You are on page 1of 2

Definisi Bilik Darjah Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat

terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru (Leonard & Karen, 1996). Secaranya amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah yang melibatkan sekumpulan murid atau pelajar yang mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Bagi konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar serta berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya. Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah merupakan satu prosese yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi di kalangan pelajar dan guru. Menurut Lee Shok Mee (1955), Pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Aspek-aspek Pengurusan Bilik Darjah
i.

Iklim dan persekitaran bilik darjah Aspek ini berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai-bagai perabot lain dengan sempurna. Suasana bilik darjah yang harmonis akan membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.

ii.

Komunikasi dalam bilik darjah Aspek ini penting kerana pelajar merupakan pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua-dua belah pihak. Tindak balas atau reaksi yang lahir daripada prosese komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka.

iii.

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Peningkatan profesionalisme guru di dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim

dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya. Seterusnya, untuk mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran, guru perlukan kebijaksaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refelksi.
iv.

Pengurusan yang berkaitan dengan Disiplin Murid Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah-masalah disiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan di sepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah. Menurut Lindgren (1976) disilin bermaksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh perlakuan seseorang.

Kesimpulan Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa bilik darjah yang memiliki suasana persekitaran yang baik akan mempengaruhi corak pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif. Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya di dunia dan akhirat. Oleh itu semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai.

Rujukan Leonard, M. S., & Karen, L. (1996). Guru Yang Kreatif, Isu-Isu Teorikal & Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd. Ea Ah Meng. (2000). Pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah (edisi kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

You might also like