1.

0

PENGENALAN

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En. Abd Rahim BiN Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,ia juga perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah (Jamila K.A Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan juag menyebabkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan sebagai malas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaan dalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru. Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), 1990 mengklasifikasikan kanakkanak berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof, 2006

mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori seperti kurang upaya pendengaran, kurang upaya penglihatan, kurang upaya pertuturan & bahasa, kurang upaya mental (kerencatan akal), kurang upaya fizikal & kesihatan, kurang upaya pembelajaran, gangguan emosi & tingkah laku serta pintar cerdas. Jabatan Pendidikan Khas (2003) mengkategorikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran seperti di lembam (slow learner), sindrom down, hiperaktif, disleksia, palsi selebral dan autism. Definisi murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat pendidikan formal (En. Abdul Rahman Bin Talib,2007). Mereka ini ditempatkan di dalam Program Khas Masalah Pembelajaran yang diintegrasikan dengan sekolah-sekolah biasa.

1

Sindrom down merupakan salah satu daripada kategori bermasalah pembelajaran. Mungkin ramai yang pernah mendengar perkataan sindrom down. Namun, ramai juga yang cetek pengetahuan mengenai penyakit ini. Sindrom down bukanlah penyakit moden atau penyakit orang kaya, malah ia adalah tidak tepat kerana sindrom down itu dikatakan sebagai penyakit. Nama sindrom down telah diambil sempena nama seorang doktor British iaitu Doktor John Langdon Handon Down. Beliau merupakan orang yang pertama menjelaskan sindrom ini pada tahun 1886. Di Malaysia, kelahiran bayi sindrom down yang berlaku adalah satu dalam setiap 660 bayi. Secara perbandingan, kelahiran bayi sindrom down di Amerika Syarikat hanya berlaku satu dalam setiap 1000 bayi. Hal ini, bermakna kelahiran bayi sindrom down di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding di Amerika Syarikat. Sindrom down ini tidak boleh diubat namun ada beberapa kaedah yang dapat membantu mereka dalam memperkembangkan fizikal, kognitif, sosial semaksima yang boleh. Oleh itu, kanak-kanak yang mempunyai sindrom down perlu di hantar ke sekolah yang mempunyai program pendidikan khas seawal yang mungkin agar dapat membantu mereka berdikari.

2

1 SINDROM DOWN Definisi Sindrown Down Sindrom down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau semua kromoson 21. Sindrom down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir ( kognitif ). Selain itu. John Langdon Down yang berjaya mengumpulkan kesemua tanda dan punca pada tahun 1866.R). sindrom down juga merupakan satu penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromoson 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Menurut kajian. kelewatan peningkatan motor halus dan kasar. 3 . mengalami masalah pertuturan dan bahasa dan bermasalah dalam mengeneralisasi. kebarangkalian seseorang bayi sindrom down dianggarkan sekitar 1 kelahiran daripada setiap 800 kelahiran. Contohnya. Sindrom down adalah kecelaruan genetik yang terkenal dan mengimpak kepada kerencatan akal kanak-kanak (Gargiulo M. mengalami masalah penglihatan dan pendengaran. Ianya terjadi kerana terdapat tiga salinan kromosom 21 dalam satu sel yang biasanya hanya terdapat dua salinan pada kanakkanak. Mereka yang mempunyai sindrom down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognitif lebih rendah. Sindrom down ialah kecelaruan genetik yang menyebabkan kecacatan akal pada kanak-kanak.0 2. Sindrom down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran lagi.2. tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka . Istilah sindrom bermaksud tanda atau ciri dan down iaitu di ambil sempena nama seorang doktor dari british iaitu bernama Dr. Individu yang mengalami masalah ini akan menghadapi beberapa masalah dalam pembelajaran. berfikir dan menaakul. Sindrom Down juga merupakan salah satu masalah kesihatan yang menyumbang kepada masalah perkembangan bahasa dan komunikasi kanakkanak.

Mosaicism dan Translokasi Robertsonian. Dianggarkan 95% daripada kes sindrom down adalah disebabkan masalah ini. Jika terdapat sejarah kes-kes sindrom down pada pihak keluarga sebelah ibu dan bapa maka risiko untuk mendapatkan anak sindrom down adalah lebih tinggi. Terdapat 3 jenis sindrom down yang disebabkan oleh faktor genetik iaitu Trisomi 21. Faktor keturunan juga turut menyumbang kepada kes sindrom down. Faktor Persekitaran Ibu mengandung yang berumur 45 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak yang mengalami sindrom down. Pertambahan kromosom ini disebabkan oleh proses pembentukan sel yang tidak berlaku dengan sempurna sehingga menyebabkan berlakunya terlebih sel. Faktor Genetik Kanak-kanak sindrom down mempunyai bilangan kromoson 47 berbanding 46 kromosom pada sel yang normal.2. Ibu yang terdedah kepada radiasi (sinar x) khususnya di tempat kerja juga mempunyai risiko yang tinggi mendapat anak sindrom down. Faktor ini disebabkan masalah kelewatan mendirikan rumah tangga yang berlaku di dunia dan tidak berkecuali kepada Negara kita sendiri. RISIKO SINDROM DOWN Usia ibu 20 Tahun 25 Tahun 30 Tahun 35 Tahun 40 Tahun 45 Tahun 4 Peluang memiliki bayi sindrom down 1 dalam 1600 1 dalam 1300 1 dalam 1000 1 dalam 135 1 dalam 90 1 dalam 30 . Pengambilan dadah juga dapat mengundang kepada kes sindrom down. Jadual di bawah menunjukkan risiko mendapat anak sindrom down mengikut tahap umur ibu mengandung.2 Punca-punca berlakunya Sindrown Down.

2. Trisomi 21 ini merupakan penyumbang terbesar kepada kes sindrom down iaitu sebanyak 94% dengan 88% daripadanya disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa. Kegagalan ini telah menghasilkan gamete yang mempunyai 24 kromosom. Sel-sel yang sempurna dan yang tidak terus berlipat ganda dan keadaan bercampuran lalu terjadinya mosaicism. Jenis sindrom down ini melibatkan 4% daripada kes yang berlaku. Apabila bergabung dengan gamete normal daripada pasangannya maka embrio kini mempunyai 47 kromosom iaitu lebih satu kromosom berbanding kromosom yang normal iaitu 46.ri Trisomi 21 Trisomi 21 berlaku disebabkan oleh keadaan kegagalan meiosis. Walau bagaimanapun. Di sini sebahagian sel-sel berpecah dan mempunyai bilangan kromosom yang sempurna iaitu (46 kromosom) dan sebahagian lagi sel-sel mempunyai bilangan yang tidak sempurna (47 kromosom). Di sebabkan kegagalan ini. 5 . apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trimosi 21 maka ia dikenali sebagai sindrom down jenis Mosaicism. gamete (sel sperma atau telur) dihasilkan dengan pertambahan salinan kromosom 21. Hal ini boleh berlaku di mana keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21 atau embrio sindrom down melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal. Mosaicism Trisomi 21 biasanya di sebabkan sebelum kehamilan dan kesemua sel dalam badan terjejas.3 Jenis-jenis Sindrom Down.

Pada kebiasaannya 2 daripada kes ini. Perbezaan yang paling ketara ialah kanak-kanak sindrom down mempunyai muka yang sama dalam kalangan mereka. Pertumbuhan gigi kanak-kanak sindrom down pula adalah lambat dan tidak teratur berbanding kanak-kanak normal. 2. Mata mereka juga kelihatan sepet. Di sebabkan keadaan muka yang hampir sama dengan orang mongol .4 Ciri-ciri Fizikal Kanak-Kanak Sindrom Down Sifat pada Muka. Kepala. Ciri-ciri mulut dan lidah di atas menyebabkan kanak -kanak sindrom down selalu menjelirkan lidah. Translokasi robertsonian disebabkan oleh sebahagian kromosom 21 terpecah dan bahagian yang ketinggalan pula terlekat kepada pasangan kromosom yang lain dan biasanya pada kromosom 14. Selain itu juga. Selain itu mata mereka juga mempunyai kulit yang berlebihan di sudut dalam. 6 . Kenyataan ini berdasarkan paras muka kanak-kanak sindrom down adalah seakan-akan seperti orang mongol. Sindrom down jenis ini boleh diturunkan oleh ibu atau bapa.Translokasi Robertsonian Sindrom down jenis Translokasi Robertsonian merupakan jenis yang paling kurang menyumbang kepada kes sindrom down. maka kanak-kanak sindrom down digelar mongoloid. ibu bapa bukanlah pembawa dan berkemungkinan mereka untuk melahirkan seorang lagi anak yang mempunyai sindrom down tidaklah besar daripada ibu bapa. Kanak-kanak sindrom down juga mempunyai jarak yang jauh diantara mata kiri dan kanan. Saiz mulut kanak-kanak sindrom down juga adalah lebih kecil berbanding kanak-kanak normal. mereka mempunyai saiz lidah yang lebih besar. Pangkal hidung kanak-kanak sindrom down juga mempunyai perbezaan dengan kanak -kanak normal iaitu kemek atau leper. Leher Terdapat beberapa perbezaan yang jelas diantara kanak-kanak normal dan juga kanak-kanak sindrom down. Ianya hanya melibatkan 2% daripada kes sindrom down yang berlaku.

leher kanak -kanak sindrom down juga lebih pendek dan lebar. tapak tangan kanak-kanak sindrom down hanya mempunyai satu garis lurus. telah menyebabkan kanak-kanak sindrom down mudah mendapat kecederaan berbanding kanak-kanak normal yang lain. kepala dan leher. Ciri ini amat penting dalam menentukan sama ada kanak-kanak itu menghidapi sindrom down atau tidak. kanak-kanak sindrom down juga mempunyai perbezaan yang ketara pada tangan dan lengan dengan kanak -kanak normal. Kepala mereka juga lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan hingga ke belakang. Di samping itu. Kanak-kanak sindrom down mempunyai kaki yang agak pendek berbanding kanak-kanak normal. Selain itu. Sifat Pada Tangan dan Lengan Selain perbezaan muka. Selain itu. tapak tangan mereka juga adalah lebih lebar berbanding kanak-kanak nomal. Ciri yang paling jelas pada jari kanak -kanak sindrom down adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking yang membengkok ke dalam.Di samping itu. Keadaan ini menyebabkan pergerakan mereka terbatas dan mereka sukar melakukan pergerakan seperti kanak kanak normal yang lain. Hal ini. (Sila rujuk gambar 4 di bahagian lampiran bagi melihat ciri-ciri sindrom down pada bahagian kaki). Selain itu. Sifat pada Kaki Kanak-kanak sindrom down juga mempunyai perbezaan sifat pada kaki dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain itu. kanak-kanak sidrown down juga mengalami masalah lewat dalam perkembangan motor kasar dan mempunyai sendi yang longgar. 7 . kanak-kanak sindrom down juga mempunyai jari kaki yang pendek dan jarak ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah. paras telinga kanak-kanak sindrom down adalah lebih rendah. Sifat pada Otot Kebanyakkan kanak-kanak sindrom down mempunyai otok yang lemah atau lembik. Di samping itu tapak kaki mereka biasa dalam kedaan leper.

Perkembangan Sosial Pertumbuhan sosial mereka juga begitu ketara jikalau dibandingkan dengan kanak . Saiz fizikal mereka selalunya lebih besar dan gempal dari kanakkanak biasa. otot-otot mereka kelihatan lembik. Kanak-kanak sindrom down juga mempunyai emosi seperti kanak-kanak lain.kanak biasa.kanak biasa. Keupayaan untuk memikirkan tentang banyak perkara tidak dapat mencapai tahap seperti mana pertumbuhan pada kanak-kanak normal.kanak biasa. Perkembangan Mental Pertumbuhan mental kanak-kanak sindrom down agak lambat berbanding kanak.2. Namun. Perkembangan Pertumbuhan Pertumbuhan kanak-kanak sindrom down adalah tidak begitu ketara jika hendak dibandingkan dengan kanak -kanak normal. Kanak-kanak sindrom down juga kurang mempunyai perasaan malu dibandingkan dengan kanak -kanak biasa yang sebaya dengannya. adalah disebabkan oleh kerosakan saraf-saraf otak yang dialami oleh mereka. Pertumbuhan mental mereka juga agak ketinggalan jauh ke belakang dari kanak. menangis. menyebabkan mereka kurang aktif kerana disebabkan oleh otot -otot mereka yang tidak kuat seperti kanak-kanak normal yang lain yang aktif pada peringkat ini. Mereka agak lambat untuk berinteraksi dengan ahli -ahli bukan keluarga mereka seperti jiran.5 Perbezaan Antara Kanak-Kanak Sindrom Down Dengan Kanak-Kanak Normal. Hal ini. disebabkan oleh mereka tidak pandai untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka terutamanya yang bukan dari keluarga mereka. Perkembangan Fizikal 8 .kanak biasa yang sebaya dengan mereka. Hal ini. dan guru. Cuma bezanya kawalan emosinya tidak seperti kanak . rakan sebaya. Mereka ketawa. Hal ini. sayangkan sesuatu seperti kanak-kanak biasa yang lain.

disebabkan oleh perkembangan kognitif mereka tidak secepat kanak-kanak biasa. Jarak antara dua mata juga kelihatan jauh antara satu sama lain.Mereka tidak mampu melakukan melakukan semua itu kerana masalah pada otot -otot mereka dan kemungkinan masalah pada jantung mereka. berlari. Paras telinga adalah lebih rendah. Hal ini. Memori ini akan mudah kita lupa melainkankita berulang kali mengingatinya. Kanak-kanak biasa mampu mengangkat benda-benda yang agak berat tetapi kanak-kanak sindrom down tak mampu melakukannya kerana otot-otot mereka agak lemah. dan proses berfikir. begitu juga dengan dengan keupayaan mereka berjalan . dan melompat tidak sama dengan kanak-kanak biasa. mata mereka berbentuk badam disebabkan pada kelopak mata mereka mempunyai lipatan epikanthik (lebihan kulit di sudut dalam). Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. memberikan sepenuh tumpuan. tahap pemikiran mereka lebih rendah dibandingkan dengan kanak -kanak biasa.Di dalam perkembangan fizikal kanak-kanak sindrom down. Setiap seorang dari mereka mempunyai wajah yang hampir sama antara kanak-kanak sindrom down yang lain. kita akan mudah mengingatinya dan tidak memerlukan 9 . pemikiran. Jikalau kita lihat dari segi fizikal kanak-kanak sindrom down ini. Perkembangan Kognitif Kanak-kanak sindrom down ini kurang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease". Contohnya perkara yang kita suka. Tambahan lagi. Lehernya agak pendek. Selain itu. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan kebelakang. pembentukan konsep dan ingatan. Manusia normal mempunyai kebolehan untuk mengingat memori melalui dua proses memori iaitu short term memory dan long term memory. berjalan. Long term memory pula ialah memori jangka masa panjang di mana memori ini kita boleh ingat sepanjang hayat kita. Kanak-kanak sindrom down ini selalunya mengalami kerencatan akal. berlari dan melompat. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. penaakulan. pangkal hidung mereka juga kemek. keupayaan mereka mengangkat. Mereka lemah dalam keupayaan daya ingatan (memori). Short term memori atau memori jangka masa pendek merupakan memori yang baru kita peroleh dan tidak disimpan lagi dalam ingatan kekal. mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. angka. sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tambahan lagi.

iaitu pertama. jikalau mereka terdengar bunyi motor di luar. Sebagai contoh. berfikir. ayah. sudah pasti perhatian mereka akan terganggu kerana mereka ingin mengetahui siapa di luar. mereka tidak dapat mengaitkan apa yang mereka belajar dengan keadaan sekeliling. apabila guru mengajar di depan. kakak dan mana-mana orang yang rapat dengan mereka. Tetapi sekiranya mereka tidak mengulangkaji maklumat tersebut. Perkembangan Bahasa Kanak-kanak sindrom down menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. kebolehan belajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa mempunyai impak terhadap perkembangan kanak-kanak termasuklah perkembangan sosial dan emosi. Sebagai contoh. mengingati. Tetapi ini tidak bagi kanak–kanak sindrom down. Sebagai contoh. jikalau kita lihat dari segi penumpuan kanak-kanak sindrom down ini pula.segi tiga ialah satu bentuk di mana menyerupai kon aiskrim dan topi hari jadi. menaakul. Jika kita bertanya pada kanak-kanak normal sudah pasti jawapannya pantas tetapi bagi kanak-kanak sindrom down. Pada hakikatnya. menggunakan kata (bahasa ekspresif) dan kedua. Kita menggunakan kata untuk membina pengetahuan. 10 . mereka akan lupa ia dalam ingatan mereka. mereka mempunyai kesusahan yang sangat luarbiasa untukmenumpukan kepada satu perkara penting yang berlaku di persekitaran mereka. Selain itu.proses berulang kali. Kanak-kanak normal biasanya dapat mengaplikasikan apa yang mereka belajar dengan persekitaran mereka. serta kebolehan kognitif. Mereka memerlukan bantuan guru untuk memberitahu mereka tentang perkaitan pembelajaran mereka. Tambahan lagi. kanak-kanak sindrom down ini juga menghadapi masalah dalam proses berfikir mereka. Tetapi ini tidak berlaku kepada kanak-kanak sindrom down. memahami kata (bahasa reseptif). mereka baru mengetahuinya. Mereka juga akan memberikan tumpuan lebih kepada guru yang menjadi kegemaran mereka. mereka tidak dapat mengingat perkara yang mudah melainkan mereka melakukannya berulang-ulang kali sehinggalah mereka tidak perlu untuk mengenalpasti sesuatu dengan bantuan orang lain. Terdapat dua jenis pemerolehan bahasa. mereka akan kenal ahli keluarga mereka seperti ibu. mereka belajar segi tiga. dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita.

Kanak-kanak sindrom down tidak berupaya menguasai perasaan serta mengawal perasaan mereka ketika marah atau cemburu. teruk dan sangat teruk. kanak-kanak khas ini ada juga yang bertanyakan kepada ibu bapa atau para guru mereka mengapa mereka dilahirkan sedemikian.Kajian ini mendapati kanak-kanak sindrom down merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori (dengar). sederhana. mereka pasti menjawab mereka tidak apa-apa namun. Kanak-kanak sindrom down ringan masih boleh dididik. kanak-kanak ini mengalami terencat akal sama ada ringan. Mereka akan menjerit dan menangis tanpa segan silu dikhalayak orang ramai jika kemahuan mereka tidak dituruti. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005). Kanak-kanak sindrom down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. kajian ini mendapati bahawa perkembangan kemahiran bahasa verbal disokong oleh penggunaan bahasa bukan verbal seperti gerak badan. 11 . Sebagai contoh. mereka kurang faham perbezaan peranan lelaki dan perempuan. jauh di sudut hati mereka pasti ada persoalan yang mereka inginkan jawapan. bahasa isyarat. gambar postur dan sebagainya supaya dapat memperkembang bahasa kanak-kanak tersebut. Perkembangan Emosi Dari segi emosi. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mereka juga mempunyai masalah pendengaran. Atau adakah mereka tidak disayangi oleh ibu bapa dan adakah masyarakat akan menerima mereka. tanda. Semua persoalan ini perlu dijawab secara berhati-hati oleh guru dan ibu bapa supaya tidak mengguris perasaan mereka. Jika ditanya. kanak-kanak ini juga kadang kala akan berasa sedih dan mengalami kemurungan tidak kira masa dan di mana. Oleh itu. jadi perasaan malu kepada lain jantina kurang kepada mereka. Mereka kurang mempunyai perasaan malu dibandingan dengan kanak -kanak biasa. Selain itu. Perasaan segan atau malu kepada lain jantina juga kurang pada kanak -kanak ini.

Kanak-kanak ini juga biasanya mempunyai seseorang yang digemarinya misalnya guru. Mereka juga sukar diajak berbicara mungkin disebabkan mereka kurang fasih berbahasa. kurang melakukan aktiviti kumpulan. mereka akan mula biasa dan selesa untuk bermain dan bercakap sesama sendiri. Tetapi terdapat juga pelajar yang malu . mereka akan merajuk dan marah kerana mereka berpendapat orang kegemaran mereka tidak memberi perhatian kepada mereka lagi. Banyak menyendiri. sekiranya ada orang lain yang mendekati orang kesukaan mereka. mereka tetap memberikan yang terbaik sekiranya kita memerlukan apa-apa dari mereka. Namun. Terdapat beberapa kanak-kanak sindrom down ini yang positif dan boleh bergaul mesra dengan orangyang baru dikenalinya walaupun mereka agak malu pada awalnya. Mereka tidak berapa suka dengan orang baru terutamanya yang belum mereka kenali. Mereka akan memeluk sesiapa sahaja walaupun baru berjumpa. Namun. Mereka tidak dapat membezakan peranan antara lelaki dan perempuan. mereka tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin kumpulan dengan baik seperti kanak -kanak biasa. Pergaulan mereka dengan rakan sebaya juga tidak menampakkan kematangan . mereka kurang aktif dalam pergaulan. Mereka inginkan semua orang untuk menganggap mereka sebagai kanak. Namun. bersifat pema lu dan kadang-kadang menjadi pendiam. Namun. Bergaul dengan masyarakat secara baik adalah satu perkara yang paling dikehendaki oleh kanak-kanak khas ini.malu dan tidak selesa sekiranya berada bersama orang yang baru di kenali mereka. mereka akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada orang yang disukai. Mereka juga kurang percayakan diri sendiri. Perkembangan Personaliti Kanak-kanak sindrom down selalunya mempunyai personaliti introvert. Apabila mereka menyukai seseorang. selepas lama berada bersama mereka akhirnya biasa dengan orang asing tersebut.kanak normal yang lain. kebiasaannya kanak-kanak sindrom down ini sangat ramah dengan orang sekeliling.Selain itu mereka juga belum faham perbezaan lelaki dan perempuan walaupun umur mereka dah belasan tahun. 12 .Perkembangan Sosial Perkembangan sosial kanak-kanak sindrom down ini sangat rendah dibandingkan dengan kanakkanak biasa.

kanak sindrom down biasanya di kesan semasa bayi lagi seperti masalah salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esofagus. 2. 13 . Ini memberi kesan yang sakit kepada jantung kanak . Mereka yang mempunyai personaliti sebegini biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran terutamanya ibu bapa. Masalah Jantung Kanak-kanak keperluan khas sindrom down mengalami pelbagai masalah kesihatan terutamanya masalah yang berkaitan dengan organ dalaman seperti jantung dan usus.Walau bagaimanapun. Selain itu. terdapat juga kanak-kanak sindrom down yang bersifat ekstrovert dan juga ambivert.2 hari dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir. Semua yang berada di sekeliling mereka akan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini supaya lebih berkeyakinan dalam mengharungi liku-liku hidup bermasyarakatan. Selain itu juga.6 Masalah Organ bagi kanak-kanak Sindrom Down. jenis jantung berlubang yang lain adalahAptrial Septal Defect (ASD) dimana ada lubang di antara atria kiri dan kanan. Masalah jantung yang dihadapi ialah jantung berlubang. keluarga. jiran -jiran dan masyarakat sekeliling. Masalah ini perlu dirawat melalui perubatan atau pembedahan. masalah yang di hadapi berkaitan jantung ialah saluran ateriosis berkekalan ( Patent DuctusAteriosis / PDA) dan juga masalah jantung berlubang kebiruan ( cynotic spell) iaitu turut menyebabkan kanak-kanak sindrom down itu sukar untuk bernafas. Masalah jantung berlubang ini ada beberapa jenis iaitu Ventricular Septec Defect (VSD) iaitu ada lubang yang kecil di antara jantung kiri dan kanan. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 . Masalah jantung ini akan menyebabkan darah tidak dapat mengalir mengikut arahnya kerana darah di bahagian kiri dapat memasuki di bahagian kanan jantung. Masalah Usus Masalah usus yang dihidapi ialah kanak .kanak tersebut.

mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang tidak melebihi 70. Kebarangkalian ia berlaku dalam 10% dari kanak-kanak sindrom down. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. 14 . masalah lain seperti salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease" turut dihadapi oleh bayi yang mempunyai masalah sindrom down. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. ia menyebabkan kanak-kanak itu lambat dari pelbagai aspek. Terutama dari aspek pembelajaran.Selain itu. Bayi sindrom down juga turut mengalami masalah salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Masalah Perkembangan Pelajaran Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat perlahan. Sebahagian mereka juga mempunyai risiko kanser sel darah putih iaitu leukemia. Secara keseluruhannya. Ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih baik. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan di tulang-tulang kecil bahagian leher yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (ATLANTOAXIAL INSTABILITY). Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. Bagi kanak-kanak ini. Oleh itu. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. Masalah Hipotairoidism Dan Kanser Masalah Hipotairoidism juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak sindrom down iaitu kanakkanak kekurangan hormon tairod.

Selain itu. pemikiran. Hal ini. mereka ini lambat dalam berlari berbanding kanak-kanak biasa. melukis dan lain-lain juga amat lambat berkembang. kanak . angka. berjalan dan lambat dalam perkembangan motor halus dan kasar. Namun. Ini disebabkan perkembangan mereka tidak sama dengan kanak-kanak biasa. pembentukan konsep serta ingatan. Pekembangan kognitif pula. menjadikan mereka amat digemari oleh ahli keluarga mereka. Contohnya. perkembangan motor halus dan kasar akan berkembang mengikut tahap umur dan persekitaran mereka. 15 . Namun.kanak sindrom down kurang mempunyai kemahiran dalam menggunakan bahasa.Pada peringkat awal pembesaran. perkembangan sosial mereka amat menggalakkan kerana kanak-kanak jenis ini sangat periang. penaalukan. mereka mengalami masalah kelewatan dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat bercakap. keupayaan motor halus mereka seperti menulis.

Kedua. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan. Addison (2003) merumuskan beberapa pengaruh positif intervensi awal ke atas kanakkanak berkeperluan khas. Antaranya termasuklah kemajuan kanak-kanak dalam pelbagai perkembangan pada tahap tertentu.S. Wolfendale (1997) mengemukakan empat tujuan utama intervensi awal. intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya menyokong perkembangan kanak-kanak. intervensi awal adalah untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti. mengurangkan tekanan keluarga dan keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak berkeperluan khas. terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003). sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler. iaitu perkembangan fizikal. pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Ketiga adalah 16 . Pertama. Brazdziunas.0 INTERVENSI AWAL Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan. terapi fisio. malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin serius. kognitif. Guralnick (1997) berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistem yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi keluarga supaya perkembangan kanak-kanak tidak terganggu.3. intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Program intervensi awal adalah disediakan kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai kanak-kanak yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi perkembangan yang berumur 0 hingga 6 tahun (U. seperti terapi cara kerja. Department of Education 2004). Selain itu. Program intervensi awal di Malaysia disediakan kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas yang berumur dari 0 hingga 6 tahun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Majnemer (1998). komunikasi. mengelakkan atau mengurangkan masalah susulan. Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan. intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami.

Peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak sindrom down juga perlu diaplikasikan dengan memberi tindak balas terhadap setiap percakapan mereka. malah jiran tetangga. Hal ini penting untuk merangsang kanak-kanak sindrom down untuk belajar. dan keempat adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah pada masa hadapan. semua pihak akan terlibat. Lazimnya alat artikulasi kanak-kanak sindrom down perlu dipastikan tidak mempunyai masalah untuk menjalankan terapi pertuturan. Guru pula perlu menarik perhatian kanak-kanak sindrom down sebelum bercakap dan tidak terlalu banyak bertanya. bukan sahaja pakar-pakar. tidak dapat dinafikan bahawa intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh itu. guru dan ibu bapa. termasuklah kanak-kanak sindrom down. Program intervensi awal untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah sindrom down adalah sangat penting. Dalam aktiviti pengajaran pula.untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak. guru perlu sentiasa menggunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami. 17 . Melalui program ini. Selain itu. rakan-rakan dan pihak-pihak yang berkaitan. Bukan itu sahaja. Guru juga perlu menumpukan satu pengajaran sahaja dalam satu-satu masa supaya murid diberi masa untuk memahami isi pengajaran tersebut. di dalam pelaksanaan program intervensi awal ini. Mereka akan diajar untuk mengeluarkan bunyi dari peti suara mengikut huruf-huruf yang mudah dengan melaksanakan aktiviti permainan bahasa yang menarik. Pendekatan melalui aksi dan lakonan juga boleh membantu mengoptimumkan proses pembelajaran. Yang pertama terapi pertuturan. kanak-kanak itu akan diberikan perhatian yang khusus bagi mengatasi masalah ketidakupayaan yang dialami. Pelbagai kaedah intervensi awal yang boleh diikuti kanak-kanak yang mengalami sindrom down untuk meningkatkan potensi dan kefungsian mereka. Terapi ini dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kanak-kanak tersebut. segala aktiviti yang dilaksanakan tidak boleh secara berterusan dan bergantung pada masa yang sesuai iaitu ketika mereka masih segar dan aktif.

dan berkongsi barang atau permainan. Penerapan nilai murni seperti menghormati guru dan menghargai orang lain juga merupakan aspek utama dalam program intervensi ini. membuat bahan kraftangan. 18 . Setiap perkembangan pada setiap aspek ini menunjukkan bahawa kanak-kanak sindrom down mengalami perkembangan yang lambat berbanding kanak-kanak normal. Keadaan ini amat berbeza dengan kanak-kanak normal yang mengalami proses perkembangan bagi setiap peringkat umur. mengiring. menggunting kertas. melorek dan menyusun bongkah dan sebagainya. guru perlu memastikan kanak-kanak sindrom down mempunyai kebolehan makan sendiri. Kanak-kanak ini diajar cara-cara untuk makan.Selain itu. terapi cara kerja merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu kanak-kanak sindrom down. menyanyi. berat. Mereka juga harus diberi peluang untuk meluaskan pergaulan. berkawan. pengurusan diri dan sebagainya. Perbandingan perkembangan kanak-kanak sindrom down dengan kanak-kanak normal dapat dikesan berdasarkan kepada perkembangan tinggi. bahasa dan kemahiran kendiri. meniarap. ke tandas sendiri. dan menjaga kebersihan diri serta dapat mengikut peraturan yang ditetapkan. mengesot. melukis lukisan yang mudah. melompat. Semakin meningkat usia mereka. Dalam konteks ini. berlari. mental. Kaedah ini digunakan dengan melatih kanak-kanak ini dari segi kemahiran pergerakan motor. penilaian dilakukan terhadap kebolehan sosial kanak-kanak sindrom down. memakai pakaian. minum. Pergerakan motor halus pula dilaksanakan dengan menggunakan alatan yang halus dan kecil seperti memasukkan benang ke dalam jarum. menari dan sebagainya. kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sindrom down semakin terbantut. Seterusnya. Hal ini berkaitan dengan kemampuan mereka melakukan sendiri perkara-perkara berkaitan penjagaan diri dan pergaulan. berjalan.

dan juga ia dapat memdorong semangat penunggang. menunggang kuda sebagai terapi dapat membantu kanak-kanak ini dalam membaiki imbangan. Namun masih ada beberapa terapi untuk kanak-kanak ataupun orang yang mempunyai masalah ini dari segi aspek sosial. dan emosi. Melalui aktiviti berkuda ini. Hal ini. kanak-kanak sindrom down dapat menanam keberanian dan keyakinan kerana mereka dapat menyentuh dan menunggang kuda tersebut. Antara contohnya ialah terapi berkuda dam terapi urut. 4.1 TERAPI KUDA Menurut Mc Callum terapi berkuda memiliki tiga faedah utama iaitu bersukan. Ketiga-tiga perkara tersebut amat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sindrom down. meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak ini dan dapat membina sikap bertanggungjawab dalam diri mereka. pendidikan serta perubatan. kognitif.0 RAWATAN BAGI SINDROM DOWN Sehingga kini masih belum ada unat untuk merawat sindrom down. ia dapat melatih kanak-kanak ini mematuhi disiplin kerana menunggang kuda perlu disiplin yang tinggi dimana kanak-kanak sindrom down mesti mendengar arahan jurulatih supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan kuda. Tambahan lagi. menguatkan otot. Selain itu.4. membentuk kelembutan. Menurut Chassigne pula. mereka dapat pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat semasa berada di kawasan lading kuda. 19 .

mereka dapat selarikan pergerakan anggota badan dan sisitem pernafasan mereka. 4. memakai baju. mandi.3 TERAPI CARA KERJA Terapi ini adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Ibu bapa boleh mempelajari urutan ini dari pakar urut kerana pakar ini dapat mengajar cara urutan yang betul dalam mengurut kanak-kanak sindrom down ini. Oleh itu.4 TERAPI URUT Terapi urut ini dapat meningkatkan kekuatan otot. Terapi ini melibatkan penilaian kognitif dan persepsi kanak-kanak sindrom down dan kebolehan mereka untuk menjalankan tugas harian seperti berjalan. Hal ini dapat mengawal postur badan kanak-kanak sindrom down ini dan terapi ini boleh dilakukan oleh ibu bapa kerana urutan yang kerap dapat mempercepatkan perkembangan motor-motor halusnya seperti memegang. Melalui aktiviti ini juga.2 TERAPI AIR Terapi ini sesuai dengan kanak-kanak sindrom down didalam perkembangan fizikal dan motor halus dan motor kasar mereka. Terapi cara kerja mengembangkan semua aspek dimana mereka perlu melakukan tugas harian dan selalunya terapi ini diajar di sekolah bagi mata pelajaran kemahiran hidup.4. menulis. Terapi ini tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti kehidupan harian. 20 . otot-otot dan otak mereka dapat dirangsangkan kerana pergerakan didalam air lebih mudah dab bebas serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan mereka. dan sebagainya. dan membuat kerja rumah. meningkatkan pembentukan otot bagi kaki dan tangan hasil daripada stimulasi tekanan. Selain itu. peningkatan aktiviti fungsi motor halus dan keseluruhan. Selain itu. 4. pergerakan dan koordinasi. penjagaan diri dan kemandiri di tempat kerja dan riadah. kanak-kanak sindrom down dapat memperkembangkan sistem kognitif mereka dimana semasa didalam air mereka perlu menggunakan beberapa anggota badan dan sistem pernafasan dalam satu masa.

melalui penekanan dan langkah yang telah di ambil oleh pihak kerajaan telah membantu menyedarkan pelbagai pihak bagi membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut mendapat hak-hak yang sepatutnya mereka peroleh. bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak Sindrom Down melalui perkembangan mental. Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka.5. masyarakat hanya memahami serta mengenali kanak-kanak istimewa sebagai orang kurang upaya (OKU). Khatijah & Yasmin 2006 ). kanak-kanak istimewa sebenarnya mempunayi pelbagai kategori. Hal ini. Hal ini kerana . beriman. berupaya. integrasi sosial dan kemahiran motor mereka. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai ( Yasmin. guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum. kanak-kanak istimewa perlu diberi pendidikan yang bersesuai dan merupakan satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran. Walau bagaimanapun. berhaluan. 2000. Di Malaysia. dan berdikari mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menjadi ahli masyarakat yang seimbang dan produktif setara dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sebagai pendidik. Penekanan dalam aspek pendidikan di Malaysia turut mengalami perubahan yang ketara dari semasa ke semasa. kestabilan emosi. 21 .0 KESIMPULAN Berdasarkan Falsafah Pendidikan Khas.

sosial dan emosi dan adaptasi (Sandler. seperti terapi cara kerja. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka. Brazdziunas. pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. iaitu perkembangan fizikal. kognitif. Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan. 22 . masalah motor. sosialisasi dan masalah emosi. terapi fisio. Program intervensi awal adalah disediakan kepada kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai kanak-kanak yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi perkembangan yang berumur 0 hingga 6 tahun (U. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan. Department of Education 2004). adalah program intervensi awal.Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku. komunikasi. terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga (Addison 2003). Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan.S. masalah pengamatan.

0 LAMPIRAN GAMBAR 1 GAMBAR 3 GAMBAR 2 23 .6.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful