Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 128

UNIT 9 ETIKA PROFESION PERGURUAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud etika. 2. Membincangkan konsep etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Mengaitkan kod etika perguruan dengan amalan guru di sekolah. 9.1 PENGENALAN

Rajah 9.1 Adakah ini merupakan etika seorang insan yang bergelar guru ?

kaunseling. akauntan.2 Inikah guru yang para pelajar nanti-nantikan? Sebagai seorang guru. ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti. perubatan. Jelasnya. 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. perniagaan dan sebagainya.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 129 Rajah 9. sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia. guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin. Selain itu terdapat kes di mana guru .1 dan 9. guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. kejuruteraan.2 di atas. mengapakah keadaan sebegitu berlaku dalam kalangan guru? P erguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid. guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. rakan sejawat dan masyarakat dan Negara. Sebagai sebuah kerjaya keguruan. Pada pendapat anda. anda mungkin boleh memahami situasi dan pandangan masyarakat terhadap guru seperti dalam Rajah 9. berketerampilan. 2002) Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan. ibu bapa pelajar.

yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu. guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan. yang bertanggungjawab dan berkebolehan. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di Malaysia. Sejauhmanakah anda mengetahui kod etika perguruan yang telah diwartakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? b. Sekiranya anda mengetahuinya. . Selepas anda selesai... ‘Kami guru Malaysia... Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mari sama-sama kita fikirkan mengenai kepentingan menjadi guru yang beretika dan keperluan mengikuti etika perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.. Oleh yang demikian. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya. 18 September 2008). yang taat setia.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 130 menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan ‘Tatasusila Profesion Perguruan’.. buat refleksi dapatan tersebut dengan menjawab soalan berikut: a. Hal ini bertentangan dengan tanggung jawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan. Bakalbakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu.’ Dari penyataan ikrar dan kod etika perguruan di atas. sejauh manakah anda mematuhi kod etika perguruan berkenaan? . Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan.

kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik dan buruk yang boleh atau tidak boleh diikuti. keguruan. yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). ia merupakan aturan-aturan yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman. Etika dan moral lebih kurang sama pengertiannya. nilai-nilai. Dari aspek kerjaya pula. to be good or bad or in some similar way‘ (Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat dimana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah. sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. Jadi jelas bahawa etika dan moral adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Mengikut William (1971). etika ialah ‘The normative science of the conduct of human beings living in societies – a sciene which judges this conduct to be right or wrong. Science of Morals. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk. pengubatan dan sebagainya (Hasan Langgulung. dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith. 2006). adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk. Hal inilah yang mendasari kesuburan dan perkembangan etika dalam masyarakat kita. Oleh itu berdasarkan pengertian di atas jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol. tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbezaan. berkhemah dan berkesan. sempurna. Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. iaitu ‘Mos’ dan dalam bentuk jamaknya ‘Mores’. serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. iaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan. .Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 131 9. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat. baik atau buruk dan lain-lain). 2002). berasal dari bahasa Yunani adalah ‘Ethos’. bernegara hingga pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku.2 Pengertian Etika E tika (etimologi). Menurut para sarjana. merujuk ‘to that part of human behavior that can be evaluated in terms of right or wrong’. etika tidak lain adalah aturan perilaku. Manakala moral pula menurut Keith (2006). juga etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan). Etika berkaitan dengan norma-norma. Di samping itu. Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character or disposition or with the distinction between right or wrong. Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin. Manakala menurut The Oxford School Dictionary (1994).

3. Dari persepktif Islam. Prinsip moral atau set prinsip moral (The Oxford School Dictionary.3 Senario di bilik darjah yang melibatkan etika perguruan . Satu sistem dasar akhlak. 1994). Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 132 Kesimpulannya. 4. apakah yang anda faham tentang konsep etika dan moral. adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Kamus Dewan. Etika : _____________________________________________________________________________ Moral : _____________________________________________________________________________ Rajah 9. Tuliskan secara ringkas. 2. etika merupakan: 1. 2005).

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 133 Berdasarkan Rajah 9. apakah yang boleh anda fikirkan berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika dikaitkan dengan etika perguruan? Catatkan secara ringkas apa yang anda fikirkan berkenaan etika guru dalam gambar tersebut.3 ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Rajah 9.4 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia . _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ 9.3.

Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan .5 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia 9. rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. pelajar.4 NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia.5 ETIKA PROFESION PERGURUAN Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 134 Secara berpasangan bincangkan setiap etika kerja yang digariskan oleh Pelajaran Malaysia berdasarkan contoh-contoh yang sesuai. Setiap profesion menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Kementerian 9. tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. Nilai-nilai tersebut ialah: Rajah 9. Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional.

Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan murid-muridnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani. p. intelek. . Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat. intelek. j. i. jantina. tempat asal. agama. telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. 1971). m. Dia haruslah tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. Dia haruslah tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid. o. h. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa. n. warna. Seorang guru tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. e.matlamat yang diterima oleh masyrakat. d. persatuan atau persendirian. c. bahasa.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 135 Malaysia Barat (Laporan Aziz. Dia haruslah tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaranbayaran yang disahkan. asal keluarga. b. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati adalah: a. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan. Dia haruslah bertugas sebagai ‘pengganti ibu bapa’ dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat. Dia haruslah menumpukan separuh perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. l. akademik dan status-status lain. kepercayaan politik. daya cipta dan rohani. f. masyarakat awam dan negara. k. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Dia haruslah tidak bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dia haruslah bertingkah laku sebegitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap muridmurid. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. g.

____________________________________________________________________________ 4.____________________________________________________________________________ 3. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja. v. keagamaan.youtube. t. Dia haruslah tidak memaksakan kepercayaan.com/watch?v=BfAGv__vcTs Empat Aspek Sumpah Janji Guru Malaysia Terhadap Negara 1. Dia haruslah tidak meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya. Dia haruslah tidak mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. iaitu berdasarkan kecekapan. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. politik persendirian terhadap muridmuridnya. http://www. ____________________________________________________________________________ 2. s. r.____________________________________________________________________________ .Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 136 q. u. bincangkan empat (4) sumpah janji oleh guru Malaysia terhadap negara. Berdasarkan laman web di bawah.

6 ASPEK-ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM ETIKA PERGURUAN Berikut di bawah merupakan aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam pembentukan Etika Perguruan Malaysia.3 Tanggungjawab utama guru 9.          Profesionalisme Integriti Kejujuran intelektual Neutraliti Akauntabiliti Berpakaian Berbahasa Pengurusan masa dan ketepatan waktu Membuat keputusan .Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 137 A Berdasarkan kepada Etika Perguruan. Rajah 9. rakan sejawatan. Jelaskan setiap tanggung jawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai. masyarakat dan negara. dan ibu bapa. terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar.

memberikan bimbingan.2 Tahun 1985 1. Bil 2/1982: 1.2 Tahun 1985 . huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion keguruan? 9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. . Waktu hadir ke sekolah. 6/1985 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. Pekeliling Perkhidmatan Bil. Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran.7 Etika dan Pekeliling Sebagai Sumber Rujukan Pembentukan Etika Perguruan Etika Pakaian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2. 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan. 2. Waktu hadir ke kelas. Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. 5. 3.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 138 B Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. Berdasarkan peraturan 4(2). Mengajar ikut jadual waktuWaktu tidak mengajar(free period) 4. Politeknik. Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian. Etika Pengurusan Masa SPI.Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa menghadapi Upacara-upacara rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam. Semak buku latihan murid.

laluan utama.mutu/piawai dan semakan seperti senarai semak.  Berjudi di pejabat  Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah  Kesusahan berat kerana berhutang  Menerima keraian dari orang yang ada urusan rasmi. c. Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri / isteri / anak / saudara mara / rakan-rakan dalam waktu pejabat / tugas rasmi. refleksi P&P. Sekiranya tidak akur adalah bersalahan mengikut P. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara.(A) 531 Seksyen 8(1) Menyediakan Rancangan Tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan terkini yang sedang digunapakai. Menyebelahi / memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan c. d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri dan balik ke pejabat. kantin. Peraturan 6 (1): Mengadakan serta merta jadual semua mata pelajaran yang diajar. melakukan gangguan seksual  Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri  Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum  Mengemukakan sijil sakit palsu . Guru hendaklah mengajar ikut sukatan pelajaran dan jadual waktu yang diluluskan (mesti ditandatangani). Tatakelakuan/Larangan Peraturan 4 (2) a.U. e.kerja setiap hari yang telah dilaksanakan. GB/Pengetua sesuatu sekolah hendaklah mempamerkan salinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya pada tempat yang mudah dilihat di pejabat. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam seperti. Sukatan Pelajaran P.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 139 Tanggungjawab Asas Guru P. bilik gerakan-VIN dipenjara 3 bulan atau denda RM 5 ribu b.00 Jadual Waktu Peraturan 6 (1) dan Peraturan 6(2) a.22.U. bilik guru. b. pemantauan.penyeliaan dan penilaian program/aktiviti. Peraturan 6 (2): Mengadakan serta merta untuk pemeriksaan jadual waktu penggal semasa persekolahan. b. menghantar anak.(A) 531 Seksyen 8 (1) yang dikenakan penalti RM 500. Mengadakan senarai semak kerja.U. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian f. Kawalan kerja.(A) Peraturan 11 a.

menipu waktu kehadiran. j.Teknologi Pendidikan.  Membawa keluar fail peringkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan. dasar Pendidikan Negara. Tanda Nama a. Tidak hadir tanpa cuti. Kerap ponteng. b. Rambut melebihi kolar baju. temujanji hal-hal peribadi. . Seperti:  Membantah atau melawan pegawai atasan. kawan tolong punch. Tidak memakai tanda nama Kehadiran a. Antara isu yang sering dibicarakan ialah: Pakaian a.  Keluar negara tanpa kelulusan.8 ISU-ISU DALAM ETIKA PERGURUAN Cetek pengetahuan mengenai FPK. tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah Ingkar perintah. Hasil kutipan tersebut perlulah anda laporkan dalam bentuk folio. pakaian vietnam/siam bukan pakaian kebangsaan Rambut a.  Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas Secara berpasangan. Perempuan: Memakai pakaian kurang sopan dengan baju tidak berlengan dan skirt yang pendek. datang lambat. Kurikulum. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan. h. Semua ini anda boleh perolehi di KPM/JPN/PPD dan Sekolah tempat anda bertugas. tidak diurus dan berbau. i. Psikologi Pendidikan. dapatkan segala Peraturan/Pekeliling/Akta yang berkaitan dengan etika perguruan. 9. Kokurikulum. memakai baju berlengan pendek dan memakai kasut sukan yang tidak sesuai dengan urusan rasmi. keluar sekolah waktu pejabat bagi menguruskan hal peribadi seperti ke pasar. berniaga.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 140 g. Etika Perguruan. Lelaki: Tidak memakai tali leher dengan kemas dan teratur. berjubah. Objektif mata pelajaran dan Penilaian Perintah Am (Bab A hingga G) menyebabkan timbulnya pelbagai isu dalam kerjaya perguruan.

Berbahasa kesat kerana menganggap diri hebat dan lebih pandai dari ketua. guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan sesuai dengan kehendak dan aspirasi negara dan masyarakat. Kod Etika Perguruan dianggap penting kerana: 1. Perofesion 6. 3. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod etika merupakan garis panduan untuk bertindak dan bertingkah laku. Kod Etika 3. Tidak boleh ditegur dan mengugut perilakunya yang kurang beradab untuk tindakan disiplin/perkhidmatan. Pekeliling . bukan sekadar diketahui dan dihafalkan. Lambat menyiapkan tugas-tugas seperti membina soalan. Sahsiah 5. RUMUSAN Oleh sebab kod etika itu adalah nilai-nilai sejagat perguruan di Malaysia. 4. Duduk bersilang kaki. c. maka ia perlu dihayati dan diamalkan. tidak hantar buku rekod mengajar. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru. dipertahankan dan dikuatkuasakan. Tidak memberi hormat kepada rakan atau ketua jabatan.menghantar markah ujian. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini berbeza dengan kod etika di negara lain. tidak mengisi rekod kehadiran murid. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dihayati. diamal. 6. 5. KATA KUNCI 1. d. Menerusi kod etika. Moral 4. 2. Hasil kerja a. Etika 2. b.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 141 Adab a.

Peralihan paradigma dalam pendidikan Islam dan sains sosial. (2005) Etika perguruan: Jaminan peningkatan profesionalisme. Keith. Ethics in the workplace. Hasan Langgulung (2002). Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Utusan Malaysia. London: Oxford University Press. Huraikan mana-mana empat Kod Etika Perguruan yang telah anda pelajari. d. . Bagaimanakah seorang guru yang baik sentiasa dapat mengekalkan akauntibiliti mereka dalam profesion perguruan? c. (1971). Apakah bentuk-bentuk tanggungjawab seorang guru terhadap rakan sejawat dalam profesion perguruan? b. 18 September 2008 William. L. Pengenalan tamadun Islam dalam pendidikan. New York: South Western Educ Pub. The Oxford School Dictionary (1994). London: Methuen. RUJUKAN Foo Say Fooi. G. Serdang: Penertbit Universiti Putra Malaysia. Jakarta: Gaya Media Pratama Kamus Dewan (2005). Hasan Langgulung (1986). Terangkan empat tanggungjawab guru berdasarkan kod etika perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 142 PENILAIAN KENDIRI a. An introduction to ethics. (2006).

dan ibu bapa.  Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa  Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat. terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar.  Merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya.  Adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi.  Menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. b .  Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama.  Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia . politik. Tanggungjawab Terhadap Pelajar  Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan  Tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru. emosi. pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar.  Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa. masyarakat dan negara. Jelaskan setiap tanggungjawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai.  Membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion perguruan. mental. d. sosial. . Tanggungjawab Seorang Guru a. rakan sejawatan. c. keturunan dan agama.  Perawakan yang baik dari segi pakaian. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara  Tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. bertanggungjawab dan berguna.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 143 JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A Berdasarkan kepada Etika Perguruan. jasmani.

b. i. Menyebelahi/memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan. d. f. h. Menguruskan tender/sebut harga yang terdiri dari saudara mara. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas. Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub.  Membantah atau melawan pegawai atasan. menghantar anak. tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.  Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah. Berdasarkan peraturan 4(2).  Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan.  Keluar negara tanpa kelulusan. Mencemar memburukan nama baik perkhidmatan awam seperti:  Berjudi di pejabat. Ingkar perintah. Tidak hadir tanpa cuti. Seperti.  Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum. huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion perguruan? Peraturan 4(2) Seorang Pegawai Tidak Boleh a. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian.  Kesusahan berat kerana berhutang. Menguruskan perniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudara mara/rakan-rakan dalam waktu pejabat/tugas rasmi. j.Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah | 144 B Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri pergi ke dan balik ke pejabat. c.  Mengemukakan sijil sakit palsu.  Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas. g. e. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.  Menggunakan wang tabung amanah utk kegunaan sendiri.  Menerima keraian dari org yg ada urusan rasmi. melakukan gangguan seksual. Pergi berburu di padang datar Dapat rusa berbelang kaki Kalau berguru kepalang ajar Bagaikan bunga kembang tak jadi .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful