HALAMAN PENGAKUAN

‘’Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

:

afiqah : NURUL AFIQAH BT FATKHORRAHMAN

: 27 Februari 2012

HALAMAN PENGAKUAN

‘’Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

:

amirah : NURUL AMIRAH BT ASHA’ARI

: 27 Februari 2012

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Tuhan kerana barakah dan rahmat yang dilimpahi kepada kami selama ini. Tugasan kami telah dijalankan dengan jayanya. Dan bersyukur juga kerana Tuhan telah memberi kami kekuatan untuk menghadapi segala macam kesulitan dan masalah sewaktu menyiapkan projek ini. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menolong secara langsung atau tak langsung dalam menyiapkan projek ini. Semoga segala kebaikan yang diberi diberkati.

Kepada pensyarah pembimbing kami iaitu madam Chin, kami sangat berterima kasih kerana sangat banyak memberi bimbingan kepada kami dan dalam masa yang sama sentiasa memantau dan memberi kami semangat untuk membuat yang terbaik dalam tugasan ini. Terima kasih juga kerana banyak berkorban masa semasa memberi kami tunjuk ajar dan bantuan. Namun, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang membantu dalam pertukaran pendapat dan idea berkenaan pelbagai etnik di Malaysia. Kami sangat menghargai pertolongan anda.

Dalam melaksanakan tugasan ini, pelajar akan mampu untuk mengetahui dan mengenalpasti pelbagai upacara yang sewring dijalankan dalam etnik-etnik yang ada di Malaysia. Walaupun masing-masing mempunyai kumpulan etnik yang berbezabeza, namun secara kasarnya semua dapat mengetahui serba sedikit berkenaan upacara-upacara yang dijalankan melalui jaringan jalur lebar. Melalui tugasan ini juga, kami merasakan bahawa teknik penggunaan teknologi sangat penting dan perlu untuk menyediakan pelajar yang mahir dalam semua bidang.

Tidak dilupakan juga, melalui tugasan ini, ia sangat menggalakkan pembelajaran melalui pembacaan. Pembacaan yang meluas akan memberi lebih maklumat dan lebih banyak idea kepada pelajar. Dalam mengumpul maklumat ini, tugasan ini sangat membantu dalam memperkembangkan kemahiran pelajar dalam membuat rujukan dan mengakses maklumat.

Antara upacara yang dijalankan oleh masyarakat India adalah upacara perkahwinan. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Seperti juga masyarakat lain. justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Seperti masyarakat lain. masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. pemberian nama. masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum. Dalam Buku Skrap Digital ini juga ada menerangkan beberapa rasional yang difikirkan logik sesuatu kepercayaan dan perkara itu dilakukan bagi masyarakat India ini. kelahiran. Kepelbagaian budaya di Malaysia ini telah menjadikannya sebuah Negara yang menarik dan unik. Kesemua upacara ini telah menjadikan Malaysia sebuah Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya. akil baligh. . Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.PENDAHULUAN Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. kematian dan pelbagai upacar yang lain lagi. Buku Skrap Digital ini mengupas tentang beberapa upacara yang sering dijalankan oleh masyarakat India di Malaysia terutamanya. Untuk itu. beberapa unsur-unsur penerapan dalam budaya yang dipelajari ditunjukkan dalam buku ini. Di samping itu juga.

KANDUNGAN Halaman Pengakuan Penghargaan Pendahuluan Kandungan Upacara-upacara & Rasional • Upacara & Rasional Perkahwinan • Upacara & Rasional Akil Baligh • Upacara & Rasional Kelahiran • Upacara & Rasional Pemberian Nama • Upacara & Rasional Kematian .

.

selepas seseorang itu berkahwin. Thirumanam Sorgattil Niccayikkappadukiratu bermaksud perkahwinan dipercayai ditentukan di syurga manakala Kanavan Manaivi Amaivatellaam Iraivan Kodutta Varam yang bermaksud jodoh dikurniakan oleh tuhan. Maka dapat dilihat bahawa masyarakat Hindu juga mempercayai kewujudan syurga yang memberikan mereka jodoh. dalam perkahwinan mereka lelaki haruslah lebih tua daripada pasangannya. upacara perkahwinan merupakan salah satu upacara yang terpenting dalam masyarakat Hindu. Selain itu. Kedatangan menantu dalam sebuah keluarga mampu mendapat banyak tuah dan mempunyai bilangan cahaya mata yang ramai “ Begitulah di antara kata-kata yang diungkapkan oleh seorang sami dalam bahasa Sanskrit sebaik kedua-dua mempelai selamat disatukan sebagai suami isteri. perkataan atau konsep cerai langsung tidak pernah wujud dalam masyarakat mereka. Dalam satu-satu perkahwinan. Walau bagaimanapun. mereka pasti mendambakan sesuatu dalam perkahwinan mereka. Setiap pasangan dapat menghormati mentua masing-masing . Kepercayaan mereka pula bahawa satu-satu perkahwinan tersebut adalah untuk sepanjang hayat mereka. setiap orang hanya boleh berkahwin sekali sahaja sepanjang hidup mereka. Thiru bermaksud bersifat ketuhanan manakala manam beerti bersatu hati. masayarakat India percaya bahawa pasangan yang bersatu berdasarkan thirumanam hendaklah secocok dari segi pemikiran. Menurut frasa Tamil. Untuk pengetahuan semua. fizikal dan mental. suami atau isteri tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam upacara keagamaan tanpa disertai oleh pasangan mereka. Maka thirumanam membawa maksud sesebuah perkahwinan adalah penyatuan yang bersifat ketuhanan. Manakala. “ semoga perkahwinan ini mendapat kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Pengenalan Arus pemodenan yang sentiasa berubah-ubah langsung tidak menghalang masyarakat Hindu di Malaysia ini untuk mengekalkan adat tradisi perkahwinan mereka tetapi dipermudahkan dengan peredaran zaman. Menerusi kaca mata agama Hindu. anak merupakan . Namun selepas berkahwin. perempuan.

satu perkara yang paling diingini oleh setiap pasangan. Terdapat beberapa jenis perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat ini. manusia ini perlu untuk mencapai Patinaaru Perukal iaitu enam belas jenis kekayaan atau anugerah. Antara anugerahnya ialah anak. dalam masyarakat India tetap mempunyai variasi daripada masyarakat lain. Suyamariyaatait Tirumanam Tamil Tirumanam Vaitiigat Tirumanam Jenis-Jenis Perkahwinan . Suyamariyaatait Tirumanam dan juga Vaitiigat Tirumanam. Daripada sudut pandangan masyarakat India. Anak ini merupakan satu kekayaan yang amat berharga kepada mereka dan tiada galang gantinya. Walau bagaimanapun. Antaranya ialah Tamil Tirumanam.

Akan tetapi. upacara dijalankan oleh seseorang yang mahir dalam bahasa Tamil serta dihormati oleh ramai orang. .Jenis-jenis perkahwinan Tamil Tirumanam Bagi masyarakat yang mengamalkan perkahwinan jenis ini amat menolak unsur pembacaan mantera dalam bahasa Sanskrit dan unsur api yang dianggap budaya orang Arya juga dilarang dalam masyarakat mereka. namun adat dan tradisinya tidaklah terlalu berbeza kerana dalam upacara perkahwinan jenis ini. Tambahan pula. Dalam perkahwinan ini. Dalam perkahwinan ini. Selain itu. walaupun perkahwinan jenis ini jarang sekali dijalankan di Malaysia. penggunaan Thali sebagai rantai suci yang melambangkan penyatuan suami isteri masih lagi digunakan. sesiapa sahaja boleh mengetuai upacara perkahwinan ini dengan syarat orang tersebut dapat menyanyi lagu-lagu teevaaram dan tiruvaasagam. Golongan ini sangat mengutamakan bahasa Tamil mereka dalam upacara perkahwinan malah mereka menolak konsep Dewa Bhasya yang merujuk kepada bahasa Tuhan iaitu bahasa Sanskrit. orang yang akan menjalankan upacara ini hendaklah berupaya untuk menyanyikan lagu-lagu suci dalam bahasa Tamil dengan baik. puisipuisi suci Hindu dalam bahasa Tamil seperti teevaraam dan tiruvaasagam diucap ataupun dinyanyikan sebagai mantera dalam upacara. jika tiada golongan yang mahir untuk menjalankan upacara ini.

Tidak hanya menolak pemakaian Thali tetapi golongan mereka juga tidak menggunakan khidmat almanac Hindu untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan ini. manakala ibu bapa pengantin hanya berada di hadapan dan tetamu akan dialualukan oleh pengerusi majlis tersebut. setelah doa Iraivanakkam atau Lagu Tamil Vaaltu atau pemujian tamil dinyanyikan. Dalam perkahwinan ini. sebaliknya lampu minyak Kuttu Vilakku yang dihidupkan.Suyamariyaatait Tirumanam Berbeza dengan perkahwinan jenis Tamil Tirumanam. seseorang yang dihormati akan mengetuai majlis. perkahwinan ini kebanyakannya menolak upacara pemakaian Thali. Setelah itu. para hadirin yang hadir akan memberi restu kepada kedua-dua pasangan pengantin dengan berkata Manamakkal Vaalga serta menaburkan bunga-bungaan kepada mereka. pengantin akan membuat ikrar atau membaca warkah persetujuan perikatan perkahwinan atau dsebut sebagai Oppantam Vaasital. Sebagai pengetahuan am. Kemudian. . perkahwinan jenis ini dijalankan dalam golongan yang kebanyakannya adalah golongan yang tidak percaya kepada adat istiadat dan upacara perkahwinan yang panjang lebar dan meleret. majlis akan diserahkan kepada mana Inaippaalar yang akan bertanggungjawab untuk menjalankan upacara tersebut. Ketika berlangsungnya majlis.

subetnik serta sistem kasta. mengunjungi rumah bakal pengantin. Upacara perkahwinan ini juga boleh menunjukkan perbezaan menurut golongan etnik. Antara perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah merisik. Merisik Upacara Perkahwinan Mengunjungi Rumah Bakal Pengantin Adat Natanggu Ikat Janji Adat Mendirikan Mukuurtta Kaal Adat Penyediaan Thali Adat Pemberian Hadiah . kemudian baharulah upacara perkahwinan. Menurut upacara perkahwinan ini. Upacara ini dijalankan dengan menurut teks-teks Hindu dengan dibantu oleh pedanda yang bertauliah yang akan sekaligus mengetuai upacara perkahwinan ini. ikat janji. adat penyediaan thali.Vaitiigat Tirumanam Vaitiigat Tirumanam adalah antara jenis perkahwinan yang paling popular dan dikenali dalam masyarakat India di Malaysia. adat natanggu. adat pemberian hadiah. terdapat beberapa adat atau upacara yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum upacara perkahwinan ini dijalankan. adat mendirikan mukuurtta kaal.

buah-buhan serta serbuk kumkum. Tetapi ada kalanya. Ini dipanggil Pen Paarttal. ibu bapa tersebut atau saudara terdekat akan bertindak untuk merisik seseorang gadis yang akan diperisterikannya. sirih. beberapa aspek perlu diambil perhatian seperti faktor etnik. Mengunjungi rumah bakal pengantin perawakan calon isterinya. rombongan pihak bakal pengantin lelaki perlu dating dalam jumlah yang ganjil walaupun dalam bilangan yang ramai. Merisik turut diambil kira. Rombongan tersebut akan turut membawa buah tangan seperti kelapa. Pada kebiasaannya maklumat-maklumat ini tidak diperoleh secara langsung tetapi memerlukan pihak-pihak yang melibatkan diri secara tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tersebut melalui sahabat handai dan saudara mara. Ia . tahap pendidikan. Dalam upacara ini. sub etnik. Faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek umur. pinang. Dalam upacara ini. Aspek-aspek ini juga tidak dipandang ringan atau diabaikan. rupa paras dan latar belakang keluarga juga 1. bakal pengantin lelaki terlebih dahulu yang akan mengunjungi untuk melihat rumah sendiri bakal paras pengantin rupa dan perempuan 2.Adat sebelum berkahwin Adat sebelum berkahwin Langkah Merisik akan Upacara berlaku apabila seseorang lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada ibu bapanya. bunga. orang tengah iaitu Tirumana Taragar akan banyak membantu dalam menjayakan upacara ini. Dalam upacara ini. cendana. kasta dan agama.

Ikat janji (Niccayam) Sejurus selepas kedua-dua pihak bersetuju. 3. pengantara akan mengumumkan dengan rasminya ikatan tersebut. terdapat 21 aspek yang perlu diambil kira bagi menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin. Selepas itu baharulah perkara-perkara seperti hari dan tarikh perkahwinan dibincangkan. mereka akan melayan rombongan pihak lelaki sebagai tetamu dan tidak akan menerima buah tangan yang dibawa. Dalam tilikan tersebut. Thirumanam Poruttam Paartal iaitu tilikan kecocokan bakal pengantin dijalankan sebelum melangsungkan perkahwinan. Pihak perempuan akan menerima semua buah tangan tersebut sekiranya bersetuju dengan maksud rombongan tersebut. Selain itu. Upacara Niccayam ini dilaksanakan apabila kecocokan yang dibuat diterima oleh kedua-dua keluarga. Sebagai tanda kedua-dua keluarga akan bertukar sirh pinang yang dikenali sebagai taambuulam marrutal. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah yang . Akan tetapi sebaliknya apabila pihak perempuan tidak bersetuju. bilangan yang dating adalah dalam jumlah yang ganjil. Sama seperti semasa berkunjung ke rumah bakal pengantin perempuan. Kecocokan pasangan ini adalah berdasarkan Jaatakam atau tilikan masa depan berdasarkan kiraan Pancaangam almanak Hindu masing-masing. Ia adalah untuk memberitahu bahawa kedatangan mereka adalah bertujuan baik. Parisam seumpama sebuah majlis pertunangan.dikenali sebagai manggalap porutkal iaitu barang yang baik dan bertuah. Adat pemberian hadiah (Parisam) Dalam masyarakat India. 4. Barang-barang bertuah turut dibawa bersama.

manakala Udan Parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama sebelah pagi sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan. Digantungkan segumpal benang kuning yakni benang putih tetapi disalut kunyit cair. Terdapat pelbagai jenis Thali dan thali-thali ini adalah berbeza mengikut perbezaan tradisi keluarga atau 5. Selepas itu.ganjil juga. pihak lelaki akan membawa barang-barang bertuah dan bayaran bagi tukang emas untuk membuat thali. Kemudian dibuat sembahyang dikenali sebagai Thaalipadaiyal. Adat penyediaan Thali (Tjirumaanggaly am) pun mazhab agama. Bagi yang kurang mampu ia boleh digantikan dengan kunyit. pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada Tuhan. bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. tuah dan suci pada mereka. Dalam masa yang sama. upacara sembahyang dilakukan sebagai tanda permulaan upacara. Thali merupakan satu symbol suci perkahwinan yang diikat pada leher pengantin perempuan. Setelah itu baharulah pihak lelaki boleh melihat Puurana Kumbum dengan lebih dekat lagi. Kerana kunyit merupakan symbol kebaikan. Adat ini sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu Parisam biasa atau Udan Parisam. . Kemudian. Tujuh atau Sembilan hari sebelum perkahwinan. Thali yang digunakan tidaklah wajib diperbuat daripada emas. Tetapi hantaran ini mestilah disediakan oleh wanita yang bersuami atau Cumanggali. Thali yang telah siap dan di bawa ke rumah ditempatkan di bilik sembahyang. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan.

Ia dibuat bertujuan untuk membuang sial serta angkara pengkhianatan orang ataupun dikenali sebagai Kanneeru Kalittal. Dalam upacara ini juga sembilan jenis bijirin dikenali Navataaniyam ditaburkan pada kaki Mukuurtta Kaal serta lampu minyak dihidupkan sehingga selesai upacara.Upacara ini pula dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Kedudukan ini dianggap bertuah 7. Upacara ini dilakukan selama dua atau empat kali (sekali sehari) sebelum hari perkahwinan dan sekali lagi sewaktu upacara perkahwinan. Adat mendirikan mukuurtta kaal didirikan bertujuan untuk mendapatkan perlindungan dan limpah kurnia tuhan. Kepentingan menjaga alam ditekankan supaya kehidupan aman damai. Untuk menjalankan upacara ini sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan Mukuurttal Kaal. Manakala hari-hari berikutnya ditanggung oleh saudara mara. Ia 6. Ini merupakan adat yang harus ditunaikan oleh keluarga terdekat. dalam upacara ini pengantin akan duduk di atas bangku menghadap matahari terbit. Dengan mendirikan mukuurtta kaal ini menandakan bahawa perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.. Walau bagaimanapun perbelanjaan upacara ini ditanggung oleh ibu bapa pada hari pertama. . Adat Nalanggu kerana menandakan kelahiran matahari menerangi dunia juga diharap untuk menerangi kehidupan mereka. Dan kemudian Navataaniyam ini akan bertunas selepas beberapa hari sebagai ikrar kepada alam semula jadi bahawa pengantin akan menghormati alam. Upacara ini pula dilakukan di kedua-dua rumah pengantin lelaki dan juga perempuan.

Manakala. Sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Selesai upacara tersebut. Kemudian Pavitram iaitu cincin yang diperbuat daripada rumput tarppai dipakaikan kepada maappillai iaitu pengantin lelaki. maapillai toolan atau pengapit pengantin lelaki akan memakaikan cincin jari kaki. dulang berisi atchatai dibawa kepada tetamu untuk mendapatkan restu sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. pedanda memulakan poojai-poojai apabila maapillai berada di atas manavarai dan ponnu (pengantin perempuan ) di sebelahnya. Namun sebelum itu kaki kaapillai diletakkan di atas batu giling. Cincin itu pula menandakan bahawa orang yang memakainya telah 8. Setelah itu. adik perempuan maapillai akan berdiri di belakang maapillai dengan mengangkat lampu minyak sebagai tanda peringatan kepada maapillai bahawa tuhan menjadi pengantin saksi perkahwinan tersebut. Setelah itu.Dalam upacara perkahwinan pedanda yang akan memulakan upacara dengan sembahyang memohon restu daripada Dewa Ganesha supaya majlis perkahwinan berjalan lancar. Seterusnya. Pengantin perempuan diberikan sebiji kelapa yang telah dibersihkan dan disapu kunyit serta dibalut dengan kain . Kemuidan pedanda pula akan mengikat kappu iaitu tali berwarna kuning di pergelangan tangan maapillai. Simbolik penggunaan batu giling ini adalah untuk mengingatkan maapillai supaya tabah hati dan berpegang teguh pada perkahwinan seperti teguhnya batu giling. Selesai upacara di rumah pengantin perempuan. di pintu masuk pula. akan bangun daripada monavarai untuk mengelilingi api sebanyak tiga kali. upacara memuja tapak kaki ibu bapa dilakukan oleh pasangan pengantin kepada ibu bapa masing-masing. Upacara perkahwinan berkahwin.

Akhir sekali. Ia adalah untuk menghilangkan perasaan malu dan segan di antara pengantin. campuran minuman susu dan pisang diberikan kepada pengantin.kuning sebelum berangkat ke rumah pengantin lelaki. Maapillai akan meminum separuh dan bakinya diminum oleh ponnu. .

.

• Menolak kondep dewa bhasya yang merujuk kepada bahasa tuhan iaitu bahasa sanskrit. • Guru perlu menekankan kepada murid bahawa setiap kepercayaan masyarakat adalah berbeza. Jika di lihat menerusi kaca mata konsep budaya. . Rasionalnya pula adalah wanita lebih ramai berbandingg lelaki di dunia ini. Ini tidak bermaksud bahawa islam tidak menghormati wanita tetapi ia merupakan satu kelebihan kepada lelaki yang mampu menjaga lebih daripada seorang isteri. Sejagat • Mempunyai persamaan ataupun upacara tersebut dikatakan berkongsi dengan kaum masyarakat india • Juga mempunyai adat merisik. seharusnya untuk menggalakkan murid-murid menunjukkan identiti golongan masyarakat masing-masing dan sentiasa berbangga dengan sekolah dan tempat mereka. Perkahwinan hanya sekali • Menurut kepercayaan masyarakat india. seorang hanya boleh berkahwin sekali dan perkahwinan tersebut adalah untuk sepanjang hayat. mengikat janji. Sebagai contoh masyarakat islam boleh berkahwin melebihi satu. • Rasionalnya ialah. penggunaan bahasa ibunda mereka dalam menjalankan upacara yang penting • Sebagai guru.RASIONAL UPACARA PERKAHWINAN Dalam upacara perkahwinan masyarakat India sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan upacara perkahwinan kaum masyarakat melayu. • Sebagai murid haruslah sentiasa mempelajari setiap perkara yang baharu dan menerima kesamaan berikut dengan positif. menziarah rumah dan sebagainya • Seorang guru boleh menerapkan kepada murid bahawa walaupun masyarakat kita berbilang kaum. tetapi masih ada lagi perkara yang mempunyai kesamaan dan hanya yang membezakannya ialah kepercayaan mereka terhadap sesuatu perkara tersebut. Penggunaan bahasa tamil • Masyarakat ini menggunakan bahasa tamil dalam keseluruhan upacara. • Rasionalnya kepercayaan tersebut adalah untuk menghormati wanita dan menggalakkan kesetiaan lelaki terhadap isterinya.

.

mereka harus lebih berhati-hati dalam menjaga anak perempuan yang telah baligh kerana mereka bukanlah lagi kanak-kanak. Perempuan yang mencapai baligh sangat beerti kerana ini menandakan seseorang perempuan itu berkeupayaan untuk menjadi bakal seorang ibu. Puuppeitutal selalunya disambut baik dan kebiasaannya berlaku dalam linkungan umur anak 9-13 tahun tetapi bergantung juga kepada keadaan biologi anak perempuan tersebut. Anak perempuan yang mendapat haid pada kali pertama disebut juga Ruthu Adaotal Danvayatukku Varutal. Puuppeitutal Kucci koluttatutal Tiratti sutrutal Kurukku maalai/ kalungan songsang . Dan menurut masyarakat India juga. anak perempuan unu akan mengalami beberapa perubahan dari segi fizikal mahupun emosi. sebaik sahaja anak perempuan mereka mencapai baligh. Semasa upacara ini dijalankan. Selepas mendapat haid.Pengenalan Puuppeitutal beerti mencapai baligh ataupun puberty bagi anak perempuan. Oleh itu. Upacara ini boleh disifatkan sebagai pengumuman rasmi kepada saudara mara bahawa anak mereka telah bersedia untuk berkahwin. Sebagai Ibu bapa. ibu bapa akan mula mencari jodoh untuk mereka. Puuppeitutal merupakan salah satu usaha ke arah mencari jodoh bagi anak yang sudah baligh. ia merupakan kali pertama anak perempuan memakai sari.

Puuppeitutal Sebaik sahaja anak perempuan mencapai baligh. Taai maaman dijemput untuk membuat tikar tersebut. mereka diasingkan daripada keluarga. Simboliknya pula ialah hujan adalah satu anugerah Tuhan yang dianggap amat penting kerana ia menyuburkan tanah dan memelihara segala kehidupan di dunia. Mereka juga dilarang keluar rumah sekurang-kurangnya dalam masa sembilan hari. . Duduk menghadap matahari terbit • Melambangkan doa supaya kehidupan baru anak tadi lebih terang dan berguna Lubang-lubang sebagai penapis di atas kepala seperti air hujan yang turun • Simboliknya pula ialah hujan adalah satu anugerah tuhan yang dianggap amat penting kerana ia menyuburkan tanah dan memelihara segala kehidupan di dunia. Dikenali sebagai Paccai Kudicai Kattutal/Poodutal. Pada waktu petang hari pertama anak ini akan bermandi adat. Lubang-lubang yang banyak pada penapis yang digunakan itu menyebabkan air turun sebagai hujan ke atas kepala anak tersebut. Daun hijau pokok dianyam seperti tikar untuk tujuan membuat pondok. Seorang demi seorang pengendali upacara akan menuangkan air yang disediakan ke atas kepala anak tersebut. Simboliknya bunga menandakan keharuman kehidupan yang bakal dilalui. Selalunya dibuatkan tempat khas untuk mereka yang dinamakan pondok hijau. anak tadi didudukkan di atas bangku kecil mengarah ke matahari terbit. Semasa upacara ini. Air kunyit yang ditaburkan bunga-bungaan wangi digunakan. Simboliknya melambangkan doa supaya kehidupan baru anak tadi lebih terang dan berguna. Manakala air yang dituang di atas kepala anak tersebut dipercayai memastikan kesuburannya serta memupuk sifat keibuannya.

Kucci koluttatutal Upacara ini dilakukan pada hari kesembilan seseorang anak perempuan tersebut mencapai haid. Manakala daun kelapa dibakar bersama pakaian anak dara selama sembilan hari yang pertama. termasuklah pembakaran cadar. Ia beerti berakhirnya pantang pergaulan dalam kalangan ahli-ahli keluarga. Semua pakaian selama 9 hari dibakar. Setelah itu baharulah anak perempuan ini boleh berkongsi bilik dengan anggota keluarga yang lain. Pondok hijau pula akan dibuang sebelum matahari terbit. . • Simboliknya barang-barang ini dibakar adalah untuk membuang kekotoran. Simboliknya barangbarang ini dibakar adalah untuk membuang kekotoran. Upacara kucci koluttatutal ini akan dilaksanakan sendiri oleh bapa ataupun Taai Maaman. bantal dan lain-lain.

lampu minyak di tempat sembahyang dalam rumah juga dipadamkan bagi jangka masa tiga puluh hari ini. Setiap pengendali upacara akan menyapukan cendana pada pipi dan tangan anak dara. bahu kiri. Pelbagai barangan seperti sirih pinang. Taai Maaman pula diwajibkan untuk membawa hadiah atau Eervarisai. Kapur barus pula dihidupkan di atas sirih. Adai ini dipercayai dapat membuang sial anak dara. Adai diletak pada pangkal kaki kanan. Antara barang yang perlu disediakan untuk upacara ini ialah air sebuyung kecil. kuih berbentuk leper dibuat daripada tepung beras serta dulang aalatti iaitu dulang yang diisikan dengan air kunyit yang dicampur dengan kapur sirih atau jus limau. Adai merupakan sesuatu yang khas bagi upacara ini.Tiratti sutrutal Ini merupakan upacara menamatkan pantang dan ia boleh diadakan pada hari keenam belas ataupun ketiga puluh. atas kepala. lampu minyak dihidupkan kembali setelah dimatikan selama tiga puluh hari. Akan tetapi sebenarnya tiga puluh hari merupakan waktu pantang bagi keluarga apabila anak perempuan mencapai haid pertama. kelapa. Di rumah anak dara pula. Selain itu. sari. manisan dan pelbagai lagi diarak masuk oleh wanita bersuami diketuai oleh taai maaman. Upacara ini akan dilakukan oleh tiga atau lima orang wanita yang bersuami. Akhir sekali aalatti dilingkar dan dilambai serta air dalam dulang tersebut disapu sedikit pada dahi anak dara. Ada kalanya pedanda atau seorang wanita tua yang bersuami dijemput untuk menjalankan upacara ini. barang-barang perhiasan. bunga. . Manakala. Sepanjang waktu ini. lampu minyak. Batu giling pula melambangkan kehamilan dimana ia merupakan tanda berdoa supaya anak perempuan itu memperoleh anak selepas berkahwin. dan di pangkal kaki kiri. mereka dilarang mengunjungi kuil atau menyertai sebarang upacara keagamaan kerana masih dianggap kotor. Upacara ini merupakan upacara terakhir dalam puuppeital. barangan tadi diangkat dan dilingkar ikut arah jam di hadapan anak dara dan dilambai sebanyak tiga kali. anak batu giling. kumkum. bahu kanan. Kemudian.

Kemudian diikuti dengan pemberian hadiah oleh para hadirin.Kurukku Maalai/ Kalungan Songsang Selepas upacara Tirutti Sutrutal. Seterusnya upacara mendapatkan restu. Kalungan ini tidak boleh dimasukkan begitu sahaja kerana menurut adat dan ajaran Hindu kalungan tersebut seumpama dibuat oleh suami. Taai Maaman akan menyerahkan hadiahhadiahnya kepada anak dara. Kemudian taai maaman memakaikan kurukku maalai iaitu dua kalungan bunga. Satu dipakai dari bahu kanan ke arah kiri dan satu lagi dari bahu kiri ke arah kanan. sari hantaran akan dipakai oleh anak dara. Sebagai permulaan. . anak dara mendapatkan restu ibu bapa dan Taai Maaman. Kesemua ini dilakukan supaya anak dara dapat memberi barang-barang keperluan. Akhirnyya seperti biasa jamuan makan sayut-sayuran akan menandakan tamatnya upacara puuppeitutal.

.

Daun ini juga dipercayai dapat mengelakkan bakteria atau kuman di pondok merebak keluar • Akan tetapi. Juga ingin memberitahu bahawa anak mereka telah matang dari segi fizikal dan juga emosi. • Guru perlu menerapkan sikap menerima tanpa syarat dimana murid yang telah mencapai akiil baligh mungkin akan mempunyai bentuk fizikal yang berbeza dengan murid yang belum akil baligh.RASIONAL UPACARA AKIL BALIGH Pengumuman Rasmi • Menurut kepercayaan india. . tugas guru untuk mendedahkan kepada murid kenapa perkara tersebut berlaku dan setiap orang yang bergelar perempuan akan mengalaminya. rasionalnya kepercayaan ini sebenarnya adalah kerana pada zaman dahulu pondok ini didirikan kerana tiada bilik khas di rumah untuk menempatkan anak perempuan yang sudah akil baligh. • Rasional bagi kepercayaan ini adalah ibu bapa ingin menyatakan kepada semua bahawa anak mereka boleh melahirkan anak dan subur. • Seorang guru harus peka terhadap perubahan yang berlaku terhadap murid-murid. anak perempuan yang kali pertama baligh akan dibuat pengumuman rasmi kepada semua. Oleh itu. • Selain itu. • Bagi murid yang telah mencapai akil baligh. Pembinaan pondok dengan menggunakan daun hijau pokok kelapa • Kepercayaan masyarakat india dimana daun hijau dipercayai tidak dapat didekati oleh kuasa-kuasa jahat dan makhluk halus. Guru juga menjadi satu medium dimana murid boleh mendapatkan nasihat dan bimbingan terutamanya bagi murid yang bakal meningkat remaja. • Guru juga perlu sentiasa menerapkan unsur menjaga kebersihan diri terutamanya untuk memastikan fizikal dan mental murid sentiasa segar dan tiada gangguan. seorang guru sepatutnya sentiasa melihat dan membataskan pergaulan mereka terutamanya pergaulan lelaki dan perempuan. rasional juga kepercayaan ini adalah untuk mengasingkan anak yang berada dalam fizikal yang kotor berada di dalam rumah bersama ahli keluarga yang lain. Ini adalah untuk memberitahu kepada semua bahawa anak mereka telah bersedia untuk berkahwin.

.

Terdapat dua peringkat dalam upacara adat kelahiran iaitu peringkat mengandung dan juga bersalin.Pengenalan Anak adalah anugerah Tuhan yang amat berharga bagi pasangan suami isteri. Bagi masyarakat India (Hindu). Pasangan yang mendapat anak dianggap bertuah. Peringkat mengandung Peringkat bersalin Kelahiran . seseorang dikatakan mencapai salah satu objektif kelahirannya apabila dia mendapat anak. maka ia dikenali sebagai cahaya mata. Oleh kerana anak membawa kebahagiaan. Lebih-lebih lagi mereka telah dikatakan telah mencapai salah satu tujuan penting perkahwinan mereka. komitmen kerohanian dan kekeluargaan serta mengharumkan nama ibu bapa. kegembiraan.

Simboliknya upacara ini adalah menandakan pemberian perlindungan tambahan kepada bayi dalam kandungan daripada kjahat. Selain itu. manakala kaappu bermaksud perlindungan Upacara ini akan diadakan pada hari dan masa yang baik ditentukan menurut almanak Hindu. Setelah cumanggali berkumpul. buah-buahan. Tetapi kebiasaannya diadakan di rumah ibu bapa. serbuk kumkum.Peringkat Mengandung Valaikaappu Ciimantam Valaikaappu Upacara ini merupakan upacara pemakaian gelang tangan baru bagi wanita yang mengandung. Kebiasaannya upacara ini dijalankan pada bulan ketujuh atau kesembilan mengandung. Suul beerti kandungan ibu. Ini termasuklah barang kemas. Namun yang mengambil bahagian dalam upacara ini ialah seorang wanita cumanggali iaitu wanita yang berkahwin dan suaminya masih hidup dan juga mempunyai anak. sari. Upacara ini boleh diadakan di rumah suami atau ibu bapa. Ia juga dikenali sebagai Suulkaappu. ia juga bertujuan untuk melindungi ibu mengandung supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan sewaktu bersalin. kunyit. sikat dan cermin serta . Upacara ini juga banyak melibatkan kaum wanita. gelang tangan. ciir iaitu hadiah kepada ibu mengandung diatur di atas dulang. sirih pinang.

Namun. Beberapa orang cumanggali dalam bilangan ganjil akan mengelilingi ibu mengandung. Dulang diangkat oleh tiga orang cumanggali lalu diputarkan mengikut arah jam sebanyak tiga kali dan dilambai sebanyak tiga kali lagi di hadapan ibu. Beberapa jenis makanan disediakan bagi ibu mengandung termasuklah beberapa jenis nasi seperti nasi minyak. gelang tangan emas ini akan dilebur dan dibuat perhiasan bagi bayi yang baru dilahirkan dan dipakaikan pada hari pemberian nama. Selain itu beberapa jenis sambal dan kuih muih turut disediakan. Setiap barang di atur di atas dulang yang berasingan. Seterusnya upacara aalatti dilakukan. Barang-barang tersebut diatur dan upacara dimulakan dengan sembahyang. terdapat lagi dua jenis gelang tangan. Setelah itu. air kelapa muda. Dan dulang pula haruslah dalam jumlah yang ganjil. kesemua ciir diletakkan di ruang tamu dan ibu mengandung dimandikan. kunyit. Selain gelang kaca yang dipakaikan kepada ibu mengandung dalam upacara ini. Upacara ini dikenali sebagai Mutugu Niir (Kulittal) iaitu upacara mencurahkan air dan sebagainya pada bahagian belakang badan. air mawar dan juga air biasa yang dimasukkan bunga-bungaan dicucurkan pada belakang ibu. nasi tairu. Kumkum pula diletakkan di dahi dan beberapa gelang tangan dipakaikan. nasi manis. Ibu mengandung biasanya memakai sari perkahwinannya semasa upacara ini. Selepas mandi pula. ibu mengandung akan dihiaskan seperti dihias pada hari perkahwinan. Susu. nasi limau. Tetapi bagi orang biasa selalunya menyediakan ciir dalam tiga atau lima buah dulang sahaja. Ibu mengandung tadi didudukkan di dalam bilik mandi. selepas anak dilahirkan. Bilangan nasi hendaklah ganjil. Seterusnya lampu minyak dinyalakan sebagai menandakan kehadiran restu Tuhan dan permulaan upacara. satu diperbuat daripada pancalogam iaitu campuran lima jenis logam dan satu lagi diperbuat daripada emas dan boleh jadi lebih daripada satu mengikut kemampuan masing-masing. Sebagai permulaan krim cendana disapu pada kedua-dua belah tangan serta pipi ibu mengandung. Salah seorang cumanggali akan mencelupkan .pelbagai manisan. Kalungan bunga dikalungkan oleh suami kepada isterinya. nasi susu dan sebagainya. nasi masam.

Ibu mengandung akan memilih satu bungkusan sahaja. Setelah itu. ibu bapa. ibu bapa.ibu jarinya ke dalam air aalatti lalu meletakkannya pada dahi ibu mengandung. Talaipirasavam merupakan nama lain bagi yang mengandung dan melahirkan anak sulung. dipercayai dia akan melahirkan anak perempuan. mentua dan orang tua dalam keluarga Memakan salah satu jenis nasi yang disediakan Upacara aalatti . ibu mengandung akan meminta restu daripada suami. Jika bungkusan yang dibukanya ialah bungkusan nasi manis. Nasi-nasi tersebut diletakkan di atas daun pisang berasingandan kemudian dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Ibu yang melahirkan anak sulung dengan selamat dikatakan sedang meneruskan kehisupan yang kedua ataupun kelahiran semula. tetapi jika bungkusan selain daripada nasi manis dipercayai akan melahirkan anak lelaki. Talaippirasavam dipercayai tinggi risikonya. ibu mengandung akan berada di rumah ibu bapa sehingga sebulan selepas bersalin. Kumkum pula diletakkan di dahi dan beberapa gelang tangan dipakaikan. Selesai sahaja upacara ini. air tersebut dibuang di hadapan pintu rumah. mentua dan orang tua dalam keluarga. Upacara Valaikaappu pula hanya dilakukan untuk talaippirasavam sahaja. Meminta restu daripada suami. Upacara seterusnya ialah upacara ibu mengandung memakan salah satu jenis nasi yang disediakan. Kesemua ciir diletakkan di ruang tamu dan ibu mengandung dimandikan Ibu mengandung akan dihiaskan seperti dihias pada hari perkahwinan Krim cendana disapu pada kedua-dua belah tangan serta pipi ibu mengandung. Selepas upacara valaikaappu ini.

mantera dibacakan dan diikuti dengan pemakaian serbuk kumkum di dahi ibu mengandung tadi oleh suaminya. Selain itu. Ia merupakan salah satu adat samskara iaitu upacara penyucian Hindu yang selalunya diamalkan oleh orang-orang Brahmin Hindu di India Selatan. Akan tetapi.Ciimantam Ciimantam merupakan upacara menyikat rambut belah tengah bagi ibu mengandung. Sejenis rumput (tarppa-pul) dicelupkan ke dalam minyak. upacara sebegini membolehkan seseorang ibu mendapat perhatian ramai dan layanan baik serta mesra. Ia dilakukan pada bulan keenam atau kelapan seseorang ibu mengandung. api dihidupkan menurut upacara tertentu api ini dikenali sebagai yagattii iaitu api pengorbanan dan bahan-bahan persembahan seperti bijirin. Tujuan upacara ini ialah untuk berdoa kepada tuhan bagi melindungi ibu dan kandungannya serta mengelakkan sebarang kesulitan sewaktu bersalin. minyak sapid an sebagainya dimasukkan. ia juga bertujuan untuk mendapatkan anak lelaki. Upacara ini biasanya dikendalikan oleh pedanda yang bertauliah. Pada mulanya. Setelah itu. Persembahan ini dipercayai akan sampai kepada Tuhan. Rambut wanita mengandung dibelah tengah oleh suami. Ini menyenangkan hati ibu tadi. Kemudian upacara menyapu minyak di atas kepala ibu diadakan. Akhirnya kedua-dua suami isteri akan mengelilingi api sebanyak tiga kali mengikut arah jam. Rumput tersebut digunakn untuk menyapu minyak di kepala ibu mengandung. Wanita yang mengandung akan didudukkan mengarah ke timur. Juga dikenali sebagai Mutugu Niir Kulittal dalam kalangan masyarakat India. .

. menilik nasib bayi dan untuk tujuan keagamaan. kedudukan planet sewaktu kelahiran seseorang bayi akan mempengaruhi bayi tersebut dari segi mental. Bahan-bahan lain juga disertakan supaya uri atau tembuni tadi tidak dapat digunakan untuk ilmu sihir. Ini diketahui dengan bantuan almanak Hindu. fizikal dan rohani. nama Tuhan boleh dibisikkan oleh sesiapa sahaja yang berpengetahuan agama ataupun orang yang tertua dalam sesebuah keluarga. Waktu ini digunakan untuk mengenali kedudukan planet-planet sewaktu bayi dilahirkan. Zaman sekarang yang tidak membenarkan sesiapa pun memasuki bilik bedah kecuali ibu yang akan melahirkan dan suami menyebabkan nama tuhan akan dibisikkan secepat mungkin selepas bayi dibenarkan untuk dilihat. Catatan waktu kelahiran juga dilakukan bagi tujuan memberikan nama kepada bayi. Serbuk kunyit dan garam dapat membunuh kuman. serbuk kunyit. Bau busuk dapat dielakkan supaya anjing dan kucing tidak mengoreknya. Uri atau tembuni selalunya ditanam di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga. Manakala tali pusat yang dikerat tidak boleh dibuang begitu sahaja. nama tuhan dibisik kepada telinga bayi sebelum tali pusatnya dikerat. garam dan pinang. Oleh itu. Menurut kepercayaan orang Hindu.Peringkat Bersalin Bagi peringkat bersalin pula. Menurut amalan orang Hindu yang berpendidikan agama. waktu kelahiran bayi dicatat dengan tepat.

.

seharusnya untuk sentiasa memperingati murid-murid agar menghormati dan menyayangi ibu yang telah melahirkan mereka kerana berat tanggungjawab seorang ibu yang melahirkan mereka. Tambahan lagi kandungan pertama. .RASIONAL UPACARA KELAHIRAN Pemakaian gelang • Masyarakat india mempercayai pemakaian gelang menandakan pemberian perlindungan tambahan kepada bayi. • Rasional upacara ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menyenangkan hati ibu mengandung yang sedang susah hati menunggu waktu bersalin. perkahwinan • Penerapan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan perlu ditekankan oleh guru dalam pengajaran terhadap murid. selain daripada untuk melindungi ibu mengandung supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan semasa bersalin. wajar sekiranya kita membahagia dan menceriakan seseorang yang sedang dalam kegusaran. Talaipirasavam • Dipercayai ibu yang melahirkan anak sulung akan mengalami kehidupan yang kedua atau pun kelahiran semula. • Rasional kepercayaan ini adalah bahawa ibu yang bersalin telah menjalankan satu tanggungjawab yang besar apabila melahirkan anak terutamanya anak yang sulung kerana tinggi risiko untuk melahirkan anak. • Kepercayaan ini dan juag suami akan mengalungkan kalungan bunga kepada si isteri pada upacara kelahiran • Rasionalnya adalah untuk menyambut dan memberi pertama dan Ibu mengandung sokongan kepada ibu mengandung kaliterhadap isteri juga menunjukkan penghargaan suami dihias seperti yang sanggup berkorban mengandungkan anak semasa mereka. • Sebagai guru. • Guru perlu menyatakan kepada murid.

.

Termasuklah penyucian diri. Pemujaan Dewi Pemberian nama Menamatkan pantang / tiittu kalittal Upacara meletakkan bayi dalam buaian . maka upacara menamatkan pantang turut diadakan pada hari yang sama. pantang berkaitan dengan ibu terus diamalkan sehingga hari ketiga puluh di mana suatu upacara ringkas diadakan untuk menamatkan pantang.Pengenalan Upacara pemberian nama didahulukan dengan beberapa upacara yang berkaitan dan dirasakan penting terlebih dahulu seperti upacara menamatkan pantang. pagi hari itu juga pantang ditamatkan seterusnya pada hari ketiga puluh ibu dan anak akan pergi ke kuil serta mengadakan sembahyang. pemujaan dewi sembahyang dan meletakkan bayi ke dalam buaian. mereka yang berpengetahuan agama menolak pemujaan dewi kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Hindu. Terdapat yang mengatakan sekiranya upacara diadakan pada hari keenam belas. Sebaliknya mereka akan mengadakan sembahyang sebagai tanda syukur kepada Tuhan yang mengurniakan cahaya mata yang dinanti-nanti serta untuk berdoa untuk keselamatan serta kebahagiaan bayi dan keluarganya. Upacara ini biasanya diadakan pada hari keenam belas atau hari ketiga puluh dikira dari hari kelahiran. Walau bagaimanapun. Dan sekiranya diadakan pada hari ketiga puluh pula. Sekiranya upacara ini dilakukan pada hari keenam belas. Biasanya upacara ini diketuai oleh ahli keluarga yang tertua. Pemujaan ini akan diikuti dengan upacara meletakkan bayi dalam buaian dan pemberian nama. Akan tetapi terdapat variasi terhadap hari ini. rumah serta halaman.

Pemujaan ini bersifat menenangkan dewi kaatteeri supaya ia tidak mengganggu bayi yang baru lahir. Pemujaan di dalam rumah dilakukan di ruang tamu. telur rebus. Manakala Dewi Pecciyamman dipercayai akan menjaga bayi di dalam rumah. Bahan-bahan seperti masakan kari ayam betina. Bayi dibaringkan di hadapan bahan-bahan persembahan tadi dan orang tua di rumah memohon kepada dewi supaya melindungi anak tersebut.Pemujaan Dewi Upacara pemujaan Dewi ini adalah untuk memohon perlindungan untuk bayi. ikan kering. minuman keras serta nasi dan buah-buahan disediakan. Dewi Pecciyamman • Pemujaan di dalam rumah dilakukan di ruang tamu • Menjaga bayi di dalam rumah Dewi Katteeri • Suatu tempat di luar dibersihkan dan lampu minyak dinyalakan • Melindungi bayi di luar rumah . Menurut kepercayaan masyarakat India. Dewi-dewi ini dipercayai akan melindungi bayi sekiranya dipuja dengan bahan-bahan persembahan. Upacara ini beserta bahan-bahan pemujaan untuk Dewi Pecciyamman dan Dewi Katteeri merupakan suatu tradisi lama. Dewi ini dikatakan akan melindungi bayi di luar rumah. Suatu tempat di luar dibersihkan dan lampu minyak dinyalakan. Upacara pemujaan Dewi Kaatteeri selalunya diadakan pada hari keenam belas.

Ini adalah kali pertama seorang ibu ke kuil selepas bersalin. Sembahyang diadakan di kuil. Dan seterusnya bayi dibawa ke kuil oleh ibu bapa untuk sembahyang. Selalunya bayi dibaringkan di hadapan patung suci di kuil. suami dan isteri bersama bayi didudukkan bertentangan dengan pedanda. pedanda akan menggunakan daun pokok mangga untuk merenjiskan air dari puurana kumbam ke seluruh rumah. sembahyang diadakan di rumah. Pada pagi upacara menamatkan pantang. Seterusnya pedanda akan menjalankan sembahyang dengan membaca mantera-mantera.Menamatkan Pantang / Tiittu Kalittal Upacara ini kebiasaannya diadakan pada hari ketiga puluh kelahiran bayi. Air tersebut dianggap suci dan dapat menolak bala. Sekembalinya dari kuil. Selepas melakukan pelbagai upacara sembahyang. rumah serta halaman dibersihkan. Kemudian dia akan merestui bayi dengan menyapu debu suci (tiruniiru) pada dahi bayi sebagai menyampaikan limpah kurnia Tuhan kepada bayi dan ibu bapanya. Pada waktu petang. iaitu di sebelah kanan puurana kumbam. . Sesetengah golongan yang berpengetahuan agama serta berada menjalankan upacara ini dengan bantuan pedanda yang bertauliah. Apabila tiba masa bertuah. Ini menandakan berakhirnya upacara menamatkan pantang dalam kalangan orang India di Malaysia. sebagai persediaan bagi upacara sembahyang seorang pedanda bertauliah dijemput untuk mendirikan puurana kumbam (buyung) serta membuat lain-lain persediaan yang diperlukan. Sebelum mengadakan sembahyang. ibu dan anak beserta suami akan pergi ke kuil. Ada kalanya diadakan pada hari keenam belas.

namun bayi tadi dimasukkan dalam buaian sari untuk seketika. Selain itu. Oleh itu. Selalunya bayi dibaringkan di atas lapisan kain ataupun di atas tilam. Pedanda akan mendukung bayi tersebut dengan membaca manteramantera tertentu lalu diserahkan kepada orang tua di rumah. Oleh itu. bayi tidak dimasukkan ke dalam buaian. Sebelum menjalankan upacara ini.Upacara meletakkan bayi dalam buaian Upacara ini dijalankan setelah upacara menamatkan pantang selesai sebenarnya upacara menamatkan pantang dan upacara meletakkan bayi ke dalam buaian dianggap sebagai sebahagian daripada upacara menamakan bayi. suatu sari yang lain digunakan untuk tujuan ini. Kebiasaannya upacara ini tidak melibatkan pedanda tetapi mereka yang berpengetahuan agama dan berpegang teguh pada tradisi akan menjemput pedanda. . Dalam upacara ini buaian disediakan dengan menggunakan sari perkahwinan. Pedanda membacakan mantera Diserahkan kepada orang tua di rumah Merestui bayi Orang yang paling tua memasukkan bayi ke dalam buaian. kurang selesa bagi bayi. Kemudian datuk dan nenek bayi tersebut atau orang yang paling tua dalam keluarga akan memasukkan bayi ke dalam buaian serta mengayunkan buaian perlahan-lahan. Walaupun buaian moden dibeli. sari perkahwinan akan rosak jika diikat menjadi buaian. Mereka akan merestui anak tersebut dengan kata-kata pujian serta menghadiahkan barangan berbentuk rantai serta cincin emas. Selalunya sari perkahwinan adalah mahal serta penuh dengan sulaman dan sebagainya.

Mereka yang mampu akan membuat Arainyaan Kayiru daripada emas atau pun perak. Setelah itu. Pada hari pemberian nama inilah tali dipinggang atau Arainyaan Kayiru diikat kepada bayi. saudara mara akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan menghadiahkan pelbagai hadiah termasuk barang kemas bagi bayi. Seterusnya datuk dan nenek bayi di pihak bapa akan menerima bayi serta mengucapkan kata-kata restu lalu memakaikan barang kemas dan menyebutkan nama bayi. Arainyaan kayiru selalunya dihadiahkan oleh datuk dan nenek bayi bagi pihak ibu. Kalau tidak mampu tali biasa sudah mencukupi. Jika pedanda dijemput beliau akan menjalankan upacara menamatkan pantang dan seterusnya mendukung bayi setelah mengetahui nama bayi lalu menyebutnya dengan mendoakan limpah kurnia Tuhan kepada bayi dan keluarga. .Pemberian Nama Upacara pemberian nama ini dibantu oleh pedanda.

.

semasa upacara ini. kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka sehingga sanggup menggunakan sari perkahwinan yang sangat bermakna kepada mereka dan juga sari yang mahal dan cantik untuk dijadikan buaian mereka. Penerapan unsur memberi dengan ikhlas dan juga beri yang terbaik kepada murid adalah satu kemestian. dengan menjalankan upacara pemujaan dewi-dewi ini. Dan ibu bapa ini mahu anak mereka sentiasa selamat walau di mana sahaja mereka berada. . • Rasional upacara ini dijalankan adalah kerana si ibu bapa bimbang dan khuatir akan keselamatan anak mereka yang baru dilahirkan. • Guru boleh menerapkan kepada murid-murid aspek keselamatan yang perlu sentiasa dititikberatkan oleh mereka apabila berada di dalam atau berada di laur kawasan rumah mereka. Sebagai contohnya. • Rasional perbuatan ini adalah untuk menunjukkan kepada semua dan bayi bahawa hari tersebut juga merupakan hari yang bermakna dan bahagia sama seperti hari mereka melangsungkan ikatan perkahwinan. bayi mereka yang baharu dilahirkan akan sentiasa dijaga oleh dewi tersebut di dalam atau di luar rumah. • Seorang guru boleh menerapkan kepada muridmurid tentang pemberian yang terbaik kepada orang yang disayangi.RASIONAL UPACARA PEMBERIAN NAMA Pemujaan dewi • Pemujaan dewi pecciyamman dan dewi katteeri • Menurut kepercayaan masyarakat india dahulu. Sari perkahwinan sebagai buaian • Masyarakat india yang menyambut upacara pemberian nama bagi bayi mereka akan menggunakan sari perkahwinan mereka sebagai buaian pertama kepada bayi mereka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful