You are on page 1of 13

RIS

SEMESTER 1 SESI 2011/2012 KOD & NAMA KURSUS

HNS2013 KENEGARAAN
TAJUK

TUGASAN 1 - ESEI ( 20%) Bincangkan Jenis-Jenis Kerajaan Berserta Contoh Yang Sesuai
DISEDIAKAN OLEH NAMA NORZALIZA BINTI AHMAD NO. ID 20112052948 NO. TELEFON 0172297481

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHAMAD KAMAL BIN KAMARUDIN TARIKH SERAH: 30 MAC 2012

1.

Pengenalan.

Konsep kerajaan dalam erti kata yang sebenar merujuk kepada fungsi-fungsi yang terlibat dalam pengurusan dan perjalanan hal ehwal sesebuah negara. Sistem kerajaan merangkumi institusi-institusi dan agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk menggubal dan melaksanakan dasar dasar negara. Kerajaan juga bermaksud suatu badan atau organisasi yang sah dalam suatu kawasan tertentu yang mempunyai bidang kuasa tunggal yang sah bagi penguatkuasaan.Sistem-sistem kerajaan yang terdapat di dunia pada hari ini boleh dibahagikan berasaskan kepada:i) ii) 2. Pembahagian kuasa kerajaan antara kerajaan pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri atau tempatan. Kewujudan atau ketidakwujudan raja. Jenis-jenis Kerajaan

Terdapat beberapa jenis kerajaan di dunia ini, antaranya ialah :i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Kerajaan Demokrasi Kerajaan Monarki Kerajaan Demokrasi Berparlimen Kerajaan Komunis Kerajaan Sosialis Kerajaan Republik Kerajaan Totalitarianisme

Di antara jenis-jenis kerajaan ini terdapat ciri-ciri perbezaan dan sedikit persamaan antara satu sama lain.

2.1.

Kerajaan Demokrasi

Kerajaan Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang mana kuasa menggubal undangundang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil kerajaan yang demokratik. Kerajaan yang demokrasi mempunyai ciri-ciri berikut:i. Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan sama ada secara tulisan,secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya perlembagaan akan memasuki doktrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih daripada satu kuasa. ii. iii. iv. v. vi. vii. Pilihanraya untuk memilih pegawai-pegawai awam yang dikelolakan secara bebas dan adil. Rakyat diberi hak mengundi. Kebebasan bersuara seperti berceramah,berhimpun dan berkempen. Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain. Kebebasan berpersatuan Semua masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang

Contoh negara yang mengamalkan kerajaan demokrasi ini ialah Amerika Syarikat. 2.2. Kerajaan Monarki

Pemerintahan beraja atau Monarki merupakan sejenis kerajaan yang mana ketua kerajaannya ialah seorang raja. Kerajaan Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem kerajaan yang tertua di dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi menurun kepada 240 buah dalam abad ke 20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-20 hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut hanya 4 negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak, manakala selebihnya

terhad kepada sistem perlembagaan. Dalam zaman sekarang, konsep monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja berperlembagaan,iaitu raja yang kuasanya terhad oleh perlembagaan. Monarki juga merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan raja atau kerajaan di mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif. Monarki demokratik adalah berbeza dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi takhtanya, tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Contohnya negara Malaysia, mengamalkan kedua-dua sistem iaitu raja berperlembagaan serta monarki demokratik. Bagi kebanyakan negara, raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan negara tersebut. Selain itu raja biasanya ketua agama serta ketua angkatan tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam, manakala di United Kingdom Ratu Elizabeth II adalah ketua Agama Kristian Protestan. Contoh kerajaan yang mengamalkan monarki mutlak ialah Brunei, Arab Saudi dan Kuwait. Di negara tersebut tidak diadakan pilihanraya umum untuk memilih pemimpin. Pentadbiran raja pula dibantu oleh kaum keluarga terdekat. 2.3. Kerajaan Demokrasi Berparlimen

Sistem demokrasi berparlimen, mempunyai kuasa yang tertinggi iaitu parlimen. Antara negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Malaysia, Britain, Jepun dan India. Parlimen terdiri daripada ahli-ahli yang dipilih dalam pilihanraya umum yang selalunya diadakan sekurang-kurangnya lima tahun sekali. Parlimen ialah badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang negara. Tugasnya ialah menggubal undang-undang dan dasar-dasar melalui kuasa yang diberi kepadanya oleh undi rakyat. Sistem demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua dewan iaitu dewan yang dipilih oleh orang awam melalui pilihanraya umum dan dewan yang kedua adalah yang ahliahlinya dilantik oleh ketua negara atau institusi-institusi tertentu yang ditugaskan oleh perlembagaan untuk berbuat demikian. Britain , India dan Malaysia adalah contoh negara yang mempunyai sistem seperti ini. Manakala Denmark, Singapura dan Sweden hanya mempunyai satu dewan yang ahli-ahlinya dipilih secara langsung oleh pengundi.

Parti atau gabungan parti-parti yang mempunyai majoriti kerusi dalam parlimen akan membentuk kerajaan. Kerajaan ini akan mengemukakan dasar-dasar dan rang undangundang untuk perbahasan dan keputusan. Ahli-ahli parlimen biasa termasuk pembangkang boleh juga membentangkan rang undang-undang tetapi selalunya perkara ini dilakukan oleh parti yang memerintah. Rang undang-undang yang dibentangkan akan diteliti oleh parlimen.Setiap rang undang-undang melalui tiga tahap iaitu bacaan pertama,di mana rang undang-undang tersebut diedarkan kepada semua ahli parlimen. Bacaan kedua pula di mana perbahasan diadakan dan bacaan ketiga, di mana rang undang-undang itu dikaji. Selepas diluluskan oleh senat rang undang-undang itu dikemukakan kepada ketua negara sama ada raja atau presiden untuk ditandatangani. Selepas ditandatangani dan digazetkan ia dianggap sebagai rang undang-undang. Oleh sebab kabinet yang mengemukakan rang undang-undang dan dasar-dasar , maka kabinetlah yang sebenarnya merupakan penggubal undang-undang. Ahli-ahli kabinet memainkan peranan utama dalam perdebatan dan perbincangan tentang sesuatu dasar itu. Menteri kabinet bukan sahaja berperanan dalam proses perundangan, mereka juga mengetuai kementerian-kementerian yang melaksanakan dasar-dasar yang diluluskan oleh parlimen. Contohnya, menteri pelajaran bukan sahaja bertanggungjawab menggubal dasardasar pelajaran,beliau juga menyelia dasar-dasar itu dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan atau pegawai pentadbiran. Menteri-menteri dan pegawai pentadbiran bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dasar.Badan pelaksana ini dipanggil eksekutif dan pentadbiran awam. Perundangan dan eksekutif adalah dua cabang penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Walaupun dua badan ini berbeza daripada segi fungsi dan kedudukan undang-undang, daripada segi lain pula mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat. Menteri-menteri kabinet memainkan peranan utama dalam kedua-dua badan ini. Demokrasi berparlimen juga mempunyai institusi yang bertanggungjawab memastikan bahawa undang-undang dijalankan dengan adil. Badan ini disebut sebagai badan kehakiman. Mengikut teori demokrasi,badan kehakiman adalah bebas daripada kawalan politik. Hakim-hakim dilantik oleh ketua negara dan bukannya oleh kabinet walaupun pelantikan ketua negara itu adalah atas nasihat perdana menteri.Hakim-hakim tidak boleh

disingkirkan oleh kabinet atau parti yang memerintah. Jawatan hakim dibezakan daripada jawatan-jawatan kerajaan yang lain. Gaji, kenaikan pangkat dan syarat-syarat perkhidmatan mereka adalah di bawah satu Suruhanjaya Kehakiman yang tersendiri. Kebebasan kehakiman adalah salah satu daripada kekuatan sistem demokrasi. Kebebasan ini memastikan bahawa keadilan dapat dilaksanakan dengan berkecuali dan hakim-hakim dapat menjalankan tugas mereka tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Hakim-hakim bebas untuk mentafsirkan undang-undang yang diluluskan oleh parlimen mengikut fahaman mereka tentang keadilan pelaksanaannya. Kebebasan kehakiman ini merupakan ukuran terpenting dalam menentukan sifat demokratik sesebuah kerajaan itu. 2.4. Kerajaan Sosialis Sosialisme merupakan teori atau sistem sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata. Kebanyakan parti sosialis ditubuhkan semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Antara sosialis yang terkenal ialah Karl Max,Vladimir Lenin,Fidel Castro,Albert Einstein dan Ho Chi Minh. Sekali imbas, perkataan sosialisme dan komunisme seakan-akan sama. Pada masa kini,dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza. Selepas Perang Dunia Pertama dan Revolusi Rusia, sosialisme terbahagi kepada dua. Sesetengah golongan sosialis mengikut fahaman yang dibawa oleh Lenin dan dipanggil komunis. Sesetengah sosialis yang lain pula percaya kepada sistem parlimen dan mereka ini dipanggil sosial demokrat. Sosial demokrat sangat tidak bersetuju dengan komunis tetapi antara ciri persamaan mereka ini adalah menyokong konsep negara kebajikan. 2.5. Kerajaan Komunis

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian (fahaman sama rata) tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Tokoh ideologi komunisme yang terkenal iaitu Karl Marx menyatakan

komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. Komunisme suci menurut Karl Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas,tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses ekonomi,politik dan sosial. Selain daripada Karl Marx, tokoh penting lain dalam memperjuangkan kerajaan komunis ialah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme,Stalinisme,Moisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden,komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme. Era kegemilangan komunisme adalah antara akhir Perang Dunia Ke-2 dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat. Ideologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. Secara rasminya ada 9 buah negara yang berpegang dengan fahaman komunis iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Kesatuan Soviet ( Kesatuan Republik Sosialis Soviet ) China ( Republik Rakyat China ) Cuba ( Republik Cuba ) Laos ( Republik Demokratik Rakyat Laos ) Vietnam ( Republik Sosialis Vietnam ) Korea Utara ( Republik Demokratik Rakyat Korea ) Yaman Selatan ( Republik Demokratik Rakyat Yaman ) Myanmar/ Burma ( Republik Sosialis Kesatuan Burma ) Kemboja / Kampuchea ( Demokratik Kampuchea ) membuat keputusan dari segi

Walau bagaimanapun, hanya 5 buah negara sahaja yang kekal memerintah di bawah gaya kerajaan komunis iaitu China, Laos, Vietnam, Cuba dan Korea Utara. Sungguhpun

begitu, fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula pudar sedikit demi sedikit selepas pencetusannya. Perkara ini dapat dilihat di negara China sendiri. Polisi pemerintah China terhadap pelabur ( kapitalis ) yang dianggap musuh telah berubah semenjak tahun 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran kilang-kilang di negara China. Malahan China sekarang muncul antara negara kuasa besar ekonomi dalam bidang perindustrian. 2.6. Kerajaan Totalitarianisme

Totalitarianisme merupakan fahaman bahawa sistem pemerintahan yang paling ekstrim adalah dengan membenarkan kewujudan satu parti politik sahaja untuk memerintah negara secara total (mutlak). Sistem ini adalah lebih ketara dari sistem diktator atau negara polis dan ia melibatkan propaganda yang berpanjangan untuk memastikan rakyatnya secara rela hati akan patuh kapada kerajaan. Adakalanya kerajaan akan mengambil langkah kejam seperti menghukum para intelek supaya tiada rakyat yang berani menentang kerajaan yang total ini. Pada asalnya perkataan ini telah digunakan oleh Bennito Mussolini bagi rejimnya di Itali. Sewaktu Perang Dunia ke-2, Hannah Arendt seorang ahli falsafah telah mempopularkan konsep ini untuk menunjukkan persamaan di antara Nazisme dan Stalinisme sebagai teori-teori Sivik. Kebanyakan rejim-rejim fasis dan komunis telah dianggap sebagai totalitarian walaupun sebahagian besar darinya rejim Franco di Sepanyol dan Musolini di Itali dan juga rejim komunis seperti di Yugoslavia di bawah pimpinan Tito dan China di bawah Deng Xiaoping adalah lebih bersifat autoritarian berbanding totalitarian. Namun, terdapat beberapa kerajaan yang lalu yang boleh dianggap sebagai totalitarian.Kerajaan Joseph Stalin di Kesatuan Soviet dan kerajaan Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler adalah beberapa contoh kerajaan totalitarian. Kedua-dua kerajaan ini telah bertahan lama dan rakyatnya seolah-olah terperangkap dengan ideologi kerajaan mereka. Khmer Rouge di bawah kerajaan Pol Pot yang zalim menunjukkan betapa bahayanya sistem ini kepada masyarakatnya di mana terdapat lebih kurang 2 juta rakyat Kemboja telah menjadi mangsa penindasan rejim tersebut.

Terdapat hujah yang menyatakan totalitarisme memerlukan seorang tokoh hebat yang dihormati sebagai ketua sesuatu rejim. Kebanyakan kerajaan totalitarian mempunyai pemimpin seperti ini , contohnya Hitler, Stalin, Mao Ze Tung, Musolini, Pol Pet dan Kim II Sung. Ramai cendekiawan tidak menganggap era Brezhnev Soviet dan kebanyakan negara Perjanjian Warsaw sebagai totalitarian. Namun, apabila kerajaan-kerajaan ini tumbang, sebahagian besar penduduk di negara tersebut mengatakan pengalaman mereka ketika itu adalah sememangnya di bawah totalitarianisme. Oleh itu pemimpin yang berkarisma tidak sewajarnya perlu menjalankan pemerintahan totalitarianisme. 2.7. Kerajaan Republik

Republik merujuk kepada sejenis kerajaan yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih rakyat seperti presiden dan bukannya beraja atau monarki. Namun begitu, kerajaan republik tidak boleh disamakan dengan konsep demokrasi. Terdapat kes di mana negara republik diperintah secara kukubesi atau totalitarian. Contohnya Afrika Selatan telah menjadi republik sejak 1961, tetapi disebabkan dasar aparthied lebih kurang 80% penduduk kulit hitamnya dilarang mengundi. Walau bagaimanapun,terdapat juga negara republik yang mengamalkan perwakilan secara demokrasi. Konsep republik telah digunakan sejak berabad lamanya dengan republik yang paling terkenal iaitu Republik Rom yang bertahan begitu lama. Di dalam republik tersebut prinsipprinsip seperti memegang jawatan selama satu tahun sahaja dan dua orang memegang jawatan ketua negara telah lama dipraktikkan. Pada zaman kini, ketua negara sesebuah republik itu biasanya seorang sahaja, iaitu dipanggil presiden. Namun begitu di negara Switzerland terdapat majlis tujuh ahli yang merangkap sebagai ketua negara, dipanggil Bundesrat dan di San Marino, jawatan ketua negara dipegang oleh 2 orang pemimpin. Antara berikut adalah beberapa contoh negara yang mengamalkan kerajaan republik. Albania Bulgaria Finland Romania Argentina Azerbaijan Crotia Perancis Turki Brazil

Bolivia Afrika Selatan Kazakhstan Republik Afrika Tengah 2.8. Kerajaan Autokrasi

Colombia Republik Czech Mexico San Marino

Kerajaan autokrasi merupakan satu kerajaan yang dibentuk dari satu parti seperti junta (tentera) dan komunis. Sesebuah negara autokrasi akan diperintah oleh seorang individu dengan memegang kuasa mutlak. Dalam negara yang mengamalkan sistem ini, persaingan politiknya adalah terhad. Walau bagaimanapun, penekanan terhadap sikap nasionalisme dalam kalangan rakyatnya amat dititik beratkan. Dalam kerajaan jenis ini, ideologi yang dipegang tidak begitu jelas dan nyata. Namun begitu untuk mengekalkan kekuasaan pemerintah, mereka akan menggunakan kekerasan terhadap rakyat. Kekerasan akan digunakan untuk mendapatkan kesetiaan. Malaysia Contoh Kerajaan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan. Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri. Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan. Dalam sistem kerajaan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu Badan Perundangan,

10

Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah saling berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya Jemaah menteri adalah bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas dari politik, bagi menjamin keadilan di negara ini Badan Perundangan. Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak serta tidak boleh mempunyai kuasa lain. Badan Pemerintah. Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman. Badan Kehakiman. Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Kesimpulan Secara ringkasnya bolehlah dirumuskan bahawa di dunia ini terdapat banyak corak pentadbiran yang diaplikasikan oleh pemerintah masing-masing. Bentuk pemerintahan sesebuah negara banyak dipengaruhi oleh zaman negara itu dijajah oleh kuasa besar yang lain, sepertimana negara-negara komanwel yang menerima acuan pemerintahan daripada British. Terdapat juga bentuk kerajaan yang hanya diamalkan oleh sebilangan kecil negara di dunia seperti kerajaan monarki iaitu raja berkuasa mutlak sebagai ketua kerajaan. Malah terdapat juga sistem kerajaan yang hampir tidak diamalkan lagi seperti sistem Totalitarian. Pada dasarnya sesuatu sistem kerajaan yang diamalkan adalah atas kehendak rakyat negara tersebut. Jika sistem yang diamalkan tidak memberi keadilan kepada rakyat, maka lamakelamaan rakyat akan bangun memberontak sebagaimana yang berlaku di Mesir dan Libya. RUJUKAN Mahdi Shuid & Mohamad Fauzi Yunus. (2011). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur. Longman.

11

Modul Pusat Pendidikan Luar UPSI. (2012). HNS2013 Kenegaraan.Universiti Pendidikan Sultan Idris.Tanjong Malim.Perak. Ranjit Singh Malhi. (1985). Sejarah Kertas 2. Kuala Lumpur. Federal Publication. Azhar Hj.Mad Aros,AzharudinMohdDali,Arbaiyah,MohdNoor&SalinaHj. Zainol.(2000). Siri Sejarah TITAS.Shah Alam. Fajar Bakti. Mansor Hasan&Wan Napsiah Wan Yusof. (2004). Sukses Sejarah Tingkatan 5.Shah Alam ,Selangor. Fajar Bakti. Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman,Muhd Yusuf bin Ibrahim,Muhammad Bukhari bin Ahmad&Rosnanaini binti Sulaiman. (2003). Buku Teks Sejarah Tingkatan 4.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Shahnizat bin Sakiran,shahnizat.blogspot.com/ Wikipedia.org/wiki/kerajaan_ dunia. www.hassrulhassan.com/2011/05_kerajaan agung di dunia Media Online News./com/dunia/10_kerajaan terbesar dunia dalam sejarah

12

13