HALANGAN DALAM USAHA MEMARTABATKAN PROFESSION KEGURUAN Dalam usaha murni kerajaan untuk memartabatkan profesion perguruan ini

, terdapat beberapa halangan yang tidak boleh dipandang remeh dan harus diatasi segera bagi memastikan kelancaran usaha tersebut. Meskipun kerajaan sedang melipatgandakan program

memartabatkan profesion perguruan ini, masih terdapat kekangan dari segi kurangnya tenaga sumber manusia seperti pensyarah, guru pembimbing, kaunselor yang berperanan memberi khidmat sokongan terutamanya semasa guru pelatih menjalani latihan praktikum. Menurut Aishah Sahul Hamid (1996), terdapat kurangnya pencerapan yang diberikan oleh guru pembimbing kepada pelatih guru. Ini akan menyebabkan mereka menjadi kurang bermotivasi untuk mempamerkan prestasi sebenar mereka. Selain masalah kekurangan sumber manusia, KPM juga mengalami kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lengkap dan terkini. Keperluan sumber P&P ini adalah amat signifikan kerana ia merupakan sumber komunikasi pengajaran antara guru dan anak murid. Justeru, kekurangan sumber ini akan memberi impak yang tidak baik kepada guru semasa proses P&P. Jadi ini akan menjejaskan imej profesionalisme guru tersebut. Masalah ketidaksepadanan (mismatch) opsyen matapelajaran yang dipelajari di institut pendidikan dengan matapelajaran yang di ajar di sekolah juga telah mempengaruhi tahap keprofesionalan seseorang guru itu. Apabila seseorang guru itu diarahkan untuk mengajar matapelajaran yang bukan bidang kepakaran mereka, tahap motivasi mereka akan menurun dan seterusnya keberkesanan cara pengajaran mereka akan dipersoalkan apabila mereka tidak mampu mempamerkan prestasi yang membanggakan. Selain itu, tahap profesionalisme di kalangan guru juga masih belum mantap terutamanya guru baru. Ini berlaku kerana semasa menjalani latihan di institusi pendidikan, bakal-bakal guru ini hanya mendalami subjek pilihan mereka secara konsep dan teori sahaja.

. Jawatan guru merupakan jawatan kakitangan awam yang paling lambat menerima kenaikan ke gred seterusnya iaitu selepas 8 tahun berkhidmat untuk setiap gred. mereka akan berpendapat bahawa kerjaya guru bukanlah satu kerjaya yang professional kerana mereka berpandangan bahawa individu yang bekerjaya profesional tentunya memiliki kelebihan dari segi kemudahan dan sebagainya. Apabila masyarakat melihat situasi ini. Di samping itu. isu mengenai laluan kerjaya guru dan kebajikan guru adalah satu isu yang masih dipersoalkan sehingga kini. Selain itu. kerajaan juga seolah-olah terlepas pandang kebajikan guru apabila masih terdapat kekurangan kemudahan asas seperti penempatan guru terutamanya di kawasan pendalaman.Walaupun mereka turut menjalani latihan praktikum. sahsiah guru yang kurang efektif dan alat bantu mengajar yang tidak mencukupi. namun masih terdapat guru yang gagal menguasai sepenuhnya bidang pengajaran masing-masing lantaran kurangnya bimbingan dari guru terlatih.