam perhubungan psikologi insan pertama yang kita akan gelarkan sebagai klien berada di dalam keadaan tidak kongruen mudah terpengaruh atau bimbang insan kedua yang kita gelarkan sebagai kaunselor adalah kongruen dan sepadu di dalam perhubungan kaunselor menerima klien dengan tidak bersyarat 4 . kaunselor berperanan untuk mendengar dengan baik dan menggunakan beberapa teknik yang sesuai agar dapat membantu Cikgu Amy menyelesaikan masalah yang dihadapi. kaunselor perlu menggunakan teknik yang dinyatakan dan menggabungkan beberapa kemahiran-kemahiran kaunseling seperti parafrasa. sebagai seorang kaunselor kami akan cuba untuk menyelesaikan masalah Cikgu Amy dengan memenuhi segala syarat-syarat proses kaunseling agar proses dapat dijalankan dengan baik dan secara berterusan. mentafsir makna serta dorongan minima.0 TEKNIK TERAPI YANG DIGUNAKAN Proses kaunseling Teori Pemusatan Klien oleh Carl Rogers menggunakan 4 tahap atau teknik yang digunakan untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi. untuk menyelesaikan masalah Cikgu Amy. kongruen serta aktif mendengar dan berfikir. Di sini. menyarankan enam syarat penting untuk berlakunya perubahan personalit apabila sesi kaunseling dijalankan.

Kesemua perasaan ini. beliau percaya proses kaunseling antara klien dengan kaunselor akan berkesan jika seorang kaunselor dapat menggunakan teori yang dikemukan oleh beliau dengan baik dan menggunakan segala syarat-syarat yang ditetapkan.  kaunselor itu mengalami kefahaman empatik terhadap rangka rujukan dalaman klien dan berusaha untuk mengkomunikasikannya usaha kaunselor untuk mengkomunikasikan kepada klien akan kefaharnan empatik dan penerimaan yang tidak bersyarat tercapai setidak-tidaknya sedikit. Melalui syarat-syarat yang dikemukan oleh Rogers. ini dikatakan bahawa dia sedang mengalami penerimaan positif tanpa syarat. Ianya melibatkan penerimaan semua pengalaman klien sama ada yang berbentuk negatif seperti “jahat”. untuk membantu Cikgu Amy menyelesaikan masalah yang beliau hadapi. 4. takut. termasuk juga sama ada diri klien itu 5 . Oleh yang demikian. teknik-teknik tersebut hendaklah dilaksanakan dengan berkesan dan baik. matang. Penerimaan tanpa syarat Apabila kaunselor mendapati dia mengalami satu perasaan kemesraan menerima setiap aspek pengalaman klien sebagai sebahagian kehidupan klien. yakin dan perasaan bersosial. sedih. positif.0 CARA PELAKSANAAN TEKNIK Setelah mengenalpasti tenik-teknik yang terdapat dalam Teori Pemusatan Klien. mengalah dan pengalaman ganjil atau pun yang berbentuk positif seperti “baik”. kaunselor haruslah bersabar dan menggunakan segala teknik mengikut turutan yang betul tanpa tergesa-gesa dan terlalu memaksa klien untuk menceritakan masalah yang dihadapi. Penerimaan ini menunjukkan tidak ada penilaian positif atau negatif dilakukan. Peringkat pelaksanaan teknik ini merupakan peringkat yang paling penting dalam proses menjalankan sesi kaunseling dan setiap kaunselor perlu mahir untuk melaksanakan setiap teknik yang dikenalpasti.

Apabila kaunselor begitu jelas dengan klien dan dia pula bebas bergerak di dalam dunianya. Ini bermakna klien itu diterima sebagai seorang insan yang tersendiri dengan kebenaran untuknya menerima perasaan dan pengalamannya sepenuh hati. Kaunselor perlu bersikap empatik supaya:     dia dapat memahami perasaan klien tidak sangsi apa yang dimaksudkan oleh klien kata-kata kaunselor sesuai dengan perasaan dan isi percakapan klien nada suara kaunselor menunjukkan dia begitu berupaya untuk berkongsi akan pengalaman klien. Perasaan empati Perasaan empati ialah supaya kaunselor mengalami satu kefahaman yang tepat dan empatik akan keadaan klien terhadap pengalamannya. Kaunselor perlu merasakan dirinya seolah-olah berada di tempat Cikgu Amy. Kaunselor akan cuba mengalami perasaan klien seperti marah. 6 . barulah kaunselor dapat merasakan apa yang Cikgu Amy rasa. kaunselor bolehlah mengkomunikasikan kefahaman terhadap apa yang sudah jelas ternampak oleh klien. Dalam kes patah hati kaunselor perlu wujud perasaan empati supaya kaunselor dapat memahami masalah yang dihadapi oleh Cikgu Amy dengan baik. diterima sepenuhnya dengan mesra dan bukan secara menguasai atau pun kerana memenuhi keperluan kaunselor. dan juga menyuarakan makna terhadap pengalaman klien yang tidak begitu sedar. Kemahiran empati ini merupakan kemahiran yang sangat tinggi kerana bukan mudah untuk seseorang mengalami apa yang di alami oleh orang lain. takut atau serba salah. takut atau serba salah. kaunselor cuba mengalami dunia klien seperti dunianya sendiri tetapi dengan tidak melupakan perkataan “macamlah” dan “as if”. sebagaimana dia yang mempunyainya walaupun dirinya sendiri tidak pernah mengalami marah. Dalam kes patah hati ini sebagai kaunselor kita perlu menerima masalah yang dihadapi oleh cikgu Amy dengan fikiran yang terbuka tanpa prasangka atau penilaian. Dengan ini. Di sini.konsisten atau tidak.

Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Aktif mendengar dan berfikir Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling. Kongruen ini penting bagi memastikan matlamat kaunseling yang ditetapkan boleh dicapai. Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Pendengar yang aktif akan memberi maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri untuk tiga sebab iaitu:    ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennya ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengar ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. iaitu jika kaunselor merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya. Teknik-teknik yang telah dinyatakan juga perlu diselitkan dengan kemahiran-kemahiran spesifik dalam proses membuat kaunseling. Antara kemahiran yang sesuai bagi proses kaunseling yang mengunapakai teori pemusatan klien adalah: 7 . Tumpuan atau perhatian merupakan prasyarat terhadap membantu klien.Kongruen Kongruen merupakan sikap jujur dalam melaksanakan proses kaunseling. Dalam kes ini memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien.

atau pun tidak berminat meneruskan sesi kaunseling. Konfron dilakukan setelah perhubungan antara klien kaunselor sudah mencapai peringkat yang tinggi. kemungkinan besar klien akan rasa tergugat atau tercabar. tetapi adakalanya kaunselor pemusatan klien terpaksa mencabar klien untuk mendapat sesuatu maklumat atau menggerakkan perkembangan klien. Satu cara ialah dengan memparafrasa apa yang diceritakan oleh klien dengan ringkas. Parafrasa bukan mengulang kembali semua apa yang diceritakan tetapi ringkasan inti yang tepat.Parafrasa Selain daripada mengikuti jalan cerita klien. Kemahiran konfron memerlukan kepakaran yang tinggi. Cabaran yang dilakukan hendaklah dalam bentuk pelawaan dan ajakan supaya klien melihat dirinya dengan lebih dalam atau tidak berselindung dengan perkara yang selamat sahaja. Jika betul penggunaannya. kaunselor juga perlu memberi tahu klien yang dia memahami cerita klien. Apabila klien mendengar ringkasan yang direspon kembali oleh kaunselor. Konfron atau mencabar Walaupun Rogers sendiri tidak banyak mencabar kliennya dalam sesi-sesi kaunseling. 8 . Parafrasa juga membantu kaunselor mempastikan apa yang diceritakan oleh klien itulah yang difahaminya. konfron boleh dilakukan untuk mengesahkan kebenaran yang mana satu. Sama ada klien menjadi marah atau berundur masuk ke dalam diri. sebaliknya jika salah penggunaannya dia akan membuat klien enggan bercakap. ia dapat mendalami dengan cepat. Jika terdapat idea atau pun perasaan yang bertentangan. beliau akan menyedari bahawa kaunselor betul-betul faham apa yang diceritakanoleh beliau. Jika cabaran dibuat terlalu awal.

klien akan menafikan tafsiran walaupun ia benar. pandangan atau pendapatnya.Refleksi atau mentafsir makna Refleksi makna melibatkan keupayaan kaunselor untuk menyelam ke alam dunia klien dan memahami apa yang dialami dan dirasai klien. Dorongan adalah seperti anggukan. Dorongan minima Klien ingin mengetahui sama ada dia difahami atau tidak apabila dia menceritakan masalahnya.teruskan. hem…hem…. Refleksi makna tidak semestinya dibuat oleh kaunselor tetapi juga dibuat oleh klien dengan galakan kaunselor supaya klien mencari makna akan perbuatan atau perasaannya. Adakalanya klien belum bersedia untuk makna kehidupaannya ditafsirkankaunselor. 9 . kaunselor perlu berwaspada kerana jika tidak. Oleh itu. Memandangkan tafsiran makna memasuki alam yang kurang nampak. Respon ini perlu diberikan bersesuaian dengan rentak cerita klien. ya… ya…. Semua respon yang ringkas ini memberitahu klien bahawa kaunselor sedang mengikuti cerita yang disampaikan oleh klien dan ada bersama-sama dengan klien. Dia mahu dirinya dan dunianya difahami oleh kaunselor. ia perlu dilakukan dengan teliti. Kemahiran ini memerlukan kejituan kaunselor memahami keseluruhan cerita dan dapat mentafsirkan apa yang mungkin tidak diceritakan oleh klien.saya faham atau perkataan lain yang ringkas dan tepat.

10 . Selain itu. diharapkan Cikgu Amy akan dapat memilih jalan penyelesaian yang terbaik bagi dirinya melalui bantuan kaunselor. Beliau juga harus kuat menangani segala masalah dan cuba untuk menyelesaikan satu persatu masalah yang dihadapi. Melalui proses yang dijalankan. untuk terus mengalami peristiwa-peristiwa baru. Cikgu Amy harus berfikir jalan penyelesaian dengan meminta bantuan dari guru lain agar dapat memudahkan urusan beliau dan yang paling penting adalah keberanian untuk menyuarakan pendapat serta meminta pertolongan. Apabila wujud di dalam diri klien kesediaan untuk terus hidup. klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri Melalui „Inner Directedness’. masalah mengenai teman hidupnya masih boleh diselesaikan kerana masih terdapat banyak pilihan yang boleh dicari. Walaupun bebanan kerja yang diterima terlalau banyak. klien akan memperolehi kepuasan kerana ia dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri. beliau bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi yang penting ialah beliau mampu mencapai perasaan bersepadu dan bebas. Pelbagai jalan penyelesaian boleh digunakan seperti memohon pertukaran sekolah agar beliau dapat berhijrah ke tempat baharu dan mengalami suasana yang baru.5. Klien juga dapat menerima dirinya samada baik atau buruk dan sanggup menerima perubahan dan perkembangan serta boleh mengawal dan mengarah hidunya.0 HARAPAN Diharapkan melalui teknik dalam Teori Pemusatan Klien yang telah dijalankan terhadap Cikgu Amy (klien). Diharapkan Cikgu Amy dapat mengubah nasib beliau dan dapat menerima segala masalah dengan hati yang tenang. Harapan yang terakhir ialah klien berada dalam keadaan untuk terus berkembang. untuk terus menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru. Selain itu. Kaunselor perlu meyakinkan klien agar sentiasa terus berjuang dan tidak mudah patah hati atau hilang semangat kerana perjuangan hidup perlu diteruskan. maka individu telah mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya.

Untuk kes atau masalah yang dihadapi oleh Cikgu Amy. Melalui luahan yang dikemukakan. Dengan teknik yang digunakan. Di sini. Dorongan dari kaunselor juga penting agar dapat meningkatkan semangat Cikgu Amy untuk meneruskan pekerjaan beliau. seseorang perlu memahami huraian prinsip dan konsep yang dikemukakan oleh Rogers dengan lebih mendalam. dorongan minima. 11 . Amalan yang dilakukan perlu mengikut tahap-tahap yang tertentu. Pelbagai jalan penyelesaian boleh digunakan tetapi adalah lebih baik jika klien sendiri yang memutuskan untuk memilih jalan yang terbaik bagi dirinya. dan perubahan tingkah laku yang dilihat adalah berdasarkan urutan perubahan yang mungkin berlaku mengikut huraian teori ini. penggunaan Teori Pemusatan Klien merupakan kaedah penyelesaian yang baik kerana Cikgu Amy dapat menceritakan segala masalah yang dihadapi kepada kaunselor dan kaunselor berperanan untuk mendengar segala masalah tanpa syarat dan dengan sifat empati. kaunselor menjadi tempat kepada Cikgu Amy untuk meluahkan segala perasaan mengenai masalah yang dihadapi. Kaunseling akan menjadi berkesan apabila syarat-syarat yang disarankan diikuti dengan betul dan proses yang dilalui oleh klien mengikut perkembangan yang disarankan.0 RUMUSAN Untuk menghayati teori pemusatan klien dan menjadi seorang kaunselor pemusatan klien.6. Semasa proses penceritaan. Beliau mungkin akan berasa sedikit lega dan akan mampu untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah beliau sendiri. konfron atau mencabar dan lain-lain lagi. sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan rasa tekanan yang dialami oleh Cikgu Amy. kaunselor memainkan peranan penting dengan menggunakan beberapa teknik kaunseling seperti parafrasa. barulah Cikgu Amy merasakan yang diri beliau dihargai dan diterima.

I/C : : NO. Tugasan ini dijalankan secara berpasangan bermula dari 30 Januari 2012 sehingga 18 Februari 2012 .0 REFLEKSI MOHD AFIQ SYAZWAN BIN JAME‟AN 890427-10-5723 200930134124 7 PISMP PJ/PK/PSK NAMA NO. Selain itu. Melalui pelaksanaan tugasan. Sekian. saya juga dapat mempelajari teknik yang sesuai sebagai seorang kaunselor untuk mendengar dan membantu menyelesaikan masalah dari permasalahan yang timbul. Maklumat yang diperoleh dapat digunakan sebagai ilmu pengetahuan pada masa akan datang. saya mencadangkan agar proses pencarian maklumat perlu dipelbagaikan seperti berjumpa dengan guru kaunseling sekolah atau pakar-pakar kaunseling dari pelbagai institusi seperti pensyarah kaunseling universiti dan institut perguruan.7. Namun demikian. Antaranya seperti saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam proses kaunseling Teori Pemusatan Klien Carl Rogers. Antaranya seperti proses pencarian maklumat. MATRIK : KELAS : Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya melaksanakan tugasan mengenai satu isu atau permasalahan yang boleh dibantu melalui proses kaunseling. Ini adalah kerana mereka punyai lebih banyak pengalaman dalam menyelesaikan masalah. terdapat banyak kekuatan yang berjaya saya perolehi. Oleh yang demikian. Selain itu. terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki semasa menjalankan tugasan. 12 . kita juga boleh mencari lebih banyak maklumat melalui internet dan buku. terima kasih. Maklumat yang dikumpul perlu dipelbagaikan agar lebih banyak maklumat akan dapat diperoleh.

Melalui tugasan ini banyak perkara dan maklumat baru yang saya peroleh. saya mencari bahan untuk dijadikan rujukan bagi tugasan ini. Namun. saya tidak begitu faham mengenai kehendak dan isi tugasan. dorongan minima dan konfron atau mencabar. Kemahiran. Input ini 13 . dapat saya aplikasi kemahiran ini dimasa akan datang.kemahiran ini merupakan kemahiran baru bagi saya dan rakanrakan Oleh itu. Alhamdulillah. Bahan yang saya dapati adalah dari sumber buku dan laman web. I/C : : AMMAR BIN OTHMAN 891103-02-5545 200930134122 7PISPM PJ/PK/PSK NO. Oleh kerana itu. saya membuat draf awal dengan menggunakan sumber rujukan yang diperoleh. Pertama sekali setelah menerima tugasan. berjaya juga saya siapkan tugasan ini walaupun sibuk dengan tugasan sampingan yang lain. Seterusnya. Banyak kesalahan yang berlaku dan dibaiki dalam draf yang kedua. saya dan pasangan mula memlih tajuk dari buku kajian kes yang telah disediakan. Seterusnya. Banyak bahan mengenai sumber dan teori pemusatan klien yang saya perolehi.NAMA NO. Saya dapat mempelajari kemahiran-kemahiran asas dalam menjalankan sesi kaunseling seperti parafasa. tugasan berjaya disiapkan dengan tunjuk ajar oleh pensyarah penasihat. setelah diberi taklimat ringkas mengenainya oleh En. Tugasan ini memerlukan saya dan pasangan memilih satu kes daripada buku kajian kes yang disediakan dan menyelesaikan kes tersebut menggunakan teori sesuai yang telah dipelajari. proses menyiapkan tugasan ini akan lebih mudah dan licin. Setelah faham kehendak soalan. Dapat disimpulkan bahawa tugasan ini memberi input mengenai perlaksanaan sesi kaunseling mengikut teori-teori kaunseling yang telah dipelajari. Azmi bin Abdul Hamid barulah saya dapat faham dengan jelas. MATRIK : KELAS : Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpahNya.

Yang kedua ialah masa untuk melaksankan tugasan in perlu dipanjangkan supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Azmi bin Abdul Hamid yang telah banyak memberi bimbingan dan panduan dalam proses penghasilan tugasan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang berkerjasama dalam mencari bahan untuk dijadikan sumber rujukan. 14 . Diharap cadangan penambahbaikan yang diberikan dapat memberi impak kepada individu yang menjalankan tugasan ini dimasa akan dating. Anatara penambahbaikan yang boleh dibuat untuk tugasan ini ialah menetapkan jenis masalah yang perlu diselesaikan olah pelajar supaya tidak celaru dan bertindih. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah penasihat En.penting bagi setiap guru dimana mereka akan menggunakan kemahirankemahiran ini semasa mereka berada di sekolah nanti.

IPG Kampus Tuanku Bainun) 2012 Lee Keok Cheong et al (2012).0 BIBLIOGRAFI Laman web :     http://www. 15 .wordpress.com/yeo_1987/d/33881979-Carl-Rogers (diakses pada 14 Februari 2012) http://mohdnorizwansulaiman. Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Siri Pendidikan Guru.com/2010/05/29/teori-humanistik-carl-rogers/ (diakses pada 14 Februari 2012) Buku rujukan :   Buku Kajian Kes (Jabatan Ilmu Pendidikan.html (diakses pada 14 Februari 2012) http://novira08.blogspot.scribd.8.com/2011/01/carl-rogers.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful