Teori Binaan Sendiri

Teori Binaan Sendiri Sepanjang pratikum saya di sekolah-sekolah di sekitar samarahan dan serian, saya telah melihat

banyak karenah murid-murid yang nakal dan sengaja tidak membawa baju PJ. Murid-murid ini adalah sangat degil dan selalu berpura-pura dengan guru dengan alasan yang sama setiap kali PJ iaitu lupa bawa baju PJ. Jadi, selepas beberapa kali kes tersebut terjadi, saya telah mengambil tindakan dengan mendenda murid-murid tersebut. Tetapi, hukuman tersebut menyebabkan mereka lebih gembira dan berasa tidak malu melakukan hukuman tersebut. Jadi bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya telah bekerjasama dengan guru pratikum dari opsyen lain. Setiap kali murid-murid yang tidak membawa baju pj akan masuk ke kelas guru lain dan membuat latihan yang telah disediakan. Selepas didenda sekali masuk ke kelas dan membuat latihan, murid-murid tersebut takut untuk mengulangi kesalahan tersebut. Pada sesi pengajaran seterusnya, murid-murid saya telah membawa baju pj mereka dan melibatkan diri dalam p&p. Jadi di sini, saya telah membuat teori saya bahawa jika murid tersebut tidak takut didenda dan dimarah, hantar murid tersebut kepada guru lain untuk diberi latihan yang perlu disiapkan pada masa itu juga. Jadi, murid tersebut lebih rela untuk menghadiri waktu PJ daripada membuat latihan-latihan tersebut. Saya telah mencuba teori tersebut di 2 sekolah sebelum ini dan ia telah berjaya dilaksanakan. Ini telah membantu saya menyelesaikan masalah murid yang tidak suka bersukan atau melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Jadi, saya dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran saya dengan lebih baik tanpa ada murid yang tertinggal.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful