PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

PENGENALAN Pendidikan pelbagai budaya adalah satu sistem pendidikan yang menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa pertuturan dan agama. (James A.Banks dan Cherry A. McGee Banks, 2003). Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan pelbagai budaya ini adalah satu pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi pengajian. Ia bukan sahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi tetapi perubahan terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi.

KONSEP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA Pendidikan pelbagai budaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk semula pendidikan dan satu proses (Banks,2002). Sebagai satu idea, pendidikan pelbagai budaya cuba mewujudkan satu peluang yang saksama kepada semua pelajar yang dari golongan, kaum, sosio-ekonomi, budaya yang berlainan, dengan mengubah persekitaran sekolah agar ia dapat menunjukkan kepelbagaian kebudayaan dan golongan dalam sekolah dan sosial. Pendidikan pelbagai budaya adalah satu proses kerana matlamatnya adalah ideal di mana pihak pentadbir dan guru perlu terus berusaha dan berjuang untuk mencapai maklamat tersebut. Di samping itu, Banks(2002) juga telah memperkenalkan empat dimensi pendidikan pelbagai budaya, iaitu integrasi isi kandungan yang menginklusifkan bahan bantu mengajar, konsep dan nilai dari pelbagai kebudayaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pedagogi yang saksama wujud bila guru-guru mengubahsuai pengajaran mereka supaya bersesuaian dengan pelajar yang mempunyai latar belakang yang berlainan dalam mencapai kejayaan akademik. Memperkasakan budaya sekolah dan struktur sosial untuk membentuk semula persekitaran sekolah, termasuk sikap, kepercayaan dan tindakan guruguru dan pihak pentadbir, kurikulum, prosedur peperiksaan dan strategi pengajaran guru-guru supaya membolehkan pelajar dari kaum, jantina, golongan yang berlainan mengalami pendidikan yang saksama. Salah satu konsep yang terserap dalam pendidikan pelbagai budaya adalah konsep kesaksamaan (equity).

1

Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan utama seorang guru bahasa Melayu semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rahman Ab. matlamat pendidikan pelbagai budaya dapat dicapai dengan berkesan (Samsudin Suhaili. sistem pendidikan perlulah memberi peluang kepada setiap individu untuk belajar menghargai dan berkongsi nilai-nilai budaya kemasyarakatan termasuklah bahasa kebangsaan di samping mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Keupayaan dan strategi yang berkesan dapat membantu guru membuat pemilihan dan penggunaan bahan bantu mengajar secara berhemah dan bersesuaian. Rashid. jati diri dan identiti negara mereka (Ibrahim Saad. dan pelajar yang pernah ditolak pada satu masa ketika mempunyai peluang untuk belajar.1962:37). aspek dasar perlu diberikan perhatian sewajarnya. dan mempunyai penerimaan yang saksama bagi perkhidmatan yang mereka perlu dalam pendidikan (Pathways Home). Yap Kim Fatt dan Ab. pembimbing. perlu ditegaskan bahawa kepelbagaian budaya penting untuk didedahkan kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaan tempatan. tidak kira majoriti atau minoriti. pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid. perempuan atau lelaki. Ab. Sementara itu. 1986:485). isi kandungan dan objektif kurikulum tersebut hanya boleh dicapai dengan syarat guru berupaya menjadikan diri mereka sebagai penyampai yang kreatif dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembeajaran bagi sesuatu bidang ilmu. Justeru. menyertai program pendidikan. perancang.Menurut American Heritge Dictionary. dalam mencapai hasrat pendidikan pelbagai budaya. Empat peranan terebut adalah sebagai penggerak dan pendorong. Dengan kedah ini. Bagi mencapai objektif pembelajaran pelbagai budaya. Di samping itu. KEBAIKAN DAN MANFAAT KANDUNGAN Terdapat beberapa kebaikan yang diketengahkan oleh penulis iaitu prinsip pendidikan pelbagai budaya yang memperlihatkan perspektif positif terhadap aspek kepelbagaian budaya di sekolah. adalah diyakini prinsip tersebut berjaya menggalakkan pemahaman dan komunikasi antara silang budaya dan penerimaan perubahan oleh setiap kaum (Stephen May. Sehubungan itu. 2005:220). pelajar yang berjaya atau gagal. kesaksamaan dijelaskan sebagai satu peringkat di mana semua pelajar. 2 .

1988:1). Unsur-unsur budaya tersebut merangkumi unsur-unsur budaya material dan bukan material. makanan dan aktiviti keagamaan. Komik Mat Som adalah komik yang dihasilkan oleh Lat dengan tujuan untuk mengetengahkan budaya hidup masyarakat tempatan di Malaysia kepada khalayak pembacanya di dalam dan luar negara. malah perlu memberi penekanan terhadap aspek bahan pengajaran yang dibawa ke dalam bilik darjahnya. 3 . guru bukan hanya perlu memilih stategi pengajaran yang berkesan.Dalam memenuhi tanggungjawab ini. penggunaan komik terutamanya komik hasil karya Lat amat sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran berkaitan kebudayaan masyarakat Malaysia khususnya dalam kelas bahasa Melayu kerana mengandungi kesemua unsur yang telah dinyatakan. BBM seperti komik ini sangat menarik terutama dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. CADANGAN DAN PANDANGAN Pada pandangan saya. Tambahan pula. Antara yang menarik yang terdapat dalam jurnal ini ialah dalam hal penggunaaan kartun sebagai BBM. pekerjaan. Oleh itu. proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sehingga boleh membantu memperoleh ilmu dengan cemerlang. Selain watak. Berdasarkan analisis. Hal ini kerana bahan bantu mengajar boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam sesuatu aspek pengajaran (Mat Nor Hussin dan Abdul Rahman Abdul Rashid. iaitu pakaian. tetapi unsur budaya material lebih difokuskan kerana unsur tersebut merupakan unsur yang dominan dalam sesebuah masyarakat dan paling kerap ditonjolkan dalam bahan kajian. aktiviti harian. aspek kebudayaan boleh dipaparkan secara jelas dalam sesebuah lukisan kartun. Hal ini kerana pembelajaran akan berlangsung dalam suasana yang ceria dan secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej yang berguna dengan berkesan kepada pelajar. Hal ini ternyata kartun dapat menghiburkan pelajar dan menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan. Kepelbagaian budaya di Malaysia dipaparkan dengan jelas melalui watak-watak yang mewakili semua kaum yang hidup dengan budaya masingmasing dan membentuk entiti masyarakat Malaysia. didapati Lat berjaya memaparkan unsur kepelbagaian kaum di Malaysia yang melambangkan latar masyarakat majmuk di negara ini. Hal ini kerana kajian ini memfokuskan lima unsur budaya. unsur budaya setiap kaum termasuk kaum peranakan juga dipaparkan secara langsung atau tidak langsung melalui gambaran ilustrasi dan dialog. Hasilnya.

Justeru. 4 . para pelajar juga dapat memahami apa yang guru ingin sampaikan dengan berkesan dan mudah. budaya Melayu lebih signifikan ditonjolkan bagi memberikan gambaran polarisasi kaum kerana hal tersebut juga sejajar dengan teras Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menjadikan budaya asal rantau ini. cadangan penulis supaya komik seperti ini dijadikan bahan bantu pengajaran amatlah relevan kerana melalui komik seperti yang dihasilkan oleh Lat ini dapat memupuk semangat 1 Malaysia yang acapkali dilaung-laungkan oleh Y.A. Keunikan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia menjadi teras utama dalam karya ini kerana Lat ingin mengetengahkan kebudayaan masyarakat Malaysia ke persada dunia melalui hasil karyanya. Oleh itu. Hal ini akan membuatkan para pelajar lebih berminat untuk belajar. Perdana Menteri Malaysia. keupayaan guru mempelbagaikan bahan pengajaran akan mempengaruhi penerimaan pelajar kerana pembelajaran tidak akan statik dan membosankan.Di samping itu. Oleh hal yang demikian. Selaras dengan itu.B. iaitu budaya Melayu sebagai teras utamanya. Tambahan pula. Sifat kreatif guru dalam menyampaikan pendidikan pelbagai budaya ini penting kerana perkara tersebut akan menentukan kejayaan pengajaran. Perkara ini adalah penting kerana budaya adalah cerminan akal budi masyarakat yang secara tidak langsung dapat mencambahkan semangat cinta akan tanah air dan perpaduan dalam kalangan pelajar. cadangan pemilihan komik sebagai bahan bantu pengajaran dapat dijadikan alternatif kepada penggunaan buku teks kerana komik Mat Som yang dijadikan bahan kajian ini banyak menyentuh tentang budaya warisan bangsa. Lat juga memberikan gambaran kemajmukan masyarakat Malaysia melalui karyanya. Saya amat menyokong hal ini kerana sekurang-kurangnya seorang guru telah menggunakan daya kreativitinya dengan menggunakan komik sebagai BBM menggantikan buku teks. Pendidikan pelbagai budaya yang berkesan juga seterusnya dapat menjamin keharmonian negara terus berkekalan dan jati diri bangsa terus dibanggakan walaupun menghadapi arus kemodenan yang semakin mencabar. Memandangkan sifat komik Lat yang berlatar belakang budaya dan masyarakat Malaysia. maka komik ini dapat dijadikan bahan bantu mengajar untuk memberikan nilai tambah kepada sistem pendidikan negara.

m. Dalam Mien A.KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya. jika guru menggunakan bahan yang mudah dan boleh menarik minat mereka akan lebih cepat untuk memahami sesuatu topik. Kuala Lumpur : Jabatan Pengajian Melayu. 5 . Suatu Kemungkinan. BIBLIOGRAFI Asiah Abu Samah (1985). Pendidikan Budaya. Dalam Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan. Samsudin Suhaili (2005). Justeru. Republik Indonesia : Panitia Kerjasama kebahasaan Pusat Bahasa dan Departmen Pendidikan Nasional. Rampak Serantau (Terbitan pada Sidang ke-44 Mabbim. Pengetahuan tentang merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan menggunakan bahan bantu mengajar untuk menarik minat para pelajar. setiap guru perlu memiliki pengetahuan yang mendalam tentang kepelbagaian pelajar yang berada di kelasnya.s 211-223). Selain itu. Rifai ( Penyunting). sistem pendidikan yang berteraskan dasar-dasar nasional perlu menggunakan bahan yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya di negara ini sebagai unsur nilai tambah dalam melahirkan warganegara yang dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara pada masa hadapan. Kepelbagaian Budaya Dalam Sistem Pendidikan Malaysia : Suatu Pengenalan. Universiti Malaya. 7-11 Mac 2005.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful