DISIPLIN PONTENG SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH

“Disiplin dimaksudkan dengan kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu tingkah laku orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong dan kesanggupan membina keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat”. Dalam petikan di atas terdapat ayat yang mengatakan disiplin juga bermakna ‘kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu tingkah laku orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain’. Ini bererti orang yang berdisiplin tidak mengalami masalah sosial. Ini kerana mereka berkelakuan baik dan menghormati atau tidak mengganggu orang lain. Oleh itu masalah sosial sama dengan masalah disiplin. Manakala pengkaji mengenai gejala sosial pula memaksudkannya dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat termasuk yang melibatkan kes juvana. Sejak akhir-akhir ini, kadar masalah disiplin di sekolah semakin meningkat dan ini telah menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat mengenai punca sebenar yang menyebabkan peningkatan masalah disiplin di sekolah. Dalam banyak-banyak kes, kes pontang sekolah mencatatkan peningkatan paling tinggi berbanding kes disiplin yang lain. Walaupun pelbagai kaedah telah di lakukan bagi membanteras kes ini daripada berleluasa, namun kes ini tetap juga meningkat dari hari ke hari. Punca yang menyebabkan ponteng sekolah berlaku di sebabkan oleh pelbagai faktor seperti daripada keluarga, pengaruh rakan sebaya, media massa dan lain-lain. Masalah ini juga telah memberi kesan yang serius
1

DISIPLIN PONTENG SEKOLAH terhadap pengorganisasian sekolah. Sekolah adalah komuniti yang bertanggungjawab terhadap kes ini dan sekolah adalah institusi yang paling dekat dalam mengendalikan kes ini. Pelajar yang ponteng sekolah mempunyai sebab-sebab yang tersendiri dan di atas sebab itulah mereka melakukan kesalahan ini. Menurut Aziz ( 2007) dalam penulisannya mengenai masalah disiplin pelajar menyatakan salah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Seperti yang dinyatakan diatas, masalah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap kali selepas peperiksaan sebelum cuti bermula. Jangan terkejut jika ada yang ponteng sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah di luar bandar. Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang menghalalkan tidak perlu hadir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anakanak mereka sendiri. Istilah ponteng digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah. Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian. Aktiviti ponteng sekolah kerap kali dikaitkan dengan tingkahlaku delikuensi. Delinkuen mempunyai pelbagai takrifan, M. Gold dan J. Petronio mendefinisikan kenakalan remaja sebagai tindakan oleh seseorang yang belum dewasa yang sengaja melanggar hukum atau peraturan dan yang diketahuinya (Sarwono,2001). Menurut B. Simanjutak pula, delinkuen
2

Walaupun terdapat peraturan atau penguatkuasaan disiplin sekolah yang ketat tetapi gejala ponteng tetap berlaku. Fuad Hasan merumuskan definisi delinkuensi sebagai perilaku anti-sosial yang dilakukan oleh remaja dan yang mana di lakukan oleh orang dewasa di kualifikasikan sebagai tingkah laku jenayah (Sudarsono. pendidikan bertujuan membentuk tabiat dan sikap seorang pelajar dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada jasmani. rohani.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH ditakrifkan suatu perbuatan itu disebut delinkuen apabila perbuatan-perbuatan tersebut bertentangan dengan norma-norma yang ada di dalam masyarakat di mana ia hidup. 2. akal.sekolah di kawasan luar bandar. 1995). seterusnya ponteng kelas dan berlarutan menjadi ponteng sekolah. atau suatu perbuatan yang anti-sosial di mana di dalamnya terkandung unsur-unsur normatif (Sudarsono. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. 1999). Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Begitu juga dengan pendapat Mohd Salleh (2000) yang mengatakan bahawa Falsafah Pendidikan Negara tersebut dengan jelas di mana pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak 3 . Ponteng sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. akhlak. Namun apa pula hasilnya andai gejala ponteng yang menjadi salah satu penghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama. peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah.0 SENARIO PONTENG DAN STATISTIK Menurut Abdullah Ishak (1995). Ianya bermula dari ponteng hati diikuti ponteng kerana bangun lewat. mahupun sosial pelajar.

ponteng 80% Pihak bapa pelajar ponteng. masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir bandar. Kedatangan yang merosot ini boleh dilihat apabila pelajar beberapa kelas terpaksa digabungkan untuk memenuhkan sebuah kelas. Datuk Mahadzir Mohd Khir . 3. dengan untuk dari masalah mengatasi pelajar menjalankan pelbagai ini kurangnya kesedaran menyebabkan program-program mencapai matlamatnya. masalah ibu dan Akibatnya pelajaran. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan . Sikap sekolah yang Tetapi sekolah ibu bapa juga punca sekolah yang masalah ini tidak ini telah dan tidak menghiraukan menjadi ponteng telah berlelewasa. Pelajar sekolah menengah. Ini amat ketara semasa kelas ganti pada hari Sabtu dan ketika selepas peperiksaan.0 KAJIAN PONTENG SEKOLAH 4 . Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng. 154305 (1995) dan 80937 pada 1997. terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Senario ponteng sekolah ini nampaknya dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah rendah. kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan. Didapati pelajar ponteng berpunca dari sikap mereka sendiri yang malas semakin terlibat progam kerjasama dan tidak anak mementingkan mereka yang disiplin.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun 1993.

Selangor Darul Ehsan. kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa juga boleh menjadi penyebab. Selain itu. seperti pembinaan arked permainan video. umpamanya guru yang terlalu garang juga merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam berlakunya gejala ponteng sekolah. Persekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan. Antara punca gejala ponteng ialah suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi. Beliau berkelulusan Master Psikologi Universiti Malaya. vandalisme dan berkemungkinan terlibat dengan perbuatan jenayah. Kajian ini pernah dibentangkan di Institut Aminuddin Baki pada tahun 2008. ketika di rumah. Hal ini kerana. manakala di sekolah pula mereka tidak mendapat perhatian daripada guru-guru dan dipinggir oleh kawan-kawan menyebabkan mereka lebih cenderung mencari perhatian dan keseronokan di luar.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Sumber kajian dalam Negara ini diperolehi daripada Puan Noramah bt Jamil merupakan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling. mereka tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Manakala pengaruh media elektronik juga tidak kurang hebatnya dalam menyumbang 5 . Dalam penyataan masalahnya dalam Laporan Unit Disiplin Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (2004) menyatakan bahawa salah Laku ponteng sekolah dan ponteng kelas mencatatkan peratusan yang tertinggi berbanding dengan salah laku lain. Beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali. selain itu gejala ponteng ini juga lebih melibatkan ramai pelajar sekolah menengah harian berbanding sekolah menengah berasrama dan sekolah rendah dan kesanya membawa kepada masalah sosial yang lain seperti merokok. kafe siber atau pusat membeli-belah berhampiran sekolah. Tajuk Kajian beliau ialah faktor-faktor penyebab ponteng kelas dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.

lelaki dan perempuan. kaki ponteng jadi pengacau dan mengekang tugasan yang akan dilaksanakan oleh guru. Selain itu. Maklumat kajian diperolehi daripada temu bual. Subjek kajian pula terdiri 100 orang responden terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5. yang mempunyai 1645 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang. Rakan sebaya merupakan faktor yang menduduki ranking tertinggi sebelum faktor persekitaran sekolah yang tidak kondusif. guru disiplin. guru matapelajaran. 6 . pemerhatian. rakan-rakan merupakan pengaruh yang paling kuat dalam mempengaruhi pemikiran mereka. Subjek juga diberikan soalan soal selidik. Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah harian di Hulu Selangor. Subjek merupakan pelajar-pelajar yang ponteng kelas dan nama mereka yang telah tercatat dalam buku Kawalan Kelas & buku Rekod Disiplin Sekolah. Hal ini kerana selain ibu bapa. analisis datadata dari Buku Rekod Kawalan Kelas dan Buku Rekod Disiplin. guru bimbingan dan kaunseling dan juga GPK HEM. Kaedah kajian ialah dijalankan selama 2 bulan. Implikasi dan kesan ponteng kelas menurut rencana mengenai ‘kaki ponteng’ (Pendidik. Rakan kelas juga tidak mengganggap pelajar kaki ponteng ini sebagai sebahagian daripada mereka dan guru merasa tidak yakin boleh bantu mereka kerana menganggap mereka bukan pelajarnya. dan yang terakhir sekali ialah pengaruh rakan sebaya.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH ke arah faktor gejala ponteng sekolah. senarai nama mereka juga diperolehi dengan kerjasama guru kelas. Selain itu guru terpaksa membazir masa kerana terpaksa mengulang pembelajaran lepas untuk pelajar-pelajar kaki ponteng ini. April 2004) ponteng menyebabkan guru berasa hampa & kecewa bila tiada tindakan yg diambil oleh pihak pengurusan.

memberi ganjaran kepada pelajar yang tidak pernah ponteng kelas walaupun dalam bentuk pujian dan denda pelajar ponteng kelas.FAKTOR 4. tempat-tempat melepak serta tempat riadah juga persekitaran sekolah itu sendiri. 4. Mereka juga sukar untuk menyesuaikan diri dengan peraturan baru. Persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses pembandaran terutama dikawasan-kawasan luar Bandar sememangnya akan memberikan impak yang sangat besar. Pada awalnya kadar ponteng kelas agak terkawal dan perubahan tipis dapat dilihat. Namun begitu isu ponteng seolah-olah telah menjadi darah daging di Malaysia khususnya menyebabkan ia sukar untuk dibendung ia memerlukan pantauan yang berterusan daripada pihak sekolah itu sendiri.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Kaedah rawatan yang dijalankan ialah Penguatkuasaan pemakaian pas keluar kelas. Apatah lagi seandainya pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat 7 . Denda tersebut mestilah berunsur pengajaran untuk menyedarkan pelajar disamping menerapkan nilai-nilai murni. pusat membeli-belah.0 FAKTOR . Dan hasil daripada rawatan tersebut ialah respon dari subjek sendiri menyatakan pada awalnya agak terkongkong.1 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PELAJAR PONTENG SEKOLAH Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar: Salah satu faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah adalah faktor persekitaran seperti kemudahan hiburan.

tetapi pada masa yang sama mereka mengharapkan kejayaan anak-anak mereka. Tetapi mereka lupa dengan tindakan mereka yang sedemikian boleh menyebabkan masa depan anak mereka hancur. apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka. Sebagai contoh. Jika suasana di rumah tidak menyeronokkan. 8 . sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorang itu adalah bermula dari rumah. Selain dari itu.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah. Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua. ianya akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah. Kadangkadang ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik dan mengasuh anak-anak kepada pihak sekolah. jika ayah dan ibu mempunyai masalah dan mereka sering bergaduh di hadapan anak-anak ini akan membuatkan anak-anak merasa tertekan dan mereka akan mencari dan mendapatkan keseronokan itu di luar.pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif juga menjadi faktor penarik kejadian ponteng dalam kalangan pelajar. mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapatkan wang. seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru. akan mendorong pelajar untuk turut berpenampilan seperti artis pujaan mereka hingga akhirnya sekiranya mereka tidak mencukupi wang. sukakan hiburan dan tidak berminat dengan pelajaran juga merupakan faktor yang mempengaruhi gejala ponteng. pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah Masalah keluarga juga menyumbang dalam kes pelajar ponteng sekolah. Begitu juga. ini akan memberi kesan yang negatif kepada pelajar berkenaan. Ibu bapa selalu mendatangkan ketidakselesaan pada anak-anak. Mereka tetap mahu anakanak mereka berjaya walaupun mereka tidak dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak. masalah pelajar itu sendiri seperti malas. Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati.

Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri. peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti. Pada masa kini. filem. Pengaruh media massa memainkan peranan penting dalam faktor pelajar ponteng sekolah. Kedua-dua ibu bapa mereka sibuk mencari nafkah dan anak terbiar memilih haluan sendiri. Umur antara 12 hingga 20 tahun di anggap mentah dalam menilai sesuatu perkara. suratkhabar. Hal ini tidak dapat di nafikan kerana usia seperti mereka memang memberontak untuk mendapatkan keseronokan walaupun sesuatu perkara itu mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka. Ada sesetengah pelajar berkawan dengan pelajar yang tidak bersekolah dan jika mereka memilih rakan yang baik maka tingkahlaku mereka juga akan menjadi baik tetapi tidak. Keadaan menjadi bertambah buruk jika pelajar berkenaan berasal dari keluarga yang miskin. majalah dan televisyen telah menonjolkan banyak budaya kuning dan amat mudah untuk diikuti oleh para pelajar. ini akan membuatkan pelajar tidak mahu mendisiplinkan diri 9 . Sebagai contoh. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana tidak berjaya dalam pelajaran ataupun mereka sememangnya tidak mahu bersekolah dan mereka akan berlagak seperti orang dewasa. Jika guru selalu menghukum pelajar dengan hukuman yang melampau. berpakaian tidak senonoh dan melakukan sesuatu tindakan menarik perhatian. babak-babak ganas yang telah ditonjolkan di dalam filem ataupun drama menyebabkan pelajar terikut dan bertindak ganas berpandu kepada filem tersebut. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan. jika berlaku sebaliknya. Hukuman atau denda yang dikenakan kepada seseorang pelajar juga merupakan faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar. Mereka juga akan melakukan perkara yang negatif seperti menghisap rokok.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin pelajar merosot.

Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. tedapat dua kategori yang berbeza dalam kalangan pelajar.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH dan mereka akan selalu melanggar peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Mat Kilau Bin Idris (1997) yang bertajuk Gejala Ponteng Sekolah Para Pelajar Sekolah Menengah di kawasan Hilir Perak. jika kesalahan pelajar tersebut hanyalah bercakap di dalam kelas tidak perlulah guru tersebut menjerkah pelajar berkenaan dengan suara yang kuat kerana ini akan membuatkan pelajar berkenaan malu. Perak Darul Ridzuan mendapati bahawa masalah persekitaran dan masalah diri pelajar merupakan faktor paling dominan dan mempengaruhi perlakuan ponteng sekolah. pengaruh rakan sebaya dan peranan media. Sebagai contoh. Ada yang menganggap gejala ponteng adalah perkara biasa dan setengah lagi menganggap gejala ponteng dalam kalangan pelajar adalah perkara yang serius dan perlu diselesaikan dengan kadar yang segera.2 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PELAJAR TIDAK PONTENG SEKOLAH Di sekolah. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pelajar tidak ponteng sekolah dan bersungguh-sungguh dalam belajar. Begitu juga kajian Manivannan Arumugan (2002) di sekolah-sekolah daerah Kota Bharu Kelantan turut mendapati perkara yang sama diikuti oleh faktor keluarga. ia juga tidak dapat menyelesaikan masalah kerana kemungkinan pelajar tersebut tidak takut dengan dan tidak mengambil berat tentang nasihat yang di berikan. Hukuman atau denda yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kesalahan pelajar. Tetapi. 4. Antara faktor yang menyebabkan pelajar tidak ponteng adalah: 10 .

Selain daripada itu. Bagi mereka. Pendidikan yang berkesan adalah disusuli dengan amalan dan beramal dengannya. Di samping itu juga. faktor yang menyebabkan pelajar tidak ponteng adalah mereka sedar bahawa pendidikan merupakan satu jalan bagi pelajar keluar daripada kepompong kemiskinan.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap betapa pentingnya pendidikan di dalam hidup. Ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan dengan belajar daripada anak-anak apabila mereka pulang sekolah untuk menambah ilmu mereka. ia menjadikan proses mengingat dengan cepat dan pelajar dapat belajar dalam keadaan seronok dan 11 . faktor yang menyebabkan pelajar tidak ponteng adalah mereka ingin belajar dan berkongsi ilmu. kawan-kawan dengan pelajar dan sebagainya. kemiskinan adalah bukan penghalang untuk berjaya kerana mereka sedar betepa pentingnya pendidikan untuk mengubah keluarga mereka. sesebuah masyarakat itu akan dianggap mundur kerana dengan pendidikan mampu mengubah tahap pencapaian terhadap sesebuah masyarakat.Kita selalu mendengar tentang kejayaan pelajar. adik beradik dengan pelajar. Dengan adanya kaedah ini. Pelajar yang cemerlang sangat menitikberatkan pencapaian yang luar biasa hebatnya kerana mereka mempunyai kesedaran betapa pentingya pendidikan dalam kehidupan mereka dan mereka sentiasa mahukan kejayaan. Namun ianya berbeza dengan tanggapan pelajar yang suka ponteng kerana mereka menganggap ponteng adalah untuk melepaskan tekanan apabila mereka belajar dan mereka tidak kisah jika mereka tidak mendapat ilmu. Tanpa pendidikan. kebanyakan pelajar yang berjaya dengan cemerlang adalah mereka yang berasal dari keluarga yang miskin dan serba kekurangan. Dengan pendidikan dapat menjadikan seseorang itu berilmu dan dengan ilmu itulah seseorang itu dapat menuju ke arah kejayaan dunia dan akhirat. keadaan ini secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu di kalangan ibu bapa dengan anak (pelajar).

Sebagai ibu bapa.CIRI PELAJAR PONTENG 12 . Dan daripada konsep inilah lahirnya kesedaran untuk mengharumkan nama kedua ibu bapa dan untuk menharumkan nama sekolah. faktor pelajar yang tidak ponteng adalah disebabkan oleh ibu bapa yang sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak melalui dengan menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dan sentiasa menasihat anak-anak supaya tekun dalam mencari ilmu duniawi dan ukhrawi. dan bukan sebaliknya. 5.1 CIRI. Sekolah perlu dilihat sebagai pelengkap kepada proses pendidikan anak-anak oleh ibu bapa. Mereka ingin menghadiahkan kejayaan mereka kepada ibu bapa dan pihak sekolah kerana mereka mempunyai kesedaran ingin belajar. Walaupun sedaif mana sesebuah sekolah itu. Keadaan ini berbeza dangan mentaliti pelajar yang suka ponteng sekolah kerana segelintir ibu bapa mereka tidak terlalu tegas dalam pendidikan anak-anak. Selain dari itu juga. Sekurang-kurangnya hal ini membolehkan membaca. sokongan amat diperlukan oleh ana-anak dalam mengglakkan anak-anak melalui alam persekolahan sebaik mungin. Asas kemahiran sedemikian diperlukan oleh anakanak zaman sekarang. Faktor lain adalah disebabkan oleh pelajar ingin mengharumkan nama ibu bapa mereka dan ingin mengharumkan nama sekolah.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH tidak tertekan dan inilah faktor pelajar tidak ponteng sekolah kerana mereka belajar dalam kedaan seronok dan tidak tertekan. dan walau sejauh mana pelajar mengembara menuju ke sekolah. mungkin ianya adalah lebih baik daripada langsung tidak bersekolah.CIRI 5.0 CIRI. menulis dan mengira.

mengatakan pelajar sekolah ponteng kerana bosan dengan pelajaran.Mayby ( 1977) dalam kajiannya ke atas pelajar yang ponteng di Glasgow. kurang dedikasi serta kurang memotivasikan para pelajarnya. Pelajar yang ponteng juga berkemungkinan bosan dengan sesuatu matapelajaran.Ini menggambarkan sikap pelajar yang tidak mengambil serius dalam pelajaran.Ibrahim (1982). pelajar yang melakukan perbuatan ponteng dengan perbuatan nakal. 13 .DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Ponteng sering dikaitkan dengan pelajar yang nakal. Hal ini bermakn antara ciri pelajar ponteng adalah Selain itu. menemui perkaitan antara kanak-kanak yang nakal. Kajian mendapati ponteng ada hubungan dengan pengajaran guru yang terlalu bergantung kepada buku teks sahaja tanpa menggunakan daya kreativiti dan imaginasinya untuk menceriakan dan mempelbagaikan cara pengajarannya untuk menarik minat pelajar. tidak suka cikgu yang mengajar serta cara pengajaran guru itu. Pada masa yang sama pelajar ponteng turut menggambarkan keadaan ‘bosan’ di dalam kelas. takut menghadapi guru yang garang dan takut menghadapi hukuman disekolah. Tingkah laku guru yang “streotaip” terhadap pelajar yang kurang menonjol dalam pencapaian dalam kelas juga mempengaruhi salah laku ponteng. Guru juga gagal dalam memainkan peranannya.Pelajar yang mempunyai pencapaian yang tinggi akan ponteng kerana mereka sudah bosan dan merasakan pembelajaran yang disertai itu tidak mencabar langsung. Pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah akan ponteng kerana mereka sukar atau tidak dapat menerima sesuatu yang diajar oleh gurunya.ciri –ciri pelajar ponteng ialah tidak berminat dengan cara pengajaran yang disampaikan oleh guru semasa sesi pengajaran. menyatakan bahawa punca ponteng adalah berkaitan dengan kegagalan guru untuk menimbulkan minat belajar dikalangan pelajar yang rendah pencapaian akademiknya. Supramaniam (1998).

amalan bertaqarrub kepada-Nya. dan mengambil tindakan yang bersesuain menurut agama.pelajar itu akan bersemangat untuk ke sekolah. Oleh kerana masa untuk berseronok telah habis untuk belajar.Jika melihat kepada pelajar yang tidak ponteng sekolah. Pendidikan asuhan awal daripada ibu bapa juga memberi signifikan kepada masalah ini.Mereka difahamkan bahawa itulah cara hidup yang dapat menjamin kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.Di sini. Pelajar yang tidak ponteng juga akan mendapat pencapaian yang baik dalam akademik. jelas menunjukkan bahawa pelajar yang mendapat didikan agama yang sempurna daripada ibu bapa sejak kecil cindering untuk menilih jalan yang baik dan peratusan untuk terlibat dengan kegiatan tingkahlaku disiplin adalah kurang.Personaliti individu yang tidak ponteng juga adalah jauh lebih baik berbanding pelajar yang suka mengamalkan ponteng. 5. maka mereka ini memilih untuk ponteng sekolah bagi membolehkan mereka berseronok. Ciri – ciri anak yang diasuh dengan ajaran agama sejak kecil seperti menghormati ibu bapa.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Kejadian ponteng berlaku disebabkan jiwa muda mereka lebih terangsang untuk berseronok bersama rakan-rakan.Matlamat mereka adalah lebih jelas.Anak-anak atau pelajar yang diasuh seperti ini akan selamat dan mereka tahu untuk membezakan tindkan yang baik atau tidak.2 CIRI – CIRI PELAJAR TIDAK PONTENG Terdapat perbezaan antara pelajar ponteng dan pelajar yang tidak ponteng sekolah.Mereka mempunyai pemikiran yang positif dan berusaha untuk memajukan 14 . menjaga pergaulan.Mereka dididik dan dibiasakan dengan kehidupan berlandaskan agama sehingga mereka remaja yang suka berdamping dengan pencipta-Nya dengan melakukan amalan.Individu ini sedar akan peranan dan tanggungjawabnya ke sekolah.

15 . Malah. Sikap ini harus diterapkan di dalam diri pelajar kerana guru adalah sumber ilmu kepada pelajar.Emosi pelajar yang stabil akan meneyebabkan ketenangan fikiran dan tingkahlaku yang positif. Selain itu. Sekiranya mereka mencuba perjuangan tersebut mungkin itu boleh menghasilkan kejayaan kepada mereka. Pelajar yang tidak ponteng sentiasa berkeyakinan pada potensi diri sendiri untuk menempah kejayaan dalam pendidikan.proses pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lanjar. Ilmu yang dicurahkan oleh guru kepada pelajar akan diberkati sekiranya mereka menghormatinya. Contoh slogan yang dapat memberi semangat seperti katakana ‘aku boleh’.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH diri dalam pencapaian akademik. Pelajar harus menghakiskan sikap pesimistik di dalam diri mereka kerana sikap ini dapat meninggalkan kesan yang negative. Apabila mereka dapat memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas.Hubungan yang baik dengan guru dan rakan-rakan akan meningkatkan keyakinan pelajar ke sekolah.pelajar yang tidak ponteng tidak bersikap pesimistik iaitu mereka sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum menghadapi perjuangan dalam hidup. ini memudahkan mereka untuk memahami dan menguasai mata pelajaran tersebut. Mereka juga akan sentiasa menghormati guru walaupun di mana jua. Ciri-ciri pelajar yang tidak ponteng dapat digambarkan dengan sikap yang optimistic. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat pada diri sendiri.Keadaaan ini akan membantu keinginan pelajar untuk ke sekolah. mereka yang tidak bermasalah dengan ponteng dapat memberikan tumpuan sepenuh hati semasa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.guru juga tidak berasa tertekan apabila mengajar pelajar yang tidak bermasalah semasa di dalam kelas. Oleh itu. Mereka tidak boleh melemahkan semangat diri sendiri sebelum menghadapi sesuatu ujian atau perjuangan. dapat melahirkan pelajar yang cemerlang di sesebuah sekolah.Pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika sesi pembelajaran.mereka mesti mencuba terlebih dahulu ujian tersebut. maka pelajar dapat belajar dengan aman dan tenteram. Hal ini demikian. Seterusnya.emosi pelajar yang stabil juga menyebabkan pelajar tidak ponteng sekolah.Pada masa yang sama. Oleh itu. Sekiranya ilmu yang dipelajari diberkati oleh guru.

Sama ada rakan sebaya yang telah dibuang sekolah atas sebab masalah disiplin atau mereka yang tidak mahu ke sekolah atau mungkin juga penganggur. Pelajar yang ponteng sekolah turut terdedah kepada pergaulan dengan golongan yang juga tidak bersekolah. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajaran.1 KESAN PONTENG KEPADA PELAJAR Terdapat beberapa kesan yang dihadapi oleh pelajar apabila mereka ponteng sekolah. Imam Syafie’ pernah berkata bahawa “Ilmu itu lading kebanggaan.0 KESAN . Persekitaran kawasan pedalaman ini tidak membuka peluang pekerjaan yang meluas kepada golongan muda mudi. apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah.” Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada mereka dan mereka akan memalukan maruah keluarga. mereka akan berjaya di masa akan datang dan kejayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya. Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan. merokok dan lebih teruk lagi mengambil dadah.KESAN 6. Dan jangan sampai kamu terlewat memiliki lading kebanggan itu. Antaranya adalah seperti berikut. maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun dikembalikan.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH 6. Golongan ini akan banyak menghabiskan masa dengan melepak. satu-satunya pendapat terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah perosak masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada masa depan dan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab sebagai penjaga. Pekerjaan yang ada hanyalah sebagai pengait buah sawit atau menternak haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing. Sebagai contoh. Tidak ramai golongan muda yang ingin 16 .

Ini adalah kerana. Selain daripada itu. Pelajar yang tidak ponteng biasanya mereka lebih cemerlang kerana mereka adalh di antara golongan yang rapat dengan guru. Antaranya adalah : Dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Imu sangat penting dalam memahami sesuatu perkara. Namun Begitu. pelajar yang tidak ponteng akan dapat belajar bersama-sama ataupun dapat belajar secara berkumpulan di dalam kelas sewaktu guru tiada mahupun selepas waktu pembelajaran. kita juga akan mempunyai suasana pembelajaran yang lebih seronok. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan mereka.2 KESAN TIDAK PONTENG KEPADA PELAJAR Terdapat beberapa kesan apabila pelajar tidak ponteng. kita juga akan mendapat pelbagai jawapan untuk satu soalan. Dengan belajar secara berkumpulan dapat bertukar-tukar buah fikiran sesama rakan kita.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH melakukan kerja berat sebegini dan mereka lebih suka melepak di persimpangan jalan atau merempit tanpa tujuan sepanjang hari. 17 .Akhirnya pelajar ponteng turut akan terpengaruh dengan gejala negatif ini. janganlah kita mengambil kesempatan untuk ke rumah kawan untuk bermain tetapi memberitahu ibu bapa kita bahawa kita ke sana untuk mengulangkaji pelajaran. mereka akan memberi perhatian apabila guru sedang mengajar dan mendapat inputinput yang berguna berbanding dengan pelajar yang ponteng sekolah. Mereka tidak mendapat input-input yang diajarkan oleh guru kerana mereka tiada di dalam kelas. Contohnya. Selain itu. Semasa berada di dalam kelas. 6. Jika kita belajar berkumpulan. kita tidak akan berasa bosan atau mengantuk seperti apabila kita belajar berkumpulan. Mereka akan mengambil peluang ini untuk bertanya kepada guru tentang sesuatu tajuk yang kurang mereka faham. rakan kita boleh menolong kita dan kita sendiri dapat menolong orang. apabila kita diberi tugasan untuk membuat beberapa rangkap pantun dan perlu dipersembahkan di hadapan kelas pada minggu yang akan datang. Tanpa tunjuk ajar daripada guru sesuatu ilmu itu tidak mampu difahami dengan baik dan tidak dapat beramal dengan baik.

kesan tidak ponteng adalah pelajar dapat melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum. Ringkasnya. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. warga pelajar mahupun dapat merapatkan hubungan dengan guru. Setiap guru amat menyukai pelajarnya yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan ia sekali gus dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. kesan tidak ponteng kepada pelajar adalah dapat mengeratkan hubungan antara rakan sekelas. Selain itu juga. mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti ponteng. Keadaan ini amat berbeza sekali kesannya kepada pelajar yang ponteng kerana mereka sering tiada di dalam kelas dan sekaligus hubungan mereka dengan rakan sekelas semakin renggang.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Selain daripada itu juga. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Selain daripada itu. 7. hubungan dengan pelajar sekelas dapat dieratkan kerana wujudnya sikap ingin berkongsi ilmu bersama rakan-rakan dan sekaligus dapat mengeratka ukhwah kerana mereka mempunyai matlamat yang sam untuk di capai. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH MELALUI PENDEKATAN YANG DIPELAJARI 18 .

Premis asas kepada semua pendekatan kognitif ialah bagaimana manusia berfikir dan sebahagian besarnya menentukan bagaimana mereka berperasaan dan bertingkahlaku ( Beck&Weishaar. Penekanan dalam pendekatan ini juga berdasarkan kepada proses berfikir sebagaimana ia dikaitkan dengan kesukaran tingkahlaku psikologi dan emosi.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Di sini kami telah bersetuju untuk mencadangkan pendekatan berdasarkan teori kognitiftingkahlaku.mempunyai had masa .Andaian asas pendekatan kognitif –tingkahlaku ialah bahawa kognitif .Pendekatan yang dinamakannya terapi kognitif ( CT) mempunyai kesamaan dengan terapi rasionalemotif tingkahlaku ( REBT) .1955) Sebahagian yang dikatakan oleh Burns (1980). penteori kognitif bersetuju dengan simpulan bahasa bahawa ‘As people think.emosi dan tingkahlaku berinteraksi secara signifikan dan mempunyai hubungan sebab-dan-kesan secara berbalik.Terapinya berfokus kepada celik akal yang menekankan kepada mengenali dan mengubah pemikiran negative dan kepercayaan salahsuaian yang dirujuk kepada schemata. 19 .Hal ini bermakna.Aaron T.Pendekatan CT adalah pendekatan yang aktif. ‘setiap perkataaan buruk yang dirasakan oleh seseorang adalah hasil daripada pemikiran yang negative dan seleweng.Sintesis pendekatan kognitif tingkahlaku mendapati proses kognitif dalaman seperti pemikiran .jika seseorang itu menukar cara ia berfikir.Beck telah dialtih di dalam pendekatan psikoanalisis.Beck pada akhirnya telah membina satu pendekatan kognitif.direktif. perasaan dan tingkahlakunya boleh diubahsuai hasil daripada pemikiran ini.Teori kognitif di dalam kaunseling seperti Social Constructionism berfokus kepada proses mental dan pengaruhnya ke atas kesihatan mental seseorang. so shall they be’. Pendekatan Beck adalah berasaskan kepada rasional teori bahawa cara seseorang itu menanggap dan menstruktur pengalamannya. berpusatkan masa kini dan berstruktur.Oleh itu.persepsi dan percakapan dalaman sebagai cara tindakan membimbing yang menghasilkan keadaan emosi yang stabil dan produktif .

Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Pendekatan ini mempunyai matlamat untuk membantu klien mengenali dan memberhentikan pemikiran yang merosakkan diri.Proses ini dicapai dengan mendapatkan klien melisankan percakapan sendiri ( self-talk ) kepada orang lain dan menukarkannya jika perlu. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain.Salah satu kaedah mengimplementasi proses ini ialah melalui latihan instruksi-kendiri (self-instuctional training) yang diutarakan oleh Meichenbaum pada tahun 1977. terdapat beberapa faktor yang dominan yang menyebabkan tingkahlaku ponteng berlaku. Segala tindak-tanduk anakanak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN Kesimpulannya. Berdasarkan kajian kes yang dikaji. 20 .pelajar sendiri perlu berfikir akan kesan yang akan mereka hadapi jika melakukan ponteng.Penstrukturan semula kognitif di mana klien diajar mengenalpasti .Beck pada tahun 1970 mencadangkan seseorang menukat cara berfikir. mengenal dan mengubah pemikiran yang tidak rasional dan merosakkan diri yang mempengaruhi tingkahlaku secara negative.Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. daripada negative kepada neutral atau positif. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin di kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah.peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. 8.Dalam kontek disiplin ponteng.Pendekatan ini turut menggarriskan bahawa klien itu perlu mengubah cara berfikir dan di sini perlu sendiri perlu membuat keputusan pilihan yang bijak agar masa depan terjamin.

Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah.langkah yang drastic dan efektif perlu diambil dengan kadar segera. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan masyarakat. Peranan ibubapa turut penting. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktifiti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiranmenjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala 21 . Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. bagi membendung masalah ini.Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara rasional. Peranan masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH Selain itu. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu boleh dilaksanakan. Justeru. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar ddari rebungnya.ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional.

ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri. Salahlaku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggi peratus penglibatan di kalangan pelajar. Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab. Jadi. lagikan tajam. keluarganya dan juga sekolah.ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi amalan dan tabiat.DISIPLIN PONTENG SEKOLAH ponteng sekolah kerana belakang parang diasah. sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini. langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Hasrat Kementerian Pendidikan ke arah `Zero Defect' dalam masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas akan terjejas jika kedua-dua masalah ini tidak diatasi dengan segera. Demi mewujudkan generasi jang lebih berguna pada masa hadapan juga. 22 . Tuntasnya. semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil.Oleh itu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful