You are on page 1of 14

1 1.

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ASAL USUL BAHASA MELAYU

1.1.1 KONSEP MELAYU a) Definisi awal istilah Melayu 1. Menurut pengkaji, bukti penggunaan bahasa Melayu sejak abad kedua. Geographike Sintaxis :Maleu-kolon Kitab Purana : malaya dvipa Tulisan cina :Mo-lo-yeu Catatan I Tsing : Mo-lo-yu 2. M. Ptolemy (100-150 masihi) menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. Menurut Gerini, istilah ini diambil daripada kata Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu merujuk kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. 4. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa. Menurut pengkaji, perkataan tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera yang merupakan tempat asal bahasa Melayu. 3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-loyeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi (zaman Dinasti Tsang. 4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang. 5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa Kun-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno. 6. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya. 7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.
Jenguk pandang tindai-tindai; Usul-usul asal-asal,jangan ditinggalkan. Bermaksud Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama b) Definisi Melayu dari segi etimologi kalau-kalau ada yang salah.

Definisi Melayu Dari Segi Etimologi Etimologi bermaksud kajian tentang asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna kata tersebut. 1. Zuber Osman : Perkataan melayu berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan hima alaya. Alaya bermaksud tempat manakala hima alaya bermaksud tempat bersalji. Etimologi Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. 2. Perkataan Malayapura yang bermaksud kota Melayu atau kerajaan Melayu ditemui pada batu bersurat Bukit Gombak Satu, di Sumatera Barat. 3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana. 4. Mohd Dahlan Mansoer :Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu. 5. Van der Tuuk : perkataan Melayu bererti menyeberang, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

c) Definisi Melayu berdasarkan Bangsa Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit. Pengertian yang luas 1. Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan The Malay Culture Study Project (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. 2. Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, Brunei, pantai Timur Sumatera, sepanjang Kalimantan Barat, Kalimantan Timur dan Kalimantan Selatan, Pulau-pulau di Kepulauan Melayu, kawasan selatan Thailand, selatan Filipina, kawasan Campa selatan Indo Cina, Singapura dan beberapa tempat lain di Nusantara. Pengertian yang sempit 1. Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan

Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu hilang ) 2. Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya beragama Islam. 3. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia. Orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-agama lain.
MELAYU (UNESCO ) Merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar PERLEMBAGAAN MALAYSIA MELAYU Orang yang berbahasa ibunda, dan bahasa Melayu, mempraktikkan cara hidup Melayu dan menganut agama Islam

1.1.2 a. b. c. d. e.

SALASILAH BAHASA MELAYU Salasilah bermaksud asal usul, susur galur, atau keturunan. Filum : kelompok bahasa induk yang paling tua usianya-5000 tahun ke atas Rumpun : kelompok bahasa berumur 2500-5000 tahun Keluarga : kelompok bahasa berumur kurang daripada 2500 tahun. Sub keluarga/subkelompok : menampakkan penyimpangan dari segi pembentukan kata bunyi dan golongan kata berdasarkan faktor geografi dan nama bahasa.

FILUM BAHASA/AUSTRIK

RUMPUN AUSTRONESIA

RUMPUN AUSTROASIA

RUMPUN CINA-TIBET

RUMPUN AUSTRONESIA BARAT (HESPERANESIA)

RUMPUN AUSTRONESIA TIMUR(OCENESIA)

KELUARGA INDONESIA (NUSANTARA)

KELUARGA MELANESIA

KELUARGA MIKRONESIA

KELUARGA POLINESIA

SUB KELUARGA INDONESIA PUSAT

SUB KELUARGA FILIPINA-FORMOSA

SUMATERA

JAWA

KALIMANTAN

BALI..SASAK

...................

TAGALOG

BISAYA

SULU

BIKOL

Filum Austris merupakan salah satu kelompok bahasa induk di dunia, Menguasai hampir separuh benua Asia. Terdiri daripada 3 rumpun o Bahasa Austroasia bahasa Khasi di Annam, Nicobar, Peguan, Khmer dan Munda. o Bahasa Cina-Tibet Cina, Tibet, Mynmar, Siam, dan lain-lain. o Bahasa Austronesia bahasa Nusantara, Polinesia, Mikronesia dan Melanesia.

Austronesia Berasal daripada perkataan Latin austro bermaksud selatan dan perkataan Yunani nesos yang bermaksud pulau. Oleh itu, ia bermaksud, bahasa di pulau-pulau di selatan. Ia juga dikenali sebagai bahasa Melayu-Polinesia ( sebelum ditukar kepada Austronesia) Pengkaji juga membahagikan rumpun Austronesia kepada 2 o Rumpun Austronesia Barat (Hesperanesia) Keluarga Bahasa Nusantara/ Indonesia o Rumpun Austronesia Timur (Ocenesia)

f. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orangorang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasabahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa TibetCina. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil : 1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain. 2. Bahasa-bahasa Polinesia Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti BAHASA BAHASA AUSTRIS BAHASA-BAHASA AUSTRO-ASIA BAHASA-BAHASA TIBET-CINA

BAHASA-BAHASA AUSTRONESIA Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.com Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.com3. Bahasa-bahasa Melanesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia 4. Bahasa-bahasa Mikronesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut : 1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang 2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) Palembang 3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) Pulau Bangka, Palembang 4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) Palembang Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran

kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya. Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera. Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi. : Bahasa-Bahasa Austronesia Bahasa-Bahasa Nusantara Bahasa-bahasa Polinesia Bahasa-Bahasa Melanesia Bahasa-Bahasa Mikronesia Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.com Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.com1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) Gandasuli, Jawa Tengah 2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi.

3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya 4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya. Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masehi) Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan Bahasa Melayu telah dijumpai : 1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) ditulis dalam tulisan India dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit. 2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) juga ditulis dalam tulisan India dengan beberapa perkataan Arab 3. Batu Bersurat Terengganu dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis dalam tulisan Jawi. Abad ke 13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam

Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah : 1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orangorang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan adalah daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar. Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.com Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.com2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur. 3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut : Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut,

tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah : 1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601) 2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602) 3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612) Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah : 1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin) 2. Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin) 3. Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab) 4. Hamzah Fansuri (Syair Perahu) Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab Hikayat AlSalakin. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan Syair Rakis, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad AlBanjari dengan kitab Sabil Al-Muhtadin. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan Matlaal Badrain dan Furu Al-Masail.

Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.com Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.comBahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi) Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu selanjutnya. Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab Al-Hakim oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan Sabil Al-Hidayat oleh Sayyed Aluwi Baaluwi (1899 M) Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu Bustan Al-Katibin (1857 M), Pengetahuan Bahasa (1859 M), Salasilah Melayu dan Bugis (1865 M) dan Tuhfat Al-Nafis (1865 M). Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti Hikayat Negeri Johor dan Kitab Pemimpin Johor. Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan Bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara. Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian

besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawaipegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi tuan dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab. Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.com Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.comKemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat

kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guruguru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan. Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu. Laman Asal : http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/ASAL%20USUL%20BAHASA%20MELAY U.doc Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.com Click here to buy A YY PDF Transformer 2.0 www.ABBYY.com