You are on page 1of 12

Royston anak petrus Psikologi Pendidikan Universiti Malaysia Sabah “Penderaan Emosi kanak-kanak, Trauma Terselindung” PENDAHULUAN

Penderaan merupakan masalah sosial yang berlaku di seluruh dunia dan penderaan yang lazim didengar ialah penderaan dari aspek fizikal dan seksual. Namun begitu, penderaan dari aspek emosi agak jarang diriuhkan dan didendangkan di media massa atau hangat diperkatakan di mana-mana. Penderaan emosi sebenarnya kerap terjadi dengan tidak ketara dan memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak. Definisi penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Bedasarkan kajian penyelidik emosi ini mempunyai tiga komponen iaitu: 1. Perasaan dalaman tertentu - Ini dialami dan dirasai secara subjektif seperti rasa takut, suka, duka, marah dan benci. 2. Corak rangsangan fisiologi - Ini termasuk semua perubahan fisiologi dalam badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti merasa jantung berdebar apabila berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa apabila dalam keadaan cemas. 3. Corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) – Komponen ini merangkumi gerak geri badan dan perubahan pada air muka apabila timbulnya pelbagai perasaan dalaman. Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan menundukkan kepala apabila berada dalam keadaan sedih atau mata kelihatan terbeliak dan kening berkerut apabila dalam keadaan takut. Penderaan juga boleh menyebabkan mangsa ‘trauma’ dan perkataan trauma adalah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘ditebuk’. Dalam konteks kecederaan fizikal, ini bermaksud kulit yang pecah (skin is broken) ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi. secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan ciptaan Tuhan yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus dan perasaan atau

1

Dalam erti kata yang lain. Huraian dalam kajian mengenai masalah ini adalah lebih mendalam dan mudah difahami kecuali kurang menyatakan sebab utama ibu bapa melakukan penderaan emosi terhadap anak-anak.Tajuk kajian ini juga sememangnya sesuai untuk para ibu bapa dan termasuk para guru untuk mendidik dan mengenalpasti para pelajar yang mengalami penderaan emosi. perkataan ini juga bermaksud kekerasan telah berlaku sehingga mengakibatkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang kepada organisme berkenaan. Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. PERBINCANGAN Penyelidikan yang dijalankan oleh Kasmini Kasim mengenai penderaan emosi kanak-kana. Saya menyokong dan setuju terhadap kajian ini. Ini kerana pelajar yang mengalami penderaan dari segi emosi sudah pasti memberi kesan kepada sekolah berkenaan dari aspek disiplin kendiri pelajar tersebut. serta kerencatan pada potensi perkembangan dan kreatif mental kanak-kanak itu dan ketika disekolah pelajar yang mengalami penderaan emosi agak kurang berminat dengan sesi pembelajaran dan lebih gemar meminta perhatian daripada rakan dan guru mereka. Saya sangat mengalu-alukan kajian beliau dan mengucapkan tahniah kerana meluangkan masa untuk membuat kajian terhadap masalah ini yang belum diketahui oleh ramai guru dan ibu bapa.Ini kerana mereka yang mengalami penderaan emosi akan mengalami kerosakan psikologi dan kerosakan psikologi bermaksud kerosakan dan kecacatan yang berlaku pada proses perkembangan. Ini adalah kerana masalah ini semakin hari semakin bertambah dan kes penderaan dari aspek emosi amat membimbangkan dari masa ke semasa. trauma terselindung ini satu perkara yang harus dipuji dan kajian ini boleh mambantu para guru dalam mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah penderaan emosi. Pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan emosi jika dia gagal berbuat demikian. kerana masalah penderaan emosi adalah salah satu cabang yang dikaji dari aspek psikologi. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas 2 .

Nyatalah bahawa anak ini sering meragam kerana tidk dapat menikmati belaian ibu kandungnya. Ini semua berpunca daripada perasaan resah dan kurang yakin yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya. Bayi tersebut tidak mendapat layanan mesra daripada ibunya yang mengalami depression. Saya percaya bayi juga boleh mengalami tekanan emosi.Dalam suatu kes . keengganan untuk menyusu dan tidak subur. ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak -kanak yang sering kencing malam dan tidak selera makan akibat suasana di rumah yang kurang stabil. Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan tekanan emosi kepada seseorang individu. Dia dijaga sama ada oleh ibu saudaranya . seorang pelajar yang menduduki peperiksaan sijil rendah pelajaran mengeluh sering sakit kepala . Dia tidak dapat menjelaskan hutang piutangnya dan mengatur belanjawan bulananya seperti biasa. tubuhnya sering menggeletar dan jantungnya berdegup kencang. hubungan ibu dan anak menjadi lebih mesra. Sianak lebih 3 . Si ibu kemudian diberikan rawatan kaunseling . Rasa kurang selesanya terhadap sesuatu keadaan dipamerkan melalui tangisan yang lebih kerap . Jika kanak -kanak ini dimasukkan ke hospital . Semua tanda -tanda ini adalah ekoran daripada tekanan emosi yang dialaminya. Ini menimbulkan rasa resah dan boleh menyebabkan seleranya hilang. Seorang lelaki yang dibuang kerja tiba . Dia telah dapat mengubah caragaya keibuannya dan ekoran daripada itu .harian mereka. Dia akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Dalam satu kes . seseorang bayi berusia enam bulan yang tidak subur telah diperiksa di klinik dan didapatti bahawa dia kurang menyusu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak -kanak tersebut. sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. pembantu rumah atau kadangkala jirannya. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu bapa tersebut. Kanak -kanak yang berusia tiga tahun yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh tadika. Tidurnya tidak lagi nyenyak . Dia mungkin sering diserang sakit kepala dan sakit perut. ibu bapanya sering bertelagah dan sedang berura -ura untuk berpisah.tiba mendapati dia tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang tetap.

pucat dan tidak aktif. sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat .punca kelemahan itu. Tegasnya . Ambil contoh kanak -kanak yang telah mencapai usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuasakan. keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. dia menghadapi tekanan emosi. kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif . kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus ( learning 4 . Timbang beratnya ternayata meningkat dengan lebih memuaskan selepas beberapa bulan kemudian. Seorang kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan . menarik -narik rambut dan sebaginya. Doktor juga perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si anak dan mencari punca . pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu kepada kemungkinan tanda -tanda tersebut disebabkan oleh sejenis penyakit fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek tekanan emosi. jika wujud dapat dirawat segera.Adakalanya . sokongan dan bimbingan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang mempamerkan tanda -tanda seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit . Dari contoh -contoh yang diberikan ini . menggigit -gigit kuku . Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah nya. Umpamanya . kencing malam . kita dapat melihat bahawa tekanan emosi boleh berlaku kepada kanak -kanak dipelbagai peringkat usia . Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera makan. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan ditadika atau di kelasnya. program yang menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak -kanak lain secara lebih cepat. Guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian . Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian . Ada juga yang menjaditidak bermaya . sakit perut . Di sekolah program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan pelajar yang mengalami penderaan emosi. suasanan di rumah dan di sekolah . Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan .nyenyak tidurnya dan menyusu dengan lebih baik. Kemungkinan besar . aspek pergaulan dan sebagainya. loya tekak dan muntah -muntah . sakit kepala . lelah . sukar tidur malam .

Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. 5 . Malahan . perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka. kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Akibat kurangnya pergaulan .ada yang sering kelihatan tenang sahaja walaupun berhadapan dengan sesuatu krisis manakala ada pula yang mudah resah sehingga tidak dapat memikirkan cara -cara untuk mengatasi sesuatu masalah itu dengan baik. Dikalangan orang dewasa . Begitu juga dengan kanak -kanak yang sedang membesar yang mudah dibentuk pemikirannya melalui pendidikan dan contoh -contoh positif. terutama apabila berhadapan dengan guru. para pengasuh tadika atau guru patut memain peranan yang lebih positif untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.Adakalanya . Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan emosi ? Cara seseorang itu menghadapi cabaran -cabaran hidup berbeza dengan seorang yang lain dan ini bergantung pada personaliti atau perwatakannya yang telah dibentuk sejak dari peringkat bayi lagi dan mungkin juga sejak dari dalam rahim lagi. Selain pengaruh baka . Akibatnya . mengukuh atau menghilangkan sesuatu ciri perwatakan yang terdapat pada dirinya. Oleh itu . Setiap individu memang mempunyai kebolehan untuk mengatasi kelemahan -kelemahannya. Seseorang yang sering resah dan mudah berasa gentar apabila menghadapi sesuatu cabaran perlu mengubah sikapnya jika dia ingin berjaya didalam bidangnya. kemahiran sosial mereka terbantut. Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. mereka mengalami ketegangan jiwa. Keadaan ini perlu di kenal pasti supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya bagi membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang dihadapinya itu. pengalaman dari semasa ke semasa sentiasa mengubah . mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah .Keupayaan berfikir dengan tenang dan kecekapan menganalisa sesuatu keadaan untuk mendapat kaedah penyelesaian yang wajar merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi atau mengurangkan tekanan emosi.disability ) yang menyebabkan mereka tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak -kanak lain.

teknik. dia mungkin menunjukkan tingkah laku seperti melawak . Kanak -kanak seperti ini sering mendapat tekanan emosi. sentiasa resah atau tidak mengambil berat langsung dalam hal -hal sekolah. Apabila anak ini dinilai . Tetapi . Dia akan mudah berasa tertekan apabila berhadapan dengan sesuatu cabaran. menjadi agresif .Tabiat -tabait yang kurang sihat dan negatif boleh menjejaskan prestasi seseorang kanak -kanak. Jika dia diberi perhatian yang lebih sejak dari darjah satu lagi . dan dapatan kajian. kerana sehingga kini belum ada definisi yang boleh diguna pakai dan dipersetujui di peringkat antarabangsa dan ini jelas 6 . Untuk meredakan keadaan emosi yang berkecamuk . KRITIKKAN/CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN Abstark(Kritikan. Kecaman dan denda kerana prestasi akademik yang tidak memuaskan tidak akan mendatangkan apa -apa manfaat malahan akan lebih menyinggung perasaanya. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman -pengalaman yang dilaluinya sejak kecil tidak banyak mengajarnya membina keyakinan diri. Apa yang ingin saya mengutarakan adalah mengenai skop pemilihan kajian terhadap penderaan emosi. Gurunya menyatakan bahawa dia seorang budak yang lembab sejak dia di dalam darjah satu lagi. Ini semakin menjejaskan keyakinan dirinya.Cadangan dan Penambahbaikan) Dalam bahagian ini. prestasinya tahun demi tahun semakin merosot. Dia memerlukan galakan . prestasi inteleknya didapati setaraf dengan kanak -kanak lain yang sebaya dengannya. Berdasarkan kajian penyelidik agak kurang jelas tentang bagaiamana penderaan emosi boleh berlaku dan penyelidik juga menyatakan penderaan emosi berlaku agak tidak ketara dan saya menyimpulkan bahawa penyelidik kurang jelas bagaiaman berlakunya penderaan emosi dan ciri-ciri mangsa yang mengalami penderaan emosi.Berdasarkan kajian penyelidik juga menyatakan definisi penderaan emosi tidak dapat dikenalpasti dengan baik. penyelidik memang menerangkan dengan lebih terperinci tentang tujuan. sokongan dan tunjuk ajar daripada guru -guru yang arif supaya dia dapat maju dalam pelajarannya. prestasi akademiknya mungkin akan lebih baik. seorang kanak -kanak berusia 10 tahun sering mengeluh tidak boleh tidur malam dan berasa resah untuk menghadapi peperiksaan. Contohnya . kerana program intervensi bagi membantunya dalam pelajaran tidak dapat diaturkan dengan berkesan .

7 .sebgai contoh seperti berikut. ia melibatkan 146 kes. Kuala Lumpur dari tahun 2000 hingga Ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan tidak tinggi tetapi memperlihatkan aliran yang semakin meningkat. Sehingga Ogos 2006.menunjukkan penyelidikan yang dijalankan oleh beliau satu kajian yang belum menemui kesepakatan dunia tentang penderaan emosi. 2002 (123) dan bilangan kes menurun kepada 119 pada tahun 2003. penderaan kerana mereka diabaikan penjagaan dan penderaan emosi (Malaysia 1991) ) dan sebaiknya beliau menyertakan definisi dan pandangan daripada pakar psikologi bagi mengukuhkan lagi kajian beliau. penderaan seksual. emosi dan pembelajaran yang serius. (Penderaan terhadap kanak-kanak dibahagikan kepada empat jenis penderaan yang utama.Namun demikian. lebih dari kesan umum dalam persekitaran mereka dan ini jelas faktor yang menyebabkan berlakunya penderaan emosi adalah datang dari ibu bapa itu sendiri.Dari tahun 2000 hingga Ogos 2006. sebanyak 108 telah dilaporkan. Kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia. 2001 (150).Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan penderaan yang semakin meningkat. Berdasarkan kajian beliau juga jelas penderaan emosi masih memerlukan kajian yang lebih menyeluruh daripada pakar-pakar psikologi untuk mengetahui lebih dalam tentang penderaan emosi secara lebih menyeluruh. bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik dan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalah lebih membebankan.definisi yang diberikan oleh beliau ialah . Bagaimanapun. Seabagai contoh beliau boleh menyertakan perkembangan kes-kes atau statistik kes penderaan berdasarkan sumber-sumber media massa yang diperakui kesahihannya. Pengenalan(Kritikkan/Cadangan dan Penambahbaikan) Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pnyelidik adalah kajian yang baik dan masih memerlukan kajian yang menyeluruh dan kajian yang dijalankan oleh beliau juga berketepatan dan dikenal pasti secara keseluruhan tentang penderaan emosi terhadap kanak-kanak. penyelidik menyatakan bahawa penderaan emosi berlaku kesan daripada tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak dan kesan daripada penderaan emosi ini boleh mewujudkan pelbagai masalah sosial. Tahun 2000. kajian yang dijalankan oleh penyelidik jelas belum mencapai kesepakatan antarabangsa dari aspek teori dan maksud penderaan emosi. bilangan tersebut meningkat pada tahun 2004 dengan 148 kes seterusnya menokok kepada 189 pada tahun 2005. Bukit Aman. seperti yang saya katakan pada awalnya tadi. Namun. iaitu penderaan fizikal.kedaan ini jelas apabila beliau sekadar memetik atau mengambil definisi dari pandangan dalam Malaysia sahaja.

Sarawak. Guru merupakan individu yang boleh membantu mengatasi dan memulihkan pelajar yang mempunyai masalah penderaan emosi. ketika itu saya bersekolah di tahun 6 di SRK Syed Otman Miri.Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang pelajar. Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kes ini. 2008 Berdasarkan statistik tersebut penderaan emosi jelas masih boleh dibendung dengan baik dan para pelajar yang mengalami penderaan emosi juga boleh memberi kesan kepada proses P&P guru disekolah dan guru juga perlu peka terhadap isu semasa berkaitan masalah penderaan emosi. Di samping itu beliau juga boleh menyertakan jadual yang menunjukkan statistik penderaan kanak-kanak. Amat menarik bagi kita untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini. Dengan adanya statistic dan artikel yang kukuh ini membantu penyelidik mengukuhkan lafi fakta kajian beliau.Berikut adalah merupakan contoh statistik yang saya perolehi berdasarkan jenis-jenis penderaan:- JENIS-JENIS KES PENDERAAN KANAK-KANAK TAHUN 2001-2007 Terdampar Diabaikan Fizikal Seksual Emosi Lain/Iain 70 303 287 251 56 69 121 357 354 324 32 54 98 389 410 430 32 31 26 563 459 529 52 27 68 601 431 566 77 57 53 682 495 670 50 49 63 761 586 754 45 70 Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia . Kami satu kelas gempar apabila seorang rakan berteriak dengan tiba-tiba dan lari keluar dari sekolah dan para guru ketika itu belari mengejar 8 .

hubungan interpersonal ibubapa dan kanak-kanak. kelemahan kanak-kanak. Kedaan ini jelas kajian tentang penderaan emosi masih mempunyai sumber yang terbatas berbanding jenis penderaan lain seperti penderaan fizikal dan seksual terhadap kanak-kanak.ganguan perkembangan fizikal dan ganguan pada perkembangan psikologi.Selain itu sebagai sebuah sekolah dan sekolah merupakan ejen pendidikan kepada masyarakat. kerosakan psikologi. Tetapi yang saya cadangkan adalah objektif harus difokuskan kepada gangguan dan kesan kepada penderaan emosi terhadap ganguan psikiatri. Di dalam kajian ini. 2001). Objektif Kajian(Kritikan/Cadangan dan Penmabahbaikan) Penyelidik telah memberi maksud yang jelas tentang maksud emosi. selepas ditanya dan dikaunseling oleh guru yang pada masa itu guru kelas kami iaitu Cikgu Badrul zaman pelajar tersebut menyatakan dia mengalami tekanan emosi kesan daripada masalah rumah tangga ibu bapanya dan sering di maki oleh bapanya yang juga tertekan semenjak ibunya lari dari rumah. ekpresi emosi. Ini berdasarkan. konflik antara ibubapa dan kesihatan mental ibubapa sehingga keadaan ini membentuk pengalaman dalam hidup kanak-kanak itu kelak (Teoh dan Rose. Kedaan ini sehingga kini mendorong saya untuk mengkaji dengan lebih dalam tentang gelagat dan emosi seseorang dan diakui psikologi merupakan subjek yang saya amat minati sekali. Kebanyakan kanak-kanak diperingkat persekolahan sering mengalami pelbagai masalah 9 . penyelidik ada menyatakan ganguan dan kesan tersebut. penderaan emosi. amatlah dialukan melalui persatuan Ibu Bapa dan Guru menjalankan program dan ceramah untuk membimbing anak-anak mereka dan mengelak berlakunya penderaan emosi terhadap anak-anak.fisiologi emosi. namun agak sedikit dan agak terbatas maklumat yang diperolehi.sebagai contoh mewujudkan guru pendidikan khas masalah emosi dan mental untuk mengesan kanak-kanak yang menderita tekanan emosi. bentuk interaksi. kajian kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia mendapati bahawa perubahan tingkah laku ini adalah dipengaruhi oleh cara gaya keibubapaan. ini jelas menunjukkan penderaan emosi amat sukar dikesan dan kerajaan melalui guru boleh mewujudkan satu bidang untuk melatih guru mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi.pelajar tersebut yang cuba melarikan diri dari sekolah. cirri-ciri penderaan emosi.Berdsarkan statistik yang saya berikan. insiden penderaan emosi dan susana penderaan emosi dengan jelas sekali dan ini telah mengukuhkan lagi kajian beliau tentang penderaan emosi terhadap kanak-kanak.teori emosi. tingkahlaku ibu bapa.

Sistem dan cara pemakanan juga agak luar biasa. Mereka makan tidak tentu masa dan gemar mengutip makanan tidak tentu arah. maka beliau perlu membuktikan kajian beliau dengan disertakan beberapa sampel kajian terhadap beberapa orang kanak-kanak bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan oleh beliau.Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik.Ini sudah pasti memerlukan bimbingan dan kaunseling oleh guru disekolah dan dibantu oleh guru pendidikan khas dalam memabantu membimbing murid yang 10 . beliau telah menyatakan ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi. Adakalanya mereka didapati liar dan ganas. Tingkah laku mereka adalah lebih keanak-anakan dan tidak mengikut tahap umur mereka. Ini kerana kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi mengalami kerosakan psikologi dan ini jelas dinyatakan dalam hasil kajian penyelidik iaitu perkembangan psikologi kanak-kanak akibat deraan emosi juga didapati terjejas. Ini merupakan tangungjawab yang amat besar yang perlu dipikul oleh para guru di sekolah. modenisasi dan urbanisasi. Mereka tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KAJIAN Kajian(Cadangan dan Penambahbaikan) Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik pada pendapat saya penyelidik sekadar mengkaji secara teori dan mengesan sebab dan akibat penderaan emosi.Pada pendapat saya penyelidik seharusnya memilih beberapa orang kanak-kanak yang merangkumi semua bangsa utama di Malaysia untuk menjalankan kajian dan mengenalpasti pelajar yang mengalami penderaan emosi. melalui garis panduan yang diberikan oleh beliau sendiri dalam mengenalpasti kanak-kanak ini.ekpresi wajah dan tingkahlaku kanak-kanak yang mengalami penderaan emsoi. tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk. Kerangka Teori(Cadangan) Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik juga jelas peranan guru amat diperlukan untuk membantu dan membimbing kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan emosi.emosi dan tingkah laku kesan daripada keruntuhan sistem kekeluargaan.

agar pelajar mampu mengecapi kesenangan yang diperolehi melalui ilmu pengetahuan. CADANGAN KAEDAH KAJIAN Sesi kaunseling dan memerhatikan tingkah laku pelajar di sekolah serta permerhatian terkawal dan mengenalpasti dari sudut ekpresi muka ketika mengeluarkan setiap patah ayat dari mulut.Kesan daripada penderaan emosi juga akan menyebabkan mereka mengalami kerosakan psikologi yang amat teruk apabila mereka menjadi dewasa suatu hari kelak.Pendedahan kepada aspek kerohanian juga perlu bagi memastikan mereka membesar dan berkembang selaras dengan tuntutan agama. KESIMPULAN Kesimpulannya. Jika pembentukan sahsiah kanak-kanak sudah terganggu dari awal lagi.Kesannya mereka mudah untuk terjebak dengan masalah sosial yang akan mengelapkan masa depan mereka suatu hari nanti. Pengenalan dan kajian secara menyeluruh terhadap kes berkaitan penderaan emosi kanak-kanak amatlah perlu.mental dan psikologi yang baik. Para pakar psikiatri 11 . pelbagai masalah mental dan sosial akan timbul apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa. Selain itu pelajar yang mengalami penderaan emosi perlu diberi perhatian dengan dan sentiasa memberi peluang kepada mereka menyertai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan bagi memupuk minat dan melegakan tekanan pada mereka.Melaui keakraban hubungan pelajar dan guru dapat mendekatkan diri dan pelajar turut selesa untuk meluahkan masalah yang dialami oleh mereka.Guru juga boleh mendekati pelajarnya mengunakan pendekatan sebagai seorang sahabat dan berusaha untuk menunjukkan kesedian mendengar masalah pelajarnya.mengalami penderaan emosi.Pihak sekolah juga boleh mengadakan program mentor dan menthe atau istilah anak angkat guru bagi memastikan para pelajar lebih dekat dengan guru dan mampu mengenalpasti latar belakang pelajar dengan lebih dekat lagi.Peranan guru di sekolah juga amatlah penting bagi memastikan para pelajar dibimbing dengan baik dan menerima pendidikan yang sewajarnya.Ini bagi memastikan kanak-kanak melaui perkembangan fizikal.

Mayarakat lain atau ahli keluarga lain juga merupakan harus berganding bahu bagi memastikan kes penderaan semakin berkurangan dan berjaya diatasi dengan baik.Pihak perundangan juga perlu memainkan peranan mereka dengan lebih bijaksana dan berkesan dalam pengurusan kes-kes penderaan. 12 .dan para guru disekolah perlu mengenalpasti dengan lebih awal bagi membantu mengawal dan menyembuhkan kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi.