You are on page 1of 3

Refleksi GOH MEI FONG (920826-05-5326) (IPGKB : S17M 1006 0579)

Dalam proses penghasilan kerja kursus Pengurusan Kokurikulum ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah. Terima kasih diucapkan kepada pihakpihak yang telah menghulurkan bantuan agar saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Terutamanya kepada pensyarah bimbingan kami iaitu, XXXXXXXXXXXX telah menberi tunjuk ajar dan panduan dalam melaksanakan kerja kursus ini.

Melalui kerja kursus pengurusan kokurikulum ini, saya telah mempelajari pelbagai pengetahuan yang tidak pernah dipelajari. Pengetahuan baharu ini perlu kami aplikasikan dalam pelaksanaan aktiviti terutamanya sebagai bakal pendidik pada masa yang akan datang. Kerja kursus ini telah memberi banyak pendedahan kepada saya tentang pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah rendah. Setiap aktiviti kokurikulum di sekolah mempunyai prosedur yang tersendiri apabila kita menganjurkan sesuatu aktiviti. Oleh itu, kerja kursus ini boleh membantu kita untuk mempelajari cara mengadakan aktiviti atau program di sekolah.

Selain itu, kerja kursus ini juga mempunyai kebaikan dari segi pengurusan kewangan yang melibatkan kokurikulum. Saya telah memahami serba sedikit mengenai pengurusan kewangan. Setiap program seperti yang dianjurkan perlu menyatakan jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan. Bendahari haruslah merekod segala keluar dan masuk wang bagi mengelakkan pembaziran wang. Kita juga dapat mengira jumlah anggaran yang diperlukan untuk mengadakan aktiviti. Dengan adanya pengurusan kewangan yang sistematik, sesebuah program atau aktiviti barulah dapat dilaksanakan dengan lancar.

Di samping itu, dalam sesebuah program atau aktiviti yang berjaya dilaksanakan memerlukan sistem carta organisasi yang terancang. Penubuhan AJK merupakan elemen yang sangat penting dalam memastikan pelancaran sesebuah program. Perlantikan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari, AJK kecil, dan sebagainya adalah wajib. Dengan adanya perlantikan ini, mereka yang menyandang jawatan tersebut barulah akan menjalankan tugasan mereka. Tugas pengerusi pula ialah memastikan setiap ahli AJK menjalankan dan menyiapkan tugasan mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya dapati bahawa perlantikan AJK adalah sangat penting dalam sesebuah program.

Saya juga telah mempelajari banyak kemahiran melalui kerja kursus ini. Salah satu kemahiran yang dipelajari adalah sistem mengurus fail dan cara untuk menulis surat rasmi mengikut format yang betul. Kedua-dua kemahiran adalah agak sukar untuk dipelajari. Setiap surat rasmi mempunyai format dan peraturan yang perlu dipatuhi. Untuk menulis sepucuk surat yang berkualiti, kita hendaklah mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan. Kemahiran mengurus fail juga penting supaya maklumat-maklumat dapat disimpan dengan baik dan selamat. Contohnya nombor rujukan merupakan elemen yang sangat penting dalam pengurusan fail.

Dalam program lawatan ke Kuala Lumpur ini, saya dapati bahawa guru pelatih yang terlibat terdiri daripada kaum yang berbilang bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban, orang asli, dan sebagainya. Melalui program lawatan ke Kuala Lumpur, hubungan antara guru-guru pelatih dan pensyarah dapat dieratkan. Hal ini demikian kerana semua guru pelatih dan pensyarah terlibat dalam aktiviti yang sama. Bagi guru pelatih yang jarang berinteraksi dengan pensyarah, mereka boleh mengambil peluang ini untuk menonjolkan kelebihan diri mereka. Dengan ini, hubungan antara guru pelatih dan pensyarah akan menjadi lebih rapat.

Lawatan sambil belajar ini juga memberi manfaat kepada guru pelatih dalam menimba pengetahuan dan pengalaman baru. Guru pelatih berpeluang untuk

mempelajari sesuatu yang baru mengenai jurusan yang diambil. Sebagai contoh, guru pelatih berpeluang untuk mengaksikan pelbagai aktiviti seperti tarian tradisional seperti dan alat muzik tradisional seperti dalam lawatan sambil belajar ini. Guru pelatih dapat mengetahui asal asul tarian yang ditarikan dan alat muzik yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Tempat-tempat yang dikunjungi juga mempunyai nilai kesenian dan nilai sejarah yang bermakna.

Seterusnya, lawatan sambil belajar ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti untuk merehatkan minda guru pelatih. Dengan mengadakan aktiviti seperti lawatan, guru pelatih dapat meluangkan sedikit masa untuk merehatkan minda mereka daripada rutin harian yang sibuk dengan kerja. Idea mengenai kerja khusus juga mungkin berkaitan dengan tempat-tempat yang dikunjungi dalam lawatan tersebut. Oleh itu, guru pelatih dapat menghasilkan satu tugasan yang berkualiti dan luar biasa berbanding yang lain. Guru pelatih juga boleh mendapat maklumat tambahan dengan bertanya kepada faksilitator di tempat lawatan. Maklumat yang diberikan bermungkinan besar tidak dapat dicari di sesawang internet.

Di samping itu, lawatan sambil belajar ini juga akan menberi kesedaran kepada guru pelatih bahawa pentingnya memelihara warisan kesenian negara. Hal ini demikian kerana warisan kesenian merupakan khazanah negara kita. Sebagai bakal pendidik pada masa depan, kita sepatutnya berasa bangga kerana negara kita mempunyai pelbagai warisan kesenian yang belum lagi ditelan arus pemodenan. Oleh itu, lawatan ini juga dapat menimbulkan rasa bersyukur kepada tuhan kerana menbolehkan kita menikmati seni warisan negara yang begitu indah dan menarik. Akhir sekali, lawatan sambil belajar ini sememangnya menberi banyak faedah kepada guru pelatih. Lawatan sambil belajar ini sesuai dijadikan sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.