MODUL PERSEMBAHAN ELEKTRONIK    

 

PPISMP/MUA   

4.0 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Mendefinisi dan menerangkan persembahan elektronik; Menjelaskan kegunaan dan kelebihan persembahan elektronik; Menyatakan dan mencirikan persembahan elektronik yang baik; Membina dan mengintegrasi papan cerita bagi persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran; dan 5. Menggunakan fitur-fitur (features) yang terdapat dalam persembahan elektronik untuk memformat objek.

PENGENALAN Setelah melalui tiga topik pertama ini, apakah tanggapan anda tentang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran? Pernahkah anda terfikir bahawa untuk mempersembahkan sesuatu bahan pengajaran, kita harus mengikut kesesuaian dan cita rasa sendiri? Penggunaan persembahan elektronik atau electronic presentation menjadi alat bantu mengajar dan belajar penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dewasa ini. Penggunaan persembahan elektronik secara betul dan terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermutu. Jika kita lihat di Malaysia, secara tidak langsung penggunaan persembahan elektronik dilihat bakal menggantikan secara keseluruhan penggunaan OHP di dalam kelas. Betul tak? 4.1 PENGENALAN Penggunaan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi alat bantu mengajar dan bahan bantu belajar, semakin digemari oleh guru-guru di sekolah. Terdapat pelbagai jenis perisian yang telah diperkenalkan, dalam topik ini perbincangan akan berkisar kepada cara penggunaan Microsoft PowerPoint. Cuba anda fikirkan, apakah kaedah pengajaran yang pernah anda alami atau gunakan semasa anda belajar atau mengajar sekitar 15 tahun yang lalu? Adakah ia membosankan anda? Kini komputer menjadi medium perantaraan serta membantu anda dalam proses mengajar. Apakah perisian yang dapat membantu anda untuk menghasilkan persembahan elektronik?

Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan dengan mengabung unsur animasi, grafik, audio, video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.

1   

video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan. dan c. Persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai preview di peringkat awal sebelum animasi disusun. perisian ini sesuai digunakan dalam membentuk backdrop persembahan. Mudah difahami oleh pengguna. 2    . Oleh kerana sifat perisian persembahan elektronik yang mesra pengguna boleh mengabungkan media video. penggunaan media unsur animasi. audio. Menarik minat pengguna. b. Tujuan gerakan animasi menggunakan persembahan elektronik ini ialah untuk menilai gerakan tanpa menggunakan proses rendering yang memakan masa.1 di bawah: Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan dengan mengabung unsur animasi. audio dan teks. Persembahan elektronik juga mesra pengguna.1. audio.1 Kegunaan dan Kelebihan Terdapat pelbagai perisian yang digunakan untuk membuat persembahan elektronik diantaranya ialah Microsoft Powerpoint dan Harvard Graphics seperti dalam Rajah 4. grafik. Perisian Microsoft PowerPoint Perisian Harvard Graphics Rajah 4.1: Perisian Microsoft PowerPoint dan Harvard Graphics Menurut Shaifol (2004). grafik.MODUL PERSEMBAHAN ELEKTRONIK       PPISMP/MUA    4. Memberi motivasi kepada pengguna. Sifat persembahan elektronik yang menggerakkan slaid demi slaid menjadikan persembahan elektronik boleh digunakan sebagai pelantar dalam membuat gerakan animasi tanpa 'rendering'. grafik. butang arahan mudah difahami serta tidak perlu menggunakan kod pengaturcaraan. animasi. video dan teks dalam satu persembahan menjadikan persembahan: a.

2: Prinsip reka letak CASPER i. Oleh itu. Contrast (Pebezaan yang Ketara) Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek. perisian persembahan elektronik digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.2 berikut: Rajah 4.2 Reka Letak Reka letak dalam perisian persembahan elektronik ialah ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk meletak dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik. animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat penonton. Persembahan elektronik juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta berupaya mengilustrasi idea-idea yang kompleks dan memotivasi pelajar. a. grafik. Prinsip reka letak CASPER berdasarkan singkatan perkataan CASPER seperti dalam Rajah 4. Keupayaan meletak dan menyusun elemen media yang baik dan berkesan memberi kesan yang positif terhadap persembahan. gabungan media persembahan elektronik juga bersifat interaktif.1. Prinsip Reka Letak CASPER Prinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks.MODUL PERSEMBAHAN ELEKTRONIK       PPISMP/MUA    Selain daripada itu. 4. pembangun perisian perlulah 3    . Skrin yang diletakan dengan media tanpa di rancangan menyebabkan persembahan yang kurang menarik.

kontra juga boleh ditonjolkan dengan perbezaan font. vi. unsur mendatar dengan menegak. Emphasis (Penekanan) Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk. objek besar dan kecil. Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian. Dengan kata lain. Oleh yang demikian. Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisahpisah. item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan. v. Sekeping gambar yang ringkas contohnya. Selain daripada perbezaan warna. lebih bermakna dari teks yang panjang lebar. Ini adalah kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai kecenderungan terhadap media. 4    ii. Maksudnya. Proximity (Berhampiran) Dalam prinsip proximity. Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. dalam prinsip ini. elemen ini akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.MODUL PERSEMBAHAN ELEKTRONIK       PPISMP/MUA    memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang). iv. iii. Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. garis halus dengan kasar. Simplicity (Mudah) Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Alignment (Susunan Lurus) Dalam prinsip alignment. Repetition (Pengulangan) Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. . Visual yang dipilih perlulah ringkas. garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar. item perlu disusun supaya tidak janggal. Namun begitu. bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Pelbagai cara digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna. Dengan kata lain. tekstur licin dengan kasar. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan. setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik. yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan tersebut. Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan. supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antaraitem. adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna.

dalam menghasilkan persembahan elektronik dan berikan contoh. Tahukah anda. Rajah 4. Paparan persembahan yang dibina menggunakan warna.MODUL PERSEMBAHAN ELEKTRONIK       PPISMP/MUA    Pembangun perisian boleh menggunakan perulangan media teks. grafik dan video untuk menyampaikan mesej yang sama.1 SEMAK KENDIRI 1.3 Persembahan Asas Membina Slaid Pernahkah anda menghadiri kursus atau seminar. bagaimana untuk menghasilkan satu persembahan elektronik dengan baik dan berkesan? Terdapat lima unsur yang digunakan dalam membina perisian persembahan elektronik. Penggunaan warna yang banyak dan menyilau contohnya. Nyatakan prinsip persembahan CASPER dan cirikannya. yang mana penceramah tidak menyediakan sebarang penerangan dalam bentuk visual seperti persembahan slaid? Anda pasti sukar untuk memahaminya sekiranya ia merupakan satu bidang yang baru bagi anda.1. 2.3: Lima unsur persembahan elektronik Penggunaan media yang sembarangan akan menghasilkan kesan yang negatif terhadap persembahan. tidak semestinya kelima-lima media ini digunakan. Dalam satu persembahan elektronik. menyebabkan mata pengguna akan merasa letih. audio. seterusnya membosankan pengguna. 4. Pembangun perisian perlu bijak menggunakan media dalam persembahan elektronik bagi menghasilkan persembahan yang memberi impak yang baik dan berkesan kepada pengguna. 4. Cuba anda senaraikan ciri-ciri perisian yang mempunyai reka letak yang menarik dan menjadi pilihan anda. font teks dan saiz teks yang terlalu banyak dalam sesuatu persembahan akan mengganggu tumpuan. Kandungan kognitif dalam satu skrin juga perlu dikawal 5    .

Nyatakan asas membina slaid dari keperluan segi keperluan media dalam persembahan elektronik.MODUL PERSEMBAHAN ELEKTRONIK       PPISMP/MUA    supaya tidak terlalu banyak. Manakala penggunaan animasi yang banyak adalah tidak sesuai digunakan untuk membuat persembahan bagi golongan dewasa. Media yang hendak dipersembahkan seharusnya memberi makna kepada persembahan. bagi membuat persembahan di dewan besar. 2.   6    . 4. saiz font berukuran besar dan jelas amat bersesuaian dengan lokasi tersebut. Clip video “Senario Kampus” contohnya. penggunaan warna yang sesuai ialah warna yang lembut dan harmoni. Berikan kelebihan dan kelemahan persembahan elektronik. Lokasi persembahan juga perlu diambil kira dalam membina persembahan elektronik. dalam persembahan elektronik menggunakan kaedah tunjuk cara adalah lebih sesuai bagi pembangun perisian menggunakan video berbanding menggunakan gambar. Akibatnya. Penggunaan media yang digunakan perlulah berkaitan atau membawa mesej. penggunaan teks yang mempunyai font yang kecil akan menyebabkan para hadirin tidak dapat membaca mesej yang hendak disampaikan. Bagi membangun persembahan yang mempunyai golongan sasar terdiri daripada kanak-kanak tadika contohnya. Sebagai contoh. Sebaliknya. Persembahan menggunakan gambar pula adalah lebih sesuai untuk menerangkan sesuatu keadaan berbanding dengan menggunakan teks. Penggunaan media ini bergantung kepada keperluan persembahan. Misalnya. Pembangunan perisian perlu memikir dan menganalisis golongan sasaran pengguna perisian.2 SEMAK KENDIRI 1. tidak sesuai dijadikan video pengenalan untuk persembahan teknik permainan dan perlawanan bola sepak. pembangun perisian perlu memilih media yang berkaitan dengan mesej persembahan bukan berdasarkan kegemaran pembina persembahan. Bagi persembahan keadaan yang membawa mesej yang sedih dan sayu. mereka akan cepat bosan. adalah lebih baik bagi pembangun perisian menggunakan animasi yang bersesuaian dengan golongan sasar tersebut. penggunaan warna panas dan terang adalah tidak sesuai. Penggunaan media yang bermakna kepada mesej yang hendak dipersembahkan. Maka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful