TEORI DREIKURS By SYLVESTER JONNY 14 April 2012 Dreikurs mengatakan bahawa semua manusia ingin berasa ingin kepunyaan

dan diterima oleh masyarakat. Mengikut beliau, murid yang melakukan masalah disiplin kerana tanggapan yang salah bahawa dengan melakukan masalah disiplin murid tersebut akan mendapat status sosial. Status sosial disini adalah kedudukan mereka di masyarakat.Murid yang mendapat perasaan dan keyakinan persamaan dan penerimaan masyarakat di kelas tersebut berminat untuk bekerjasama dengan murid yang lain dan menyumbang secara berguna dalam sesuatu kumpulan. Golongan yang positif ini bersifat baik dari segi intelektual, sosial, fizikal atau emosi, berkeyakinan dengan kebolehan mereka untuk menghadapi keperluan sekolah. Manakala, murid yang lemah dan tidak dapat menghadapi atau menampung keperluan sekolah dari segi pelajaran contohnya, akan berasa tidak diterima masyarakat. Menurut minda mereka, bagi mendapatkan tempat sosial di masyarakat sekolah itu adalah dengan melakukan sesuatu yang salah yang mereka percaya akan memberi mereka status sosial dan rasa kepunyaan sesuatu kumpulan. Teori Dreikurs tidak menggunakan hukuman atau pujian tetapi sebaliknya memperbaiki masalah disiplin menggunakan kesan-akibat-logikal. Menurut beliau, hukuman akan memalukan dan menyakitkan hati pelajar. Perlakuan ini akan memusnahkan keinginan dan semangat seseorang itu untuk belajar. Sebagai contoh, senario yang diberikan adalah murid menconteng dinding sekolah. Jika menurut gaya disiplin tradisional, murid akan dihukum dipukul dengan rotan dan sebagainya. Tetapi jika menurut akibat-logikal Dreikurs, murid tersebut akan diberi pilihan untuk membersihkan dinding sekolah itu ataupun membayar gaji tukang pembersih

sekolah untuk membersih dinding sekolah tersebut. Melalui ini, murid akan memahami akibat perlakuan mereka samada pada diri mereka mahupun orang lain. Selepas mengetahui kenyataan tersebut murid tersebut akan melakukan sesuatu dengan berfikir dahulu dan membuat keputusan yang matang. Malah, Dreikurs juga tidak percaya terhadap pujian tetapi menurut beliau sesuatu peneguhan tersebut hendaklah diberi melalui dorongan. Contoh perbezaan pujian dan dorongan adalah seperti jadual di bawah. Pujian Pujian adalah ganjaran yang diberi apabila sesuatu pencapaian dibuat Dorongan atau Galakkan Dorongan diberi sebagai penghargaan terhadap usaha yang dibuat. Pujian memberi tahu murid bahawa mereka telah memuaskan kemahuan masyarakat Pujian akan menaikkan status atau memberi kuasa kepada murid Pujian menggalakkan persaingan Pujian merangsang sifat pentingkan diri sendiri Dorogan adalah mesej antara murid yang mempunyai status yang sama Dorongan menggalakkan kerjasama Dorongan merangsang sifat ingin membantu Dorongan membantu murid untuk menilai prestasi mereka sendiri

Jadual 1.0: Perbezaan antara Pujian dan Dorongan Menurut teori Dreikurs terdapat empat jenis matlamat salah laku. Matlamat salah laku adalah matlamat yang ingin dikecapi dengan melakukan sesuatu tindakan yang tidak betul. Empat jenis matlamat salah laku ini adalah mendapatkan perhatian, mendapatkan kuasa dan kawalan, membalas dendam dan memaparkan sikap tidak puas hati. Matlamat salahlaku dan cara untuk mengatasinya. a. Mendapatkan perhatian.

Murid secara lahiriahnya inginkan perhatian daripada masyarakat di sekelilingnya terutamanya orang dewasa. Di dalam kelas murid yang ingin mendapatkan perhatian akan bertindak memberi jawapan yang salah semasa guru menanyakan soalan, membuat bising secara tiba-tiba, dan sebagainya. Kelakuan ini boleh diminimakan atau dimusnahkan melalui beberapa cara. Minimakan perhatian guru terhadap murid tersebut. Abaikan perlakuan mereka dengan mengalihkan perhatian murid daripada murid social-attention tersebut. Apabila perhatian murid lain tidak tertumpu pada murid social-attention itu, dia akan belajar bahawa perlakuan mereka adalah tindakkan yang sia-sia dan tidak melakukannya lagi. Selain itu, guru boleh memindahkan tempat duduk murid tersebut di tempat lain ataupun di kawasan khas seperti Thinking Chair.Dengan ini murid akan keluar daripada kelompok yang memuji perlakuannya tersebut dan hasrat mereka ingin meminta perhatian terbatal. Namun, apabila murid tersebut membuat sesuatu yang positif, guru hendaklah memberi perhatian dan kepada murid tersebut. Sebagai contoh, apabila murid tersebut dapat menjawab soalan, guru berterima kasih dan menghargai usaha murid tersebut dengan mengatakan murid tersebut berani menjawab, tidak kira jawapan murid tersebut betul atau salah. Melalui ini, murid akan berasa diterima oleh masyarakat dengan melakukan sesuatu yang positif untuk mendapatkannya dan bukan dengan melakukan sesuatu yang negatif.

b. Mendapatkan kuasa dan kawalan Perlakuan ini lebih kurang sama dengan masalah ingin mendapatkan perhatian, namun apa yang diingini dalam golongan ini adalah kuasa. Murid yang ingin mendapatkan kuasa dan kawalan kelas akan bercakap dengan nada yang kuat, menidakkan jawapan

guru sebagai salah, mengganggu kelas, enggan menerima arahan guru dan sebagainya.Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan memberi murid tersebut time-out. Dengan ini kuasa murid tersebut akan hilang dan mengakui kuasa guru adalah lebih besar.Ini akan mengajar murid tersebut dan murid lain juga supaya tidak mencabar kuasa guru. Guru pada masa ini hendaklah bertindak tegas dan bertindak serta-merta supaya murid tersebut tidak membina kuasanya.

c. Membalas dendam Murid akan membalas dendam terhadap guru atau daripada golongan murid itu sendiri dari segi fizikal atau mental. Perbuatan membalas dendam berlaku apabila mereka berasa terhina dan sakit hati. Disebabkan hal ini, Dreikurs tidak percaya terhadap hukuman, kerana hukuman dapat menjurus kepada membalas dendam. Selain itu, dipercayai juga murid yang membalas dendam ini kekurangan kasih sayang dan mengingininya. Bertindak ganas adalah untuk menunjukkan kepada guru tersebut bahawa mereka berasa negatif terhadap diri mereka dan salah faham bahawa mereka ingin orang lain juga merasai apa yang mereka rasa. Guru boleh menghadapi perbuatan ini dengan memberi mereka kasih sayang dan perhatian yang positif berdasarkan kelakuan baik mereka. Selebihnya, perbuatan tersebut dapat dihalang melalui cara yang sama dengan masalah ingin mendapatkan kuasa dan kawalan.

d. Memaparkan sikap tidak puas hati dan tidak berdaya. Oleh kerana ingin mengelakkan kegagalan, murid jenis ini memaparkan sikap tidak berani, dan tidak bersemangat dalam sesuatu kerja. Mereka percaya mereka tidak dapat menghadapi atau menampung kehendak sekolah atau masyarakat. Masalah ini terjadi apabila mereka tidak lagi berasa mampu untuk mendapatkan

kedudukan sosial atau akademik, pendek kata mereka putus asa. Kesan daripada ini mereka enggan melakukan apa-apa perlakuan yang boleh menyumbang kegagalan kepada diri mereka. Mereka berharap murid yang lain melupakan tentang diri mereka dan tidak mengingini apa-apa tanggungjawab. Murid seperti ini berkelakuan tidak berdisiplin, tidak memberi perhatian, tidak bersedia, menipu dan suka membuang masa. Albert (1996) menyatakan bahawa murid yang mengelakkan kegagalan jarang mengganggu kelas, tetapi sebaliknya mereka tidur dan berkhayal di kelas. Murid seperti ini sebenarnya gagal bukan kerana mereka tidak mampu, tetapi mereka tidak memberi sepenuhnya usaha mereka terhadap sesuatu perkara. Guru boleh mengatasi masalah ini melalui membantu mereka walupun sedikit. Cari kelebihan mereka dan galakkan mereka melakukannya sehingga mencapai kepuasan mereka. Guru perlu menunjukkan minat terhadap apa pun mereka buat dengan memberi galakkan positif. Selain itu, berikan kepercayaan kepada mereka bahawa kegagalan bukanlah sesuatu yang tidak boleh diterima. Sebagai contoh, walaupun murid gagal menjawab soalan guru, guru tetap menghargai usaha beliau dengan mengatakan bahawa dia adalah seorang yang berani dan berterima kasih kerana menjawab soalan.

Tambahan beliau, guru sepatutnya bersifat demokrasi dan bukan autokrasi. Ketika memberi kesan-akibat-logikal murid sering diberi pilihan atas kesan daripada masalah yang mereka lakukan. Murid akan berasa lebih berupaya mengikuti pilihan yang mereka pilih sendiri. Dengan ini murid mampu membuat keputusan, dan kemampuan itu boleh menyumbang kepada memilih untuk tidak menyumbang masalah kepada kelas.

Kesimpulannya teori Dreikurs amat berguna dalam perlaksanaan pengajaran dengan mengawal disiplin pelajar sebelum dan ketika masalah berlaku. Oleh itu, amat penting bagi semua guru untuk memahami dan mengaplikasi teori ini dalam bilik darjah mereka.

Analisis dan Strategi Mengatasi Masalah Menggunakan Teori Dreikurs. Analisis Masalah disiplin Azmi Berdasarkan teori Dreikurs, masalah disiplin berlaku akibat matlamat salah laku seperti mendapatkan perhatian, mendapatkan kuasa, membalas dendam dan memaparkan sikap tidak kepuasan diri. Dalam situasi Azmi, matlamat salah laku yang dipaparkan oleh Azmi adalah membalas dendam. Ini dapat dikesan kerana Azmi mempunyai emosi yang tidak baik ketika masuk kedalam kelas. Selepas itu, dia menolak rakannya dan menjawab gurunya dengan kurang sopan. Perasan membalas dendam Azmi adalah disebabkan dia berasa terhina atau sakit hati. Ini mungkin disebabkan Azmi kekurangan kasih sayang atau telah disakiti samada dari segi fizikal ataupun mental oleh persekitarannya. Oleh itu, dia bertindak ganas untuk menunjukkan bagaimana perasaan perasaan mereka dan salah faham bahawa dia ingin orang lain turut merasai kepedihan mereka. Oleh kerana kejadian tersebut, Azmi melepaskan dendamnya dari segi fizikal kepada rakannya dengan menolaknya dan dari segi mental bertindak menjawab guru dengan tidak sopan bertujuan untuk menyakiti hati gurunya.

Strategi Untuk Mengatasinya Ketika masalah tersebut berlaku, teruskan pengajaran dan pembelajaran dan alihkan perhatian murid lain kepada pengajaran. Setelah selesai pengajaran, guru perlu bercakap dengan murid tersebut tanpa

perhatian murid tersebut. Ini boleh dilakukan samada memanggil Azmi untuk berjumpa dengan guru tersebut di meja di kelas ketika murid lain sibuk membuat latihan ataupun berjumpa secara personal di bilik guru selepas kelas tamat. Guru hendaklah menanya adakah Azmi mempunyai masalah. Jika murid tersebut enggan memberitahu tanyalah kepada murid tersebut kenapa murid tersebut bertindak ganas terhadap murid lain dan tidak sopan kepada guru tersebut. Selepas itu, guru akan berbincang dan memberi pilihan akibat kesalahan yang beliau lakukan. Pilihan 1: Meminta maaf kepada guru dan Sani akibat perbuatan ganas dan tidak sopan beliau dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalan beliau lagi. Pilihan 2: Azmi hanya dibenarkan balik melalui laluan tersebut selepas semua murid melaluinya. Ini kerana khuatir Azmi akan menolak rakannya yang lain. Kebarangkalian besar Azmi akan memilih pilihan 1. Setelah keputusan dipersetujui oleh guru dan murid, guru hendaklah menunjukkan kasih sayang dan perhatiannya kepada Azmi. Guru boleh memberi nasihat secara halus seperti “Selama ini Azmi adalah baik di mata cikgu, cikgu sayang Azmi tetapi pagi tadi Azmi telah menyakitkan hati cikgu, cikgu harap Azmi tidak buat kesalahan ini lagi”. Murid akan berasa dibelai kasih sayang guru dan akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan yang sama. Tindakan Yang Dilakukan Apabila Masalah Berlaku Secara Berterusan Jika masalah ini belum pernah berlaku sebegini teruk dan berlanjutan sehingga parah, ini mungkin disebabkan oleh masalah yang memberi impak yang mendalam kepada murid tersebut. Guru boleh bertanyakan kepada ibu bapa atau rakan-rakan murid tersebut, kerana hal ini mungkin berlaku akibat masalah keluarga. Jika masalah ini berlanjutan, murid diberikan kaunseling atau penjaga murid tersebut di bawa berbincang ke sekolah tertang masalah Azmi.

Kelemahan Teori Dreikurs dan cara mengatasinya Kelemahan Sukar untuk guru mengesan matlamat salah laku murid. Cara mengatasinya Mendalami teori dreikurs dengan sebaiknya. Cara yang paling mudah untuk mengesan jenis matkamat salah laku murid adalah seperti berikut. a. Apabila guru berasa terganggu

maka matlamat murid tersebut adalah ingin mendapatkan perhatian. b. Apabila guru berasa direndahkan

dan digertak maka matlamat murid tersebut adalah ingin mendapatkan kuasa. c. Apabila guru disakitkan hati

secara mental atau murid lain disakiti secara mental atau fizikal bermaksud murid tersebut ingin membalas dendam. d. Apabila guru berasa murid

tersebut tidak berdaya dan tidak berminat, bermaksud murid tersebut memaparkan sikap tidak puas hati atau tidak berdaya. Sukar untuk guru menggunakan demokrasi dan selalunya menggunakan kuasa Guru hendaklah bersabar dan berpewatakkan tegas tetapi memberi muridmuridnya pilihan akibat sesuatu masalah.

autokrasi. Sukar untuk membezakan antara hukuman dan akibat-logikal Guru perlu faham bahawa hukuman bermaksud sesuatu tindakkan yang tidak berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan oleh murid. Hukjuman membuatkan murid untuk takut berbuat kesalahan demikian tetapi tidak memahami bagaimana kesalahannya memberi kesan kepada orang lain dan sistem masyarakat. Manakala kesan-akibat-logikal merupakan sesuatu tindakkan yang berkaitan secara langsung kepada kesalahan murid tersebut. Kesan akibat logical akan memberi kesan kepada murid bagaimana kesalahan yang dilakukan memberi kesan kepada diri, orang lain dan sistem sosial. Perbezaan ketara adalah hukuman memberi ketakutan murid untuk mengulangi kesalahan itu semula. Manakala, kesanakibat-logikal akan membuatkan murid tidak melakukan kesalahan tersebut kerana dia dapat berfikiran secara rasional bahawa ia akan memberi implikasi kepada diri, orang lain dan sistem sosial. Sukar untuk guru membezakan antara pujian dan dorongan Perbezaan dorongan dan pujian jelas ditunjukkan pada jadual Jadual 1.0: Perbezaan antara Pujian dan Dorongan

Jadual 2.0: Kelemahan Teori Dreikurs dan Cara Mengatasinya.

Implikasi Teori Dreikurs Terhadap Pengajaran dalam Pembelajaran Bilik Darjah Bertahun-tahun teori Dreikurs menjadi pengangan berjuta-juta guru di seluruh dunia. Ia memberi banyak implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah samada kepada guru mahupun murid. Implikasi yang pertama adalah, guru tidak menggunakan hukuman tetapi sebaliknya mengawal disiplin murid dengan menggunakan kesanakibat-logikal. Hukuman akan menyakiti murid dari segi fizikal atau mental, ini akan menjatuhkan maruah mereka serta semangat mereka untuk belajar. Pada dasarnya, hukuman memberi ketakutan murid untuk mengulangi kesalahan itu semula. Manakala, kesan-akibat-logikal akan membuatkan murid tidak melakukan kesalahan kerana dapat berfikiran secara rasional bahawa ia akan memberi implikasi kepada diri, orang lain dan sistem sosial. Oleh itu, kesan-akibat-logikal adalah lebih baik digunakan daripada hukuman. Sebagai contoh, apabila murid dengan sengaja merosakkan harta benda sekolah, hukuman yang diberi adalah surat mengenai kesalahan murid tersebut diberi kepada penjaga murid tersebut. Manakala kesan-akibat-logikal adalah beliau dilarang menggunakan harta benda sekolah lagi sehingga beliau meminta maaf dan berjanji tidak akan merosakkan harta benda sekolah secara sengaja lagi. Implikasi kedua teori Dreikurs adalah guru bersifat demokrasi dan bukan autokrasi. Bersifat demokrasi bermakna memberi murid pilihan kesanakibat-logikal yang mereka mampu tepati. Selain itu, kelas boleh berbincang tentang kesan akibat supaya mereka berasa bertanggungjawab apabila melanggar sesuatu peraturan (Rich. 1979).

Implikasi seterusnya adalah murid berasa dihargai dan maruah mereka terjaga. Akibat daripada dasar tidak memberi hukuman, maruah murid terjaga. Oleh itu, status mereka tidak diburukkan dan dijatuhkan oleh guru. Apabila murid tidak diberi hukuman, murid yakin terhadap guru tersebuat tidak akan memalukan beliau, oleh itu murid di kelas tersebut tidak akan takut mencuba apabila dikehendaki guru. Guru tidak memberi pujian tetapi memberi dorongan. Melalui dorongan terhadap usaha murid untuk mencuba tidak kira jawapan yang diberikan adalah betul atau tidak, akan memberikan murid keyakinan diri. Ini sejurusnya dapat mengurangkan ketakutan akan kegagalan murid ketika membuat sesuatu tugasan. Malah, ini tidak akan memberi kuasa dan memijak kepala guru kerana mereka tidak dipuji tetapi diberi dorongan. Malah, melalui dorongan juga murid akan lebih bersemangat untuk bekerjasama antara satu sama lain. Kesimpulannya teori Dreikurs mempunyai banyak implikasi yang positif kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, untuk menjamin pengajaran yang berkesan, teori Dreikurs wajar dipraktik dan digunakan sebaiknya oleh guru.

Wadah kata, Artikel ini bertujuan untuk rujukan dan bukan untuk pliagiat. Ia ditulis berdasarkan pelbagai sumber maklumat yang diakses di internet dan buku. Selamat berusaha dan maju jaya.
http://sylvesterjphoto.blogspot.com/

RUJUKAN

Middle East Technical Universiti Corporation. (2010). The Social Dicipline Model of Rudolf Dreikurs. Retrieved Mac 9, 2012, from Middle East Technical Universiti Web site: http://www.metu.edu.tr/~e133376/project/The%20Social%20Discipline %20Model%20of%20Rudolf%20Dreikurs.htm Walker, R. (2010). Retrieved Mac 8, 2012, from Robin Walker Web site: http://robinwalker.hypermart.net/makingchildtherapywork/why_do_child ren_misbehave.html Wiki Books Corporation. (2011, Mac 4). Classroom Management Theorists and Theories/Rudolf Dreikurs. Retrieved Mac 8, 2012, from Wiki Books Web site: http://en.wikibooks.org/wiki/Classroom_Management_Theorists_and_T heories/Rudolf_Dreikurs

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful