Rasm Uthmani; Hubungannya Dalam Bidang Ilmu Qiraat

Norazman bin Alias
Muhammad Hafiz bin Saleh
Abd Muhaimin bin Ahmad
norazman@usim.edu.my
mhafiz@usim.edu.my
muhaimin@usim.edu.my

Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak

Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan yang telah
ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini
mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan
mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Ilmu
Qiraat pula merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentang perbezaan
bacaan al-Quran mengikut bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur. Berdasarkan kepada
definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah menunjukkan bahawa hubungan dua
bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam bacaan al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu
sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan al-
Quran pada zaman Saidina Uthman ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan al-
Quran pada zaman beliau bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat di
kalangan umat Islam terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu sama lain. Justeru, kertas
kerja ini akan mengupas lebih lanjut dan terperinci tentang hubungkait antara Ilmu Rasm
Uthmani dan ilmu Qiraat dengan membawa contoh-contoh sejarah daripada beberapa buah
kitab untuk menonjolkan kelebihan mempelajari kedua-dua bidang ilmu ini dalam konteks
memelihara kesucian al-Quran. Kertas kerja ini juga akan mengemukakan beberapa contoh
ayat al-Quran mengikut Rasm Uthmani yang berkaitan dengan perbezaan bacaan al-Quran
yang mutawatir.



1.0 Pengenalan Ilmu Rasm Uthmani
Sebagaimana yang diketahui ramai, Mushaf al-Quran al-Karim yang diguna pakai pada zaman
kini adalah mengikut kaedah penulisan yang ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu
Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan ayat-ayat al-Quran al-Karim ini atau lebih dikenali
dengan Rasm Uthmani telah diarahkan oleh beliau akibat berlakunya perselisihan bacaan di
kalangan umat Islam yang begitu ketara.

Jika dilihat dari sudut definisi Rasm Uthmani, Syeikh Abd al-Mun’im Kamil Syair telah
menyebut di dalam kitab beliau Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani: “yang dimaksudkan
dengan perkataan ini (Rasm Uthmani) ialah kaedah atau cara penulisan perkataan-perkataan
al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman
ibn Affan r.a, dan dihantar ke negara-negara Islam. Maka dinamakan kaedah ini dengan Rasm
Uthmani adalah sebagai sandaran kepada Uthman ibn Affan r.a atas perintah beliau untuk
menulis semula ayat-ayat al-Quran”.
1


2.0 Sejarah Rasm Uthmani
Penurunan al-Quran pada zaman Rasulullah S.A.W. berlaku ketika baginda berada di Makkah
dan al-Madinah adalah secara berperingkat-peringkat. Namun begitu, kesemua ayat-ayat al-
Quran al-Karim itu adalah bacaan yang telah diajar oleh Malaikat Jibril a.s. kepada baginda
mengikut tujuh huruf sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis: “Jibril telah membacakan
kepadaku satu huruf, maka aku membacanya, lalu ditambah dan ditambah lagi sehingga ia
menjadi tujuh huruf”.
2
Setelah itu, para sahabat pun mulalah mempelajari dan menghafaz ayat-
ayat suci al-Quran secara musyafahah (mempelajari daripada mulut/bacaan guru) mengikut
tujuh huruf tersebut.

1
Lihat: Abd al-Mun’im Kamil Syair, Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani, t.t, t.th, hlmn. 5, dengan
sedikit perubahan.
2
Lihat: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam bab Fadhail al-Quran, Muhammad bin Ismail Abu Abdillah al-
Bukhari, Soheh al-Bukhari, Dar Tauq al-Najah, Arab Saudi, cetakan pertama, 1422H, jlid. 6, hlmn. 184,
dengan sedikit perubahan.
Walau bagaimanapun, tidaklah semua sahabat baginda mempelajari dan membaca
ketujuh-tujuh huruf tersebut. Sebahagian daripada mereka membaca dengan satu huruf,
sebahagian yang lain membaca dengan dua huruf dan ada yang lebih daripada itu. Setelah
kewafatan baginda S.A.W., maka para sahabat pun bertebaran dan berhijrah ke serata negara
dalam menyebarkan lagi dakwah Islamiah kepada umat manusia. Maka terdapatlah mereka
(para tabiin) yang mempelajari bacaan al-Quran al-Karim dengan satu huruf sahaja dan ada
yang lebih daripada itu berdasarkan kepada bacaan guru-guru mereka iaitu para sahabat.
Antara mereka yang masyhur di kalangan para sahabat dalam mempelopori dan menyebarkan
bacaan al-Quran ini ialah Ubai bin Kaab r.a. di Syam, Abdullah bin Mas’ud di Kufah dan Abu
Musa al-‘Asy’ari di negara-negara lain.
3


Hasil daripada perbezaan bacaan secara musyafahah itu yang diajar oleh para sahabat
kepada penduduk Islam di negara masing-masing, maka telah membawa kepada perbezaan
bacaan yang ketara di kalangan umat Islam ketika itu. Ada di kalangan mereka yang mendakwa
bahawa bacaan merekalah yang paling tepat dan ada yang mendakwa bacaan orang Islam di
negara lain salah dan sebagainya. Lalu pemerintah Islam atau Khalifah Islam ketika itu, Uthman
bin Affan r.a. telah mengarahkan kepada beberapa orang sahabat untuk mengumpulkan
kesemua mushaf dan bacaan yang ada agar dapat mengelak dan menghindarkan umat Islam
daripada terus berpecah-belah.
4


2.1 Faktor Pengumpulan al-Quran
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada pengumpulan semula mushaf pada
zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. Antaranya ialah:



3
Lihat: Abu Bakr bin Abi Daud, Abdullah bin Sulaiman al-Sajastani, Kitab al-Masohif, Dar al-Faruq al-
Hadithah, Kaherah, cetakan pertama, 1423H, jlid. 1, hlmn. 190, dengan sedikit perubahan.
4
Lihat: Abd al-Mun’im Kamil Syair, Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani, hlmn. 5, dengan sedikit
perubahan.
2.1.1 Perbezaan Bacaan Umat Islam
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab soheh beliau bahawa
pada suatu hari seorang sahabat Rasulullah S.A.W., Huzaifah al-Yamani r.a. pergi
menemui Khalifah Uthman bin Affan r.a. setelah pulang dari peperangan Armaniah dan
Azerbaijan. Maka Huzaifah al-Yamani mendapati (terkejut dengan) perbezaan bacaan
al-Quran yang ketara di kalangan penduduk Islam. Lalu berkatalah Huzaifah kepada
Khalifah: Wahai pemimpin orang-orang beriman, sedarkanlah umat ini sebelum mereka
berselisih bacaan terhadap al-Quran sebagaimana yang berlaku kepada Yahudi dan
Nasrani. Maka, Khalifah Uthman bin Affan r.a. pun dengan segera menghantar surat
kepada Ummi al-Mukminin Hafsah binti Umar r.a. yang bertulis: “Serahkanlah kepada
kami suhuf agar kami dapat menulisnya semula di mushaf. Kemudian kami akan
mengembalikannya kepadamu.”

Setelah itu, Ummi al-Mukminin Hafsah binti Umar r.a. pun menghantar suhuf
yang ada pada beliau kepada khalifah. Kemudian Khalifah Uthman bin Affan r.a. pun
melantik empat orang sahabat untuk menulis semula ayat-ayat al-Quran pada mushaf,
mereka ialah Zaid bin Thabit (wafat 45H), Abdullah bin al-Zubair (wafat 73H), Sa’id bin
al-‘Aas (wafat 58H), Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisham (wafat 43H) r.a.h. Berkata
khalifah: “Sekiranya kamu berselisih pendapat dengan Zaid bin Thabit (terhadap
sesuatu perkataan) daripada al-Quran, maka tulislah ia mengikut bahasa Quraish,
kerana sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dengan bahasa mereka.”
5


Lalu, mereka pun menulis semula suhuf yang ada kepada mushaf dan
diserahkan kepada Khalifah Uthman bin Affan r.a. untuk dihantarkan ke negara-negara
Islam. Adapun suhuf yang asal dikembalikan kepada Ummi al-Mukminin Hafsah binti
Umar r.a. dan khalifah pun memerintahkan agar mushaf yang ada selain daripada
mushaf yang dihantar ini agar dibakar.


5
Lihat: Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, Dar
al-Hadith, Kaherah, 1427H, jlid. 1, hlmn. 166, dengan sedikit perubahan.
2.1.2 Perbezaan Bacaan Guru
Hasil daripada mempelajari bacaan al-Quran daripada Rasulullah S.A.W. mengikut
huruf-huruf yang diambil, maka para sahabat pun mengajar para tabiin dan umat Islam
pada ketika itu mengikut apa yang mereka pelajari.

Maka setelah generasi demi generasi berlalu, jumlah para celik al-Quran ini
semakin ramai dan mereka membaca al-Quran dengan qira’at yang pelbagai. Lama-
kelamaan generasi muda ini mendakwa bacaan mereka lebih fasih dan betul berbanding
dengan bacaan yang lain. Ibn Jarir telah menceritakan hal ini di dalam tafsir beliau
bahawa ketika pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a., seseorang guru akan
mengajar bacaan al-Quran kepada anak muridnya mengikut bacaan seorang sahabat
Rasulillah S.A.W. dan seorang guru yang lain pula mengajar mengikut kepada bacaan
sahabat baginda yang lain.
6
Telah berkata pula Abu Ayyub bahawa sehinggakan ada
yang sanggup mengkafir orang Islam yang lain hanya disebabkan oleh perbezaan
bacaan al-Quran ini. Maka berita ini telah sampai kepada Khalifah lalu beliau
berkhutbah: “Kamu sekalian berselisih pandangan bersamaku padanya (bacaan al-
Quran), maka barangsiapa yang menjauhiku daripada penduduk al-Amsar (negara-
negara Islam ketika itu) maka dia seteruk-teruk perselisihan dan seteruk-teruk
kesalahan, bersatu-padulah wahai para sahabat Muhammad, maka lantiklah seorang
imam (pemimpin) di kalangan manusia”.
7


2.1.3 Penulisan Mushaf Khas oleh Para Sahabat
Sebab yang ketiga pula ialah terdapatnya di kalangan para sahabat yang menulis
mushaf sendiri (untuk bacaan mereka) di mana mushaf tersebut mempunyai ketujuh-
tujuh huruf yang diturunkan kepada Rasulillah S.A.W. Di samping itu, terdapat juga
mushaf yang mempunyai huruf-huruf yang telah dihapuskan ketika al-‘Irdhoh al-Akhirah

6
Lihat: Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir Abu Jaafar al-Tabari, Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran,
Muassasah al-Risalah, Beirut, cetakan pertama, 1420H, jlid. 1, hlmn. 62, dengan sedikit perubahan.
7
Lihat: Subhi al-Soleh, Mabahith fi Ulum al-Quran, Dar al-Ilm li al-Malayin, Beirut, 1421H, hlmn. 81,
dengan sedikit perubahan.
(pembentangan terakhir oleh Rasulullah S.A.W. di hadapan Jibril a.s. untuk menentukan
ketetapan ayat al-Quran yang kekal dan ayat al-Quran yang dimansuhkan) dan mereka
tidak menghapuskan tulisannya serta ayat-ayat tafsiran yang ditulis pada al-Quran al-
Karim ketika mereka mendengar tafsiran baginda S.A.W. Namun begitu, para sahabat
r.a.h. sememangnya mengetahui akan perbezaan antara ayat al-Quran dan ayat
tafsiran. Maka kewujudan mushaf ini sedikit-sebanyak telah membawa perbezaan
pendapat di kalangan umat Islam terhadap bacaan al-Quran ketika pemerintahan
Khalifah Uthman bin Affan r.a.

Antara contoh mushaf yang ditulis oleh para sahabat bertujuan mentafsirkan
ayat-ayat al-Quran ialah:
1) Mushaf Ubai bin Ka’ab
2) Mushaf Abdillah bin Mas’ud
3) Mushaf Abi Musa al-‘Asy’ari
4) Mushaf al-Miqdad bin Amr

2.2 Bilangan Mushaf Uthmani
Para ilmuwan Islam berselisih pendapat dalam menentukan jumlah sebenar mushaf
yang dihantar oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. ke negara-negara Islam pada zaman
tersebut. Antara pandangan ulama tentang jumlahnya ialah:
1) Abu Bakr al-Sajastani menyebut di dalam kitab al-Masohif beliau, bahawa jumlah
mushaf pada zaman Khalifah Uthman yang dihantar ke negara-negara Islam ialah
tujuh iaitu sebuah mushaf ke Makkah, sebuah mushaf ke al-Syam, sebuah mushaf
ke al-Yaman, sebuah mushaf ke al-Bahrain, sebuah mushaf ke al-Basrah, sebuah
mushaf ke al-Kufah dan sebuah mushaf disimpan di al-Madinah al-Munawwarah,
yang juga dikenali sebagai mushaf al-Imam.
8


8
Lihat: Abu Bakr al-Sajastani, Kitab al-Masohif, jlid. 1, hlmn. 133, dengan sedikit perubahan.
2) Juga di dalam riwayat al-Qurtubi bahawa jumlah mushaf pada zaman Khalifah
Uthman bin Affan r.a. ialah tujuh. Dikatakan juga jumlah empat buah di mana
mushaf-mushaf tersebut turut dihantar ke al-Iraq, al-Syam dan Mesir.
9

3) Abu Amr al-Dani pula berpendapat bahawa terdapat enam buah mushaf yang
dihantar ke negara-negara Islam iaitu al-Madinah, Makkah, al-Kufah, al-Basrah, al-
Syam, al-Iraq.
10

4) Al-Suyuti pula mengatakan bahawa pendapat yang masyhur di kalangan ulama
tentang jumlah mushaf yang dihantar ke negara-negara Islam ialah lima buah iaitu
sebuah mushaf dihantar ke Makkah, sebuah mushaf ke al-Syam, sebuah mushaf ke
al-Kufah, sebuah mushaf ke al-Basrah dan sebuah lagi ke al-Madinah. (tidak
termasuk Mushaf Imam)
11


3.0 Pendapat Ulama tentang Rasm Uthmani
Dalam menentukan Rasm Uthmani sama ada ia tauqifi atau istilahi, maka ulama dahulu dan kini
telah berselisih pendapat kepada tiga golongan yang mana kesemuanya tetap memuliakan dan
mengiktiraf kehebatan rasm yang ‘diasaskan’ oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. ini.

Ada di kalangan para ilmuwan Islam berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah tauqifi
iaitu sesuatu yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabat untuk
menulis mengikut penulisan yang dibenarkan oleh baginda. Ada pula yang beranggapan
bahawa Rasm Uthmani ialah istilahi iaitu penulisan mengikut kaedah bahasa Arab dan tidak
berdosa sekiranya menyalahinya demi kebaikan umat Islam. Maka pendapat-pendapat tersebut
bolehlah dirumuskan kepada berikut:

9
Lihat: Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran,
Dar al-Kutub al-Misriyah, Kaherah, cetakan kedua, 1384H, jlid. 1, hlmn. 54, dengan sedikit perubahan.
10
Lihat: Uthman bin Sa’id bin Uthman bin Umar Abu Amr al-Dani, al-Muqni’ fi Rasm Masahif al-Amsar,
Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyah, Kaherah, t.th, hlmn. 12, dengan sedikit perubahan.
11
Lihat: Abd al-Rahman bin Abi Bakr Jalaluddin al-Suyuti, al-Itqan fi Ulum al-Quran, al-Hai’ah al-Misriyah
al-’Ammah li al-Kitab, Kaherah, 1394H, jlid. 1, hlmn. 211, dengan sedikit perubahan.
1) Tauqifi (Antara ulama: Imam Malik, Imam Ahmad, Ibn Darastawaih, Abu al-Baqa’,
Al-Qadhi ‘Iyadh)
Golongan pertama berpendapat bahawa Rasm Uthmani ialah tauqifi dan tidak boleh
mengubahnya, haram menyalahi (penulisan) nya serta penyusunannya adalah termaktub
mengikut surah dan ayat. Juga dilarang daripada mendahulukan ayat atau surah ke atas
yang lain.

Berkata ibn Darastawaih: dua jenis penulisan yang tidak boleh dikias (kepada
penulisan lain) iaitu penulisan mushaf (zaman Khalifah Uthman ibn Affan r.a.) dan penulisan
bait-bait syair Arab.
12
Imam Malik pernah ditanya: “Adakah anda menulis mushaf mengikut
penulisan orang ramai dengan berpegang kepada al-hija’ (hija’iah atau tulisan mengikut
bahasa rasmi) ?” Lalu beliau menjawab: “Tidak, melainkan penulisan yang mula-mula
(Rasm Uthmani)”.
13
Bahkan Al-Imam al-Qadhi ‘Iyadh dengan nada tegas telah menyebut di
akhir kitabnya: “Dan sesungguhnya barangsiapa yang mengurangkan hurufnya dengan
sengaja, atau menukarnya dengan huruf yang lain, atau menambah padanya satu huruf
yang tidak meliputi mushaf yang telah disepakati ijma’, dan seluruh ummah telah
bersepakat bahawa ia bukanlah al-Quran, maka sesungguhnya beliau telah kufur”.
14


2) Istilahi (Antara ulama: Abu Bakr al-Baqillani, Ibn Khaldun)
Golongan kedua pula berpegang bahawa Rasm Uthmani ini adalah bukan tauqifi dan tidak
salah sekiranya mengubah penulisan mengikut kaedah penulisan bahasa Arab (selagi
mana tidak berubah ayat al-Quran).


12
Lihat: al-Zarkashi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, Dar al-Hadith, jlid. 1, hlmn. 376 dengan sedikit
perubahan.
13
Lihat: Abd al-Mun’im Kamil Syair, Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani, hlmn. 16, dengan sedikit
perubahan.
14
Lihat: ’Iyadh bin Musa bin ’Iyadh al-Yahsobi, al-Syifa bi takrif huquq al-Mustafa, Dar al-Faiha’, Amman,
1407H, cetakan kedua, jlid. 2, hlman. 647, dengan sedikit perubahan.
3) Tauqifi dan Istilahi (Antara ulama: Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam,
Badruddin al-Zarkashi)
Golongan yang ketiga berpendapat bahawa harus hukumnya untuk menulis al-Quran
dengan penulisan bahasa Arab kini bagi masyarakat awam, namun juga dengan menjaga
dan mengekalkan Rasm Uthmani oleh para ulama dan orang-orang tertentu (pakar al-
Quran). Ia seperti peninggalan sejarah dan warisan yang perlu dipelihara bagi generasi
akan datang.
15


4.0 Hubungan Rasm Uthmani dengan Ilmu Qiraat
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan
r.a. adalah tidak bertitik dan tidak berbaris. Namun begitu, Rasm Uthmani pada mushaf-mushaf
tersebut meliputi tujuh huruf yang diturunkan ke atas baginda S.A.W serta qira’at. Perkara ini
dapat dilihat dengan jelas menerusi beberapa contoh berikut:
16


4.1 Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Satu Penulisan
Terdapat qira’at yang mempunyai lebih dari satu bacaan dan ia ditulis dengan satu
penulisan sahaja. Contoh:


Perkataan di atas, dibaca dengan dua qira’at iaitu pada huruf sod di mana ia dibaca
dengan sod dan sin. Perkataan tersebut meskipun ia ditulis dengan sod, namun asal
hurufnya ialah sin. Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani
pada zaman tersebut hanya menulisnya dengan huruf sod sahaja sedangkan terdapat
beberapa masyarakat Islam seperti di Makkah membacanya dengan huruf sin.

15
Lihat: Sya’ban Muhammad Ismail, Rasm al-Mushaf wa Dabtuhu, Dar al-Salam, Kaherah, 1422H,
cetakan kedua, hlman. 63, dengan sedikit perubahan.
16
Lihat: Ibid, hlman. 27-29, dengan sedikit perubahan.
طا¸- / =--, / نو¸=,--'ا
4.2 Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Sama Penulisan
Bahagian kedua ini membincangkan qira’at yang ditulis dengan penulisan yang sama di
mana ia merangkumi bacaan yang selainnya. Perbezaan yang berlaku hanyalah pada
baris dan titik. Contoh:


Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan dua qira’at iaitu huruf ba’ dan huruf ta’.
Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani pada zaman tersebut
merangkumi kedua-dua bacaan ini di mana ia ditulis tanpa titik dan tanpa baris. Maka
penulisan perkataan tersebut merangkumi semua mushaf yang dihantar ke negara-
negara Islam. Contoh lain:



Berdasarkan pada ayat di atas, perkataan ِ 4ِ -ـَ - dibaca dengan dua qira’at. Qira’at
pertama dibaca dengan ‘mengekalkan’ huruf alif soghirah selepas huruf mim. Maka ia
dibaca dengan dua harakat ِ 4ِ -ـَ - . Adapun qira’at yang kedua pula dengan membuang
alif soghirah tersebut dan dibaca dengan kadar satu harakat sahaja, ِ 4ِ -ـَ - . Kedua-dua
qira’at ini adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris. Maka, penulisan
perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan. Contoh lain:


17
Lihat: Surah al-Baqarah: 219.
18
Lihat: Surah al-Fatihah: 3.
_''·- ª',· : َ =َ -,ُ 'َ 'ْ -َ , ِ ¸َ = ِ ¸ْ -َ =ْ 'ا ِ ¸ِ -ْ ,َ -ْ 'اَ و ْ.ُ · 'َ -ِ +,ِ · ٌ»ْ `ِ إ ٌ,-ِ -َ آ ُ _ِ ·'َ -َ ﻡَ و ِ س'´ -'ِ '
17

_''·- ª',· : ِ 4ِ -ـَ - ِ مْ,َ , ِ ¸, -'ا
18



J
uga pada kalimah di atas, dibaca dengan dua qira’at iaitu َ ن;ُ ﺏِ -ْ -َ ی dan َ ن;ُ ﺏ -َ -ُ ی .
Kedua-dua qira’at ini adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris.
Maka, penulisan perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan.

4.3 Rasm Uthmani Yang Berkaitan Dengan Buang dan Tambah (Huruf dan Baris)
Juga terdapat perbezaan qira’at pada satu perkataan di mana ia berkaitan dengan
penambahan dan pengurangan huruf. Contoh:


Pada kalimah bergaris di atas, terdapat dua bacaan yang berbeza antara satu sama lain
di mana bacaan yang pertama seperti di atas _ ~َ وَ و (oleh Ibn Kathir, Abu Amr, ‘Asim,
Hamzah, al-Kisaie, Ya’qub, Khalaf al-‘Asyir), manakala bacaan yang kedua pula ialah
_َ ~ْوَ أَ و (oleh Nafi’, Ibn ‘Amir, Abu Ja’far). Oleh kerana itu, bacaan pertama ditulis pada
mushaf ahli al-Kufah dan al-Basrah, manakala bacaan kedua ditulis pada mushaf ahli al-
Madinah dan al-Syam. Contoh lain:


19
Lihat: Surah al-Baqarah: 10.
20
Lihat: Surah al-Baqarah: 132.
_''·- ª',· : ¸ِ · ِ +ِ ﺏ,ُ 'ُ · » ٌضَ ¸´ ﻡ ُ »ُ هَ داَ ¸َ · ُ ªّ ''ا ً '-َ ¸َ ﻡ »ُ +َ 'َ و ٌباَ -َ = ٌ»,ِ 'َ أ 'َ -ِ ﺏ ا,ُ -'َ آ
َ ن;ُ ﺏِ -ْ -َ ی
19

_''·- ª',· : _ ~َ وَ و 'َ +ِ ﺏ ُ »,ِ هاَ ¸ْ ﺏِ إ ِ ª,ِ -َ ﺏ ُ ب,ُ -ْ ·َ ,َ و 'َ , ´ ¸ِ -َ ﺏ ´ نِ إ َ ªّ ''ا _َ -َ =ْ -ا ُ »ُ ´َ ' َ ¸, -'ا
20

_''·- ª',· : َ ن,ُ -ِ ﺏ'´ -'اَ و َ ن,ُ '´ وَ `ا َ ¸ِ ﻡ َ ¸,ِ ¸ِ ='َ +ُ -ْ 'ا ِ ر'َ --َ `اَ و َ ¸,ِ -´ 'اَ و »ُ ه,ُ ·َ -´ -ا


Pa
Pada ayat di atas, terdapat dua qira’at yang berbeza dari segi penambahan perkataan
dan pembuangan perkataan iaitu penduduk Makkah sahaja yang membaca dengan
menambah ْQِ - pada ayat يِ ,ْ =َ - ْQِ - ٍ ت' -َ ﺝ mengikut bacaan Imam Ibn Kathir.
Adapun penduduk di negara Islam yang lain membacanya dengan membuang ْQِ -.
Maka penambahan perkataan ْQِ - hanya berlaku pada mushaf Makkah sahaja.

4.4 Rasm Uthmani; Beza Bacaan Dari Sudut Taqdim dan Ta’khir
Pada bahagian yang keempat ini pula, terdapat qira’at yang berbeza dari segi taqdim
(mendahulukan) dan ta’khir (mengakhirkan) sesuatu perkataan. Contoh:


Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan tiga qira’at iaitu Imam Hamzah, al-
Kisaie dan Khalaf al-‘Asyir membacanya dengan mendahulukan ْا;ُ -ِ -ُ -َ و daripada
ْا;ُ -َ -'َ -َ و . Qira’at yang kedua oleh Imam Ibn Kathir dan Ibn ‘Amir pula membacanya
dengan mengakhirkan ْا;ُ -ّ ِ -ُ -َ و dan dibaca dengan tashdid (bersabdu). Ada pun qira’at
ketiga yang dibaca oleh Imam Nafi’, Abu Amr, ‘Asim, Abu Ja’far dan Ya’qub pula
membacanya sebagaimana pada ayat di atas. Maka terdapat mushaf yang ditulis
dengan mendahulukan ْا;ُ -ِ -ُ -َ و dan juga terdapat mushaf yang mendahulukan ا;ُ -َ -'َ -َ و .

21
Lihat: Surah al-Taubah: 100.
22
Lihat: Surah Ali Imran: 195.
ٍ ن'َ -ْ =ِ 'ِ ﺏ َ ¸ِ -´ ر ُ ªّ ''ا ْ»ُ +ْ -َ = ْا,ُ -َ رَ و ُ ªْ -َ = ´ -َ =َ أَ و ْ»ُ +َ ' ٍ ت' -َ ﺝ يِ ,ْ =َ - 'َ +َ -ْ =َ - ُ ر'َ +ْ -َ `ا
21

_''·- ª',· : ْاوُ ذوُ أَ و ¸ِ · ¸ِ ',ِ -َ ﺱ ْا;ُ -َ -'َ -َ و ْا;ُ -ِ -ُ -َ و ´ نَ ¸ -َ آُ ` ْ»ُ +ْ -َ = ْ»ِ +ِ -'َ - ,َ ﺱ
22


Perbezaan penulisan mengikut qira’at seperti ini telah dijelaskan oleh Abu
Amr al-Dani di dalam kitab beliau: “Sebabnya ialah tatkala Amir al-Mukminin Uthman bin
Affan r.a. menghimpunkan suhuf kepada mushaf, beliau berhadapan dengan masalah
perbezaan qira’at dan perlukan kepada penulisan al-Quran yang mengikuti bahasa
Quraish .... Namun begitu, beliau mengetahui bahawa kesemua mushaf perlu ditulis
mengikut satu kaedah penulisan dengan mengulang penulisan beberapa perkataan
yang berbeza hurufnya. Maka satu perkataan ditulis pada satu mushaf dan dihantar ke
negara yang penduduknya membaca dengan bacaan tersebut. Juga bacaan kedua
ditulis pada mushaf yang lain dan dihantar ke negara yang penduduknya membacan
dengan bacaan tersebut. Maka ini adalah sebab ditulisnya perkataan yang berbeza dan
dihantar ke negara-negara Islam ketika itu”.
23


5.0 Penutup
Rasm Uthmani yang telah ‘diasaskan’ oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. merupakan satu
kaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran yang amat hebat dan tinggi nilainya. Keagungan
Rasm Uthmani ini dapat dilihat menerusi hubungkaitnya dengan perbezaan qira’at yang
pelbagai di dalam al-Quran al-Karim. Maka penulisan qira’at yang pelbagai ini perlu
diseragamkan agar umat Islam khususnya pada zaman tersebut tidak terkeliru dengan kalam
Allah S.W.T. dari segi bacaan mutawatirah dan syazzah. Justeru, pemeliharan Rasm Uthmani
ini perlu diteruskan dan dikekalkan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan qira’at demi
melahirkan generasi celik al-Quran pada zaman akan datang. Benarlah kata Allah S.W.T:
“Sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) benar-benar menurunkan al-Quran dan sesungguhnya
Kami (Allah S.W.T.) jualah yang benar-benar menjaganya”.
24

Rujukan
Al-Quran al-Karim

Abd al-Mun’im Kamil Syair, Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani.

23
Lihat: Abu Amr al-Dani, al-Muqni’ fi Rasm Masahif al-Amsar, hlmn. 119 dengan sedikit perubahan.
24
Lihat: Surah al-Hijr: 9.

Abd al-Rahman bin Abi Bakr Jalaluddin al-Suyuti. (1394H). al-Itqan fi Ulum al-Quran. Kaherah:
al-Hai’ah al-Misriyah al-’Ammah li al-Kitab.

Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi. (1384H). al-Jami’ li Ahkam
al-Quran. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyah.

Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi. (1427H). al-Burhan fi Ulum al-
Quran. Kaherah: Dar al-Hadith.

Abu Bakr bin Abi Daud, Abdullah bin Sulaiman al-Sajastani. (1423H). Kitab al-Masohif.
Kaherah: Dar al-Faruq al-Hadithah.

’Iyadh bin Musa bin ’Iyadh al-Yahsobi. (1407H). al-Syifa bi takrif huquq al-Mustafa. Amman: Dar
al-Faiha’.

Muhammad bin Ismail Abu Abdillah al-Bukhari. (1422H). Soheh al-Bukhari. Arab Saudi: Dar
Tauq al-Najah.

Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir Abu Jaafar al-Tabari. (1420H). Jami’ al-Bayan fi Ta’wil
al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Subhi al-Soleh. (1421H). Mabahith fi Ulum al-Quran. Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin.

Sya’ban Muhammad Ismail. (1422H). Rasm al-Mushaf wa Dabtuhu. Kaherah: Dar al-Salam.

Uthman bin Sa’id bin Uthman bin Umar Abu Amr al-Dani. al-Muqni’ fi Rasm Masahif al-Amsar.
Kaherah: Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyah.


6. para sahabat pun mulalah mempelajari dan menghafaz ayatayat suci al-Quran secara musyafahah (mempelajari daripada mulut/bacaan guru) mengikut tujuh huruf tersebut.t. Kaedah penulisan ayat-ayat al-Quran al-Karim ini atau lebih dikenali dengan Rasm Uthmani telah diarahkan oleh beliau akibat berlakunya perselisihan bacaan di kalangan umat Islam yang begitu ketara. Soheh al-Bukhari.s. Dar Tauq al-Najah. Mushaf al-Quran al-Karim yang diguna pakai pada zaman kini adalah mengikut kaedah penulisan yang ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga iaitu Uthman ibn Affan r.0 Sejarah Rasm Uthmani Penurunan al-Quran pada zaman Rasulullah S. 1 2. berlaku ketika baginda berada di Makkah dan al-Madinah adalah secara berperingkat-peringkat. cetakan pertama. dengan sedikit perubahan. Muhammad bin Ismail Abu Abdillah alBukhari. kepada baginda mengikut tujuh huruf sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadis: “Jibril telah membacakan kepadaku satu huruf. 1 Lihat: Abd al-Mun’im Kamil Syair. lalu ditambah dan ditambah lagi sehingga ia menjadi tujuh huruf”. 2 Lihat: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam bab Fadhail al-Quran.0 Pengenalan Ilmu Rasm Uthmani Sebagaimana yang diketahui ramai. Jika dilihat dari sudut definisi Rasm Uthmani. hlmn. 1422H. 5. maka aku membacanya. Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani. jlid. Maka dinamakan kaedah ini dengan Rasm Uthmani adalah sebagai sandaran kepada Uthman ibn Affan r. dengan sedikit perubahan. hlmn. Arab Saudi.a. .th.a. Namun begitu. t. 184.W. 2 Setelah itu. kesemua ayat-ayat alQuran al-Karim itu adalah bacaan yang telah diajar oleh Malaikat Jibril a.a atas perintah beliau untuk menulis semula ayat-ayat al-Quran”.A.1. t. dan dihantar ke negara-negara Islam. Syeikh Abd al-Mun’im Kamil Syair telah menyebut di dalam kitab beliau Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani: “yang dimaksudkan dengan perkataan ini (Rasm Uthmani) ialah kaedah atau cara penulisan perkataan-perkataan al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman ibn Affan r.

1.a. hlmn. dengan sedikit perubahan. Dar al-Faruq alHadithah. Antara mereka yang masyhur di kalangan para sahabat dalam mempelopori dan menyebarkan bacaan al-Quran ini ialah Ubai bin Kaab r. 1423H. 5. Abdullah bin Mas’ud di Kufah dan Abu Musa al-‘Asy’ari di negara-negara lain.A. Maka terdapatlah mereka (para tabiin) yang mempelajari bacaan al-Quran al-Karim dengan satu huruf sahaja dan ada yang lebih daripada itu berdasarkan kepada bacaan guru-guru mereka iaitu para sahabat. 4 Lihat: Abd al-Mun’im Kamil Syair. sebahagian yang lain membaca dengan dua huruf dan ada yang lebih daripada itu. Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani.1 Faktor Pengumpulan al-Quran Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada pengumpulan semula mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r. Abdullah bin Sulaiman al-Sajastani. Ada di kalangan mereka yang mendakwa bahawa bacaan merekalah yang paling tepat dan ada yang mendakwa bacaan orang Islam di negara lain salah dan sebagainya. Setelah kewafatan baginda S. maka telah membawa kepada perbezaan bacaan yang ketara di kalangan umat Islam ketika itu. tidaklah semua sahabat baginda mempelajari dan membaca ketujuh-tujuh huruf tersebut. dengan sedikit perubahan. maka para sahabat pun bertebaran dan berhijrah ke serata negara dalam menyebarkan lagi dakwah Islamiah kepada umat manusia. cetakan pertama.W. Sebahagian daripada mereka membaca dengan satu huruf. Antaranya ialah: 3 Lihat: Abu Bakr bin Abi Daud. Uthman bin Affan r. jlid..a. Lalu pemerintah Islam atau Khalifah Islam ketika itu. Kaherah. . telah mengarahkan kepada beberapa orang sahabat untuk mengumpulkan kesemua mushaf dan bacaan yang ada agar dapat mengelak dan menghindarkan umat Islam daripada terus berpecah-belah.Walau bagaimanapun. 190. 3 Hasil daripada perbezaan bacaan secara musyafahah itu yang diajar oleh para sahabat kepada penduduk Islam di negara masing-masing. hlmn. di Syam. 4 2. Kitab al-Masohif.a.

a. Kemudian Khalifah Uthman bin Affan r. Lalu berkatalah Huzaifah kepada Khalifah: Wahai pemimpin orang-orang beriman. sedarkanlah umat ini sebelum mereka berselisih bacaan terhadap al-Quran sebagaimana yang berlaku kepada Yahudi dan Nasrani. Kaherah.a. Dar al-Hadith.1. Ummi al-Mukminin Hafsah binti Umar r. mereka ialah Zaid bin Thabit (wafat 45H). mereka pun menulis semula suhuf yang ada kepada mushaf dan diserahkan kepada Khalifah Uthman bin Affan r.W. yang bertulis: “Serahkanlah kepada kami suhuf agar kami dapat menulisnya semula di mushaf.1 Perbezaan Bacaan Umat Islam Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab soheh beliau bahawa pada suatu hari seorang sahabat Rasulullah S. Sa’id bin al-‘Aas (wafat 58H).a.” 5 Lalu. untuk dihantarkan ke negara-negara Islam. 5 Lihat: Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi.a.. maka tulislah ia mengikut bahasa Quraish. 166.a. Berkata khalifah: “Sekiranya kamu berselisih pendapat dengan Zaid bin Thabit (terhadap sesuatu perkataan) daripada al-Quran. kerana sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dengan bahasa mereka. dengan sedikit perubahan. Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisham (wafat 43H) r. Abdullah bin al-Zubair (wafat 73H). . pergi menemui Khalifah Uthman bin Affan r. jlid.a.a.h. pun dengan segera menghantar surat kepada Ummi al-Mukminin Hafsah binti Umar r.a. al-Burhan fi Ulum al-Quran.” Setelah itu. dan khalifah pun memerintahkan agar mushaf yang ada selain daripada mushaf yang dihantar ini agar dibakar.A.a. Khalifah Uthman bin Affan r. setelah pulang dari peperangan Armaniah dan Azerbaijan. Maka. 1427H. Kemudian kami akan mengembalikannya kepadamu. pun menghantar suhuf yang ada pada beliau kepada khalifah. hlmn. 1. Maka Huzaifah al-Yamani mendapati (terkejut dengan) perbezaan bacaan al-Quran yang ketara di kalangan penduduk Islam. pun melantik empat orang sahabat untuk menulis semula ayat-ayat al-Quran pada mushaf. Huzaifah al-Yamani r. Adapun suhuf yang asal dikembalikan kepada Ummi al-Mukminin Hafsah binti Umar r.2.

Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran. hlmn. bersatu-padulah wahai para sahabat Muhammad. jumlah para celik al-Quran ini semakin ramai dan mereka membaca al-Quran dengan qira’at yang pelbagai.3 Penulisan Mushaf Khas oleh Para Sahabat Sebab yang ketiga pula ialah terdapatnya di kalangan para sahabat yang menulis mushaf sendiri (untuk bacaan mereka) di mana mushaf tersebut mempunyai ketujuhtujuh huruf yang diturunkan kepada Rasulillah S. 81. Muassasah al-Risalah. dan seorang guru yang lain pula mengajar mengikut kepada bacaan sahabat baginda yang lain. Mabahith fi Ulum al-Quran. dengan sedikit perubahan.A. Maka berita ini telah sampai kepada Khalifah lalu beliau berkhutbah: “Kamu sekalian berselisih pandangan bersamaku padanya (bacaan alQuran). 7 Lihat: Subhi al-Soleh. 62.1. Lamakelamaan generasi muda ini mendakwa bacaan mereka lebih fasih dan betul berbanding dengan bacaan yang lain. maka barangsiapa yang menjauhiku daripada penduduk al-Amsar (negaranegara Islam ketika itu) maka dia seteruk-teruk perselisihan dan seteruk-teruk kesalahan. hlmn. . Ibn Jarir telah menceritakan hal ini di dalam tafsir beliau bahawa ketika pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.A. maka para sahabat pun mengajar para tabiin dan umat Islam pada ketika itu mengikut apa yang mereka pelajari.2. terdapat juga mushaf yang mempunyai huruf-huruf yang telah dihapuskan ketika al-‘Irdhoh al-Akhirah 6 Lihat: Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir Abu Jaafar al-Tabari. 1420H. 6 Telah berkata pula Abu Ayyub bahawa sehinggakan ada yang sanggup mengkafir orang Islam yang lain hanya disebabkan oleh perbezaan bacaan al-Quran ini.W.W.a. 7 2. 1. seseorang guru akan mengajar bacaan al-Quran kepada anak muridnya mengikut bacaan seorang sahabat Rasulillah S. Maka setelah generasi demi generasi berlalu.W. dengan sedikit perubahan.2 Perbezaan Bacaan Guru Hasil daripada mempelajari bacaan al-Quran daripada Rasulullah S. cetakan pertama..A. Beirut. Di samping itu.1. 1421H. maka lantiklah seorang imam (pemimpin) di kalangan manusia”. Beirut. mengikut huruf-huruf yang diambil. jlid. Dar al-Ilm li al-Malayin.

sebuah mushaf ke al-Kufah dan sebuah mushaf disimpan di al-Madinah al-Munawwarah.a. para sahabat r.a.A. Maka kewujudan mushaf ini sedikit-sebanyak telah membawa perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terhadap bacaan al-Quran ketika pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.W. . jlid. Kitab al-Masohif. 133.W. 8 8 Lihat: Abu Bakr al-Sajastani. sememangnya mengetahui akan perbezaan antara ayat al-Quran dan ayat tafsiran. Antara pandangan ulama tentang jumlahnya ialah: 1) Abu Bakr al-Sajastani menyebut di dalam kitab al-Masohif beliau. Namun begitu.h. sebuah mushaf ke al-Bahrain. di hadapan Jibril a. dengan sedikit perubahan.a. sebuah mushaf ke al-Syam. 1. hlmn.(pembentangan terakhir oleh Rasulullah S. sebuah mushaf ke al-Yaman. Antara contoh mushaf yang ditulis oleh para sahabat bertujuan mentafsirkan ayat-ayat al-Quran ialah: 1) Mushaf Ubai bin Ka’ab 2) Mushaf Abdillah bin Mas’ud 3) Mushaf Abi Musa al-‘Asy’ari 4) Mushaf al-Miqdad bin Amr 2.s. sebuah mushaf ke al-Basrah. yang juga dikenali sebagai mushaf al-Imam. ke negara-negara Islam pada zaman tersebut. bahawa jumlah mushaf pada zaman Khalifah Uthman yang dihantar ke negara-negara Islam ialah tujuh iaitu sebuah mushaf ke Makkah. untuk menentukan ketetapan ayat al-Quran yang kekal dan ayat al-Quran yang dimansuhkan) dan mereka tidak menghapuskan tulisannya serta ayat-ayat tafsiran yang ditulis pada al-Quran alKarim ketika mereka mendengar tafsiran baginda S.2 Bilangan Mushaf Uthmani Para ilmuwan Islam berselisih pendapat dalam menentukan jumlah sebenar mushaf yang dihantar oleh Khalifah Uthman bin Affan r.A.

al-Kufah. dengan sedikit perubahan. al-Basrah. 11 Lihat: Abd al-Rahman bin Abi Bakr Jalaluddin al-Suyuti. Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyah. maka ulama dahulu dan kini telah berselisih pendapat kepada tiga golongan yang mana kesemuanya tetap memuliakan dan mengiktiraf kehebatan rasm yang ‘diasaskan’ oleh Khalifah Uthman bin Affan r. Kaherah. al-Syam dan Mesir. alSyam. 1394H.A. . hlmn. al-Iraq. t. al-Itqan fi Ulum al-Quran. 1. cetakan kedua. Kaherah. al-Hai’ah al-Misriyah al-’Ammah li al-Kitab. Makkah. sebuah mushaf ke al-Basrah dan sebuah lagi ke al-Madinah. dengan sedikit perubahan.a. dengan sedikit perubahan. hlmn. 1. 12. jlid. al-Jami’ li Ahkam al-Quran.0 Pendapat Ulama tentang Rasm Uthmani Dalam menentukan Rasm Uthmani sama ada ia tauqifi atau istilahi.W. 211. 1384H.a. 9 3) Abu Amr al-Dani pula berpendapat bahawa terdapat enam buah mushaf yang dihantar ke negara-negara Islam iaitu al-Madinah. Maka pendapat-pendapat tersebut bolehlah dirumuskan kepada berikut: 9 Lihat: Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi. hlmn. 10 4) Al-Suyuti pula mengatakan bahawa pendapat yang masyhur di kalangan ulama tentang jumlah mushaf yang dihantar ke negara-negara Islam ialah lima buah iaitu sebuah mushaf dihantar ke Makkah. al-Muqni’ fi Rasm Masahif al-Amsar. Kaherah. ialah tujuh. sebuah mushaf ke al-Syam.2) Juga di dalam riwayat al-Qurtubi bahawa jumlah mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r. (tidak termasuk Mushaf Imam) 11 3.th. Ada pula yang beranggapan bahawa Rasm Uthmani ialah istilahi iaitu penulisan mengikut kaedah bahasa Arab dan tidak berdosa sekiranya menyalahinya demi kebaikan umat Islam. sebuah mushaf ke al-Kufah. Ada di kalangan para ilmuwan Islam berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah tauqifi iaitu sesuatu yang telah diperintahkan oleh Rasulullah S. kepada para sahabat untuk menulis mengikut penulisan yang dibenarkan oleh baginda. 10 Lihat: Uthman bin Sa’id bin Uthman bin Umar Abu Amr al-Dani. 54. Dar al-Kutub al-Misriyah. jlid. Dikatakan juga jumlah empat buah di mana mushaf-mushaf tersebut turut dihantar ke al-Iraq. ini.

12 Imam Malik pernah ditanya: “Adakah anda menulis mushaf mengikut penulisan orang ramai dengan berpegang kepada al-hija’ (hija’iah atau tulisan mengikut bahasa rasmi) ?” (Rasm Uthmani)”. 14 2) Istilahi (Antara ulama: Abu Bakr al-Baqillani. Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani. hlmn. maka sesungguhnya beliau telah kufur”. Ibn Khaldun) Golongan kedua pula berpegang bahawa Rasm Uthmani ini adalah bukan tauqifi dan tidak salah sekiranya mengubah penulisan mengikut kaedah penulisan bahasa Arab (selagi mana tidak berubah ayat al-Quran). Berkata ibn Darastawaih: dua jenis penulisan yang tidak boleh dikias (kepada penulisan lain) iaitu penulisan mushaf (zaman Khalifah Uthman ibn Affan r. 14 Lihat: ’Iyadh bin Musa bin ’Iyadh al-Yahsobi. 376 dengan sedikit perubahan. 12 Lihat: al-Zarkashi. atau menambah padanya satu huruf yang tidak meliputi mushaf yang telah disepakati ijma’. 1407H. cetakan kedua. 13 Lalu beliau menjawab: “Tidak. al-Burhan fi Ulum al-Quran. Abu al-Baqa’. al-Syifa bi takrif huquq al-Mustafa.a. 647. hlmn. dan seluruh ummah telah bersepakat bahawa ia bukanlah al-Quran. Amman. jlid. Dar al-Faiha’. dengan sedikit perubahan. melainkan penulisan yang mula-mula Bahkan Al-Imam al-Qadhi ‘Iyadh dengan nada tegas telah menyebut di akhir kitabnya: “Dan sesungguhnya barangsiapa yang mengurangkan hurufnya dengan sengaja. Al-Qadhi ‘Iyadh) Golongan pertama berpendapat bahawa Rasm Uthmani ialah tauqifi dan tidak boleh mengubahnya. 13 Lihat: Abd al-Mun’im Kamil Syair. hlman. jlid. . Imam Ahmad. 16. Dar al-Hadith. atau menukarnya dengan huruf yang lain.1) Tauqifi (Antara ulama: Imam Malik. dengan sedikit perubahan. 2. 1. Ibn Darastawaih. haram menyalahi (penulisan) nya serta penyusunannya adalah termaktub mengikut surah dan ayat. Juga dilarang daripada mendahulukan ayat atau surah ke atas yang lain.) dan penulisan bait-bait syair Arab.

Beza Bacaan. dengan sedikit perubahan.0 Hubungan Rasm Uthmani dengan Ilmu Qiraat Sebagaimana yang diketahui umum bahawa mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r. 15 4. hlman. dibaca dengan dua qira’at iaitu pada huruf sod di mana ia dibaca dengan sod dan sin. Namun begitu.W serta qira’at. 63. dengan sedikit perubahan.A.1 Rasm Uthmani. Ia seperti peninggalan sejarah dan warisan yang perlu dipelihara bagi generasi akan datang. Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani pada zaman tersebut hanya menulisnya dengan huruf sod sahaja sedangkan terdapat beberapa masyarakat Islam seperti di Makkah membacanya dengan huruf sin. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas menerusi beberapa contoh berikut: 16 4. Lihat: Sya’ban Muhammad Ismail. namun asal hurufnya ialah sin. Kaherah.a. Perkataan tersebut meskipun ia ditulis dengan sod. adalah tidak bertitik dan tidak berbaris. Rasm Uthmani pada mushaf-mushaf tersebut meliputi tujuh huruf yang diturunkan ke atas baginda S. Satu Penulisan Terdapat qira’at yang mempunyai lebih dari satu bacaan dan ia ditulis dengan satu penulisan sahaja. cetakan kedua. Badruddin al-Zarkashi) Golongan yang ketiga berpendapat bahawa harus hukumnya untuk menulis al-Quran dengan penulisan bahasa Arab kini bagi masyarakat awam. Dar al-Salam. namun juga dengan menjaga dan mengekalkan Rasm Uthmani oleh para ulama dan orang-orang tertentu (pakar alQuran). Contoh: ‫ون‬ ‫/ا‬ / ‫اط‬ Perkataan di atas.3) Tauqifi dan Istilahi (Antara ulama: Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam. hlman. 1422H. 27-29. . 16 15 Lihat: Ibid. Rasm al-Mushaf wa Dabtuhu.

Contoh lain: 18 ِ ‫: َـ ِ ِ َ ْم ا‬ ِ ِ ِ ‫َـ‬ dibaca dengan dua qira’at. Adapun qira’at yang kedua pula dengan membuang alif soghirah tersebut dan dibaca dengan kadar satu harakat sahaja. Kedua-dua qira’at ini adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris.4.2 Rasm Uthmani. Qira’at Berdasarkan pada ayat di atas. Sama Penulisan Bahagian kedua ini membincangkan qira’at yang ditulis dengan penulisan yang sama di mana ia merangkumi bacaan yang selainnya. Contoh: 17 ‫و‬ ‫: َ َُْ َ َ َ ِ ا ْ َ ْ ِ َا ْ َ ْ ِ ِ ُ ْ ِ ِ َ إ ْ ٌ آ ِ ٌ وﻡ َ ِ ُ ِ س‬ ِ ََ َ ِ Perkataan yang bergaris di atas. Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani pada zaman tersebut merangkumi kedua-dua bacaan ini di mana ia ditulis tanpa titik dan tanpa baris. 18 . Contoh lain: 17 Lihat: Surah al-Baqarah: 219. Perbezaan yang berlaku hanyalah pada baris dan titik. penulisan perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan. Maka ia dibaca dengan dua harakat ِ ِ ‫َـ‬ . Beza Bacaan. perkataan pertama dibaca dengan ‘mengekalkan’ huruf alif soghirah selepas huruf mim. Maka. Maka penulisan perkataan tersebut merangkumi semua mushaf yang dihantar ke negaranegara Islam. Lihat: Surah al-Fatihah: 3. dibaca dengan dua qira’at iaitu huruf ba’ dan huruf ta’. ِ ِ ‫َـ‬ .

Ibn ‘Amir. Abu Amr. Contoh: 20 َ ‫ﺏ َ إﺏ َاه ُ ﺏ ِ ِ و َ ْ ُ ب َ ﺏ ِ ِن ا ّ َ ا ْ َ َ َ ُ ُ ا‬ ‫ُ َ إ‬ َ َ ِ ِْ ِ ‫: وو‬ ََ Pada kalimah bergaris di atas. Khalaf al-‘Asyir). Kedua-dua qira’at ini adalah betul lagi mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris.3 Rasm Uthmani Yang Berkaitan Dengan Buang dan Tambah (Huruf dan Baris) Juga terdapat perbezaan qira’at pada satu perkataan di mana ia berkaitan dengan penambahan dan pengurangan huruf. Maka. ََ Hamzah. manakala bacaan yang kedua pula ialah َ ْ‫( وأو‬oleh Nafi’.‫: ِ ُُ ﺏ ِ ﻡ َ ٌ َ َاده ُ ا ّ ُ ﻡ َ ً وَ ُ َ َا ٌ أِ ٌ ﺏ َ آ ُ ا‬ َ ِ َ‫ب‬ َ َ َُ ‫ض‬ ِ ‫ی ْ ِﺏ ن‬ َ ُ َ 19 J uga pada kalimah di atas. Lihat: Surah al-Baqarah: 132. Abu Ja’far). manakala bacaan kedua ditulis pada mushaf ahli alMadinah dan al-Syam. penulisan perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan. terdapat dua bacaan yang berbeza antara satu sama lain di mana bacaan yang pertama seperti di atas ‫( وو‬oleh Ibn Kathir. Ya’qub. bacaan pertama ditulis pada ََ mushaf ahli al-Kufah dan al-Basrah. dibaca dengan dua qira’at iaitu ‫ی ْ ِﺏ ن‬ َ ُ َ dan ‫یَ ﺏ ن‬ َ ُ ُ . 20 . Contoh lain: ‫: َا ﺏ ُ ن ا َوُ ن ﻡ َ ا ْ ُ َ ِ ِ َ َا َ َ ر َا ِ َ ا َ ُ ه‬ ُ ‫ِو‬ ‫و‬ َِ َ ِ ‫و‬ 19 Lihat: Surah al-Baqarah: 10. Oleh kerana itu. 4. al-Kisaie. ‘Asim.

terdapat qira’at yang berbeza dari segi taqdim (mendahulukan) dan ta’khir (mengakhirkan) sesuatu perkataan. Lihat: Surah Ali Imran: 195.4 Rasm Uthmani. و َ َُ ا‬Qira’at yang kedua oleh Imam Ibn Kathir dan Ibn ‘Amir pula membacanya َ dengan mengakhirkan ْ‫ و ُ ُِ ا‬dan dibaca dengan tashdid (bersabdu). و َ َُ ا‬ َ َ 21 Lihat: Surah al-Taubah: 100. ْ ِ. Adapun penduduk di negara Islam yang lain membacanya dengan membuang Maka penambahan perkataan hanya berlaku pada mushaf Makkah sahaja. Ada pun qira’at َّ ketiga yang dibaca oleh Imam Nafi’. ‘Asim. alKisaie dan Khalaf al-‘Asyir membacanya dengan mendahulukan ْ‫و ُ ُِ ا‬ َ daripada ْ‫ . Abu Ja’far dan Ya’qub pula membacanya sebagaimana pada ayat di atas. Beza Bacaan Dari Sudut Taqdim dan Ta’khir Pada bahagian yang keempat ini pula. dibaca dengan tiga qira’at iaitu Imam Hamzah. Contoh: 22 ْ ِ ِ َ ‫: وُو ُواْ ِ ﺱ ِ ِ و َ َُ اْ و ُ ُِ اْ ُآ َن َ ْ ُ ْ ﺱ‬ َ َ َ َ َ ‫َأ ذ‬ Perkataan yang bergaris di atas. 4. Abu Amr.21 ‫ﺏِ ْ َ ن ر ِ َ ا ّ ُ َ ْ ُ ْ ور ُ اْ َ ْ ُ وأ َ َ ُ ْ ﺝ ت َ ْ ِي َ ْ َ َ ا َ ْ َ ر‬ ُ ٍ َ ََ ََ ٍ ِ Pa Pada ayat di atas. 22 . Maka terdapat mushaf yang ditulis dengan mendahulukan ْ‫ و ُ ُِ ا‬dan juga terdapat mushaf yang mendahulukan ‫. terdapat dua qira’at yang berbeza dari segi penambahan perkataan dan pembuangan perkataan iaitu penduduk Makkah sahaja yang membaca dengan menambah ِْ pada ayat ‫ﺝ ت ِ ْ َ ْ ِي‬ ٍ َ ِْ mengikut bacaan Imam Ibn Kathir.

24 Rujukan Al-Quran al-Karim Abd al-Mun’im Kamil Syair. menghimpunkan suhuf kepada mushaf. 24 .W. Maka penulisan qira’at yang pelbagai ini perlu diseragamkan agar umat Islam khususnya pada zaman tersebut tidak terkeliru dengan kalam Allah S.W. 119 dengan sedikit perubahan. pemeliharan Rasm Uthmani ini perlu diteruskan dan dikekalkan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan qira’at demi melahirkan generasi celik al-Quran pada zaman akan datang.0 Penutup Rasm Uthmani yang telah ‘diasaskan’ oleh Khalifah Uthman bin Affan r. Benarlah kata Allah S.) jualah yang benar-benar menjaganya”. beliau berhadapan dengan masalah perbezaan qira’at dan perlukan kepada penulisan al-Quran yang mengikuti bahasa Quraish . Juga bacaan kedua ditulis pada mushaf yang lain dan dihantar ke negara yang penduduknya membacan dengan bacaan tersebut.T. Al-I’jaz al-Qur’ani fi al-Rasm al-Uthmani..a. beliau mengetahui bahawa kesemua mushaf perlu ditulis mengikut satu kaedah penulisan dengan mengulang penulisan beberapa perkataan yang berbeza hurufnya. 23 5.W.W. Maka ini adalah sebab ditulisnya perkataan yang berbeza dan dihantar ke negara-negara Islam ketika itu”. dari segi bacaan mutawatirah dan syazzah.Perbezaan penulisan mengikut qira’at seperti ini telah dijelaskan oleh Abu Amr al-Dani di dalam kitab beliau: “Sebabnya ialah tatkala Amir al-Mukminin Uthman bin Affan r. Lihat: Surah al-Hijr: 9. 23 Lihat: Abu Amr al-Dani. merupakan satu kaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran yang amat hebat dan tinggi nilainya. Justeru.a. hlmn.) benar-benar menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami (Allah S..T: “Sesungguhnya Kami (Allah S.. al-Muqni’ fi Rasm Masahif al-Amsar. Maka satu perkataan ditulis pada satu mushaf dan dihantar ke negara yang penduduknya membaca dengan bacaan tersebut. Keagungan Rasm Uthmani ini dapat dilihat menerusi hubungkaitnya dengan perbezaan qira’at yang pelbagai di dalam al-Quran al-Karim. Namun begitu.T.T.

Kitab al-Masohif. Soheh al-Bukhari. Abu Bakr bin Abi Daud. (1427H). (1423H). (1394H). al-Itqan fi Ulum al-Quran. Amman: Dar al-Faiha’. Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin. Kaherah: Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyah. Muhammad bin Ismail Abu Abdillah al-Bukhari. al-Burhan fi Ulum alQuran. al-Syifa bi takrif huquq al-Mustafa. Kaherah: Dar al-Faruq al-Hadithah. Subhi al-Soleh. (1421H). Abu Abdillah Badr al-Din Muhammad bin Abdullah al-Zarkashi. Rasm al-Mushaf wa Dabtuhu. Sya’ban Muhammad Ismail. al-Jami’ li Ahkam al-Quran. ’Iyadh bin Musa bin ’Iyadh al-Yahsobi. (1407H). Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyah. (1422H). Kaherah: al-Hai’ah al-Misriyah al-’Ammah li al-Kitab. (1384H). Kaherah: Dar al-Salam. al-Muqni’ fi Rasm Masahif al-Amsar. (1420H). Uthman bin Sa’id bin Uthman bin Umar Abu Amr al-Dani. Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah. Abdullah bin Sulaiman al-Sajastani. (1422H). Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Ansari al-Qurtubi.Abd al-Rahman bin Abi Bakr Jalaluddin al-Suyuti. Kaherah: Dar al-Hadith. Mabahith fi Ulum al-Quran. Arab Saudi: Dar Tauq al-Najah. . Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir Abu Jaafar al-Tabari.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful