Pendahuluan Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan

sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pengertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya, makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan. Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada akhir abad ke-19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang ( Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud ‘kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna significant iaitu ‘penting’ atau ‘beerti’ ( Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998). Selain itu, ‘sema’ juga beerti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan tersirat. a) Makna Konsepsual

1

Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting sekali dalam bahasa. 2005). 2001). Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini iaitu Fonologi.Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian. Pemahaman konsep adalah sangat mustahak. Leech (1974). prinsip konstrastif dan prinsip struktur konstituen. memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. wanita sopan. Tetapi sekiranya digunakan perkataan ‘perempuan’. Sebab itulah dalam formulasi ‘segitiga semiotik’ yang dibuat oleh Ogden dan Richards meletakkan pemikiran itu pada tahap yang atas sekali. Sintaksis. konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. keadaan. atau konsep lainnya (Abdul Chaer. Selain itu. melalui perantaraan konsep pemikiran. Contohnya perkataan wanita dan perempuan mempunyai makna yang sama iaitu ‘manusia dewasa yang bukan lakilaki’ (Kamus Dewan.. Menurut Leech (1974) di dalam makna konseptual. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923). wanita bekerjaya. Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod makna(ujaran daripada penutur) apa yang Palmer (1992) menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan ‘kata’ dan ‘benda’ 2 . tindakan. Kita tidak mungkin dapat menentukan makna. Organisasi makna konseptual adalah rumit dan sofistikated (Kushartanti et. Contohnya ‘wanita’ boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah. konotasi antara ‘wanita’ dan ‘perempuan adalah berbeza. dan Semantik. mengaitkan ‘konsep’ dengan dua prinsip iaitu. proses. Contohnya. 1990). prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. ia menjadi kurang sesuai untuk diucapkan. wanita dewasa. Makna ‘konsep’ adalah mencakup komponen seperti benda.al. iaitu ‘ segitiga semiotik’.

dan pemajmukan. maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. dan representasi semantik.hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza.al. peringkat pertama kita perlu buat ialah menetapkan representasi fonologi. Contohnya seperti. Representasi bermaksud sesuatu yang melambangkan. Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal.al. representasi sintaksis. atau menyatakan sesuatu yang lain. Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif. Tanpa konsep. menggambarkan. penggandaan. maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et. Bagi seorang pendengar pula. ber. Dalam menganalisis ayat..dalam berjalan. Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud. proses ini beralih. perlambangan. Perkataan perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya. bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal.. 2004). memahami. 2005). gambaran. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya. maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagai akibat berlakunya proses gramatikal. (Kamus Dewan. 2005) b) Makna Konotatif Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa. Misalnya. 3 . pengimbuhan. atau pernyataan. memutus buah fikiran. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi. kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. (Kushartanti et. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono. baik positif mahupun negatif ( Nik Safiah Karim. 2004). iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. rumah-rumah yang membawa maksud banyak rumah dan penghasilan kata majmuk surat khabar daripada gabungan surat dan khabar.

Ketiga. 2004). babi itu haram. Tetapi pada hari ini. iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). bervariasi menurut budaya. sedap di dengar. makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. duduk bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran. Begitu juga dengan perkataan babi dan khinzir. nilai rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat bukan Islam. perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit.Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki. 2004). bertafakur (Kamus dewan. maksud perkataan ini telah berubah. Bagi masyarakat yang beragama Islam. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud ‘mendekati Allah. barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. Kedua ialah. Contohnya. najis atau sesuatu yang negatif. Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif. Contohnya perkataan ‘khalwat’. makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat. oleh lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang ( Kamus Dewan. (Kamus Dewan. Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu. tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. iaitu ‘pengasingan diri berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi. 4 . jijik. Contohnya. Penggunaan kata-kata halus. makna konotatif bersifat periferal. 2004). Makna konotatif tidak stabil. tempoh masa dan pengalaman individu. Bagi umat Islam. kotor. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu.

2004). tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. suatu ketika dahulu perkataan aku jarang digunakan kerana rasanya keras dan tidak manis didengar. Contohnya. Tetapi perkataan melantak itu lebih kasar. Kesemuanya dikaitkan dengan makan. walaupun . Begitu juga dengan perkataan gadis dan perawan yang bermaksud ‘wanita yang belum bersuami’ dan pasangan perkataan isteri dan bini yang bermaksud ‘wanita yang mempunyai suami’. iaitu ‘manusia dewasa bukan laki-laki’. maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial. Masyarakat sering mempunyai pandangan yang berbeza walaupun perkara yang dibincangkan itu sama. seperti kerana. maka ia juga disebut ‘makna sebenar’ . tidak manis didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh seperti makan. ‘makan’. ‘sarapan’. tidur. Contohnya. Merujuk kepada Makna Referensial pula. (Nik Safiah Karim. Manakala perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata hubung. Apabila perkataan mempunyai referen. Perbezaan antara makna referensial dengan makna nonreferensial bergantung pada ada atau tidak referen bagi perkataan-perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim. Contohnya beg. ia berbeza dengan Makna Nonreferensial. ‘makna asal’ . ‘makna mutlak’ atau ‘makna dasar’. Perkataan yang tidak mempunyai referen. menurut penglihatan. cerdik. kata sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan 5 . pendengaran. Makna denotatif pada dasarnya sama dengan makna referensial sebab makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian. makna denotatif juga sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal.c) Makna Denotatif Menurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa. Nilai rasa ini sudah menurun. Dengan kata lain makna denotatif ialah ‘makna sebenarnya’. namun. Samalah juga bagi perkataan ‘melantak’. 2004). kasut dan pakaian. perasaan atau pengalaman lainnya. Tetapi sekarang. atau ‘soru’. kedua-dua perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama. Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif. cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. rata-rata anak muda mengakukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan orang lain.

fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada. 1992)..al. makna yang sesuai dengan referennya. Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan pendengar. sains. dan tempoh masa ia dituturkan. jargona). media (samada yang dituturkan. Kedua. Makna leksikal bermaksud makna yang bersifat leksikon. berjenakan. Pertama. perubatan). Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. tetapi juga terdiri daripada beberapa kata. wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu. ceramah dan sebagainya). maka perkataan ‘kambing hitam’ dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna gramatikal (Kushartanti et.. slanga. d) Makna stilistik Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu berlaku. slanga. Ketiga. dan modalitas (bahasa syarahan. Daripada makna stilistik ini. Maka jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya. makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer. Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja.nonreferensial. kedudukan status mereka atau pun kita dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat. Dialek. dialek yang digunakan. dan penglibatan (dialog atau monolog). 2003). ditulis dan sebagainya). laras (bahasa undang-undang. 2005). kambing hitam. tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu ‘orang yang dipersalahkan’. hubungan sosial antara penutur dan pendengar. Contohnya. (Robert Sibarani et.al. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing dan makna hitam. kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur. fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang dituturkan oleh individu itu. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad. dialek atau bahasa baku. status ( bahasa diraja. jargona. 1994). Makna Leksikal pula adalah perkataan leksikal yang diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. atau status seseorang 6 .

aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata). bahawa penutur seorang yang baik hati. 2005).dapat menentukan siapa orang itu. tidak penyabar. tinggi rendah suara juga merupakan elemen yang sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara kita menyampaikan buah fikiran yang boleh menunjukkan 7 . status. atau mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu. Benci sunggung aku melihat muka kau!. Hoi. atau orang ini. Makna afektif biasanya disampaikan melalui saluran konotatif atau konseptual sesuatu perkataan.Dalam konteks ini. perungus. pangkat dan sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukannya dalam masyarakat. Kata jujur. Kita dapat membuat rumusan berdasarkan ucapan yang disampaikan berdasarkan nada. dan tekanan yang memungkinkan kita membuat interpretasi tentang apa yang diucapkan dan kepada siapa diucapkan. termasuk sikap penutur terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dapat diperjelaskan dengan baik. mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. keluarga yang baik-baik. Contohnya ayat ini. kita pasti dapat mengenalpasti dengan tepat perasaan penutur ketika itu. dan pemurah.al. Contoh. Jadi penggunaan bahasa ketika kita berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya. dan latar belakang penutur. kolusi menimbulkan makna afektif yang negatif ( Kushartanti et. e) Makna Afektif’ Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi. kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur bahawa penutur itu seorang yang pemarah. Namun penilaian kita berbeza apabila terhadap ujaran yang positif. baik hati. Benci sungguh aku melihat muka kau!. Perasaan seseorang penutur. ikhlas. dialek. loghat. ‘rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya ”. berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi. mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Perasaan yang muncul itu mungkin positif dan mungkin juga negatif. 1997). bukannya fikiran atau daya berfikir (Kamus Linguistik. Maka faktor intonasi. Apabila ayat ini diujarkan dengan nada yang tinggi. bijaksana akan menimbulkan kata afektif yang positif. Hoi. sedangkan korupsi. Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur.. intonasi. Contohnya.

siapa yang membeli kuih?. panjang pendek perkataan juga memainkan peranan yang penting. kerana kata nikmat dan khasiat menimbukan asosiasi dan perasaan positif. soalannya ialah. Tetapi bagi ayat pasif pula. ’Teh nikmat berkhasiat’. Bagi ayat aktif. susunan kata.(Ayat pasif) Kedua-duanya mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. Nada sesuatu ujaran boleh mengubah perasaan atau penerimaan terhadap orang lain. Keadaan ini berlaku apabila penutur mahu menegaskan mana-mana perkataan dalam mana-mana kontruksi (susunan dan kedudukan kata-kata dalam ayat atau rangkai kata) ( Kamus Dewan.. ibu membeli apa?Makna tematik terletak pada pilihan kita sendiri berdasarkan minat. g) Makna Asosiatif 8 . Selain tekanan.samada kita ‘suka’ atau ‘tidak suka’ kita pada seseorang. soalannya ialah. Makna afektif juga berperanan penting dalam menyusun teks iklan (Kushartanti et. 2005). Makna tematik ini boleh disampaikan melalui susunan bunyi. f) Makna Tematik Tematik bermaksud ‘apa yang dikomunikasikan’ dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej. Nikmat dan khasiat mempunayi nilai rasa yang positif. Contohnya bahasa yang digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau produk. fokus dan tekanan. Contohnya. Caaaakap banyak. Contohnya. sikap. Tekanan boleh menukar makna.(Ayat aktif) Kuih dibeli oleh ibu. latar belakang.al. tekanan emosi dan sebagainya. i) ii) Ibu membeli kuih. baayar kurang! Ayat ini boleh mengubah dan mempengaruhi orang yang mendengarnya sekaligus dapat mengubah penerimaan orang terhadap sesuatu barangan atau individu. 2005). Contohnya. Contoh ayat. ayat aktif dan ayat pasif.

1997). Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain). Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman. afektif. atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. makna afektif. perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik.Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo. Begitu juga dengan kata ‘mawar’ yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan ‘bersih’ dan ‘suci’. Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. makna refleksi dan makna kolokatif. Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat maknamakna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana.Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis.pengetahuan dan pengalaman seseorang. makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti. Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat. reflektif dan kolokatif. nada dan intonansi. Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif. Contohnya. perkataan ‘buaya’ dikaitkan dengan ‘jahat’ atau ‘ganas’ atau membawa erti seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita.Makna asosiatif turut memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna referensial sahaja yang mesti ditonjolkan.. makna stilistik. stilistik. lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama. 2005). 2003). keadaan. et.Menurut Leech (1976).al. makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif. Menurut Setiawati Dermojuwono. Makna afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaan atau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dan disampaikan dengan penuh semangat. Interpretasi bagi sebuah puisi 9 .

al. “Muhaiza dituduh berkhalwat dengan seorang lelaki di pangsapuri miliknya semalam”. nilai rasa makna sesuatu kata juga dapat berubah dari negatif kepada positif atau sebaliknya. kita dapat menyelusuri perubahan nilai. Dalam penggunaan bahasa.tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif. Perbincangan ilmu semantik juga perlu mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna.al. norma. ( Kushartanti et. Tetapi perkataan ini telah disempitkan mencakupi makna duduk berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam keadaan yang sumbang di tempat yang terpencil dan tersembunyi. 2005). 10 .. 2005) h) Makna Etimologis Makna etimologis berkaitan dengan asal-usul kata dan perubahan makna kata dilihat dari aspek sejarah kata. Kesimpulan Bidang semantik mempunyai pelbagai cabang bidangnya. makna etimologis suatu kata mencerminkan perubahan yang terjadi dengan kata tertentu. proses atau benda. Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan.. Contohnya perkataan ‘berkhalwat’. Semantik juga boleh dibahagikan kepada beberapi jenis. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan sudut pandangan. tindakan. Selain terjadi penyempitan dan peluasan makna. matlamat utama adalah untuk menyampaikan mesej iaitu maksud atau makna yang ingin disampaikan. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mengasingkan diri untuk menenangkan fikiran. dan ekonomi masyarakat. Melalui perubahan makna kata. Perubahan makna kata boleh menyempit atau meluas (Kushartanti et. keadaan sosiopolitik. Contohnya. Mempelajari bidang semantik telah dapat memberi kefahaman kepada kita bahawa secara sedar atau pun tidak kita sebenarnya sentiasa mengujarkan atau memperlihatkan tingkah laku yang mempunyai makna yang tertentu tanpa kita sedari.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful