Sembahyang Sunat Hajat

Sebaik-baik waktu sembahyang hajat adalah pada waktu tengah malam. Ini bersesuaian dengan Sabda Rasulullah saw apabila di soal oleh Abu Zar al-Ghiffari r.a. yang ertinya : “Solat malam yang manakah lebih afdal? Jawap baginda : “Di waktu separuh malam atau jauh malam, tetapi sayangnya amat sedikit yang melakukannya”. Cara Sembahyang sunat Hajat berikut di ambil dari riwayat Wuhaib bin Ward; 1. Lafaz Niat:

Erti Niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala. 2. Takbiratul Ihram beserta niat. 3. Membaca Al Fatihah, ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlaas di dalam rakaat yang pertama dan di dalam rakaat yang kedua. 4. Sesudah memberi salam, sebelum berubah tempat, sujud pula sekali serta membaca doa di bawah kemudian pohonlah apakah hajat anda. Insya’Allah makbul. Jika solat 12 rakaat, sujud di luar solat ini di lakukan sesudah selesai 12 rakaat itu. Inilah doa yang di baca sewaktu bersujud;

Ertinya : Maha Suci Tuhan yang memakai akan kemuliaan dan berfirman dengan dia. Maha Suci Tuhan yang bersifat dengan kebesaran dan kemurahan. Maha Suci Tuhan yang menghinggakan bilangan tiap-tiap sesuatu dengan ilmuNya. Maha Suci Tuhan yang sayogialah bertasbih selain untukNya. Maha Suci Tuhan yang mempunyai nikmat dan kurnia. Maha Suci Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Tuhan yang mempunyai kekuasaan. Aku bermohon kepada Engkau dengan segala tempat kemuliaan dari Arasymu, dengan rahmat yang setinggi-tingginya dari KitabMu, dengan namaMu Yang Maha Agong, kesungguhanMu Yang Maha Tinggi dan Kalimat-Kalimat yang sempurna, lagi melengkapi, yang tidak dilampaui oleh orang yang berbuat kebajikan dan yang berbuat kejahatan. Bahawa Engkau anugerahkan rahmat kiranya kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful