You are on page 1of 10

PENGENALAN APA ITU RAGBI SENTUH?

? Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana iadigunakan sebagai permainan pemanasan untuk code rugby. Kesederhanaan daripermainan ini adalah unik; anda cuma memerlukan bola ragbi, padang untuk bermaindan beberapa orang rakan.Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan sentuhan yang minimum dantidak merbahaya.Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau mudadan lelaki mahupun perempuan. Permainan ini hamper sama dengan rugby union,tetapi tanpa lineouts, scrum, rucking dan tackle.Ia cepat, mudah dan permainan ini menarik untuk meningkatkan kemahiran asaslarian(running), pengendalian bola(handling), mengelak(evasion) dan memberisokongan(support), sementara mengembangkan prinsip-prinsip asasserangan(attacking) dan pertahanan(defensive), tanpa takut tercedera keranapermainan ini memang tidak merbahaya.

BAHAGIAN 1 - MENGAPA MEMILIH RAGBI SENTUH? Fleksibiliti: Ragbi sentuh sangat sesuai untuk pemain baru dan pemainberpengalaman. Anda boleh bermain sama ada lelaki, wanita atau dicampurkan lelakidan wanita dalam satu kumpulan.Ragbi Sentuh adalah permainan yang melibatkan pelanggaran/sentuhan yangminimum(tidak merbahaya), ia juga merupakan sukan rekreasi kerana boleh dimainkandi padang dan juga ketika aktiviti sosial.

Ragbi Sentuh adalah permainan yang mudah dimainkan di mana-mana. Ia boledimainkan di padang mahupun di pantai. Permainan ini sangat mudah untuk dipelajaridan dimainkan. Ragbi Sentuh juga boleh digunakan untuk melatih pemain untukmengelak dengan mudah, mengejar dan sebagai aktiviti pemanasan. BAHAGIAN 2 - MEMAHAMI PERMAINAN Objektif permainan: Objektif permainan ini kepada setiap pasukan adalah untuk mendapatkan nilai'touchdown' dan untuk mengelakkan pihak lawan daripada melakukan touchdown.Bola mungkin akan dihantar kepada pemain lain, mungkin akan terjatuh ke hadapandan mungkin juga dipintas oleh pihak lawan ketika pemain membuat hantaran. Selainitu, bergerak bersama-sama bola akan member kelebihan untuk mendapatkan kawasanpadang dan untuk mendapatkan peluang mendapatkan skor.Pemain pasukan yang bertahan perlu mengelakkan pemain dari pasukan menyerangmemperolehi kelebihan kawasan padang dan juga mata. Sama ada pasukanmenyerang atau bertahan kedua-duanya boleh memulakan sentuhan. Permulaan Permainan : Pasukan yang memenangi balingan syiling akan memilih kawasan padang ataupasukan mana yang akan memulakan permainan dengan tab dari tengah kawasanpadang. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan ke pihak lawan yang bertahan.Jika sentuhan dianggap terlalu kuat, hukuman/penalti akan diberikan kepada pihak

yang melakukan sentuhan. Pasukan yang mendapat hukuman perlu kembali 10meter ke belakang untuk meneruskan permainan. DUMMY HALF boleh membawa bola tetapi tidak dibenarkan untuk disentuh ketikamembawa bola. Jika disentuh ketika membawa bola, bola akan diserahkan kepadapasukan yang bertahan dan dimulakan dengan Rollball . Tempoh Permainan: Tempoh permainan boleh divariasikan supaya sesuai dengan keadaan tempatan. Tapisebagai panduan cuba 2 x 10 minit. Rollball Rollball ini dipengaruhi oleh bahagian.Posisi pemain yang menyerang mestilah berhadapan dengan garisan skor(scoreline)pihak lawan(bertahan) , berdiri selari dengan garisan tepi, dan bola digulingkan kebelakang di atas tanah. Ia mesti digulingkan di antara kaki dan jarak digulingkan tidaklebih dari satu (1) meter. Apabila bola berada pada tandanya, pasukan penyerang perlumelangkah melebihi bola tersebut.Jika bola yang digulingkan melebihi dari 1 meter, hukuman akan diberikan kepadapasukan bertahan.'Voluntary Rollball' terjadi apabila seorang pemain tidak menyentuh dan tidakmenggulingkan bola di antara kakinya. Ini tidak dibenarkan dan akan mengakibatkanpihak pembangkang mendapat kelebihan penalti.

Ukuran Padang: Ukuran Padang boleh berbeza-beza, tetapi permainan kebiasaannya akan dimainkanpada ukuran setengah padang ragbi iaitu 50x70meter. Goal Post tidak diperlukanuntuk memainkan permainan ragbi sentuh. Jumlah pemain: Pasukan boleh terdiri daripada maksimum pemain sehingga14 pemain, iaitu 6 pemaindi atas padang pada satu-satu masa. Sebagai cadangan, satu pasukan terdiri dari 8hingga 10 orang pemain untuk penglibatan maksimum dan aktiviti kepada setiappemain. Kaedah penilaian: Satu skor diberikan pada pemain menyerang jika menyentuh bola di tanah selepasgarisan skor pihak lawan. Satu skor bernilai 5 mata.Orang yang mengambil peranan 'DUMMY HALF' (orang yang menerima bola dari pihaklawan untuk memulakan permainan) boleh melepasi garisan skor pihak lawan, tapi tidakboleh skor. Penalti: Jika seorang pemain diberi penalti, pasukannya harus mundur 10 meter.Penalti diambil dengan menempatkan bola di tanah, melepaskan bola, menyentuh boladengan kaki dan mengangkat bola kemudian meneruskan permainan.Setelah skor dibuat oleh mana-mana pasukan, permainan akan dimulakan semuladengan tab di tengah padang oleh pasukan non-scoring. BAHAGIAN 3 - ASAS PERMAINAN Hantaran(Passing): Forward Pass berlaku ketika bola di lempar oleh pembawa bola dan ketika bolatersebut dilemparkan ia berada di hadapan pemain yang melemparkan bola. Dalamsituasi ini, penalty akan diberikan. Sentuhan:

Touch and Pass terjadi ketika seseorang yang telah disentuh kemudian membuathantaran. Jika berulang kali melakukankannya, penalti akan diberikan.Pemain dari kedua-dua pasukan mempertahan dan penyerang akan menggunakankuasa minimum untuk cuba mengelak dari disentuh dan menyentuh.Sentuhan 'boleh dilakukan pada setiap bahagian badan pemegang bola,sama adapakaian mereka atau bola.Setelah disentuh, pembawa bola dikehandaki untuk berhenti serta merta dan kembalike tanda di mana ia disentuh. Kemudian lakukan Rollball tanpa menagguhkan masa. Offside: Pemain menyerang adalah offside ketika pemain ketika pemain tersebut melebihi daripemain lain yang menyerang yang memiliki bola atau orang terakhir yang memegangbola. Seorang pemain bertahan akan offside jika tidak mundur 10meter(sewaktu Rollball)atau 10meter(ketika penalti atau permulaan semula selepas membuat skor)

Seorang pemain bertahan akan offside jika terdapat pemain yang tidak mundur 10meter (ketika Rollball) atau 10 meter (ketika penalti dan ketika memulakan permainan selepasmelakukan skor).Untuk semua insiden offside, pihak lawan akan diberikan hukuman. BAHAGIAN 4 - PERATURAN UMUM Umum: 'Overstepping' atau off the mark' terjadi ketika pemain yang telah disentuh berjalanmelebihi titik/tanda di mana mereka disentuh. Dalam kes ini, penalti akan diberikankepada pasukan pembawa bola yang disentuh tersebut.Jika bola jatuh ke tanah atas sebarang sebab, perubahan pemilikan dan permainanakan berlaku dan permainan akan dimulakan kembali dengan sebuah Rollball.Penggembalaan atau Obstruction akan menyebabkan penalti diberikan kepada pihakpembawa bola.Penyimpangan(Deviation) yang terjadi disarankan dengan meneruskan permainanapabila pasukan bertahan tidak mundur 10meter dan jika pasukan bertahanmenghalang pergerakan pemain menyerang. Penalti akan diberikan kepada pasukanbertahan.Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul,melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yangsedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat sinbinned selama 5 minittanpa penggantian. Pengadil menjadi hakim tunggal(Foul play of any nature) yang akan mengeluarkanpemain yang bersalah dari padang tanpa pengganti. BAHAGIAN 5 - PRINSIP UMUM PERMAINAN 1. Maju: Ketika Menyerang: Objektif permainan ini adalah untuk melakukan skor lebih daripada pasukanbertahan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain perlu membawa bola menghampirigarisan skor pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal yang dicipta oleh pasukanmenyerang akan menambah lagi peluang untuk bergerak ke hadapan dan seterusnyamenghampiri garisan skor pihak bertahan. Dalam pertahanan:

Ketika bertahan, pemain bertahan perlu berusaha untuk memintas masa dan ruangpihak lawan dengan bergerak ke hadapan untuk mengelakkan pasukan menyerang darimenghampiri dan menguasai kawasan skor. 2. Menyokong(Support) pembawa bola pada setiap masa: Sokongan yang rapat daripada pembawa membolehkan pihak menyerang mempunyaipilihan yang banyak untuk menyerang dan mengekalkan kedudukan. Sokongan yangrapat juga bermaksud kawasan tanah sendiri tidak harus hilang ketika membuathantaran bola ke belakang untuk rakan sepasukan. Ingat, hantaran langsung ke sisidibenarkan dan merupakan hantaran paling berkesan. 3. Penukaran pemain sebanyak mungkin: Seorang pemain baru di padang dapat memberi kesan kepada pasukan sama adamenang atau kalah. Lihat dan lakukan pertukaran pemain ketika pasukan andamenyerang dan ketika berada di kawasan pertukaran pemain

Apabila anda telah membuat skor(touchdown), idea yang baik adalah denganmenukarkan pemain baru di padang untuk menjaga potensi pasukan. Pengadil Seperti di dalam permainan, peranan pengadil sangat penting untuk memastikanbahawa peraturan-peraturan yang ditetapkan diikuti oleh pemain-pemain supaya semuapemain berpuas hati.Siapapun boleh menjadi pengadil ragbi sentuh pada peringkat sosial denganmenyediakan asas-asas peraturan yang mudah untuk di fahami(sila lihat PeraturanRingkas di bawah). Pengadil harus mampu mengendalikan permainan di padangdengan tegas tapi mesra. Persatuan pengadil dan juga kelab-kelab ragbi di kawasananda adalah tempat yang terbaik untuk mendapatkan pengadil dan untuk mendapatkanrujukan dan pendapat. Peraturan Ringkas

1. Peraturan permainan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Federation of International Touch (F.I.T) dan akan digunakan, kecuali terdapat perubahan.2.Padang permainan ragbi sentuh dikurangkan daripada saiz standard antarabangsa.3. Pasukan menyerang harus bermula dengan sekali tab dari tengah padang.4. Pasukan bertahan harus kembali 10 meter untuk memulakan permainan, dan setelahgol masing-masing.5.Setelah mana-mana pasukan melakukan skor, permainan bermula lagi dengan tabdi tengah-tengah padang. 6. Orang yang mengambil peranan sebagai dummy half boleh melebihi garisanskor(try-line),tetapi tidak boleh membuat skor.7. Jika dummy half disentuh ketika memegang bola, pasukan dummy half akan hilanggiliran. Permainan akan dimulakan semula dengan Rollball .8. Setelah disentuh, pemain yang disentuh perlu menggulingkan bola di antara 2kakinya.9. Pasukan penyerang boleh bermain sehingga mereka disentuh sebanyak 6 sentuhan.> Pemain wajib berhenti serta merta selepas disentuh.> 3-langkah atau. 3-saat adalah peraturan untuk ragbi rimau dan bukanlah untukragbi sentuh.10. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan kepada pihaklawan. Permainan akan dimulakan semula dengan Rollball.11. Setelah menyentuh pemain menyerang yang memegang bola, semua ahli pasukanbertahan harus mundur 10 meter dengan kadar yang segera.12. Bola ke tanah(Ball to ground): Ketika bola jatuh di tanah, bola akan bertukar tangankepada pihak lawan.13. Hilang giliran(turn over): Berlaku apabila pasukan menyerang hilang giliran dengansebarang sebab. Maka, bola perlu diberi kepada pasukan bertahan.14. Tidak ada kawalan(No control): Ketika bola dilemparkan(forward pass),dijatuhkan(dropped), mengetuk/jatuh(knock on), dalam sentuhan(in a touch).Rollballkepada pasukan yang bertahan

15. Ketika seseorang diberi penalti/hukuman, seluruh ahli pasukannya ketika itu harusmundur 10 meter ke belakang dengan kadar yang segera.PENALTI/HUKUMAN: Bola di tanah, lepaskan bola, menyentuh bola dengan kaki anda,angkat bola dan meneruskan permainan.16. Jika para pemain bertahan tidak mundur, mereka telah melakukan kesalahanoffside. Maka Penalti/Hukuman diberikan.17. Jika sentuhan dianggap terlalu kuat. Penalti/Hukuman akan diberikan.18. Offside: Terjadi apabila pemain bertahan tidak mundur 10 meter. Penalti/Hukumandiberikan.19. Forward Pass: Berlaku ketika bola melepasi di depan pemain yangmembawa/memegang bola. Penalti/Hukuman diberikan.20. Touch and Pass: Berlaku ketika pemain yang disentuh kemudian terus membuathantaran tanpa berhenti. Penalti/Hukuman boleh diberikan.21. Overstep or off the mark: Apabila pemain yang telah disentuh berjalanmeninggalkan tanda di mana mereka disentuh. Penalti/Hukuman boleh diberikan.22. Voluntary Rollball atau tidak disentuh(no touch): Apabila pemain tersebut tidakdisentuh dan menggulingkan bola antara kaki mereka. Penalti/Hukuman akandiberikan.23. Lebih dari satu meter: Bola tidak boleh digulingkan lebih dari satu meter.Penalti/Hukuman akan diberikan. 24. Gembala atau obstruksi (Shepherd or obstruction): Menghalang pihak lawandaripada menyentuh pemain yang memegang bola. Penalti akan diberikan.25. Deviation: Ketika pemain bertahan membuat pertukaran arahnya sebelum berundur 10meter ke belakang. Penalti/Hukuman akan diberikan.26. Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul,melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yangsedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat sin-binned selama 5 minittanpa penggantian.27. Foul play of any nature (pengadil menjadi hakim tunggal) akan mengeluarkanpemain yang bersalah dari padang tanpa pengganti.28. Sepakan boleh dilakukan, tetapi sepakan tersebut perlulah ditangkap semula olehpemain yang menyepak bola tersebut. Jika bola jatuh ke tanah sebelum berjayaditangkap, pasukan bertahan akan memulakan permainan dimana bola tersebutdisepak dengan rollball atau dengan tab di tempat bola tersebut jatuh.29. Jika keputusan

permainan adalah seri. Masa tambahan akan diberikan, ketika itusetiap 2minit seorang pemain akan dikeluarkan sehingga tinggal 3 orang pemain sahajadi atas padang di mana permainan akan diteruskan dengan 3 lawan 3

You might also like