2.0 STRUKTUR DAN FUNGSI SISTEM LIMFATIK DAN IMUNITI 2.

1 Struktur Sistem Limfatik Struktur sistem limfatik terdiri daripada anyaman pembuluh limfa yang luas dan berhubung dengan kelompok kecil jaringan limfatik iaitu kelenjar limfa. Cairan yang memasuki pembuluh limfa ini disebut limfa atau nama lainnya ialah getah bening.

Gambar Rajah 2.1: Struktur Kelenjar Limfa Kelenjar getah bening ini termasuk dalam susunan retikuloendotel yang tersebar luas di seluruh tubuh badan dan mempunyai fungsi yang penting iaitu merupakan “barier” atau “filter” terhadap kuman-kuman ataupun bakteria-bakteria yang masuk ke dalam tubuh dan turut berfungsi dalam membentuk sel-sel limfosit darah. Struktur sistem limfatik ini juga terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu limfa (cecair jernih), pembuluh limfa (pembuluh yang membawa limfa), dan tisu limfatik (struktur dan organ yang mengandungi tisu limfoid).

Gambar rajah 2.2 : Menunjukkan Struktur dan komponen Sistem Limfatik

2. Gambar Rajah 2.1. di dalam limfatik usus.1. Selain itu. limfa terdiri daripada protein plasma yang keluar dari pembuluh darah.2 Pembuluh Limfa Pembuluh limfa merupakan salur-salur halus yang saling bersambungan dan membentuk struktur seperti jaringan dan turut dikenali juga sebagai kapilari limfa. karbon dioksida dan sedikit oksigen.Selain itu. Kandungan kimia limfa.1 Limfa Limfa ialah cecair jernih yang terdapat di dalam pembuluh limfa. antibodi. Manakala. enzim. Limfa mengandungi factor pembekuan dan boleh menjadi beku apabila tinggal beberapa lama secara in vitro (luar dari badan). garam galian atau mineral. glukosa. cecair tisu dan plasma adalah serupa. ianya juga lebih telap daripada kapilari darah. beberapa granulosit. limfa akan menjadi warna putih susu dan di sebut kili.3 : Injap dalam Salur Limfa Disamping itu. pulpa limfa dan sum-sum tulang. Kedudukannya terletak di bawah kulit dan selaras dengan kapilari darah. 2. limfa juga mengandungi jumlah limfosit yang berbeza. kandungan lemak tidak larut air adalah tinggi selepas makan. . Pernukaannya juga nipis dan mempunyai sistem injap untuk mengelakkan berlakunya “backflow”. Oleh sebab demikian. terdapat juga berbagai-bagai bahan lain turut terdapat di dalam limfa dan kebanyakannya bergantung kepada lokasi pembuluh limfa. sistem saraf pusat.Kapilari limfa ini bermula di merata badan tetapi tidak di tisu yang tiada ppembuluh darah. oleh yang demikian.

Kontraksi otot rangka akan menolakkan limfa kearah depan sahaja dan mengalir ke dalam sistem vena. pengaliran limfa juga adalah disebabkan oleh pergerakan otot rangka. tekanan intratoraks yang negatif semasa inspirasi dan kontraksi dinding duktus limfatik yang lebih besar.Tissue cell Gambar rajah 2. Selain itu. struktur pembuluh limfatik juga menyerupai struktur vena tetapi mempunyai dinding yang lebih nipis.4 : Struktur Pembuluh Limfa/Kapilari Limfa Seperti kapilari darah yang bergabung untuk mebentuk venul dan vena. Oleh sebab itu pembuluh limfa mempunyai injap yang menhalang aliran balik. Gambar rajah 2. kapilari limfa juga turut bergabung untuk membentuk kapilari limfa yang lebih besar. Di samping itu.5 : Struktur Salur Limfatik . lebih banyak injap dan terdiri daripada nodusnodus limfa di aras-aras tertentu.

limfa dan kelenjar timus. Nodul ini tidak mempunyai kapsul tetapi mempunyai kawasan tengah (pusat germinal) yang memberi pewarnaan pucat kerana mengandungi limfosit dan kawasan periferi (korteks) yang memberi pewarnaan yang gelap kerana mengandungi limfosit kecil.1. Septum berserat yang masuk ke dalam dari kapsul dikenali trabekula. iaitu tisu limfatik pengumpul. Gambar rajah 2. dan terletak di dalam lamina propia (tisu perantaraan) membran mucus trek gastrousus. Nordul Limfatik ini membentuk tonsil di dalam farinks dan kelompok peyer di dalam ileum usus kecil.3 Tisu Limfatik Tisu Limfatik tersusun dalam tiga kumpulan. nodulnodul limfatik dan organ limfatik. c) Organ Limfatik Organ-organ limfatik di badan ialah nodus-nodus limfa. trek pernafasan. trek uninari dan trek pembiakan. b) Nodul Limfatik Nodul limfatik terdiri daripada tisu limfatik yang berkumpul dan berbentuk lonjong. a) Tisu Limfatik Pengumpul Tisu limfatik pengumpul ialah tisu limfatik yang berkumpul dan tidak ditupi oleh kapsul. Semuanya mempunyai tisu limfatik dengan jaringan serat reticulum yang ditutupi oleh kapsul tisu perantara.2.6: Organ-organ Sistem Limfatik .

Setiap nodus limfa mempunyai lekuk di satu sisi yang di sebut hilus. Banyak pembuluh limfatik aferen memasuki nodus limfa melalui permukaan cembungnya. tempat yang ditembusi oleh pembuluh darah dan pembuluh limfatik. . Hilus nodus limfa ini ialah tempat keluar pembuluh limfatiik eferen.7 : Struktur Nodus Limfa ii) Limpa Limpa ialah tisu limfatik yang terbesar dan terletak khususnya dibahagian atas kiri kaviti abdomen diantara gaster dan diafgragma. Gambar Rajah 2. Organ ini seperti span. fagositik dan imunologi.i) Nodus Limfa Nodus limfa berbentuk lonjong atau seperti kacang hijau. Nodus limfa selalunya berkumpul di bahagian tertentu di badan. Limfa diliputi oleh kapsul berserat seperti nodus limfa. Nodus-nodus limfa mempunyai fungsi penurasan. Berdiameter 1 hingga 25 mm panjang dan terdapat sepanjang sistem limfatik. limpa mempunyai trabekula dan hilus. terletak di bahagian atas kiri ruang abdomen iaitu dipermukaan perut.

Gambar rajah 2. Setiap lobul terdiri daripada korteks di tepi yang menghasilkan pewarnaan gelap. Lanjutan yang masuk ke dalam tisu timus dikenali sebagai trabekula yang membahagikan lobus kepada lobul. dan medulla di dalam yang menghasilkan warna pucat. Ia mempunyai dua lobus dan setiap satu diliputi oleh tisu perantara yang di sebut kapsul timus.9: Struktur Kelenjar Timus . Sepasang kelenjar ini terletak pada ventral trakea dan atas sedikit dari jantung. Gambar rajah 2.8 : Limpa/ Spleen iii) Kelenjar Timus Kelenjar timus ialah tisu limfatik yang terdapat di bahagian anterior dan atas kaviti toraks di antara kedua-dua paru-paru.

Gambar rajah 2. Gambar rajah 2. .10 : Kedudukan Kelenjar Timus Dalam Tubuh Badan Manusia iv) Sumsum tulang Merupakan tisu yang fleksibel yang terdapat di dalam rongga interior tulang dan berfungsi menghasilkan sel darah yang baru. Selepas itu. kelenjar timus akan terus mengecut dan menjadi semakin kecil atau dengan kata lain mengalami atrofi.Korteks terdiri daripada limfosit dan dinilah berlakunya pembentukan limfosit. Klenjar timus juga mencapai saiz maksimumnya seberat 40 g semasa baligh. medula terdiri daripada banyak tisu epitelium dan limfosit yang bertabur berjauhan. Manakala.11 : Struktur Sum-sum tulang .medula juga ada mengandungi korpusel timus(Hassall). iaitu lapisan konsentrik sel epithelium.

Limfosit dapat menghasilkan antibodi pada kanak-kanak dan akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia.1 Limfosit Limfosit adalah sejenis sel darah putih yang terlibat dalam sistem imuniti pada vertebrata. dalam sistem imuniti ini Limfosit dan tisu limpoid yang terlibat.2. Limfosit mengandungi banyak tisu limpoid.2 Tisu Limpoid Tisu limpoid merupakan sebahagian daripada sistem keimunan badan yang membantu untuk melindungi badan daripada ancaman bakteria. limfosit berbutiran besar (large granular lymphocytes) dan limfosit kecil. limpa. Limfosit dihasilkan di sumsum tulang dan hati (pada fetus) dengan bentuk awal yang sama tetapi kemudian berbeza.tisu dalam bidang perubatan tidak semestinya ialah lapisan. Oleh itu. Limfosit dihasilkan nodus limfa yang yang terlibat dalam penghasilan antibodi. Gambar rajah 2. Ada dua kategori besar limfosit. Tisu ini merupakan nama yang digunakan kepada sekumpulan sel yang mempunyai fungsi yang spesifik.12 : Limfosit 2. 2.2.) Tisu dalam bidang perubatan bukan macam sehelai kertas tisu.2.2 Sistem imuniti Sistem imuniti ialah struktur dan proses biologi dalam sesuatu organism yang bertindak melindungi organism tersebut daripada serangan penyakit dengan mengenalpasti dan membunuh pathogen dan sel tumor.Selain itu. Oleh yang demikian. tonsil dan adenoids(tisu yang mengembang pada bahagian belakang kerongkong) serta thymus (kelenjar tanpa duktus pada dasar leher. .sum tulang juga merupakan salah sejenis tisu. Tisu limpoid termasuk nodus limfa. sum. Limfosit memiliki peranan penting dan terpadu dalam sistem pertahanan tubuh.

mikrop dan sel barah. iaitu limfosit dengan pertolongan makrofaj memberi perlindungan kepada badan daripada sel-sel asing. Mengembalikan semula cecair interstis ke dalam sistem peredaran darah dalam bentuk limfa.3 Fungsi Sistem Limfatik Sistem limfatik mempunyai banyak fungsi seperti yang berikut: a) Sistem limfatik mengalirkan cecair mengandungi protein dari ruang-ruang tisu yang telah keluar dari pembuluh darah. f) Kelenjar timus juga ialah tempat penghasilan limfosit untuk makanisme pertahanan badan selain fungsi endokrin.1 : Fungsi Sistem Limfatik . Mengangkut asid lemak dan gliserol. e) Limpa ialah tempat organ hasilan limfosit pemusnahan eritrosit dan tempat organism daripada bahan asing dihalang daripada memasuki pembuluh darah. suatu sistem sirkulasi sekunder yang berfungsi mengalirkan limfa atau getah bening di dalm tubuh.2. membantu sistem peredaran darah/ pelengkap kepada peredaran darah. b) Sistem limfatik juga menghantarkan lemak dan trek gastrousus ke dalam peredaran darah. d) Beberapa tisu limfatik seperti nodus limfa bersedia untuk membuang mikro. Rajah 2. c) Tisu limfatik juga berfungsi memberi kawalan dan pertahanan. sistem pertahanan badan dengan penghasilan limfosit di nodus limfa. Jadi protein yang tidak boleh diserap semula secara langsung oleh pembuluh darah akan dikembalikan ke dalam sistem kardiovaskular oleh sistem limfatik. sel darah dan bahan asing yang sangat kecil (debu dari paru-paru).

Sel B membantu melindungi tubuh melawan bakteri dengan jalan membuat antibodi yang menyerang dan memusnahkan bakteria. Dalam kondisi normal. hati. daripada tugasan ini juga kami dapati penyakit yang selalunya melibatkan sistem ini ialah limfoma. Alhamdulilah. Limfoma ialah tumor yang berasal dari jaringan limfoid yang berkaitan dengan sistem limfatik dan sistem imuniti tubuh. ia juga terdapat di organ lain seperti perut. . Makin tua umur. Oleh yang demikian. Didapati sistem ini amat penting terhadap kekebalan tubuh yang memainkan peranan dalam pertahanan tubuh bagi melawan infeksi dan tumor. penyakit ini lebih banyak terjadi pada orang dewasa dengan angka tertinggi pada rentang usia antara 45 sampai 60 tahun. makin tinggi risiko terkena penyakit ini. lemak dan limfosit (sel darah putih) yang semuanya mengalir ke seluruh tubuh melalui pembuluh limfatik.RUMUSAN Berdasarkan tugasan ini dapat disimpulkan bahawa sistem limfatik ini adalah amat berkait rapat dengan sistem imuniti tubuh badan kita. didapati juga cairan limfatik adalah cairan putih mirip susu yang mengandung protein. Sementara sel limfosit yang tidak normal (limfoma) biasanya berkumpul di kelenjar getah bening dan menyebabkan pembengkakan. Data juga menunjukkan. Sel limfosit ternyata tidak hanya melalui di dalam pembuluh limfa sahaja. dan otak. berdasarkan tugasan ini banyak pengetahuan baru yang kami perolehi dan amat membantu dalam memahami tajuk sistem Limfatik dan Imuniti ini. Selain itu. Terdapat dua jenis sel limfosit iaitu Sel B dan Sel T. malah sel ini juga turut melalui ke seluruh tubuh di dalam pembuluh darah kerana limfoma ini juga boleh keluar melaui kelenjar getah bening. Selain itu. Seterusnya. sel limfosit merupakan salah satu sistem pertahanan tubuh.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful