You are on page 1of 15

KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

PEMARKAHAN
1. 2.

REFLEKSI
ESEI: (a) (b)

3.

FORUM JUMLAH

KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK

PORTFOLIO
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:FALSAFAH DAN DASAR

KUMPULAN EL – A02
DISEDIAKAN OLEH NAMA NO.ID NO.TELEFON

KO PEI YUN

D20102040424

012 - 5185976

NAMA TUTOR E – LEARNING: PROFESOR MADYA DR. NOOR SHAH BIN SAAD

TARIKH SERAHAN: 30 NOVEMBER 2011 ( RABU )

Kecemerlangan sesebuah negara amat bergantung kuat kepada pendidikannya kerana percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi negara untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari segi pembangunan ekonomi. Berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957. liberal dan dinamik. sosial. Malaysia melihat masalah pendidikan yang sedia wujud memberi impak yang besar ke atas pencapaian akademik.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR Soalan Esei Ilmiah : UNIT 1 – PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DI MALAYSIA. dan kerohanian. demokratik. moral dan etika ke arah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu. dan teknikal atau latihan sumber manusia di kalangan rakyat. Perlu kita faham bahawa sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah wujud melalui Penyata Razak 1956.1 – Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. 2. Pada asasnya. kerjaya. Ordinan Pelajaran 1957 dan Laporan Rahman Talib 1960. Laporan Rahman Talib telah menyemak semula dasar pendidikan negara yang sedia ada dan cadangan-cadangan untuk meningkatkan keberkesanan dasar tersebut yang dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. sistem pendidikan kebangsaan telah dijadikan sebagai wadah penting dan dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi membina masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Ini juga merupakan misi pendidikan untuk membentuk sistem pendidikan yang bermutu dan bertaraf dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya bagi mencapai aspirasi negara Malaysia. tujuan sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk “ menyatakan kanak-kanak dari semua bangsa . Malangnya. 2. Sebenarnya. Masalah pendidikan juga melibatkan masalah sosiobudaya dan nilai kemasyarakatan yang perlu dihadapi oleh kerajaan tentang masalah membina insan. Hakikatnya. Hanya selepas Peristiwa 13 Mei 1969.2 – Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran. masalah perpaduan negara dan masalah bahasa pengantar sebagai alat pembentukan jiwa rakyat dan alat pembangunan negara. tujuan tersebut tidak tercapai dan sistem pendidikan yang diwarisi dari zaman British masih berterusan diamalkan di sekolah-sekolah. sistem pendidikan kebangsaan yang telah dicadangkan dalam Penyata Razak 1956 bertujuan untuk membentuk rakyat di Persekutuan Tanah Melayu supaya mempunyai identiti kebangsaan yang sama melalui sistem pendidikan yang sama dan bahasa pengantar yang sama.

Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu di mana rakyat berkongsi identiti negara yang sama melalui Bahasa Kebangsaan dan sistem pendidikan yang serupa. pendidikan telah memainkan peranan terpenting dalam usaha kerajaan membina masyarakat Malaysia yang bersatu supaya perpaduan negara terjamin. sains dan vokasional. Selain daripada memenuhi keperluan tenaga terpelajar bagi pembangunan sosioekonomi negara. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di peringkat sekolah rendah. Di samping itu. sistem peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang melibatkan semua sekolah kebangsaan di peringkat rendah. berketerampilan. KBSR telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1988 dengan pengenalan empat mata pelajaran iaitu bahasa Melayu. bahasa Inggeris. Manakala KBSM bercorak umum dan liberal di mana para pelajar mengikuti pelajaran dalam komponen bahasa. seseorang pelajar dikehendaki lulus dengan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Oleh yang demikian. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. mata . Sistem pendidikan kebangsaan yang dijalankan sejak tahun 1970 dapat menentukan penyeragaman dalam aspek kurikulum. Satu lagi aspek baru KBSR dan KBSM ialah pendidikan kewarganegaraan yang diajar dalam mata pelajaran Alam dan Manusia di peringkat sekolah rendah dan mata pelajaran sejarah di peringkat sekolah menengah. rohani. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan dengan tujuan menguatkan lagi sistem pendidikan kebangsaan supaya dapat melahirkan rakyat yang bersatu dan berdisiplin. KBSR berteraskan asas 3M iaitu membaca. mengira dan menulis di samping memupuk nilai-nilai etika dan estetika. berakhlak mulia. Pada tahun 1984. menentukan kurikulum sekolah yang sama dan yang berorientasikan suasana pribumi di Malaysia. bahasa Cina dan bahasa Tamil dan mata pelajaran-mata pelajaran lain diperkenalkan mulai tahun 1989. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diisytiharkan dengan penekanan bahawa: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. bahasa-bahasa lain juga dibenarkan. menengah dan di peringkat pendidikan tinggi. Cina dan Tamil di sekolah rendah jenis kebangsaan manakala di sekolah rendah swasta.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR dalam negara ini melalui satu peraturan persekolahan dan melalui penggunaan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar”. Untuk mendapatkan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP sekarang dikenali PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas Peristiwa 13 Mei 1969. untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek. kerajaan membenarkan penggunaan bahasa Inggeris. Manakala Akta Pelajaran 1961.

mempunyai masyarakat yang berkeyakinan. Oleh sebab itu. Setiap tunjang mempunyai matlamat yang cukup jelas dan sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan melaksanakan perubahan-perubahan yang terkini. membentuk warganegara yang menguasai ilmu. Transformasi Kurikulum dimulakan dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) manakala Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pula dilaksanakan pada tahun 2011. Konsep KSPK dan KSSR adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat memperkembangkan potensi individu yang seimbang dalam aspek jasmani. Malaysia harus menjadi sebuah negara yang bersatu padu. modal serta manusia. Enam tunjang tersebut merupakan gabungan domain ilmu dan kemahiran insaniah yang akan membangunkan modal insan seimbang sekiranya berjaya ditanam ke dalam diri murid. Kurikulum yang sedia ada dikaji semula bagi memenuhi beberapa hasrat negara antaranya adalah untuk membangunkan modal insan. Kurikulum Kebangsaan dikaji semula demi memastikan kurikulum yang holistik dan tidak terlalu akademik sehingga membebankan murid. kritis dan berinovatif melalui enam tunjang. penyayang. hidup secara demokratik. Pembinaan negara bangsa menjadi semakin mustahak lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membuka peluang kepada pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat. pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Kurikulum ini dibina dengan berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). emosi. transformasi kurikulum dilakukan demi menjamin keberkesanan pendidikan dan kesesuaian kurikulum kepada generasi muda bagi menghadapi cabaran dan perubahan semasa. Keupayaan membina negara bangsa amat bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. liberal dan bertolak ansur. pada tahun 2010. banyak usaha telah dirancang dan dilaksanakan untuk . kemahiran dan maklumat serta membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang ulul al-bab. nilai moral dan etika yang kukuh. Justeru itu. Sehubungan dengan itu. KSPK dan KSSR digubal dengan bermatlamatkan melahirkan modal insan seimbang yang kreatif. Menjelang tahun 2020. rohani dan intelek. pasti rakyat Malaysia mampu duduk sebaris dengan rakyat di negara maju dalam pelbagai bidang. penghasilan murid yang celik minda. adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing. tetapi juga sistem nilai.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR pelajaran moral juga diajar kepada pelajar-pelajar bukan Islam dan mata pelajaran pendidikan Islam diperkenalkan dengan tujuan menanam nilai-nilai murni dan tingkah laku yang bersopan santun serta pendekatan yang sering hormat-menghormati di antara satu sama lain di kalangan pelajar beragama Islam. Setelah sekian lama KBSR dan KBSM diguna pakai di sekolah. Kurikulum transformasi adalah suatu tindakan yang diambil demi memastikan pendidikan yang relevan dalam menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran dunia pada masa kini.

sumber kekayaan. Dalam konteks pembangunan ekonomi pula. Antaranya. makanan dan pakaian yang mungkin kurang difahami oleh kumpulan yang lain. nilai dan cara hidup dalam sebuah negara. Sebagaimana Rukun Negara. Rukun Negara dalam konteks pembangunan politik jelas menyatakan cita-citanya untuk membina negara bangsa. diperkenalkan kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969 akibat jurang ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sangat ketara. Rukun Negara merupakan acuan integrasi nasional. Setiap kumpulan mempunyai agama. mengamalkan cara hidup yang demokratik. melaksanakan keadilan sosial dan berfikiran terbuka. Rukun Negara diajar dalam mata pelajaran Kewarganegaraan dan di sekolah kelima-lima prinsip Rukun Negara dipaparkan pada dinding sekolah. sikap inovatif dan mempunyai tingkah laku yang betul dan bermoral. Dengan kata lain. Dasardasar tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenalkan Rukun Negara sebagai pedoman dan hala tuju serta pengimbang tara ketika merancang program pembangunan negara. iaitu negara dan bangsa Malaysia yang rakyatnya bersatu padu. membentuk kepercayaan diri. diharapkan guru dapat memupuk sifat kewarganegaraan dalam kalangan pelajar supaya mereka memahami peranan dan tanggungjawab masingmasing dalam masyarakat berbilang kaum. Rukun Negara menggariskan bahawa sains dan teknologi menjadi asas kepada ekonomi yang berpandukan kepada perindustrian yang akhirnya akan melahirkan masyarakat yang progresif.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR membentuk satu bangsa Malaysia. Tujuannya adalah untuk memupuk rasa hormat dan cinta pada negara. Melalui pembelajaran nilai murni. bahasa. dasar-dasar pembangunan negara juga tujuan asasnya ialah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Selama ini. kerajaan telah merangka dan memberikan penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar ini dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi. Namun. Antara langkah yang diambil dalam sistem pendidikan ke arah membina negara bangsa Malaysia adalah penghayatan prinsip Rukun Negara. . pendekatan yang telah dirancang lebih menekankan toleransi dan menghormati kumpulan etnik yang lain demi mewujudkan satu masyarakat yang hidup berharmoni. Sejak kemerdekaan. negara kita telah cuba menyatupadukan semua rakyat yang pelbagai budaya melalui program-program perpaduan. pembentukan bangsa Malaysia dan ideologi negara serta ikrar rakyat Malaysia untuk perpaduan. negara kita telah berjaya memupuk perpaduan dengan pelancaran dasar-dasar pembangunan negara. Maknanya. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). membina sikap timbang rasa terhadap kumpulan etnik yang berlainan. Negara Malaysia amat unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang menyumbang kepada satu gabungan kepercayaan. asperasi rakyat dan persekitaran global. Pembinaan negara bangsa melalui pendidikan amat penting untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dari pelbagai latar belakang dan budaya. politik.

kerajaan memikirkan masa yang lebih panjang diperlukan untuk merealisasikannya. Lantaran itu. Sebagai tambahan.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR Objektif utama Dasar Ekonomi Baru ialah memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dengan harapan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan. Dasar Pembangunan Nasional memperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakannya iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama. iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif serta memberi perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian sebagai strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi. pendidikan yang . Seperti matlamat Dasar Ekonomi Baru. sukatan pelajaran dan kurikulum yang seragam seperti yang termaktub dalam Penyata Razak tahun 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 serta Laporan Rahman Talib 1960 dan seterusnya Akta Pelajaran 1961. dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat serta memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Dasar Pembangunan Nasional juga bertujuan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil demi mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera. Dengan erti kata yang lain. Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) telah diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada Dasar Ekonomi Baru yang berakhir pada tahun 1990. Matlamat akhir Dasar Pembangunan Nasional adalah untuk mencapai perpaduan negara. namun masih lagi jauh daripada sasarannya. Sehubungan dengan itu. dasar ini bertujuan memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah serta mempertingkatkan penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan serta menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Walaupun Dasar Ekonomi Baru dianggap berjaya membangunkan negara pada tahap yang memberangsangkan. Selepas itu. Dalam konteks ini. Selain itu. Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan pada tahun 1991 melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991-2000. dikaji semula oleh Jawatankuasa Kabinet 1974 dan laporannya diterbitkan pada tahun 1979 bertujuan untuk menambahbaik pelaksanaan sistem pendidikan sedia ada untuk mencapai matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan juga diperkenalkan dengan tujuan mewujudkan masyarakat yang harmonis kerana menggunakan acuan tempatan iaitu menggunakan bahasa pengantar.

peranan sekolah dan guru dalam merancang dan melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti demi membentuk insan yang mempunyai pengetahuan. Pengajaran Kajian Tempatan dan Sejarah direka bentuk melalui tema-tema untuk memupuk keharmonian dalam kalangan etnik serta kestabilan politik negara. Bahasa Melayu telah membuktikan dirinya sebagai bahasa yang berdaya tadbir dalam bidang profesional dan akademik. Lantaran itu.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR bersifat holistik memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang menyeluruh dari segi jasmani. sekolah kebangsaan adalah perlu . sekolah kebangsaan perlu diperkasakan lagi supaya mereka dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi. Dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. guru harus menggalakkan penggunaan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan menjadikan bahasa tersebut sebagai bahasa perpaduan. Satu lagi ciri kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan ialah pengajaran mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah dan mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Pembelajaran Kajian Tempatan memberikan pendedahan kepada pelajar untuk berkongsi kepercayaan dan pantang-larang dengan rakan-rakan mereka. ciri-ciri hubungan etnik serta hak orang Melayu. adab dan nilai. pelajar mendalami dalam kepelbagaian kumpulan etnik dan agama. konsep kepelbagaian budaya perlu difahami supaya dapat mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian dan persamaan untuk semua rakyat Malayisa. Dengan ini. rohani dan intelek sepertimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru dengan kecekapannya melalui sistem pendidikan berupaya membina sebuah negara bangsa yang berjaya. Sistem pendidikan telah berusaha menyatupadukan kumpulan pelbagai budaya melalui kedua-dua mata pelajaran tersebut dan kejayaan pelaksanaannya bergantung kepada cara guru menyampaikan kandungan kepada pelajar yang berbilang kaum di sekolah. berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan dunia luar. Para pendidik sememangnya sedar tentang kepentingan kedua-dua mata pelajaran ini sebagai medan memupuk semangat patriotisme dan kewarganegaraan dalam diri pelajar. Pelajar akan lebih sedar tentang budaya dan agama yang berbeza serta rasa hormat terhadap perbezaan setiap budaya dapat ditanamkan oleh guru. Memang tidak dapat dinafikan bahawa guru sememangnya dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh. Selain itu. Ianya berkemampuan berfungsi sebagai bahasa Kebangsaan kepada sebuah negara moden dan maju. kedudukan agama Islam serta bahasa Kebangsaan dalam perlembagaan. Guru bukan sahaja harus berusaha menanam rasa cinta kepada bahasa Melayu dalam diri muridmurid tetapi turut juga mencintai bahasa tersebut. berdaya saing. Berlandaskan garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam PIPP. kemahiran. emosi. Bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar pelbagai etnik.

Oleh yang demikian. kerajaan memperkenalkan juga Pelan Pembangunan Pendidikan (2001-2010) yang bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang saksama melalui peningkatan paras pendapatan dan kualiti hidup untuk golongan berpendapatan rendah dan mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik dan kawasan bandar dan luar bandar. Langkah ini juga merupakan pemangkin kepada proses interaksi dan integrasi antara kaum. kerajaan telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dengan menyediakan satu ruang sosial yang memberi kesempatan kepada pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik untuk berinteraksi dan seterusnya menjalin hubungan yang harmonis antara satu sama lain.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR diletakkan di landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum. dan berkongsi kemudahan. sekolah kebangsaan perlu ditadbir sebaiknya supaya bukan boleh menarik orang Melayu. menanam semangat kecintaan kepada bangsa dan negara. kerajaan juga menawarkan mata pelajaran bahasa Tamil dan Mandarin sebagai mata pelajaran elektif di sekolah aliran kebangsaan untuk memberi peluang kepada para pelajar dari etnik lain untuk mempelajarinya sebagai bahasa sekunder. melahirkan persefahaman dan tolak ansur antara murid pelbagai kaum di sekolah. Lantaran itu. Kerajaan turut memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) iaitu kerjasama antara sekolah pelbagai aliran dalam semua program pelajar dan guru. guru sebagai pemimpin mempunyai peranan yang besar sebagai agen penyebar perpaduan kepada pelajarnya serta pemangkin dalam menggalakkan lebih banyak interaksi melalui tugasan dan projek akademik di sekolah. kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan perlu dipertingkatkan dengan seratus peratus guru di sekolah menengah dan dua puluh lima peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2012 supaya sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan. Sebenarnya. tenaga dan kepakaran untuk kegiatan tertentu. Oleh itu. Di samping itu. semangat perpaduan di kalangan pelajar perlu dipupuk bukan sahaja di peringkat sekolah. Langkah ini diharapkan mampu meningkatkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar di sekolah. Selain itu. tetapi juga di peringkat institut pendidikan tinggi dengan beberapa cara iaitu tidak mengetepikan penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan tujuan memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik. Di samping itu. peralatan. mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik. memupuk . Aktiviti-aktiviti sedemikian yang dianjurkan bertujuan untuk membina jati diri. Terdapat empat objektif utama RIMUP iaitu menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam sebarang kegiatan anjuran sekolah. mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong. dan melaksanakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik yang lain. tatapi juga orang bukan Melayu. dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

pendidikan sepanjang hayat dan tidak ketinggalan mewujudkan sekolah-sekolah kurang murid di kawasan terpencil untuk penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman. dasar-dasar penting telah dibentuk. . Sebagai negara yang sedang membangun. bermotivasi dan komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka. dasar untuk pelaksanaan sekolah vernakular. Status profesion keguruan perlu dinaiktarafkan demi menjadikan pengajaran di dalam bilik darjah lebih menarik berbanding dengan profesion lain. iaitu membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Malaysia sedang giat memperluas gagasan pendemokrasian pelbagai peringkat pendidikan dengan menjadikannya sebahagian daripada dasar nasional. Inovasi perlu berlaku dalam teknologi terkini. bagi mendepani cabaran dan krisis ekonomi pada peringkat global. Dalam usaha mencapai misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita telah menyaksikan beberapa dasar yang diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengubah rakyat agar dapat melonjakkan kecemerlangan diri dan negara. Para pendidik perlu lebih kreatif dan inovatif serta mengembangkan dimensi baharu dalam pengajaran. Justeru. salah satu cabaran utama yang dihadapi negara kita adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya matlamat dan visi dapat dicapai. pendidikan menjadi jentera dalam melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan kekuatan sosial dan peluang pekerjaan. sekolah teknikal. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. Laluan ke arah mencapai matlamat ini sudah pasti menemukan banyak isu dan cabaran-cabaran pendidikan. Selari dengan matlamat dasar pendemokrasian pendidikan. sekolah pendidikan khas. Di samping itu. Dalam konsep pendemokrasian pendidikan di Malaysia. Sesuatu perubahan yang hendak dilaksanakan memerlukan beberapa pendekatan dan model-model perubahan.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR semangat perpaduan dan semangat hormat-menghormati serta peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa. pendidikan selama 13 tahun. iaitu perubahan dalam sistem dan prosedur bekerja bagi menjimatkan tenaga. masa dan kos tetapi pada waktu yang sama mampu meningkatkan produktiviti. banyak cabaran pendidikan akan dihadapi. Berlandaskan pendemokrasian pendidikan. negara juga mewujudkan peluang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) peringkat tinggi. Maka. sekolah asrama penuh. pelbagai program pembangunan pendidikan menerusi Rancangan Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Dalam proses ini. Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa bagi memastikan sesebuah negara tidak akan ketinggalan dalam segala aspek perkembangan dan pembangunan pada peringkat global. guru bukan sahaja berpengetahuan dan inovatif tetapi perlu berdisiplin. Antaranya adalah dasar untuk melaksanakan pendidikan wajib peringkat asas. sekolah swasta dan sekolah Agama Islam.

Dengan . meneroka idea dan mereka cipta inovasi dalam pendidikan. Pelajar perlu diberi peluang untuk berfikir pada aras tinggi.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik. Dari segi sumber tenaga pula. Salah satu cabaran adalah menyediakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi untuk menangani masalah kesesakan bilik darjah terutama di bandar. Maka. Hal ini bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai autonomi terhadap pembelajaran serta berdaya saing untuk mengecap kejayaan dalam pencapaian secara antarabangsa. Maka. Sehubungan dengan itu. pusat sumber dan sebagainya. Modal insan guru bergantung kuat pada sistem latihan yang menawarkan latihan perguruan kepada guru-guru. gender dan kurang berupaya telah diberi peluang untuk mendapat pendidikan yang sama dan pelajar akan melalui pendidikan yang formal dengan kurikulum yang sama dalam sistem pendidikan. Anggapan bahawa para guru sekolah rendah cukup sekadar lulus dengan diploma perguruan telah bertukar apabila Institut Pendidikan Guru mula melatih bakal guru pada peringkat Ijazah mulai tahun 2006 agar dapat meningkatkan kualiti pendidikan. pendidikan yang bermutu dapat melahirkan pelajar yang berpersonaliti unggul pada generasi ini tercapai. Antara cabaran yang perlu ditangani adalah merangkumi kemudahan-kemudahan asas dari segi bilangan bilik darjah. Sistem pendidikan negara telah berubah dari semasa ke semasa untuk memenuhi hasrat menghasilkan modal insan yang inovatif dan berdaya saing menjelang Wawasan 2020. Maktab-maktab perguruan yang selama ini melatih guru pada peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah dinaikkan taraf menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi membolehkan guru-guru keluarannya dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di sekolah rendah. Kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan dalam dunia globalisasi memberikan tekanan kepada para guru untuk merancang program kurikulum agar dapat menangani globalisasi dalam pendidikan. buku teks. pembentukan modal insan guru perlu didahulukan bagi memastikan para guru mampu melaksanakan peranan mereka sebaik mungkin. guru memainkan peranan yang sangat penting dalam membawa perubahan negara melalui pembentukan modal insan yang cemerlang. Dengan ini. guru seharusnya berusaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat mencapai hasrat tersebut. Antara usaha yang perlu diambil oleh guru adalah melatih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri dan bukan hanya memperoleh pembelajaran melalui latih tubi sahaja. Aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan bilangan guru siswazah di sekolah rendah akan tercapai apabila Institut Pendidikan Guru mendapat kelulusan untuk melaksanakan program ijazah. Kerajaan perlu menambah bilangan bilik darjah serta membina lebih banyak sekolah untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. peruntukan yang seimbang diperlukan untuk mengimbangi ledakan pendidikan di Malaysia kerana setiap bangsa di negara ini sedar akan kepentingan pendidikan untuk mereka dan generasi akan datang.

dalam menghadapi perubahan dan tuntutan pada peringkat global. Antaranya kompetensi peribadi seseorang diasah agar mereka dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan. Guru berperanan memberikan pendidikan tentang kebaikan dan keburukan mengenai penggunaan Internet supaya kanak-kanak memahaminya sejak kecil lagi. Internet dapat memperkaya ilmu dan kemahiran. kita sebagai rakyat Malaysia boleh berada pada medan yang sama untuk terus bersaing dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai teknologi yang berupaya menghalang dan membantutkan kemajuan negara kita. penguasaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu cabaran terkini kepada semua guru. Cabaran amat besar kepada guru atau masyarakat ialah bagaimana hendak mendidik generasi muda dalam penggunaan Internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya. kita harus berperanan mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dalam usaha kita memperlengkap diri sebagai seorang yang berpengetahuan di samping mempunyai sahsiah yang disanjung tinggi. Guru harus sentiasa peka dan mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan mengemas kini pengetahuan supaya pelajar menerima pengetahuan terkini untuk bersaing setanding dengan orang lain dalam dunia yang berteknologi tinggi. Guru yang lengkap dengan idea baharu dapat merangsang pelajar untuk berusaha dan menghasilkan ciptaan dan inovasi untuk negara Malaysia. Cara penyampaian yang berkesan merupakan salah satu cabaran kepada guru untuk memastikan ilmu yang disampaikan itu dapat dikuasai oleh pelajar bagi mengaplikasikannya dalam dunia pekerjaan kelak. Dengan ini. Seperti yang dimaklumkan. Sebagai memenuhi aspirasi kerajaan dalam membina modal insan yang berinovatif dan progresif. Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi melalui Internet sememangnya merupakan sumber maklumat bagi menambah ilmu pengetahuan. Dalam dunia tanpa batasan dan sempadan. serta menjadi tempat untuk pertukaran dan perkongsian pendapat dan idea. dalam proses menimba ilmu. perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana pengaruhnya telah banyak mengubah kehidupan manusia. pendidikan seharusnya dapat menyediakan peluang pelajar menguasai nilai-nilai peribadi seperti kemahirankemahiran insaniah atau interpersonal di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam . guru memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. pendidikan prasekolah meletakkan pembelajaran melalui teknologi maklumat dan komunikasi sebagai salah satu elemen penting ke arah menangani cabaran-cabaran pendidikan alaf baharu. penggunaan Internet sebagai media mengajar dalam kalangan guru demi melahirkan pelajar celik teknologi maklumat. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. guru harus meningkatkan perkembangan profesionalismenya selain mengemas kini maklumat yang pesat. Dengan demikian. Belajar untuk menguasai kemahiran bermaksud pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan kelak. Oleh yang demikian. Di samping itu.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR globalisasi. Pada zaman kini.

ianya akan berjaya membangunkan negara ini sebagai sebuah negara maju. pendidikan seharusnya menyumbang kepada pembentukan insan yang menyeluruh dari segi fizikal. Pewujudan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam era globalisasi telah berlakunya transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang sesuai dengan kehendak tempatan dan permintaan glokal dan seterusnya mambantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. Cabaran pada masa kini ialah cara bagaimana hendak memahirkan pelajar dalam kompetensi peribadi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kerana dalam kebanyakan negara perindustrian. Cabaran adalah untuk menghasilkan modal insan yang dapat berdaya saing dan memenuhi cita rasa pasaran tenaga buruh antarabangsa. Setiap individu perlu menerima didikan sejak awal kanak-kanak hinggalah ke peringkat remaja dalam semua aspek sehingga individu boleh berfikir secara kritis. Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berusaha menterjemah dan mentransformasikan kurikulum yang luwes di mana para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan keterampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran untuk mencapai hasrat mewujudkan masyarakat yang berfikiran kritis. Belajar untuk harmoni dan bekerjasama adalah salah satu cabaran yang sukar dipupuk dalam dunia yang dilanda dengan konflik. berdikari dan berupaya membuat keputusan terhadap tindakan dalam kehidupannya. Pewujudan kumpulan kecil jaringan dan pakatan menunjukkan peri mustahaknya kemahiran interpersonal sebagai satu kriteria dalam permohonan pekerjaan. Sebagai sebuah negara yang bermatlamat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Menerusi cara ini. Maka. berpasukan dan menyelesaikan masalah. Kurikulum perlu mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara. Di samping itu. pendidikan dalam negara harus dapat membentuk kompetensi peribadi pelajar berasaskan suatu gagasan pengetahuan teoretikal dan praktikal serta digabungkan dengan kemahiran-kemahiran dalam penyelesaian masalah. Malaysia memerlukan sumber manusia yang terlatih baik dalam bidang perusahaan dan penyelidikan mahupun dalam persediaan pekerja-pekerja menerima pembaharuan-pembaharuan dalam bidang teknikal.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR bidang pekerjaan. Dengan ini. emosi. intelek. Malaysia perlu menentukan kemahiran teknologi dan kesanggupan pekerja-pekerjanya yang perlu bersedia belajar serta ubahsuai diri kepada keperluan pasaran buruh yang pesat dalam perkembangan teknikal dan vokasional. hampir 70-80% penduduk yang melibatkan sektor perkhidmatan (UNESCO). inovatif dan berpasukan. perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. rohani. Antara kemahiran yang penting termasuklah kemahiran berkomunikasi. kreatif dan inovatif. kepekaan dan penghargaan estetika. Dalam kata lain. membuat keputusan. amat penting pendidikan di semua negara memainkan peranan dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat .

guru perlu menerapkan nilai-nilai murni semasa mengajar serta memberikan peluang pelajar bergaul dan memahami budaya rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum atau budaya bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. isi-isu mengenai perbezaan atau konflik antara mereka akan hilang sama sekali. bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi yang diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. segala perancangan dan pelaksanaan rapi perlu dibuat supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan bermakna kepada semua pelajar dan masyarakat. para pendidik seharusnya mempunyai sikap keterbukaan dan tidak mengongkong ciri ingin tahu pelajar mengenai budaya orang lain.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR dapat hidup aman damai dan berharmoni dalam negara yang berbilang kaum dan silang budaya. peranan guru adalah amat penting untuk menangani isu kepelbagaian pemikiran. cabaran terhadap kedudukan dan kemampuan bahasa Melayu nampaknya semakin meningkat terutamanya pada tahun 1990-an apabila berlaku perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi maklumat serta perubahan sosioekonomi sedunia. kepercayaan dan agama agar mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif dan mesra budaya. Oleh itu. Justeru itu. tingkah laku satiap kaum etnik sesebuah negara. integrasi nasional dan identiti nasional. Sebagai contoh. Justeru itu. Hal ini akan membantu memperjelas perkara yang mungkin kurang difahami oleh satu-satu kaum. Mereka perlu didedahkan kepada kepelbagaian budaya rakyat negara dan kesedaran tentang saling memahami serta saling memerlukan antara satu sama lain demi mewujudkan satu masyarakat yang hidup secara harmoni. Untuk konsep kepelbagaian budaya menjadi satu fenomena dalam sistem pendidikan. . Antara usaha untuk mengatasi situasi ini adalah dengan membezakan peranan bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris di mana bahasa Kebangsaan dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa rasmi di Malaysia manakala bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kemajuan negara. guru seharusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan penglibatan semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan kaum. Pendidikan perlu menjadi wadah untuk mereka belajar tentang budaya. Kebanyakan cabaran tersebut tertumpu kepada kedudukan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa dan alat penggerak kemajuan negara dalam era teknologi yang berkembang dengan pesat. bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah. projek tersebut akan menjalinkan suatu ikatan dan nilai yang sama kepada mereka berbanding dengan ciri-ciri yang membezakan mereka. nasionalisme. agama. Sepertimana yang dicadangkan oleh UNESCO. Bahasa kebangsaan penting dalam konteks pembinaan negara bangsa kerana berkait rapat dengan persoalan ideologi. Jika pelajar pelbagai budaya dapat bekerjasama dalam pelbagai projek. pendidikan harus memberikan peluang kepada pelajar meneroka dan mamahami orang lain sejak awal persekolahan. Oleh hal yang demikian. Namun begitu. Dalam proses sebegini. Untuk mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan pelajar.

membina dan menjalin hubungan etnik serta mewujudkan kestabilan politik. budaya dan agama. Walaupun begitu. pembangunan dan keselamatan negara sebagaimana yang dihasratkan. negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai budaya amat memerlukan penstrukturan dan perancangan yang rapi terhadap sistem pendidikan supaya aspek seperti kualiti guru. Lantaran itu. Sekolah bagaikan sebuah kilang yang mengeluarkan produk. Sehubungan dengan itu. bahasa. Justeru itu. . rakyat Malaysia perlu mampu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan antara kaum di Malaysia. pembangunan ekonomi dan keharmonian rakyat jelata. Maka. Pemikir-pemikir itulah yang akan mengeluarkan pelbagai idea yang membawa perubahan dalam corak kehidupan manusia. kecemerlangan negara sangat bergantung kuat kepada pendidikannya yang mampu melahirkan pemikir. Dengan ini. di samping berusaha menguasai bahasa Inggeris bagi membolehkan rakyatnya bersaing dalam pelbagai bidang pada peringkat antarabangsa. hasrat yang hendak dicapai oleh negara adalah sesuatu yang lengkap dan sempurna yang merangkumi aspek luaran dan dalaman. bahan kurikulum. keputusan kerajaan menonjolkan penggunaan bahasa Inggeris tidak perlu dipersoalkan lagi kerana kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik serantau dan selanjutnya dapat menyumbang kepada penjanaan pembangunan ekonomi negara. perubahan dalam pendidikan perlu dilakukan secara agresif untuk membina semula rakyatnya terutama generasi muda dalam memastikan hala tuju negara tidak terbabas dan pendidikan yang berkualiti berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan sesebuah negara. Sebagai kesimpulannya. Maka. Perpaduan dalam masyarakat pelbagai budaya merupakan nadi kepada kestabilan politik.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR Perkembangan ini akhirnya akan melahirkan penggunaan bahasa mengikut sektor iaitu sektor awam dan sektor swasta. Justeru itu. membaca dan menulis ialah asas dalam kecemerlangan diri. bertutur. serta dunia dan akhirat. jasmani dan rohani. adalah diharapkan agar semua pihak perlu memainkan peranan dalam ruang lingkup bidang kuasa masing-masing agar aspirasi dan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 dapat dicapai dan ditunaikan. kemudahan asas dan penglibatan masyarakat diambil kira sebagai penyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan. sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk sifatnya iaitu terdiri daripada pelbagai suku kaum. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa antara mendengar. banyak cabaran yang terpaksa diharungi untuk memupuk perpaduan dan integrasi antara etnik. Difahamkan bahawa pendidikan merupakan nilai yang penting serta prasyarat untuk kejayaan sesebuah negara. Produk yang berkualiti bergantung kuat kepada formula pengeluarannya yang seterusnya menjadikan produk tersebut bermanfaat.

mosti.my/mosti/index.com/vision/. Kuala Lumpur:KPM.moe.my/ Kementerian Sains. (1996). jld 30(1). Hubungan Etnik di Malaysia.’Dunia Pendidikan dalam Era Globalisasi: Peranan dan Cabaran’. Zaid Ahmad et al. Syed OMAR Syed Agil.gov. Sejarah Malaysia Sepintas Lalu.’Modal Insan Cemerlang:Minda Kelas Pertama’.php “The Way Forward: Vision 2020’. (2006). Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR Rujukan : Hashim Yaacob & Abdul Jalil Othman (2007). Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Teknologi dan Inovasi: http://www. Malaysia di ambang abad ke-21 prasyarat menuju Malaysia maju tahun 2020.2Jun2009.KPM. ‘Pembangunan Pendidikan 2001-2010: Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan’. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Putrajaya:Bahagian Sekolah. .gov. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. diperoleh daripada http://www. Laman Web: Kementerian Pelajaran Malaysia: http://www.Bhd. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Kuala Lumpur:Institut Perkembangan Minda (INMIND). (1973). Zainal Abidin Abdul Wahid. Masalah Pendidikan.wawasan2020.