You are on page 1of 7

Contoh RPH pemulihan dan pengayaan Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 4 Epsilon Tarikh : 23 April 2008 Masa

: 60 minit Bilangan murid : 20 orang Tajuk : Kesenian dan kebudayaan Objektif : Pada akhir pelajaran, murid akan dapat: i. Melafazkan pantun dengan intonasi dan sebutan yang betul. ii. Mengenal pasti isi penting dan menyusun isi penting berdasarkan bahan rangsangan iii. Menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam pantun . Fokus Utama : 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus. Aras : 2 (i) Mengimbas maklumat yang sesuai daripada teks untuk menyokong fakta. Fokus Sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras : 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul. Kemahiran bahasa : Mendengar dan bertutur , membaca dan menulis Tatabahasa : Kata adjektif , ayat tunggal dan ayat majmuk Kosa kata : Merayau , tarian , nyanyian , mengiringi dan gugur . Ilmu : Kajian Tempatan. Nilai Murni : Kerajinan, patriotisme dan semangat bekerjasama. Kemahiran berfikir : Menganalisis Kecerdasan pelbagai : Verbal – linguistik dan intrapersonal Kajian masa depan : Menjangka akibat ICT : Tutorial Strategi : Kontekstual , direktif dan metakognatif Pengetahuan Sedia ada : membina ayat. : mengetahui serba sedikit mengenai budaya yang ada di Malaysia. Bahan Bantu Mengajar : Hampran grafik Pantun : Komputer riba : LCD : Pengurusan grafik : Lampiran kerja

• Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran . Siapa yang pernah melihat persembahan kesenian? 3.Aktiviti : Markah/masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi : 5 minit 1. • Guru dan murid bersoal jawab dengan murid tentang perkara tersebut . Strategi: Soal jawab Nilai: Menghargai . Waktu bilakah acara kesenian selalu diadakan? • Guru bertanya kepada murid tentang kesenian yang popular di Malaysia. Apakah kesenian yang popular di Malaysia? 2.

• Guru membetulkan kesilapan murid sekiranya ada . • Guru memilih beberapa orang murid secara rawak dan meminta mereka untuk membaca pantun tersebut .Langkah 1 ( 10 minit ) Sajak • Guru memaparkan pantun di layar putih. BBM: Persembahan grafik pantun Komputer riba LCD Nilai: Kerjasama Berani Langkah 2 ( 20 minit ) . • Guru membaca pantun dan diikuti oleh murid .

• Wakil bagi setiap kumpulan diminta ke hadapan kelas dan membentangkan hasil perbincangan. • Guru dan murid bersoal jawab tentang isi perbincangan yang diperolehi.Pantun • Murid dibahagikan kepada empat kumpulan dan dikehendaki membincangkan isiisi penting yang terdapat dalam setiap rangkap pantun tersebut. BBM: . • Murid – murid di minta untuk mencatatkan isi perbincangan di dalam lampiran tersebut . • Guru mengedarkan lampiran pengurusan grafik kepada murid – murid .

Hamparan grafik pantun Pengurusan grafik Strategi: Perbincangan Pembentangan Nilai: Kerjasama Berani Langkah 3 ( 20 minit ) Pemulihan dan Pengayaan Kata Adjektif Terang Gelap Enak Pahit Lebat Masam Aman Indah • Guru mengedarkan lampiran kerja kepada murid – murid . .

• Guru membahagikan murid – murid kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pengayaan dan kumpulan pemulihan. BBM: Hamparan grafik pantun Lampiran kerja Strategi: Perbincangan Pembentangan .• Murid – murid dikehendaki menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam setiap rangkap pantun . • Guru meminta murid – murid dari kumpulan pengayaan untuk membuat ayat majmuk manakala kumpulan pemulihan membuat ayat tunggal berdasarkan kata adjektif yang telah dicatatkan di papan tulis . • Guru mencatatkan kata adjektif yang telah disenaraikan oleh murid di papan tulis .

Nilai: Kerjasama Berani Penutup : 5 minit Penutup kognatif : Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi? Penutup Sosial : Apakah perasaan kamu setelah mempelajari tajuk hari ini? • Murid-murid menyebut secara beramai-ramai kata adjektif yang telah dipelajari pada hari ini . saya mendapati murid – murid sudah dapat membaca pantun dengan menggunakan intonansi dan nada suara yang betul . Kebolehan murid . Nilai Murni : Menghargai Refleksi / ulasan Berdasarkan pemerhatian saya semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran . Murid – murid juga dapat mengenali beberapa jenis kebudayaan yang terdapat di Malaysia . Kerja rumah : Mengumpul gambar-gambar alat muzik tradisional dalam buku skrap. • Guru membuat penutup kognatif dan sosial.murid dari kumpulan pemulihan dalam menghasilkan ayat tunggal yang baik juga dapat dipertingkatkan . .