You are on page 1of 34

Apa itu Bentuk Dua Dimensi (2D) ?

Definisi
• •

Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar. Jadi, bentuk dua dimensi(2D) ialah apa-apa bentuk yang mempunyai panjang dan lebar.

Ciri-ciri
• • • •

Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang. Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata. Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulat dan bujur. Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulat dan bujur iaitu sisi melengkung.

Contoh-contoh Bentuk Dua Dimensi(2D) Segi empat sama

• •

4 sisi sama panjang 4 bucu Segi empat tepat

• • •

4 sisi 2 sisi yang bertentangan adalah sama panjang 4 bucu Bulat

• •

mempunyai sisi melengkung tidak mempunyai bucu Segi tiga

• •

3 sisi 2 bucu Pentagon

• •

5 sisi 5 bucu

Heksagon

• •

6 sisi 6 bucu Heptagon

• •

7 sisi 7 bucu Oktagon

• •

8 sisi 8 bucu

http://math4g1b.blogspot.com/2011/03/bentuk-2d-hasil-pmbelajaran.html

Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. e. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Murid dapat memahami tentang sifat. Kelebihan Bahan 3D a.htm . Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah : • • • • • • • Realia Model Diorama Akuarium dan terrarium Boneka ‘Mobile' Topeng http://ipislam. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik d.my/kplir/tek-pdk/bahan/bahan_tiga_dimensi. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. f. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.edu.Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. b. c. g.

Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D) 2.objek yang bersifat konkrit. ruang dan warna. kanan. Ciri-ciri bentuk 1. http://akalseni. mempunyai pandangan sisi. .com/2010/05/bentuk-penghasilan-bentuk-melalui.Bentuk 3D .html BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG .Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain . jalinan. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang http://senivisual1. buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik. 4.bentuk konkrit . Berstruktur .objek semula jadi.mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna 3. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian. berisipadu. .blogspot. 3.Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk. rupa. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu.Bentuk organik ( haiwan .com/ . Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan. lebar dan kedalaman 2. kiri. objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon. atas dan bawah . Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan 4. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan.catan kolaj dan lain-lain.blogspot.1. kestabilan dan kekukuhan . Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.

blogspot.html . Bentuk 2D mempunyai bucu kecuali bentuk bulatan dan bujur. Bentuk 2D mempunyai permukaan yang rata. Ciri-ciri • • • • Bentuk 2D mempunyai lebar dan panjang. bentuk dua dimensi(2D) ialah apa-apa bentuk yang mempunyai panjang dan lebar. Jadi.com/2011_11_01_archive.Apa itu Bentuk Dua Dimensi (2D) ? Definisi • • Dimensi itu melibatkan panjang dan lebar. Semua bentuk 2D bersisi lurus kecuali bentuk bulatan dan bujur iaitu sisi lengkung. http://ariellee-ariel.

Menstruktur proses pembelajaran geometri pelajar agar tercapai objektif serta memperoleh kesan yang maksimum. Ini penting bagi guru untuk merangka aktiviti dan menstruktur program untuk pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat ini. . sejak dari bayi lagi. guru adalah orang yang paling penting dalam membina dan memperkembangkan konsep geometri murid. Peranan guru dalam memperkembangkan konsep geometri kanak-kanak pada amnya terbahagi kepada 4 peranan utama: 1.PENDAHULUAN Pembelajaran geometri pada awal umur kanak-kanak adalah tidak formal. Guru harus menyediakan suatu pengajaran yang berkesan yang mampu memberi kesan mendalam terhadap murid. Menentukan tahap serta aras pemikiran geometri para pelajar dimana guru seharusnya berupaya melihat dan menentukan tahap pemikiran muridnya berkenaan geometri. kanak-kanak mendapat peluang menimba pengalaman dalam menyelesaikan masalah serta mempelajari konsep geometri Peranan Guru Selain daripada ibu bapa.meneka dan menyelesaikan masalah. 2. 3. Melalui sesetengah permainan juga seperti memasukkan bentuk-bentuk geometri seperti segiempat. Ini dapat dilihat. bentuk-bentuk. segitiga dan bulat ke dalam ruang yang disediakan dan penyusunan kepingan-kepingan darinya. juga mengaitkan pelajar dengan penerokaan alam geometri yang lebih terbuka. kanak-kanak tidak mengetahui secara saintifik berkenaan geometri tetapi melalui pengalaman mereka bermain dengan alat permainan tersebut telah membina pengetahuan geometri secara tidak langsung.berbentuk penerokaan. ibubapa sebenarnya telah pun menerapkan pemahaman secara tidak formal kepada kanak-kanak dengan memberikan obejek-objek geometri sebagai alat mainan. Murid dibenarkan meneroka kendiri serta mengaitkan dengan persekitaran serta pengalaaman sedia ada mereka. Berinteraksi dengan soalan – soalan lebih terbuka di mana murid bebas mengemukakan soalan serta bertanya dalam menjurus kepada pemahaman konsep.

silinder. . Mengenal Konsep Geometri Geometri mengandungi koleksi objek seperti segiempat. Penilaian dengan menggunakan strategi penilaian alternatif seperti perbincangan dan tugasan yang menunjukkan tahap kemajuan. membuat rekod dan portfolio dimana tugasan ini membolehkan murid mengambil bahagian seterusnya menjadikan matematik itu lebih bermakna. Kanak-kanak seharusnya didedahkan dengan konsep asas geometri seperti berikut terlebih dahulu sebelum guru membincangkan dengan lebih lanjut menegnai geometri: • • • • • • • Titik Garisan Segmen garisan yang mempunyai dua penghujung Segmen garisan yang tak berpenghujung Permukan satah Ruang Bentuk -bentuk 2D seperti segiempat. di mana ia mempunyai panjang tetapi tiada lebar atau tinggi. Segmen-segmen garisan mempunyai 2 jenis iaitu segmen garisan yang mempunyai hujung di mana ia menghubung antara dua titik AB dan segmen yang tidak mempunyai hujung yang bermula dari satu titik dan seterusnya berkembang ke suatu arah yang dikenali sebagai infinit. titik. bulatan. Ini kerana kewujudan garisan adalah merupakan satu siri set titik. kon. parallelogram serta bentuk-bentuk padu seperti kubus dan prisma. garisan serta segmen.Murid dibenarkan berinteraksi sesama sendiri dan guru memberi respon yang baik. Jawapan murid samada betul atau salah pada peringkat diabaikan kerana guru hanya melatih murid untuk memberi pendapat dan idea mereka. Garisan merupakan bentuk 1 dimensi yang terhasil dari hubungan antara dua titik yang bersambung.segitiga dan bulatan Asas pertama yang perlu diterapkan dalam murid adalah titik. Pada asasnya geometri mempunyai dua bentuk iaitu 2 dimensi dan 3 dimensi. Konsep asas geometri melibatkan konsep satah. segitiga. 4.

Manakala ruang pula merupakan satu set titik yang dihubungkan antara satu sama lain di dalam bentuk 3 dimensi yang mempunyai panjang. Dari situ mereka akan membina pengetahuan persepsi mengenai objek tesebut. Kedua. 2) Pemuliharaan Sesuatu objek akan kekal pada bentuk dan saiznya walaupun ianya digerakkan atau dibahagikan pada beberapa bahagian.maka panjang A tentunya kurang dari panjang C. lebar dan tinggi. Selain daripada itu. maka di sinilah perwakilan digunakan. murid perlu menerokai pula ciri-ciri struktur yang ada pada suatu bentuk geometri dan akhirnya diperkembangkan kepada bentuk-bentuk geometri itu sendiri dan memahami perkaitannya antara satu sama lain. penerapan konsep asas permukaan satah juga penting iaitu satah merupakan permukaan 2 dimensi yang mempunyai panjang dan lebar tetapi tiada tinggi.mengenali atribut yang diukur dan mengenali unit yang mempengaruhi jumlah yang ditugaskan untuk objek . Pengukuran adalah sebahagian dari angka-angka di dalam kehidupan seharian.Selain daripada itu. di dalam pengukuran terdapat 4 idea asas iaitu : 1) Persepsi dan perwakilan kanak-kanak membina konsep spatial mereka dalam dua tahap yang berbeza iaitu persepsi dan perwakilan. Di peringkat yang seterusnya. Manakala persepi melibatkan hubungan terus dengan fizikal objek.dua tahap ini digabungkan untuk membina idea-idea tentang konsep ruang. 4) Unit Memahami konsep unit dibina dari dua idea. Semasa pembelajaran pengukuran.peluang untuk mengaitkannya dengan bahagian matematik yang lain sentiasa ada seperti operasi bernombor.iaitu. statistik. Menurut Piaget dan Inhelder(1967). Apabila mereka terpaksa menggunakan imaginasi dan memori sedia ada tentang objek tersebut. . geometri dan fungsi. pengukuran juga merupakan salah satu komponen geometri. 3) Transitiviti Memahami transitiviti tentang panjang sesuatu objek membawa maksud bahawa pelajar boleh menyimpulkan jika panjang A kurang dari panjang B dan panjang B pula kurang dari panjang C.

melihat kestabilan .tukarkan kepada unit ukuran yang piawai 5.membuat perbandingan 3. Membina Pemikiran Geometri Pelajar Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. bulatan. 4. 5. segi tiga. membentuk unit yang sesuai dan proses untuk mengukur 4. Terdapat alasan lain kenapa kita harus belajar manipulasi geometri iaitu minat terhadap geometri sentiasa ada apabila kita memerlukan jawapan tentang peristiwa dan fungsi tentang kejadian alam sejagat.Gunakan strategi 2 sehingga pelajar berasas selesa dengan kemahiran menganggar mereka. Ironinya. mengenali benda yang hendak diukur 2. Mengajar ilmu geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci.Dalam mengajar pengukuran. 3.Berusaha untuk membolehkan pelajar menganggar dan mengukur dalam kriteria yang diberikan .Wujudkan masalah kepada pelajar dengan peruntukan masa yang diberikan untuk membuat anggaran. beberapa strategi digunakan: 1.Anggar. minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan.Bandingkan objek dengan objek lain yang sudah diketahui ukurannya. dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya.ukur dan semak semula. proses pembelajaran pengukuran boleh dibahagikan kepada 5 langkah : 1. 2.guna rumus untuk mengira unit Dalam membuat anggaran untuk mendapatkan ukuran yang tepat dari objek tanpa menggunakan alat mengukur.

• Aras Kedua adalah Diskriptif. • Aras Ketiga adalah Deduktif Formal. pada tahap ini pelajar masih tidak dapat mengaitkan turutan logik dan perkaitannya. pembangunan teori pemikiran spatial dalam geometri mendorong pemahaman serta kemahiran pelajar dengan arahan-arahan yang menjurus kepada aras-aras pemikiran semulajadi geometri pelajar. Dengan menggunakan alatan-alatan ini. Pada tahap ini.Pelajar akan menamakan bentuk pada apa yang mereka lihat dan tidak ada penjelasan tentang bentuk tersebut.teorem dan alihannya. Teori beliau mempunyai hieraki aras pemikiran bermula pada usia awal kanak-kanak sehinggalah dewasa yang terdiri dari 3 aras pertama yang merangkumi tempoh normal pembelajaran. Bentuk dilihat sebagai satu.bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan geometri. Arahan simulasi dalam geometri serta aktiviti pengayaan boleh diterapkan di dalam aktiviti bermain seperti meyusun mozek serta blok-blok corak mengikut corak tertentu.definisi. Sebagai contoh. Mereka juga mampu mengaplikasi serta menerangkan perhubungan antara bentuk dan seterusnya membuat definisi. Penyusunan blok dan mozek membolehkan kanak-kanak menyelesaikan .pelajar tidak memahami bahawa segitiga sama sisi yang mempunyai 3 sisi yang sama panjang juga mempunyai 3 sudut yang sama besar. Ini kerana geometri ini merupakan suatu seni yang boleh merangsang pemikiran kanakkanak. kanak-kanak akan mengenal bentuk – bentuk geometri secara tidak formal. Bagi sesetengah pelajar.proses pembelajaran berlaku secara aktif serta berkesan melalui permainan.pada tahap ini pelajar masih belum mampu memahami peranan aksiom.pelajar dapat mengaitkan turutan logik bentuk. Pada tahap ini. Mereka mampu melihat bahawa ada perhubungan antara satu sama lain dalam suatu bentuk. Walau pun begitu.Walau bagaimanapun. Menurut Van Hiele penyelidikannya yang memulakan pada tahun 1950an. mereka boleh memahami kenapa segiempat sama adalah juga tergolong dalam bentuk segiempat . Mereka juga perlu membina bahasa yang sesuai untuk mempelajari sesuatu konsep yang baru.pelajar boleh mengenali dan menghuraikan bahagian-bahagian bentuk. berbanding daripada pelbagai gabungan bentuk. Sebagai contoh. • Aras Pertama adalah Visual di mana tahap ini bermula dengan pemikiran nonverbal. secara tidak langsung.

Guru perlu menggalakkan murid supaya berkongsi dan bercerita tentang bentuk dan gambar yang mereka bina. Kanak-kanak digalakkan meneroka dengan bebas bahan-bahan geometri dan membuat penemuan secara sendiri ciri-ciri dan struktur bahan. murid menggunakan 3 dan 5 kepingan tersebut untuk membentuk kepingan 6 (2 bentuk segitiga membentuk 1 segiempat sama). Guru boleh menanyakan beberapa soalan seperti apa yang boleh dilakukan dengan kepingan-kepingan tangram tersebut. Guru boleh menggalakkan murid untuk menggunakan kepingan-kepingan yang lain untuk membentuk sesuatu bentuk yang baru. Mereka juga dapat menyatakan bahawa setiap sudut bahawa apabila dicantumkan bersama akan membentuk bentuk yang lain. penggunaan tangram boleh diajar sejak dari awal peringkat umur murid. . Sementara mereka bermain. Murid akan sedar bahawa panjang sisi bentuk tersebut adalah sama dan sesetengahnya adalah separuh daripada bentuk yang lain. Contohnya. Melalui aktiviti tersebut murid dapat lebih pemahaman yang lebih spesifik terhadap ciri-ciri bentuk. murid-murid boleh dinilai oleh guru melalui pemerhatian secara tidak formal cara murid berfikir.masalah – masalah bentuk-bentuk yang dikehendaki. dalam suatu permainan. Ini seterusnya murid dapat memberi tumpuan terhadap ciri-ciri khusus setiap bentuk tangram tersebut seperti bentuk segiempat sama. Secara tak langsung murid meneroka ciri-ciri bentuk dan perhubungan antaranya. segiempat tepat dan juga segitiga. Seperti contoh.

aktivti dan tugasan penyelesaian masalah dapat diterap dengan menggunakan soalan terbuka dan boleh diselesaikan dalma pelbagai cara. Matlamatnya adalah supaya murid dapat menggunakan apa yang telah dipelajari dalam menyelesaikan masalah. Selain daripada itu. semasa guru menanyakan nama-nama bentuk-bentuk.pembelajaran geometri penting kerana geometri merupakan cabang matematik yang menghubungkan matematik kepada kehidupan seharian yang . persamaan bentuk. Murid-murid boleh diberi tugasan mencabar seperti melukis dan membina bentuk-bentuk yang ditunjukkan oleh guru menggunakan kepingankepingan tangram tersebut.Seterusnya di peringkat yang lebih tinggi. murid diperkenalkan istilah-istilah baru untuk meneroka dengan lebih lagi ciri-ciri bentuk yang baru. sudut. Sebagai contoh guru boleh menanyakan bentuk apa yang mempunyai sudut tempat. melalui permainan tangram ini. Penggunaan origami juga dapat memberi peluang kepada murid menyelesaikan masalah-masalah geometri seperti paksi simetri. sudut sama. Contohnya. Di peringkat seterusnya. guru boleh memperkenalkan istilah-istilah lain seperti sama sisi. apa ciri yang sama dalam semua segitiga. Kesimpulan Hakikatnya. penggunaan blok-blok boleh melatih kanak-kanak untuk berfikir secara kognitif melalui penyesuaian bentuk geometri ini. bucu dan lain-lain. simetri dan lain-lain. Kemahiran penyelesaian masalah geometri juga boleh ditingkatkan melalui internet kerana pada masa kini terdapat pelbagai aktiviti interaktif yang membolehkan murid meneroka dan mempelajari tajuk geometri dengan lebih mendalam dengan rasa seronok. Aktiviti ini menggalakkan murid menggunakan istilah-istilah tersebut dalam percakapan dan penulisan mereka tentang pengalaman yang mereka perolehi.bentuk apa yang mempunyai sisi yang selari dan lain-lain. sudut tepat.

kepentingan geometri bukan sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan tetapi juga amat berguna dalam kehidupan seharian mereka termasuk juga kerjaya. Mesir. bentuk.Geometri mewakili fenomena alam yang asli. Teks terawal yang dikenali pada geometri ialah Papirus Papirus Mesir. Pandangan cendikiawan hanya merujuk bermulanya ilmu geometri pada zaman Tamadun Mesir. Ini kerana. setiap tajuk atau sub tajuk bagi apa-apa berkaitan matematik. Secara umumnya. ilmu geometri direkodkan secara bertulis. luas. ilmu geometri adalah cabang ilmu matematik yang mengambil berat persoalanan mengenai saiz. jika kita lihat pada silibus sekolah rendah di United Kingdom. yang telah berkembang untuk menemukan sesetengah keperluan praktikal dalam tinjauan. Berbanding dengan negara kita. Apakah Geometri Ilmu geometri telah wujud dan berkembang sejak dari zaman mesir purba. dan . astronomi. pembinaan. dan ‘metri’ yang bermaksud ukur. dan berbagai kraf. Permulaan geometri terawal yang direkodkan boleh dijejak ke Mesopotamia purba.menyelidiki corak-corak visual. Geometri awal adalah koleksi dari empirikal yang dijumpai yang mengambil berat jarak. penyelesaian masalah merupakan perkara utama yang harus diterapkan. Geometri berasal daripada perkataan latin iaitu ‘Geo’ yang bermaksud tanah. kerana bermula pada zaman inilah. Dan juga dapat menjelaskan tentang konsep ruang. Silibus pengajaran bagi tajuk geometri seharusnya menjadikan penyelesaian masalah sebagai suatu hasil pembelajaran yang utama. Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. guru seharusnya mempunyai kemahiran mengajar yang baik agar dapat menerapkan dan mewujudkan pemikiran kognitif murid-murid agar lebih mahir dalam penyelesaian masalah geometri ini. walaupun ia lebih lama daripada itu. Oleh kerana geometri merupakan salah satu tajuk yang penting dalam pembelajaran matematik. dan Lembah Indus dari sekitar 3000 SM. Unsur perkembangan geometri adalah disebabkan aktiviti menyukat semula kawasan milik penduduk mesir yang sering di landa banjir akibat limpahan sungai Nil. dan isipadu. sudut.

Elements merangkumi geometri pepejal dalam tiga dimensi. Walaupun banyak daripada keputusan-keputusan oleh Euclid sudah dinyatakan oleh ahli-ahli matematik Yunani sebelumnya. serta rekaan fesyen dan kenderaan. yang boleh dibuktikan menerusi kaedah geometri. Topik-topik ini sebenarnya memberikan persepsi yang berbeza kepada kanak-kanak dan akan menarik minat mereka untuk melibatkan diri dengan ilmu geomteri. Kebanyakan daripada Elements menyatakan keputusan-keputusan dalam apa yang kini disebut sebagai teori nombor. Batu bersurat tanah liat Babylonia. Geometri Euclid merupakan sebuah sistem matematik yang disumbangkan oleh seorang ahli matematik Yunani bernama Euclid dari Alexandria. atau boleh ditakrifkan sebagai celik ruang (spatial sense). kemahiran memvisualisasi ruang. Euclid merupakan orang yang pertama untuk menunjukkan bagaimana usul-usul ini diletakkan secara sempurna membentuk satu deduksi dan sistem logik yang komprehensif. serta keupayaan menyelesai masalah. Semua aspek praktikal dan estetik geomteri boleh ditemui dalam bidang seni dan pembinaan. manakala orang Cina mempunyai karya Mozi. Buku Elements ini bermula dengan geometri satah. Kaedah cara yang mengandungi andaian satu set aksiom secara intuitif yang sangat menarik. sama banyaknya dengan kaedahnya yang mempunyai isi kandungan matematik. Rasional Ilmu Geometri Geometri menghubungkan manusia dengan dunia seharian. perancangan perumahan. yang masih lagi diajar di sekolah menengah sebagai satu sistem aksioman dan contoh-contoh pembuktian formal yang pertama.Papirus Moscow. dan kemudiannya membuktikan banyak usul (teorem-teorem) daripada aksiomaksiom berkenaan. Ia sudah menjadi salah satu buku-buku yang paling berpengarh di dalam sejarah. Kemudiannya. dan Shulba Sutras India. dan Sembilan Bab pada Seni Matematik. Hubungan yang terbentuk dengan alam sekeliling dengan ilmu geomteri akan membentuk dan mengembangkan pengetahuan dan kemhiran geometri. Teks Euclid. Zhang Heng. Elements merupakan sebuah kajian sistematik yang terawal mengenai geometri. penerokaan ruang. . dan seterusnya geometri Euclid telah dipanjangkan kepada satu bilangan dimensi yang terhingga. ditulis oleh Liu Hui.

Sistem dan konsep Geometri Disebabkan geometri adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Geometri Euclidean. Geometri Transformasi pula merujuk kepada geometri berubah seperti . susunan serta pengasingan dan juga konsep ‘enclosure’.Del Grande dan Morrow (1989). kedudukan relatif. jauh. luar dan sebagainya. ahli-ahli matematik telah membangunkan beberapa system geometri. Geometri Koordinat adalah juga geometri kedudukan tetapi dalam bentuk grid grid dan biasanya meliibatkan titik-titik atau paksi. menyenaraikan 7 kemahiran yang menyumbang kepada kemahiran celik ruang iaitu. Geometri Topologi adalah ilmu geometri yang berkait dengan kedudukan objek seperti dekat. dalam. Konsep-konsep yang perlu kanakkanak didedahkan adalah seperti konsep ‘proximity’.. a) Koordinasi motor-mata b) Persepsi latar-bentuk c) Ketetapan persepsi d) Position-in –space perception e) Persepsi hubungan antara ruang f) Diskriminasi visual g) Memori visual Semua kemahiran ini boleh dikuasai dan dikembangkan dengan aktiviti yang dilakukan dengan meneroka bentuk 2 dimensi dan tiga dimensi oleh kanak-kanak. Geometri Koordinat dan Geometri Transformasi. Sistem-sistem tersebut adalah Geometri Topologi.

Kad Imbasan h. sama ada 2 dimensi atau 3 dimensi. Kelebihan Gambarfoto a. pantulan dan sebagainya. Gambar atau gambar foto Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia. Grafik c. Geometri Euclidean adalah system geometri yang paling luas dipelajari. Teselasi adalah konsep penting yang perlu dikembangkan di dalam Geometri Transformasi. tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Kad Gambar a. Gambar b. Untuk tujuan pendidikan. pelbagai bentuk dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan. Peta e.com/feeds/posts/default? orderby=updated BAHAN-BAHAN DUA DEMENSI Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.sejarah sains. Dalam geometri Euclidean inilah kanak-kanak malahan seluruh manusia belajar mengenai bentuk serta elemen-elemen di dalamnya. iaitu ilmu geometri asas yakni bentuk. tetapi dari aspek praktikalnya masing-masing saling bertindan. hobi dan lain-lain. Gurulah yang berperanan mendedahkan kepada murid ilmu geometri agar mereka dapat menguasai kemahiran geometri serta celik ruang.pusingan. Graf f. Carta d. http://ctzalehamn-mathematicalthinking. pekerjaan manusia. Poster g. terbalik. Walaupun system ini wujud dalam bentuk yang terasing. aktiviti-aktiviti harian. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Hanya istilah yang boleh membezakan setiap jenis geometri ini. Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah: a.blogspot. Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsepabstrak kepada .

Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil. Semasa digunakan. supaya gambar foto berkedudukan tegap. Kelemahan Gambar foto a. letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur. e.ide-ide yang maujud dan formal. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambarfoto yang dipamerkan gambar . Panduan Penggunaan Gambarfoto. c. Oleh itu. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Kaku tiada pergerakan. b. d. mungkin konsep sebenarnya bahan yang ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar ssuatu benda kerana gambar berbentuk dua demensi. Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas. Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup e. Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan. Dengan itu mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa. Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat. b. Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual. maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan e. c. d. Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna. b. d. a. c.

grafik Grafik Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna warni. guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Jenis-jenis Carta a. Semasa menggunakan grafik. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna ‘Rorschach Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personaliti seseorang. iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu. . Carta selalunya mempunyai satu sifat utama. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah. guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai mesej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Carta Organisasi Carta yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya. Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. Carta Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Setiap individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu grafik yang dilihatnya. semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan. Semakin rendah tahap penerimaan murid. Secara amnya.

Carta Organisasi Sekolah b. Carta masa d. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu . Carta Klasifikasi c. Carta Jadual Carta menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku. Carta Urutan Carta yang menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. peristiwa. spesis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat. Carta Masa Carta yang menggambarkan hubungan masa dan peristiwa. Carta Jadual e. berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku. kumpulan dan sebagainya. Carta Klasifikasi Carta yang digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan bahan tertentu.

Graf Gambar atau Pictograf Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan. Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan ii. dimana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti. Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku. Graf Bulat atau Pie Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. . Graf Gambar atau Pictograf c. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat. Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran. Graf Bar atau Batang b. b. Graf Garisan a. Selalunya graf ini dilukis menegak. Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data. Agar pengunaan graf menjadi amat efektif. Graf Bar Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai nilai tertentu. Graf Bulat atau Pie d. adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah. i. adalah lebih baik andainya guru dapat memberi penjelasan dan penyataan c. Tahap fahaman atau penerima murid. guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan keperluan factor-faktor di atas.Carta Urutan Graf Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting. Jenis-jenis graf a.

Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid. Graf garis dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu Graf Garisan Poster Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan. Titik-titik ditandakan mengikut koordinat pada satu set nilai data-data. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Graf Pie d. Graf Garisan Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. . Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spontan. Kemudian titik-titik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Kelebihan poster a.hurufhuruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus. Graf garis ditulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat.

c. Ianya merupakan bahan yang sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah pra sekolah. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. Murid dapat memahami tentang sifat. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep . Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktivitiaktiviti sekolah. huruf dan sebagainya.situasi tertentu. Selalunya hanya satu gambar sahaja yang terdapat pada satu kad. d. Kempen Membaca dan lain.nombor.b. aktiviti Pusat Sumber. Poster Kad Imbasan (Flash Card) Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas. dan tinggi.lain.ringkas dan tepat. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. perjumpaan GERKO. Maklumat pada kad imbasan perlu jelas. Kad Gambar Kad gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar c. contohnya. binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik d. b. Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki panjang. BAHAN TIGA DIMENSI Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. Kad jenis ini juga sangat sesuai digunakan untuk murid-murid pra sekolah. Istilah ini biasanya digunakan dalam bidang seni dan animasi. Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni. e. Kelebihan Bahan 3D a. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kertasmanila. g. Ianya selalu berukuran ¼ daripada kertas manila. perkataan. lebar. f.

Topeng a.pembelajaran melalui penyelidikan. Terrarium f. Diorama d. jentera dan lainlain. belalang dan sebagainya. Contoh. Realia Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut: (i) Realia Asli Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya. Model c. ikan dan serangga. Realia b. Realia Asli (ii) Realia Awet Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia. Mobile h. ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin. Boneka g. Akuarium dan e. Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar antara lain termasuklah : a. dan masih hidup seperti cacing tanah. Realia Awet Ikan Realia Awet Serangga .

Contohnya Kutu Daun dan udang. Kebanyakanm diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia Model Keratan Rentas Kulit Manusia c. untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut.(iii) Spesimen Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Sains dan sebagainya. Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan. Model Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya. plastersin dan getah. Diorama Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Selain itu. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya keretapi dan kapal terbang. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains. bahan-bahan hidup seperti daun bolh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan. Contoh: model enjin keretapi dan neraca (iii) Model Keratan Rentas Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda. (ii) Model Olok-olok Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya. untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. . Beberapa pecahan jenis model: (i) Model Berskala Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu.

Ikan tropika boleh dipelihara didalam akuarium tersebut Akuarium e. Boneka atau Patung Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. plastisin. Akuarium Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air. kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain Diorama d.Diorama boleh dihasilkan dengan mudah. Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium. Terrarium f. katak dan reptiliareptilia kecil yang tidak berbahaya. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah (i) Boneka sarung Tangan (ii) Boneka Lidi . kura-kura kecil. Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat. Terrarium Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung. Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik.

(iii) Boneka Kulit (iv) Wayang Kulit (v) Boneka Bertali Boneka Sarung Tangan Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Boneka Sarung Tangan Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. boneka di julang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut .

Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Program Sarjana Muda Perguruan. http://maziahrashid. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. (2010). ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Topeng Rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Y. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.blogspot.Lidilidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. diwarnakan dan bentuknya di potong keluar.. Semasamemainkan boneka ini.com/p/bahan-2d-dan-2b.html . Lampu dinyalakandan bayingbayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Wayang Kulit Topeng Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach.Boneka lidi Wayang Kulit Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal. Chin (2009).P. Modul Pengurusan Sumber (Teknologi Pendidikan) Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR). Kuala Lumpur.

Kita memerlukan ruang untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatu pergerakan.Ruang Penggunaan ruang secara terancang adalah sangat perlu supaya semua pelajar dapatmenyertai aktiviti yang dijalankan dengan lancar. Ruang yang secukupnya akan membantu pelajar merancang aktiviti seperti pergarakan dan sebagainya dengan lebih kreatif. Aspek keselamatan perlu diutamakan semasa menjalankan aktiviti samaada di dalam mahupun di luar kelas. Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dan dalam berkeadaan dudukmenyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapat bergerak dengan bebas.Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kita melakukannya ditempat yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untuk bergerak denganbebas. . Kita jugaperlu menggunakan ruang dengan bijak untuk mendapat keselesaan dan keselamatan. Ruang kosong yang terdapat dibahagian hadapan dan belakang kelas perlu disusun dengan baik bagi memudahkanguru dan pelajar menjalankan aktiviti dengan seronok dan selamat. Susunan perabuttermasuk kerusi dan meja perlu bersesuaian dengan suasana dan corak pembelajaran.Cara pernafasan kita juga tidak lancar. Pelajar dapat mencuba berbagai-bagai pergerakan yang mereka fikir sesuai dengan irama danjuga mengikut lirik sesebuah laguRuang ialah kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau jarak antaradua objek.Guru boleh menggunakan ruang di luar bilik darjah untuk menjalankan aktiviti yangdirancangkan.

Teori beliau mempunyai hieraki aras pemikiran bermula pada usia awal kanak-kanak sehinggalah dewasa yang terdiri dari 3 aras pertama yang merangkumi tempoh normal pembelajaran. minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan.com/doc/51770541/KK-SDP Mempelajari ilmu geometri mendedahkan kita tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. segi tiga. berbanding daripada pelbagai gabungan bentuk. melihat kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan geometri. bulatan. o Aras Pertama adalah Visual di mana tahap ini bermula dengan pemikiran nonverbal. Terdapat alasan lain kenapa kita harus belajar manipulasi geometri iaitu minat terhadap geometri sentiasa ada apabila kita memerlukan jawapan tentang peristiwa dan fungsi tentang kejadian alam sejagat. . Menurut Van Hiele ( 1950 ). Ironinya.scribd.http://www. Bentuk dilihat sebagai satu. dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya.Pelajar akan menamakan bentuk pada apa yang mereka lihat dan tidak ada penjelasan tentang bentuk tersebut. Mengajar ilmu geometri pula melatih akal fikiran kita untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci. pembangunan teori pemikiran spatial dalam geometri mendorong pemahaman serta kemahiran pelajar dengan arahan-arahan yang menjurus kepada aras-aras pemikiran semulajadi geometri pelajar.

Dalam konsep geometri ianya memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk.o Aras Kedua adalah Diskriptif. Sebagai contoh. Mereka mampu melihat bahawa ada perhubungan antara satu sama lain dalam suatu bentuk. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh pelajar melalui aktiviti manipulatif yang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka pemahaman mereka tentang konsep geometri. Pada tahap ini.Walau bagaimanapun. Ramai di kalangan pelajar tidak dapat membuat pentafsiran yang betul terhadap konsep pemahaman tentang geometri kerana mereka kurang didedahkan dengan latihan manipulatif. Mereka juga mampu mengaplikasi serta menerangkan perhubungan antara bentuk dan seterusnya membuat definisi. Situasi permasalahan harian tidak hanya melibatkan angka-angka bulat malahan situasi dalam kehidupan seharian ada yang melibatkan bentuk. Sehubungan dengan itu. Projek ini juga memberi pendedahan kepada murid untuk menerokai .pelajar boleh mengenali dan menghuraikan bahagian-bahagian bentuk. projek ini ingin menerokai pemikiran pelajar terhadap konsep geometri dan cara mereka mentafsir serta mengaitkan geometri terhadap persekitaran hidup dan mempersembahkannya dengan menggunakan daya kreativiti murid itu sendiri.pelajar tidak memahami bahawa segitiga sama sisi yang mempunyai 3 sisi yang sama panjang juga mempunyai 3 sudut yang sama besar. Mereka juga perlu membina bahasa yang sesuai untuk mempelajari sesuatu konsep yang baru.definisi.pada tahap ini pelajar masih belum mampu memahami peranan aksiom. Walau pun begitu. Di sinilah titik permulaan kajian ini yang berlatarbelakang kepada penerokaan pemikiran konsep geometri di kalangan pelajar sekolah rendah. Sebagai contoh.pelajar dapat mengaitkan turutan logik bentuk. mereka boleh memahami kenapa segiempat sama adalah juga tergolong dalam bentuk segiempat . Pada tahap ini. Terdapat beberapa alat bantuan mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan konsep geometri seperti contoh lukisan dan pepejal sebenar .teorem dan alihannya. pada tahap ini pelajar masih tidak dapat mengaitkan turutan logik dan perkaitannya. o Aras Ketiga adalah Deduktif Formal..

kajian ini akan cuba menjawab soalan – soalan yang berikut iaitu :i. Untuk mengkaji sejauh mana pelajar dapat menggunakan kreativiti mereka dalam memahami konsep apa itu geometri. Objektif projek yang akan dijalankan ialah : a. Apakah yang pelajar faham tentang geometri ? Bagaimanakah pelajar menghubungkaitkan dan mengaplikasi konsep geometri dengan persekitaran ? Tinjauan Literatur Menurut NCTM ( 2000 ) mempelajari geometri bukanlah hanya sekadar belajar tentang maksud ataupun andaian tentang konsep geometri tetapi mempelajari kebolehan untuk menganalisa ciri-ciri bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi di dalam bentuk-bentuk geometri. Kebanyakkan pelajar mempelajari geometri di dalam bilik darjah adalah secara hafalan (Mayberry.konsep serta meningkatkan pemahaman tentang geometri dengan aktiviti disediakan yang diharapkan boleh dikuasai oleh murid secara maksima semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 1981. b. pemikiran di dalam ruang dan model geometri untuk menyelesaikan . c. Kaedah yang sedemikian tidak memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam proses kemahiran berfikir bagi topik seterusnya mengaplikasikan transformasi dan menggunakan simetri. 1988). Untuk melihat sejauh mana penghayatan pelajar terhadap bentuk-bentuk geometri dan dan menyedari kaitannya dengan persekitaran Untuk mengukur sejauhmanakah tahap pemahaman pelajar di dalam bidang geometri Secara khusus. Fuys et al. Disamping itu adalah diharapkan pelajar ataupun murid dapat menghujahkan tentang perhubungan geometri bagi mengenalpasti kedudukan dan ruang didalam perhubungan geometri masalah. visualisasi. ii.

Melalui pengalaman empirikal yang telah dilalui oleh pelajar. Ia juga membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam situasi dunia sebenar. Fokus terhadap projek ini adalah untuk menerokai pemikiran pelajar terhadap konsep geometri dan sejauh mana pelajar dapat menyedari kaitan geometri dengan persekitaran melalui tugasan-tugasan yang diberikan kepada mereka. Pembelajaran geometri memberikan pengalaman dalam membantu pelajarmemperkembangkan pemahaman terhadap sesuatu ciri. Kebiasaanya pengajaran geometri di sekolah rendah murid hanya memberi penekanan terhadap mengenalpasti bentuk dan ciri sesuatu bentuk geometri melalui gambarajah tanpa melibatkan konsep yang lebih kompleks di mana. Pelajar diberi peluang untuk menjalankan eksperimen matematik melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan terhadap bentukbentuk geometri dengan sendiri. tidak bermakna bahawa pelajar tersebut menguasai tentang ciri-ciri asas sesuatu bentuk. Menurut Schuman (1991) apabila pelajar belajar memanipulasi bentuk-bentuk yang dihasilkan dengan pengalaman sendiri maka pelajar dikatakan dapat belajar dengan lebih berkesan di mana pembelajaran terhadap pemahaman terhadap sesuatu konsep dapat diperkukuhkan melalui celik akal. Kebolehan mengenalpasti sesuatu bentuk geometri. Dibawah ini menunjukkan kerangka konseptual tentang kajian projek yang dilakukan : Murid mempersembahkan hasil fahaman konsep dan kewujudannya yang berkaitan dengan persekitaran Murid meneroka dan memahami konsep . memerlukan pemahaman pelajar terhadap hubungan atau perkaitan antara bentuk dan ciri sesuatu geometri.geometri. rupa dan bentuk. keliru. Pembelajaran tentang konsep geometri dan penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah adalah perkara penting di dalam pendidikan matematik. Pelajar yang belajar secara menghafal cenderung untuk melupai maklumatmaklumat yang telah dihafal. membantu untuk menajamkan pemahaman terhadap konsep dan sifat sesuatu objek geometri. ataupun tidak mampu untuk mengaplikasikan maklumat tersebut kepada situasi yang berbeza.

http://aida-abdul. 39. Mengkelaskan bentuk dua dimensi. 38. 35. 41.html Mengenal dan menamakan bentuk tiga dimensi.php? option=com_content&task=view&id=371&Itemid=314 .blogspot. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk tiga dimensi.com/2011/04/penulisan-projek-geometri. 36. 40.skatjb. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk dua dimensi. http://www. 37.geometri. Mengkelaskan bentuk tiga dimensi. Mengenal dan menamakan bentuk dua dimensi.com/New/index. Menghasilkan rekaan dengan bentuk dua dimensi. 42. Membina model.