PENGENALAN SOSIOLOGI SUKAN Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang

berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti penonton, pengurusan dan media. Isu sosiologi yang signifikan dalam sukan termasuklah corak organisasi sosial yang terlibat, sifat formal sukan seperti pasukan, jurulatih, pemain, penganjur, undang-undang dan peraturan, tahap keseriusan menghadapi pertandingan seperti menang-kalah tidak ditentukan lebih awal dan penekanan terhadap kemahiran fizikal yang tinggi. Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara: Sosialisasi ke dalam sukan Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi. Sosialisasi menerusi sukan Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful