You are on page 1of 2

Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit yang berfokuskan pasar malam

Antara faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam ialah:

1. Governan ~ Pihak kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah menyediakan tapak pasar malam di kawasan perumahan. Contohnya, di Indera Mahkota, tapak pasar malam yang di sediakan oleh MPK ialah di kawasan perumahan Indera Mahkota 1, yang terletak berhampiran Dewan Gelanggang Badminton.Dengan adanya tapak ini, gerai-gerai perniagaan pasar malam dapat disusun dengan baik. Ini juga memudahkan urusan jual beli dilakukan.

2. Modal ~ Modal bagi memulakan perniagaan pasar malam tidaklah besar. Biasanya peniaga hanya mengeluarkan wang simpanan sendiri sebagai modal pendahuluan. Ini menyebabkan perniagaan pasar malam mudah dimulakan dan diuruskan. Oleh kerana kos overhednya rendah, maka peniaga pasar malam dapat menjual barangan dengan lebih murah.

3. Pasaran Tempatan ~ Kebanyakan lokasi pasar malam terletak di kawasan tumpuan penduduk seperti kawasan perumahan yang bersaiz besar. Contohnya di Indera Mahkota, lokasi pasar malam di Indera Mahkota 1, menyebabkan perniagaan pasar malam di sini dikunjungi penduduk-penduduk sekitar iaitu komuniti Indera Mahkota 1 hingga Indera Mahkota 16. Jumlah penduduk yang besar ini menawarkan permintaan yang tinggi terhadap barangan yang dijual di pasar malam di Indera Mahkota.

4. Kesesuaian waktu berniaga ~ Perniagaan pasar malam di Indera Mahkota memang sering ditunggu-tunggu oleh penduduk di sini kerana waktu perniagaannya dari jam 5.00 petang pada setiap hari Jumaat amat bersesuaian dengan masa tamat bekerja di pejabat. Lokasi pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat-pejabat swasta yang terletak berhampiran dengan tapak pasar malam ini, memudahkan lagi

. Sebagai salah seorang komuniti di Indera Mahkota.pekerjanya mengunjungi pasar malam selepas tamat masa bekerja pada jam 5 petang. saya merasa bertuah dan bersyukur kerana adanya tapak pasar malam yang berhampiran kediaman saya.