You are on page 1of 2

PENILAIAN PRESTASI 1.

Ketua jabatan bertanggungjawab memastikan penilaian prestasi dilaksanakan secara adil, saksama dan objektif supaya ganjaran yang diberi setimpal dengan prestasi anggota . Ketua jabatan juga menerusi penilaian prestasi, dapat mengenalpasti anggota yang memerlukan bimbingan dan latihan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi mereka. Bincangkan lima rancangan tindakan yang boleh dijalankan oleh ketua jabatan bagi mencapai matlamat ini. Jawapan: i. ii. iii. merangka rancangan kerja jabatan secara bersama dengan ketua bahagian untuk dilaksanakan oleh tiap-tiap bahagian selaras dengan strategi yang dipersetujui ; merangka rancangan kerja jabatan bersama dengan ketua bahagian dan unit; menetapkan ukuran piawaian (standard) bagi setiap aktiviti utama jabatan yang akan dijadikan asas pencapaian kerja bagi semua bahagian dan unit . Piawaian yang ditetapkan hendaklah munasabah serta boleh dicapai dan diukur; memastikan kerja yang dijalankan oleh ketua bahagian dan ketua unit mengikut jadual yang ditetapkan bagi keseluruhan jabatan dengan mengadakan system penyelarasan, pengawalan dan kajian semula yang senua; menentukan supaya anggota yang bertanggungjawab sebagai Pegawai Penilaian Pertama dan Pegawai Penilaian Kedua di jabatan masing-masing menyediakan laporan penilaian prestasi anggota di bawah penyeliaan mereka menurut peraturan dan jadual yang ditetapkan; mengarahkan Pegawai Penialain Pertama dan Pegawai Penilaian Kedua yang akan bertukar , bersara atau meletak jawatan, menyediakan laporan penilaian prestasi di bawah penyeliaan mereka jika tempoh penyeliaan mereka itu tidak kurang daripada 6 bulan ; dan memastikan penilaian prestasi anggota yang dilantik pada penghujung tahun (selepas 1 Julai ) disediakan apabila tempoh sebenar perkhidmatan mereka genap 6 bulan

iv.

v.

vi.

vii.

2.

Sistem Penilaian Prestasi perkhidmatan awam telah menetapkan dua peringkat penilaian prestasi seseorang pegawai dinilai (PYD) iaitu pegawai yang diperlukan dalam menentukan PPP dan PPK ; Jawapan: Syarat-syarat tersebut ialah : i. ii. hendaklah ujud hubungan kerja dan penyeliaan di mana PYD bertanggungjawab secara langsung kepada PPP; gred hakiki PPP hendaklah lebih tinggi daripada gred hakiki PYD. Syarat ini boleh dikecualikan jika PPP dan PYD berada digred hakiki yang sama tetapi ujud hubungan kerja dan penyeliaan di mana PYD bertanggungjawab secara langsung kepada PPP; tempoh penyeliaan hendaklah tidak kurang daripada 6 bulan dalam sesuatu tahun penilaian. Sekiranya seseorang PYD itu berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh yang sama panjangnya, maka keduadua

iii.

41

iv.

v.

vi. vii.

PPP yang terbabit dikehendaki menyediakan laporan prestasi yang PYD yang berkenaan; sekiranya tiada PPP yang layak menilai kerana tempoh penyediaannya kurang dari 6 bulan dalam tahun yang dinilai, maka penilaian hendaklah dibuat oleh anggota yang lebih tinggi yang terdekat yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD; bagi PYD yang diselia oleh lebih daripada seorang PPP dalam tempoh yang berbeza-beza panjangnya dan tidak ada anggota kanan yang lain yang layak membuat penilaian , maka PPP yang paling lama tempoh penyeliaannya bolehlah membuat penilaian tersebut; sekiranya PPP telah bersara, meletak jawatan atau tidak dapat dikesan, maka laporan prestasi PYD hendaklah disediakan terus oleh PPK, dan tiada hubungan kekeluargaan terdekat samada melalui pertalian darah atau perkahwinan (suami, isteri, anak, adik-beradik, anak saudara, mertua, menantu, ipar, sepupu atau biras ) di antara PYD, PPP dan PPK.

3.

Pegawai penilai adalah bertanggungjawab untuk menentukan supaya laporan dan penilaian disediakan bersifat adil dan saksama. Nyatakan lima pendekatan yang dapat menghasilkan penilaian prestasi yang adil dan saksama. Jawapan : Pendekatan-pendekatan tersebut adalah : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. penilaian hendaklah dibuat secara berterusan dan berdasarkan kepada pencapaian kerja sebenar sepanjang tahun penilaian hendaklah dibuat secara bebas tanpa dipengaruhi oleh prestasi tahun-tahunsebelumnya penilaian hendaklah dibuat dengan keyakinan bahawa pegawai yang dinilai merupakan asset terpenting yang perlu dan boleh dimajukan dari semasa ke semasa penilaian tidak dibuat secara tergesa-gesa atau dilakukan di saat akhir penilaian tidak dipengaruhi oleh factor yang boleh dianggap sebagai pilih kasih, berat sebelah ,syak wasangka penilaian tidak bersifat terlalu murah hati atau sebaliknya penilaian hendaklah tepat bukan memberi markah dalam lingkungan pertengahan sahaja tidak memberi perhatian yang lebih kepada perkara yang baru berlaku, sama ada bersifat positif atau negative, yang boleh mempengaruhi penilaian keseluruhan seseorang anggota penilaian berdasarkan prosuder yang telah ditetapkan

42