You are on page 1of 5

Kepentingan Teknologi Maklumat (ICT) Dalam Membantu Pengurus Melaksanakan Fungsi Kepimpinan Implementasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(selepas ini dipanggil ICT) dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu fenomena biasa. Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an. Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat. Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja. Rasional berrmaksud memudahkan prosedur operasi bagi mengelakkan bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur lebih berkesan. Kedua-dua model ini merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu memberikan penekanan kepada proses membangun, merancang, membina dan mengawal. Sementara perekayasaan pula merujuk kepada mereka semula proses-proses perniagaan dengan tujuan utama untuk mengurangkan kos dan masa secara signifikan. Perubahan paradigma merupakan proses perekayasaan yang lebih radikal melibatkan mengkonsepsi semula proses perniagaan dan ciri organisasi. Menurut Davies (1996), pendekatan perekayasaan merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke 21. Justeru, ICT sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Pengurus sekolah tidak dapat dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan, menganalisis, sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponenkomponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis. Secara umum ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan

berpendapat struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila masyarakat cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat. Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan dimanfaatkan kerana sukar dicapai. perisian persembahan dan lain-lainnya. disiplin. . berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat. Justeru itu pengurus sekolah seharusnya menyiapkan diri dengan kepakaran dan kelebihan dalam teknologi maklumat ini kerana kemampuan mereka itu akan memudahkan sekolah diurus dengan berkesan dan cemerlang dan boleh menghadapi perubahan-perubahan drastik dalam dunia pendidikan. Berdasarkan kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. cakera padat. pengkalan data. buku teks. pembelian dan pelupusan barang memerlukan satu sistem yang memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan penting. komputer bimbit. Polis. penglibatan kokurikulum. “Sistem Sokongan Keputusan” (DSS) adalah perisian komputer yang boleh menganalisis data dan dapat memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan output yang ditunjukkan. pemprosesan perkataan. hamparan eletronik. Mahkamah dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah dan cepat apabila maklumat sentiasa dapat dikemaskinikan.dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit. internet. dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail. pengurusan sekolah dapat bekerjasama. Sebagai pengurus pendidikan sewajarnya mempastikan guru-guru mempunyai kebolehan dan kemahiran memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom. komputer. Tetapi kini dengan bantuan ICT. pencapaian akademik. video. Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi. Selain itu tugas pengurusan pejabat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. sahsiah. pengurusan stok. pendekatannya harus disesuaikan dengan arus perkembangan ICT terkini. mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap. biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT. Bermula dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Reigelath (1987). tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal. Menurut Stair dan Reynolds (1999). inventori.

. Secara khusus. sebaliknya ia perlu menyeluruh dan bersepadu supaya perkongsian maklumat di dalam dan di antara agensi dapat dimanfaatkan bagi tujuan pemantauan serta penilaian keberkesanan dasar dan matlamat pengurusan maklumat. pemimpin dan pentadbir yang berketrampilan dan berwibawa seperti mana pandangan Zarina Zakaria (1998) yang menyatakan bahawa ekspektasi pentadbir sekolah terhadap sistem-sistem maklumat dan sikap mereka terhadap penggunaan komputer memberikan impak yang besar kepada kejayaan sekolah. perkembangan teknologi ICT perlu diteroka semaksimum mungkin bagi digunakan dalam melaksanakan misi pengurusan. Selain itu satu aplikasi komputer dalam pengurusan skim pinjaman buku teks dibangunkan menggunakan perisian dBase IV dapat membantu pengurusan dalam proses pinjaman buku. Untuk mencapai ini. Oleh itu. peranan ICT sentiasa ditambah baik bagi meningkatkan integrasi dengan proses pengurusan. fax. Hakikatnya memang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi sekolah yang mendorong untuk menjadikan sekolah sebuah organisasi pembelajaran dan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga sekolah. Pengurus pendidikan harus menitikberatkan ICT sebagai satu pemboleh ubah penting dalam mewujudkan sistem pengurusan berprestasi tinggi. sistem pengautomasian pejabat (OAS) untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian pejabat dengan menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini. Misalnya komunikasi yang melibatkan proses penghantaran dan penerimaan mesej. pengurusan ICT menekankan pencapaian kecekapan pengurusan dengan memastikan maklumat yang betul dapat diperoleh tepat pada masanya. kebanyakan sistem pengurusan pejabat menggunakan peralatan komputer dengan menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk kewangan sekolah. Dalam konteks sekolah kini. Di samping sifat ICT itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had maka adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini. sistem maklumat pengurusan (MIS) yang membolehkan capaian mudah kepada data pelajar dan staf. Bentuk komunikasi seperti surat-menyurat.Kementerian Pendidikan umpamanya sebagai badan induk dunia pendidikan telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum ICT dalam KBSR dan KBSM. Penggunaan teknologi tidak boleh lagi terhad kepada aspek tertentu sahaja. memo. sistem sokongan keputusan (DSS) untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Melalui komunikasi pengurusan dan pentadbiran sekolah boleh berkongsi maklumat-maklumat yang berguna untuk sebarang urusan. pesanan suara dan telefon adalah menjadi kebiasaan di mana-mana. Keadaan-keadaan ini amat menuntut pengurus sekolah supaya sama-sama bergerak seiring dengan arus perubahan tersebut supaya mereka menjadi seorang pengurus.

Sebaliknya sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur masih belum mencapai taraf negara maju. Belanja untuk membina sistem MRT dianggar akan mencecah RM 40 bilion. Dalam konteks ini. mereka terpaksa berjam-jam di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas. Di rantau Asia Tenggara ini. Singapura dan Taiwan. bersih dan selamat dapat memberikan imej yang baik kepada pelancong ke negara kita. Ketika pergi ke atau balik dari pejabat. pengangkutan awam merupakan unsur utama bagi penduduk bandar-bandar besar di dunia. Kesesakan lalu lintas merupakan duri dalam daging dan mimpi ngeri kepada penduduk bandar. peningkatan mutu perkhidmatan pengangkutan awam dapat menarik lebih banyak penumpang sehingga penggunaan kenderaan sendiri akan berkurangan di jalan raya. Secara tidak langsung. kesesakan lalu lintas dapat diminimumkan. pihak berkuasa perlu menetap lintasan khas sebagai laluan kenderaan awam seperti bas dan teksi. bas malah Feri. Sehubungan dengan itu. mesra . Petaling Jaya dan Shah Alam. Kita sedia maklum bahawa salah satu kemaslahatan pengangkutan awam adalah dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. bas ekspres dan bas persiaran di negara kita sering terlibat dalam kemalangan yang dahsyat. Malangnya. Sistem pengangkutan yang canggih. Setakat ini hanya kira-kira 32% pengguna jalan raya tempatan menggunakan pengangkutan awam manakala di negara maju seperti Jepun dan negara-negara Eropah lebih daripada 70% pengguna jalan raya ialah penumpang pengangkutan awam. penumpang hanya perlu membeli sekeping Kad Penumpang untuk menaiki MRT. Tegasnya. Untuk mencapai negara maju. semua pihak perlu sedar akan kepentingan pengangkutan awam kepada negara kita. industri pelancongan negara kita masih ketinggalan berbanding dengan negara Thailand dan Singapura.Kepentingan Pengangkutan Awam Kepada Negara Kita Dalam Bajet Tahun 2011. Tambahan pula. . Senario ini memanifestasikan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam di negara kita. Alat pengangkutan awam yang tidak mengalami kesesakan lalu lintas dapat menarik pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam. pembangunan dalam sistem pengangkutan awam di tanah air dapat membendung kesesakan lalu lintas yang semakin kronik. Di Hong Kong. pengangkutan awam yang bermutu turut memperkasakan industri pelancongan. pengusaha pengangkutan jalan raya tanah air kita perlu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti dapat mendorong industri pelancongan negara kita. selesa. Sehubungan dengan itu. Salah satu sebab ialah pengangkutan awam di Bangkok dan Singapura sangat canggih dan memudahkan pelancong ke sesuatu destinasi. terutamanya di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang seperti Kuala Lumpur. Walhasilnya. Perdana Menteri memangku Menteri Kewangan telah membentangkan bahawa Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) akan dibina bermula pada tahun hadapan dan dijangka akan siap sebelum tahun 2020. sesetengah pemandu teks yang biadab dan meminta tambang yang berlebihan akan menjejaskan industri pelancongan di negara kita. Selain itu.

kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan sehingga asap yang mengandungi toksik dapat dikurangkan terutama karbon monoksida. Hal ini merupakan satu pembaziran kerana para pekerja telah letih dan penat setelah tiba di tempat kerja. Sistem pengangkutan yang canggih dapat menjanakan pembangunan negara kita ke arah cemerlang. Jika negara kita memiliki sistem pengangkutan yang canggih terutamanya MRT. Beberapa dasawarsa ini. pengangkutan awam yang canggih berkait rapat dengan produktiviti negara . Atas promosi pengeluar automobil dan syarikat kewangan. Hal ini demikian kerana pekerja dapat sampai di pejabat atau kilang tanpa lewat dengan adanya sistem pengangkutan yang menepati jadual waktu. Ternyata. Salah satu faktor utama adalah kenderaan di jalan raya semakin banyak. pengangkutan awam yang canggih lebih mesra alam. sistem pengangkutan awam yang baik dapat menjanakan pembangunan ekonomi negara. Sehubungan itu pihak berkuasa dan pengusaha pengangkutan awam perlu bersinergi bagai aur dengan tebing untuk memartabatkan mutu pengangkutan awam di tanah air kita. sulfur dioksida dan lainlain lagi. Gara-garanya. sudah terang lagi bersuluh. rakyat suka memiliki kenderaan sendiri. .Lebih-lebih lagi. Daya pengeluaran yang tinggi dapat memangkinkan pembangunan ekonomi negara supaya negara kita dapat duduk sama rendah. kualiti udara negara kita semakin merosot sehingga negara kita dilanda jerebu. berdiri sama tinggi dengan negara maju. Jika orang ramai menggunakan perkhidmatan bas. Natijahnya. Secara tuntasnya. Sesungguhnya rakyat kita perlu dicelikkan supaya menyedari bahawa menaiki pengangkutan awam merupakan tindakan mesra alam. khasnya MRT yang akan dibina. pembangunan sistem pengangkutan awam dapat meminimumkan pencemaran udara di negara kita. Nescaya. Mereka tidak suka menggunakan pengangkutan awam. Tanpa disedari bahawa pengangkutan awam yang berkualiti dapat meningkatkan produktiviti negara. mereka lebih bersemangat dan memiliki daya produktiviti yang lebih tinggi. Saban hari banyak orang lewat ke medan kerja kerana mengalami kesesakan lalu lintas. Tambahan pula. orang ramai perlu digalakkan supaya menaiki pengangkutan awam untuk meningkatkan kualiti alam sekitar kita. gemilang dan terbilang. LRT dan sebagainya. pengangkutan awam yang berkualiti merupakan elemen yang penting untuk menjamin pembangunan negara kita. Komuter dan sebagainya. pekerja kita dapat sampai di destinasi tempat kerja dengan cepat dan tepat pada masa. LRT.