RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH
TAJUK Perubahan Sahsiah Adalah Proses Pertumbuhan Diri Kesan Daripada Interaksi Dalaman (psikologi) Dan Input Persekitaran Luaran. Kursus pembangunan Sahsiah Telah Dibina Khusus Sebagai Input Perubahan Karektor Seorang Pendidik Yang Professional Dan Berkesan. i. Merujuk kepada kursus pembangunan sahsiah, jelaskan 4 (perkara) utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru. Huraikan dengan member contoh yang jelas bagaimana kursus pembangunan sahsiah member kesan kepada perubahan karektor diri anda.

ii.

KUMPULAN A12 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA SAHIMAH BT. MAT ISA

NO. ID D20112054186

NO. TELEFON 0125498766

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN SAMSIAH BT MOHD. JAIS TARIKH SERAH: 9 APRIL 2012

W Allport dalam bukunya “Pattern and Growth in Personality”. JELASKAN EMPAT (4) PERKARA UTAMA YANG CUBA DITERAPKAN KEPADA GURUGURU. kognitif. harapan. persepsi. tabiat. Sistem psikofizikal merangkumi segala unsur psikologi seperti tabiat. ii. perasaan. HURAIKAN DENGAN MEMBERI CONTOH YANG JELAS BAGAIMANA KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH MEMBERI KESAN KEPADA PERUBAHAN KAREKTOR DIRI ANDA. sosial dan rohani seseorang. kebolehsuaian atau keupayaan seseorang untuk berubah dan diubah dan organisasi iaitu bukan sekadar himpunan tingkah laku sebaliknya melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. 1994:1) Sahsiah mempunyai tiga ciri utama iaitu keunikan dengan membawa maksud tersendiri. budi pekerti. Ia merujuk kepada perangai yang mencirikan peribadi orang berkenaan. emosi. urat saraf. nilai. ______________________________________________________________________________ PENGENALAN SAHSIAH Sahsiah bermaksud peribadi atau personaliti. sikap dan watak seseorang. sikap. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan. nilai.PERUBAHAN SAHSIAH ADALAH PROSES PERTUMBUHAN DIRI KESAN DARIPADA INTERAKSI DALAMAN (PSIKOLOGI) DAN INPUT PERSEKITARAN LUARAN. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup. 1 . Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat fizikal. Mengikut G. i. sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam diri seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH TELAH DIBINA KHUSUS SEBAGAI INPUT PERUBAHAN KAREKTOR SEORANG PENDIDIK YANG PROFESSIONAL DAN BERKESAN. pemikiran. kepercayaan dan emosi. motif. wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang. kelenjar. kepercayaan. MERUJUK KEPADA KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH.

Dalam perspektif Islam .t. pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani. emosi mahupun rohani. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak . Empat agen yang memainkan peranan penting dalam pembentukan persekitaran masyarakat ialah keluarga. intelek. Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi. Faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam pembangunan sahsiah adalah hubungan manusia dengan Allah s. perkembangan dan pembangunan sahsiah diri ini banyak dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang berlaku dalam masyarakat. Apabila seseorang itu begitu positif dalam mempersepsikan kehidupannya maka lahirlah golongan yang cemerlang sahsiahnya baik dari segi fizikal. fokus pembangunan sahsiah merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran. rakan sebaya. Terdapat dua pendapat tentang pembangunan sahsiah iaitu menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007) . Pembangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti insan. Secara kesimpulannya. Pembentukan sahsiah diri yang sempurna merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. naluri dan akal individu. media dan agama. sahsiah bermaksud akhlak yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela.w. Dalam proses sosialisasi ini terdapat empat agen yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan persekitaran masyarakat khususnya ke atas perkembangan dan pembangunan sahsiah . Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al 2006).Maka. pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. 2 . peribadi dan tingkahlaku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun.KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Pembentukan sahsiah diri penting dalam kehidupan kita. mental. sahsiah bermaksud personaliti atau secara umumnya akhlak. Manakala menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997). Sahsiah diri dapat didefinasikan sebagai segala tingkah laku moral yang dilakukan tanpa melanggar norma-norma kehidupan masyarakat. tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani. interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. 1992). Oleh itu.

Dalam konteks ini. akhlak. perhubungan sesama manusia. budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati. Interaksi dalaman (psikologi) merujuk kepada jiwa. pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi keperluan jasmani manusia itu sendiri. penelitian serta paksaan. kebudayaan. penghayatan Al-Quran. Kursus pembangunan sahsiah telah dibina khusus sebagai input kepada perubahan karektor seorang pendidik yang profesional dan berkesan. 3 . pengaruh sekolah. media massa dan masyarakat. sesebuah institusi persekolahan tidak akan maju sekiranya barisan gurunya tidak mempunyai kecekapan dan kemahiran yang diperlukan. meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia. akidah. pengalaman awal . Manakala faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga. Manakala Ibn Miskawah mentakrifkan pembangunan sahsiah ialah suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang kerana sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran. pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama. ibadah (ritual).Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsur iaitu pembinaan akidah (kepercayaan). Weber (18641920) dan Maslow (1908-1970) . Menurut Imam Al Ghazali (1989). keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif barat ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia. adab kehidupan berkeluarga. Berdasarkan pandangan seperti Mark (1818-1883). Manusia memainkan peranan penting dalam menggerakkan sesuatu sistem. Dari perspektif Barat. rakan sebaya. Sebaik manapun sesuatu sistem itu. mencari rezeki. jika tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan untuk menguruskannya maka sistem tersebut tidak akan mencapai objektifnya. akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada interaksi dalaman (psikologi) dan input persekitaran . rohani atau mental.

kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt.Dalam hal ini. Gagne. emosi.Profesion perguruan merupakan profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat. bagi merealisasikannya. membentuk konsep. menyelesaikan masalah dan sebagainya. Guru juga sentiasa mengetahui dan memahami nilai. Gurulah yang bertanggungjawab memimpin dan mendidik masyarakat. Peranan guru juga bukan sahaja terhad kepada dirinya tetapi juga kepada rakan sekerja agar sama-sama dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna. Sebelum membentuk sahsiah pelajar. Guru juga adalah pendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan memegang kepada konsep JERIS iaitu jasmani. Bruner dan Ausubel. Kama Hasan (1998) menjelaskan. Guru adalah antara insan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing. fizikal . menaakul. EMPAT PERKARA UTAMA YANG DITERAPKAN KEPADA GURU Merujuk kepada kursus pembangunan sahsiah terdapat empat perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru iaitu aspek kognitif . Pendekatan kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran indidvidu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. rohani . Oleh itu. “Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar”. vygotsky. Professor Mohd. guru bukan sahaja perlu lengkap dengan ilmu pengetahuan khusus secara formal. intelek dan sosial. Pieget.Guru mestilah menanamkan nilai-nilai yang tinggi di dalam diri mereka supaya professionalisme dan kredibiliti mereka sebagai warga pendidik dapat dikekalkan dan dimantapkan. Konsep kognitif ialah menggambarkan pemikiran seseorang yang digunakan untuk mengorganisasi informasi yang didapati dalam membantu menginterprestasi dan memahami dunia 4 . guru perlu terlebih dahulu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi pelajar. matlamat dan tujuan serta keperluan am pengajaran yang telah ditentukan. menganalisis. Menurut Atan Long (1978). akan tetapi perlu disertai sahsiah diri. kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir. sosial dan rohani.

Schmidt dan Wrisberg (2000). 5 . Carls Rogers (1950). kepakaran dan profesionalisme. kesihatan. menjelaskan bahawa kemahiran fizikal dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup dan terbuka. Kedua-dua kategori ini amat perlu bagi memperkembangkan kemahiran .Konflik kognitif adalah merupakan usaha untuk mendapatkan perseimbangan fikiran.Nilai kognitif merupakan suatu kemahiran yang dapat menjadikan seseorang itu berfikir secara inovatif dan kreatif. Konsep kendiri merangkumi gambaran tentang rupa. Fizikal seseorang guru pula dirujuk kepada kebolehan mempamerkan tingkah laku. keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah . boleh berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus setiap aktiviti yang diberikan. Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana dia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. kelemahan dan tingkah laku kita. kita perlu menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tidakan sesuai dengan masa serta keadaan seperti menggunakan seluruh potensi . kemahiran fizikal berkait dengan kematangan seseorang individu berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengalaman. mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi dan sentiasa mempertingkatkan ilmu. penampilan kendiri serta pengurusan kendiri. mendifinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya. Menurut Wright dan Sugden (1999). Proses pembelajaran ini pula. persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Sebagai seorang guru kita haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya. sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti . Teori kognitif dapat diserapkan kepada guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran di mana segala maklumat yang tersimpan dalam ingatan seseorang akan diaplikasikan dalam pembelajaran. Sebagai seorang guru juga. kebolehan.

Individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif lazimnya dapat menghadapi masalah dan cabarancabaran dengan tabah. peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripoada interaksinya dengan persekitaran. berpendapat hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling memerlukan. 6 . sikap lebih terbuka serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. cepat merajuk serta mudah tersinggung perasaannya. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku . bersifat optimistik. Dalam hubungan sosial ini kita harus bersedia menerima pendapat orang lain sama ada secara negatif atau positif. Kita juga mempunyai peluang untuk memberi pendapat kita sama ada kita bersetuju atau tidak dengan pendapat orang lain. menyatakan bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial pula ditakrifkan sebagai proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok. Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja. berpendapat konsep kendiri dilihat melalui dua cara iaitu tanggapan diri seseorang individu dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu. Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963). kelemahan dan tingkah laku seseorang. Sunarto dan Hartono (1999). Kemahiran sosial menurut Philip (1991). Melalui interaksi sosial kita dapat melihat kebolehan. perasaan dan fikiran. Individu yang mempunyai konsep kendiri negatif akan berasa tidak puas hati. Manakala Sharifah Alawiah (1987) menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi. Kemahiran sosial terbentuk di antara seseorang bagi menyesuaikan dirinya dengan orang lain dan alam sekitar. Syamsu Yusuf (2007). Ini secara tidak langsung akan membentuk emosi yang tenang dan stabil bagi individu terbabit. tidak gembira. ia akan membentuk diri seseorang itu supaya lebih bersedia menerima pendapat dan kritikan daripada orang lain serta bersikap lebih tenang dan mudah berinteraksi. bermaksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Melalui hubungan sosial ini.Dari segi psikologi . moral dan tradisi bagi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama antara satu sama lain.

jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Setiap orang merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat penyakit jasmani yang menimpa seseorang tetapi penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat buruk yang lebih serius daripada penyakit jasmani . menjauhkan diri daripada tuhan. Perkataan rohani dalam bahasa Melayu sering dikaitkan dengan hati.Hubungan sosial dimulai dari tingkat sederhana dan terbatas serta didasari oleh keperluan yang sederhana. Menurut Imam Ghazali dalam kitab Ihyaulumiddin menerangkan bahawa roh itu ada dua makna iaitu pertama. Keterangan tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran. Rohani yang sihat begitu terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah dan menerimanya dengan penuh syukur manakala rohani yang tidak sihat sentiasa bersyak wasangka dan dibelenggu dengan rasa tidak puas hati. ghairah untuk bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan. mental. maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan” (Q. Firman Allah yang bermaksud. Semakin dewasa dan bertambah umur. kita perlu merawat penyakit rohani ini yang tentunya akan mempengaruhi diri dan profesion kita. melumpuhkan daya kerja dan merosakkan jasmani. 7 . antaranya. jiwa. keperluan manusia menjadi kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang secara kompleks. Roh juga bermaksud bersifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian.S al-Baqarah. Seseorang guru yang sihat rohaninya akan mudah menangkap kebenaran dan hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. ayat 10) Sebagai seorang guru. Antara kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit rohani adalah menganggu ketenangan. fikiran dan sebagainya yang mewujudkan sebagai suatu unsur peribadi manusia yang paling unik yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Guru yang sihat rohaninya juga memiliki kemampuan beramal yang tinggi. kalbu. “ Dalam hati mereka ada penyakit.

jasmani. sosial. emosi. mental. jadi saya perlu menjaga pakaian. pertuturan dan tingkah laku terutama apabila berhadapan dengan murid-murid. Untuk meningkatkan martabat profesion ini saya turut melanjutkan pelajaran walaupun sudah agak berusia. Namun. Berita-berita menggembirakan yang menggambarkan sahsiah guru yang baik dan ketabahan guru menghadapi cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan ini. saya semakin mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. saya lebih menghargai dan ingin menjaga nama baik profesion ini .Guru merupakan role model kepada murid. keturunan dan agama. Kesedaran terhadap masa juga timbul dalam diri iaitu lebih menghargai masa untuk datang ke sekolah dan menepati masa ketika masuk ke dalam kelas. tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru juga turut menjadi fokus utama media massa dan penyelidik.Kursus Pembangunan Sahsiah Memberi Kesan Kepada Perubahan Karektor Diri Kursus pembangunan sahsiah telah memberi kesan kepada perubahan karektor diri saya selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan : Perubahan Karektor Diri Terhadap Profesion Perguruan Melalui kursus pembangunan sahsiah yang dihadiri. Kesan Perubahan Karektor Diri Terhadap Pelajar Melalui kursus pembangunan sahsiah. Mereka telah dianggap seperti anak sendiri dan cuba mendekati dan menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa mengira faktor ekonomi. politik. 8 . Saya perlu membuang sikap pilih kasih dan mengutamakan murid cemerlang kerana semua murid berhak mendapat layanan yang sama rata. Pendedahan tentang penglibatan guru dalam fenomena ini menyedarkan saya tentang betapa tingginya harapan negara dan masyarakat terhadap peranan yang dimainkan oleh seorang guru.

Kesan Perubahan karektor Terhadap Rakan Sejawat Melalui kursus pembangunan sahsiah ini juga. 9 . Hubungan dengan ahli keluarga juga semakin rapat kerana kebahagiaan keluarga memudahkan saya menguruskan tanggungjawab di tempat kerja. bertanggungjawab dan berguna . Seseorang guru juga tidak boleh menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Kesan Perubahan Karektor Terhadap Masyarakat dan Negara Melalui kursus pembangunan sahsiah . Saya menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri kerana tuntutan pekerjaan memerlukan saya mempunyai kesihatan diri yang baik dan personaliti diri yang meyakinkan apabila berhadapan dengan pelanggan (murid). menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan. Kesan Perubahan Karektor Terhadap Diri Sendiri dan Keluarga Melalui kursus pembangunan sahsiah ini juga. Selain itu . saya dapat merasa akan perubahan karektor saya terhadap diri sendiri dan keluarga. saya perlu bersikap positif dan berbaik sangka terhadap rakan sejawat. Kita tidak boleh membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru. Perbezaan agama. saya juga perlu memupuk sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia. budaya ataupun parti politik tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melepaskan perasaan terhadap rakan sejawat. Saya juga semakin bertanggungjawab terhadap keluarga kerana kejayaan anak-anak bermula di rumah dan bukannya bergantung kepada guru-guru di sekolah semata-mata. keturunan dan agama. Saya tidak menganggap kerja itu sebagai bebanan tetapi sebagai tuntutan dalam kehidupan. kita perlu membantu rakan sejawatan terutamanya yang baru menyertai profesion perguruan supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar dan membantu mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan.

sosial dan rohani individu. perasaan. kursus pembangunan sahsiah juga telah dibina khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang professional dan berkesan. tingkah laku. pemikiran. Sahsiah yang kita miliki adalah aset diri yang paling penting kerana melalui sahsiah dapat membantu bagaimana kita membentuk pengalaman yang telah ditempuh mahupun yang akan datang. 10 . Kursus ini juga memberi pendedahan tentang penampilan fizikal.Kesimpulan Kursus pembangunan sahsiah merupakan satu kursus yang memberi penekanan kepada pembinaan sahsiah yang baik. sikap. Selain itu.

Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ee Ah Meng. Selangor.upsi. 1999. Multimedia Sdn. Kamus Dewan. Boston: Allyn and Bacon.scribd. Psikologi Pendidikan 1: Pertumbuhan dan Perkembangan. Mok Song Song.Bibliografi Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin.com/mohd_nor_38/d/52770629-04-KKD2063-UNIT-1-PENGERTIANPEMBANGUNAN-SAHSIAH http://www. Misi dan Matlamat.my http://rusmiza-rusle. 1994. 1995.com/2011/06/nilai-bitara-pembangunan-sahsiah-guru. M. Dimuat turun daripada http://www. H. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.edu. Personality : Classic Teories and Modern research. & Schustack.scribd.htm http://www.S. 2005. Psikologi dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. 1996. Visi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Friedman.W. Petaling Jaya: Longman.blogspot. Bhd.com/doc/55709043/Huraikan-Lima-Aspek-Ciri-Guru-Yang-Berkesan-DalamPengajaran-Berdasarkan-Nilai . Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan . 2011.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful