UNIT PELAJARAN 1 KONSEP ASAS PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan maksud pengujian (testing), pengukuran (measurement), penaksiran (assessment) dan penilaian (evaluation). 2. Menghuraikan perkaitan di antara pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian.

PENGENALAN

1

Sebagai seorang guru atau pelajar kita harus memahami bahawa matlamat utama penilaian adalah untuk membekalkan maklumat. Situasi seperti di Rajah 1.1 mungkin anda hadapi ketika anda ingin mengumpul maklumat tersebut. Untuk mengumpul maklumat tersebut, guru akan memberi ujian kepada murid-muridnya. Pada pendapat anda, adakah kaedah ujian yang dijalankan seperti dalam rajah di atas boleh dilaksanakan?

A

dakah anda sedar bahawa biasanya, murid ingin mengetahui prestasinya sendiri melalui ujian dan guru pula boleh mengenal pasti kelemahan murid, dan menilai keberkesanan pengajarannya. Di pihak ibu bapa pula, mereka boleh menilai prestasi anaknya melalui

laporan kemajuan murid. Bagi pentadbir pula, berbagai-bagai keputusan boleh dibuat berdasarkan maklumat ujian tersebut.

ISI KANDUNGAN
Apa maksud pengujian?

B

aiklah. Selepas menyedari kepentingan penilaian kepada murid serta pihak-pihak yang berkepentingan, kita akan mempelajari apakah maksud ujian atau pengujian itu. Ujian merupakan satu kaedah, tugas atau prosedur untuk memperoleh pemerhatian yang

sistematik tentang sifat seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Tujuan ujian pencapaian adalah untuk mengukur prestasi murid dalam berbagai-bagai mata pelajaran di sekolah. Manakala ujian psikologi adalah untuk mengukur sikap, minat, personaliti dan ciri-ciri psikologi yang lain. Kebiasaannya ujian memerlukan murid bertindak balas terhadap soalan atau butiran. Ujian boleh dibuat secara bertulis dalam bentuk soalan pelbagai pilihan atau esei dan juga dalam bentuk pemerhatian yang memerlukan pemerhati membuat pemeringkatan atau catatan rekod. Oleh itu, murid tidak semestinya sedar bahawa ia sedang diuji. Cronbach (1970) telah mendefinisikan ujian sebagai satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem berkategori. Contoh skala bernombor adalah seperti angka 20/100 untuk ujian penglihatan, 120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 75/100 untuk ujian pencapaian bagi mata pelajaran Geografi.

2

Bagi sistem berkategori ialah ’ekstrovert’ atau ’introvert’ bagi ujian personaliti dan buta warna hijau –merah bagi ujian penglihatan. Dari segi perlaksanaannya, ujian terbahagi kepada dua kumpulan: 1. ujian berbahasa 2. ujian bukan berbahasa Ujian berbahasa adalah seperti ujian pensel dan kertas (ujian bertulis) dan ujian lisan. Ujian bukan berbahasa adalah ujian prestasi yang lebih menumpukan kepada kemahiran psikomotor daripada kemahiran kognitif. Contohnya ujian membaiki radas elektronik. Bilangan calon yang mengambil ujian terbahagi kepada ujian perseorangan dan ujian berkumpulan. Ujian berkumpulan seperti ujian pencapaian di sekolah, manakala ujian perseorangan seperti ujian kecerdasan The Stanford Biner Intelligence Scale dan The Weschsler Intelligence Scale. Kedua-dua ujian kecerdasan itu ditadbir kepada seorang murid pada satu-satu masa.

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan pengujian?. ____________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Apa maksud pengukuran?
Sax (1997), mendefinisikan pengukuran sebagai umpukan atau pemberian angka-angka atau nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, ujian berupaya mengukur pencapaian murid. Bagi seseorang guru di bilik darjah, aspek pengukuran pendidikan itu selalu dikaitkan dengan ujian di bilik darjah. Bagi ahli psikologi klinikal, pengukuran pendidikan melibatkan ujian-ujian psikologi yang lebih bertumpu kepada pengukuran nilai-nilai afektif individu.

3

Sebenarnya. jarak masa larian satu kilometer. Tuliskan satu atau dua ayat sendiri. Seseorang murid mungkin mengukur panjang sebuah meja. Biasanya suatu indeks berangka kepada prestasi seseorang diberikan supaya status individu tersebut secara lebih tepat dapat mewakili sifat tertentu. Contohnya panjang meja diperlukan untuk mengetahui sama ada meja itu boleh ataupun tidak untuk diletakkan di ruang tamu. Pengukuran memberi maklumat tentang sifat atau aktiviti yang diukur. Begitu juga kita tidak mengukur pelajar tetapi mengukur tinggi. Sebab itu. atau prestasi purata sekumpulan murid dalam mata pelajaran Matematik ialah 60 peratus. contoh tersebut tidak dinyatakan sama ada prestasi tersebut baik atau sebaliknya. berat atau pencapaian pelajar. Kita hanya mengukur dan tidak menentukan nilai. iaitu nilainya adalah dalam bentuk nombor. Misalnya. Penaksiran mempunyai ciri-ciri berikut: a) b) Merupakan satu proses mengumpul data bertujuan membuat keputusan tentang individu atau kumpulan Ujian merupakan sebahagian daripada penaksiran 4 . apa yang diukur bukanlah objek tetapi sifat objek. Azman dapat markah 75 peratus dalam ujian Bahasa Melayu. Atribut-atribut yang boleh diukur mempunyai sifat-sifat kuantitatif.Pengukuran dalam pendidikan sebenarnya adalah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu. rintangan satu litar arus elektrik atau pencapaian seseorang murid. Biasanya maklumat yang diperoleh ada kaitan dengan telahan ke atas fenomena tertentu. apakah yang dimaksudkan dengan pengukuran?. _______________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Apa maksud penaksiran? Pada umumnya penaksiran melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan atau piawaian. Pengukuran ialah penentuan status dan penilaian ialah penentuan nilai. Setiap pengukuran ini melibatkan sifat atau pemboleh ubah yang berbeza-beza bagi satu objek atau perlakuan tertentu.

Pengkelasan penaksiran mengikut tujuan penaksiran. ekonomi (praktikal) dan kebolehpercayaan (konsisten) Faktor yang diutamakan Jenis 5 . cara bagaimana data yang dikumpul ditafsir dan dinilai. dengan kebolehpercayaan. Tujuan Mengenal pasti kelemahan dan kesediaan belajar Mempelbagaikan penaksiran secara berkala bagi tujuan memberi gred Membantu pelajar belajar secara berterusan Memberi gred Melapor kepada pihak luar Membuat keputusan tentang sesuatu tindakan Jenis Penaksiran diagnostik (diagnostic assessment) Penaksiran formatif (formative assessment) Penaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning dan assessment as learning) Penaksiran sumatif (summative assessment) atau penaksiran hasil pembelajaran (assessment of learning) Perbezaan antara ‘assessment for learning’ dengan ‘assessment as learning’ Assessment for learning Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan kriteria yang merujuk kepada hasil pembelajaran yang diharapkan Assessment as learning Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan prestasi kendiri sebelumnya Pengkelasan penaksiran mengikut darjah keutamaan antara faktor ketulenan (realisme). darjah keutamaan antara faktor ekonomi. 3. Penaksiran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kriteria tertentu.c) Apabila penaksiran dibuat ke atas pelajar. guru sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat diwujudkan. 2. tujuan penaksiran. iaitu pembahagian mengikut: 1. ketulenan atau realisme (autentik).

Ada kalanya darjah ketulenannya tidak begitu tinggi.Ketulenan (authenticity) Ekonomi dan kebolehpercayaan Penaksiran autentik Penaksiran konvensional/tradisional atau pengujian Menyeimbangkan faktor ketulenan. biasanya ia tidak seragam dan/atau tidak ekonomi untuk dijalankan. ekonomi. cuma ia bukan ujian kertas-dan-pensel.  Strategi terbaik adalah mencari titik keseimbangan di mana tahap setiap faktor itu cukup tinggi berbanding memaksimumkan hanya satu faktor. guru perlu mempertimbangkan dengan teliti semua faktor ini dan cuba menonjolkan salah satu hanya apabila faktor lain itu tidak begitu terjejas. kebolehpercayaan. dan ekonomi) akan menyebabkan dua faktor lain terjejas dengan teruk.  Memaksimumkan salah satu daripada tiga faktor ini (ketulenan. menaksir kebolehan mengajar semasa pelajar menjalankan latihan mengajar di makmal mikropengajaran merupakan penaksiran alternatif tetapi darjah ketulenannya tidak begitu 6 . Sebagai contoh.  Oleh sebab ketulenan. dan kebolehpercayaan penaksiran  Apabila konteks penaksiran prestasi mempunyai darjah ketulenan yang sangat tinggi. Penaksiran autentik biasanya mempunyai darjah ketulenan yang tinggi iaitu penaksiran itu dijalankan dalam konteks kehidupan sebenar. Perbezaan antara penaksiran autentik dengan penaksiran konvensional/tradisional atau pengujian Penaksiran autentik Biasanya pelajar perlu melakukan sesuatu tugasan Konteks kehidupan sebenar Membina/mengaplikasi Penstrukturan pelajar Bukti secara langsung Penaksiran konvensional/ tradisional atau pengujian Biasanya pelajar memilih respon dan/atau menulis ayat pendek Konteks terkawal Mengingat kembali/mengenal pasti Penstrukturan guru/pengajar Bukti secara tidak langsung Terdapat juga istilah penaksiran alternatif yang agak sinonim dengan penaksiran autentik. Namun pemilihan banyak juga bergantung kepada tujuan penaksiran itu dijalankan. ekonomi. Namun terdapat sedikit perbezaan iaitu penaksiran alternatif merupakan penaksiran selain daripada penaksiran kertas-dan-pensel. dan kebolehpercayaan semuanya penting. maka mungkin tidak boleh dikategorikan sebagai penaksiran autentik.

penaksiran kertas-dan-pensel merupakan penaksiran autentik jika diberi kebebasan dari segi masa kerana bertepatan dengan situasi penulisan kreatif dalam kehidupan seharian. darjah ketulenan latihan mengajar di makmal mikropengajaran bagi mengukur kebolehan mengajar itu adalah lebih tinggi. contoh kriteria yang ditetapkan yang digunakan di UPSI adalah seperti berikut: Peratus Markah 80-100 75-79 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 45-49 40-44 35-39 <35 Penilaian Cemerlang (A) Cemerlang (A-) Kepujian (B+) Kepujian (B) Kepujian (B-) Lulus (C+) Lulus (C) Lulus (C-) Lulus (D+) Lulus (D) Gagal Setiap pelajar yang mencapai peratus markah tertentu akan dinilai sewajarnya mengikut penilaian yang telah ditetapkan tanpa mengira prestasi pelajar lain. Walau bagaimanapun. Penaksiran rujukan kriteria bertujuan 7 . Pengkelasan penaksiran mengikut cara bagaimana data yang dikumpul ditafsir dan dinilai Cara tafsir dan nilai Mengikut kriteria tertentu yang telah ditetapkan lebih awal Membandingkan prestasi seorang pelajar dengan pelajar lain Jenis Penaksiran rujukan kriteria (criterion-referenced assessment) Penaksiran rujukan norma (norm-referenced assessment) Bagi penaksiran rujukan kriteria.tinggi berbanding menjalankan latihan mengajar di sekolah. maka lebih autentik daripada ujian kertas-dan-pensel. dalam konteks kebolehan menghasilkan penulisan kreatif. Namun jika dibandingkan latihan mengajar di makmal dengan ujian kertas-dan-pensel seperti peperiksaan akhir semester. misalnya. di mana ia dilakukan dalam konteks kehidupan sebenar.

menskor ujian. tetapi jikalau dibandingkan dengan pelajar lain yang dinilai bersama. pencapaian pelajar ini akan dinilai sebagai cemerlang (A-). Penaksiran dimulakan dengan yang tak formal di bilik darjah dan diakhiri dengan keputusan tentang penggredan dan ulangan bagi seseorang murid. Guru akan mengajar dan membuat ujian terhadap apa yang diajar. perancangan kurikulum. memulangkan kertas ujian kepada pelajar untuk semakan dan guru 8 . Bagi Principles for Fair Students Assessment Practices Education in Canada (1993). guru menskor jawapan dan memberikan gred sepadan dengan prestasi yang ditunjukkan. Sekolah-sekolah di Malaysia biasanya menggunakan kertas dan pensil untuk menaksir dan menilai pelajar mereka. Pelajar bersaing antara satu sama lain. mentadbirkan ujian berkenaan. pelajar ini kemungkinan mendapat prestasi cemerlang (A) jikalau markah 75% ini merupakan markah yang tertinggi dalam kumpulan pelajar yang ditaksir. merekod markah yang didapati ke dalam buku rekod pelajar. Peperiksaan peringkat kebangsaan seperti SPM. memaklumkan kepada mereka yang terlibat dalam membuat keputusan pendidikan ( pengajaran. Bagi penaksiran rujukan norma pula. Guru membina satu ujian. sikap dan perlakuan yang sepatutnya telah dipelajari atau dikuasai b. Penaksiran jenis ini meletakkan pelajar mengikut lengkung taburan normal. dasar dan pembentangan program) tentang pelajar. PMR. penaksiran adalah satu proses mengumpul dan menginterpretasi maklumat yang boleh digunakan untuk : a. jika seorang pelajar mendapat markah 75% misalnya. kemahiran. Oleh itu.membezakan antara pelajar berpencapaian tinggi dengan rendah dan menyusun mereka dari segi pencapaian tersebut. dan UPSR biasanya merupakan penaksiran rujukan norma Airasian (1991) mengatakan bahawa ramai orang membuat tanggapan tentang perkataan penaksiran bilik darjah membawa imej pelajar mengambil uijan kertas dan pensil. jikalau mengikut rujukan kriteria. pencapaian atau prestasi setiap pelajar dibuat perbandingan dengan pelajar lain dalam satu kumpulan besar bagi menetapkan kedudukannya. memaklumkan pelajar atau ibu bapa mereka tentang kemajuan terhadap penguasaan pengetahuan.

Jika sesuatu objektif itu telah tercapai. mengatakan bahawa penilaian merupakan satu proses yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat. Pengukuran melibatkan pemberian nombor atau peringkat maklumat yang diperlukan dan lebih kepada kuantitatif. maka perlu juga diketahui tahap pencapaian objektif berkenaan. Keadaan ini boelh memudahkan guru untuk membuat keputusan. menguji kemahiran aras rendah dalam domain kognitif. Kebanyakan soalan yang dibina oleh guru kurang menekankan Jadual Penentuan Ujian (JPU). Penilaian bertujuan menentukan status sesuatu objek yang dinilai dengan membanding status berkenaan dengan satu set standard atau kriteria uantuk dibuat keputusan. Proses yang terlibat dalam membuat penilaian ialah: a) menentukan jenis data yang harus dikumpulkan b) menentukan jenis responden 9 . Gay (1985). jelas atau membuat analisis terhadap sesuatu isu. Ini bermakna setakat mana pencapaian objektif itu boleh diterima. Dalam proses penilaian komponen pentingnya ialah untuk membuat keputusan. Tuliskan satu atau dua ayat sendiri. umumnya.akan mencampurkan semua skor dari pelbagai mata pelajaran secara keseluruhan. ini menyebabkan pengujian hanya dibuat pada aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Penilaian boleh menggunakan maklumat kualitatif yang mengandungi pernyataan deskriptif bertujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut. apakah yang dimaksudkan dengan penaksiran? _______________________________________________________________ ________________________________________________________________________ Apa maksud penilaian? Penilaian adalah satu pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang nilai sesuatu perkara atau benda. Masalah yang dihadapi ialah ujian bilik darjah.

Namun ada pihak yang mengkonsepsi proses penilaian sebagai sinonim dengan penaksiran iaitu sebagai keseluruhan proses mengumpul data dan akhirnya menilai dan membuat keputusan. pengukuran. Oleh kerana terdapat tadika yang menjalankan penaksiran dan penilaian secara formal. Maka proses ini dipanggil pengukuran. penaksiran dan penilaian? Penaksiran merupakan keseluruhan proses mengumpul data sehinggalah kepada membuat keputusan berdasarkan data tersebut (contohnya membuat keputusan sama ada pelajar tertentu layak bergraduat atau tidak). RUMUSAN Peranan penaksiran dan penilaian menentukan sama ada keperluan kanak-kanak boleh dipenuhi. dapat diperbaiki kandungan kurikulum serta amalan pengajaran atau menentukan kualiti tadika. Proses seterusnya ialah penilaian di mana perbandingan dengan satu set kriteria atau kumpulan dilakukan bagi menentukan nilai atau kualiti data tersebut (contohnya menetapkan pencapaian sebagai cemerlang. dipanggil penaksiran autentik atau alternatif. sebaiknya dalam bentuk yang membenarkan perbandingan antara individu atau kumpulan dilakukan. Selepas data dikumpul ia perlu dinyatakan dalam bentuk kuantiti. pengujian. jika sebaliknya. Jika data dikumpul dalam keadaan terkawal.c) pengumpulan data d) analisis data e) interpretasi data f) membuat keputusan Tuliskan satu atau dua ayat sendiri. maka proses itu dipanggil pengujian. sederhana atau gagal). _______________________________________________________________ _______________________________________________________________________ Apa perkaitan antara penaksiran. iaitu kanak-kanak prasekolah perlu menduduki ujian dan diberi gred markah dan kedudukan selepas 10 . apakah yang dimaksudkan dengan penilaian?.

pengukuran. (2003). pengukuran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka 11 . Apakah perbezaan utama di antara pengujian dan pengukuran? 4. penaksiran dan penilaian? RUJUKAN Linn. Kesan dari kemasukan gred dan markah adalah penglabelan ke atas kanak-kanak secara langsung. guru harus memahami bagaimana untuk membuat pengujian. Senaraikan satu contoh ujian berkumpulan dan satu ujian perseorangan?. West Malaysia : Quantum Books. Bhasah Abu Bakar. Measurement and Assessment in Teaching (8th ed. Tanjong Malim.dinilai. Dengan menggunakan perkataan sendiri. Mokhtar Ismail.L & Gronlund. 3. huraikan apa yang dimaksudkan dengan pengujian psikologi? 2. Sewajarnya. Melabelkan kanak-kanak hasil satu atau dua ujian adalah tidak sesuai. Penilaian di Bilik Darjah. penaksiran dan penilaian ke atas kanak-kanak supaya tidak melakukan kesilapan dalam membuat keputusan tentang pendidikan.(2000). (1995). Apakah perbezaan di antara penaksiran autentik dengan penaksiran konvensional? 5.E. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Asas Pengukuran Bilik Darjah. R. Huraikan perkaitan di antara pengujian. N. KATA KUNCI Pengujian Pengukuran Penaksiran Penilaian PENILAIAN KENDIRI 1.).

beberapa pertimbangan umum berikut boleh dijadikan panduan: i. Memahami perkaitan antara kesukaran item dan diskriminasi item PENGENALAN Dalam Unit 1. Memahami perbezaan di antara konsep „kesukaran item‟ dan „diskriminasi item‟ dalam analisis item 5.UNIT 2 PENTAKSIRAN KONVENSIONAL DAN PENGUJIAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat 1. Memahami perkaitan di antara konsep-konsep tersebut adalah amat berguna kepada guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. pengukuran. Mengetahui langkah-langkah perancangan dan pembinaan ujian 2. rajah. iv. iii. ISI KANDUNGAN Perancangan dan pembinaan ujian Sebagai guru kita perlu merancang pengujian yang sesuai dengan topik yang diajar dan kebolehan pelajar-pelajar. . Ini penting bagi mempastikan yang guru dapat menentukan apakah skop kandungan pelajaran yang hendak diuji serta tahap kebolehan pelajar dalam memahami topik-topik yang diajar. Berkemahiran – menulis item ujian memerlukan kemahiran serta penguasaan bahasa yang baik supaya dapat menghasilkan ujian yang berkualiti. format ujian. Unit ini akan memberikan tumpuan kepada pengujian untuk mendapatkan maklumat yang penting tentang pembelajaran dan pencapaian pelajar. Kreatif – menulis item ujian juga memerlukan kreativiti bagi menghasilkan item-item yang sesuai dan menarik. kita telah membincangkan tentang beberapa konsep asas seperti pengujian. maka Unit ini akan juga menumpukan kepada perbincangan tentang isu-isu yang berkaitan dengan pengujian dan penilaian. Mengetahui dan memahami pelajar yang akan diuji – ujian yang dirancang perlulah mengambil kira latar belakang serta kebolehan pelajar. ii. Penggunaan pelbagai media. Dalam merancang dan membina ujian. item ujian dengan tahap pelajar. simbol. Memahami pentingnya menganalisis item untuk menilai kualiti ujian 4. Membina ujian sumatif berdasarkan tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran masingmasing 3. Mengetahui kandungan pelajaran dengan baik – guru perlulah menguasai dengan baik kandungan pelajaran yang diajar. gambar serta lain-lain bentuk rangsangan atau stimulus akan menjadikan item-item lebih pelbagai bentuk serta dapat mengukur pelbagai aras kemahiran. pentaksiran dan penilaian. Perancangan yang teliti adalah penting bagi mempastikan ujian yang ditadbirkan dapat menghasilkan maklumat yang sah dan boleh dipercayai. Ini perlu supaya guru dapat menyesuaikan kandungan ujian. Memandangkan peserta kursus ini terdiri daripada guru-guru yang telah mengajar dan mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam merancang dan membina ujian.

penyusunan ayat. Konsep kesahan dan kebolehpercayaan akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Unit 4. Menyediakan Jadual Penentuan Ujian . Soalan juga disusun mengikut aras kesukaran.berdasarkan analisis item Susunan Soalan . ii. adil. ruang antara soalan.Soalan yang terpilih disusun mengikut jenis item untuk mengelakkan kekeliruan. keberkesanan pengganggu. kemahiran yang diuji. iv. Sekarang cuba anda renungkan adalah langkah-langkah tersebut di atas dijalankan dalam merancang dan membina ujian.untuk mengetahui peratus pelajar yang dapat menjawab sesuatu item dengan betul. Percetakan Soalan . Pemilihan Soalan Yang Bermutu . langkah-langkah yang manakah yang anda belum lakukan dan kenapa? Bagaimana membina ujian yang baik? 1.v. sumatif. Oleh itu adalah penting membina Jadual . memudahkan pelajar mengekalkan „mental set‟.dikaji semula oleh rakan-rakan lain atau jawatankuasa untuk memperbaiki aspek-aspek seperti idea yang diuji. ketekalan skor yang dihasilkan oleh ujian juga perlu diperhatikan bagi mempastikan keboleh percayaan ujian.pemilihan soalan-soalan untuk memenuhi JPU yang ditetapkan . dan kesukarannya dari setahun ke setahun. iii. tahap. Di samping itu tentukan jenis-jenis item yang sesuai Menilai semula soalan . kuasa diskriminasi soalan dan sejauhmana soalan menepati objektif pembelajaran.kualiti percetakan adalah penting dan perkara-perkara seperti kualiti kertas.tentukan perlakuan yang akan diukur dengan merujuk kepada objektif pengajaran. memudahkan guru memeriksa. Selain daripada itu. vii. Aspek keseluruhan ujian Ujian yang dibina dengan baik memastikan inferens atau kesimpulan yang dibuat tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar adalah tepat.menentukan bidang cakupan ujian . Di samping itu. penggunaan gambar rajah serta dakwat perlu diberi perhatian. Adakah untuk tujuan formatif. Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian – Sejauhmanakah ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah merupakan soalan berkait dengan kesahan ujian.kandungan yang perlu diuji serta menentukan aras kemahiran atau jenis perlakuan yang diharapkan Penulisan Item. Guru perlu mempastikan skop kandungan yang diuji merupakan pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar dan penting untuk diketahui oleh pelajar. Proses Asas Pembinaan Ujian Sebagai seorang guru sudah tentu anda mempunyai pengalaman dalam menyediakan ujian bagi mengukur pengetahuan dan kemahiran pelajar anda. Dalam menyediakan ujian sudah tentu anda mengikuti proses dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Berikut dinyatakan proses asas dalam pembinaan ujian yang standard dan mungkin anda boleh bandingkan dengan amalan yang dilakukan selama ini. ujian tersebut adalah stabil dari segi mutu. Sekairanya ada. struktur pilihan jawapan dan kunci soalan. format item. penempatan atau diagnostik. v. Penentuan Tujuan Ujian – sebelum sesuatu ujian dibina. Analisis Item/Soalan . dan sah. Ini melibatkan kesahan kandungan yang merupakan aspek penting dalam penyediaan ujian. pokok soalan. menimbulkan keyakinan dan motivasi dan jawapan betul disusun mengikut „random pattern‟. vii. aktiviti mental berkembang dari mudah ke kompleks. guru perlu terlebih dahulu tentukan tujuan ujian diadakan. vi. i.

Jenis membekalkan jawapan . padanan dan anika pilihan Secara umumnya.Spesifikasi Ujian yang merupakan satu dokumen yang merakamkan buah fikiran dan perancangan keseluruhan ujian. ___________________________________ iv. Sebagai refleksi. Di samping itu lebih banyak isi kandungan boleh diuji. Ini secara langsung dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan ujian. ujian objektif memerlukan masa serta kemahiran yang baik untuk membinanya. ___________________________________ ___________________________________ iii. di bawah disenaraikan panduan umum dalam menulis soalan objektif. Langkah-langkah umum pembinaan JSU ini adalah seperti berikut: • Tentukan skop ujian (topik yang akan dimasukkan) • Anggarkan % masa pembelajaran bagi setiap topik • Tentukan hasil pembelajaran yang ingin ditaksir serta arasnya • Tentukan jenis ujian yang sesuai (objektif dan/atau subjektif) • Tentukan bilangan soalan bagi setiap topik (% masa x jumlah markah) • Tentukan masa yang diperuntukkan untuk menjawab (kebiasaannya. ii. ii. . Sebagai seorang guru anda juga pernah menggunakan ujian objektif dalam mengukur pengetahuan dan kemahiran pelajar anda. Contoh JSU yang biasa dibina adalah seperti berikut: Contoh JSU bagi peperiksaan akhir semester kursus Kurikulum dan Pengajaran Fizik (5 soalan struktur dan 5 esei) BIL 1 2 3 4 5 6 Topik Teras pengetahuan guru Pendekatan Inkuri Penaksiran Miskonsepsi Fizik Kemahiran mikropengajaran Teknologi & Media Peratus wajaran (%) Pengetahuan Kefahaman 1 Aplikasi 1 1 1 1 1 30 1 1 10 20 20 20 1 1 Analisis Sintesis Penilaian Peratus wajaran. ___________________________________ Soalan objektif terbahagi kepada dua jenis: i. Ujian objektif juga lebih mudah diperiksa secara tepat dan objektif. Aspek khusus ujian soalan objektif Ujian objektif adalah merupakan bentuk ujian yang luas digunakan sama ada di peringkat bilik darjah mahu pun di peringkat peperiksaan kebangsaan. soalan objektif ini merupakan cara mudah mendapatkan maklumat serta memerlukan masa yang kurang dibandingkan dengan ujian esei.jawapan pendek Jenis memilih jawapan . 1–3 min/soalan bagi ujian aneka pilihan dan 15-30 min/soalan bagi ujian berstruktur/esei) Jana atau pilih soalan yang sesuai daripada bank soalan berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian. Oleh itu. % 15 15 20 30 15 10 100 2. maka sampelan kandungan yang diuji adalah lebih representatif. Walaubagaimana pun.betul/salah. cuba anda senaraikan format soalan objektif yang biasa anda gunakan: i.

Sebagai pelajar universiti anda tidak dikehendaki terlibat dalam sebarang penyelidikan B. atau gunakan huruf besar. „melainkan‟. iaitu yang mengandungi perkataan „bukan‟. Jangan sekali-kali meletakkan jawapan tepat bagi pilihan kelima. Pentaksiran tradisonal dikatakan tidak bersesuaian dengan paradigma dan teori pembelajaran konstruktivisme yang sedang berkembang sekarang. Pandangan ini lebih menekankan kepada kelemahan pentaksiran tradisional dalam mengukur kemahiran berfikir tahap tinggi pelajar-pelajar. Pilihan jawapan haruslah semuanya mempunyai struktur ayat yang serupa. C. gariskan. II & IV sahaja . pilihan kelima diletakkan sebagai “Saya tidak tahu”. Adalah boleh menjalankan penyelidikan yang melibatkan pelajar di bawah umur 18 tanpa mendapatkan kebenaran sekiranya penyelidikan itu untuk pendidikan D. II. Adalah beretika untuk melibatkan kanak-kanak dalam penyelidikan tanpa kebenaran ibubapa mereka ii. Pilihan jawapan harus disusun secara rawak bagi keseluruhan item ujian supaya pelajar tidak mudah meneka. Pangkal item tidak sepatutnya mengandungi kiu dengan menggunakan perkataan penting yang diulang dalam pilihan jawapan. Sekiranya ada di antara keputusan penyelidikan adalah berbeza daripada yang lain. i. hitamkan. adalah dibolehkan membuang mana-mana yang berbeza C. Elakkan penggunaan ayat negatif. pilihan jawapan harus merupakan penyambung sehingga terbentuk ayat penuh. D. Susun pilihan jawapan mengikut susunan logik di mana sesuai. Sebagai latihan. B. A. Jika perlu digunakan juga. Jikalau item dalam bentuk ayat tergantung.• • • • • • • • • • • Jangan ada item yang menjadi jawapan kepada item yang lain Setiap item menaksir satu konsep sahaja Setiap item bermula dengan pangkal item dan berakhir dengan sebaik-baiknya 5 pilihan jawapan. penggunaan prosedur dan proses yang standard bagi pelajar-pelajar yang berbeza kebolehan tidak dapat mengukur kemampuan sebenar pelajar kesahan dan kebolehpercayaan yang rendah terutama ujian tara lebih memihak kepada golongan pelajar yang berkebolehan (elit) I & II sahaja III & IV sahaja I. cuba anda teliti item-item objektif berikut. Yang manakah di antara berikut yang merupakan contoh amalan penyelidikan yang beretika? A. II & III sahaja I. IV. Jika ingin mengelakkan pelajar meneka. Format yang lebih baik bagi pangkal item adalah berbentuk soalan ayat penuh. dan berikan ulasan anda tentang kelemahan yang terdapat pada item-item tersebut. termasuk istilah dan panjang yang hampir serupa juga. misalnya apabila menyenarai nombor. Pilihan jawapan mesti ada hanya satu jawapan tepat mengikut pakar. Kelemahan lain yang pada pandangan anda juga merupakan kelemahan pentaksiran tradisional adalah I. III. „tidak‟. Pangkal item perlu jelas menyatakan masalah yang hendak diselesaikan.

Soalan jenis ini adalah paling sesuai pada peringkat aras pengetahuan. takrifkan. Salah satu objektif pengajaran Geografi yang hendak dicapai oleh Cikgu Lily adalah seperti berikut: "Membolehkan pelajar mengumpul maklumat. had yang munasabah boleh dikenakan seperti had masa dan had halaman. Huraikan mengapakah badan ini tidak dapat . calon hendaklah diberi kebebasan untuk menunjukkan kemahiran kepada aras sintesis dan penilaian. Dalam sesetengah kes. menyepadu dan mensintesis pengetahuan serta menggunakan maklumat yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang sebenar. Untuk mengukur kemahiran-kemahiran tersebut. aplikasi dan analisis Contoh soalan: Beri sebab-sebab mengapa masalah penyalahgunaan dadah masih lagi merupakan masalah yang utama di kalangan belia-belia di negara ini. dan pendekatan yang luas kepada penyelesaian masalah. Jawapan anda mestilah tidak melebihi 100 patah perkataan  Jenis soalan respon lanjutan Soalan jenis ini memberi kebebasan kepada calon untuk menjawab. soalan esei dikatakan lebih baik untuk mengukur aras kemahiran yang kompleks. Had pada bahan yang boleh dimasukkan dalam jawapan dan pada bentuk respon adalah minimum walaupun dalam sesetengah kes. jenis pentaksiran yang paling sesuai digunakan oleh Cikgu Lily adalah A. menganalisis maklumat dan membuat laporan daripada lawatan yang diadakan ke kawasan perkampungan orang asli". pemahaman. Dalam soalan jenis ini. soalan berstruktur dan esei ini mempunyai dua jenis:  Jenis soalan respon terhad Soalan bentuk ini meletakkan had pada jawapan yang perlu diberikan oleh calon. D. penilaian bahan secara keseluruhan. senaraikan.iii. Aspek khusus ujian soalan berstruktur dan esei Soalan berstruktur dan esei juga merupakan bentuk ujian yang biasa dijalankan di sekolah. Sempadan kandungan mata pelajaran yang perlu dipertimbangkan biasanya ditakrifkan secara sempit oleh masalah. Berbanding dengan ujian objektif. dan bentuk jawapan yang khusus juga lazimnya ditunjukkan (oleh kata tugasan seperti. Contoh soalan: Kebelakangan ini keamanan dunia sering terancam dengan pelbagai tragedi dan peperangan. Secara umumnya. B. dan beri alasan). Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat menjalankan tugas menjaga keamanan dunia dengan berkesan. Soalan ini dapat mengukur penyepaduan idea yang kreatif. Ini memandangkan ujian esei memberi peluang kepada pelajar untuk mengoraganisasi. Pentaksiran persembahan terbuka Pentaksiran persembahan terhad Ujian Subjektif Ujian Objektif 3. C. respon dihadkan oleh penggunaan arahan khusus atau maklumat pengenalan.

perangkaan dan lainlain) perlu bagi soalan yang akan digubal serta relevan kepada soalan. ii. berdasarkan pemahaman dan pengalaman anda. tajuk dan rangsangan (jika ada) dengan memberikan pertimbangan kepada perkara berikut: o o o o o o o o o Soalan hendaklah seberapa ringkas yang mungkin Soalan hendaklah tepat dan jelas Soalan hendaklah berkemampuan membezakan pelajar baik.menjalankan tugas dengan berkesan dan cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh badan ini untuk mengekalkan keamanan dunia. liputan jawapan dan kepentingan tajuk) Dapatkan pandangan kedua – semakan Sebagai kesimpulan. Mengikut Mehren (1975). kebolehpercayaan dan kegunaan sesuatu ujian. Tentukan soalan-soalan mengikut standard (dari segi aras kesukaran. gambar. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ iii. keperibadian. Kualiti item-item memberi kesan kepada kesahan. _____________________________________________________________ Analisis item Kualiti sesuatu ujian bergantung kepada kualiti tiap-tiap item dalam ujian tersebut. membantu guru menulis item ujian yang baik. Tidak mengandungi unsur emosi. secara keseluruhannya perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan: • • Pastikan sama ada rangsangan soalan (gambar rajah. agama dan lain-lain perkara sensitif. memberikan maklumbalas yang berguna kepada guru. Gubal soalan dengan menggabungkan tugasan soalan. _____________________________________________________________ III. masa untuk menjawab. sederhana dan lemah (Kebiasaaannya aras kemahiran menentukan kedudukan soalan) Konsep yang disoalkan hendaklah sesuai dengan peringkat pemelajaran yang telah diajarkan. kebudayaan. _____________________________________________________________ Kelemahan: i. analisis item merupakan teknik untuk menilai kekuatan dan kelemahan ujian. analisis item adalah proses meneliti tindakbalas calon terhadap tiap-tiap item untuk membuat . cuba anda senaraikan TIGA kekuatan dan kelemahan kedua-dua bentuk ujian objektif dan ujian esei: Kekuatan: I. Sediakan rangka model jawapan kepada soalan supaya mudah untuk menyemak) Sediakan skema pemarkahan beserta dengan pecahan dan wajaran markah. kepercayaan. _____________________________________________________________ II. Dalam membina soalan berstruktur dan esei. Pada umumnya.

kesukaran item atau nilai p . Nilai p pada asasnya adalah merupakan ukuran tingkahlaku. Penilaian ke atas tiap-tiap item dengan mengaitkannya dengan kriteria luaran atau hubungannya dengan lain-lain item dalam ujian. Contohnya. Dengan ertikata lain. Ini kerana kesukaran item lebih didefinisikan dari segi kekerapan relatif dengan calon-calon lain yang memilih jawapan betul daripada didefinisikan dari segi ciri-ciri intrinsik item tersebut. kesukaran item atau nilai p memberi kesan ke atas kepelbagaian/sebaran skor serta ketepatan skor ujian membezakan di antara kumpulan yang berbeza. lebih mudah item tersebut. oleh itu ianya tidak berguna. apabila tidak ada calon yang memilih jawapan yang betul. sesuatu item yang dijawab dengan betul oleh 85% calon akan mempunyai kesukaran item atau nilai p . Rendah yang menjawab betul N = Jumlah semua calon yang menjawab item berkenaan . Lebih besar peratus yang mendapat jawapan betul. Keadaan yang sama juga benar sekiranya semua calon memilih jawapan yang betul bagi item tersebut. Analisis ini menilai kualiti item dan juga ujian. Kesukaran item juga dikenali sebagai nilai p.pertimbangan tentang kualiti item-item tersebut. Analisis juga boleh digunakan untuk meneliti semula setiap item dan meningkatkan keberkesanan setiap item dan juga ujian Tujuan analisis item Pada umumnya analisis item bertujuan:   untuk mengenalpasti item yang baik dan item yang tidak baik untuk mengenalpasti pengetahuan atau kemahiran yang pelajar telah dan belum menguasai Kesukaran Item Kesukaran item merupakan peratus pelajar yang mengambil ujian yang menjawab dengan betul. Untuk mendapatkan kesukaran item. Untuk mendapatkan indeks kesukaran item. cara yang mudah biasanya diperolehi melalui formula berikut: NT + NR __________ N NT = Bilangan calon Kump. Tinggi yang menjawab betul NR = Bilangan calon Kump. Oleh itu. bahagikan bilangan calon yang menjawab betul dengan umlah calon yang menjawab item tersebut.0 (semua calon memilih jawapan betul) tidak memberi apa-apa sumbangan dalam mengukur perbezaan individu. Dengan ertikata lain. sudah tentu tidak ada perbezaan individu dari skor ke atas item tersebut.85.0 (tidak seorang yang memilih jawapan betul) atau nilai p 1.

3 hingga 0. D Indeks diskriminasi item diperolehi dengan menolak bilangan calon yang menjawab dengan betul daripada kumpulan berpencapaian tinggi dengan bilangan calon yang menjawab dengan betul daripada kumpulan berpencapaian rendah. Indeks diskriminasi item.7 ke atas 0. Dengan ertikata lain. sesuatu item yang baik dapat mendiskriminasikan di antara pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dalam ujian dengan pelajar berpencapaian rendah dalam ujian tersebut. Ini boleh digambarkan dalam formula berikut: NT D= .69 0.29 ke bawah Aras kesukaran mudah sederhana sukar Diskriminasi Item Secara umumnya.Garis panduan umum tentang indeks kesukaran item Nilai p 0.NR ___________ N/2 Di mana. NT = bilangan calon dari kumpulan tinggi yang memilih jawapan betul NR = bilangan calon dari kumpulan rendah yang memilih jawapan betul N = jumlah calon Contoh: Kumpulan Rendah (27%) Omit A B C D E JUMLAH 0 2 10 2 11 11 36 Kumpulan Tinggi (27%) 0 0 0 0 26 10 36 *D adalah jawapan betul . dibahagi dengan bilangan calon bagi kedua-dua kumpulan tersebut. pelajar yang berpencapaian tinggi dalam ujian akan memilih jawapan yang betul dalam sesuatu item dan yang berpencapaian rendah akan memilih pengganggu (jawapan salah).

Bagi tiap-tiap item. .19 0 atau negatif Sumber: Ebel & Frisbie. Indeks diskriminasi negatif mungkin berlaku apabila sesuatu item itu merangkumi bahan-bahan yang kompleks dan ditulis dengan cara dimana memerlukan kefahaman yang tinggi. Pelajar yang baik pula mungkin mempunyai pelbagai interpretasi atau penyelesaian masalah untuk menjawabnya dan akhirnya mungkin memilih jawapan yang salah.2 hingga 0.bilangan calon yang memilih pilihan jawapan A. ii. Garispanduan Umum Indeks Diskriminasi Nilai D 0.D. Pelajar yang lemah mungkin meneka dan mendapat jawapan betul. Jumlah kedua-dua kumpulan memadai sebanyak 27% atau 25% sahaja daripada jumlah kesemua calon dalam kumpulan tersebut.10 hingga 0.0) adalah merupakan item-item yang tidak dapat memberi apa-apa maklumat yang berguna tentang pencapaian pelajar.39 0. 1986 Penjelasan Diskriminasi positif yang tinggi Diskriminasi positif yang sederhana Diskriminasi positif rendah Tiada kuasa dismriminasi Cadangan Item disimpan dan boleh digunakan Kaji dan baiki Item ditulis semula Item dibuang Langkah-langkah Analisis Item Ujian Bilik Darjah i.B. Di mana pelajar yang baik sepatutnya dapat menjawab jawapan betul lebih daripada pelajar lemah bagi item tersebut.C. Sediakan jadual yang sesuai seperti berikut: iii.4 atau lebih 0. Kertas jawapan diperiksa dan skor disusun mengikut skor rendah kepada yang tinggi Asingkan skor kepada dua kumpulan iaitu kumpulan berpencapaian tinggi dalam ujian (T) dan kumpulan berpencapaian rendah dalam ujian (R). Bagi item yang nilai D adalah negatif. tentukan bilangan yang tidak memilih sebarang jawapan (omit). sekiranya calon ramai.E.0) atau item di mana semua pelajar tidak dapat memilih jawapan yang betul (nilai D=1.42 Lebih tinggi indeks diskriminasi lebih baik item tersebut dalam mendiskriminasi di antara pelajar yang baik dan pelajar yang lemah. ini menunjukkan yang item tersebut mempunyai kesilapan-kesilapan tertentu. Bagi item yang di mana semua pelajar dapat memilih jawapan betul (nilai D=.Indeks diskriminasi = 26 –11 ---------36 = 0.

. Indeks diskriminasi item perlu diperolehi bagi setiap item untuk menentukan keberkesanan pengganggu. Kemudian sediakan satu penjelasan analisis bagi setiap item.Kumpulan Rendah (27%) Omit A B C *D E JUMLAH *D adalah jawapan betul iv. Sepatutnya nilai diskriminasi bagi jawapan betul adalah positif dan nilai diskriminasi bagi pengganggu sepatutnya rendah atau negatif. 0 2 10 2 11 11 36 Kumpulan Tinggi (27%) 0 0 0 0 26 10 36 Kira indeks kesukaran item (nilai p) dan indeks diskriminasi item (nilai D) mengikut formula yang diberikan. Pengganggu (Distractors) Menganalisis pengganggu (pilihan jawapan salah) adalah berguna dalam menentukan kegunaan relatif pengganggu dalam setiap item. Pengganggu perlu diteliti dengan betul apabila item menunjukkan nilai diskriminasi positif yang besar.

Item atau item-item yang manakah yang boleh dibuang? Mengapa? Min = 69.12 0. Sila teliti kesukaran item (nilai p). 2.77 0. . namun banyak faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar tentang item-item ujian yang mereka cuba jawab. 6.4 p 0.84 C 37 76 46 3 12 25 68 264 120 74 D 30 9 88 3 24 35 165 153 67 183 E 10 5 4 0 20 140 157 175 606 247 Pengganggu-pengganggu yang manakah yang perlu disemak semula? Mengapa? Item-item yang manakah yang berfungsi dengan baik? RUMUSAN Membina ujian yang sempurna adalah sesuatu yang mustahil. 8. 5.34 0.47 0.08 0. 3.39 -0. 7.2 OMIT 1 1 0 0 0 0 3 8 0 0 A 667 840 561 923 876 716 432 114 75 330 B 187 1 233 3 0 16 107 218 64 98 Alfa = . 10. 4. Walaupun garispanduan membina item yang betul dipatuhi. Namun. dengan melakukan item analisis dan melihat kesukaran dan diskriminasi item akan membantu penggubal soalan menentukan apakah kesilapan bagi tiap-tiap item . . Analisis Item (sampel 10 item) – jawapan betul adalah “A” N = 932 ITEM 1. 40.01 0. sila beri pandangan anda terhadap soalan-soalan berikutnya.99 0.06 0.Di bawah adalah sampel analisis item yang menunjukkan ringkasan jadual untuk semua item dalam satu ujian objektif anika pilihan.21 0.35 D 0.90 0. Berdasarkan jadual analisis item di bawah. indeks diskriminasi (nilai D) dan pengganggu (pilihan B – E).31 0.72 0.94 0.60 0.42 Sisihan Piawai = 10. 9.08 0.04 0.14 -0.

(2001). (1998). Aras kesukaran dan indeks diskriminasi diperolehi dengan mengambil kira skor semua calon yang memberi respons kepada setiap item dalam ujian. Gronlund. N. 6th Edition. Analisis item dan ujian menyediakan data empirikal tentang bagaimana individu item dan seluruh ujian berfungsi dalam situasi ujian sebenar. 4th Edition. W. E.ujian. Boston: Allyn and Bacon . P. Assessment of student achievement. KATA KUNCI Perancangan ujian Pembinaan ujian Jadual Spesifikasi Ujian Item objektif Item esei Analisis item PENILAIAN KENDIRI 1. New York: Mc-Graw Hill. Mengapakah perlunya disediakan Jadual Spesifikasi Ujian dalam merancang dan membina ujian? 3. Apakah pertimbangan yang perlu diberi perhatian dalam merancang dan membina ujian? 2. Classroom assessment concepts and applications. Adakah dengan menambah bilangan item dalam ujian akan meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan ujian? Mengapa? 4. Adakah kemungkinan bahawa aras kesukaran dan indeks diskriminasi akan berbeza mengikut kumpulan yang mengambil ujian yang sama? RUJUKAN Airasian.

175). d. 6. Penaksiran authentik lebih kepada penggunaan/amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan di dalam keadaan sebenarnya. merekod dan penskoran tugasan penaksiran prestasi Menggunakan portfolio untuk mengumpul. Pada umumnya. Menurut Linn dan Gronlund (1995. p. b. p. Menerangkan bagaimana penaksiran prestasi berbeza dengan pentaksiran tradisional Mengenalpasti bentuk-bentuk penaksiran prestasi Mengenalpasti kekuatan dan kekurangan penaksiran prestasi Menerangkan tatacara umum menjalankan penaksiran prestasi Menyediakan perancangan pemerhatian. 2. 4. 3. mempersembahkan/memaparkan dan menilai kerja-kerja pelajar PENGENALAN Penaksiran prestasi merupakan satu bentuk penaksiran yang berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian terhadap sesuatu proses atau produk hasil daripada pelaksanaan sesuatu tugasan (Stiggin. Di sini pelajar dikehendaki melakukan satu tugasan dan prestasi mereka melakukan tugasan itu akan ditaksir. 5. Soalan yang dibina mestilah benar-benar mewakili prestasi yang berlaku dalam keadaan sebenar Penekanan yang khusus hendaklah diberikan kepada pengajaran dan pembelajaran tentang kriteria yang harus digunakan Penaksiran kendiri memainkan lebih peranan berbanding dengan ujian konvensional Pelajar dikehendaki membentangkan dan mempertahankan kerja-kerja secara umum dan secara lisan untuk menentukan bahawa penguasaannya adalah benar. 1997. c. penaksiran prestasi kadang-kadang disebut juga sebagai penaksiran authentik. kemahiran dan ciri-ciri afektif pelajar. ujian yang authentik harus mempunyai empat ciri: a. Ia melibatkan .238). Penaksiran prestasi adalah satu bentuk penaksiran yang memerlukan guru membuat penilaian terhadap pengetahuan.UNIT 3 PENAKSIRAN PRESTASI DAN AUTENTIK HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat 1. Oleh itu penaksiran prestasi meliputi kaedah pengujian yang begitu luas yang memerlukan pelajar menunjukkan kecekapannya atau pengetahuannya dengan memberikan jawapan yang tepat atau satu hasil produk yang baik.

sila senaraikan 3 contoh pentaksiran prestasi yang telah anda jalankan. menggalakkan pelajar membuat projek yang komprehensif berasaskan kepada masalah sebenar. mementingkan kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran-kemahiran makmal. teori pembelajaran moden menyarankan penggunaan penaksiran prestasi terbuka sebagai asas kepada peningkatan pembelajaran. Jadi.penaksiran pelajar dalam konteks tugasan di bilik darjah di mana pelajar dikehendaki melakukan sesuatu tugasan yang kompleks tetapi bererti. matapelajaran kajian sosial mementingkan kemahiran melukis dan membina graf. berkaitan dengan perubahan penekanan daripada ujian rujukan norma kepada ujian rujukan kriteria dalam penilaian pelajar dan penilaian bilik darjah yang memerlukan pengukuran yang lebih langsung tentang prestasi pelajar-pelajar. 1.______________________________________________________ ISI KANDUNGAN Mengapa Penaksiran Prestasi? Terdapat dua trend pendidikan yang menjadikan penaksiran prestasi diberi penekanan semula dalam aspek penilaian pelajar. berdasarkan pengetahuan awal. maka penaksiran prestasi biasanya digunakan. Dengan ertikata lain. Dalam pengajaran anda. sekiranya kita hendak menjelaskan kecekapan pelajar dalam melakukan sesuatu aktiviti atau kemahiran. kemahiran menaakul dan berfikir). peta dan sebagainya. Penaksiran prestasi menyediakan cara yang sistematik untuk menilai kemahiran berfikir dan menaakul serta hasilnya yang tidak dapat diukur oleh ujian objektif dan esei yang biasa. _____________________________________________________ 2.______________________________________________________ 3. Kedua. Guru akan menentukan prestasi pelajar berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama. Apakah Ciri-ciri Penaksiran Prestasi? Penaksiran prestasi ini mempunyai beberapa ciri seperti berikut:  tugasan-tugasan yang berkait rapat dengan dunia sebenar . pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang sebenar atau authentik. penaksiran prestasi adalah perlu untuk menilai kemahirankemahiran sebenar yang sedang dilakukan. Walaupun ujian dapat menyediakan data yang menunjukkan pelajar tahu melakukan sesuatu dalam keadaan-keadaan tertentu. dan menggalakan pelajar melakukan aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka membina makna sendiri. dalam mata pelajaran Sains. teori pembelajaran moden menekankan kepada perlunya memberi tumpuan kepada hasil pembelajaran yang lebih kompleks (misalnya. mata pelajaran Bahasa pula menekankan kepada kemahiran berkomunikasi. Kemahiran-kemahiran ini adalah penting dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah. Contohnya. Pertama. matapelajaran Matematik menumpukan kepada pelbagai jenis kemahiran penyelesaian masalah praktikal.

penilaian ini dipanggil sebagai penaksiran prestasi terhad. Contohnya:   Tulis satu muka surat laporan tentang lawatan ke muzium Bina graf daripada data-data yang diberi . menggunakan mikroskop. Kemahiran penulisan dan psikomotor dengan produk yang dihasilkan (contoh: menulis laporan kajian. dan membaiki enjin) iii. memudahkan untuk dikaitkan dengan objektif-objektif tertentu. Kemahiran-kemahiran lisan dan psikomotor tanpa produk (contoh: memberi ucapan. Bagaimana pemahaman anda setakat ini tentang penaksiran prestasi? Sila tuliskan satu ayat yang dapat menggambarkan pentaksiran prestasi sebagaimana yang anda faham. Dengan menghadkan skop tugasan. menulis cerita pendek. apakah pula bentuk-bentuk tugasan yang sering digunakan dalam penaksiran prestasi? Biasanya bentuk-bentuk tugasan melibatkan: Menyelesaikan masalah yang realistik (contoh: bagaimana mencegah penyalahgunaan dadah di Malaysia) ii. bentuk tugasan yang komprehensif dan masa yang lebih diperlukan untuk menilai hasil-hasil tugasan lebih banyak menggunakan judgment dalam memeriksa tugasan pelajar – ini disebabkan tugasan yang kompleks. mentadbirkannya dan menilainya. bertutur bahasa asing. Bagi tugasan yang terhad dan mencakupi objektif pengajaran yang spesifik. Penaksiran Prestasi Terhad Penaksiran prestasi terhad adalah lebih berstruktur dan terhad skopnya. keaslian tugasan yang dihasilkan. membina tempat letak buku) i. penilaian ini dipanggil penaksiran prestasi terbuka (extended). Namun begitu terdapat juga tugasan yang komprehensif yang mencakupi beberapa objektif pengajaran. dan dalam kes-kes tertentu terdapat pelbagai kemungkinan cara penyelesaian yang dikemukakan Dan. ___________________________________________________________________________ _________________________________________________ Kategori Penaksiran Prestasi Jenis tugasan penaksiran prestasi boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan kepada objektif pengajaran yang dicakupinya.   tugasan-tugasan yang lebih kompleks dan kurang berstruktur yang menggalakkan keaslian dan kemahiran berfikir serta mempunyai pelbagai cara penyelesaiannya masa yang lebih diperlukan untuk menilai – ini berkaitan dengan kesukaran mereka bentuk tugasan.

Hasil penaksiran prestasi terhad biasanya menggunakan perkataan-perkataan seperti kenalpasti. bagaimana menjalankannya. membuat penilaian kendiri dan mempertahankan kualitinya. Antara contoh-contoh tugasan adalah seperti berikut:    Reka bentuk dan jalankan eksperimen ke atas topik-topik yang disediakan dan persembahkan serta pertahankan dapatan kajian Baca sebuah novel dan tulis kritik ke atas novel tersebut Reka bentuk dan bina tempat letak buku dan tulis satu penilaian sama ada ia menepati kriteria-kriteria yang diberi Projek penaksiran prestasi terbuka akan memberikan pelajar lebih kebebasan dalam memilih projek. membina. penaksiran prestasi terbuka ini membolehkan kita menentukan bagaimana pelajar boleh mensepadukan beberapa kemahiran-kemahiran spesifik bagi melakukan pergerakan yang kompleks ataupun menghasilkan produk yang lebih baik dan canggih. merekod dan memeriksa Menetapkan hasil prestasi atau hasil pembelajaran Hasil prestasi yang hendak diukur perlu dikenal pasti dan didefinisikan. Langkah-langkah Melaksanakan Penaksiran Prestasi Sekarang kita akan cuba melihat secara lebih terperinci bagaimana melaksanakan penaksiran prestasi. Ini bagi membolehkan pelajar mempersembahkan kebolehannya dalam membuat tugasan atau menyelesaikan masalah yang berkait rapat dengan dunia sebenar. Secara umumnya terdapat lima langkah untuk melaksanakan penaksiran prestasi. menunjukkan dan lain-lain. Tunjukkan bagaimana menyediakan alat makmal Penaksiran Prestasi Terbuka Penaksiran prestasi terbuka pula mempunyai skop tugasan yang lebih komprehensif dan tidak begitu berstruktur. Dengan kata lain. Sesetengah projek pentaksiran prestasi terbuka menggabungkan ketiga-tiga jenis kemahiran: menyelesaikan masalah. kita boleh mendapatkan maklumat tentang kebolehan pelajar dalam mengenalpasti punca sebenar sesuatu masalah. komunikasi dan psikomotor bagi menghasilkan sesuatu produk. Spesifikasi hasil prestasi termasuklah analisis tugasan bagi mengenalpasti faktor-faktor spesifik yang kritikal bagi prestasi yang hendak diukur. mengumpul dan mengatur maklumat untuk menyelesaikan masalah dan menyediakan kesimpulan yang asli dan mantap. Pensampelan tugasan-tugasan yang sesuai adalah penting bagi menentukan pemerhatian dan . Perbincangan hasil kajian pelajar dengan guru biasanya menumpukan kepada kualiti projek serta penilaian kendiri yang dibuat oleh pelajar. Dalam aspek kemahiran pula. produk atau kedua-duanya) Memilih darjah realisme yang sesuai Memilih situasi tugasan Memilih metod pemerhatian. Langkah-langkah tersebut adalah: Langkah I: Langkah II: Langkah III: Langkah IV: Langkah V: Langkah I: Menetapkan hasil prestasi Memilih fokus penilaian (prosedur.

senarai tugasan-tugasan tidak perlu mengikut aturan-aturan tertentu (seperti dalam contoh pertama) dalam keadaan yang lain pula. Kenalpasti tahap kerosakan Kenalpasti sistem yang menyebabkan kerosakan Pilih ujian-ujian yang akan dilakukan Menjalankan ujian-ujian mengikut sekuen yang betul Mengenalpasti komponen-komponen yang tidak berfungsi Ganti atau baiki komponen Ubah dan ganti alatganti dengan sekuen yang sesuai Menggunakan alat-alat yang sesuai dengan cara yang betul Mematuhi peraturan-peraturan keselamatan sepanjang kerja-kerja membaiki Dalam keadaan-keadaan tertentu. 9. Berikut adalah contoh-contoh bagi satu set tugasan-tugasan untuk penaksiran prestasi terhad: i. 6. 4.penilaian yang lebih tepat. 7. hasil pembelajaran antaranya adalah seperti berikut:         Memilih tugasan-tugasan kajian yang sesuai Menggunakan perpustakaan dengan berkesan Mengesan. Membaiki Injin Rosak 1. Berdiri dengan cara yang natural Mengekalkan eye contact dengan baik Menggunakan ekspresi muka yang sesuai Menggunakan gerakbadan secara berkesan Bercakap dengan jelas dan nada yang terang Bercakap pada kadar kelajuan yang sesuai Mempersembahkan idea-idea dengan teratur Menggunakan bahasa yang sesuai Mengekalkan minat kumpulan ii. 7. 8. Menyatakan objektif umum dahulu dan kemudian menyatakannya dengan lebih spesifik adalah merupakan . 2. 4. 5. Kemahiran Dalam Membuat Laporan Secara Lisan: 1. 5. terdapat langkahlangkah yang disusun mengikut sekuen supaya memudahkan dibuat pemerhatian dan penilaian (seperti dalam contoh kedua) Projek berbentuk penaksiran prestasi terbuka biasanya melibatkan pelbagai objektif pengajaran dan hasil pembelajaran. 3. 3. menganalisis dan mensepadukan maklumat-maklumat yang relevan Mereka bentuk dan menjalankan eksperimen Menulis laporan kajian dengan tepat Menyatakan kesimpulan yang sah Menulis kritik tentang tatacara kajian dan dapatan kajian Mempersembahkan dan mempertahankan dapatan kajian dalam kelas Hasil-hasil pembelajaran di atas perlu didefinisikan lagi dengan lebih spesifik. 6. 2. 9. 8. Bagi satu projek penyelidikan.

Menilai Prosedur Bagi jenis-jenis tugasan yang tidak menghasilkan produk. darjah kehampiran kepada realiti dunia (apa yang sebenarnya berlaku) adalah merupakan tumpuan . Dalam mendefinisikan setiap hasil pembelajaran utama. seperti „nyatakan kesimpulan yang sah‟ boleh digabungkan sebagai sebahagian daripada „Menulis laporan kajian dengan tepat‟. Perkara yang sama juga dijalankan dalam tugasan memasak. ii. senarai hasil pembelajaran utama perlu menyatakan deskripsi tentang apa yang pelajar boleh buat untuk menunjukkan pencapaian hasil pembelajaran. Langkah II: Memilih Fokus Penaksiran Penaksiran prestasi boleh menumpukan kepada prosedur. kedua-dua prosedur dan produk merupakan aspek penting dalam sesuatu tugasan. Dalam konteks penaksiran prestasi. iv. mungkin digabungkan. iii. fokus penaksiran prestasi ke atas prosedur bila: i. Secara amnya. iaitu selepas prosedur telah dikuasai. Tiada produk atau penilaian produk tidak dapat dijalankan – sukar didapati atau pun terlalu mahal Prosedur yang digunakan adalah teratur dan boleh dilihat dengan jelas Prosedur yang betul adalah penting untuk menentukan kejayaan dalam melakukan sesuatu Analisis ke atas langkah-langkah dalam prosedur boleh memberi panduan dalam meningkatkan produk Menilai Produk Penaksiran prestasi perlu memberi fokus kepada produk apabila: i. mungkin perlu dibahagikan kepada dua hasil pembelajaran (Misalnya: merekabentuk eksperimen.tatacara yang berkesan. menjalankan eksperimen). Prosedur-prosedur yang berbeza boleh menghasilkan produk yang sama mutunya Prosedur tidak dapat dilihat dengan jelas (misalnya: kerja rumah. dalam membaiki set television. penaakulan dalam menyelesaikan masalah matematik) Langkah-langkah dalam prosedur telah dikuasai Produk mempunyai kualiti yang boleh di kenal dan dinilai dengan jelas Memilih Darjah Realisme Yang Sesuai Langkah III: Autentik adalah merupakan satu darjah. memerlukan tugasan tersebut dinilai semasa ianya dilakukan. dengan tujuan untuk mengesan kesilapankesilapan yang berlaku dalam prosedur yang boleh memberi kesan kepada kualiti produk. sebelum dapat menghasilkan set television yang telah dibaiki. melukis dan lain-lain lagi. Penilaian prosedur ini juga boleh digunakan di peringkat akhir pengajaran. iv. Yang pentingnya. Selalunya prosedur ditekankan pada tahap awal pembelajaran. Dalam banyak keadaan. kerja pertukangan. memerlukan prosedur yang sistematik diikuti. ii. produk atau gabungan keduaduanya. iii. Dalam kes-kes yang lain. Misalnya. dan kemudiannya produk.

penggunaan kemahiran matematik dalam memahami jumlah wang. Keduanya. Darjah realisme yang akan dipilih bagi satu-satu situasi bergantung kepada beberapa faktor. Misalnya. kos. penggunaan alat yang sebenar). pelan lantai. adalah sukar untuk menggunakan pesakit sebenar yang mengalami kemalangan untuk menjadikan situasi penilaian itu lebih realistik. Dalam lain-lain kes. sebelum menggunakan alat ukuran tertentu. Tugasan Kertas dan Pensil Tugasan kertas dan pensil berbeza daripada ujian kertas dan pensil tradisional yang menekankan kepada aplikasi pengetahuan atau kemahiran dalam situasi yang telah ditetapkan (simulated setting). kemudahan peralatan. Kursus dalam pembinaan ujian. Dalam beberapa keadaan. tugasan kertas dan pensil mungkin merupakan langkah pertama kearah tugasan hands-on. Misalnya dalam Matematik. tugasan kertas dan pensil boleh menyediakan produk yang mempunyai signifikan dari segi pendidikan. cerita pendek atau rancang satu percubaan.utama perkara-perkara yang hendak diukur. Sistem klasifikasi berikut berdasarkan darjah realisme yang terdapat dalam satusatu situasi: i. sekuen pengajaran mungkin mengikuti aturan yang memerlukan pengukuran dalam bentuk pensil dan kertas dahulu sebelum pengukuran berbentuk amali (hands-on). pelajar mungkin disuruh membina peta cuaca. Dalam kes ini. mungkin akan mengurangkan darjah realisme yang akan diperolehi. beberapa kekangan seperti masa. graf. kesukaran untuk mentadbir dan memberi markah. mereka bentuk pakaian. boleh dilakukan dalam bentuk cerita (rendah darjah realisme) atau membeli barang-barang dalam situasi gerai (tinggi darjah realisme). Misalnya. Aplikasi kertas dan pensil ini mungkin menghasilkan hasil pembelajaran yang diharapkan atau ia mungkin boleh dijadikan sebagai langkah ke arah tugasan yang melibatkan darjah realism yang lebih tinggi (misalnya. setakat manakah realisme yang perlu atau mampu diukur dalam penaksiran prestasi? Lebih hampir kepada realiti adalah lebih baik. produk kertas dan pensil adalah hasil daripada kedua-dua pengetahuan dan kemahiran. Ketiganya. . Langkah IV: Memilih Situasi Tugasan Penaksiran prestasi boleh diklasifikasikan mengikut jenis situasi atau latar (setting) yang digunakan. Keempat. misalnya memerlukan pelajar melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut: Bina satu set Jadual Penentuan Ujian bagi satu ujian pengajaran Bina item-item ujian yang sesuai dengan Jadual Penentuan Ujian Bina satu senarai semak untuk menilai ujian pencapaian Perkataan „bina‟ selalu digunakan dalam ujian prestasi kertas dan pensil. perlu dipertimbangkan objektif pengajaran. Soalnya. tugasan yang hendak dilakukan mungkin boleh mengurangkan darjah realisme dalam situasi ujian. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. puisi. dalam menilai kemahiran-kemahiran pertolongan cemas. Misalnya. Sama ada objektif pengajaran yang hendak dicapai itu merupakan objektif yang berbentuk memahami sesuatu fakta baru atau pun untuk menguasai sesuatu kemahiran. penggunaan kaedah simulasi boleh menunjukkan masalah yang dikemukakan itu mempunyai darjah realisme yang rendah atau tinggi. Pertamanya.

Walaupun ujian identifikasi luas digunakan dalam pendidikan industri. Dalam keadaan yang lain pula. pendidikan jasmani dan bidangbidang vokasional seperti pertanian. termasuk perkaraperkara berikut: i. mematuhi prosedur keselamatan dalam menghidupkan enjin. Peralatan yang disediakan iii. Untuk meningkatkan situasi ujian yang terkawal dan setara untuk semua pelajar. atau mengesan kerosakan pada alat elektronik. Mengenal pasti prosedur yang betul juga penting dalam pendidikan seni. ii Ujian Identifikasi Ujian identifikasi terdapat dalam pelbagai situasi dan pelbagai darjah realisme. Arahanarahan untuk mengesan peralatan elektronik yang rosak. menjalankan tugasan dalam situasi kertas dan pensil mungkin boleh mengelakkan kemalangan ataupun kerosakan kepada peralatan tersebut. mungkin sesuai sekiranya pelajar mempelajari pelbagai ukuran daripada gambar-gambar. biasanya jarang sesuatu keadaan itu dapat dikawal dan disetarakan sepenuhnya. Guru bahasa juga misalnya boleh meminta pelajar mengenal pasti sebutan yang betul. Misalnya. muzik. Dalam keadaan yang lebih kompleks. Had masa serta lain-lain keadaan . arahan-arahan yang jelas perlu diberikan terutama tentang situasi ujian dan tugasan yang akan dijalankan. Dalam setengah keadaan. memasang mikroskop. dan dari bunyinya. guru matematik pula boleh meminta pelajar mengenal pasti prosedur menyelesai masalah yang betul. perdagangan dan ekonomi rumah tangga. Jenis ujian identifikasi yang lebih kompleks lagi mungkin melibatkan mendengar kepada mesin yang tidak berfungsi dengan baik. pelajar diminta mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan mesin tersebut tidak berfungsi dengan baik. Walaupun kebolehan membaca skala tidak mencukupi untuk pengukuran yang tepat. Guru biologi misalnya boleh meminta pelajar mengenalpasti spesimen-spesimen yang diletakkan di beberapa stesen di dalam bilik atau mengenalpasti peralatan dan prosedur yang diperlukan untuk menjalankan percubaan. Pembinaan ujian prestasi berstruktur lebih kurang sama seperti membina lain-lain ujian pencapaian. di samping mengambil masa lebih untuk menyedia dan mentadbirnya serta selalunya agak sukar untuk diperiksa. Namun begitu. Tujuan ujian ii. tetapi ia adalah sesuatu yang perlu. Prosedur ujian a. Deskripsi prestasi yang dikehendaki c. pelajar akan diberi tugasan seperti mengenalpasti litar pintas dan meminta pelajar mengenal pasti alat dan tatacara yang sesuai untuk membaikinya. pelajar mungkin diminta untuk mengenalpasti sejenis alat dan jelaskan fungsinya. sekiranya prestasi tersebut agak kompleks dan peralatannya mahal. iii. ia juga digunakan dalam mata pelajaran-mata pelajaran lain. Ujian Prestasi Berstruktur Ujian prestasi berstruktur ini dijalankan dalam keadaan yang terkawal dan pelajar diminta melaksanakan sesuatu tugasan mengikut prosedur dan nilai tara yang setara.seperti mikrometer. Jenis dan keadaan peralatan b. misalnya.

mengikut urutan langkahlangkah yang betul (ch: ubah mikroskop mengikut urutan langkah-langkah yang betul). pukulan tenis Sains sosial: simulasi perbicaraan. mesyuarat. adalah perlu ditentukan nilai tara prestasi yang menunjukkan tahap minima prestasi yang boleh diterima. mengikut prosedur sepenuhnya (ch: periksa semua safety guard sebelum menghidupkan mesin).iv. Metod dalam menilai prestasi Bila menggunakan ujian prestasi. latihan penerbangan Kemahiran yang ditunjukkan dalam situasi berbentuk simulasi menandakan kesediaan pelajar untuk melakukan tugasan sebenar v. berenang. Di antara nilai tara yang biasa digunakan untuk menilai prestasi adalah seperti berikut: Jenis Kadar Contoh Selesaikan sepuluh masalah campur dalam masa dua minit Taip 40 perkataan seminit Tidak lebih daripada dua kesilapan bagi satu muka surat yang ditaip Kira sebanyak 20 dalam Bahasa Arab tanpa kesilapan Sediakan peralatan makmal dalam masa lima minit Kesan kerosakan peralatan dalam masa tiga minit Baca thermometer sehingga darjah dua persepuluh Lengkapkan 20 percubaan makmal Kesan 15 rujukan yang relevan Tulis surat perniagaan yang kemas Persembahkan bentuk yang betul dalam penerjunan Kesilapan Masa Kepersisan (precision) Kuantiti Kualiti iv. Sampelan Kerja/Tugasan . Ini mungkin berkaitan dengan ketepatan (ch: mengukur suhu kepada darjah dua persepuluh yang paling hampir). Persembahan berbentuk Simulasi Bertujuan untuk memadankan persembahan dengan situasi sebenar sama ada secara keseluruhan atau sebahagian Contoh: Pendidikan Jasmani: memukul bola. atau kelajuan prestasi (ch: kesan kerosakan peralatan elektronik dalam masa tiga minit).

Merekod dan Menskor Terdapat beberapa prosedur digunakan untuk menilai prosedur. Pemerhatian Bersistematik Bagi tugasan yang kecil/mudah. Rekod Anekdot Deskripsi ringkas tentang sesuatu peristiwa yang signifikan. Projek penyelidikan Jenis penaksiran yang paling komprehensif. Pemerhatian biasanya dibantu oleh senarai semak atau skala kadar ii. latar di mana tingkahlaku berlaku dan interpretasi tentang peristiwa. Ia menumpukan kepada peristiwa/perkara yang bermakna Ia direkodkan sebaik sahaja insiden selesai Ia mengandungi maklumat yang mencukupi untuk mudah difahami kemudian Perlakuan yang diperhatikan dan interpretasinya diasingkan Senarai Semak . pemerhatian perlu lebih bersistematik bagi meningkatkan keobjektifan dan kegunaannya kemudian. menghasilkan produk atau kedua-duanya sekali Contoh: Mengenalpasti masalah Menjalankan kajian Menulis laporan Merekabentuk dan membina produk Mempertahankan hasil kajian Langkah V: Memilih Metod Pemerhatian. Bagi tugasan yang lebih komprehensif. pemerhatian secara informal mungkin boleh dijalankan. Ia termasuk tingkahlaku yang diperhatikan.Memerlukan pelajar melakukan tugasan sebenar yang mewakili keseluruhan tugasan yang diukur. Di antara prosedur yang sering digunakan: i. Melibatkan kombinasi beberapa kemahiran dan proses berfikir dalam menyelesaikan masalah. Sampelan tugasan biasanya termasuk elemen yang paling penting dalam keseluruahn tugasan dan dilakukan dalam keadaan yang terkawal Contoh: Menaip surat Menggunakan komputer dalam menganalisis data Membaiki alat vi. produk atau kedua-dua prosedur dan produk. Rekod akan lebih bermakna apabila:     iii.

lemah) atau satu set frasa deskripotif yang menandakan darjah penerimaan prestasi (contoh: menyelesaikan tugasan dengan cepat. kualiti sesuatu prestasi (contoh: cemerlang. bentuk dan lain-lain serta terdapat ruang untuk merekod sama ada setiap ciri yang dikehendaki ada atau tidak. tidak pernah). lambat dalam menyelesaikan tugasan. kepujian. Penskoran Analitik Penilaian ke atas setiap kriteria yang digunakan untuk mentaksir tugasan/produk Contoh: Skala kadar ii. Senarai semak untuk menilai produk pula biasanya mengandungi senarai ciri-ciri produk yang baik seperti saiz. Skala kadar Skala kadar adalah sama dengan senarai semak dan mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menilai prosedur dan produk. tidak dapat menyelesaikan tugasan tanpa bantuan. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ Penskoran dan Penggredan Penaksiran Prestasi Pada asasnya terdapat dua pendekatan penskoran yang lazim digunakan dalam penaksiran prestasi penskoran analitik dan penskoran holistik. iv. Skala untuk pengkadaran biasanya berasaskan kepada kekerapan sesuatu tindakan itu dilaksanakan (contoh: selalu. kadang-kadang.Merupakan senarai dimensi prestasi atau produk yang boleh diukur dan mempunyai ruang untuk merekod penilaian “ya” atau “tidak”. iii. Perbezaan yang utama adalah skala kadar menyediakan peluang untuk menandakan darjah berdasarkan skala tertentu. Anda mungkin telah pernah menjalankan penaksiran prestasi. warna. i. v. cuba anda berikan LIMA faedah yang boleh diperolehi melalui penaksiran prestasi: i. iv. Penskoran boleh berpandukan kepada rubrik yang menjelaskan tentang kualiti bagi setiap tahap/kriteria yang digunakan . pemerhati akan menyemak sama ada setiap tindakan telah diambil atau tidak. langkahlangkah yang diikuti mungkin diletakkan dalam urutan pangkatan dalam borang. Penskoran Holistik Berasaskan pandangan keseluruhan sesuatu tugasan/produk daripada elemen-elemen spesifik. misalnya. ii. sederhana. Sekiranya senarai semak digunakan untuk menilai satu set prosedur.

Dapat memberikan hujah dengan baik. Jika terdapat item betul pun adalah disebabkan bernasib baik. Holistik dan analitik . Rubrik analitik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Dapat memberikan hujah dengan memuaskan.Untuk tujuan pengajaran.   Contoh penskoran yang menggunakan rubrik adalah seperti berikut: Gred A B C D E Poin 5 4 3 2 1 Maknanya Cemerlang – Telah menguasai semua objektif utama dan minor. kedua-kedua bentuk penskoran adalah berguna. Pada umumnya rubrik penskoran boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Rubrik Penskoran Rubrik merupakan satu panduan atau format untuk melakukan satu penaksiran bagi sesuatu perkara. Rubrik kerap digunakan di dalam pentaksiran kerja kursus. Memuaskan – Hampir menguasai semua objektif utama tetapi masih memerlukan bantuan dalam objektif minor. Kedua-dua jenis rubrik boleh digunakan bersama-sama di mana rubrik analitik dijadikan panduan untuk menilai secara holistik. Lemah – Memerlukan lebih bimbingan daripada guru. ia menjelaskan tentang penskoran bagi sesuatu tahap pencapaian atau jawapan yang pelajar kemukakan. penskoran secara holistik perlu dibuat dahulu supaya sesuatu elemen yang spesifik tidak menjejaskan pandangan kepada keseluruhan produk. Kurang Memuaskan – Belum lagi menguasai ssebarang objektif utama yang telah ditetapkan. Rubrik holistik: Digunakan apabila penaksiran hanya memerlukan gambaran keseluruhan prestasi dengan komponen yang secukupnya sahaja bagi membolehkan pengukuran yang konsisten dijalankan. pelajar mungkin kurang faham kuliah yang diberikan.  Rubrik analitik: Digunakan apabila penaksiran memerlukan maklumat terperinci yang boleh menunjukkan kelemahan dan kekuatan pelajar. a. Hujah yang diberikan masih belum cukup memuaskan. Sekiranya keduaduanya digunakan. Hujah yang diberikan adalah lemah. Dalam sesuatu penggredan yang menggunakan rubrik. Ia biasanya digunakan apabila prestasi yang ditaksir adalah “more than the sum of its parts” (contohnya prestasi mengajar dan pengucapan awam). Rubrik digunakan untuk mentaksir secara analitik atau pun secara holistik. Dapat memberikan hujah yang baik dan berkesan Baik – Telah menguasai semua objektif utama dan kebanyakan objektif minor. Perlu menguasai separuh daripada objektif utama dan sedikit objektif minor.

Portfolio Kita akan cuba membincangkan satu contoh penaksiran prestasi yang banyak digunakan dalam mentaksir pembelajaran pelajar iaitu portfolio. Kriteria yang disediakan adalah lebih kemas. Portfolio telah didefinisikan dalam pelbagai bentuk. portfolio… “A portfolio is more than just a container full of stuff. draf dan penulisan yang siap. b. Bagi portfolio yang mempunyai ciri yang baik mestilah:      Mengandungi bahan terpilih sahaja Menunjukkan progres pembelajaran Sistematik dan tersusun Menunjukkan bukti bimbingan yang diterima daripada ibu bapa. guru. penulisan reflektif. dan rakan sebaya Menunjukkan bukti kerja kolaboratif dan interaksi dengan rakan sebaya . penyuntingan. Umum dan spesifik Satu set kategori kriteria dibentuk untuk semua tugasan – kerap menggunakan rubrik holistik. Perkembangan dan kuantitatif Rubrik ini dibina untuk memanjangkan aras gred atau jarak kecekapan di atas satu kontinuum.Pemilihan dibuat secara umum tentang sesuatu prestasi. Secara umumnya. 1990. and attitudes in a specific subject area” Vavrus. skills. dan penambahbaikan tugasan. It‟s a systematic and organized collection of evidence used by the teacher and student to monitor growth of the student‟s knowledge. lemah. ulasan rakan sebaya. Bahan-bahan yang biasanya terdapat di dalam sesebuah portfolio termasuklah penulisan jurnal. cemerlang dan sebagainya. c. Manakala rubrik yang tertentu dibina untuk tugasan yang tertentu sahaja seperti dalam soalan jawapan pendek atau soalan terbuka. gambar rajah. bolehlah dikatakan bahawa portfolio merupakan proses mendokumentasi pembelajaran merentas masa bagi menunjukkan progres pelajar dan mengajar mereka melalui pentaksiran kendiri. ms. nota pelajar. Manakala analitik pula merupakan rubrik yang lebih terperinci daripada holistik. Rubrik yang holistik mempunyai label-label kecekapan yang berkaitan dengannya seperti: cekap.48 Berdasarkan definisi di atas. hasil kerja seni. Kuantiti merujuk kepada penggunaan skala kadar (rating) yang telah didefinisikan dalam angka dan digunakan secara holistik atau analitik.

5. lebih terbuka dan luas skopnya serta boleh merangkumi beberapa hasil pembelajaran dalam satu-satu tugasan Fokus penaksiran prestasi adalah kepada mentaksir produk. senarai semai dan skala kadar. Penaksiran prestasi mementingkan darjah realisme tugasan serta mengukur tugasan yang lebih kompleks dibandingkan dengan ujian pensil dan kertas Penaksiran prestasi terhad biasanya adalah lebih berstruktur dan terhad skopnya serta merangkumi hasil pembelajaran yang spesifik yang hendak diukur. instrumen dan lain-lain Langkah-langkah melaksanakan penaksiran prestasi bermula dengan mendefinisikan hasil pembelajaran. 7. . memilih situasi tugasan. Porfolio akan disemak secara berkala semasa konferen pelajar-guru yang memberi peluang kepada pelajar dan guru membandingkan penilaian mereka serta membincangkan kekuatan dan kelemahan pembelajaran serta aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikkan. Kumpulkan bukti yang menunjukkan pelajar telah mencapai indikator prestasi tersebut 5. rekod anekdot. maka mereka perlu dibimbing tentang apa yang perlu dimasukkan ke dalam portfolio. kelengkapan. seterusnya memilih darjah realisme tugasan yang sesuai. dan akhirnya memilih metod pemerhatian. Penskoran penaksiran prestasi boleh dilakukan secara analitik atau pun secara holistik dengan menggunakan rubrik penskoran yang sesuai. langkah-langkah membina portfolio adalah seperti berikut: 1. Portfolio merupakan satu contoh pentaksiran prestasi yang sering digunakan untuk mentaksir progress pembelajaran pelajar dengan meneliti hasil kerja pelajar dalam 3. kos. dan matlamatnya adalah untuk mendapatkan setinggi darjah realisme yang mungkin dalam kekangan yang terdapat seperti kekangan masa. Menunjukkan bukti hasil pemikiran kritis dan kreatif Membina portfolio Secara umumnya. merekod dan menskor. 4. Tentukan hasil pembelajaran yang perlu pelajar capai berdasarkan bidang ini 3. 2. dalam memilih sampel kerja dan dalam menilai perkembangan pembelajaran sebagaimana yang digambarkan dalam sampelan kerja tersebut. Oleh kerana portfolio adalah merupakan koleksi kerja pelajar. RUMUSAN 1. 6. Kenalpasti bidang kemahiran dan pengetahuan yang pelajar perlu bina 2. diikuti dengan memilih fokus penaksiran (prosedur. Susun bukti ini dalam satu portfolio supaya penilai mudah memahami bagaimana bukti dikaitkan dengan setiap indikator prestasi Mengurus dan mengguna portfolio Pelajar adalah terlibat secara aktif dalam mengurus dan menjaga portfolio. Beberapa teknik pemerhatian yang biasa digunakan adalah seperti pemerhatian berstruktur. Portfolio juga digunakan semasa konferen ibubapa-guru untuk mempersembahkan perkembangan pembelajaran pelajar berdasarkan bukti-bukit hasil kerja yang konkrit. proses atau keduaduanya sekali Terdapat pelbagai darjah realisme dalam penaksiran prestasi. Sedangkan penaksiran prestasi terbuka kurang berstruktur. Kenalpasti indikator prestasi yang menunjukkan pelajar telah mencapai hasil pembelajaran dan nyatakan bukti yang pelajar perlu kumpulkan 4. produk atau kedua-dua). 8.

A. menganalisis maklumat dan membuat laporan daripada lawatan yang diadakan ke kawasan perkampongan orang asli". II & III sahaja I. ingin memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya bekerja di bengkel kereta mementingkan darjah realisme pentaksiran yang dilakukannya cuba untuk mengelakkan pelajar-pelajar yang nakal membuat bising di kelas ingin membezakan pentaksiran bilik darjah dan pentaksiran persembahan Penaksiran prestasi dikatakan sebagai penaksiran alternatif atau penaksiran autentik dan tergolong dalam bentuk-bentuk penaksiran yang sedang dikembangkan dalam paradigma penaksiran pada masa ini. Dalam mentaksir kebolehan pelajar mengesan kerosakan enjin kereta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Portfolio menekankan kekuatan pembelajaran pelajar.satu tempoh masa. . D. Cikgu Rama telah meminta pelajar-pelajar nya mengesan jenis kerosakan pada enjin kereta yang terdapat di bengkel tersebut Tindakan Cikgu Rama ini menunjukkan yang beliau A. II. Dengan bantuan mekanik di bengkel tersebut. Kenyataan ini menggambarkan bahawa penaksiran prestasi I. III. mementingkan penaksiran ke atas kebolehan berfikir aras tinggi bersesuaian dengan paradigma pembelajaran konstruktivisme boleh menggantikan penaksiran tradisional yang menekankan pengukuran saintifik adalah merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran I & II sahaja 111 & IV sahaja I. C. D. B. 2. Kuiz Sila jawab soalan-soalan berikut: 1. pembentukan penilaian kendiri serta penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. II & IV sahaja 3. Cikgu Rama telah membawa pelajar-pelajarnya ke sebuah bengkel yang berhampiran dengan sekolah. Salah satu objektif pengajaran Geografi yang hendak dicapai oleh Cikgu Lily adalah seperti berikut: "Membolehkan pelajar mengumpul maklumat. IV. B. C.

II. penilaian rakan sebaya . 4. kebolehpercayaan yang tinggi keberkesanan tinggi dan menjimatkan masa keseragaman tugasan untuk tujuan penggredan kemudahan untuk guru mengintegrasikannya dengan pengajaran 7. penilaian sesuatu portfolio paling baik dilakukan dengan menggunakan A. susunan langkah-langkah yang manakah yang paling sesuai untuk menjalankan penaksiran prestasi yang berkesan? A. IV IV. D.V.I. B. Kekuatan portfolio sebagai metod penaksiran pelajar yang menjadi tarikan kepada guru-guru menggunakannya adalah A.Untuk mengukur kemahiran-kemahiran tersebut. C. produk atau kedua-duanya) Memilih metod pemerhatian. II. Untuk tujuan pemberian gred.II. merakamkan tingkahlaku autentik menggantikan penaksiran berbentuk ujian pensel-kertas berkomunikasi tentang apa yang pelajar sebenarnya tahu mengesahkan skor-skor ujian yang diperolehi daripada bentuk-bentuk penaksiran lain 6. C. C. IV. 5. IV. V.III Dibandingkan dengan bentuk-bentuk penaksiran lain. V II. Penaksiran prestasi terbuka Penaksiran prestasi terhad Ujian Subjektif Ujian Objektif Penaksiran prestasi dilaksanakan dengan mengikut langkah-langkah yang sesuai bagi mempastikan penaksiran tersebut dapat mengukur dengan tepat pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur. IV. Memilih situasi tugasan Memilih fokus penaksiran (prosedur. I. Berikut adalah langkah-langkah yang biasa digunakan dalam menjalankan penaksiran prestasi: I. B. I. merekod dan memeriksa Menetapkan hasil tugasan Memilih darjah realisme yang sesuai Pada pandangan anda. B. V III. D. III. jenis penaksiran yang paling sesuai digunakan oleh Cikgu Lily adalah A. D. II.V. III. B. C. III. portfolio sebagai metod penaksiran merupakan satu cara yang terbaik untuk A. I. D.

7. 6. Di antara ciri-ciri penting penaksiran autentik adalah A. D. rekod kerja pelajar yang lengkap skor yang boleh dipercayai dan mudah difahami contoh-contoh konkrit tentang pencapaian pelajar gred bagi setiap sampelan kerja yang dimasukkan dalam portfolio 9. 5. Ia menyediakan maklumat tentang perkembangan pembelajaran pelajar kepada ibubapa berserta dengan A. D. Portfolio sangat berguna dalam konferen antara guru-ibubapa. 3. 9. 4. penilaian kendiri pelajar kriteria pemarkahan holistik kriteria pemarkahan analitik 8. B. C. D. 2. 8. C. B. C.B. Penaksiran kendiri dibuat seiring dengan ujian konvensional Penekanan kepada soalan yang memerlukan pelajar menghafal fakta Soalan atau tugasan yang dibina menggambarkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar Pelajar dikehendaki membentangkan dan mempertahankan secara lisan untuk menentukan bahawa penguasaan nya adalah benar JAWAPAN: 1. B D A D C D C C C KATA KUNCI Penaksiran prestasi Penaksiran autentik Penaksiran alternatif Penaksiran rujukan kriteria Penaksiran proses Darjah realisme Kemahiran berfikir aras tinggi Portfolio .

W. Mengapakah penaksiran prestasi lebih merupakan penaksiran rujukan kriteria? 3. Boston:Allyn & Bacon . Assessment of Student Achievement.E. mengapa? 4. 6 th ed. (1998). Apakah ciri-ciri yang ada pada penaksiran portfolio yang sesuai dengan kriteria penaksiran prestasi? RUJUKAN Airasian.PENILAIAN KENDIRI 1. Gronlund. 4th Edition. (2001). New York: Mc-Graw Hill. Apakah perbezaan asas di antara penaksiran tradisional dan penaksiran prestasi? 2. Dalam sistem penaksiran di sekolah didapati penaksiran prestasi kurang diberikan tumpuan.. N. P.. Classroom assessment concepts and applications.

Peristiwa tersebut boleh meninggalkan kesan yang besar kepada sesetengah orang. anda seharusnya dapat:  Menghuraikan maksud kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability). malah sebahagian daripada kita juga mungkin pernah mengalaminya. PENGENALAN “Berat badan saya hanya 52 kg. Bob berkemungkinan menjadi murung dan enggan menjamah makanan beberapa hari sehingga beliau jatuh sakit. Pagi tadi berat badan saya 55 kg.5 atau 52 kg.Kesahan dan Kebolehpercayaan |1 UNIT 4 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini. 10 tahun.  Menjelaskan beberapa kaedah bagi menganggarkan kebolehpercayaan dan kesahan.  Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam cerita di atas. Saya rasa alat penimbang ini rosak! ” Bob. . Semua alat penimbang lain menunjukkan bacaan 51. Alat penimbang ini memberi bacaan yang berbeza-beza. bukan 59 kg. Rajah 1: Ilustrasi contoh penggunaan konsep kesahan dan kebolehpercayaan Cerita dalam Rajah 1 tadi biasa kita dengar.  Menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempertingkatkan kesahan dan kebolehpercayaan. tapi sekarang 59 kg pula.  Menjelaskan kepentingan kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran pendidikan.

bagaimana kebiasaannya anda membina soalan-soalan tersebut? Apakah anda membina sendiri soalansoalan ujian secara individu atau berkumpulan. soalan ujian yang dibina perlulah sesuai. tentu sekali anda berpengalaman membina soalansoalan ujian atau peperiksaan akhir tahun. apakah yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan kejadian seperti itu? Mari kita membuat sedikit refleksi. selepas menyelesaikan modul ini. hasil daripada ujian tersebut tidak dapat ditafsir secara bermakna. Saya boleh sediakan 40 soalan objektif dalam setengah jam sahaja. saya yakin persepsi anda akan berubah. Pernahkah anda membina soalan ujian sebelum ini? Kalau anda pernah mengajar. “Saya dah mengajar lebih 10 tahun. Kejadian ini akan mencetuskan beberapa persoalan yang meragui kualiti ujian yang dibina guru. Saya tak perlu buat semua tu. D alam pentaksiran pendidikan pula. iaitu ujian tersebut benar-benar mengukur apa yang ingin kita ukur. Guru pula mungkin akan dipanggil oleh pengetua sekolah untuk menjelaskan pertanyaan yang datang bertubi-tubi daripada ibu bapa pelajar. . ISI KANDUNGAN Apakah Kesahan? K esahan adalah berkaitan kesesuaian. Dalam penyelidikan. Sebaliknya pula jika kesahan ujian rendah. Ia bermaksud instrumen yang digunakan mestilah benar-benar mengukur apa yang ingin diukur. Ujian yang mempunyai kesahan yang tinggi membolehkan hasil ujian tersebut ditafsir seterusnya penilaian boleh dibuat berdasarkan hasil ujian tersebut. Sebaliknya jika kesahan dan kebolehpercayaan rendah. Ia juga boleh menurunkan konsep kendiri pelajar dalam subjek tersebut dan berkemungkinan membawa kepada kesan negatif yang tidak diingini. seterusnya syor yang dicadangkan boleh dipertimbang untuk dilaksanakan. hasil kajian tersebut tidak boleh diterima seterusnya syor tidak boleh dipertimbangkan walaupun kaedah analisis data yang sofistikated digunakan.Kesahan dan Kebolehpercayaan |2 Hal yang sama juga boleh berlaku apabila ramai pelajar yang berpencapaian tinggi gagal dalam satu ujian penting disebabkan oleh kualiti ujian. Sebagai guru. Sekarang mari kita meneliti konsep kesahan dan kebolehpercayaan dan bagaimana kita boleh mengaplikasi konsep ini untuk mempertingkatkan kualiti ujian yang kita bina.” Tunggu. instrumen yang digunakan perlulah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi agar hasil atau dapatan kajian tersebut boleh diterima pakai. atau mengambil terus soalan daripada bukubuku komersial yang ada di pasaran? Adakah kita duduk berbincang bersama guru lain dan meneliti soalan satu persatu untuk menentukan kesesuaian dan aras kemahiran yang berkaitan dengan setiap soalan? Mengapa kita perlu melakukan semua proses tersebut? Anda mungkin berkata.. seterusnya penilaian yang dibuat berdasarkan ujian tersebut juga tidak bermakna. Cuba ingat kembali. Semua pengetahuan dihujung jari.

Kesahan dan Kebolehpercayaan |3 Contohnya jika kita ingin mengukur kemahiran pelajar menyediakan apron dalam subjek Kemahiran Hidup. dan sangat sesuai. melakar pelan. Bolehkah mereka menggunting dan menjahit dengan baik? Cikgu Linda pula mungkin memilih untuk member ujian amali bagi mengukur kemahiran membuat apron tersebut. bagaimanakah bentuk ujian yang anda fikir paling sesuai untuk mencungkil kemahiran tersebut? Adakah anda akan memberi mereka ujian objektif. Kita dapat lihat bagaimana cara pelajar merancang dan membuat pelan. Messick (1989) mendefinisikan kesahan sebagai penilaian tentang sejauhmana bukti empirikal dan hujah teori menyokong kecukupan dan kesesuaian inferens yang dibuat berdasarkan skor ujian atau bentuk pentaksiran yang lain. Adakah soalan esei sesuai? __________________ Anda mungkin menjawab “Ya. menjahit. ujian esei. adakah soalan objektif sesuai untuk mengukur kemahiran tersebut? _________________ Anda mungkin menjawab “Ya. Benar. Lebih baik daripada soalan objektif sebab pelajar berpeluang menulis dengan perkataan sendiri langkah-langkah kerja.” Benar. Cikgu Lim pula mungkin memilih untuk memberi soalan esei bagi mengukur kemahiran tersebut. tetapi kita masih belum dapat melihat hasil yang sebenar. sebab soalan yang berkaitan dengan teori boleh ditanya dalam soalan objektif. menggunting kain. kerana ia akan menentukan kesahan yang tinggi. Pada fikiran anda. dan menerangkan setiap langkah dengan jelas dari mula hingga akhir”. kesahan berkaitan dengan darjah kesesuaian. Adakah ini sesuai? __________________ Sekali lagi anda mungkin menjawab. . “Ya. lebih sesuai. kita boleh mengukur pengetahuan mereka tetapi tidak kemahiran mereka seperti kemahiran menggunting dan menjahit. Kesemuanya kelihatan sesuai – ada yang agak sesuai juga. Kita perlulah memilih yang paling sesuai. atau ujian amali? Apakah item tugasan atau soalan-soalan yang perlu diberi untuk membolehkan pelajar melahirkan kemahiran membuat apron tersebut? Cuba fikirkan dan tulis jawapan anda dalam ruang berikut: _________________ Cikgu Anis memilih untuk memberi ujian objektif untuk mengukur kemahiran menyediakan apron tersebut bagi memudahkan beliau memeriksa jawapan. Sebenarnya. Jadi soalan jenis mana harus dipilih. dan seterusnya kita boleh melihat kualiti apron yang terhasil.

jenis pekerjaan. Sekali pandang ujian kelihatan mengukur kandungan (kemahiran/ pengetahuan/nilai) yang hendak diukur kepada kumpulan sasaran. kebimbangan. Oleh sebab itu.  Kesahan Konstruk : Untuk menentukan sejauhmana pencapaian dalam ujian boleh ditafsir sebagai penting atau bermakna untuk mengukur kualiti yang ingin diukur. instrumen yang telah dibina ditunjukkan kepada sekumpulan pakar untuk diteliti dan diniliai. Walau bagaimanapun. Proses ini dilakukan ketika membina Jadual Penentu Ujian (JPU).  Kesahan Kriterion : Untuk menentukan sejauhmana pencapaian dalam ujian yang dibina boleh meramalkan pencapaian pada masa depan (kriterion ramalan). perbelanjaan. dan kawasan tempat tinggal. Dalam kaedah ini. kesahan jenis ini sahaja tidak mencukupi untuk menentukan kualiti ujian. Bagi mengukur kemahiran penakulan sains dan penyelesaian masalah pula. Contohnya bagi mengukur ’tahap sosio-ekonomi (SES)’. harta dimiliki. . serta menyusun objek atau peristiwa dalam urutan dan menyatakan sebab. Jika instrumen tersebut mendapat persetujuan pakar-pakar. Di sini kita perlu membandingkan item ujian atau tugasan dengan objektif atau spesifikasi domain tugasan yang ingin diukur. kesahan pakar telah dipenuhi. kita perlu menentukan terlebih dahulu ciri-ciri atau indikator untuk menunjukkan kualiti yang ingin diukur. indikator yang boleh digunakan termasuklah tahap pendidikan. dan personaliti.  Kesahan Pakar : Untuk menentukan sejauh mana pencapaian dalam ujian boleh ditafsir sesuai untuk mengukur kualiti yang ingin diukur berdasarkan pandangan pakar-pakar dalam bidang tersebut. atau ujian lain lain pada masa yang sama (kriterion semasa). menghuraikan pemerhatian. kesahan kandungan sebenarnya sudah dipenuhi bila kita membina JPU. carta. Berguna untuk pembolehubah berbentuk konsep dan tidak dapat diukur dengan mudah seperti kecerdasan.  Kesahan Muka : Kesahan ini merujuk kepada format dan pandangan kasar tentang ujian tersebut. menganalisis perkaitan menggunakan graf. Dalam kaedah ini.Kesahan dan Kebolehpercayaan |4 Bagaimana Menganggarkan Kesahan? T erdapat beberapa jenis kesahan yang boleh digunakan untuk menunjukkan instrumen atau ujian yang kita bina mempunyai bukti kesahan yang mencukupi. indikator yang boleh dipertimbangkan termasuklah kebolehan menerangkan alasan di sebalik idea. atau sejauhmana ia berkait dengan pencapaian ujian lalu yang telah diakui kesahannya (kriterion ramalan). bilangan tanggungan. pendapatan. Caranya ialah dengan membandingkan prestasi dalam kedua-dua ujian dan dapatkan pekali korelasi bagi kedua-dua ujian tersebut. menyelesaikan soalan yang tiada langkah penyelesaian yang jelas atau serta merta. Antara yang utama adalah seperti berikut:  Kesahan Kandungan : Untuk menentukan sejauhmana sampel tugasan ujian mewakili apa yang ingin diukur.atau jadual.

1. kesahan konstruk dan kesahan pakar mungkin lebih sesuai. Lampiran tersebut merupakan satu ujian mengandungi 5 item untuk subjek nuclear perubatan. bergantung kepada jenis instrumen atau alat ukur yang kita bina. __________ __________ __________ __________ __________ Pada pendapat anda. Berikut adalah antara faktor yang boleh menyebabkan kesahan menjadi rendah dan perlu dielakkan:  Item tugasan tidak sesuai untuk mengukur kemahiran yang ingin diukur  Arahan kurang jelas  Soalan kabur . adakah tersebut sesuai untuk mengukur pencapaian sains pelajar Tingkatan 2? Apakah Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kesahan? Kesahan akan menjadi rendah jika item ujian kurang baik. 2.1. sebaliknya memerlukan kita membina konstruk tertentu dan mengenalpasti indikator yang berkaitan. Sekiranya kita ingin membina instrumen berbentuk soal selidik untuk mengukur suatu kualiti yang abstrak pula. kesahan kandungan dan kesahan kriterion boleh digunakan untuk menganggar kesahan ujian tersebut. 3. 4. Cuba fikirkan beberapa contoh kualiti abstrak yang tidak boleh diukur secara langsung. iaitu item tidak dapat mengukur dengan tepat kemahiran atau pengetahuan yang ingin diukur. Jika kita ingin membina ujian bagi melihat pencapaian pelajar dalam subjek tertentu atau pencapaian peserta dalam kursus tertentu. Jawab semua soalan tersebut dan rekodkan jawapan anda dalam ruangan berikut. 5.Kesahan dan Kebolehpercayaan |5 Bagaimanakah kita boleh menentukan kaedah atau jenis yang mana untuk digunakan? Jawapannya mengikut kesesuaian. o o o o o Personaliti_____________ _____________________ _____________________ _____________________ _____________________ Rujuk kepada Lampiran A4.

Walau bagaimanapun. contohnya Item ganjil – Bentuk A.Kesahan dan Kebolehpercayaan |6     Penggunaan perbendaharaan kata yang sukar difahami pelajar Masa menjawab soalan atau menyelesaikan tugasan tidak mencukupi Bilangan item tidak mencukupi Susunan jawapan item objektif boleh diramal Apakah Kebolehpercayaan? Kita mungkin pernah mendengar dialog seperti ini: “Saya tidak percaya macamana saya boleh mendapat markah 25/40 sahaja bagi Bahagian Esei dalam Ujian Sains bulan Mac. kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan atau kestabilan (consistency) hasil pengukuran. Saya telah meminta Cikgu Jaya yang mengajar Sains Tingkatan 4 Melati pula memeriksa kertas jawapan saya. dan saya memperolehi 33 markah. Pada pendapat anda. Item genap . Cikgu Nora mungkin silap memberi markah. mengapakah hal tersebut boleh berlaku? ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ______________________________________________ Bagaimana Menganggarkan Kebolehpercayaan? T erdapat beberapa jenis kebolehpercayaan yang boleh digunakan untuk menunjukkan instrumen atau ujian yang kita bina mempunyai bukti kebolehpercayaan yang mencukupi.” K ebanyakan kamus mendifinisikan kebolehpercayaan daripada sudut kebergantungan atau darjah keyakinan terhadap sesuatu. Kemudian. Item genap – Bentuk B. atau . atau  Item disusun mengikut aras kesukaran. Jawapan saya hampir sama dengan jawapan Aishah. atau o ditadbirkan kepada kumpulan yang berlainan. Dalam contoh di atas. tapi dia mendapat 36 markah. atau o jawapan calon yang sama diperiksa oleh guru yang berlainan. Kita ingin mengetahui sejauhmana keputusan ujian konsisten jika ditadbirkan pada salah satu daripada keadaan berikut: o ditadbirkan kepada kumpulan yang sama pada waktu yang berbeza. Antara yang utama adalah seperti berikut:  Bentuk Belah Dua (Split-Half) – Kaedah ini biasa digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman. dalam konteks pengukuran. Satu ujian dibahagikan kepada dua sub-ujian melalui kaedah berikut:  Item ganjil – Bentuk A. Cikgu Nora dan Cikgu Jaya telah memberi markah yang berbeza kepada kertas jawapan murid yang sama. kelompokkan item.Bentuk B.

1/2 -------------------1 + r1/2.. Bentuk B 39 28 30 27 . . Kebohpercayaan ujian akan dianggar menggunakan formula berikut: Bentuk A 36 27 32 25 .. .) . Amin Nawi Rozy Kebolehpercayaan. rxx = 2r1/2.Kesahan dan Kebolehpercayaan |7  Item dikelompokkan kepada Bentuk A dan Bentuk B berdasarkan tugasan yang sepadan. Akhirnya dua set skor (Bentuk A dan B) akan diperolehi bagi semua pelajar dan pekali korelasi akan dihitung. ketekalan dalaman dianggarkan dengan menggunakan formula:   Pekali alpha Formula Kuder-Richardson Formula Cronbach alpha: Kebolehpercayaan. ... α = k ∑ σi2 ------.1/2 = korelasi antara dua sub-ujian (Bentuk A dan B)  Menggunakan Kovarian Item – Dalam kaedah ini. yang mana k–1 σx2 k = bilangan item ∑ σi2 = jumlah varian bagi setiap item σx2 = varian bagi keseluruhan ujian berkenaan .----. satu untuk jumlah skor bagi item Bentuk A dan satu lagi jumlah skor bagi item Bentuk B. Setiap murid akan memperolehi 2 skor.1/2 yang mana rxx = kebolehpercayaan ujian r1/2. Nilai pekali korelasi yang tinggi menunjukkan ketekalan dalaman yang tinggi bagi ujian tersebut.( 1 ... .

). (0<p<1) q = perkadaran calon yang dapat jawapan salah (1-p) 2 σr = varian bagi jumlah skor k = bilangan item KR20 = Formula Kuder-Richardson 21: Kebolehpercayaan.. .).----. Dapatkan pekali korelasi (r) bagi dua set skor tersebut.( 1 k–1 m(k-m) ----------. .. . . Ujian 2 78 78 63 54 . .. Ujian 1 Lim Rais Ravi 76 77 62 55 ..Kesahan dan Kebolehpercayaan |8 Formula Kuder-Richardson 20: Digunakan untuk item dengan jawapan betul/salah. KR20 = k ------... k ∑ pq ------. yang mana k–1 σr2 p = perkadaran calon yang dapat jawapan betul.( 1 . Kebolehpercayaan. yang mana ks2 k = bilangan item dalam ujian m = min ujian s2 = varian ujian  Kaedah Uji dan Ulang Uji (Test-Retest) – Ujian yang sama ditadbirkan kepada kumpulan pelajar yang sama dalam dua masa yang berbeza.

Hubungan antara Kesahan dan Kebolehpercayaan  Ujian perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi supaya keputusan daripada ujian tersebut boleh ditafsir dengan tepat. Kumpulan kebolehpercayaan lebih tinggi berbanding kumpulan homogen.  Kaedah atau prosedur yang digunakan untuk menganggar kebolehpercayaan. ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.Kesahan dan Kebolehpercayaan |9  Kaedah Bentuk Setara (Equivalent Form) – Dua ujian yang berlainan tetapi setara dari segi aras kemahiran dan kandungan diberi kepada pelajar.  Kepelbagaian kebolehan individu dalam kumpulan. Kaedah ini tidak sesuai bagi soalan objektif yang mempunyai satu jawapan tepat. Contohnya mengukur pencapaian akademik – keputusan biasanya lebih konsisten berbanding sahsiah atau sikap. Kebolehpercayaan umumnya lebih tinggi bila kita mengukur pengetahuan atau kemahiran berbanding sikap atau nilai. jika dua orang atau lebih pemeriksa memberi skor yang sama atau hampir sama. Skema pemarkahan yang jelas boleh membantu mengurangkan perbezaan antara pemeriksa seterusnya mempertingkatkan kebolehpercayaan ujian. Lebih banyak item atau lebih panjang ujian. manakala kebolehpercayaan pula memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam ujian tersebut. Dapatkan pekali korelasi (r) antara bagi dua skor tersebut.  Ketekalan antara Pemeriksa (Inter-rater Reliability) – Ketekalan skor yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa atau pakar. Kebolehpercayaan bagi ujian objektif biasanya lebih tinggi berbanding ujian esei disebabkan panjang ujian dan juga perbezaan antara pemeriksa. Dalam kaedah ini. lebih tinggi kebolehpercayaan. Contoh Kebolehpercayaan yang diperolehi daripada kaedah bentuk setara biasanya lebih rendah berbanding prosedur uji dan ulang uji atau bentuk belah dua.  Kesahan akan menentukan sejauhmana ujian yang dibina menepati matlamat. .  Pembolehubah yang diukur. Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan  Panjang ujian atau bilangan item. heterogen –  Kebolehan pelajar yang mengambil ujian.  Jenis ujian. Jika item terlalu sukar – pelajar akan meneka jawapan menyebabkan ketekalan keputusan rendah.

tetapi kebolehpercayaan sahaja belum mencukupi untuk memastikan kesahan. apakah yang boleh anda rumuskan tentang kebolehpercayaan dan kesahan? _________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ Berikut adalah beberapa rumusan yang boleh dibuat: Pengertian kesahan : o Berkaitan kesesuaian (appropriateness). o Menentukan sejauhmana hasil penilaian itu boleh digunakan. o Sejauhmana instrumen/ujian mengukur objektif pembelajaran yang ingin diukur.k12. Perkaitan ini digambarkan dalam rajah berikut: Konsisten tetapi tidak sah (tidak menepati sasaran) Tidak sah dan tidak konsisten Sah dan konsisten Rajah 2: Hubungan antara kesahan dan kebolehpercayaan Sumber: http://www.K e s a h a n d a n K e b o l e h p e r c a y a a n | 10  Kebolehpercayaan menjadi pra-syarat kepada kesahan.  Ujian yang sah semestinya mempunyai kebolehpercayaan. o Melibatkan penilaian darjah kesesuaian . o Spesifik untuk tujuan tertentu sahaja.doe. tetapi ujian yang mempunyai kebolehpercayaan tidak semestinya sah.us/aab/files/rel_val_19991109.pdf RUMUSAN B  erdasarkan apa yang telah kita bincangkan dalam Unit ini.de.

o Pembolehubah yang diukur. atau jawapan calon yang sama diperiksa oleh guru yang berlainan. o Kepelbagaian kebolehan individu dalam kumpulan. o Kaedah atau prosedur yang digunakan untuk menganggar kebolehpercayaan. atau ditadbirkan kepada kumpulan yang berlainan.K e s a h a n d a n K e b o l e h p e r c a y a a n | 11  Kaedah menentukan kesahan : o Kesahan kandungan o Kesahan kriterion o Kesahan konstruk o Kesahan pakar o Kesahan muka  Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan : o o o o o o o Item tugasan tidak sesuai untuk mengukur kemahiran yang ingin diukur Arahan kurang jelas Soalan kabur Penggunaan perbendaharaan kata yang sukar difahami pelajar Masa menjawab soalan atau menyelesaikan tugasan tidak mencukupi Bilangan item tidak mencukupi Susunan jawapan item objektif boleh diramal  Kebolehpercayaan o o Berkaitan ketekalan.   . tetapi ujian yang mempunyai kebolehpercayaan tidak semestinya sah. Menunjukkan sejauhmana keputusan ujian konsisten jika ditadbirkan pada salah satu daripada berikut: ditadbirkan kepada kumpulan yang sama pada waktu yang berbeza. kestabilan (consistency) hasil pengukuran. o Kebolehan pelajar yang mengambil ujian. o Jenis ujian. Hubungan antara kebolehpercayaan dan kesahan o Kebolehpercayaan menjadi pra-syarat kepada kesahan. o Ujian yang sah semestinya mempunyai kebolehpercayaan.  Kaedah menentukan kebolehpercayaan : o Kaedah belah dua o Kaedah kovarian item o Kaedah uji dan ulang uji o Kaedah bentuk setara o Ketekalan pemeriksa Faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan : o Panjang ujian atau bilangan item. tetapi kebolehpercayaan sahaja belum dapat memastikan kesahan.

Kerja menarik S. Kesahan pakar 13. 5. Gaji memuaskan R. Kebajikan pekerja dijaga U. 2. perhubungan antara skor matematik dan sains sangat kuat. Semasa menentukan kesahan berasaskan kriterion semasa. Kenaikan gaji berdasarkan merit V. Jaminan pekerjaan Urutan Kepentingan (Ranking) Majikan Pekerja 1 2 3 4 5 6 7 6 3 1 5 7 4 2 A. A 2. 6. C. Kesahan kriterion 11. Cikgu Abby mendapati pekali korelasi (r) antara skor bagi ujian matematik dan sains bagi 93 orang pelajar Tingkatan 2 di sekolahnya ialah +1. Kesahan Kebolehpercayaan Ketekalan Konsisten Kesesuaian Ketekalan dalaman Bentuk belah dua Ketekalan antara pemeriksa 9. Faktor manakah yang paling banyak menyumbang kepada pekali korelasi yang negative tersebut? Faktor P. C.25. Faktor P dan T Faktor R dan U Faktor P dan V * Faktor R dan V . D. D. Didapati pekali korelasi (r) antara ranking oleh pekerja dan majikan ialah -.75. Uji dan ulang uji 15. Korelasi PENILAIAN KENDIRI Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut: 1. Selangor. Kesahan konstruk 12. Dapatan ini menunjukkan A. B. Kesahan kandungan 10. 4. B. Penghargaan dan pujian Q. Kesahan muka 14. 7. 8. * perhubungan antara skor matematik dan sains adalah positif. Data berikut diperolehi daripada satu kajian tentang faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja daripada persepsi pekerja dan majikan yang dibuat di Hulu Langat. 3. terdapat kesilapan dalam pengiraan pekali korelasi (r). pelajar yang mendapat skor tinggi dalam sains juga mendapat skor tinggi dalam matematik. Bentuk setara 16. Suasana kerja yang baik T.K e s a h a n d a n K e b o l e h p e r c a y a a n | 12 KATA KUNCI 1.

C. memastikan soalan ujian tidak terlalu mudah atau terlalu sukar. II dan III sahaja. memastikan ujian mengandungi perwakilan yang mencukupi bagi tajuk-tajuk dalam kandungan sukatan. Kesahan muka yang lebih tinggi. 5. 4. * Kebolehpercayaan soalan essei sukar dianggarkan. Melissa mendapat markah 75 dalam satu ujian geografi di sekolahnya baru-baru ini. I. Semenjak beberapa tahun lalu. B. . III dan IV. Kebolehpercayaan ujian yang lebih tinggi. C. I. D.K e s a h a n d a n K e b o l e h p e r c a y a a n | 13 3. II. memastikan soalan mengandungi pelbagai aras kemahiran. Dua soalan dengan 250 patah perkataan setiap satu. 7. Dari aspek manakah ujian esei lebih baik daripada ujian objektif? A. Melissa dan rakan-rakannya dikehendaki mengambil ujian tersebut sekali lagi pada keesokan harinya. Prosedur tersebut adalah berkaitan dengan penentuan A. B. * B. D. Lima soalan dengan 100 patah perkataan setiap satu. B.* IV sahaja. II. Manakah daripada ujian esei berikut yang mungkin mempunyai kebolehpercayaan paling tinggi? A. menentukan kesahan kandungan. Sekumpulan penyelidik menyiasat korelasi antara keputusan ujian M-TeST dan gred purata kumulatif (PNGK) pelajar di akhir pengajian mereka. Satu soalan dengan 500 patah perkataan. D. A. Terdapat bukti yang menunjukkan keputusan ujian geografi tersebut TIDAK boleh dipercayai. Perwakilan kandungan yang lebih menyeluruh mengikut topik. IV. kebolehpercayaan ujian kesahan kriterion * keobjektifan ujian kualiti ujian Jadual Penentu Ujian (JPU) disediakan dengan tujuan untuk I. * 6. ujian M-TeSt digunakan untuk tapisan memasuki program perguruan di Institut Perguruan di seluruh negara. Rumah gurunya ditenggelami air dan semua kertas jawapan turut musnah. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan keputusan ujian Melissa? A. Mengukur kebolehan penyelesaian masalah yang melibatkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan dengan lebih berkesan. Terdapat bukti yang menunjukkan keputusan ujian geografi tersebut boleh dipercayai. III. D. B. C. I dan III sahaja. C. Kali ini Melissa mendapat 75 markah juga.

C. * 10. D. Dalam satu penilaian personaliti menggunakan skala kadar. Pembantu guru di kelas tersebut pula memberi skor yang rendah menunjukkan Elly sukar bekerjasama dalam tugasan kumpulan. JAWAPAN 1. keputusan pengukuran tersebut boleh dipercayai. Kesahan kandungan. Hal ini menunjukkan A. tetapi sukar diinterpretasi. pemarkahan. 2. aduan tersebut didapati benar. Cikgu Nora memberi skor yang tinggi kepada Elly yang menunjukkan Ella seorang pelajar popular di kalangan rakan-rakannya. Kesahan criterion. Kebolehpercayaan bentuk setara. 4. 10. B. C. B C B B D 6. Tiada bukti yang boleh digunakan untuk membuat penilaian tentang kebolehpercayaan ujian geografi tersebut. B. C A A D C . dan interpretasi data. Setelah disiasat. * B. 9. 8. 7. Keputusan ujian tersebut menunjukkan bukti kesahan yang tinggi. Kesahan menerangkan sama ada proses pengumpulan data mempunyai aras kesukaran yang sesuai. D. keputusan pengukuran tersebut menunjukkan bukti kesahan yang rendah. Kesahan adalah berkaitan dengan keseragaman prosedur pentadbiran. 8. keputusan pengukuran tersebut tidak boleh dipercayai. Pengetua SMK Keembong menerima aduan daripada ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan kualiti Peperiksaan Percubaan Sains PMR yang dikatakan mengandungi terlalu banyak soalan daripada tajuk fizik. 5. 3. sedangkan daripada tajuk Kimia dan Biologi tidak mencukupi. 9. D. tiada bukti yang boleh digunakan untuk membuat penilaian tentang kebolehpercayaan pengukuran tersebut. Manakah antara ciri-ciri ujian berikut yang kurang memuaskan? A. Kesahan menerangkan sama ada proses pengumpulan data benar-benar mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan menerangkan sama ada proses pengumpulan data konsisten dalam mengukur apa yang diukur.K e s a h a n d a n K e b o l e h p e r c a y a a n | 14 C. D. C. * Ketekalan dalaman. Manakah antara berikut paling tepat menggambarkan kesahan? A.

Inc. Assessment in the Classroom. Measurement and assessment in education. R.). G. Hopkins. Livingston.). Cunningham. D. (1997).K. D. Principles of Educational and Psychological Measurement and Evaluation (4th ed. Classroom Assessment..K e s a h a n d a n K e b o l e h p e r c a y a a n | 15 RUJUKAN Rujukan Utama Linn. V. Notes on Reliability and Validity of the Delaware Student Testing Program. R. Popham. Assessment in the Classroom. B. and Willson. Kulala Lumpur: Fajar Bakti. (1999). R. Inc.). Belmont : Wadsworth Pub. Measurement and assessment in education. New Jersey: Prentice-Hall.W. C.pdf.E. (1995). Applied Educational Assessment. R. Educational and Psychological Measurement and Evaluation ( 8th ed. Penilaian Afektif. . N. Needham Heights : Allyn & Bacon. Payne. & Gronlund.. A. E. (2009). K. (1999). Sax.doe.. (1998). West Malaysia : Quantum Books. New Jersey: Pearson Education. London : Falmer Press. New Jersey: Pearson Education. (1998). R. Reynolds. Livingston.L. B. C. (1996). Inc.A. G. New Jersey: Prentice-Hall. (1997). Tan Hui Leng & Ee Ah Meng.J. http://www.(2005). V. West Malaysia: Masa Bhasah Abu Bakar.L. Ward. (2003). R. & Miller. Co.(2000). Company. Measurement and Assessment in Teaching ( 8th ed. Boston : Allyn & Bacon.k12. Measurement and Assessment in Teaching ( 9th ed. London : Wadsworth Pub. retrieved on 21 Feb 2011.us/aab/files/rel_val_19991109. Linn.D. Rujukan Tambahan Abu Bakar Nordin. Belmont : Wadsworth Pub. and Willson. W. Inc.).de. Penilaian dalam Proses Pendidikan. (2006). Kajang. Reynolds.. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Company. Tanjong Malim.

K e s a h a n d a n K e b o l e h p e r c a y a a n | 16 .

K e s a h a n d a n K e b o l e h p e r c a y a a n | 17 .

Penskoran. ibu bapa dan pihak lain. Menggunakan hasil penilaian untuk menambah baik pengajaran. Menghuraikan cara melapor kepada pelajar. Menganalisis dan mentafsir skor. PENGGREDAN. 2. Pentafsiran Dan Pelaporan |1 UNIT 5 PENSKORAN. 3. Penggredan. anda diharap dapat: 1.1 Kesan gred dan pelaporan kepada murid dan bapa . PENGENALAN Murid takut hendak tunjukkan kad laporan kepada bapa Rajah 5. PENTAFSIRAN DAN PELAPORAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini.

telus dan mempunyai kebolehpercayaan? Adakah pelaporan itu bersifat berterusan? Adakah pelaporan itu juga bersifat professional? Iaitu bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran terus berlaku dengan lebh maju. Pertama. emosi. buat refleksi dengan menjawab soalan berikut:  Adakah gred yang diperoleh menggambarkan prestasi sebenar murid-murid itu? Adakah berkemungkinan gred yang mereka perolehi akan menimbulkan . bagaimana pelaporan prestasi murid itu didokumenkan adalah penting. Bagaimanapun gred peperiksaan Sarah adalah cemerlang. rohani. intelek dan sosial? ISI KANDUNGAN Apa itu penskoran? Sebelum kita mempelajari berkenaan penggredan. Kedua. Mari kita bayangkan beberapa keadaan dalam masyarakat kita. Halim dapat menjawab dan mengikuti pelajaran dengan baik tetapi keputusan gred peperiksaannya sentiasa kurang baik. kemurungan. dia hanya menghabiskan masanya dengan membaca dan tidak berinteraksi dengan orang lain. Walaupun semasa dalam kelas. Iaitu penskoran menghasilkan satu huraian prestasi dalam bentuk numerik. Bapa Rudy seorang yang panas baran dan sentiasa menghendaki Rudy memperoleh gred A dalam semua mata pelajarannya di sekolah. Halim adalah seorang murid yang pandai tetapi dia seorang yang cepat panik dan amat gementar apabila hendak menduduki peperiksaan. Penskoran sangat berkait rapat dengan pengukuran. tidak suka bercakap dan tidak mempunyai ramai kawan. Selain gred yang terdapat di dalam kad laporan murid. Adakah pelaporan itu bersifat objektif. Penskoran ialah proses memberi skor kepada jawapan murid. Ketiga. Penskoran holistik melihat yang keseluruhan itu adalah lebih besar daripada jumlah kesemua bahagian yang terlibat. salah laku seperti menipu dalam peperiksaan atau kesombongan?  Adakah pelaporan gred murid-murid tersebut membantu murid belajar dengan cemerlang dan mencapai matlamat pembelajaran untuk menghasilkan individu yang seimbang dari segi jasmani. Terdapat dua kaedah penskoran iaitu penskoran holistik dan penskoran analitik. Sarah seorang yang pasif. Di dalam bilik darjah.Penskoran. Ia melihat hubungan dan saling kaitan di antara kesemua bahagian yang terlibat. Seandainya mana-mana . Pentafsiran Dan Pelaporan |2 Pernahkah anda berada dalam situasi murid di atas? Pernahkah juga anda merasakan bahawa diri anda tidak cukup tepat digambarkan melalui penaksiran yang menggunakan sekeping kad sahaja? A dakah anda tahu bahawa gred yang guru berikan kepada murid sangatlah besar kesannya kepada pembelajaran murid. kita akan melihat dahulu apa itu penskoran. contoh pengukuran yang paling lazim ialah apabila guru memberikan skor selepas sesuatu ujian atau kuiz dijalankan.bertulis. Penggredan. Bila anda sudah selesai memahami ketiga-tiga situasi berkenaan.

penskoran holistik menggambarkan pandangan keseluruhan. penskoran holistik biasanya dilakukan selepas penskoran analitik serta memperoleh maklumat daripada penskoran analitik. dan memberikan skor berasingan bagi setiap bahagian.Penskoran.Oleh kerana itu. Dengan kata lain. Keduanya ialah untuk menyediakan maklum balas yang spesifik kepada pelajar untuk membantu mereka dalam membuat persediaan. ia membimbing guru untuk menumpukan perhatian ke atas perkara-perkara yang relevan. Apakah langkah-langkah untuk memastikan penskoran dibuat secara objektif? Isikan carta alir di bawah bagi menunjukkan secara ringkas langkah-langkah untuk memastikan penskoran dibuat secara objektif. Manakala penskoran analitik melihat sebuah karangan itu terdiri daripada banyak bahagian. Penggredan. Penskoran analitik mempunyai dua tujuan.2 Carta alir menunjukkan langkah-langkah utama penskoran secara objektif A . sama ada seseorang guru menggunakan penskoran holistik maupun analitik. Penskoran analitik boleh membantu seseorang guru daripada terlepas pandang akan ciri-ciri yang sepatutnya merupakan faktor penting yang patut dimasukkan dalam penskoran holistik.penskoran analitik bermaksud menjumlahkan kesemua markah setiap satu bahagian. Rajah 5. Penskoran analitik memberikan maklumbalas yang mendalam untuk pelajar menambahbaik aspek berbeza dalam karangan mereka. misalnya sebuah karangan. Pentafsiran Dan Pelaporan |3 satu bahagian itu didapati sangat lemah. dengan memberikan satu skor sahaja. keseluruhan prestasi berkemungkinan akan terjejas dengan teruk. Pertamanya. Dengan lain perkataan.

Contohnya. ia adalah benar bila bahan dikenalpasti dengan jelas. “Rohani menamatkan larian 200 meter dalam 12 saat”. adakah sama dengan huraian di bawah. “Sam dapat menamakan semua huruf abjad dengan betul” atau “Nora menjawab 80% daripada soalan matematik dengan betul”. Penggredan. Sembilan puluh peratus daripada100 soalan telah dijawab dengan betul. 2. . Skor mentah ialah jumlah poin yang diperolehi pelajar atau bilangan jawapan yang betul. Supaya prestasi calon boleh dibandingkan dengan kumpulan atau orang lain. 2. Contohnya: 1. Pentafsiran Dan Pelaporan |4 Selepas mengetahui bahawa terdapat dua kaedah penskoran iaitu holistik dan analitik. Kedua-dua skor mentah dan skor peratusan tidak menunjukkan status rujukan norma. Empat puluh poin diperolehi dalam ujian pengetahuan am. mari kita melihat jenis-jenis skor yang ada. Bagaimanapun. Dua jenis skor yang dikenalpasti ialah skor mentah dan skor terbitan. Skor mentah dan skor peratusan adalah sangat serupa. skor mentah mempunyai makna yang jelas tetapi tidak selalunya jelas bagi skor peratusan. Tujuh puluh lapan peratus daripada soalan sains itu dijawab dengan betul. Skor terbitan ialah skor yang dimodifikasi atau ditukar daripada skor mentah. Oleh itu. apakah yang dimaksudkan dengan skor mentah dan skor terbitan ___________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Perhati semula jawapan yang anda telah tulis. Contohnya. Mungkin anda pernah dengar kedua-dua istilah ini. Jikalau anda menyatakan skor mentah adalah sama dengan skor peratusan. Contohnya: 1. apabila tugasan yang perlu dilakukan dikenalpasti dengan eksplisit. Dua puluh huruf abjad dapat dinamakan dengan betul.Penskoran. skor mentah perlu ditukar kepada skor terbitan.tuliskan satu atau dua ayat sendiri.

menggunakan peralatan yang disediakan. Gred yang akan diberikan kepada murid sepatutnya melambangkan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran telah dicapai. Manakala skor terbitan relatif ialah skor yang membandingkan prestasi murid berdasarkan prestasi ahli kumpulan. Misalnya. lazimnya skor diberikan sebagai perbandingan prestasi murid berasaskan satu standard yang telah ditentukan lebih awal. Penggredan rujukan kriteria menyatakan prestasi seseorang yang dibandingkan dengan kriteria piawai yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Penggredan. 2004). Bidang itu mestilah . mari kita mendefinisikan istilah penggredan. dan sepatutnya selari dengan polisi sekolah atau negara. Jika penaksiran yang dijalankan mengandungi pelbagai kaedah seperti penaksiran konvensional dan penaksiran autentik. dalam Hanna & Dettmer. Pentafsiran Dan Pelaporan |5 Skor terbitan mutlak dan skor terbitan relatif (norma) adalah dua jenis skor terbitan. kriteria yang bermaksud “asas perbandingan” atau “ pemerolehan satu kontinum ilmu.  melakukan CPR. Apabila anda sudah memahami apakah itu penskoran. iaitu selalunya menggunakan sistem 100-poin. dengan cara yang telah dihuraikan. maka masalah untuk menggred ialah bagaimana untuk merumuskan koleksi maklumat-maklumat yang berbeza ini hanya dengan menggunakan satu gred huruf atau laporan ringkas sahaja. Bagi skor terbitan mutlak. ____________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Apa itu penggredan? B agi menjawab soalan tersebut. Supaya penggredan jenis ini berguna. langkah seterusnya anda perlu memahami apakah penggredan.  menaip pada kadar 37 perkataan seminit .Penskoran. Ia bukan bermaksud “aras pencapaian yang diperlukan”. Tahukah anda bahawa terdapat dua jenis penggredan? Iaitu penggredan rujukan norma dan penggredan rujukan kriteria. Cuba anda huraikan apakah yang ada tahu mengenai penggredan dengan menulisnya di ruangan yang disediakan. 1963. daripada tiada kecekapan langsung kepada satu prestasi yang sempurna” (Glaser. Penggredan ialah proses memberi gred ke atas jawapan atau skor murid dan biasanya gred diberi dalam bentuk abjad. Kriteria itu mestilah bidang kandungan atau kemahiran yang boleh dikenalpasti secara eksplisit.

Misalnya. Jikalau pemberian gred yang lazimnya melibatkan gabungan keputusan daripada berlainan jenis penaksiran. ia mesti lah membandingkan prestasi seseorang itu dengan prestasi kumpulan yang relevan dan betul. termasuk ujian.  memenangi peraduan menaip laju. Penggredan rujukan norma menyatakan prestasi seseorang yang dibandingkan dengan prestasi sekumpulan orang lain. Bagaimanakah kedudukan murid ditentukan? Mari kita tentukannya berdasarkan penggredan rujukan kriteria dan penggredan rujukan norma. maka jika setiap elemen hendak dimasukkan dalam gred berasaskan kepentingan relatif setiap elemen itu. ebelum penggredan rujukan norma digunakan untuk menentukan kedudukan murid. barulah perbandingan yang bermakna boleh dilakukan. Begitu juga skor-skor mentah dicampurkan dengan wajaran mengikut mata pelajaran apabila melibatkan lebih daripada satu mata pelajaran. Apabila semua skor komposit bagi setiap murid telah diperolehi. laporan.  memperoleh gred ekuivalen 4. kedudukan murid dapat ditentukan melalui berbagai cara.7 daripada kumpulan kebangsaan dalam ujian pemahaman. dan kerja makmal. Pentafsiran Dan Pelaporan |6 boleh diperhalusi dan dapat ditunjukkan dengan jelas perlakuan yang bagaimana termasuk dalam bidang tersebut dan bahagian mana yang tidak termasuk. Kumpulan rujukan atau “norma” mestilah dihuraikan dengan jelas. Rubrik iaitu “panduan penskoran” juga boleh digunakan. Penggredan. Untuk membandingkan prestasi di kalangan murid.Penskoran. skor mentah perlu ditukarkan ke skor terbitan. Supaya penggredan jenis ini berguna. . Akhirnya kita akan memperoleh skor komposit. kedudukan murid akan dapat ditentukan dengan tepat. Skor-skor mentah tidak boleh digunakan kerana ujian-ujian itu mungkin berbeza dari segi bilangan item ujian ataupun darjah kesukaran item. B S erdasarkan penggredan rujukan kriteria . Jadi. data mestilah digabungkan dengan cara membuat wajaran yang betul. semua ujian yang diambil mereka mestilah berada pada skala yang sama. apabila kumpulan rujukan itu dihuraikan dengan secukupnya dan relevan bagi tujuan pemberian makna. maka ia dapat menghuraikan status calon secara perbandingan yang bermakna di antaranya dengan orang lain. Salah satunya ialah dengan mencampurkan semua skor mentah tanpa wajaran. projek.

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |7

Apakah kategori skor terbitan yang utama dan selalu digunakan di sekolah?

Isikan tiga kategori utama skor terbitan ke dalam Rajah 5.4 di bawah

B
Rajah 5.3 Tiga kategori utama skor terbitan

P

angkat persentil (Percentile Rank) ialah suatu peratusan daripada satu kumpulan rujukan. Ia dapat menunjukkan kedudukan relatif seseorang murid dalam satu kumpulan berasaskan peratusan ahli-ahli kumpulan itu yang memperoleh skor pada atau di bawah skor mentah murid tersebut. Sebagai contoh, jika skor mentah 30 bersamaan dengan persentil rank 60, itu bermakna 60 % daripada ahli kumpulan tersebut memperoleh skor mentah sama dengan atau lebih rendah daripada 30. Dengan menukarkan skor mentah kepada pangkat persentil , skor-skor mentah itu telah berada di atas skala yang mempunyai makna yang sama dengan kumpulan-kumpulan yang berbeza saiz dan tempoh masa ujian yang berbeza. Supaya lebih jelas, mari kita kira dan bentukkan satu jadual sebaran kekerapan dan pangkat persentil untuk satu ujian objektif yang terdiri daripada 40 item. Ikut langkah-langkah berikut:  Skor mentah disusun dari tinggi ke rendah (kolum 1).  Bilangan murid yang memperoleh setiap skor itu disenaraikan ke dalam kolum frekuensi (kolum 2).  Skor frekuensi ditambah dari bawah ke atas (iaitu dengan menambah setiap skor frekuensi kepada jumlah frekuensi dari semua skor di bawahnya untuk memperoleh frekuensi kumulatif (CF)(kolum 3).  Untuk memperoleh pangkat persentil (kolum 4), gunakan formula berikut:

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |8

Di mana PR = pangkat persentil CF = frekuensi kumulatif Untuk menunjukkan bagaimana mengira pangkat persentil, mari kira dua skor mentah berikut:

Jadual 5.1 Taburan frekuensi dan pangkat persentil untuk satu ujian objektif terdiri daripada 40 item _____________________________________________________________________________________ 1 2 3 4 Skor Ujian Frekuensi Frekuensi Kumulatif Pangkat Persentil * _____________________________________________________________________________________ 37 1 30 98 36 1 29 95 35 0 28 93 34 2 28 90 33 2 26 83 32 3 24 75 31 2 21 67 30 2 19 60 29 4 17 50 28 2 13 40 27 2 11 33 26 2 9 27 25 4 7 17 24 2 3 7 23 1 1 2 ________________ N = 30 _________________________________________________________________________________ * Dibundarkan kepada nombor bulat yang terdekat. Bila mentafsir pangkat persentil, pelajar hendaklah berhati-hati, kerana pangkat persentil menghuraikan prestasi ujian berdasarkan peratusan murid-murid yang memperoleh skor yang lebih rendah dan bukan

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |9

peratusan item yang dijawab dengan betul. Peratusan skor betul ialah tafsiran rujukan kriteria manakala pangkat persentil adalah tafsiran rujukan norma kerana ia menunjukkan satu kedudukan relatif. Keduanya pangkat persentil sentiasa spesifik kepada sesuatu kumpulan tertentu. Sebagai contoh, pangkat persentil 95 dalam kumpulan murid cerdik mewakili prestasi ujian yang lebih tinggi daripada pangkat persentil 90 dalam kumpulan murid sederhana. Jadi pelajar perlu mengetahui sifat semulajadi sesuatu kumpulan bila hendak menghuraikan kedudukan relatif seseorang murid. Ketiganya, pangkat persentil tidak tersusun pada jarak yang sama di atas skala. Perbezaan 5 pangkat persentil di tengah-tengah taburan skor mewakili prestasi ujian yang lebih kecil berbanding perbezaan 5 pangkat persentil di hujung-hujung taburan. Ini adalah kerana persentil rank adalah didasarkan kepada peratus murid yang dilangkau atau dapat ditandingi. Dan terdapat peratusan murid yang lebih besar di tengah-tengah taburan skor untuk dilangkau berbanding di hujung-hujung taburan. Misalnya, di hujung taburan, perbezaan beberapa poin skor mentah tidak banyak mengubah pangkat persentil disebabkan terdapat hanya sedikit sahaja skor tinggi.

S

kor gred ekuivalen selalu digunakan di tahap sekolah rendah. Skor mentah seorang murid daripada satu ujian ditukarkan ke tahap gred yang sepadan dengan skor mentah purata murid-murid di dalam kumpulan norma. Jadual di dalam manual ujian menunjukkan kolum-kolum yang selari di antara skor mentah dengan gred ekuivalen. Pelajar hanya perlu merujuk jadual dalam manual itu dan mendapatkan gred ekuivalen untuk mana-mana skor mentah yang diingini. Dikatakan skor gred ekuivalen berkemungkinan merupakan skor yang paling kerap disalah tafsir. Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan skor gred ekuivalen dan yang mana tidak. Katalah kita memperoleh skor gred ekuivalen berikut daripada suatu ujian bateri untuk Liam, yang berada dalam pertengahan tahun di darjah empat. Membaca Bahasa Matematik 4.5 6.5 7.8

Perhatikan bahawa skor gred ekuivalen dipersembahkan berdasarkan tahap gred dan bulan dalam tahun pengajian. Dilihat di sini bahawa skor Liam dalam membaca bersamaan dengan skor purata yang diperoleh oleh murid-murid (daripada kumpulan norma) yang berada di pertengahan tahun di darjah empat. Jadi dari aspek membaca, Liam ditafsirkan sebagai sederhana. Dari aspek bahasa, Liam ditafsirkan ke hadapan dua tahun, dan dari aspek matematik, dia ditafsirkan ke hadapan lebih dari tiga tahun. Adakah itu bermakna Liam boleh membuat kerja dan tugasan pada tahap-tahap ini? Tidak, sebaliknya besar kemungkinan itu bermaksud yang Liam boleh melakukan tugasan gred empat lebih cepat dan lebih cekap daripada murid darjah empat yang lain. Dalam ujian-ujian tersebut

elok kita menggunakan keluk norma supaya lebih jelas.4 menunjukkan satu contoh keluk norma. Oleh kerana itu. dan 2 peratus di antara +2 SD dan +3 SD. P e n g g r e d a n . Apabila keluk norma dibahagikan ke dalam unit sisihan piawai yang sama jaraknya sepanjang garisan dasar keluk itu. Sisihan piawai menunjukkan sebaran semua skor dalam satu set skor. setiap bahagian di bawah keluk mengandungi peratusan kes yang tetap. Ianya berbentuk loceng yang simetrikal.0. Demikian juga jika gred ekuivalen yang rendah diperolehi.skor gred ekuivalen yang terlalu tinggi atau rendah bukan indikator prestasi ujian yang boleh disandarkan sebagaimana skor gred ujian yang berdekatan dengan tahap gred murid itu. misalnya jika Sara. Lebih tepat ialah itu bermaksud sara menyelesaikan tugasan matematik darjah empat dengan lebih lambat dan melakukan lebih banyak kesalahan berbanding murid darjah empat yang lain. Supaya pelajar lebih memahami min dan sisihan piawai. Ini adalah kerana skor ekuivalen yang tinggi dan rendah lazimnya diperolehi melalui proses ekstrapolasi dan tidak mewakili skor purata yang diperoleh oleh kumpulan-kumpulan tersebut. P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 10 berkemungkinan besar tiada soalan-soalan pada tahap enam dan tujuh dimasukkan. pelajar perlu ingat bahawa skor gred ekuivalen bukanlah satu standard yang hendak dicapai tetapi hanyalah skor purata murid-murid dalam kumpulan norma. Frekuensi skor berkurangan apabila semakin jauh daripada min. Juga. itu bukan bermaksud Sara hanya dapat selesaikan tugasan matematik darjah tiga. Ianya dinyatakan dalam unit yang dihitung daripada min dan sisihan piawai suatu set skor. 34 peratus daripada kes. Rajah 5. S kor piawaian dapat menghuraikan prestasi ujian berdasarkan berapa jauh suatu skor mentah itu di atas atau di bawah purata. Formula untuk menghitung sisihan piawai ialah Di mana ∑ = jumlah X = satu skor ujian N = bilangan skor M = min √ = punca ganda dua Sisihan piawai sangat penting dan digunakan dengan meluas dalam pengujian. Taburan skor tertumpu berdekatan dengan min yang berada di titik tengah dalam taburan norma.P e n s k o r a n . Iaitu dengan menjumlahkan semua skor dan kemudian dibahagi dengan bilangan skor. Oleh kerana hanya 0. murid darjah empat. memperoleh skor matemaik 3.13 peratus sahaja kes jatuh di . Sebagai mana pelajar tahu min digunakan sebagai suatu purata. jatuh di antara min dan +1 SD. 14 peratus di antara +1 SD dan +2 SD. Jadi.

dan 99. P e n g g r e d a n . Perhatikan bahawa min skor mentah 40 diletakkan di titik sifar dan jarak satu sisihan piawai ialah 5 poin skor mentah di merata garisan dasar lekuk. titik satu sisihan piawai di atas min bersamaan 45 (40 + 5) dan titik satu sisihan piawai di bawah min bersamaan 35 (40 – 5). kita sebenarnya menentukan sejauh mana kita perlu pergi di atas (atau di bawah) min dalam poin skor mentah untuk memasukkan 34 peratus dari semua kes. dianggarkan 68 peratus skornya (lebih kurang dua per tiga) jatuh di antara 35 dan 45.P e n s k o r a n . P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 11 atas dan di bawah tiga sisihan piawai dari min.4 Keluk norma dengan anggaran peratus kes di dalam setiap sela (peratusan telah dibundarkan) . satu set skor mentah yang mempunyai min 40 dan sisihan piawai 5 diletakkan di bawah garisan dasar keluk. Jadi. rata-rata skor taburan norma jatuh di antara -3 dan +3 sisihan piawai dari min. Rajah 5.7 peratus jatuh di antara 25 dan 55. Bagi set skor ini. Apabila kita mengira sisihan piawai bagi satu set skor yang bertaburan norma. Untuk membantu pemahaman maksud sisihan piawai.

Skor mentah 45 dalam Rajah 5.T = 50 + 10 (skor-z ) Skor-T diperolehi daripada skor-z dengan Misalnya bila skor-z ialah 1. Suatu skor-T 60 sentiasa bermaksud satu sisihan piawai di atas min dan suatu skor-T 30 sentiasa bermaksud dua sisihan piawai di bawah min.T adalah mudah untuk ditafsirkan sebab skor-T sentiasa mempunyai min dan sisihan piawai yang sama.4.4 sisihan piawai di atas min.P e n s k o r a n .4 dikira begini: Oleh itu. semuanya adalah skor piawaian yang berasaskan unit sisihan piawai. S kor-z ini menunjukkan berapa jauhkah suatu skor mentah berada di atas atau di bawah min. skor-T. dan stanine? Adakah pelajar tahu yang semua skor berkenaan adalah skor piawaian? Ya. skor-z untuk 47 dalam Rajah 5. skor abiliti. menggunakan formula: Skor. skor NCE. Skor mentah 30 pula akan dinyatakan sebagai satu skor-z -2. Oleh kerana skor-z didapati menggunakan titik perpuluhan dan adakalanya bertanda negatif. P e n g g r e d a n . Formula untuk mengira skor-z ialah: Contohnya. P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 12 Apakah skor-z. skor-z jarang digunakan secara terus. prestasi seseorang individu daripada pelbagai ujian boleh dibandingkan secara terus. Sebaliknya skor-z ditukar kepada jenis skor piawaian yang lain yang menggunakan nombor bulat dan bernilai positif.4 yang dibincangkan tadi akan dinyatakan sebagai satu skor-z 1. Mari kita lihat satu demi satu. untuk mengelakkan kekeliruan. dan skor-skor boleh digabung atau . dengan menggunakan skor-T. skor mentah 47 ialah 1. S kor-T memiliki min 50 dan sisihan piawai 10.0 sebab ianya satu sisihan piawai di atas min. Jadi. maka skor-T = 50 + 10 (1.4) = 64 Skor. dalam unit sisihan piawai.0 sebab ianya dua sisihan piawai di bawah min.

Iaitu skala stanine menaburkan skor mentah kepada sembilan bahagian. Skor yang diperolehi daripada ujian-ujian ini dilaporkan sebagai skor piawaian dengan minnya 100 dan sisihan piawainya 16 atau 15. dan stanine 5 terletak di tengah tengah taburan.5. Skor 116 bermaksud satu sisihan piawai di atas min. S kor ekuivalen keluk-norma (Normal-curve equivalent score. dan begitulah seterusnya. S S kor abiliti dahulunya dipanggil sisihan IQ. Perhatikan juga bahawa walaupun kedua-duanya mempunyai min yang sama. Bilamana taburan norma boleh djangkakan. skor-T boleh ditafsirkan berdasarkan persentil rank kerana keduanya saling berhubungan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5. tidak seperti bila menggunakan skor mentah. yang selalunya mempunyai julat yang terhad (lazimnya 20 ke 80). Ia selalu melibatkan penerbit ujian bateri yang melaksanakan ujian abiliti pembelajaran. Baiklah. kognitif. manakala skor-T bertabur pada unit yang sekata di seluruh taburan skor. Perhatikan bahawa skor-T 30 adalah bersamaan dengan persentil rank 2. Setiap satu stanine. P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 13 dipuratakan tanpa berlakunya perubahan pada saiz sisihan piawai. separuh dari kelebaran satu sisihan piawai. Jadi stanine .06.NCE) merupakan satu lagi skor piawaian yang dibimbangi mengelirukan pelajar. Ini adalah kerana skor NCE juga menggunakan 50 sebagai min.P e n s k o r a n . jangan keliru dengan skor-T. tetapi julat skornya ialah dari 1 ke 99. kita akan lihat apakah pula skor abiliti dan skor stanine. seperti skor-T. persentil rank merujuk kepada peratus individu yang jatuh pada atau di bawah sesuatu skor. (Rajah 5. yang terendah ialah 1. tetapi persentil rank tidak berada dalam unit yang sekata.5). Ini membolehkan terbentuknya satu set skor yang memiliki unit yang sekata. skor-T 40 bersamaan dengan persentil rank 16. Julat persentil rank juga dari 1 ke 99. Skor stanine yang tertinggi ialah 9. Jadi bila pelajar mentafsirkan skor NCE. manakala skor-T merujuk kepada berapa unit sisihan piawai sesuatu skor di atas atau di bawah min. di bawah min persentil rank bernilai lebih kecil daripada skor-T dan di atas min persentil rank lebih besar daripada skor-T. kecuali 9 dan 1. perlu diingatkan bahawa walaupun kedua-dua skor-T dan persentil rank menggunakan 50 sebagai min dan nombor dua digit. kor stanine merupakan skor ujian yang dipersembahkan dalam bentuk satu digit. atau kecerdasan ke atas kumpulan norma. tetapi sisihan piawai ialah 21. Supaya pelajar tidak keliru. Ini adalah kerana seperti pelajar sudah tahu persentil rank bertumpu di tengah-tengah taburan dan tersebar keluar di hujung-hujung. Skor ini ditafsirkan sama seperti mana-mana skor piawaian yang lain. P e n g g r e d a n . merangkum satu band skor mentah.

5 Hubungan persentil rank.P e n s k o r a n . P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 14 adalah skor piawaian yang mempunyai minnya 5 dan sisihan piawainya 2. dan stanine. perbezaan dua stanine lazimnya adalah signifikan.5. Taburan stanine dan peratusan kes dalam setiap stanine ditunjukkan dalam Rajah 5. skor abiliti. Rajah 5. Stanine membaca = 5 . kita merumuskan pencapaian murid ini adalah tinggi dalam matematik tetapi tidak ada perbezaan di antara membaca dan bahasa. Jadi bila mentafsirkan skor-skor berikut bagi murid ini. skor NCE. skor-T. P e n g g r e d a n . skor-z. Sewaktu pelajar membandingkan skor murid daripada dua ujian yang berlainan dalam satu ujian bateri.

P e n g g r e d a n . pendidikan di masa depan. dan memilih karier. . Mungkin tujuan dan peranan penggredan boleh dikategorikan kepada tiga:  Boleh memberi faedah kepada setiap murid dan ibu bapa mereka. memberi semangat dan galakan. kita perlu memikirkan apakah tujuan penggredan dijalankan di sekolah. Ibu bapa boleh memantau usaha murid. Bolehkah pelajar fikirkan apakah tujuan dan peranan penggredan? Adakah penggredan memberikan munafaat kepada murid dan ibu bapa mereka? Adakah penggredan memberi faedah kepada guru. serta dapat maklumat mengenai perkembangan murid. Maklumbalas daripada gred bagaimanapun sepatutnya disampaikan kepada murid dengan cara yang tidak menggambarkan penilaian harga diri seseorang murid. Gred dapat memberikan petunjuk akan kekuatan dan kelemahan relatif intraindividu dan mengenai kebolehan dan batasan dirinya berbanding murid lain. dengan unit-unit yang setara. Dapat mengenali konsep diri yang realistik adalah amat penting semasa murid membesar. P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 15 Stanine bahasa = 4 Stanine matematik = 7 Menukarkan skor mentah kepada stanine meletakkan skor daripada ujian berlainan ke atas satu skala piawaian yang sama. sekolah dan masyarakat? Bagaimana? Mengapa penggredan diperlukan? B agi menjawab soalan di atas. Maklumbalas mengenai pencapaian membolehkan murid mengetahui tentang dirinya. Pada amnya penggredan adalah perlu untuk memberi gambaran atau petunjuk sejauh mana murid-murid telah mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Namun tujuan penggredan juga telah menjadi pelbagai disebabkan oleh tuntutan keperluan hidup.  Membimbing tugas guru dan sekolah. Markah merupakan maklumbalas kepada murid dan ibu bapa mengenai pencapaian murid.P e n s k o r a n .  Memenuhi keperluan masyarakat. menawarkan bantuan. Adakah anda bersetuju dengan hujah ini? Mengapa? M embantu murid dan ibu bapa adalah salah satu tujuan penggredan yang utama. Maklumat ini akan membimbing murid untuk membuat keputusankeputusan penting seperti memilih bidang. Jadi perbezaan di antara stanine 5 dan stanine 7 adalah sama seperti perbezaan antara stanine 4 dan stanine 6.

Sama ada sebagai rujukan untuk syarat menerima murid di institusi berkenaan. murid berkenaan perlulah mendapat sekurang-kurangnya gred C untuk algebra. industri. matrikulasi dan seumpamanya. Gred membantu guru memantau kemajuan murid. universiti. Bagaimanakah pelaporan patut dilakukan? Bagaimanakah anda akan laporkan prestasi murid anda kepada ibu bapa mereka? Bolehkah anda namakan beberapa cara yang boleh dilakukan? Sila tuliskan idea anda di sini: __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ . Akhirnya markah terlibat dalam pemberian lesen untuk menjalankan tugas ataupun merupakan sijil kecekapan. P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 16 M embantu guru dan sekolah adalah tujuan penggredan yang seterusnya. Manakala bagi kedua-dua peringkat individu dan kumpulan. Gred juga digunakan oleh bidang perniagaan. di mana gred digunakan oleh institusi di luar sekolah seperti kolej. atau menentukan kursus dan bidang yang paling sesuai diikuti. guru dapat memberi arahan yang spesifik kepada individu berkenaan. Jadi pengajaran berpusatkan individu boleh dilaksanakan. M emenuhi keperluan masyarakat tidak dapat dielakkan. Misalnya. Gred juga selalu dijadikan sebagai asas untuk menghulurkan bantuan biasiswa atau anugerah. untuk mengambil mata pelajaran fizik. P e n g g r e d a n . Ini untuk memastikan masyarakat dan orang ramai mendapat khidmat daripada petugas dan pekerja yang sah dan berkelulusan dalam bidang pekerjaan yang dijalankannya. Strategi seperti mengumpul murid-murid kepada kumpulan yang homogeneous berdasarkan kelemahan atau kekuatan mereka dalam sesuatu mata pelajaran atau satu bahagian daripada mata pelajaran membolehkan guru memberi peneguhan dan tumpuan kepada subjek berkenaan. guru boleh merencana dan melaksanakan pelbagai strategi pengajaran. Kepada murid secara individu.P e n s k o r a n . Gred juga digunakan di sekolah sebagai syarat kemasukan murid ke dalam kursus atau bidang yang memerlukan prasyarat. Markah daripada sekolah dan kolej yang diterima oleh murid dan pelajar memberikan kepada prospektif majikan maklumat yang sangat berguna. dan kerajaan.

Sampel sepatutnya daripada pelbagai pemerhatian dan merupakan asas kepada markah yang murid perolehi. Dua peraturan perlu dipegang untuk menjayakan sesuatu konferen. Membuat tindak ikut dan susur ikut hasil konferen. Iaitu pertemuan dengan ibu bapa murid untuk melaporkan prestasi murid. P e n g g r e d a n . Mengenalpasti masalah dan perkara yang perlu diberikan perhatian. Adakah anda perlukan sebarang kemahiran untuk konferen yang berkesan? Sudah tentu. komunikasi tidak patut berlangsung. dan konferen? Jika itu yang anda tulis saya ucapkan syabas! Tidak boleh dipertikaikan bahawa pelaporan yakni proses memberi maklumbalas kepada ibu bapa tentang prestasi murid mestilah bersifat objektif. Membuat penilaian konferen untuk penambahbaikan perjumpaan di masa akan datang. Mulakan dengan menceritakan apa yang murid telah capai dan kemajuan yang telah dilakukannya. Adalah penting untuk sekolah merancang aturcara dan masa yang sesuai untuk konferen ini supaya ibu bapa dapat datang dan guru tidak terlalu penat kerana perjumpaan yang padat. Ini akan meningkatkan kebolehpercayaan pentafsiran. Mendengar dengan teliti dan responsif kepada ahli keluarga dan murid. Ibu bapa juga sepatutnya berjumpa dengan guru dalam suasana yang ada privasi dan perbincangan ibu bapa dengan guru tidak didengari oleh ibu bapa yang lain. P ersediaan untuk konferen melibatkan proses memaklumkan kepada ibu bapa tujuan dan perkara yang akan dibincangkan. Kordinasi di antara ketiga-tiga elemen ini adalah penting untuk memastikan kejayaan sesuatu konferen dan memerlukan langkah-langkah asas yang berikut: Menyediakan bahan dan maklumat untuk konferen. yang baik dan juga yang kurang baik untuk dilihat oleh ibu bapa dan untuk dibincangkan. Kita boleh merangkumkan kaedah menggunakan gred abjad dan penilaian bertulis dalam kaedah konferen. Menunjukkan keikhlasan dan komited terhadap perkembangan murid.P e n s k o r a n . masa yang cukup perlu diperuntukkan kepada ibu bapa. dan penerima. Untuk memastikan ibu bapa dapat memahami bahan murid . M enjalankan konferen sebenar dengan lancar adalah penting. mesej. Menyusun kemudahan dan aturcara. Mana-mana komunikasi memerlukan tiga elemen: penghantar. Kesahan akan meningkat jika penaksiran dibuat berasaskan ciri-ciri murid yang relevan. P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 17 A           dakah anda telah menulis kaedah seperti menggunakan gred abjad. dan ada kebolehpercayaan. Menyelesaikan masalah secara berpasukan. Menyampaikan maklumat secara professional dan prihatin. berterusan. Membentuk hubungan baik dengan ibu bapa dan menghormati kepelbagaian. penilaian bertulis. Semasa mereka membaca dan meneliti bahan murid. iaitu memulakan konferen dalam nada positif dan menamatkannya mengikut masa yang telah ditetapkan. Guru perlu mengumpul sampel kerja-kerja murid. Komunikasi yang sesuai ialah mendengar .

Terdapat dua jenis penggredan iaitu penggredan rujukan norma dan penggredan rujukan kriteria. Guru mungkin bertanya secara tidak formal soalan-soalan seperti.P e n s k o r a n . guru barulah boleh berkongsi maklumat dan memulakan proses penyelesaian masalah. Pelaporan gred dan pencapaian murid mestilah objektif. dan keperluan murid?” dan sebagainya. tujuan dan peranan setiap orang. Di penghujung konferen. T indak ikut dan susur ikut hasil konferen adalah penting tetapi selalu diabaikan. Siapa yang bertanggungjawab untuk apa? Bila? Di mana? Bagaimana keputusan itu nanti hendak disampaikan kepada semua yang terlibat? Jadi terpulanglah kepada guru untuk menjadikan dirinya mudah untuk dihubungi dan selalu menghubungi keluarga murid-muridnya. kelemahan. Jenis-jenis skor ialah skor mentah dan skor terbitan. murid lain dan ibu bapa lain. portfolio. Ibu bapa juga boleh diberikan borang untuk menilai konferen. RINGKASAN 1. Skor terbitan pula terbahagi dua iaitu skor terbitan mutlak dan skor terbitan relatif. Terkandung dalam rubrik itu mungkin mengenai persiapan (agenda. P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 18 dengan responsif. guru sepatutnya dapat melihat dengan jelas apakah rancangan yang akan dibuat di masa akan datang. 2. M enilai konferen sangat sesuai ditegaskan di sini. Dua kaedah penskoran ialah penskoran holistik dan analitik. Pelaporan ialah proses memberi maklumbalas kepada ibu bapa tentang prestasi murid. huraikan apa yang membezakan penskoran holistik daripada penskoran analitik? . Penskoran ialah proses memberi skor kepada jawapan murid. 3. “Adakah ini satu pengalaman yang baik?” “Adakah semua orang pulang dengan rasa puas hati?” “Adakah semua orang telah mengetahui kekuatan. Skor biasanya berbentuk numerik. Guru hendaklah jujur. Guru yang bijak tidak bercakap tentang guru lain. dan sebagainya. Penggredan ialah proses memberi gred ke atas jawapan atau skor murid. PENILAIAN KENDIRI 1. objektif dan melengkapkan diri dengan evidens kerja murid. Namun adalah lebih baik lagi jika guru-guru mengisi rubrik atau senarai semak yang sesuai untuk menilai konferen. P e n g g r e d a n . kemudahan). rancangan tindakan yang sesuai untuk akan datang. Gred biasanya dalam bentuk abjad. Jika diberikan borang maka sediakan tempat untuk mengisi (misalnya di perpustakaan) dan ibu bapa memasukkannya ke dalam kotak yang disediakan. ada kebolehpercayaan dan berterusan. Kedudukan pelajar boleh ditentukan berdasarkan penggredan rujukan kriteria dan juga berdasarkan rujukan norma. Dengan menggunakan perkataan sendiri. Bila ibu bapa telah menjelaskan apa yang hendak dijelaskan dan menyoal soalan.

Assessment of student achievement. P. Classroom assessment concepts and applications. N. A. (2001). & Dettmer. Mexico City: Allyn and Bacon. Kenapakah min dan sisihan piawai itu penting dan perlu difahami? Bagaimanakah anda akan terangkan maksud min dan sisihan piawai? Berikan beberapa contoh kegunaan min dan sisihan piawai. Gronlund. P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 19 2. Boston: Allyn and Bacon . 3. Bagaimanakah anda akan menerangkan kedudukan murid anda kepada ibu bapanya berdasarkan persentil rank? 5. RUJUKAN Airasian. P. G. S. (2004). 4th Edition.P e n s k o r a n . Hanna. Apakah perbezaan utama antara pensentil rank daripada skor NCE? 4. Huraikan dengan terperinci langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan penskoran soalan subjektif dibuat secara objektif. W. New York: Mc-Graw Hill. E. P e n g g r e d a n . Assessment for effective teaching: using context-adaptive planning. 6th Edition. (1998).

P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 20 JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A Selain di atas ada lagi langkah-langkah yang lain yang boleh dikenalpasti.P e n s k o r a n . Masa perlu disediakan untuk menanda jawapan subjektif secara objektif. P e n g g r e d a n . B .

P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 21 .P e n s k o r a n . P e n g g r e d a n .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful