SOALAN NO. 1 JELASKAN MAKSUD KONSEP BUDAYA KERJA CEMERLANG.

SEBAGAI SEORANG GURU BESAR, BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MEREALISASIKAN KONSEP INI DALAM PROSES PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEJAJAR DENGAN MAKSUD PENGURUSAN KUALITI DALAM PENDIDIKAN

...................................................................12 Penutup...........................10 Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran yang Dinamik..............6 Peranan Guru Besar...........................................8 Membentuk “Mind-Set” yang Berorientasikan Kecemerlangan..............................................................................................................................................................11 Strategi dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah...............................3 Budaya Kerja Cemerlang................0Pendahuluan ...............................................................................................................................5 Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan........................... 15 BIBLIOGRAFI.............8 Mewujudkan Komitmen Kerja Tinggi Dalam Kalangan Guru.....................3 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah....1 Definisi Konsep.............................ISI KANDUNGAN 1............................. 1 Skop dan Tujuan Perbincangan.................................................................................................................................................................................................................................................................................9 Penerapan Kesedaran Tinggi Terhadap Dasar Kualiti Sekolah.................... 16 ...............................................................7 Pra Syarat dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah................................. 1 Latarbelakang................................................................................................................................

0 Pendahuluan Latarbelakang Pengurusan kualiti menyeluruh atau dalam bahasa Inggerisnya. Sejak kebelakangan ini. Total Quality Management (TQM) merupakan satu falsafah pengurusan yang berlandaskan idea beberapa orang guru kualiti seperti Deming. 1992). tonggak kecemerlangan sesebuah organisasi terletak kepada jentera pengurusannya yang berwawasan. Kecemerlangan merupakan natijah daripada beberapa siri kejayaan dalam semua aspek yang diharapkan. 1996. Menurut Rowley (1996). Menurut Zahidi (2003). Scliargel. 1996). Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan. maka cacatlah usaha untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. menerima sanjungan. bersifat dinamik. Potocki et. Skop dan Tujuan Perbincangan 1 . dan menjadi idola atau "role model" individu atau masyarakat. al. 1996. Tanpa pegawai dan kakitangan yang mengamalkan budaya kerja cemerlang. 1994. kualiti pendidikan merujuk kepada kejayaan sesebuah institusi menyediakan persekitaran pendidikan yang membolehkan pelajar mencapai matlamat pembelajaran serta piawaian akademik yang berkesan. institusi pendidikan menunjukkan minat dan komitmen terhadap pelaksanaan TQM dengan menerapkan prinsip TQM dalam bidang bukan akademik dan pentadbiran dengan harapan untuk meningkatkan kualiti pendidikan institusi masing-masing. Lozier & Teeter.1. Feigenbaum dan Ishikawa (Crosby. Juran. pembelajaran dan reka bentuk kursus Divoky & Taylor. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan aplikasi prinsip TQM dalam pendidikan telah menambah baik aspek pengajaran. gemilang.

2 . Oleh yang demikian. Lantaran itu. organisasi yang cemerlang dicirikan oleh suasana organisasi yang mempunyai budaya kerja cemerlang. Matlamat akhir kualiti pendidikan adalah kecemerlangan sekolah itu sendiri. kertas tugasan ini memberi fokus kepada penjelasan konsep Budaya Kerja Cemerlang dan usaha guru besar dalam merealisasikan konsep ini dalam proses pengurusan dan pentadbiran di sekolah sejajar dengan maksud pengurusan kualiti dalam pendidikan.Kualiti pendidikan yang tinggi dapat dicapai sekiranya sumber manusia iaitu guru besar dan guru-guru serta murid-murid sekalian melaksanakan segala strategi kualiti yang telah ditetapkan.

Budaya bukan dicerminkan oleh kesenian dan aspek fizikal tetapi yang lebih penting lagi. berhubung antara satu sama lain dan berinteraksi dengan persekitarannya. Mahathir Mohamad.Definisi Konsep Budaya Kerja Cemerlang Budaya Kerja Cemerlang bukanlah merupakan sesuatu yang baru di Malaysia memandangkan konsep ini tlah dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Menurut Tun Dr. Warga sekolah khususnya guru besar dan guruguru sentiasa berhadapan dengan keperluan membuat keputusan atau membuat pilihan di mana setiap keputusan atau pilihan ini adalah berdasarkan kepada sistem nilai yang berada dalam dirinya yang berperanan menjadi kayu pengukur atau penentu dalam membuat sesuatu tindakan. kepercayaan atau bagaimana mereka mentafsir keadaan yang berlaku. norma. Mahathir. Zahidi (2003) menjelaskan budaya kerja dalam sesebuah organisasi dikaitkan dengan sistem nilai. Keempat-empat elemen ini menjadi asas untuk mengawal perlakuan kakitangan. Jika budaya organisasi itu baik. Zahidi (2003) menjelaskan elemen Nilai bermaksud tanggapan dan penerimaan individu dari sudut pemikiran masing-masing. budaya sesuatu masyarakat adalah faktor penentu utama menentukan maju mundurnya sesuatu masyarakat itu. maka akan membolehkan kakitangannya meningkatkan mutu kerja yang cemerlang dan akan menyumbang kepada kejayaan jabatan berkenaan. pengalaman. bekas Perdana Menteri Malaysia pada 27 November 1989. cara mereka berfikir. sikap dan etika kerja yang dipegang bersama oleh setiap kakitangan. Tujuan pelancaran konsep ini adalah untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasa mementingkan kualiti. nilai-nilai yang diamalkan. Nilai ini adalah berdasarkan pengetahuan. 3 .

Dengan lain perkataan. norma bermaksud peraturan-peraturan hidup dan amalan yang diterima dalam masyarakat. Sesuatu perkara yang dilakukan mungkin secara teragak-agak. Nilai. sikap. Sikap mempunyai peranan penting sebagai faktor pendorong dalam tindakan manusia sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu. norma dan sikap yang dikongsi bersama secara positif akan menerbitkan prinsip-prinsip kerja yang baik dan oleh yang demikian ia akan mewujudkan satu budaya organisasi yang baik secara keseluruhan (Zahidi.Elemen kedua. Budaya menurut Chek Mat (1996) merupakan nilai. kita perlu meneliti maksud budaya itu sendiri. Norma. Etika pula merupakan prinsip-prinsip kerja yang terbentuk daripada gabungan unsur nilai. tidak sepenuh hati atau dilaksanakan secara terpaksa dan oleh sebab itu persediaan mental juga amat penting bagi memperlihatkan sikap sebenar seseorang. kerana perkara yang pernah terjadi kepada seseorang adalah merupakan satu pengajaran yang tidak dapat dilupakan. norma dan sikap yang dikongsi bersama dalam kumpulan. Bagi menjelaskan lagi konsep Budaya Kerja Cemerlang. Zahidi (2003) menjelaskan elemen ketiga iaitu Sikap merupakan kesediaan seseorang dari segi mental dan fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu. 2003). Apabila ahli-ahli sesebuah organisasi memiliki satu matlamat yang sama maka akan wujud keharmonian dalam organisasi tersebut untuk mengamalkan etika kerja yang sama. Sikap seseorang juga dipengaruhi (dan juga berubah) oleh pengalaman. tindakan ataupun tingkah laku yang menjadi amalan 4 . ia adalah cara bekerja yang diterima umum dan diamalkan dalam organisasi yang menjadi nilai budaya organisasi itu. menurut Zahidi (2003) merupakan nilai-nilai yang diterima oleh sebahagian besar ahli kumpulan yang disepakati sebagai nilai-nilai bersama mencerminkan kemahuan kumpulan. Dalam konteks organisasi.

ada peningkatan dari setahun ke setahun dan tidak pernah melakukan kesilapan atau mendatangkan sebarang masalah ketika dia bertugas atau bekerja. Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Menurut Kamaruddin Kachar (1990). pengarahan pendidikan. penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan. ia dikaitkan dengan budaya kerja dalam sesebuah organisasi yang menjadi faktor utama dalam menentukan matlamat maju atau mundurnya sesebuah organisasi itu. pengelolaan pendidikan. pengurusan kakitangan pendidikan.seharian. secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan. mengawal dan menyatu padukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan. Pentadbiran pendidikan dilihat sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan. penyelarasan pendidikan. mengelola. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan. disusun atur. menyusun atur. pentadbiran pendidikan merupakan satu daya menyeluruh untuk memandu. Dalam kontek bekerja. mengarah. dikelola. diarah. mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi (Zaidatol. Pentadbiran mempunyai maksud yang agak berlainan daripada pengurusan di mana pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan. memimpin. ke arah pencapaian matlamat pendidikan. dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Pentadbiran pula lebih mengkhusus kepada membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang. 1989). Kerja cemerlang pula diertikan pekerja yang menunjukkan prestasi kerjanya yang sentiasa baik. 5 .

Usaha untuk rnencapai tahap cernerlang dari sudut kualiti tidak ada penarnatnya kerana ia rnerupakan satu usaha yang berterusan. menepati spesifikasi iaitu konsep yang relatif mengikut masa dan keadaan peningkatan di sepanjang masa. kepercayaan. Menurut Covey (2003). Oleh itu. memenuhi dan menepati selera pengguna atau pelanggan pada keadaan yang dikatakan lebih berkualiti.” Selain itu. Apabila kita rnencapai satu tahap yang cernerlang. budaya kerja yang dibentuk dalam sesebuah organisasi perlu menggambarkan komitment pihak pengurusan meningkatkan kualiti dan produktiviti. statistik atau pemantauan tetapi lebih kepada sikap. One is to get ahead. Mahathir Mohamad juga pernah menyuarakan bahawa. Ainon (2004) menjelaskan peningkatan kualiti bermaksud penambahan reputasi atau dikaitkan dengan piawai yang boleh diterima umum. the other is to stay ahead. kualiti membawa maksud ‘darjah kecemerlangan”. tahap terbaik yang boleh dicapai. terdapat tahap yang lebih tinggi yang perlu dicapai. 6 .Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan Menurut Oxford English Dictionary. Kecemerlangan merupakan aspek yang sentiasa dikaitkan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti. Dato’ Seri Dr. “The race to quality improvement is really two races. kualiti kepada seseorang Pegawai Eksekutif Utama bukan merupakan nombor. Dari sudut pandangan TQM pula. nilai dan gaya hidup. Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (1995) pernah menyuarakan. Juran menjelaskan kualiti sebagai “padan digunakan” manakala Crosby menjelaskan kualiti sebagai “mengikut keperluan dan kehendak pelanggan”.

Apabila kita mencapai kualiti. ibu-bapa dan komuniti).“Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar. program yang dirancangkan oleh pihak jabatan pendidikan negeri atau pihak kementerian pendidikan akan ditentukan di peringkat sekolah.” Zahidi (2003) menjelaskan bahawa kejayaan yang dicapai oleh sesebuah organisasi belum boleh menunjukkan tahap kecemerlangan yang unggul kerana kecemerlangan tiada akhirnya. 7 . pihak pengurusan perlu ingat bahawa akan ada ruang-ruang yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa bagi menampung kelemahan-kelemahan yang masih ada. Peranan Guru Besar Guru besar merupakan pemimpin utama yang mengetuai sesebuah organisasi sekolah rendah manakala pengetua pula memimpin pengurusan dan pentadbiran sekolah menengah. Di peringkat sekolah. Sebuah organisasi tidak seharusnya berpuas hati terhadap apa yang dicapai ketika Inl. pentadbiran pendidikan adalah unit paling penting ke arah kecemerlangan pendidikan. Guru besar memainkan peranan penting untuk memimpin sekolah dalam pewujudan budaya kerja cemerlang agar tumpuan kepada pemantapan dan peningkatan kualiti pendidikan terus dipergiatkan. Kejayaan atau kegagalan sesuatu aktiviti. Usaha organisasi untuk mencapai kecemerlangan adalah suatu usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang di tetapkan. Unit pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah adalah paling dinamik kerana di peringkat inilah pentadbir pendidikan dan kakitangan berinteraksi terus dengan pelanggan (murid. Dalam menuju kecemerlangan.

Salah satu daripadanya ialah orientasi kakitangan yang harus bergerak di atas landasan yang betul. Mewujudkan Komitmen Kerja Tinggi Dalam Kalangan Guru Komitmen perlu ada dari segala lapisan kakitangan bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi organisasi. Menurut Zahidi (2003). Setiap warga segala sekolah perlu melaksanakan khususnya tanggungjawab kerja yang diamanahkan dengan sepenuh hati atas kehendak dengan mengenepikan kepentingan lain kepentingan peribadi. guru besar perlu memikirkan strategi untuk mewujudkan komitmen. Kecemerlangan bukanlah matlamat unggul tetapi berterusan ke arah kualiti yang lebih baik. komitmen merupakan identifikasi iaitu pengikut menerima matlamat dan nilai organisasi sebagai 8 . kesedaran kualiti. Guru besar selaku pemimpin guru-guru perlu menjadi role model iaitu menunjukkan tahap komitmen kerjanya yang tinggi. Menurut Sharmizawati (2001).Pra Syarat dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Zahidi (2003) menjelaskan pembentukan budaya kerja cemerlang dalam organisasi sekolah bukanlah satu perkara yang mudah dan tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat. Ini bermakna. Namun demikian konsep Budaya Kerja Cemerlang dapat direalisasikan dalam proses pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui usaha-usaha yang terancang dan sistematik ke arah pembentukan sistem nilai. kesediaan menerima perubahan dan kesedaran bahawa tiada batasan masa untuk cemerlang. terdapat tiga definisi komitmen iaitu: Pertama. sikap dan etika kerja yang berlandaskan kecemerlangan. norma. terdapat beberapa prasyarat untuk membentuk budaya kerja cemerlang dalam organisasi.

kesetiaan iaitu suatu perasaan ikatan dan cinta kepada organisasi. guru besar perlulah memberikan dorongan dan motivasi yang berterusan kepada guru-guru dan murid-murid supaya membudayakan kecemerlangan dalam kerja mereka. 1989). sistem kerja yang terancang dan ganjaran yang berpatutan (Covey. penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat memastikan kerja yang lebih 9 . Membentuk “Mind-Set” yang Berorientasikan Kecemerlangan Guru besar juga perlu merangka strategi untuk mewujudkan ‘mind-set’ yang berorientasikan kecemerlangan supaya kakitangan lebih komited kepada matlamat utama sekolah. Pujian dan penghargaan di samping ganjaran berupa wang dan lain-lain boleh mendorong guru-guru. Berdasarkan Teori Motivasi Pencapaian McClelland (1961. Ganjaran adalah penting sebagai satu bentuk motivasi yang mendorong komitmen kerja. 1985). Guru besar perlu menunjukkan komitmen kerja tinggi dan disalurkan melalui usahausahanya yang mementingkan kecemerlangan sekolah. Komitmen tinggi dalam kalangan guru dapat diperolehi melalui kepimpinan guru besar yang bersifat transformasi dan translatif. Ini dapat dilakukan dengan sentiasa menggalakkan kakitangan menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi.matlamat dan nilai sendiri. dan Ketiga. Oleh yang demikian. Etika kerja ini perlu disalurkan kepada guru-guru dan warga sekolah yang lain melalui pernyataan visi dan misi yang jelas. murid-murid dan ibu bapa untukk meneruskan komitmen terhadap usaha kecemerlangan di sekolah. komitmen merupakan penglibatan psikologi atau penyerapan pekerja dalam aktiviti atau tugasnya. Contohnya. Kedua. Chong 91996) menjelaskan kepentingan motivasi sebagai satu keperluan untuk mencapai kecemerlangan.

guru besar perlu prihatin kepada kekurangan dan kelemahan sekolah melalui komunikasi dua hala dan interaksi dengan warga sekolah agar apa-apapun masalah dalam melaksanakan pentadbiran dan pengurusan sekolah yang cemerlang dapat dikenalpasti dan ditangani. Penerapan Kesedaran Tinggi Terhadap Dasar Kualiti Sekolah Kesedaran warga sekolah mengenai dasar kualiti sekolah. Selain usaha-usaha biasa seperti ceramah. guru besar perlu memastikan setiap lapisan kakitangan faham dengan jelas tentang arah dan matlamat pengurusan kualiti organisasinya dan seterusnya memudahkan kakitangan memahami dasar tersebut sebagai panduan dalam menjalankan kerja-kerja mereka. Spector (1997) menjelaskan hubungan kemanusiaan yang merujuk kepada kegembiraan pekerja dalam sesebuah organisasi adalah penting kerana guru yang tidak gembira akan tidak berpuashati. Kesedaran yang tinggi terhadap kualiti juga akan dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan kakitangan apabila mereka melaksanakan tindakan-tindakan dan keputusan yang dibuat. Apabila ketidakpuasan berlaku. guru besar perlu mengamalkan konsep ‘pintu terbuka’ iaitu mengalu-alukan sesiapa sahaja ke dalam pejabatnya untuk berbincang masalah. Oleh itu. 10 . mengemukakan cadangan dan menyatakan aduan. struktur organisasi yang lengkap dan juga carta alir proses kerja yang secukupunya. khususnya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran dapat dilakukan melalui pernyataan visi dan misi sekolah yang jelas. Dalam hal ini. Pengurusan sekolah yang tidak cekap dan kurang berkesan akan menimbulkan sikap tidak puas hati ini. komitmen akan menurun dan akhirnya budaya kerja cemerlang tidak dapat diwujudkan. taklimat dan bengkel pengurusan dan pentadbiran berkualiti.efektif dan efisien.

Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran yang Dinamik Guru besar harus menyedari dan menyedarkan warga sekolah yang lain bahawa sesebuah organisasi tidak akan berada dalam keadaan static tetapi berubah oleh pengaruh luar dan dalam organisasi. Keupayaan sesebuah organisasi melaksanakan perubahan melalui satu anjakan paradigma demi untuk mencapai kecemerlangan. latihan dan menggubal dasar kualiti sekolah agar warga sekolah semua faham akan kepentingan kualiti dan peranan masing-masing dalam merealisasikan kecemerlangan sekolah. sudah pasti usaha penyesuaian organisasi dapat dilaksanakan dengan mudah. Oleh yang demikian. Keadaan inilah yang akan menentukan perlakuan seseorang kakitangan ketika menjalankan tugas. sekolah perlu mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran yang dinamik dan mampu menangani perubahan yang mendatang.Sekolah juga perlu menganjurkan Hari Kualiti. Apabila 'mind-set' kakitangan telah bersedia untuk berubah. 11 .

Oleh yang demikian. Hal ini dapat dilakukan melalui cara yang formal dan informal. Pada amnya. latihan dan bengkel dapat dilaksanakan bagi menyalurkan maklumat mengenai tanggungjawab warga sekolah terhadap pengurusan dan pentadbbiran sekolah yang berkualiti. barisan guru 12 . setiap kakitangan ini harus dilengkapi dengan kesedaran. komitmen dan motivasi terhadap kecemerlangan di samping pengetahaun dan kemahiran untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang dan berkualiti. sikap.Strategi dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Konsep Budaya Cemerlang dapat direalisasikan dalam proses pengurusan dan pentadbiran sekolah dengan memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu pelaksana kecemerlangan itu (warga sekolah khususnya kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah). tingkah laku dan perlakuan kakitangan yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran. dan infrastruktur dan fasiliti (segala peralatan. budaya kerja cemerlang adalah disebabkan oleh tabiat. Guru besar sekolah. adalah menjadi tanggungjawab utamanya memimpin kakitangan ke arah kesedaran. Sebagai guru besar. taklimat. Ini bertujuan meningkatkan lagi tahap kualiti dan pencapaian mutu kerja yang lebih baik di kalangan warga pendidikan. Secara formal. komitmen dan motivasi yang tinggi terhadap kecemerlangan. media dan jentera yang digunakan bagi mencapai kecemerlangan. Bengkel-bengkel dan latihan diberikan di peringkat atasan sehinggalah ke peringkat bawahan. ceramah. proses iaitu aktiviti dan program dalam pengurusan dan pentadbiran yang membawa kepada kecemerlangan).

surat penghargaan. lawatan. pingat dan sebagainya boleh mendorong kakitangan untuk lebih cemerlang lagi. guru besar boleh memberikan dorongan secara individu maupun berkelompok untuk mencetuskan kesedaran. Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan. Begitu juga dengan carta organisasi dan piagam pelanggan bagi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah. 13 . guru besar bertanggungjawab memastikan proses ke arah kecemerlangan dinyatakan dengan jelas dan terang. Oleh itu. Buku Panduan Pengurusan Buku Teks dan Buku Panduan Pengurusan Biasiswa perlulah disediakan dan boleh diakses oleh semua warga sekolah. bantuan. Buku Panduan Pengurusan Kantin. wang. Buku panduan dan pengurusan yang diguna pakai di sekolah seperti Buku Panduan Pengurusan Sekolah. Buku Panduan Pengurusan panitia. Secara informal. tawaran. Melalui Jawatankuasa Kualiti Sekolah. Buku Panduan Kokurikulum sekolah. Selain itu. Contohnya seseorang Pengetua diberikan latihan dan bengkel untuk memantapkan lagi pengurusan mereka di sekolah. Buku Panduan Kurikulum sekolah. Buku Panduan Pengurusan Asrama. guru besar perlu memastikan adanya pernyataan visi dan misi sekolah yang ditempatkan di tempat-tempat yang strategik. guru besar perlulah adil dan bersikap saksama dalam mencadangkan anugerah kepada kakitangan yang cemerlang. Buku Panduan Tatacara Disiplin di sekolah. ganjaran dan anugerah seperti anugerah sijil. Selain daripada kakitangan sebagai pelaksana kecemerlangan. komitmen dan motivasi ini.pentadbir dan guru-guru mata pelajaran diberikan latihan dan bengkel bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka terhadap sesuatu bidang itu. Setiap warga sekolah termasuk kakitangan pengurusan dan pentadbiran perlu memahami konsep dan intipati Pelan Induk Pembangunan Pendidikan serta lain-lain polisi pendidikan negara.

Maklumat mengenai pengurusan kualiti yang terkini perlu dipaparkan di Buletin Sekolah atau melalui memo dalam sekolah. Contohnya. mesin pencetak yang sentiasa rosak menyebabkan kakitangan pentadbiran lambat menyiapkan arahan guru-guru untuk mencetak bahan pengajaran dan pembelajaran. Elemen terakhir iaitu infrastruktur dan fasiliti untuk mewujudkan budaya kerja cemerlang perlu juga diwujudkan. Isu-isu sebegini harus diberi perhatian oleh gurubesar agar tidak membantutkan proses kerja yang berkualiti. Contohnya. Pihak pengurusan dan pentadbiran perlulah dilengkapi secukupnya supaya kakitangan cekap dan cepat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi. pengurusan kewangan perlu menunjukkan carta alir proses kerja yang jelas agar pihak awam dan guru-guru mempunyai panduan pengurusan kerja yang cepat dan tepat. dan sebagainya bagi memudahkan budaya kerja cemerlang disemai dalam kalangan warga sekolah. sistem komunikasi yang berkesan. Komitmen dan motivasi kerja yang tinggi tentunya akan pudar sekiranya peralatan dan kemudahan membuat kerja yang berkualiti tidak ada.Carta alir pengurusan kerja dalam Unit Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah perlu dipaparkan dan disemak dari masa ke semasa untuk mengambil kira perubahan semasa. 14 . Sekolah perlulah dilengkapi dengan kemudahan ICT yang terbaik.

Oleh yang demikian. jika wujud di semua sekolah di tanah air ini pastinya akan membawa kepada pembangunan sektor pendidikan negara yang bertaraf antarabangsa. Seperti yang telah dinyatakan. 15 . Budaya kecemerlangan menggambarkan sikap dan nilai seseorang yang tidak berpuas hati dengan status quo tetapi sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian yang ada. kualiti bukanlah sesuatu yang statik tetapi sentiasa meningkat dan memerlukan setiap insan bekerja di sekolah mengejarnya dengan kesungguhan dan komitmen yang tinggi.Penutup Budaya Kerja Cemerlang merupakan suasana kerja yang dapat memastikan warga sekolah di bawah pimpinan guru besar sentiasa mementingkan kecemerlangan dan usaha mengejar kualiti sekolah yang meningkat secara berterusan. budaya kerja cemerlang ini merupakan beban tugas penting seorang guru besar sebelum sekolah dapat mencapai tahap kecemerlangan. Usaha sebegini.

(1992). 7(2): 173-182. Chicago: Rand Mexlally Spector. CA: Sage Steers. Potocki. III: Scott Foresman Zahidi Mohd Daud (2003). Causes. EQ Sebenarnya Sangat Mudah.. Taiwan: Sri Tai Publishing Company Covey. 473 – 502 Smith. Kuala Lumpur. Thousand Oaks. Quality improvement pursuits in American higher education. Job satisfaction: Application. P. Sharmizawati Shahidan (2001). (1994). M. H. Kajian Ke atas Pekerja Operator Pengeluaran. (1985). Qalam INTIRA. 1989. P.(2004) Bagaimana Hendak Mendorong Semangat Kerja. Total Quality Management. Total Quality Management. Job satisfaction. Pendidikan dan masyarakat. New York. P. W. C. E. 7(2): 2 13-2 17. J.(1996). F.BIBLIOGRAFI Ainon Mohd. R. Glenview.. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Dutton Divoky. Schargel. & Williams.K. Faktor-faktor Tekanan Kerja dan Kesannya Kepada Komitmen Terhadap Organisasi. Pengurusan berkualiti dalam Perkhidmatan. Penerbitan INTAN Wilayah Utara. The Measurement of Satisfaction in Work and Retirement. P. B. April Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989).L Chek Mat. How TQM works in a university classroom. S. J. Labour. (1996). G. (1997).L Chong Yee Khuin. 16 . K. Kamaruddin Hj. Introduction To Organizational Behavior. Budaya Kerja Cemerlang. (1996). Kachar. (2000). comparison earnings and gender. PERSTIMA Berhad. Kuala Lumpur. (1996). Teks Publishing Sdn. & Popick. New York. 14. J. The Journal of Quality and Participation. Completeness: Quality for the 21st Century. & Teeter. Kendall & Hulin (1969). 17( 1): 68-75. Fajar Bakti. D. (1989). PTS Publication and Distributors Sdn Bhd . R. 7(2): 189-20 1. (1 996). Modeling change in curriculum: A total quality management perspective. J. G.K. Simon & Schuster Crosby. Bhd Lozier.. R. Pentadbiran Pendidikan.R. Total Quality Management. The seven habits of highly effective people. Brocato. Assessment. P. Why we need total quality management in education. & Taylor. P. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda Sloane. and Consequences. R.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful