You are on page 1of 7

Pendahuluan Pengurusan kewangan boleh ditafsirkan sebagai satu proses yang melibatkan perancangan, pengagihan dan penggunaan tenaga

manusia, modal (wang tunai), barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat sesebuah Jabatan/ Sekolah. Dengan adanya jumlah peruntukan belanja mengurus, pembangunan dan peruntukan perkapita meningkat setiap tahun dan sekolah diberi taraf PTJ maka keperluan untuk mengadakan akauntabiliti yang sempurna adalah penting dalam semua sekolah di Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengurusan kewangan yang kurang cekap yang berlaku di sekolah berpunca daripada sikap yang sambil lewa, pengetahuan yang tidak mendalam yang kurang financial discipline serta penyeliaan untuk memperbaiki keadaan ini. Pengetua/ Guru Besar perlu mengubah sikap dan memberi perhatian kepada kerja-kerja mereka, mengadakan siri perbincangan dan latihan lebih kerap bagi meningkatkan kepakaran dan pegetahuan, juga sentiasa mengawasi dan menyelia secukupnya kerja-kerja yang dijalankan oleh pegawai-pegawai bawahan. Mengikut arahan Perbendaharaan 53 ‘seseorang tidaklah melepaskan diriya daripada tanggungjawab amnya dengan mewakilkan perlaksanaan kewajipannya kepada pegawai

bawahannya’. Ciri-ciri Pengurusan Kewangan Yang Baik 1. Akauntabiliti Akauntabiliti adalah merupakan satu nilai yang penting dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam menguruskan kewangan di sektor awam. Kekurangan tahap akauntabiliti boleh menyebabkan berlakunya

1|Halaman

B. Akauntabiliti yang memberi jaminan bahawa akaun-akaun yang diselenggarakan dan diuruskan itu boleh dipercayai dan segala urus niaga dijalankan dengan ikhlas dan teratur dan mematuhi peraturan dan undangundang yang berkuatkuasa. Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap yang positif serta dan bermoral rakyat tinggi secara pengurusan-pengurusan pekerjaan.penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan telah dilancarkan pada 19hb. Mac 1983. pentadbiran keseluruhannya. di samping mempunyai sikap bersih dan beramanah. Tanggungjawab ini jika diamalkan secara jujur dan ikhlas boleh membantu pengurusan bagi menjamin bahawa segala aktiviti kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Pengurusan Kewangan Secara Jujur Dan Amanah: Pada pertengahan April 1982. Di atas hakikat ini. Dato' Sri Dr. peraturan dan undang-undang tertentu. 2|Halaman . pegawai-pegawai swasta. kesedaran haruslah ditanamkan dalam jiwa pegawai-pegawai awam. 2. pekerja-pekerja dan rakyat supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan. Mahathir Mohamad telah melancarkan kempen Bersih. Y.A. Ia juga merupakan satu mekanisme yang dibentuk melalui sistem.

Kawalan Perbelanjaan Kawalan perbelanjaan merupakan langkah yang penting bagi menjamin wang awam dibelanjakan selaras dengan undang-undang dengan peraturan yang telah ditetapkan.  Perancangan yang teliti telah dibuat dengan mengambil kira suasana dan keadaan setempat.(d) atau (e) dari seksyen 18 yang berlaku atau timbul di bawah pengawalannya.Sebagai contoh. 4. Di samping itu.  Sesuatu perancangan itu menepati dan mencukupi untuk objektif yang telah ditetapkan. 3|Halaman . supaya tujuan dan matlamat pelaksanaan sesuatu projek dan program dapat dicapai sepenuhnya.(b). Program Tugasan ini sangat penting kerana ia akan menentukan sama ada  Dasar jabatan/ sekolah itu adalah selaras dan boleh mencapai matlamat yang telah ditetapkan. setiap pegawai hendaklah membuat laporan dalam tulisan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan dan Penguatkuasa kewangan setiap perkara darihal perbelanjaan di bawah perenggan (a). 3. cekap dan berkesan.(c). kawalan perbelanjaan adalah untuk memastikan bahawa peruntukan dibelanjakan mengikut had yang diluluskan dan juga memastikan peruntukan-peruntukan itu dibelanjakan secara ekonomi.

7. Setiap pegawai pengawal hendaklah tertakluk kepada undang-undang bertulis dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak penguatkuasa kewangan di bawah seksyen 4. Kawalan Pungutan Hasil Kawalan pungutan hasil adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pegawai awam memastikan bahawa segala hasil dipungut dan diakaunkan dengan cepat dan teratur. Pihak perbendaharaan Malaysia telah mengeluarkan satu panduan mengenai pengurusan dan perakaunan stor. Sungguhpun 4|Halaman . Buku panduan ini menghuraikan secara sistematik tatacara yang patut diikuti dalam berbagai aspek pengurusan stor. menentukan takat kuasa dan tugas yang diberi padanya boleh dipraktikkan atau dijalankan bagi pihaknya oleh mana-mana pegawai pengakaun di bawah kawalannya dan memberi arahan-arahan yang perlu bagi menjamin perjalanan atau pelaksanaan kuasa dan tugas tersebut yang teratur.5. Pengurusan dan kawalan stor adalah satu bidang yang kompleks yang memerlukan tenaga manusia yang berpengalaman dan panduan kerja yang lengkap. Kawalan Peralihan dan Stor Perhatian yang sewajarnya harus diberi terhadap pengurusan perolehan barangan dan perkhidmatan. Kawalan Perakaunan Penyelenggaraan dan penyediaan akaun yang sempurna merupakan satu aspek yang terpenting dalam menegakkan akauntabiliti awam. 6.

menyelenggara dan mengurus sistem e-perolehan. Contohnya E-perolehan telah dilancarkan pada 6 Oktober 2000. Semua ini adalah untuk memastikan ketelusan seseorang pegawai dalam menjalankan tugas di dalam organisasi tersebut. Ia merupakan salah satu projek di bawah Kerajaan Elektronik(e-government) untuk membangun. berdaya saing. Penggunaan teknologi dalam pengurusan kewangan : Pengurusan rekod elektronik adalah satu komponen penting dalam pengurusan yang dapat membezakan antara organisasi yang berjaya. 5|Halaman . disatukan yang menunjukkan di bawah tujuan dan pembahagian dan anggaran yang dibentangkan di hadapan Badan Perundangan bagi tahun tersebut.hendaklah disiapkan setelah tamat tahun tersebut. Satu penyata penuh dan lebih lanjut tentang Akaun Hasil. 8. berstrategi. amaun yang dianggarkan untuk diterima dan dibelanja pada tahun itu dan amaun sebenarnya diterima dan dibelanja di bawah mana-mana tujuan dan bahagian-bahagian yang tidak dimasukkan dalam anggarananggaran yang di bentangkan itu.kebanyakan kerja perakaunan diuruskan oleh pembantu tadbir akan tetapi pegawai pengawal dan pengurus-pengurus pusat adalah bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut. dan sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi cabaran daripada organisasi yang tidak mempunyai strategi dan daya ketahanan.Ordinan Audit 1957 . Mengikut seksyen 9 .

Ini boleh mengurangkan kerenah birokrasi. Penyeliaan yang rapi terhadap minat pembantu tadbir kepada pengurusan kewangan perlu ditingkatkan. urusniaga ditukar kepada kod rahsia dan semua akses perlu menggunakan kad pintar. Adalah perlu untuk mengadakan pelan tindakan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan pengurusan. Sebarang kegagalan hendaklah dikenalpasti sebabnya dan tindakan pembetulan perlu diambil lebih awal.Diantara kebaikan e-perolehan ialah. Kemajuan pelan tersebut hendaklah dinilai dari masa ke masa. Penutup Langkah-langkah untuk meningkat pengurusan kewangan yang berkesan adalah perlu untuk sesebuah negara mempunyai satu program dan wawasan yang kukuh untuk meningkatkan dan memastikan pengurusan kewangan dijalankan secara telus dan berkesan. 6|Halaman . Sebagai seorang ketua jabatan.segala urusan boleh dibuat secara online. Jabatan-jabatan dan kementerian hendaklah memastikan kursus kewangan kerapkali dijalankan untuk memastikan pegawai yang terlibat dengan kawalan kewangan mendapat latihan yang berkesan. menggunakan tandatangan digital. Di antara langkah-langkah yang boleh dijalankan adalah memastikan perubahan sikap di kalangan semua lapisan pihak yang terlibat. Tahap keselamatan juga dijamin sulit dan rahsia kerana ia mempunyai perakuan sijil digital yang dijamin selamat. adalah perlu bagi semua peringkat pengurusan beliau merasai kehadirannya.

Oleh itu. pengurusan kewangan dijalankan dalam 7|Halaman . semua pegawai awam perlu memastikan mereka memikul tugas dan tanggungjawab untuk memastikan pentadbiran dengan amanah dan jujur.