ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN FIRMAN ALLAH S.W.T SOALAN a) TIGA KEISTIMEWAAN YANG DIANUGERAHKAN ALLAH S.W.T KEPADA MANUSIA

1 2 3

4-5

b) TIGA FAKTOR YANG MERENDAHKAN KEMULIAAN MANUSIA

6-7

KESIMPULAN RUJUKAN

8

Allah telah menerangkan bahawa manusia itu telah dijadikan dalam bentuk yang paling baik. Melainkanorang-orang yang beriman dan beramal salih maka mereka akan memperoleh pahala yang tiada putus-putusnya 7. Kemudian Kami kembalikannya ke tempat yang paling rendah 6. Kemudian dia akan kembali ke tempat yang rendah melainkan orang yang beriman dan beramal salih. Surah ini dimulakan dengan ayat-ayat sumpah dengan dua buah pohon(Tin dan Zaitun) dan dua buah negeri(Gunung Sinai dan Mekah Al-Mukarramah) yang diberkati. Maka apakah yang dapat mendustakan engkau kemudian ini tentang pembalasan(hari pembalasan) 8. tetapi Al-Qurthubi meriwayatkan satu riwayat daripada Ibnu Abbas bahawa surah ini diturunkan di Madinah. Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik 5. Dan Gunung Sinin(Sinai) 3. Bukankah Allah itu penghukum yang paling bijaksana dari segala yang menghukum Surah ini dinamakan surah „at-Tin‟ mengandungi lapan ayat. maksudnya : “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih. Dan negeri yang aman ini 4. Kemudian Allah mengancam mereka yang mendustakan hari pembalasan bahawa mereka akan dihukum dengan seadil-adilnya oleh Allah yang Bijaksana 1 . Maha Penyayang” 1.PENGENALAN Surah at-Tin. diturunkan di Mekah(mengikut pendapat kebanyakan ahli tafsir). Demi Tin dan Zaitun 2.

Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu).Soalan 1 Firman Allah S. Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.T yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” 2 .W.

5m) b) TIGA (3) faktor yang merendahkan kemuliaan manusia. (7.W.Berdasarkan maksud firman Allah S.5m) 3 . jelaskan perkara-perkara berikut : a) TIGA (3) keistimewaan yang dianugerahkan Allah S.T kepada manusia. (7.T di sebelah.W.

Nabi Allah. maka Allah telah melengkapkan menganugerahkan keistimewaan kepada manusia. Bukti ini dengan sendirinya menolak teori atau pendapat yang mengatakan bahawa manusia ini sejenis makhluk yang berasal daripada monyet. Sesungguhnya manusia yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidupnya dan manusia dengan 4 . “Rupa yang amat baik” daripada maksud ayat di atas boleh ditinjau dari 2 segi. Allah menjadikannya daripada tanah. kemudian ditiupkan roh ke dalam jasadnya. Al-Quran diturunkan dengan tujuan untuk membimbing dan memimpin manusia ke jalan Allah. berjalan tegak di atas muka bumi dengan gaya yang elok sedangkan makhluk-makhluk lain seperti binatang umpamanya berjalan dengan terjunam mukanya ke bumi sama ada berjalan dengan dua kaki atau empat kaki. Allah perintahkan Malaikat sujud „hormat‟ kepadanya. Al-Quran bermaksud sistem hidup. “Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik”.W. dari segi batiniah atau manawiyah dengan tafsiran yang lebih meliputi iaitu manusia dapat mengetahui sesuatu lebih dari lain-lain makhluk dengan akal fikiran dan kebebasan memilih sesuatu. peraturan atau perundangan hidup. ekonomi. Adam a. dari segi lahiriah iaitu bentuk badan manusia yang kemas kejadiannya. Al-Quran Kalamullah mengandungi etika hidup yang betul baik dari segi kehidupan sosial. Setelah itu. perundangan mahupun pentadbiran.T kepada manusia Menurut surah at-Tin ayat 4 yang bermaksud. Pertama. bermaksud bahawa Allah menjadikan manusia dalam bentuk yang paling baik. Sejarah juga turut terkandung dalam Al-Quran buat iktibar manusia sejagat. cara hidup.s sahaja cukup menjadi contoh. Antaranya adalah penurunan Al-Quran. kemudian diberi ilmu pengetahuan untuk dijadikan khalifah di muka bumi ini. maka itulah yang meletakkan manusia dalam rupa yang amat baik.a) TIGA (3) keistimewaan yang dianugerahkan Allah S. Oleh sebab Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik. Al-Quran merupakan sumber rujukan yang amat lengkap untuk manusia. ditambah dengan ilmu pengetahuan. Kedua.

“Dan Dia-lah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat) sebahagian kamu di atas yang lain. maka tidak akan diterima daripadanya. Allah telah melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi. Sebagai makhluk yang paling sempurna. untuk mengujimu atas (kurnia) 5 . Firman-Nya yang bermaksud: …pada hari ini.Islam sebagai agamanya akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. baik lahir maupun batin. Mengapa manusia ditunjuk sebagai khalifah di muka bumi? Sebab manusia memiliki akal dan kalbu. (Ali-Imran:85) Selain itu. sesuai dengan tingkatannya masing-masing. dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Akhir sekali. Setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Firman Allah Subhanahu Wa Ta‟ala yang bermaksud : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam. kebijaksanaan. dan kekuasaan Allah menyempurnakan Islam kepada seluruh umat manusia sebagai cara hidup. dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu… (al-Maidah:3) Akal yang dianugerahkan sepatutnya digunakan untuk memikirkan cara untuk mengembangkan Islam dan negara. Akal yang dikurniakan hendaklah digunakan untuk berfikir tentang kebaikan.T yang mencipta alam semesta ini. Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu. dan Aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu. di dunia maupun di akhirat.W. Setiap manusia menurut pandangan Islam adalah pemimpin. Allah juga menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir dan menilai sebaiknya mengenai kekuasaan Allah S. manusia akan diminta untuk bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan padanya untuk mengelola alam semesta bagi kesejahteraan semua makhluk.

Maha Penyayang.S:6.165) 6 .” (Q. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh Dia Maha Pengampun.yang diberikan-Nya kepadamu.

Allah S. Kebiasaannya. Dengan itu.W. Firman Allah S. Semua sifat-sifat buruk akan menjadikan martabat seseorang manusia itu rendah di sisi Allah dan di sisi makhluk-makhluk Allah yang lain. Terdapat banyak faktor yang merendahkan kemuliaan manusia. sentiasa mendampingi para ulama‟ sentiasa mencontohi akhlak Rasulullah dan selalu meluangkan masa menghadiri majlis-majlis ilmu. sentiasa mengingati mati. dia akan dapat penghormatan atau penghargaan dari orang-orang sekelilingnya. kemuliaan manusia menjadi rendah apabila seseorang individu Muslim itu mempersendakan agamanya. sentiasa memohom keampunan kepada-Nya. Amalan-amalan buruk boleh dijauhi dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah. dengan itu. tidak bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya. Pembalasan yang setimpal dengan amalan-amalan buruk yang dilakukannya. solat individu ini didorong oleh perasaan segan kepada manusia atau setakat menunjuknunjuk kepada orang ramai bahawa dia sudah mengerjakan solat.T yang bermaksud : “Maka neraka yang disediakan bagi orang yang sembahyang. Antaranya ialah Muslim yang solat tetapi lalai dari solatnya. menganggap bahawa ajaran Islam tidak sesuai denagn perubahan zaman. memutarbelitkan maksud ayat Al-Quran dan hadis untuk kepentingan peribadi maupun 7 . Ini bermaksud seseorang individu itu mengerjakan solat. “Kemudian Kami kembalikannya ke tempat yang paling rendah”. tetapi tidak bertenang dalam solatnya. Iaitu neraka yang disediakan baginya jika tidak bersyukur kepada Allah yang menjadikannya dengan membuat segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang. Contoh-contoh perbuatan yang mempersendakan agama ialah makan pada siang hari di khalayak ramai pada bulan Ramadhan.” (Al-Ma’un:5) Selain itu.T telah menyediakan baginya seksa di akhirat kelak.W.b) TIGA (3) faktor yang merendahkan kemuliaan manusia Surah at-Tin ayat 5 yang bermaksud. tidak khusyuk dan tidak ingat kepada kebesaran Allah yang dihadapinya. Yang lalai dari sembahyangnya.

Sesungguhnya orang yang mempersendakan agama tidak memdapat keampunan melainkannya bertaubat. kemuliaan manusia akan menjadi rendah sekiranya manusia itu tidak mahu menuntut ilmu sedangkan menuntut ilmu itu wajib bagi seluruh umat Islam.A. Ilmu yang wajib dipelajari adalah ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. mempersendakan sunnah Rasulullah dan sebagainya. Allah akan mempermudahkan jalan menuju ke syurga dan para malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka akan mereka. Manakala ilmu yang memudaratkan diri dan akidah seperti sihir diharamkan untuk dipelajari.70) Akhir sekali. Sesungguhnya orang yang alim juga akan dipohonkan keampunan oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi dan kelebihan orang yang berilmu dengan seorang abid sama seperti bulan purnama berbanding dengan cakerawala-cakerawala yang lain… (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi) 8 . Kedudukan orang yang berilmu amat tinggi ddi sisi Allah kerana Allah meningkatkan darjat serta kemuliaan semasa di dunia dan di akhirat.W bersabda. Firman Allah yang bermaksud : “…apa yang telah ia usahakan (daripada perbuatan yang buruk dan keji). tidak ada baginya pelindung dan tidak ada juga pemberi syafa’at yang lain daripada Allah…” (Al-An’am: 6. Allah juga sentiasa menyinari hati orang yang menuntut ilmu dengan cahaya hikmah. Riwayat Abu Daud dan Tarmizi yang berbunyi : Daripada Abu Darda’ radhiallahuanhu berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S. “Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu.puak.

Tidak sia-sialah segala amalan kita. Mereka berasa hairan bagaimana manusia yang telah mati yang hancur daging dan berkecai tulang-tulangnya boleh dihidupkan semula. sehingga ibu bapanya bertemu daripada setitik air menjadi segumpal darah. Allah menjadikan hari kiamat untuk memberi balasan yang setimpal dan adil atas perbuatan manusia. kemudian segumpal daging. tidak dibenarkan seseorang manusia itu menceroboh hak manusia yang lain sama ada pada dirinya. mustahil kata mereka! Orang-orang yang seperti ini lupa kepada dirinya sendiri bahawa dia juga pernah tidak wujud. hak untuk memenuhi keperluan hidupnya. hak untuk bekerja. Jangan berani melakukan kejahatan kerana walaupun tidak diketahui manusia. Janganlah kita menyangka kita sebagai manusia dijadikan begitu sahaja. menjadikan semula yang tiada. dari mana asalnya? Apakah dia terus terbentuk di muka bumi ini atau adakah dahulunya dia bukan apa-apa. Proses ini membuktikan bahawasanya Allah Maha Berkuasa dan Bijaksana. kemudian sempurnalah kejadiannya dan kemudian ditiupkan roh ke dalam jasadnya. hak untuk memiliki harta daripada usahanya. Allah tetap mengetahuinya. barulah menjadi manusia. Kita akan menerima pembalasan daripada Allah atas segala amalan sama ada baik atau buruk. Tiap-tiap jiwa mempunyai hak untuk hidup dengan bebas dan mulia. 9 .KESIMPULAN Dengan keterangan Allah bahawa manusia dijadikan dalam bentuk yang paling baik menunjukkan bahawa jiwa manusia ada penghormatannya. Banyak di antara manusia yang tidak percaya atau ragu-ragu tentnag ketibaan hari kiamat atau pembalasan di akhirat. hartanya atau kemuliaan dan maruahnya.

Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.RUJUKAN Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti(UPENA) http://ww.edu/learn/brain/exercise. Mohd Asri Abdullah[et al.].fi. 2007.com/doc/51096274/Pengertian-Manusia-menurut-Ajaran-Islam-Itm-1 http://www. 2003.scribd. Pelita Al-Quran[JUZ AMMA]. Buku Teks Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah tingkatan 4. UiTM. .html. 2003. Prinsip-Prinsip Asas Islam [Islam dan Akidah].

3.CTU 101 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM HS1101A NAMA 1. 2. 4. EZATUL AIN BINTI MASLAN SITI NOR AMIRA BINTI SAHLAN FARHANA BINTI ABDUL RAZAK NOR FAZILAH BINTI FARAH NAJIHAH BINTI PENSYARAH : UST SHADLI TARIKH HANTAR : 2 OGOS 2011 ID 2011866324 2011636386 2011297468 2011 2011 . 5.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful