Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073

(D20102042490)

LAMPIRAN 1 PEMARKAHAN 1. ESEI: (a) JUMLAH

KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TUGASAN 1: (KANAK-KANAK HIPERAKTIF)

KUMPULAN BATU PAHAT 04 (A112 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA MOHD NAZRI BIN YAHYA

NO. ID D20102042490

NO. TELEFON 0126086312

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. KANNAMAH a/p MOTTAN

TARIKH SERAH: 01 MEI 2012

1

0 Faktor Fisiologikal Faktor Persekitaran Halaman 3 3 6 8 9 9 14 18 Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif Langkah-langkah Pencegahan Rujukan 2 .0 2.0 3.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) ISI KANDUNGAN Isi Kandungan Tugasan 1 1.0 5.1 3.0 Pendahuluan Definisi Kanak-kanak Hiperaktif Punca-punca ADHD 3.2 4.

ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif.Istilah ini 3 . Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir.Kategori kanak-kanak ini dikenali sebagai Attention Deficit-Hyperactivity Disoder (ADHD). Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.Semangat berkobar-kobar.Walaupun kanak-kanak ini ada kalanya menunjukkan tingkah laku yang terlalu aktif atau lasak. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. guru terpaksa memberi perhatian yang lebih kepada mereka kerana mereka sangat sukar memberi tumpuan dan sentiasa bergerak ke sana ke mari di dalam kelas. Keadaan ini menyebabkan gangguan kepada proses pengajaran guru di dalam kelas.0 Definisi Kanak-kanak Hiperaktif Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive).tetapi tidak mengendahkannya. Apabila kanak-kanak gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya.tetapi bagi ADHD perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) TUGASAN 1 KANAK-KANAK HIPERAKTIF 1.Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Begitu juga di dalam kelas Program Khas Masalah Pembelajaran (PKBP). terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. mungkin ini menandakan kanak-kanak menghadapi masalah tingkah laku hiperaktiviti. bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. terlalu aktif dan sukarmenumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Sememangnya lumrah semua kanak-kanak bersikap begini.0 Pendahuluan Sering kali kita mendengar istilah hiperaktif yang merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkah laku terlampau aktif. 2.Kehadiran kanak-kanak dengan ADHD di dalam keluarga sentiasa menimbulkan kekecohan dan memeningkan kepala ibu bapa atau pengasuh akibat tingkah laku mereka yang tersangat aktif dan sukar diramal.Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif mempunyai masalah kekurangan tumpuan atau tumpuan yang singkat. Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir.Sebenarnya kanak-kanak hiperaktif adalah salah satu daripada kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

consisting of problem with attention span.Istilah ADHD telah ditegaskan lagi dalam DSM-IV. • ADHD refers to a family of related chronic neurobiological disorders that interfere with an individuals capacity to regulate activity level (hyperactivity). This variation of the disorder is call ADHD. inhibit behavior (impulsivity) and attend to task (inattention) in developmentally appropriate way. These student might skip important parts of an assignment may appear to be day dreaming during large group instruction. impulse control and activity level.Selepas itu mereka dikenali sebagai hyperactive.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) sebenarnya merangkumi dua masalah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini iaitu terlampau aktif dan kekurangan tumpuan.cannot seem to get organized and generally seem forgetful both in school and at home. Pada awal kurun ke-20. kanak-kanak kategori ini dikenali sebagai hyperkineticdan dikatakan mengalami kecacatan otak minima. Beberapa tahun kemudian istilah ini didefinisikan semula supaya meliputi kedua-dua jenis kecelaruan ini dan dikenali sebagai Attention Deficit-Hyperactivity Disoder (ADHD). terlalu aktif dan tidak memberi perhatian (Paul Cooper dan Katherine 2002: 9).Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal. • ADHD is a developmental disorder of self-control. namun istilah terkini yang paling tepat digunakan adalah ADHD. impulsivity and in some cases hyperactivity. Marilyn Friend (2006) pula mendefinisikan ADHD sebagai mereka yang memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan. the primary symptom is combination of hyperactivity and impulsivity and inability to put on the brakes before acting. Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disoders-III (DSM-III) yang dikeluarkan oleh persatuan Psikologi Amerika (APA) telah memperkenalkan istilah Attention Deficit Disoders (ADD) untuk menerangkan kumpulan kanak-kanak itu dan dijelaskan juga sama ada keadaan ini wujud atau tidak wujud bersama-sama hiperaktiviti. Pada tahun 1980. 4 . inattention is the primary symptom. • ADHD is a brain based disorder that arises out of differences in the central nervous system (CNS)-both in structural and neurochemical areas. For some student with ADHD.Walaupun terdapat ibu bapa dan professional yang menggunakan istilah ADD. Foe another group of student with ADHD. Rief (2005) pula mendifinisikan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) sebagai • ADHD is neurobiological behavioral disorder characterized by chronic and developmentally inappropriate degrees of inattention.

behavioural. berlaku sebelum umur 7 tahun. tumpuan yang singkat.Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanakkanak. kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu.is a complex and often controversial term.al (1997) ADHD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian keranan terhadnya kebolehan untuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tanda-tanda tingkah-laku yang tidak sabar. involving brain dysfunction. Menurut Azizi Yahaya et al.Selain itu.bunyi.” Merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for ADD and Hyperactivity. keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal..Mereka sukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala tugasan.Gangguan 5 . (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan. 1987). menurut Lahey et. attention deficit hyperactivity disorder. This leads to a variety of educational.. hiperaktif adalah sebahagian dari ADHD. in which individuals have difficulty in controlling impulses. inhibiting their behaviour and sustaining their attention span.Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD.Pemikiran merawang dan mengembara kerana rangsangan yang ada. menghilangkan barang dan gagal mendengar dengan baik (American Psychiatic Association.. Ciri-ciri yang tetap ialah tingkahlaku yang sukar dikawal disebabkan rangsangan-rangsangan luar. It is an internationally validated medical condition.Biasanya. social and related difficulties.. warna dan pergerakan semuanya berterusan bergerak dan berterusan mengganggu. imej.. berulang-ulang selama tidak kurang 6 bulan.Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. pergerakan tangan dan kaki yang kerap.ingatan dan pemikiran berlaku dan ini akan menyebabkan mereka tidak menghiraukan sesiapa yang bercakap dengan mereka..Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) Menurut O’regan (2005) mendefinisikan ADHD seperti berikut “.. lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Manakala mengikut The DSM (Dragnostic & Statistical Manual–US). Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang.more commonly known as ADHD.

Beliau juga membuat kajian terhadap sepasang kembar di mana kembar ini dibesarkan dalam dua persekitaran yang berbeza. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom. Setiap pasang kromosom yang wujud dalam pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. nenek moyang ataupun saudara rapat yang mempunyai masalah atau simptom ADHD semasa kanak-kanak. adik beradik. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat (ketidaksempurnaan).Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk (D20102042490) menggambarkan ADHD. Menurut Mohd Sharani Ahmad (2004) kejadian ADHD berkait dengan baka ia bermula dengan hubungan seksual suami dan isteri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa mempunyai kecacatan maka ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak cacat tetapi anak adalah cacat.Ada yang berpendapat tingkah laku kanak-kanak ADHD terjadi daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak sehingga tidak ada batasan dalam tingkah laku mereka.0 Punca-punca ADHD Banyak perdebatan dan berbagai-bagai pendapat diberi tentang punca-punca terjadinya ADHD di kalangan kanak-kanak.Justeruitu.Begitu juga isteri menghasilkan 23 pasang ovum. atau mengambil terlalu banyak gula dalam makanan. alahan makanan tertentu.Kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD biasanya mempunyai ibu atau bapa.Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka yang tidak mempunyai sejarah ADHD. ADHD boleh memberi masalah kepada kanakkanak dan menyebabkan pencapaian dan konsep kendiri yang rendah.Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh 6 .Menurut Baekley (1998) 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan.Pendapat ini turut dipersetujui oleh Lombroso et. biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan gangguan di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat di kawal oleh guru.Walau bagaimanapun.Ada pendapat mengatakan ADHD berpunca daripada amalan pemakanan. 3.Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan.al (1998). adik beradik atau ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan. kanak-kanak ADD tidak hiperaktif. Kajian oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat dan ciri ibu bapa.Hasilnya beliau mendapati bahawa kanak-kanak ini tetap menunjukkan sindrom hiperaktif walaupun dibesarkan di kawasan dan suasana yang berbeza.

Jika salah seorang sahaja pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi Cuma pembawa baka cacat. Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang mengalami ADHD menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD di mana aktiviti ini mengawal perjalanan bahagian otak yang lain.Rajah 1 di bawah menunjukkan pewarisan baka daripada ibu bapa kepada anak-anak.Bagi penghidap ADHD mereka kekurangan electrical activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak. Bahagian ini akan mengawal tahap aktiviti otak. Perwarisan autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Mash & David A. Sumber daripada : Eric J. Rajah di bawah menunjukkan penghidap ADHD 7 . Wolfe.Ketiga-tiga bahagian otak ini mengawal fungsi yang berlainan.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) anak.Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka kemungkinan anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi. Friend (2006) menyatakan kajian yang dijalankan ke atas bahagian otak menunjukkan bahawa terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex. dorongan dan perhatian seseorang. 2004 Menurut Sandra (2005) ADHD juga berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap metabolisma yang rendah di bahagian otak yang tertentu. basal ganglia dan cereblum.

Marilyn Friend membahagikan punca terjadinya ADHD kepada dua . 3. dan (2) faktor persekitaran. Di antara punca ADHD yang dikenal pasti adalah: (a) Faktor Keturunan Individu dengan ADHD berkemungkunan besar mempunyai corak ADHD dalam keluarganya. (b) Perbezaan Fungsi Otak Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex. Wolfe. terdapat kurang 8 .Malah. Mash & David A.1 Faktor Fisiologikal Ramai ahli psikologi dan pendidik telah mengkaji punca-punca fisiologikal terjadinya ADHD. Khusus bagi kanak-kanak dan orang dewasa dengan ADHD. iaitu (1) faktor fisiologikal. kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) Sumber daripada : Eric J. bisal ganglia dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD barbanding individu lain. 2004 Namun begitu.

merokok atau pengambilan alcohol oleh ibu. Semasa proses kelahiran. 3.0 Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif 4.2 Faktor Persekitaran (a) Persekitaran Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor fisiologi merupakan punca utama terjadinya ADHD dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut. 9 . Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan yang baik di dalam proses pembelajaran. 4. (C) Faktor Biokimia Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain. kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen. Misalnya kanak-kanak dengan ADHD yang dididik dalam keluarga yang teratur dan mempunyai peraturan yang jelas akan berkemungkinan besar menunjukkan ciri-ciri ADHD yang ringan. Selain itu kecederaan otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk atau kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala. Sensory Hyperactive (pancaindera) : 1.1 Ciri-ciri PerkembanganFizikal Menurut William Cruickshank (1986) ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada 2 jenis iaitu : (a). tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD. Lemah dan gagal memberi tumpuan : Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun seketika. (b) Kecederaan Otak Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada penggunaan dadah.

pengasingan dan menyatakan kaitan atau perhubungan : Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek. 4. perhatiannya tertumpu pada pandangan dan pendengaran yang berulang kali. 2. mereka akan mencuba pelbagai cara seperti menghentak. Tingkahlaku yang aktif dan melampau : Kanak-kanak ini terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 2. Dalam lain perkataan. kanak-kanak ini hanya memberi tumpuan untuk seketika sahaja tetapi selepas beberapa minit mereka akan mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang lebih memberikan sesuatu perasaan yang menghiburkan hatinya. Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang : Apabila mereka mendapat sesuatu. Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang : Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi saiz. jarak dan keadaan ruang. memukul. kanakkanak ini tidak boleh duduk diam dan ada ketikanya mereka bersikap agak agresif sehingga menyebabkan pergaduhan mencederakan rakan-rakan. (b)Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) : 1. 10 . membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezaan di antara lori dan bas sebagainya contohnya. Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali : Di dalam kelas juga atau di tempat-tempat lain seperti di rumah. Mudah hilang tumpuan : (D20102042490) Apabila proses pembelajaran sedang berlangsung. 5. membaling atau sebagainya terhadap benda tersebut. Sasarannya adalah orang atau benda yang berada berhampiran dengannya. Tidak boleh membuat gambaran. 3.

Tidak tahu erti bahaya : Kanak-kanak ini biasanya tidak pernah membayangkan tentang bahaya atau kecederaan yang akan mereka alami dan tempuhi disebabkan mereka sentiasa berkhayal seterusnya dengan tidak disedarinya mereka terus melakukan sesuatu di luar kawalannya. memegang kaca yang pecah dan sebagainya.Selalu melakukan perlakuan yang merbahaya : Kanak-kanak ini selalu melakukan aktiviti yang merbahaya seperti melompat longkang yang besar.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 4. kanak-kanak ini perlu 11 . Risau/resah/gelisah : Kanak-kanak ini sentiasa risau.Tingkahlaku yang memerlukan pengawasan yang rapi : Biasanya kanak-kanak hiperaktif akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. Mereka merasakan berlari itu sesuatu yang menyeronokkan tanpa mempedulikan orang lain walaupun akan mengakibatkannya terjatuh atau tersungkur. Suka mengelamun/berkhayal : Apabila kanak-kanak ini bersendirian. 7.Mereka ini merasa seronok apabila dapat melakukannya. mereka resah dan gelisah apabila tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang mereka suka dan berminat. kanak-kanak ini suka berlari ke sana ke mari untuk memuaskan hatinya. Oleh kerana itu.2 Ciri ciri Perkembangan Motor (D20102042490) 1.Tidak berhati-hati : Apabila kanak-kanak hiperaktif ini melakukan sesuatu perkara. memanjat pagar seterusnya terjun ke bawah. 4. mereka banyak berkhayal dan mengelamun tentang perkara-perkara yang digemarinya dan apabila tersedar dari lamunannya mereka akan mengaplikasikan. 6.Agresif iaitu suka berlari-lari : Apabila berada di dalam kelas atau berada di mana-mana sahaja. mereka tidak berhati-hati dan sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri atau orang lain. 3. 5. 2.

berjalan-jalan dan kurang tidur : Sewaktu tidur pula.Masalah tidur yang lasak. kanak-kanak hiperaktif akan segera melakukan tugasan dengan penuh semangat dan berkeyakinan tetapi dalam masa yang sama tugasan tersebut kurang berkesan kerana dilakukannya dengan tidak teliti dan tiada peraturan atau strategi tertentu. 10. ke atas atau ke bawah dan posisinya sering beralih arah. Semasa sedang tidur juga. ibu bapa atau seseorang yang lebih dikenalinya atau rapat dengannya. Tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan : Apabila berada di dalam sesuatu permainan atau pasukan.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) pengawasan yang rapi oleh guru-guru. 4. Sebab itulah dikatakan bahawa bukannya kanak-kanak hiperaktif tidak dapat menumpu perhatian mereka tetapi sebenarnya mereka tidak dapat mengatur di mana tumpuan mereka harus tertumpu dan sekerap mana pula tumpuan itu berpindah ke tempat lain. Terdapat empat aktiviti mental terlibat dalam masalah ini iaitu : 12 . kanak-kanak hiperaktif ini tidak dapat untuk menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut atau tidak dapat untuk bersamasama dengan rakan-rakan yang lain kerana kanak-kanak ini biasanya berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain. 8. 11. kanak-kanak ini biasanya tidur dalam keadaan yang tidak menentu iaitu seringkali beralih ke kiri dan ke kanan.Mereka sebenarnya tidak dapat menyeimbangkan dirinya atau pemikiran serta perlakuannya dengan lebih sempurna.Lemah koordinasi : Perlu juga kita ketahui bahawa kanak-kanak hiperaktif ini adalah lemah koordinasinya.Bertindak cepat tetapi kurang berkesan : Apabila diberikan tugas oleh guru. 9. Kadang-kadang mereka juga kurang tidur ataupun suka tidur lewat.3 Ciri-ciri Perkembangan Kognetif Ciri-ciri kognetif kanak-kanak hiperaktif dianggap berkaitan dengan kelainan otak mereka. kanak-kanak boleh berjalan mengikut suka hatinya sama ada pergi tidur bersama adik-beradik yang lain atau mencari tempat yang lebih selesa.

Ada murid hiperaktif yang tidak berupaya mengawal emosi mereka dan juga melaksanakan tugasantugasan yang berat sehingga mereka berlari keluar kelas atau cepat meradang. Selain itu. Namun begitu. menambah kata sifat. 4. kata kerja dalam ayat itu dan dapat mengecam ayat dalam pelbagai konteks.4 Ciri-ciri Perkembangan Sosial dan Emosi Ciri-ciri sosial dan emosi lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri dan kefungsian social secara menyeluruh. menyelesaikan masalah dan mengikut arahan.Namun .Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 1. Ingatan Kerja (Working Memory ) (D20102042490) Aktiviti ini membolehkan murid mengingat apakah tugasan mereka dan berapa banyak masa yang digunakan untuk menyiapkan tugasan itu. sama ada individu hiperaktif mempunyai penghargaan kendiri yang positif atau negative masih belum jelas. 1. Sekiranya seseorang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Penghargaan Kendiri Penghargaan kendiri merujuk kepada anggapan seseorang terhadap dirinya sebagai seorang individu. Membentuk Semula Ativiti mental ini merujuk kepada keupayaan memecahkan perkara yang diperhatikan dan menyatukan bahagian-bahagian untuk melaksanakan tindakan baru. bagi murid hiperaktif mereka berkemungkinan tidak dapat mengingat arahan yang diberikan oleh gurunya. mereka biasanya akan menulis ayat-ayat yang pendek dan panjang. 2. 13 . melibatkan juga penjanaan emosi dalaman. 4.Murid hiperaktif biasanya lemah dalam kemahiran ini. Mengawal Emosi dan Motivasi Aktiviti mental ini melibatkan keupayaan mengasingkan kekecewaan dan masalah emosilain bagi menyiapkan tugasan. 3. Misalnya apabila murid belajar sebahagian daripada ayat. Sebaliknya bagi murid hiperaktif mereka bermasalah dalam tugasan sebegini. Pertuturan Arah Kendiri Mekanisme ini digunakan oleh murid untuk membuat refleksi tentang perkembangan tugasan mereka. dia akan menganggap dirinya sebagai mempunyai banyak kekuatan dan begitulah sebaliknya.Individu hiperaktif didapati lebih cenderung mengalami kemurungan.

Ini dapat dilihat daripada tindakan yang mengikut gerak hati dan mereka juga gagal memahami kenapa mereka dihukum kerana perbuatan yang dilakukan. membina peraturan disiplin yang berkesan. Kanak-kanak hiperaktif mengganggu rutin kelas dan memerlukan lebih perharian daripada guru.1 Ibu Bapa Ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan tentang ADHD supaya mereka dapat membantu anak mereka mengurangkan masalah yang timbul daripada ADHD. bagaimana menetapkan jangkaan dan hadnya. Mereka kerap menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan social di sekolah dan juga di tempat lain. keadaan individu yang mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan pada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkannya. maklumat tentang fungsian social murid hiperaktif adalah jelas. 14 .0 Langkah-langkah Pencegahan Implikasi pembelajaran bagi kanak-kanak dengan ADHD adalah jelas iaitu kepelbagaian tingkah laku yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Kefungsian Sosial (D20102042490) Berbeza dengan penghargaan kendiri. sokongan persekitaran. Mereka juga mungkin kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain. Keadaan ini akan mengganggu pembelajaran murid-murid lain dan juga menimbulkan masalah pembelajaran kepada dirinya sendiri.Kanak-kanak ADHD kerap mengalami kesukaran pemprosesan auditori. Keperluan pendidikan kanak-kanak dengan ADHD memerlukan intervensi dari awal lagi dari segi penglibatan ibu bapa. Di samping itu juga. (2006) 5. tingkah laku dan proses pengajaran dan pembelajaran. Di antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh ibu bapa adalah seperti pengurusan tingkah laku. membina strategi untuk menangani masalah tingkah laku yang serius dan ibu bapa juga perlu belajar cara mengurus perasaan marah dan juga tekanan. mereka juga seorang yang pelupa dan tumpuan mereka mudah terganggu. Selain daripada itu. Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya APA (2000) dalam dalam Azizi Yahaya et al.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 2.Apa yang dimaksudkan adalah mereka mungkin mempunyai pendengaran yang baik dan boleh mendengar arahan tetapi tidak berkeupayaan memahami bunyi yang didengar. 5. guru.

Menyusun pembelajaran. Sentiasa bersifat pemaaf dan lenyapkan kemarahan dan kekecewaan anda setiap hari.misalnya menjadikan pembelajaran lebih aktif dengan cara memberi murid peluang bergerak. bukan bercakap. vi. x.3 Sokongan Persekitaran Kanak-kanak dengan ADHD boleh belajar sekiranya dibantu melalui sokongan persekitaran seperti susunan kelas yang boleh membantu mereka. ii. v. Lebih banyak bertindak . Di antara sokongan persekitaran yang dapat diberi untuk membantu kanak-kanak dengan ADHD adalah seperti berikut: i. ix. Hendaklah sentiasa tetap dengan keputusan atau tindakan. Beri maklum balas dengan kerap. 15 . iv. Kerjasama guru dengan ibu bapa adalah sangat penting kerana ibu bapa dapat menyediakan maklumat-maklumat penting tentang anak mereka yang boleh membantu guru menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran. ii.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) Bureau on Learning Disabilities (BOLD) di dalam naskah maklumatnya telah memberikan 10 prinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak mereka iaitu : i. Ingat bahawa ini bukan salah anda dan bawa bertenang.2 Guru Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang ADHD supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. iii. 5. Hasil daripada tingkah laku dikenakan masa yang lebih lama dan lebih berat (contoh : dendaan/hukuman) iv. Sentiasa ingat bahawa anak mereka tidak dapat mengelak daripada masalah kerana ADHD adalah suatu ketidakupayaan. Beri anak maklum balas dengan serta merta. iii. Susunan kelas hendaklah bebas daripada gangguan tumpuan perhatian. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan. Menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkan murid sekiranya terdapat sebarang perubahan. vii. Elakkan krisis – sebaliknya merancang ke depan untuk situasi masalah. Gunakan ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman/dendaan. Selain itu kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku murid ADHD-nya. viii. 5.

Pecahan tugasan yang kompleks/besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.4 Intervensi Tingkah Laku Di antara intervensi tingkah laku yang dapat dilaksanakan oleh guru adalah: i. iii. 5. Token ekonomi – memberi ganjaran dalam bentuk token (sticker. iaitu boleh ditukarkan dengan barang yang disukai. Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran. Strategi pencegahan – iaitu menghentikan tingkah laku yang tidak sesuai ketika baru bermula atau ketika masih ringan. Mengikut statistic pelajar dapat mengekalkan : 10 peratus daripada apa yang dibaca 26 peratus daripada apa yang dibaca 30 peratus daripada apa yang dibaca 50 peratus daripada apa yang mereka lihat dan dengar 70 peratus daripada apa yang mereka kata. iv. ii. minat murid mengulang arahan tersebut kepada anda. Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran. Di antara intervensi pengajaran yang berkesan adalah : i. v. Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran. Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini dan yang ditujukkan. iii. syiling plastic dan lainlain) yang mempunyai nilai ekonomi. Arahan yang diberi hendaklah jelas. vi. dan 90 peratus daripada apa yang mereka kata dan buat 16 .5 Intervensi Pengajaran Kanak-kanak dengan ADHD boleh dibantu dalam pelajaran mereka melalui intervensi pengajaran yang berkesan.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) 5. ii. ringkas dan lengkap Apabila memberi arahan.

murid ADHD akan ditempatkan di dalam kelas Program Khas masalah Pembelajaran (PKBP) dan mengikuti kurikulum PKBP berdasarkan Sukatan Pelajaran PKBP Sekolah Rendah dan Menengah. Pengajaran guru akan disesuaikan dengan tahap keupayaan mental pelajar. keupayaan berkomunikasi dan lain-lain. perhatian. tingkah laku. Murid yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang baik akan mengikuti pelajaran pada tahap yang lebih tinggi berbanding rakan mereka yang lain. 17 . Pelaksanaan kurikulum adalah luwes (Flexible) mengikut keupayaan murid. tumpuan. Sebab itulah Sukatan Pelajaran PKBP digabungkan antara sekolah rendah dan sekolah menengah bagi menunjukkan kesinambungan kurikulum.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 5. motor kasar dan halus. tahap kemahiran.6 Kurikulum (D20102042490) Sebagai mana murid berkeperluan khas yang lain.

(1992). 18 . Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-murid Berkeparluan Khas.A.spe-ed. Kementerian Pelajaran Malaysia.pdknet.Mohd Nazri bin Yahya KBK 3073 (D20102042490) Rujukan Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (2000).Selangor.net/blind. Kementerian pelajaran Malaysia.my Jabatan Pendidikan Khas. Jabatan Pendidikan Khas. Mohd.com.speed.Mohamed(2006). Jabatan Pendidikan Khas.(2003). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.php Suraya Adam (1996).t. Pendidikan Khas dan Pemulihan : Bacaan Asas.Hafiz Baharom & Sulaiman Mohd Rizan (2008) Bermasalah Penglihatan. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd Kementerian Pelajaran Malaysia. Special Education: Pendidikan Khas di Malaysia: http://www. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya Jamilah K.Buku Maklumat Pendidikan Khas.dari http://www.net.(2005) Maklumat Pendidikan Khas. Sukatan pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendan dan Menengah. Kuala Lumpur. Perkembangan Pendidikan Khas dan Pendidikan Pemulihan. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka Jabatan Kebajikan Masarakat :Pemulihan Dalam Komuniti Network: www.Kuala Lumpur.t.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful