KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012

21/2

TAJUK TUGASAN : PRODUK MAKANAN TEMPATAN DI DAERAH TENOM KOPI YIT FOH

NAMA CALON : NO.K.P : 790411-12-6118 NO.A.G : HC510 N0?? TINGKATAN : 3 NAMA SEKOLAH : SM. TSHUNG TSIN TENOM

ELEMEN 1

TAJUK TUGASAN :

PRODUK MAKANAN TEMPATAN DI DAERAH TENOM KOPI YIT FOH

SENARAI SEMAK TUGASAN ELEMEN 1 NO 1 2 HIMPUNAN MAKLUMAT BUKU ILMIAH INTERNET TARIKH -10 APRIL 2012 -3 MAC 2012 -4 APRIL 2012 3 4 5 MELAWAT TEMPAT KAJIAN ORANG SUMBER AKHBAR MARKAH 7 APRIL 2012 7 APRIL 2012 7 APRIL 2012 TANDA

    

............................................................................................ TANDA TANGAN GURU PENILAI

BUKU ILMIAH

Buku Ini Menjelaskan Tentang Perkembangan Sejarah Kopi Di Dunia

Peta Ini Menunjukkan Perkembangan Penanaman Kopi Di Dunia

Peta Menunjukkan Migrasi Kopi Di Asia Tenggara Jenis Kopi Arabica Dan Robusta

INTERNET

Diakses pada 3 Mac 2012

MELAWAT TEMPAT KAJIAN

Pada 7 April 2012 , saya dan rakan-rakan kelas telah dibawa oleh guru sejarah kami, Cikgu Fasila untuk melawat kilang Kopi Yit Foh.

Mesin pengisar kopi yang mengasingkan kulit dengan isi kopi yang sudah dikeringkan.

Biji kopi yang sudah dikisar dan dipanggang.

Puan Vivian pengusaha Kopi Yit Foh sedang menerangkan proses pembuatan kopi.

Gambar kenangan dengan isteri dan cucu pemilik perintis kopi Yit Foh.

Kemudahan penghantaran produk kopi Yit Foh kepada pembeli.

ORANG SUMBER
ORANG SUMBER (1) Nama :Puan Vivian Chee Sui Liam Umur : No.KP : Pekerjaan : Pengusaha Kilang Kopi Yit Foh

Soalan temubual . 1. Bolehkah puan ceritakan sejarah kewujudan Kopi Yit Foh ini? Kopi Yit Foh mula wujud sejak 1960-an lagi. Pada asalnya pengusaha kopi Encik Yong (sudah meninggal dunia ) sebenarnya membuka Kedai Kopi yang membuat kopi sendiri . Mendiang Encik Yong ini berasal dari negara China. Beliau menghasilkan cara kopi “O” Hainan yang semakin digemari sejak diperkenalkan di kedai kopinya sendiri. Oleh sebab pemintaan yang semakin banyak daripada kedai-kedai kopi lain, Encik Yong menghasilkan lebih banyak kopi buatan sendiri untuk dibekalkan kepada pembeli. Sehinggalah beliau mengusahakan kilang kopinya sendiri.

2. Apakah bahan-bahan yang diperlukan dalam pembuatan serbuk kopi ini? Bahan-bahan yang diperlukan dalam menghasilkan kopi ini ialah biji kopi, margerin dan gula.

3. Bagaimanakah proses penghasilan kopi ini dilakukan? Biji kopi yang segar dipetik biasanya dibeli daripada kebun kopi yang berhampiran . Kemudian bijih kopi dikeringkan dalam tiga hari yang bergantung kepada keadaan terik matahari. Kopi tidak boleh terlalu sangat kering kerana boleh merosakkan kualiti kopi. Seterusnya, proses mengasingkan kulit kopi dalam mesin pengisar . Biji kopi yang sudah dikisar akan digredkan dan dipanggang mengikut gred tadi. Kopi dimasak dalam drum kopi pemanggang yang menggunakan kayu api. Kopi yang sudah dipanggang dikisar dan dibungkus.

4.

Apakah keistimewaan kopi Yit Foh ini? Cara pemanggangan biji kopi yang menggunakan kayu api ini menjadikan kopi Yit Foh ini lebih wangi dan aroma kopi lebih sedap berbanding dengan kopi yang lain.

5. Apakah harapan Puan Vivian pada masa hadapan untuk produk Kopi Yit Foh ini? Harapan saya agar Produk Kopi Yit Foh dapat ditambahkan penghasilannya dan kilang kopi kami mampu bersaing dengan pengeluar lain serta dapat menghasilkan pelbagai jenis produk yang berasaskan kopi produk sendiri.

ORANG SUMBER (2) Nama : Puan Voo Chong Kiau Umur : No. KP : Perkerjaan : Pesara pemilik kopi Yit Foh

Soalan temubual 1. Bagaimanakah suami puan mendapat idea untuk menghasilkan kopi sendiri? Suami saya memang seorang yang berakal kerana usaha beliau dalam memajukan kedai kopi sendiri. Pada masa itu, daerah Tenom mempunyai kebun-kebun yang menanam kopi, maka dia sendiri pergi membeli dan membuat kopi untuk kegunaan di kedai kopi sendiri. Usaha ini agak menguntungkan. Kopi yang kami buat mendapat sambutan penduduk yang mengunjungi kedai kopi kami. Memandangkan dia mendapat permintaan yang banyak daripada rakan-rakan kedai kopi lain, dia berusaha membekalkan kopi kepada mereka.

2. Apakah masalah yang dihadapi oleh puan dan suami dalam memajukan kilang kopi ini? Masalah yang dihadapi ialah apabila harga kopi di pasaran jatuh dan kewujudan pesaing daripada pengeluar lain.

3. Bagaimanakah usaha puan dan suami puan untuk mengatasi masalah itu? Suami saya mengeluarkan produk baru yang mempunyai campuran susu dalam bentuk pracampuran. Produk ini semakin diminati dan mampu bersaing dengan pengeluar lain. Malah mendapat sambutan daripada pelancong luar.

4. Apakah langkah yang diambil oleh suami puan untuk memajukan penjualan kopi? Suami saya telah membina kilang yang di tapak baharu ini dan telah mempelbagai jenis kopi dalam bentuk pracampur yang mengikut citarasa pengguna. Sehingga kini produk kami semakin berkembang kerana semakin dikenali dengan rasanya yang pelbagai.

5. Apakah harapan puan dalam usaha puan? Harapan saya agar produk kopi kami terus wujud sehingga ke anak cucu. Sekarang anak saya sendiri yang menggantikan usaha mendiang ayahnya.

ORANG SUMBER (3) Nama : Encik Lee Umur : No.KP : Pekerjaan : Pemandu Bas

Soalan temubual 1. Adakah Encik Lee penggemar minum kopi Yit Foh? Mengapa ? Ya, saya suka minum kopi Yit Foh kerana rasanya yang sedap dan aroma yang menyegarkan.

2. Bagaimanakah Encik mula minum kopi Yit Foh? Sejak kecil lagi malah saya pernah berkerja di kilang Yit Foh membantu pemiliknya mengisar kopi.

3. Bagaimanakah Encik boleh bekerja dengan pengusaha kilang? Saya tinggal sekampung dengan pengusaha kilang . Keluarga saya selalu mengunjungi kedai kopinya. Memandangkan semasa pemerintah British pekerjaan amat sukar, jadi saya membantu keluarga saya dalam usia remaja bekerja di kilangnya. Beliau sangat ramah dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pekerjanya.

AKHBAR

Keratan Akhbar Tentang kebaikan Kopi dalam merendahkan Risiko Penyakit Jantung. Borneo Mail tahun 2009

ELEMEN 2

TAJUK TUGASAN :

PRODUK MAKANAN TEMPATAN DI DAERAH TENOM KOPI YIT FOH

SENARAI SEMAK TUGASAN ELEMEN 2 NO 1 2 3 4 5 6 7 8 9 HIMPUNAN MAKLUMAT MUKA DEPAN SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN MARKAH TARIKH 13 MAC 2012 22 APRIL 2012 8 APRIL 2012 9 APRIL 2012 9 APRIL 2012 15 APRIL 2012 16 APRIL 2012 18 APRIL 2012 18 APRIL 2012 TANDA

        

............................................................................................ TANDA TANGAN GURU PENILAI

PRODUK TEMPATAN DI DAERAH TENOM MAKANAN : KOPI YIT FOH

SENARAI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN  PENGHARGAAN  OBJEKTIF KAJIAN  KAEDAH KAJIAN  HASIL DAPATAN KAJIAN I. II. III. IV. LATARBELAKANG PERKEMBANGAN PRODUK KAEDAH PENGHASILAN PRODUK CABARAN DAN HARAPAN 8 9 MUKA SURAT 1 2 3 4

 RUMUSAN  LAMPIRAN  RUJUKAN

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah Tshung Tsin Tenom, Puan Wong Choi Chin kerana beliau telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kerja kursus sejarah ini. Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada guru Sejarah kami iaitu Cikgu Fasila Abdul Rahman kerana sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian ini. Selain daripada itu, saya mengucapkan sekalung budi dan rasa sayang kepada kedua ibu bapa saya Encik ______________________ dan Puan __________________ kerana sentiasa meluangkan masa dan sokongan material dan moral dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, setingg-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pemilik dan pengusaha Kilang Kopi Yit Foh Tenom kerana sudi meluangkan masa sibuknya dalam menyokong dan membantu kami dalam memberikan maklumat tentang penghasilan kopi . Tidak lupa juga kepada orang sumber Encik / Puan _________________________ yang sudi meluang masa untuk ditemubual ketika kajian ini dijalankan. Akhir sekali kepada ahli-ahli kumpulan saya, Saudara__________________, Saudari _____________________ dan Saudara _____________________________ kerana sentiasa berada di samping saya dalam menyiapkan dan berkongsi maklumat bagi menyiapkan tugasan ini. Sekian dan terima kasih.

Ms.1

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah :1. Kajian ini dilaksanakan secara amnya untuk mendapatkan dan mengumpul maklumat tentang produk tempatan yang berkaitan dengan makanan di daerah Tenom

2. Kajian ini juga dapat mengumpul maklumat tentang Produk kopi di daerah Tenom dan cara-cara penghasilan kopi Yit Foh.

3. Kajian ini juga dapat memberikan pengalaman dalam mengaplikasikan kaedah mencari maklumat yang dipelajari dalam mata pelajaran sejarah seperti kaedah temu bual, melawat tempat kajian dan membuat penyelidikan di perpustkaan dan internet.

4. Kajian ini dapat memupuk semangat patriotisme terutamanya agar berbangga dan bersyukur bahawa penduduk tempatan mampu mengeluarkan produk sendiri .

Ms.2

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat iaitu :1. MELAWAT TEMPAT KAJIAN Saya telah melawat kilang kopi untuk mendapatkan maklumat. Saya juga telah mengambil

berberapa gambar dijadikan sebagai bahan bukti.

2. TEMU RAMAH Semasa saya melawat tempat kajian, saya berpeluang menemu ramah orang sumber dan merekod segala hasil temu ramah itu untuk dianalisi kemudian.

3. RUJUKAN KE PERPUSTAKAAN Saya juga telah mengunjungi perpustakaan sekolah dan perpustakaan daerah untuk mendapatkan maklumat tambahan terhadap tugasan yang diberikan.

4. MELAYARI LAMAN SESAWANG / INTERNET Saya juga menggunakan kaedah teknologi dengan melayari internet. Melalui layaran ini saya dapat maklumat tambahan untuk tajuk tugasan.

Ms.3

HASIL DAPATAN KAJIAN
1. LATAR BELAKANG PRODUK KOPI YIT FOH a. b. Nama Produk Makanan Nama Pengusaha Kopi Yit Foh Encik Yong Loong Vun ( pengasas - sudah meninggal dunia) Encik Yong Fui Ching ( terkini – anak ) c. d. Tahun diasaskan Alamat kilang 1960-an Yit Foh Coffee Factory Sdn.Bhd 3 Km, Jalan Tenom-Sapong, 89908 Tenom, Sabah, Malaysia i. Biji kopi asli ii. Margerin iii. Gula  Bahan-bahan campuran lain f. Perlesenan Susu

e.

Bahan-bahan produk

Dimohon daripada Majlis Daerah dan Perlesenan Produk Halal di Kota Kinabalu

g.

Keistimewaan Produk

Kaedah pemanggangan kopi yang menggunakan kayu api dan mempunyai aroma kopi yang wangi.

Ms.3

Sejarah Penubuhan

Kopi Yit Foh diasaskan oleh Encik Yong Loong Vun pada tahun 1960-an lagi. Pada asalnya kopi Yit Foh ini hanya dapat diperolehi dan diminum di Kedai Kopi Yit Foh. Kopi ini dihasilkan sendiri oleh Encik Yong . Kopi Yit Foh ini mengikuti cara Kopi “O” daripada Hainan China yang hanya menggunakan asas bahan seperti biji kopi yang sudah dipanggang, gula dan margerin. Aroma kopi ini sangat wangi dan menyegarkan kerana cara biji kopi itu dipanggang yang menggunakan kayu arang. Kopi Yit Foh mulanya hanya dibuat di rumah sendiri sehinggalah ianya telah menjadi terkenal dan telah menjadi permintaan ramai dalam kalangan penduduk Pekan Tenom yang pernah mengunjungi Kedai Kopi Yit Foh. Hasil daripada usaha untuk memenuhi permintaan pelanggan di kedai kopi dan tempahan pengguna, Encik Yong telah menubuhkan sebuah kilang kecil yang berhampiran dengan Pekan Tenom .

Ms.4

II. CARA PENGHASILAN PRODUK

a. Tenaga Pekerja. Pada awalnya, Encik Yong Loong Vun hanya mengusaha produk kopi sendiri . Oleh itu, beliau hanya meminta dalam kalangan keluarganya untuk membantu menghasilkan kopi. Usaha beliau telah disambung oleh anaknya Encik Yong Fui Chiang .Kini kilang kopi beliau mempunyai seramai 31 orang pekerja.

b. Bahan-bahan dan peralatan untuk menghasilkan produk kopi Yit Foh i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Biji kopi Gula Margerin Bahan tambahan sebagai perasa tambahan seperti susu Mesin pengisar Tong pemanggang Kayu api atau arang

c. Proses Penghasilan Kopi 1. Biji kopi dibeli daripada pekebun tempatan 2. Biji kopi dikeringkan selama tiga hari , bergantung kepada keadaan terik matahari. 3. Biji kopi yang sudah dikeringkan dikisar untuk mengasingkan kulit dan isi kemudian digredkan mengikut kecacatan dan kesempurnaan biji kopi. 4. Biji kopi dipanggang dalam tong pemanggang yang menggunakan arang atau kayu api dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Ms.5

5. Biji kopi yang siap dipanggang akan dikisar halus dalam mesin pengisar dan dicampur dengan bahan campuran lain untuk menjadi bahan pracampur kopi. 6. Serbuk kopi yang sudah dikisar dipek dan dibungkus untuk diedarkan kepada pengguna.

d. Spesifikasi dan langkah kawalan mutu. Untuk mengawal mutu produk, Encik Yong Fui Chiang sentiasa memastikan bahawa produknya mempunyai tarikh luput dan menggunakan bungkusan yang bersih dan terjamin keselamatannya. Spesifikasi timbangan dan ukuran juga telah diwujudkan untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan ketika membeli. Ukuran dan rekaciptaan pembungkusan yang unik juga telah menarik minat pelanggan kerana memenuhi citarasa yang diinginkan.

Ms.6

III. PERKEMBANGAN PRODUK KOPI YIT FOH

Sejak tahun 1960-an, kopi Yit Foh semakin dikenali kerana identiti pembuatan kopi yang unik . Kopi Yit Foh mempunyai aroma kopi yang unik menjadikan populariti meningkat terutama dalam kalangan penggemar kopi. Daripada hanya dibungkus dengan menggunakan plastik biasa , kopi Yit Foh sudah mempunyai simbol tanda perniagaan tersendiri sebagai lambang produk kopi di daerah Tenom . Malah pada tahun 1990-an pula, kopi Yit Foh memperkenalkan Kopi pracampuran yang mempelbagaikan rasa kopi. Kini, kopi Yit Foh mempunyai 12 produk kopi dan mampu bersaing dengan produk kopi lain. Kopi Yit Foh juga sudah terkenal di beberapa buah luar negara seperti United Kingdom, Perancis, Singapura , Taiwan dan Australia.

IV . CABARAN DAN HARAPAN

Walaupun terdapat masalah harga pasaran kopi , kekurangan bahan api dan cabaran persaingan produk lain. Pengusaha produk cekal dan sentiasa inovatif dalam menghasilkan kopi dan mengekalkan mutu produk kopi Yit Foh. Pengusaha kopi Encik Yong Fui Chiang membawa harapan dan berusaha untuk menempatkan produk kopi keluaran daerah Tenom yang terpencil ini dikenali seperti kopi antarabangsa.

Ms.7

RUMUSAN
Kopi Yit Foh di daerah Tenom ini merupakan salah satu produk Tenom yang telah menjadikan daerah Tenom ini terkenal. Kopi Yit Foh bukan sahaja mengharumkan nama daerah Tenom malah penduduk tempatan amat berpuas hati dengan produknya. Kopi Yit Foh tetap mengekalkan mutunya malah sentiasa menerima perubahan semasa seiring perkembangan keperluan terkini. Saya amat berbangga kerana Pekan Tenom mempunyai identiti produk keluaran sendiri .Selain itu, saya juga rasa cinta dan syukur atas anugerah tuhan yang menjadikan daerah Tenom kaya dengan tanah yang subur dan sesuai untuk pengusahaan kopi. Maka dapatlah saya rumuskan , kita seharusnya berbangga dan bertanggungjawab sebagai warga Malaysia yang merdeka untuk menghargai hasil produk sendiri.

Ms.8

LAMPIRAN

Gambar menunjukkan Kilang Kopi Yit Foh pada tahun 1960-1993 Ms.9

Kilang Yit di tapak baru – gambar diambil pada 7 april 2012.

Ms.10

Gambar menunjukkan biji kopi yang dikisar dan kulitnya diasingkan

Ms.11

Gambar menunjukkan kopi yang digredkan

Ms.12

Puan Vivian Chee sedang memberi penerangan kopi dihasilkan.

Ms.13

Kopi di pek dalam bungkusan pracampur oleh pekerja. Ms.14

Proses membungkus melalui mesin pembungkus Ms.15

Sesi bergambar dengan Puan Vivian Chee. Saya yang berada di tengah-tengah .

Ms.16

RUJUKAN
1. BUKU ILMIAH Mark Pendergarst, 2010, Uncommon Grounds: The History of Coffee and How It Transformed Our World, Unites State of America,Basic Books

2. LAMAN SESAWANG i. ii. http://tenom.pid.net.my/article.cfm?id=82 http://www.newsabahtimes.com.my/magazine/magazine_display/853

3. ORANG SUMBER a. Puan Vivian Chee Sui Liam,41 tahun, Pengusaha Kilang Yit Foh, 3 Km, Jalan Tenom-Sapong, 89908 Tenom, Sabah, Malaysia. b. Encik Yong Fui Chiang, 41 tahun, Pemilik Kilang Yit Foh, 3 Km, Jalan Tenom-Sapong ,89908 Tenom, Sabah, Malaysia

4. MELAWAT TEMPAT KAJIAN Kilang Yit Foh ,3 Km, Jalan Tenom-Sapong,,89908 Tenom, Sabah, Malaysia

ELEMEN 3

TAJUK TUGASAN :

Belilah Barang Buatan Malaysia

Bagaimanakah slogan di atas dapat menyubur semangat dalam kalangan rakyat di negara kita.

SENARAI SEMAK TUGASAN ELEMEN 3 NO 1 Berbangga sebagai Rakyat Malaysia 2 Bersemangat setia negara 3 Bersemangat Kekitaan 4 Berdisiplin 5 Berusaha dan Produktif MARKAH UNSUR PATRIOTISME TANDA

............................................................................................ TANDA TANGAN GURU PENILAI

BELILAH BARANG BUATAN MALAYSIA
Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu, kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri.

Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat membendung masalah inflasi. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah tanggapan negatif yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada barangan tempatan. Jelaslah bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan membeli produk tempatan, kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar negara.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa asal bergaya dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata sahaja bagi barangan tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk. Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan import. Sebagai contoh, kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi, Viva kini Inspira. Tuntasnya, pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan

rakyat Malaysia.

Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Tepuk dada, tanya selera. Dalam hal ini, bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi negara menjelang 2020 nanti.

Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri. Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang begitu memandang tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan. Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri.

Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah, mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana Bersatu teguh, Bercerai Roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia, sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

[568 patah kata]

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful