You are on page 1of 20

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

1.0 Pendahuluan Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Manakala Abdullah Hasan (2006), menyatakan bahawa sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu begaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. Kesimpulannya, sintaksis merangkumi tiga bidang kajian iaitu: Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat. Definisi Ayat Menurut Zaba melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1 Dalam Permulaan Nahu Melayu, beliau berpendapat bahawa ayat ialah susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu. Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya. Melalui maksud ayat yang diberi oleh Zaba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat bermaksud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud. Manakala Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn,Hashim Musa dan Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.
1

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Jika kita lihat beberapa pendapat yang dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan. Binaan Ayat Ayat terdiri daripada dua unsur utama iaitu subjek dan predikat. Dalam huraian tatabahasa, subjek adalah sebahagian ayat yang diterangkan manakala predikat adalah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contohnya: Subjek bangunan itu adik pengarang itu Predikat tinggi menangis menulis novel

Ayat-ayat bahasa Melayu boleh digalurkan kepada dua kategori dengan membenarkan dua aspek iaitu struktur dan intonasi. Struktur merujuk kepada susunan dan binaan unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu ayat, contohnya ayat tunggal, ayat majmuk dan sebagainya. Manakala intonasi pula merujuk kepada nada suara yang tinggi atau rendah semasa mengujarkan sesuatu ayat itu, contohnya ayat penyata dan ayat tanya. Pola Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Pola Pola 1

Subjek (frasa nama) Osman

Predikat (frasa nama) kerani (frasa kerja) mengembang (frasa adjektif) aktif (frasa sendi nama) di bawah

Pola 2

(frasa nama) Bunga matahari

Pola 3

(frasa nama) Adik

Pola 4

(frasa nama) Surau

Jenis-Jenis Ayat Dalam Bahasa Melayu Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat digunakan bagi menyatakan maklumat, membuat pertanyaan, memberi arahan, dan menunjukkkan perasaan. Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu iaitu: i. Ayat Penyata ii. Ayat Tanya iii. Ayat Perintah iv. Ayat Seru a) Ayat Perintah Ayat yang digunakan untuk menyatakan maklumat dan dalam ayat penyata ada maklumat ditekankan. Ayat ini diucapkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan. Ayat ini boleh terdiri daripada daripada sebuah klausa atau lebih. Jenis ayat ini dihuraikan berdasarkan intonasi dan tujuan. Intonasi dapat menentukan jenis ayat dan dapat membezakan bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam ayat lisan, ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan. Asmah Haji Omar pula membahagikan bentuk ayat penyata kepada dua iaitu: Ayat penyata perbuatan Ayat penyata keadaan/statif

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

b) Ayat Tanya Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu dengan tujuan mendapatkan jawapan. Jawapan boleh berupa penjelasan atau pilihan sama ada ya atau tidak. Jenis-jenis ayat tanya ialah: 1. Ayat Tanya Tertutup - Iaitu ayat tanya yang meminta jawapan yang tegas iaitu ya atau tidak. Contoh : Kaumahu ikut atau tidak? - Ayat penyata dapat dijadikan ayat tanya tertutup dengan menambahkan kata tanya pada ayat penyata dengan intonasi naik pada akhir ayat. Contoh : Badan budak itu panas. (ayat penyata) Adakah badan budak itu panas? (ayat tanya) 2. Ayat Tanya Terbuka - Ayat tanya terbuka mengkehendaki jawapan yang berupa penerangan. Ayat tanya ini ditandai dengan adanya kata tanya seperti apa, siapa, bagaimana, mengapa, dan lain-lain lagi. Letak kata tanya boleh berpindah sama ada di awal atau akhir ayat. Contoh : Apakah yang dibeli oleh emak? 3. Ayat Tanya Retorik atau Tempelen - Ayat tanya ini tidak memerlukan jawapan dan hanya digunakan apabila penanya ingin memastikan jawapan yang sebenar telah diketahui. Ayat tanya ini terbentuk melalui proses campuran antara ayat dasar dengan kata nafi. Contoh: Dia sepupu kamu, bukan? c) Ayat Perintah 1. Ayat Perintah Biasa Abdullah Hassan menyatakan ayat perintah biasa, walaupun tidak mempunyai subjek, tetapi pada struktur dalamnya memang ada. Dalam penggunaan ayat perintah biasa bagi orang kedua, subjek pelakunya lazimnyaa tidak timbul pada struktur permukaannya. Sekiranya seorang pengawal yang berkawal pada waktu malam melihat orang berjalan-jalan, mungkin memberi perintah berhenti . Ayat asalnya kamu berhenti.

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

2. Ayat Sila Berlainan daripada perintah biasa kerana golongan ini lebih halus cakupannya. Ayat ini menggunakan kata seperti sila, tolong, minta, bolehkah, dan lain-lain lagi. Contoh: Sila duduk. 3. Ayat Ajakan Ayat ini juga mempunyai subjek yang terdiri dari orang pertama, jamak tetapi di gugurkan. Contoh: Mari bermain. 4. Ayat Larangan Larangan adalah ayat perintah negatif dengan menggunakan kata larangan seperti jangan, dilarang,usah, tak usah dan ditegah. Contoh: Usah pergi.

d) Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dengan tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Contohnya: Cantiknya! Susunan Ayat Bahasa Melayu Susunan ayat bermaksud kedudukan subjek dan predikat dalam ayat. Setiap ayat terdiri daripada binaan subjek dan predikat. Susunan ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua, iaitu susunan biasa dan susunan songsang. 1. Susunan biasa ialah binaan ayat yang subjeknya terletak di hadapan ayat, diikuti oleh predikat. Contohnya: Aiman sedang membaca majalah. 2. Susunan songsang ialah binaan ayat yang predikatnya dikehadapankan, manakala subjek dikebelakangkan. Contohnya: Sedang membaca majalahlah Aiman.

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

2.0 Analisis Ayat Ayat 1: Pada minggu depan kampung kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. Analisis: Ayat di atas ialah ayat pasif songsang terbahagi pelaku diri ketiga. Proses ini bermula dengan ayat aktif Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi kampung kami pada minggu depan. Kemudian ayat ini dipasifkan menjadi Kampung kami akan dikunjingi pemimpin parti tersebut pada minggu depan. Kemudian ayat tersebut disongsangkan pula menjadi Pada minggu depan, kampung kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. Ayat ini terdiri daripada satu subjek, satu predikat utama dan satu predikat tambahan. Subjek untuk ayat ini ialah kampung kami. Predikat utamanya ialah akan dikunjungi pemimpin parti tersebut manakala predikat tambahannya ialah pada minggu depan. Ayat ini berpola FN+FK. Hal ini demikian kerana subjek ayat ini terdiri daripada frasa nama manakala predikatnya pula terdiri daripada frasa kerja pasif. Subjek ayat ini terdiri daripada frasa nama dan kata ganti nama diri pertama. Frasa nama yang terdapat di dalam subjek ayat ini ialah kata nama kampung. Kata nama kampung ini diikuti dengan kata ganti nama diri pertama iaitu kami yang bertindak sebagai penerang kepada kata nama kampung. Frasa kerja pasif yang bertindak sebagai predikat utama pula terdiri daripada kata kerja pasif, kata bantu, kata penentu dan pelaku diri ketiga. Kata kerja pasif yang terdapar di dalam predikat ayat ini ialah kata kerja berimbuhan di iaitu dikunjungi. Perkataan akan pula bertindak sebagai kata bantu di dalam predikat utama ini. pemimpin parti pula ialah kata ganti nama pelaku diri ketiga. Pemimpin merupakan kata nama manakala parti pula adalah kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada perkataan pemimpin. Di dalam predikat utama ini juga terdapat kata penentu iaitu kata penentu tersebut. Dalam predikat tambahan pula, frasa pada minggu depan merupakan frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan waktu kepada predikat utama. Dalam frasa sendi nama pada minggu depan, kita dapat melihat kata sendi nama pada. Di samping itu, kita juga dapat melihat kata nama minggu dan kata nama arah iaitu depan yang bertugas sebagai penerang kepada kata nama minggu.
6

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Ayat 2: Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu Analisis: Ayat di atas iailah ayat aktif tak transitif biasa di mana ayat ini terdiri daripada satu subjek, satu prediket utama dan satu predikat tambahan. Subjek kepada ayat ini ialah Hasl padinya. Predikat utamanya pula ialah berguni-guni manakala predikat tambahannya ialah di dalam kepuk itu. Ayat ini berpola FN+FK di mana kita dapat lihat subjek ayat ini terdiri daripada frasa nama dan predikatnya pula terdiri daripada frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek di dalam ayat ini terdiri daripada kata nama hasil. Kata hasil ini diikuti dengan kata nama padi yang berfungsi sebagai penerang kepadanya. Kata ganti nama diri ketiga -nya juga digunakan di subjek ayat ini. Kata -nya dirapatkan kepda kata padi kerana unsur klitik. Frasa kerja sebagai predikat utama pula terdiri daripada frasa kerja. Frasa kerja ini terdiri daripada kata kerja tak transitif yang dibentuk oleh kata nama ganda seluruh iaitu guni-guni. Kata ganda ini telah menerima imbuhan ber_ untuk menjadikannya kata kerja tak transitif berguni-guni. Predikat tambahan pula terdiri daripada frasa sendi nama yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat utama berguni-guni. Predikat ini terdiri daripada kata sendi nama di. Selain itu, predikat ini juga terdiri daripada kata nama arah dalam, kata nama kepuk dan kata penentu itu. Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif tak transitif susunan songsang seluruh predikat dan ayat aktif tak transitif songsang terbahagi. Ayat aktif tak transitif songsang seluruh predikat adalah seperti berikut : Berguni-guni di dalam kepuk itu hasil padinya. Bagi ayat aktif tak transitif songsang terbahagi pula adalah seperti berikut: Berguni-guni hasil padinya di dalam kepuk itu.

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Ayat 3

: Dengan segera kami laksanakan perintah yang kami terima itu.

Analisis : Ayat ini ialah ayat pasif songsang seluruh predikat pelaku diri pertama. Ayat ini terdiri daripada saru subjek dan satu predikat. Subjek bagi ayat ini ialah perintah yang kami terima itu. Predikatnya pula terdiri daripada predikat utama kami laksanakan dan predikat tambahan dengan segera. Proses pembentukan ayat ini bermula dengan ayat Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segera. Kemudian ayat ini dipasifkan menjadi Perintah yang kami terima itu kami laksanakan dengan segera. Kemudian ayat ini disongsangkan pula menjadi Dengan segera kami laksanakan perintah yang kami terima itu. Ayat di atas berpola Fn+Fk di mana kita dapat melihat subjek kepada ayat ini subjek ayat ini terdiri daripada kata nama perintah. yang kami terima itu pula telah menjadi penerang kepada kata nama perintah tersebut. yang berfungsi sebagai kata sandang. Perkataan kami pula ialah kata ganti nama diri ketiga. Perkataan terima pula ialah kata kerja dan perkataan itu menjadi kata tunjuk. Frasa kerja sebagai predikat pula terdiri daripada frasa kerja pasif dan frasa senda. Frasa kerja pasif terdiri daripada perkataan kami, iaitu kata ganti namadiri ketiga. Perkataab kami ini diikuti dengan kata kerja pasif iaitu laksanakan. Kata kerja ini telah menerima imbuhan __kan. Frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama dengan kata keterangan masa segera. Frasa dengan segera ini telah menjadi keterangan kepada kata kerja pasif laksanakan. Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat aktif transitif iaitu Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segera.

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Ayat 4 : Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak. Analisis : Ayat di atas ialah ayat aktif transitif songsang terbahagi. Ayat ini terdiri daripada satu subjek, satu predikat utama dan satu predikat tambahan. Subjek bagi ayat ini ialah orang. Predikat utamanya pula ialah sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak. Manakala predikat sampingannya ialah di seluruh negara. Ayat di atas berpola Fn+Fk di mana kita dapat melihat subjek bagi ayat di atas merupakan kata nama iaitu orang. Predikat utama ayat ini pula terdiri daripada kata adjektif sibuk dan frasa kerja transitif memperkatakan kenaikan harga minyak. Kata adjektif sibuk berfungsi sebagai kata bantu kepada kata nama orang. Kata bantu ini hadir sebelum kata kerja berimbuhan mem....per iaitu memperkatakan, kata nama berimbuhan apitan ke...an iaitu kenaikan dan kata nama harga minyak. frasa nama kenaikan harga minyak menjadi objek kepada kata transitif memperkatakan. Harga minyak berfungsi sebagai penerang kepada kata nama kenaikan. Kata nama minyak juga berfungsi sebagai penerang kepada kata nama harga. Frasa sendi nama pula terdiri daripada kata sendi nama di, kata bilangan tak tentu seluruh yang bertindak sebagai kata bantu kepada kata negara dan kata nama negara. Frasa sendi nama di seluruh negara berfungsi sebagai penerang kepada frasa nama kenaikan harga minyak. Ayat ini boleh ditukar kepada ayat aktif transitif susunan biasa seperti yang berikut : Orang sibuk memperkatakan kenaikan harga minyak di seluruh negara.

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Ayat 5 : Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis. Analisis : Ayat di atas ialah ayat pasif songsang sebahagian predikat. Pola ayat ini ialah FN+FK. Subjek ayat ini ialah pengedar dadah itu manakala predikat ayat pula ialah terus diburu polis ke mana-mana sahaja. Frasa nama yang mewakili subjek terdiri daripada kata nama pengedar dan kata nama dadah dan kata penentu itu. Kata dadah berfungsi sebagai penerang kepada kata pengedar yang menunjukkan objek yang diedarkan. Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata bantu terus, yang menunjukkan polis berterusan memburu pengedar dadah itu. Kata kerja pasif diburu dan diikuti kata nama polis serta frasa sendi nama. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama ke, kata ganti nama tak tentu mana-mana dan kata nama sahaja. Frasa ke mana-mana sahaja berfungsi sebagai keterangan tempat. Frasa ini boleh dikedepankan atau dikebelakangkan contohnya apabila dikebelakangkan pengedar dadah itu terus diburu polis ke mana-mana sahaja. Manakala jika dikehadapankan pula akan membentuk ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis. Ayat ini boleh ditukar kepada ayat ayat aktif transitif susunan biasa polis terus memburu pengedar dadah itu ke mana-mana sahaja.

10

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Ayat 6 : Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Analisis : Ayat di atas ialah ayat majmuk pancangan komplemen. Frasa nama yang mewakili objek telah dipasifkan dan diletakkan dalam kedudukan bersusunan songsang. Pola ayat ini ialah FN+FK. Subjek ayat ialah klausa bahawa pemimpin itu tidak amanah. Subjek dalam klausa ini adalah pemimpin itu dan predikatnya terdiri daripada tidak amanah terhadap rakyatnya dan dihubungkan dengan kata hubung komplemen bahawa menjadikan ia sebagai klausa pancangan komplemen. Manakala predikat ayat ialah saya jelaskan kepadanya. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada ayat komplemen. Dalam ayat komplemen, terdapat satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat komplemen terdiri daripada kata hubung komplemen bahawa, kata nama pemimpin, dan kata penentu itu. Frasa adjektif sebagai predikat ayat komplemen pula terdiri daripada kata nafi tidak dan kata adjektif amanah. Frasa kerja sebagai predikat pula terdiri daripada kata ganti nama diri pertama saya, kata kerja pasif jelaskan, kata sendi nama kepada dan kata ganti nama diri ketiga -nya. Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat majmuk pancangan komplemen susunan biasa atau ragam aktif transitif saya menjelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah.

11

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Ayat 7 : Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya? Analisis : Ayat di atas ialah ayat tanya bersusunan biasa. Ayat ini mengandungi klausa sebagai predikat. Pola ayat ialah FN + FN. Subjek ayat ini ialah kawasan kediamannya itu manakala predikat ayat ialah bagaimana keadaannya? Frasa nama sebagai subjek mengandungi kata nama kawasan. Kata nama kediaman pula berfungsi sebagai penerang kepada kata nama kawasan, diikuti kata ganti nama diri ketiga -nya dan kata penentu itu. Predikat ayat ini terdiri daripada klausa bagaimana keadaannya. Manakala subjek bagi klausa ini adalah kata nama keadaan yang ikuti -nya sebagai kata ganti diri ketiga manakala predikatnya terdiri daripada kata tanya bagaimana. Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat tanya songsang sepenuhnya subjek dan predikatnya, bagaimana keadaan kawasan kediamannya itu. Kata ganti diri -nya pada kata keadaan boleh digugurkan kerana kata itu berulang dalam ayat.

12

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Ayat 8 : Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri. Analisis : Ayat di atas ialah ayat aktif transitif susunan biasa. Objek terdiri daripada klausa komplemen menjadikan ayat ini sebagai ayat majmuk pancangan komplemen. Pola ayat ialah FN+FK. Subjek ayat ini ialah pihak polis manakala predikat ayat ialah menerangkan dan objeknya adalah klausa iaitu bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama pihak dan kata nama polis. Kata nama polis berfungsi sebagai penerang kepada kata nama pihak. Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata kerja aktif transitif menerangkan dan klausa komplemen sebagai objek. Klausa komplemen menjadi objek kepada ayat ini kerana hadir selepas kata kerja aktif transitif menerangkan. Pada asasnya kata kerja transitif memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama sebagai penyambutnya, namun di dalam kamus dewan ada menyatakan bahawa klausa komplemen boleh berdiri sebagai penyambut atau objek kepada kata kerja aktif transitif dan menjadikan ayat ini sebagai ayat majmuk pancangan komplemen. Frasa nama sebagai subjek dalam klausa komplemen terdiri daripada kata hubung komplemen bahawa. kata nama pendatang, kata nama asing dan kata penentu itu. Kata asing ialah penerang kepada kata pendatang. Frasa kerja sebagai predikat dalam ayat komplemen terdiri daripada kata bant telah, kata kerja melarikan dan kata nama diri. Ayat ini boleh ditukarkan menjadi ayat majmuk pasif susunan songsang seluruh predikat telah melarikan diri diterangkan oleh pihak polis. bahawa pendatang asing itu

13

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Ayat 9 : Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat. Analisis : Ayat di atas ialah ayat aktif transitif dengan klausa pancangan komplemen sebagai objek. Hal ini menjadikan ayat ini sebagai ayat majmuk pancangan komplemen. Pola ayat ini ialah FN+FK. Subjek ayat ialah penduduk di situ manakala predikat ayat ini ialah berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama penduduk, kata sendi nama di dan kata tunjuk situ. Frasa di situ berfungsi sebagai penerang kepada kata penduduk. Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata kerja berpendapat dan klausa komplemen sebagai objek kepada kata kerja aktif transitif berpendapat. Secara umumnya penerangan tentang objek ini adalah sama dengan ayat yang kelapan. Klausa komplemen mempunyai satu subjek dan satu predikat. Frasa nama sebagai subjek dalam klausa komplemen terdiri daripada kata hubung komplemen bahawa, kata nama kediaman dan kata ganti nama diri kedua mereka. Frasa nama sebagai predikat dalam ayat komplemen terdiri daripada kata nafi bukan dan kata nama selamat. Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat majmuk aktif susunan songsang berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamatlah oleh penduduk di situ.

14

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Ayat 10 : Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan Analisis : Ayat di atas ialah ayat aktif transitif. Klausa komplemen berfungsi sebagai penerang kepada objek pengesahan menjadikan ayat ini ayat majmuk pancangan komplemen. Pola ayat ini ialah FN+FK. Subjek ayat pula ialah kakitangan pejabat itu manakala predikat ayat ialah mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan. Frasa nama sebagai subjek terdiri daripada kata nama kakitangan, kata nama pejabat dan kata penentu itu. Kata nama pejabat berfungsi sebagai penerang kepada kata nama kakitangan. Frasa kerja sebagai predikat terdiri daripada kata kerja transitif mendapat. Kata nama pengesahan pula bertindak sebagai objek kepada kata kerja transitif mendapat. Klausa komplemen bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan bertindak sebagai penerang kepada predikat. Klausa komplemen mempunyai satu subjek dan satu predikat. Frasa nama sebagai subjek dalam ayat komplemen terdiri daripada kata hubung komplemen bahawa, kata nama pengarah, kata adjektif baharu dan kata penentu itu. Kata adjektif baharu berfungsi sebagai penerang kepada kata nama pengarah. Frasa nama sebagai predikat dalam klausa komplemen terdiri daripada kata nafi bukan, kata nama orang dan kata nama tempatan. Kata nama tempatan berfungsi sebagai penerang kepada kata nama orang. Ayat ini boleh ditukar menjadi ayat majmuk pasif susunan biasa pelaku diri ketiga dengan klausa sebagai penerang pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukanlah orang tempatan didapati oleh kakitangan pejabat itu.

15

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Penutup Begitulah analisis 10 ayat yang berbeza bentuk dan jenisnya. Bertepatan dengan definisi sintaksis itu sendiri yang merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat, melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat. Justeru itu, penganalisisan seperti ini dapat merungkai segala peranan yang dimainkan oleh sesuatu perkataan sehingga mempengaruhi maksud keseluruhan ayat. Ini menunjukkan betapa pentingnya bidang ini dalam mengenal pasti sama ada ayat tersebut telah pun mengikut rumus tatabahasa yang betul mahupun sebaliknya.

16

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Rujukan Buku Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani etc (2006). Sintaksis. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn Bhd. Aziah Tajudin (2008). Kamus Pelajar Bahasa Malaysia : Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Mohd Asraf Bin Haji Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd. Kamus Dewan Edisi Ketiga : Cetekan Ketiga 2000. Dewan Bahasa dan Pustaka : Hajah Noresah M.A( Birmigham) Modul tatabahasa terkini (2007). Kuala Lumpur : Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuan Haji Abdul Jalil bin Haji Anuar, Encik Razali bin Saad, Encik Amir Bin Md. Wal, Daftar Kata Bahasa Melayu : Cetakan Pertama 2001. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Internet Diniah Falahiah. Definisi ayat. Dipetik pada 28 Februari 2012. Daripada http://diniahfalahiah.blogspot.com/2011/02/apakah-definisi-ayat-dalam-bahasa.html Miskirana. Jenis Ayat. Dipetik pada 28 Februari 2012. Daripada http://miskirana.blogspot.com/2009/09/pengenalan-ayat-ialah-unit-pengucapan.html Tutor.com. Susunan Ayat. Dipetik pada 28 Februari 2012. Daripada http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0414&pub=DuniaPendidikan&s ec=Munsyi_Bahasa&pg=mb_01.htm

17

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Refleksi NAMA : ABDUL SYUKUR SOBRI BIN KAMARUDDIN

KUNPULAN : PISMP 5A NO. I/C : 900702-11-5413 Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat saya siapkan tugasan bagi mata pelajaran Sintaksis Bahasa Melayu ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pebimbing saya iaitu Dr. Hj. Supian Mohamad Noor kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya terutamanya kepada Mohamad Dzulkifli bin Abd Halim kerana banyak membantu saya melengkapkan tugasan ini dengan sempurna. Tugasan Sintaksis Bahasa Melayu ini memberi banyak input yang

membantu saya memahami bagaimana cara mengenal kegramatisan ayat dan cara untuk menganalisis ayat melaui unsur-unsur pembentukan ayat tersebut. Kemahiran ini sangat penting bagi seorang bakal guru terutamanya guru bahasa Melayu

kerana seorang guru bahasa Melayu perlu memahami sesuatu ayat bahasa Melayu itu dengan betul sebelum mengatakan sama ada sesuatu ayat itu salah ataupun betul. Hal ini demikian kerana, ramai guru masa kini hanya menilai sesuatu ayat berdasarkan logik akal mereka tanpa mengambil kira hukum-hukum tatabahasa yang sebenar. Sebagai contoh, ada dalam kalangan guru masa sekarang mengatakan penggunaan yang pada awal ayat adalah salah. Hal ini memberi kesan buruk kepada murid mereka kerana murid akan menerima seratu peratus apa yang diberikan oleh guru. Penggunaan yang pada awal ayat sama sekali tidak salah. Hal ini kerana, yang pada awal ayat biasanya digunakan untuk mengubah jenis kata yang lain kepada kata nama kerana subjek ayat mesti didahului dengan kata nama.

18

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

Tugasan ini juga mengajar saya supaya lebih peka akan kepentingan menghargai masa. Sikap saya yang suka menangguh kerja telah banyak memberi kesan negatif kepada saya dan rakan seperjuangan saya. Berjuta kemaaffan saya hulurkan kepada rakan seperjuangan saya kerana sikap saya ini. Kerja yang dilakukan secara tergesa-gesa sudah pasti akan membuahkan hasil yang kurang memberangsangkan. Selain itu, saya juga seorang yang suka mengambil mudah akan sesuatu perkara. Sikap negatif ini juga perlu dielak kerana jika dibiarkan, kita akan memandang sesuatu itu sebagai sesuatu yang tidak penting walaupun ia sangat penting. Jadi saya akan berusaha untuk mengubah sikap saya ini pada masa mendatang. InsyaAllah. Saya juga menerima beberapa kekangan sewaktu menyiapkan tugasan ini. Antara kekangannya adalah saya dan rakan-rakan yang lain telah menerima banyak tugasan yang lain seperti tugasan untuk menganjurkan kejohanan sukan. Tugasan seperti ini memerlukan masa yang agak panjang untuk disiapkan. Memandang sewaktu proses menyiapkan tugasan ini saya menjalani praktikum fasa pertama, maka banyak masa saya tumpukan kepada praktikum. Hal ini menyebabkan tugasan saya ini sentiasa tertangguh. Di kesempatan ini, sekali lagi saya ingin kalungkan ucapan terima kasih kepada pensyarah, rakan-rakan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung membantu saya menyiapkan tugasan ini. Saya berharap dengan adanya ilmu berkaitan dengan subjek ini dapat membantu saya dalam merancang sebuah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih tersusun dan menarik kelak. Sekian.

19

Sintaksis Bahasa Melayu Pismp 5A

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR NO. MATRIK KUMPULAN MATA PELAJARAN

: Abdul Syukur Sobri Bin kamaruddin : PISMP 71483879 : 5A SEMESTER/PERINGKAT: PISMP

: SINTAKSIS BAHASA MELAYU

PENSYARAH PEMBIMBING: .DR HJ SUPIAN MOHAMAD NOOR

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

T/TANGAN PENSYARAH

T/TANGAN PELAJAR

10 Feb 2012

Perbincangan pensyarah

bersama tentang

pelaksanaan tugasan.

16 Feb 2012

Perbincangan

bersama

pensyarah tentang analisis ayat.

20 Feb 2012

Perbincangan pensyarah

bersama

05 Mac 2012

Perbincangan pensyarah

bersama

09 Mac 2012

Perbincangan pensyarah

bersama

20

You might also like