PENGENALAN Amali yang dijalankan pada kali iaitu menggegas dapat memberikan pelbagai impak kepada mahasiswa.

Amali ini amat bersesuaian dengan mahasiswa yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik pada masa akan datang. Menerusi gerak kerja yang dilakukan seperti menanggam, menggerudi, mengukur dan mengikir sedikit sebanyak dapat menerapkan kemahiran kepada mahasiswa supaya lebih berkemahiran apabila bergelar sebagai seorang pendidik kelak. Berpandukan kepada pelan kerja yang diberikan, mahasiswa diminta menghasilkan satu produk yang diberi nama projek tanggam melalui sepasang plat besi. Mahasiswa akan diminta untuk menjalankan kerja bersama rakan masing-masing bagi mendapatkan satu tanggam yang sempurna. Hal ini dapat menerapkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan bagi mendapatkan tanggam yang sempurna. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui oleh setiap mahasiswa di dalam menjayakan projek yang diberikan ini, antaranya ialah : i. ii. iii. Senarai peralatan dan teknik yang betul untuk menggunakannya. Proses kerja yang perlu dijalankan. Hasil kerja.

Setiap individu haruslah peka terhadap keselamatan, bertanggungjawab anatara satu sama lain dan yang paling penting sekali ialah mendengar arahan dari pensyarah. Penggunaan alatan tangan seperti angkup venier adalah sangat penting bagi mendapatkan ukuran yang tepat sepanjang kerja dijalankan. Tanggam perlulah barcantum dengan sempurna tanpa sebarang kelonggaran pada tanggam bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Interaksi antara pensyarah dan juga rakan sekumpulan amat pentine kerana melalui interaksi ini dapat memupuk sifat tolong menolong, kerjasama antara rakan, berkomunikasi dengan berkesan sepanjang projek dijalankan. Hal ini juga dapat melatih kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa dan bersesuaian apabila menghadapi alam perkerjaan nanti.

1

2 . 7. 4. 5. Meningkatkan lagi kemahiran sedia ada. dan langkah keselamatan semasa menggunakan mesin gerudi. Mempelajari cara penggunaan mesin gerudi. 9. 2. menukar mata mesin gerudi. Menterjemahkan lukisan projek. 2. Mahasiswa tidak dibenarkan bermain. bergurau atau berlari di dalam bengkel. Mahasiswa hendaklah berpakaian kemas atau yang sesuai keadaan bengkel ( baju bengkel ). LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 1. Mempelajari kaedah-kaedah penggunaan alatan tangan dengan cara yang betul dan sistematik bagi menghasilkan produk yang bermutu. Mahasiswa tidak dibenarkan masuk ke bengkel tanpa kebenaran tenaga pengajar. Mahasiswa dinasihatkan supaya dapatkan bantuan tenaga pengajar. 3.OBJEKTIF AMALI Antara objektif yang hendak dicapai dalam amali ini ialah: 1. 8. 5. 3. Mahasiswa diingatkan supaya sentiasa membawa apa-apa alatan tangan dengan mata alat menghadap ke bawah. Pelajar dapat memahami dan mengamalkan peraturan bengkel dan langkah-langkah keselamatan dalam bengkel kerja logam. 6. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada alat-alat tangan atau hilang mahasiswa hendaklah melaporkannya kepada tenaga pengajar. Mahasiswa hendaklah mematuhi setiap peraturan-peraturan dan carta keselamatan bengkel seperti di dalam bengkel logam yang berupa perkataan atau slogan sebagai suatu tanda ingatan tentang pentingnya mematuhi peraturan keselamatan bengkel logam. Mahasiswa hendaklah memastikan lantai dan keadaan sekeliling bengkel dalam keadaan bersih dan selamat sebelum menjalankan kerja. Jangan gunakan alatan tangan yang diragui cara menggunakannya. Jangan sentuh atau gunakan apa-apa alatan tangan atau mesin tanpa mendapat kebenaran dari tenaga pengajar. 4.

ii. Selepas menggunakan alat-alat tersebut. -Antara faktor-faktor penting yang perlu diambil perhatian ialah : i. Bahan mata gergaji Kekerasan mata gergaji Saiz mata gergaji i. menipis dan melicinkan permukaan bahan kerja. -Panjang kikir-diukur dari hujung hingga ke hulunya -Bentuk kikir . ALATAN TANGAN a) Alatan Memotong Gergaji Logam “hacksaw” .10. ii. jenis potongan gigi dan kasar atau halus matanya. simpan ditempat yang telah disediakan supaya meja tidak bersepah dan tidak menyebabkan kemalangan kecil berlaku. iii.Kikir yang biasa digunakan berbentuksegiempat sama. Kikir “file” -Digunakan untuk memotong.Digunakan untuk memotong benda kerja. 3 . -Kikir berbeza dari segi permukaan kikir tersebut. separuh bulat dan bulat. segitiga tirus.

Pahat Sejuk “cold chisel” .Digunakan untuk memisahkan bahagian besi yang telah dipotong.Untuk mengetuk pahat sejuk semasa kerja memisahkan kawasan yang telah dipotong.iii. .Penggunaannya hendaklah 90 darjah dengan bahagian yang hendak dipotong. Tukul Besi “engineer hammer” . iv. 4 .

.Ia juga digunakan semasa membuat nombor. . .Digunakan sebagai alas semasa kerja membuat lubang dengan menggunakan penebuk pusat. . iii.b) Alat Menanda Penebuk Pusat “center punched” i.Alat ini digunakan bersama dengan ‘surface plate’ dan ‘angle block’ 5 . Landas ”anvil” .Digunakan untuk menanda lubang sebelum lubang digerudi. ii. Tolok Tinggi Venier “vernier high gauge” .Digunakan bersama tukul besi dan juga landas.Digunakan untuk menanda ukuran yang telah rata permukaannya.

.iv. Penggarik “scriber” v. Blok Sudut “angle block” .Digunakan untuk menyokong kedudukan besi supaya tidak bergerak dan kukuh semasa pengukuran besi dajalankan. - Digunakan untuk menanda bahagian yang tidak dikehendaki yang hendak dipotong pada permukaan besi.Ianya digunakan diatas “surface plate” bagi mendapatkan sudut yang tepat dan garisan yang rata. - Mata penggarit mestilah dicondongkan berhampiran dengan tepi pembaris Penggarit mestilah dicondongkan mengikut arah garisan Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas 6 .

Digunakan untuk mengukur kedalaman sesuatu bahan.Mempunyai plat yang berbagai-bagai ssaiz yang diperlukan. Tolok Perasa Jejari “radius gauge” . Angkup vernier mempunyai tahap kejituan bacaan yang lebih baik.Digunakan untuk menguji ketepatan sesuatu sudut pada bahan kerja. Boleh juga digunakan untuk mengukur panjang dan lebar bahan. - Digunakan untuk mengukur diameter dalam dan diameter luar. ii. 7 .c) Alat Pengukuran Angkup venier “vernier caliper” i. .

iii. mrngikir dan mengilap. Digunakan juga untuk menguji kerataan permukaan bahan kerja. d) Alat Memegang i. Ragum Meja “vise” - Digunakan untuk memegang benda kerja ketika kerja menggergaji. Ragum ini dipasang pada bahagian meja bagi memudahkan penggunaannya. 8 . Sesiku L “engineer try squer” - Mengukur keratan sudut 90 darjah. Saiz dikira dengan ukuran panjang bilah-bilah pengapitnya.

Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. . Mata Gerudi . ii.Mata gerudi yang digunakan untuk menebuk lubang pada bahan kerja. 9 . Kelajuan menggerudi adalah bergantung kepada diameter gerudi dan jenis bahan yang digerudi.e) Mesin i. Mesin Gerudi Meja - Kegunaannya untuk kerja-kerja melubang yang berat.

Kawalan gerakan tangan harus sentiasa konsisten. Proses mengikir. Bahagian yang perlu dilorek Plat A Plat B Rajah 1. Gunakan kikir mata kasar dahulu kemudian dituruti dengan kikir mata halus. Dua keping plat besi (plat A dan B) yang telah siap dipotong akan dibekalkan kepada setiap pelajar. Plat besi Ragum 10 . 3. mulakan mengikir pada sisi atau bahagian yang dipotong.01. Kikir 90˚ Kedudukan kikir hendaklah sentiasa berada dalam keadaan 90˚ dengan bahan kerja supaya pemotongan tidak serong.LANGKAH KERJA Kerja mengikir 1. Plat tersebut dikikir pada dua bahagian sisi seperti mana yang ditunjukkan di dalam rajah 1. Kedua-dua sisi ini dilorek bertujuan untuk proses pengukuran dan penandaan pada berikutnya dengan menggunakan tolok tinggi vernier bersama blok sudut dan meja yang berpermukaan rata.01 Bahagian sisi (berlorek) yang perlu dikikir 2.

11 . Ketelitian amat penting dalam proses ini kerana kesilapan dalam pengukuran akan menjejaskan ketepatan dan hasil produk. Setelah selesai mengikir pada kedua-dua belah sisi. Di dalam proses berikut.02 Pengukuran dan penandaan garisan dengan menggunakan tolok tinggi vernier 2. Dengan menterjemahkan lukisan projek. Kemudian ulang langkah yang sama dengan ukuran yang berlainan. Proses ini dilakukan selepas sahaja selesai proses pengukuran dan penandaan pada plat besi.Kerja mengukur dan menanda 1. Proses berikutnya ialah proses menebuk lubang dengan menggunakan mesin gerudi. tukul. Bahagian yang hendak dipotong perlulah dilorek dengan menggunakan penggarik supaya tidak berlalunya kekeliruan atau kesilapan semasa pemotongan. 5mm dan 7mm. kerja pengukuran dengan menggunakan tolok tinggi vernier dilakukan. dan mesin gerudi bersama-sama mata gerudi berdiameter 3mm. 2. alatan tangan yang terlibat ialah penebuk pusat. Gambar 1.02. 3. Kerja menebuk lubang 1. pindah segala ukuran ke tolok tinggi vernier dan seterusnya membuat penandaan seperti dalam gambar 1.

03 Diameter 5mm Diameter 5mm Diameter 3mm 23mm Diameter 7mm Diameter 3mm 70mm Diameter 3mm 25mm Diameter 5mm 30mm Diameter 3mm 25mm Diameter 5mm 7. Kemudian.04 Operasi menggerudi 12 . Pastikan mata gerudi berserenjang dengan bahagian yang ditanda dengan penebuk pusat dan mulakan gerudi dengan kelajuan mata gerudi pada kelajuan satu. pastikan memakai gogel semasa gerudi dan tidak memakai sarung tangan. Selepas pengukuran dan penandaan dibuat. mulakan kerja menggerudi dengan menggunakan mesin gerudi meja. Kawasan yang perlu ditanda dan ditebuk ditunjukkan dalam rajah 1.5mm 48mm 48mm Plat A Rajah 1. Untuk keselamatan. 7. Ulang langkah yang sama dengan menukar mata gerudi dahulu untung lubang yang berlainan diameter. 5. 6.3. kawasan yang hendak ditebuk perlu ditanda dengan menggunakan penebuk pusat terlebih dahulu.03 Plat B 4. Gambar 1. Ketatkan benda kerja pada ragum meja gerudi dengan kemas. Angkat mata gerudi dengan perlahan-lahan setelah selesai menebuk lubang.

Bahagian yang perlu dipotong ditunjukan dalam rajah dibawah: Bahagian berlorek yang perlu dipotong Gambar 1.05 Proses menggergaji 13 . menanda dan menggerudi. Alatan yang terlibat adalah gergaji besi dan ragum meja. 2. Kerja memotong dilakukan selepas kerja mengukur.Kerja memotong 1.

3. 4. kemudian rapatkan hujung mata pahat pada bahagian yang hendak dipotong (bahagian tersebut digerudi terlebih dahulu). Pastikan paling kurang tiga bilah mata gerudi menyentuh permukaan yang hendak dipotong. Berada dalam posisi yang betul dan tekanan semasa tolakkan harus kuat dan semasa menarik pula tekanan dikurangkan. 6. salah satu bahagian perlu dipotong dengan menggunakan pahat sejuk. 5. Gunakan tukul dengan mengetuk bahagian yang hendak dipotong sehingga tertanggal. Gambar 1. Kerja Memahat 1. 3. Alatan yang diperlukan adalah pahat sejuk. Kemudian ketuk hulu pahat dengan menggunakan tukul sehingga bahagian yang hendak dipotong hamper tertanggal. 2. Kedudukan pahat adalah berserenjang dengan plat besi. dan ragum meja.06 Proses memahat 14 . Selepas sahaja selesai membuat pemotongan dan gerudi. Apitkan plat besi pada ragum meja. tukul.

Fillet Fillet 15 . 2.Kekemasan 1. bahagian dikikir perlu diuji kerataannya dengan Sesiku (engineer try square) dan angkuk vernier supaya ukuran tidak terkurang. Setiap kali dikikir. 3. Setiap bahagian yang dipotong. Terdapat 4 bucu yang perlu dibuat fillet seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah. sisinya harus dikemaskan dengan menggunakan kikir supaya permukaannya menjadi licin dan rata.

4. Akhir sekali. Disiplin mahasiswa berjaya dikekalkan dengan baik selama empat minggu berikutan tiada sebarang kemalangan yang berlalaku semasa gerak kerja dilakukan. 5. projek tanggam yang dijalankan selama empat minggu banyak mengaplikasikan semua alatan tangan yang dipelajari secara teori pada folio yang telah dibuat. Kemahiran dalam penghasilan produk dengan menggegas dapat ditingkatkan lagi. Fillet dihasilkan dengan menggunakan kikir dan tolok perasa jejari. kikir permukaan atas pada kedua-dua belah plat besi tersebut sehingga licin dan rata. Mahasiswa berjaya menterjemahkan lukisan projek melalui beberapa kaedah dan kemahiran seperti memotong plat besi menggunakan gergaji besi.07 Hasil kerja KESIMPULAN Secara kesimpulannya.menebuk lubang menggunakan mesin gerudi dan penggunaan alatan tangan menggegas dengan teknik yang betul dan selamat serta memahami dan mempraktikkan langkah-langkah keselamatan semasa di dalam bengkel logam sehingga terhasilnya tanggam pada plat besi berbentuk U (plat B) dengan bantuan tenaga pengajar. Kikir sehingga mendapat ukuran yang sama dengan tolok perasa jejari. 16 . Gambar 1.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful