Isu Sampah Di Mana Noktahnya??

POLEMIK ISU

PELUPUSAN SAMPAH
DISEDIAKAN OLEH : SITI NOR HANY BINTI AMIR HUSSIN

NO. MATRIK

: HB100027

DISEDIAKAN UNTUK

: PROF. MADYA MAHMAD AMIR BIN RADZALI

KURSUS

: SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

SEKSYEN

:2

1

Dengan itu. tin aluminium. Contohnya seperti botol. selalunya sisa-sisa tersebut dibuang dan dilonggokkan di tempat-tempat pembuangan sampah sama ada menggunakan teknik pembuangan yang betul atau sebaliknya. Kita sedia maklum suatu permasalahan yang timbul tidak akan dapat diselesaikan jika tiada kerjasama. 2 . seharusnya kita bersama berganding bahu mencari penyelesaian dan menyokong segala jalan penyelesaian yang telah diutarakan. organisasi. Namun. Sampah dianggap sebagai bahan yang tidak berguna dan tidak mendatangkan sebarang faedah. Disamping itu juga. kerajaan dan pihak berwajib dalam meleraikan kekusutan yang timbul. masalah ini masih tiada noktahnya. Pelupusan sampah menjadi satu isu yang bermain di fikiran jika topik sampah dibincangkan. beg plastik. Sampah bukan domestik pula adalah bahan-bahan buangan yang terhasil dari industri. sisa pembuangan dan sisa daripada proses pengilangan. pakaian buruk dan juga sisa makanan. Atas sebab yang demikian saya berhasrat untuk mengupas dan membincangankan faktor-faktor kepada masalah ini. di dalam penulisan ini saya akan menyenaraikan beberapa solusi yang boleh dilakukan untuk membendung maslah ini daripada terus berleluasa. tapak pembinaan. kaca. Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari rumah atau dapur. Sehinggkan masalah menjadi semakin sukar untuk dibendung. Perkara ini sudah menjadi duri dalam daging yang semakin melunar dalam kehidupan. Selain itu juga. 1994). Penghasilan sampah memang tidak dapat dielakkan. pekedai atau pasar dan pejabat. kertas. malah boleh mendatangkan mudarat jika disimpan. Seterusnya menghuraikan tanggungjawap individu.Isu Sampah Di Mana Noktahnya?? Pengenalan Isu sampah bukanlah satu isu baru dalam negara kita. iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik (Ridwan Lubis. Pelbagai altenatif dan penyelesaikan telah diutarakan oleh pihak berwajib. kita juga tidak seharusnya hanya menuding jari ke satu pihak untuk mengatasi masalah ini. Sampah boleh dikategorikan kepada dua. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada pelbagai jenis termasuklah sisa jualan. Kuantitinya juga hanya akan bertambah dan tidak mungkin akan berkurang.

ketiadaan kesedaran sivik. Atas dasar mementingkan diri sendiri dan tidak prihatin dengan keadaan sekeliling. Perkara utama yang perlu dibincangkan adalah faktor-faktor yang membawa kepada permasalahan ini. Timbalan Perdana Menteri. Ini menerangkan kenapa mutu perkhidmatan pengurusan sampah berbeza mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan kerana tidak diseragamkan. terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti. Baru-baru ini. Oleh itu. Hal ini akan dikaitkan dengan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam menguruskan tempat pembuangan sampah. antaranya adalah sikap pentingkan diri sendiri. Bukti-bukti seperti yang sering dipaparkan di muka-muka akhbar membuktikan pihak berwajib seolah-olah tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. kerajaan dan rakyat (individu).6 juta dan pihak terbabit diminta menjelaskan hutang tertunggak itu sebelum kerajaan pusat 3 . aduan rakyat mengenai tempat-tempat pelupusan sampah haram yang wujud di kawasan-kawasan perumahan mereka tidak diendahkan.Isu Sampah Di Mana Noktahnya?? Faktor-faktor masalah pelupusan sampah Sebelum kita berbincang dengan lebih mendalam mengenai tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini. Faktor-faktor ini dilihat dari tiga struktur bahagian dalam kehidupan masyarakat. Faktor yang pertama adalah sikap pentingkan diri sendiri. Kita hidup bermasyarakat setiap permasalahan yang berlaku adalah berpunca dari kita sendiri. Masalah kutipan sampah. Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan hutang pihak berkuasa tempatan kepada syarikat konsesi sejak 13 tahun lalu mencecah RM348. Struktur yang dimaksudkan adalah dari pihak pegawai berwajib. faktor-faktor ini akan diketengahkan dan dibincangkan. Sumber industri berkata. sehinggakan ia menjadi masalah rutin di beberapa kawasan. Selain itu juga. kelemahan pengurusan sampah. kelemahan pengurusan sisa pepejal negara ini dapat dilihat melalui masalah kutipan sampah dan isu pembuangan sampah haram yang sering dilaporkan media tempatan. Mereka tiada kesedaran dan tidak melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. misalnya didakwa dikaitkan dengan kegagalan sebilangan pihak berkuasa tempatan membayar kepada syarikat konsesi yang kemudiannya gagal membayar kepada kontraktor diupah mengikut jadual menyebabkan berlaku gangguan dalam rutin kutipan sampah di kawasan perumahan.

Pihak yang bertanggungjawab ialah kerajaan kerana kerajaanlah yang bertanggungjawab menentukan cara sistem yang terbaik untuk menguruskan sampah. 2010). Langsung tidak terlintas dalam hati untuk mencapai sampah tersebut dan letakkan di tempat yang sepatutnya. Kerajaan negeri sering menjadikan sampah sebagai isu politik. Oleh yang demikian. Hal ini amat membimbangkan kerana kawasan tersebut berhampiran dengan sungai yang menjadi sumber air penduduk. 4 . Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Kita sering melihat sampah terbiar di tepi jalan. manakala 0. malahan terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab suka membuang sampah meratarata. Berkemungkinan perkara tersebut akan mendatangkan pelbagai musibah kepada masyarakat kelak. Seterusnya faktor yang kedua adalah kelemahan pengurusan sampah. Kelantan. Tunggakan hutang itu bukan saja menjejaskan mutu perkhidmatan kepada pengguna malah menjejaskan usaha syarikat konsesi terbabit menaik taraf secara berperingkat tapak pelupusan sampah sedia ada bagi memanjangkan jangka hayatnya (Berita Harian.Isu Sampah Di Mana Noktahnya?? mengambil alih pengurusan sisa pepejal negara. Walaupun pihak kerajaan giat menlancarkan kempen kesedaran seperti “3R”. Sebagai contoh isu pembuangan sampah yang berlaku di Bachok. Ini merupakan faktor utama masalah ini. Terdapat sumber yang melaporkan bahawa penduduk bandar menyumbang sekurang-kurangnya 1. Hal –hal seperti ini bukan sahaja berlaku di Bachok malahan di kawasankawasan lain. Berita Harian melaporkan rakyat menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana sikap kerajaan negeri yang menjadikan kawasan perumahan mereka sebagai tempat pembuangan sampah terbuka. pihak kerajaan perlu lebih perihatin terhadap nasib dan aduan rakyat. Bukan itu sahaja. Masih juga terdapat segelintir masyarakat yang tidak sedar akan tanggungjawab mereka. hari tiada beg plastik dan pelbagai lagi.5 kilogram pembuangan sampah setiap hari. Berikutan kepada penambahan sampah ini masalah pelupusan sampah menjadi isu penting. Pengurusan sampah yang baik amat penting untuk mengelakkan implikasiimplikasi yang tidak diingini. Di sini timbul persoalan adakah kita yang seharusnya mengutip sampah tersebut. tepi longkang.8 kilogram bagi penduduk luar bandar. di mana-mana sahaja tetapi apa yang kita lakukan? Hanya memandang dan berlalu pergi. Faktor terakhir yang ingin dikupas adalah sikap individu yang tiada kesedaran sivik. Dipercayai angka ini akan semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Katanya. membuktikan keadaan tapak pelupusan sampah negara sebenarnya serius dan tenat untuk jangka panjang. Tetapi malangnya. Pada dasarnya kaedah konvensional merupakan kaedah yang rasional. Negara juga memerlukan sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu seperti diamalkan di negara maju seperti Jepun yang mempunyai lebih 2. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai alternatif bagi mengatasi masalah pelupusan sampah. kerajaan tidak mempunyai pilihan kecuali menguatkuasakan segera Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang tertangguh sejak tiga tahun lalu.Isu Sampah Di Mana Noktahnya?? Langkah-langkah penyelesaian Setelah kita kenal pasti faktor-faktor kepada masalah ini. Atas sebab yang demikian kerajaan telah menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007: Satu pernyataan telah dibuat oleh pakar pengurusan sisa pepejal Universiti Malaya.” 5 . seterusnya kita akan mengupas dan membincangkan apakah langkah-langkah penyelesaiannya. Sebelum ini. negara kita mengamalkan kaedah konventional untuk melupuskan sampah. Ini kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan pengangkutan sampah dan tapak pelupusan sampah juga telah disediakan. Berikut adalah pernyataan yang dikemukakan: “Kita perlu penyelesaian jangka panjang lebih efektif. Akibatnya banyak tempat pelupusan sampah terpaksa ditutup. akibat daripada panghasilan sampah yang melampau menyebabkan keluasan tanah tidak dapat menampung kuantiti sampah tersebut. Antaranya adalah kitar semula dan teknologi hijau. pelbagai masalah timbul kerana kemudahan ini tidak disenggarakan dengan sempurna. Selain ini juga.000 insinerator dan tapak pelupusan untuk melupuskan sampah dihasilkan. penguatkuasaan akta akan membolehkan kerajaan persekutuan mengambil alih pengurusan sisa pepejal negara yang kurang berkesan di bawah selenggaraan pegawai berkuasa tempatan. Tetapi kaedah ini mendatangkan pelbagai kesan sampingan. kaedah ini masih digunapakai kerana teknologi kita masih baru dan memerlukan tenaga manusia. Walaupunbegitu. Seperti yang telah dilaporkan terdapat 145 daripada 290 buah tapak pelupusan sampah terpaksa ditutup kerana tidak dapat menampung jumlah sampah yang terlalu banyak. Prof Dr P Agumuthu. Akta 672 perlu dikuat kuasa secepat mungkin. fakta hanya kurang 10 peratus daripada 176 tapak pelupusan sampah adalah tapak pelupusan sanitari yang mesra alam dan selamat.

masalah pembuangan sampah sarap telah mengancam kehidupan manusia dan haiwan serta menjejaskan kesejahteraan alam sekitar. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan harus melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa kini serta kehidupan generasi akan datang. pendidikan dan kesedaran dalam bidang sisa sampah dan pengurusan sisa sampah semakin penting dalam menangani masalah pembuangan sampah .Isu Sampah Di Mana Noktahnya?? Kerajaan telah melancarkan kempen kitar semula (3R) bagi mengurangkan penghasilan sampah. Kerjasama dari pelbagai pihak amatlah dihargai dalam mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi dan semoga kita boleh sentiasa hidup dalam persekitaran yang bersih dan sejahtera. meminimumkan iaitu Kurangkan. iklan TV dan radio perlu diadakan dari semasa ke semasa agar dapat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Oleh itu. Langkah-langkah seperti meminimumkan sampah-sarap dan pendidikan serta kempen perlu diteruskan. Rujukan 6 . Ketua Menteri Pulau Pinang. Selasa dan Rabu di seluruh negeri Pulau Pinang bagi mengurangkan kadar pembuangan sampah jenis plastik malah juga mengurangkan kos pengendalian sampah sarap dan dapat memelihara alam sekitar. Lim Guan Eng telah melancarkan „hari tiada beg plastik‟ pada setiap Isnin. Kempen"3R"(Reduce. Kesimpulannya. semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah pembuangan sampah sarap. Pelbagai kempen perlu dilaksanakan seperti ceramah "Cintailah Sungai Kita". dan Kitar Semula) merupakan pengurusan sampah sarap dari segi sisa. Reuse and recycle. Pihak sekolah dan ibu-bapa perlu menyalurkan ilmu moral tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan menanam tabiat menjaga kebersihan alam sekitar sejak mereka berada di peringkat kanak-kanak lagi. Rentetan itu. Contohnya. Gunakan Semula.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful