You are on page 1of 29

UNIT 1/ STRUK.

KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 1

UNIT

1

STRUKTUR KERANGKA (2-D) DAN DAYA DALAMAN

Objektif Am   Mempelajari, memahami dan mengetahui struktur kerangka boleh tentu statik dengan struktur kerangka tak boleh tentu statik. Mengetahui jenis-jenis daya dalaman dan anggota struktur.

Objektif Khusus Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:     Mengenalpasti struktur kerangka 2-dimensi. Membezakan struktur kerangka bolehtentu statik dengan struktur kerangka tak bolehtentu statik. Membezakan jenis-jenis anggota struktur; anggota tegangan dan mampatan. Menyatakan simbol daya dalaman bagi anggota-anggota iaitu daya tegangan dan daya mampatan.

UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN

C5303 / 1 / 2

INPUT 1.1 STRUKTUR KERANGKA ( 2-D ) Pengenalan Struktur terdiri daripada satu siri anggota yang dihubungkan dan digunakan untuk menanggung beban. Contoh-contoh struktur ialah bangunan, jambatan, menara dan empangan. Struktur kerangka merupakan salah satu struktur yang digunakan dengan meluas dalam pembinaan.

Struktur Kerangka 2-Dimensi Tahukah anda apa itu struktur kerangka 2-Dimensi? Struktur kerangka 2-dimensi berada pada satu satah dan biasanya digunakan untuk menanggung bumbung dan jambatan. Ia juga dikenali sebagai kekuda. Suatu struktur kerangka terdiri daripada 3 atau lebih anggota yang disambung pada bahagian hujungnya supaya membentuk suatu binaan yang kukuh. Struktur kerangka merupakan struktur yang berbentuk rangka. Ruang yang wujud di antara anggota-anggota yang membentuk rangka tersebut tidak dipenuhi atau diisi oleh apa-apa objek atau bahan. Dalam pengiraan yang melibatkan struktur kerangka, anggota dianggap ringan dan dengan itu beratnya tidak diambil kira. Kerangka boleh tentu pula ialah satu struktur yang menggabungkan anggota yang berasingan untuk membentuk satu siri segitiga [rujuk Rajah1.1(a)]. Pada kebiasaannya, setiap sambungan untuk anggota kerangka dilakukan dengan menggunakan bolt dan nat, paku pasak atau dikimpal [rujuk Rajah1.1( b)]. Tetapi untuk tujuan mendapatkan nilai asas tegasan yang dialami dalam anggota itu sendiri, sambungan–sambungan dianggap sebagai sambungan jenis pin tanpa geseran seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah1.1(c). Dengan itu tiada lenturan yang diagihkan melalui

Panel-panel ini dihubungkan diantara satu sama lain dengan anggota pugak dan anggota pepenjuru.1 (a) Kerangka secara terperinci (b) Sambungan kimpalan (c) Sambungan pin tanpa geseran Anggota Pugak Anggota Panel Atas Anggota Pepenjuru Plet Gusset (a) Anggota Panel Bawah Kimpalan (b) (c) Merujuk kepada Rajah1. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 3 sambungan ini. Rajah1.1(a). dinamakan sebagai anggota panel atas atau bawah. . anggota kerangka hanya menanggung daya-daya paksi iaitu samada daya tegangan atau daya mampatan. anggota atas dan bawah samada ufuk atau sendeng.UNIT 1/ STRUK.

3. Untuk tujuan mendapatkan nilai asas tegasan yang dialami dalam anggota itu sendiri. 2.1 Sila uji kefahaman anda dengan mencuba silangkata di bawah. .UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 4 AKTIVITI 1. 8 1 10 6 2 7 3 4 9 5 Mengufuk 1. sambungan–sambungan dianggap sebagai sambungan jenis pin tanpa ___________. Sejenis sambungan. Sejenis struktur binaan.

Struktur digunakan untuk menanggung ___________. 7. 5. Sambungan anggota-anggota kerangka menggunakan paku __________. 9. Panel-panel dihubungkan diantara satu sama lain dengan anggota __________. Struktur kerangka 2-dimensi berada pada satu ____________. 3. 10. Memugak.UNIT 1/ STRUK. . 6. 8. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 5 4. Sejenis binaan yang menggunakan struktur kerangka. Struktur kerangka juga dikenali sebagai __________. ________ boleh dielakkan sekiranya sambungan pin tanpa geseran digunakan. Anggota kerangka menanggung daya ____________.

UNIT 1/ STRUK. 8 1 10 K J N G E S E K U R A M B A T A N 6 2 B R 7 P N G K D A K E B A N A K S 3 P I N 4 9 P T A H E P 5 S A S L E N J U R U N T U R A K N . KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 6 MAKLUM BALAS AKTIVITI 1.1 Cuba semak jawapan anda.

KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 7 INPUT 1.UNIT 1/ STRUK.2(a).2 JENIS-JENIS STRUKTUR KERANGKA Jenis-Jenis Struktur Kerangka Bayangkan sebuah struktur yang dibina daripada batang mancis yang disokong dan dihubungkan dengan plastisin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1.2 (b)]. struktur menjadi tak stabil dan huyung akan berlaku seperti ditunjukkan dalam Rajah1.2(c). Rajah1. Apabila dikenakan beban secara sisi [Rajah1. .2 : (a) Struktur kerangka (b) Beban sisi dikenakan (c) Struktur tak stabil (a) P P (b) (c) Untuk menjadikan struktur stabil. kita perlu menambahkan satu anggota pepenjuru seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1.2(d).

2 : (d) Struktur stabil (e) Struktur stabil dan tak bolehtentu statik P P (d) Bagaimana sekiranya dua anggota pepenjuru ditambah pada struktur seperti dalam Rajah1. Kerangka juga boleh menjadi tidak stabil walaupun jumlah anggota dan daya tindakbalas mencukupi. tambahan anggota pepenjuru menjadikan struktur kita stabil tetapi tak boleh tentu statik. Contohnya kerangka . KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 8 Rajah1.2(e) ? P (e) Dalam kes ini. Kes kestabilan seperti ini boleh ditentukan dengan cara pemeriksaan atau menganalisa pengagihan daya. Struktur kerangka boleh menjadi tidak stabil luaran sekiranya daya tindakbalas adalah setumpu (concurrent) atau selari. Kerangka yang tidak stabil akan roboh kerana tidak mempunyai bilangan anggota atau daya tindakbalas yang mencukupi bagi mengekang kesemua sambungan.UNIT 1/ STRUK.

.4 di bawah. b = jumlah anggota kekuda.... kerangka tidak stabil kerana daya tindakbalas setumpu. struktur kerangka atau dikenali sebagai kekuda satah boleh dikelaskan kepada 2 kumpulan iaitu struktur kerangka boleh tentu statik dan struktur kerangka tidak boleh tentu statik. Konsep pengkelasan ini ditunjukkan dalam Rajah1. (b).4: Pengkelasan kekuda (a) Stabil dan bolehtentu statik b1 r2 n1 b3 r1 b2 n3 (a) r3 . r = jumlah daya tindakbalas tentu statik apabila memenuhi persamaan di bawah:r+b = 2n ... KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 9 di dalam Rajah1. Persamaan 1 n2 Rajah1....3 (a).UNIT 1/ STRUK. Sesuatu kekuda satah dinamakan sebagai struktur kerangka boleh Dimana: n = jumlah sendi (termasuk sendi pada penyokong). Kerangka tidak stabil kerana daya tindakbalas selari (a) (b) Secara amnya.. Rajah1.3 adalah tidak stabil luaran kerana garis tindakan daya bagi penyokong-penyokongnya adalah setumpu atau selari.

maka ia adalah stabil dan boleh tentu statik.4: Pengkelasan kekuda (b) Stabil dan tidaktentuan statik dengan D=2 n2 b2 n3 b3 b8 n4 b4 n5 b1 b11 b10 b7 b9 b6 b5 r2 n1 b12 n8 b13 n7 b14 n6 r4 r1 r3 (b) b = 14 b + r = 18 n=8 r=4 2n = 16 . r + b > 2n Daya yang tidak diketahui melebihi persamaan statik dan kekuda menjadi tidak tentuan statik.4 (a) di atas..4 (b) menunjukkan bagaimana persamaan ini diaplikasikan.... Rajah1.. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 10 Sebagai contoh. b = 3 n = 3 r =3 b+r=3+3=6 2n = 2(3) = 6 Struktur memenuhi persamaan 1. Sekiranya... Persamaan 2 Rajah1. sila rujuk Rajah1.UNIT 1/ STRUK. D berdasarkan kepada persamaan di bawah:D = r + b – 2n .. Di dalam kes ini.. kita perlu menentukan darjah ketidaktentuan statik..

nilai darjah ketidaktentuan statik. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 11 b + r > 2n (18 > 16) Struktur adalah stabil dan tidak boleh tentu . . Untuk menjadikan kekuda stabil. Sebagai panduan. D. Sekiranya.4 (c) di bawah: n1 b3 b5 r2 n3 r1 b7 b8 b6 b9 n6 b2 n2 b4 n4 n5 r3 (c) b=8 b + r = 11 2n = 12 r=3 n=6  b + r < 2n Oleh itu kekuda adalah tidak stabil. D= r + b – 2n D= 4 + 14 – 2(8) D=2 Iaitu satu darjah ketidaktentuan luaran disebabkan oleh penyokong yang menyumbangkan 4 daya tindakbalas. r + b < 2n Daya-daya dalaman anggota dan tindakbalas tidak mencukupi untuk memenuhi persamaan keseimbangan dan kekuda tidak stabil. satu anggota pepenjuru perlu ditambah pada panel tengah. sila rujuk Rajah1. Daripada persamaan 2 . dan 1 darjah ketidaktentuan dalaman disebabkan oleh tambahan anggota pepenjuru di pertengahan panel (sendi n4 dan n8) untuk mengagihkan ricihan. adalah 2.UNIT 1/ STRUK.

b) Sekiranya stabil. a b c d e f g . tentukan punca ketidakstabilannya. a) Sekiranya tidak stabil.2 Cuba uji kefahaman anda dengan mencuba aktiviti di bawah berdasarkan kepada arahan yang diberikan. c) Sekiranya tidak bolehtentu statik. Untuk semakan. Arahan : Kelaskan kekuda di bawah sebagai stabil atau tidak stabil. tentukan sama ada ianya bolehtentu atau tidak bolehtentu statik. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 12 AKTIVITI 1.UNIT 1/ STRUK. nyatakan darjah ketidaktentuan (D). sila rujuk pada helaian berikutnya.

b = 17 b + r = 22 D = b + r – 2n r=5 2n = 20 n = 10  b + r > 2n Menentukan D: = 22 – 20 = 2 Kerangka stabil dan tak bolehtentu statik dengan D = 2. b). struktur adalah tak bolehtentu statik) Menentukan D: D = r + b – 2n = 13 – 12 = 1 Kerangka adalah stabil dan tak boleh tentu statik dengan D = 1. . a). b = 10 b + r = 13 r=3 2n = 14 n=6  b + r < 2n Dengan itu. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 13 MAKLUMBALAS AKTIVITI 1. c). b=9 b + r = 13 r=4 2n = 12 n=6  b + r > 2n Dengan itu.UNIT 1/ STRUK.2 Cuba semak jawapan anda. kerangka adalah tak stabil kerana panel tengah kekurangan satu anggota ufuk.

b = 16 b + r = 20 r=4 2n = 20 n = 10  b + r = 2n Struktur stabil dan bolehtentu statik. . b=8 b + r = 12 r=4 2n = 12 n=6  b + r = 2n Kerangka adalah stabil dan bolehtentu statik. f). namun struktur adalah tidak stabil kerana kekurangan satu anggota ufuk pada panel atas.UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 14 d). Pengagihan daya ufuk tidak dapat dilakukan. b=8 b + r = 12 r=4 2n = 12 n=6  b + r = 2n  Walaupun memenuhi persamaan 1. g). b = 14 b + r = 17 r=3 2n = 16 n=8  b + r > 2n Menentukan D: D = b + r – 2n = 1 Kerangka adalah stabil dan tak bolehtentu statik dengan D = 1. e).

Daya Dalaman dan Daya Luaran Cuba anda bayangkan sebatang rod AB [rujuk Rajah1. Jika rod itu tidak mampu menanggung daya yang dikenakan. satu daya yang bermagnitud F Newton juga mestilah bertindak dititik A dan B tetapi pada arah yang berlawanan dengan arah daya F tadi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1. iaitu daya luar kepada rod tersebut. .3 JENIS-JENIS ANGGOTA STRUKTUR Pengenalan Kerangka biasanya boleh dianalisa dengan cepat melalui pemeriksaan terhadap daya-daya pada anggota dan daya-daya yang bertindak ke atas sendi yang mempunyai satu anggota pepenjuru yang mana dayanya tidak diketahui. Dalam banyak kes. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 15 INPUT 1.UNIT 1/ STRUK. Untuk menentukan rod tersebut tidak menemui kegagalan.5(b) dan (c). arah daya bagi sebahagian bar adalah menjadi jelas selepas daya atau daya-daya paduan diketahui. manakala daya F itu dikenali sebagai daya luaran. rod itu akan terus memanjang sehinggalah ia menemui kegagalan.5(a)] dikenakan satu daya tegangan yang mempunyai magnitud F Newton. Daya dalam rod ini dikenali sebagai daya dalaman.

Penandaan yang begini dapat memudahkan proses mengenali anggota kerangka dan menyenangkan langkah mencari nilai daya pada anggota tersebut di dalam unit-unit berikutnya.6(a) menunjukkan satu bentuk kerangka yang dibentuk oleh tiga batang rod. rod ii dan rod iii.6 di bawah.UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 16 Rajah1. . untuk membezakan antara satu anggota kerangka dengan yang lain. Untuk tujuan ini. Setiap batang rod merupakan anggota kerangka yang berlainan. Sebagai contoh:Rod i dikenali sebagai anggota AB Rod ii dikenali sebagai anggota BC Rod iii dikenali sebagai anggota CA. sistem rujukan yang menggunakan titik sambungan digunakan. satu sistem rujukan yang sesuai dan mudah perlu diadakan. Rajah1.5 Daya dalaman dan luaran A F (a) B F A F F (b) B F F B A F F (c) F F Anggota Struktur Kerangka Cuba perhatikan Rajah1. Dengan itu. iaitu rod i.

sudah tentulah anggota tersebut akan bergerak ke satu posisi yang lebih stabil. seperti dalam Rajah1. kerangka itu dikatakan berada dalam keadaan yang seimbang.6(c). KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 17 Sila rujuk Rajahdi bawah. Daya luaran bermagnitud F yang bertindak pada titik A dalam arah AB hendaklah diseimbangkan oleh satu daya luaran yang mempunyai magnitud yang sama dengan F.6(b). Jika tidak. Rajah1. Keseimbangan yang diperolehi secara keseluruhan itu membawa maksud bahawa setiap anggota juga berada dalam keadaan yang seimbang. . Oleh sebab anggota AB berada dalam keseimbangan.UNIT 1/ STRUK. Dengan cara ini anggota AB dapat diseimbangkan. Apabila keadaan ini dicapai. kerangka itu akan menyesuaikan dirinya untuk mencapai suatu keadaan yang lebih stabil. Anggapkan satu daripada anggota tersebut. iaitu anggota AB berada dalam keadaan keseimbangan. tetapi dalam arah BA pada titik B seperti Rajah1.6 (a) Anggota struktur kerangka (b) Daya Luaran (F) bertndak ke atas struktur kerangka F B B i A ii iii (a) C A (b) C Apabila kerangka dibebani dengan daya F Newton. titik A itu sendiri juga berada dalam keseimbangan.

Sekarang perhatikan Rajah1. Oleh yang demikian. anggota AC atau CA dinamakan sebagai anggota tegangan kerana arah daya dalaman keluar dari sendi. seperti Rajah1. Daya luaran yang bertindak pada sendi A dan C menghasilkan daya dalaman pada arah yang berlawanan iaitu keluar dari sendi. jika dipisahkan antara sendi A dengan B. Anggota AB atau BA dinamakan sebagai anggota mampatan kerana arah daya dalaman menuju ke arah sendi. Rajah1.UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 18 Rajah1.6(e) menunjukkan daya dalaman bagi anggota AB yang terhasil akibat daya luaran bertindak pada sendi A dan B mesti mempunyai magnitud yang sama tetapi berlawanan arah dengan daya luaran. Akibat daya luaran yang bertindak pada sendi B.6(d).6 F A (c) B F B F (d) F A F F (e) B F F A F F (f) C F F Oleh itu. . Oleh itu.6(f) iaitu anggota AC. maka terhasilah daya dalaman yang mempunyai magnitud yang sama dengan daya luaran tetapi bertindak dalam arah berlawanan (ke kanan).

Di bawah bebanan ini. dan AC. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 19 Daya Dalam Anggota Kekuda Rajah1. tentulah anggota BC dan AC akan mengubah kedudukan. anggota AB akan bertindak mengatasi keadaan tersebut daripada berlaku dengan mengadakan suatu daya dalaman mengarah keluar dari titik sambungan seperti dalam Rajah1. Dengan itu.UNIT 1/ STRUK. Satu beban F dikenakan pada sendi C. Hasilnya.7(a) menunjukkan satu kerangka yang terdiri daripada 3 anggota. BC. Dengan itu. Sekiranya anggota AB tidak wujud. Rajah1.7(d). daya dalaman anggota tersebut bertindak melawan daya mampatan dari luar dengan mengarahkan anak panahnya kearah titik sambungan seperti ditunjukkan dalam Rajah1.7(b). iaitu AB.7(c). daya dalaman untuk setiap anggota struktur kerangka ialah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1.7 F C B (a) F C A (c) B A F C B (b) F C A A B (d) Cara meletakkan anak panah ini akan menjadi bertambah rumit sekiranya struktur kerangka itu mempunyai bilangan anggota yang banyak. satu kaedah yang sistematik perlu diikuti supaya . Oleh sebab itu . anggota AC dan BC mengalami daya mampatan.

c.7e) Panduan sistem penandaan daya dalaman (Rajah1.7e anggota tersebut berada dalam mampatan. b. penandaan arah semua anak panah menuju ke titik sambungan atau arah semua anak panah keluar dari titik sambungan. sistem penandaan arah anak panah menuju ke titik sambungan telah dipilih (Rajah1. Setiap daya dalaman bertindak berpasangan. maka anggota tersebut berada dalam tegangan.7e. F C A B .7e) a. d. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 20 memudahkan proses mengenal pasti sama ada anggota tersebut merupakan anggota mampatan atau anggota tegangan. Tandakan arah anak panah menuju ke titik sambungan untuk setiap anggota kerangka yang ingin dicari nilainya. seperti dalam Rajah1. Contohnya. satu pada setiap hujung anggota. e. Untuk mengatasi kerumitan ini. Namakan daya dalaman berdasarkan titik sambungan. Sekiranya nilai daya dalaman yang diperolehi positif. maka Rajah1.UNIT 1/ STRUK. bolehlah diikuti. Sekiranya nilai daya dalaman yang diperolehi negatif. Bagi unit ini. untuk anggota AB namakan sebagai FAB .

UNIT 1/ STRUK. c) Bagi ___________ . arah daya dalaman adalah ________ titik sambungan .3 Uji kefahaman anda sebelum ke unit 2. d) Bagi anggota mampatan. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 21 AKTIVITI 1. Soalan 2: Tandakan arah daya-daya dalaman bagi kerangka tersebut dan namakan samada anggota\ kerangka tersebut ialah anggota tegangan atau anggota mampatan. a) Anggota yang dikenakan daya luaran jenis daya tegangan dinamakan ___________. arah daya dalaman adalah keluar dari titik sambungan. b) Anggota yang dikenakan daya luaran jenis ______________ dinamakan anggota mampatan. Soalan 1: Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. F F C C C A (a) B A (b) B A (c) B F B F C C B C F A (d) B A (e) D F A D (f) . Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

b) Daya mampatan. c) Anggota tegangan.UNIT 1/ STRUK. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 22 MAKLUM BALAS AKTIVITI 1.3 Soalan 1 a) Anggota tegangan. Soalan 2 a) FAC = tegangan FAD = tegangan FBC = mampatan FBD = tegangan FCD = sifar c) FAB = mampatan FAC = sifar FBC = tegangan e) FAB = sifar FAD = tegangan FBD = sifar FBC = sifar FCD = sifar b) FAC = mampatan FAD = tegangan FBC = mampatan FBD = tegangan FCD = sifar d) FAB =tegangan FAC = tegangan FBC = mampatan f) FAB = sifar FAC = tegangan FAD = sifar FBC = sifar FCD = mampatan . d) Kearah.

sila dapatkan bimbingan dari pensyarah matapelajaran. nyatakan darjah ketidaktentuan.UNIT 1/ STRUK. Selamat mencuba dan semoga berjaya! Soalan 1 Kelaskan kekuda-kekuda berikut sebagai stabil atau tidak. Sekarang anda boleh menilai kefahaman anda dengan mencuba semua soalan dalam penilaian kendiri. Jika anda menghadapi sebarang masalah. Sekiranya stabil. anda telah sampai keakhir unit 1. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. tentukan sama ada ianya boleh tentu statik atau tidak boleh tentu statik. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 23 PENILAIAN KENDIRI Tahniah. (a) (b) (c) (d) . Sekiranya tidak boleh tentu statik.

tentukan sama ada ianya boleh tentu statik atau tidak boleh tentu statik. (b). KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 24 Soalan 2 Merujuk kepada kerangka di bawah (Rajah(a). Sekiranya stabil.UNIT 1/ STRUK. Sekiranya tidak stabil. kelaskan kerangka/ kekuda di bawah sebagai stabil atau tidak stabil. nyatakan darjah ketidaktentuan. Sekiranya tidak boleh tentu statik. (c). tentukan punca ketidakstabilannya. (a) A (b) 1m A B C 1m 200kN B D 1m 1m 1m D E C 150kN 1m (c) 75kN A (d) 235kN C A 1m 1m C 2m B D 2m B .dan (d)).

nyatakan samada anggota-anggota kerangka tersebut bertindak sebagai anggota mampatan atau anggota tegangan. (c). (d) dan (e) .UNIT 1/ STRUK. (b). (a) (b) A A 1m 1m 300kN D 1m 1m C 1m E 1m B C B D 100kN 1m M (c) A B 100kN C D 1m 65kN G E F 3 @ 1m = 3m . KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 25 Soalan 3 Merujuk kepada kerangka di bawah (Rajah(a) . Tanpa mencarikan daya dalamannya.

KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 26 (d) B C D 80kN 4m A F 3 @ 3m = 9m E (e) 400kN 100kN B C A E D Panjang setiap anggota adalah 2m.UNIT 1/ STRUK. .

b. Jawapan Soalan 1 a.UNIT 1/ STRUK. d. D = 1 struktur tak stabil struktur stabil dan bolehtentu Jawapan Soalan 2 a. FAB = FAG = FBC = FBG = FCD = FCF = FCG = FDE = FDF = tegangan mampatan tegangan sifar mampatan mampatan mampatan mampatan tegangan tegangan tegangan tegangan mampatan mampatan mampatan mampatan mampatan tegangan . Struktur stabil dan tidak bolehtentu. struktur stabil dan bolehtentu struktur stabil dan tak bolehtentu . FAD = sifar. c. Struktur stabil dan bolehtentu c. FAB FBC FCD FDE FFE FAF FBF FCE FFC = = = = = = = = = tegangan sifar. FAB = tegangan. D= 1 d. KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 27 MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI 1 Adakah anda telah mencuba soalan-soalan di atas? Jika “YA” . FBC = tegangan b. FAB = tegangan FAD = mampatan FBC = FBD = FCD = FCE = FDE = d. mampatan tegangan sifar c. b. sila semak dengan jawapan-jawapan di bawah. Struktur stabil dan bolehtentu. Struktur stabil dan bolehtentu Jawapan Soalan 3 a. FBD = mampatan FDC = sifar.

FAB FBC FCD FAE FED FBE FEC = mampatan = mampatan = mampatan = tegangan = tegangan = mampatan = tegangan . KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 28 FEF = sifar FFG = tegangan e.UNIT 1/ STRUK.

KERANGKA DAN DAYA DALAMAN C5303 / 1 / 29 .UNIT 1/ STRUK.