penerapan nilai akhlak

November 10, 2011 KONSEP NILAI MURNI DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

1.0 Tujuan pemilihan tajuk. Memandangkan kepada masalah sosial yang semakin ketara dan berleluasa dewasa ini khususnya dikalangan remaja ataupun kanak-kanak sekolah, tajuk ini amat sesuai dipilih untuk diperbincangkan. Masalah sosial yang disajikan kepada kita baik melalui media elektronik ataupun media cetak setiap hari amat membimbangkan contohnya kes penyalahgunaan dadah, penderaan, pembunuhan, rasuah, politik wang dan sebagainya. Kes juvana juga semakin hari semakin meningkat. 2.0 Definisi Nilai Murni Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: “Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia” (Wan Mohd. Zahid, 1988) Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani. 3.0 Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat. “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. agama. Bangsa dan negara. Bak kata pepatah. Pendidikan di rumah adalah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman kanakkanak lagi.W menegaskan kepentingan pendidikan bermula di rumah iaitu pada peringkat keluarga lagi. manusia hendaklah menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain. 3. Rasulullah S. 2. berketerampilan. Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam mentafsir.kepatuhan kepada tuhan. guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan memeprsembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik.A. 5. berketerampilan dan berakhlak mulia. Nasrani atau Majusi. Percaya dan patuh kepada tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri. agama dan negara.” Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilainilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini. masyarakat. membentuk dan melaksanakn hasrat falsafah pendidikan demi untuk melahirkan insan yang berilmu. Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau selaku Menteri Pendidiakn pernah menyeru agar FPN menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang hendak dicapai. Sabda baginda yang bermaksud: ” Setiap bayi yang dilahirkan itu dengan fitrahnya. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri: 1. 6. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah lagi merupakan basic atau asas kepada . Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Ibubapa. berakal. 4. beriman. Hanya ibubapanya yang menjadikan ia Yahudi.

berpengetahuan. akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan. formal dan tidak formal. Selain daripada itu tekanan daripada cendikiawan Islam terutama sejak Persidangan Sedunia Tentang Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977 serta penularan pelbagai jenis penyakit kerohanian. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana: ” Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum. Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Ini menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita.0 Rasional Nilai-nilai Murni dalam Falsafah Pendidikan Negara Pada bulan Mei 1969. berkebolehan berwawasan dan terlatih. bertanggungjawab.proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni. amal dan wariskan?. Emosi. sosial dikalangan pelbagai lapisan masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih kepada isu nilai dalam pendidikan.” . 4. perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan sendiri. Untuk melihat output dan product yang positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah melalui penanaman nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik mereka agar selaras dengan penyataan FPN ini. yang akan mempengaruhi penanaman nilai dalam jiwa pelajar. rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap matapelajaran. di dalam dan di luar bilik darjah. Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu. Mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI (Jasmani. Maka apakah corak pandangan hidup atau “world view” yang harus didedahkan kepada pelajar atau belia sekarang untuk mereka hayati. Dan adakalanya nilai murni yang disalurkan itu tidak terdapat secara khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak formal seperti komunikasi yang baik antara guru dan murid. Kesan daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samada melalui bentuk penerangan. Guru bukan hanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat dalam syllabus tertentu sahaja. Masyarakt adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPN yang dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah tamat bersekolah. berdisiplin. Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangan dalam melahirkan individu yang berakhlak. akhlak. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa berterusan. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai tersebut. Masyarakat kita tiada semangat muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum.

2. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Secara pertuturan Secara perlakuan Secara teladan Secara isyarat Secara kefahaman Secara interpretasi Secara konteksual Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri. 5. Berasaskan kepada pandangan dan maklumbalas yang diperolehi . afektif. keluarga. Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian: • • • Bertanggungjawab Berupaya bertindak sendiri Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.0 16 Aspek Nilai-nilai Murni Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilainilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita. .5. komuniti dan masyarakat. tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:1. 7. jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif. Baik Hati Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. 6. psikomotor dan akhlak. 4. Ini meliputi: • • • • • Aspek belas kasihan Bertimbang rasa Murah hati Saling faham memahami Sedia memaafkan 1. Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui: 1. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. 3.

Ini merangkumi: • • • • • • • Hormat dan taat kepada ibubapa Hormat kepada orang yang lebih tua. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu. jiran tetangga dan pemimpin Hormat kepada raja dan negara Patuh kepada undang-undang Hormat kepada hak asasi Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan Hormat kepada keperibadian individu. Kasih sayang Perasaan cinta. rakan. masyarakat dan negara. Kebebasan Kebebasan yang dimaksudkan ini. pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.1. Ciri-ciri berhemah tinggi adalah: • • • Kesopanan Mengakui kesalahan Ramah mesra 1. guru. Contohnya ialah: . Hemah Tinggi Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Hormat Menghormati Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. Keadilan Perlakuan. 1. tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama. tanpa sebarang unsur kepentingan diri: • • • • Sayang kepada nyawa Sayang kepada alam sekeliling Cinta kepada negara Cinta kepada keamanan dan keharmonian 1. 1.

gotong royang. 1. ketoleranan dan perpaduan. pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah: • • • • Kebersihan diri Kebersihan persekitaran Pertuturan dan kelakuan yang bersopan Pemikiran yang sihat dan membina 10. 1. Ini termasuklah: . Kejujuran Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik. 1. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. kegigihan. Kerajinan Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan. Kesedaran Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran. Nilai ini merangkumi: • • • • Berani dengan tidak membuta tuli Berani kerana benar Berani mempertahankan pendirian Berani bertanggungjawab. pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. kecekalan. komuniti. amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara. 1. Kerjasama Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu. tanggungjawab bersama. perlakuan. Keberanian Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Kebersihan fizikal dan mental Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan. 1.• • Kebebasan di sisi undang-undang Kebebasan dalam sistem demokrasi. masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan.

Pelajar di mana membuat penilaian berdasarkan kepada nilai mereka sendiri di mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar untuk mereka periksa nilai sendiri di samping guru mencari alternatiif lain. 1. penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung.• • Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain. Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran. kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat. boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka. . Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku. Kesyukuran Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih. Ketiga-tiga aspek ini digabungkan sebagai commitment untuk menjadikan nilai-nilai murni sebagai asas utama dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah di antara satu sama lain. mengenang budi dan penghargaan. tanpa dipengaruhi oleh perasaan. 1.0 Strategi Penerapan Nilai Murni Suatu proses perubahan yang sedang berlaku dalam Falsafah Pendidikan Negara dengan menjadikan “Manusia” sebagai objek yang paling utama. Fakta-fakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. 6. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan. Dalam pendidikan . 1. malah berkaitan dan bersifat bersepadu. Aspek-aspek Ontologi (teori kejadian). Unsur-unsur utama yang akan digunakan untuk mewujudkan kesepaduan itu ialah unsur nilai. epistemologi (teori ilmu) dan axiologi (teori nilai). Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Semangat Bermasyarakat Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan. Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu diperingkat menengah. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Unsur yang menunjukan kesepaduan ini ialah unsur nilai. Melalui matapelajaran tertentu. Teknik ke tiga dan ke empat juga berlaku secara tak langsung di mana biasanya melalui teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. baik melalui ibubapa. . Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam memupuk nilai murni baik secara formal ataupun spontan menyebabkan ianya akan sentiasa dapat dipupuk dari semasa ke semasa. Orang yang rasional boleh membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi menyelesaikan sesuatu masalah. hari ini kita telah dapat melihat beberapa bukti yang menunjukkan sejauhmana keberkesanan ataupun ketidakberkesanan penerapan tersebut. jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai matlamat dan keberkesanannya. Di sini pelajar akan dapat melihat dan membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran khusus tadi dengan apa yang dilihat sekarang. Antara cara yang dikenalpasti untuk menerpkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah: • • • • Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam) Penerapan nilam murni dalam matapelajaran lain Aktiviti ko-kurikulum Aktiviti persatuan sekolah Melaui teknik-teknik di atas. Penerapan nilai-nilai murni akan tertera dengan sendirinya. Memandangkan penerapan nilai telah lama dilaksanakan dikalangan pelajar. sekurang-kurangnya dengan mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan akan memberikan pengetahuan ataupun akan dapat menarik minat mereka untuk belajar. Jika kumpulan yang tidak mempunyai nilai murni mereka akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah. 7. Disamping bimbingan guru-guru dasn ibubapa. Tindakan Kementerian Pendidikan yang melancarkan strategi bersepadu diperingkat sekolah menengah (KBSM) adalah bersesuaian kerana ia bertujuan memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah jauh antara satu sama lain dan sentiasa berkaitan dan bersifat bersepadu. Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlaku secara langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. guru ataupun masyarakat. penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan walaupun tidak sepenuhnya.0 Keberkesanan penerapan nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara. 8. kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri mereka sendiri.0 Teknik Penerapan Nilai Murni Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan dalam pendidikan.Nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana sesuatu nilai harus dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional.

Masalah-masalah sosial yang semakin meningkat sekarang menunjukkan kesukaran mereka melaksanakan nilai-nilai murni tersebut walaupun mereka mengetahuinya. Tapi ada juga remaja yang sedar dan cuba menarik dan menutupinya dengan mengalunkan lagu-lagu dakwah dengan memuji kebesaran Illahi seperti kumpulan Rabbani. sifat dan pencapaian yang baik yang ditunjukkan. dalam industri muzik yang sentiasa mengulit remaja dengan lagu-lagu dan muzik terkini seperti rock. tetapi tidak dipraktikan. Ini menunjukkan satu inesiatif yang baik dalam menyemai nilainilai murni. Misalnya. Contohnya. Perkembangan kumpulan pemuzik dakwah ini sekurang-kurangnya menunjukkan adanya kesedaran dan kejayaan pemupukan nilai murni. Raihan. Mereka pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak menyinggung perasaan orang lain. menolong dan perihati terhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa. Hijjaz. dang-dut. tiada ertinya. “Ya” dan “Tidak”. guru dan masyarakat dan pelajar itu sendiri. Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua nilai-nilai murni yang diterapkan di sekolah-sekolah atau di rumah itu diterima pakai oleh pelajar kita. Antara bukti keberkesanan yang telah kita dapat lihat pada hari ini ialah semakin ramai golongan remaja kita yang berakhlak mulia walaupun mereka dipengaruhi oleh pelbagai godaan untuk memencongkan nilai murni pada diri manusia. menunjukkan disamping mereka menderma mereka bekerjasama membantu memungut derma tersebut. Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yang ditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat. “Pingat Hang Tuah”. Golongan remaja yang awal 20-an sekarang adalah mereka yang telah diterapkan dan diberi penekanan mengenai penerapan nilai-nilai murni semasa di sekolah dahulu. sebab masih ada yang menunjukkan kesan yang negatif. dan lain-lain. . Ini berpunca daripada beberapa faktor tertentu seperti ibubapa. Misalnya mereka prihatin dalam menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. ini kerana walaupun penerapan nilai telah disemai dan dilaksanakan namun masih ada yang tidak mengamalkannya walaupun mereka telah menerimanya. “Olahragawan dan Olahragwati” dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai dan keberkesannanya kerana penganugerahan itu diberikan berdasarkan kepada sikap. Hawa dan sebagainya. Melalui penerapan nilai di sekolahsekolah. Dari segi ekonomi misalnya. Anugerah “Tokoh Kanak-kanak”. “Derma Hari Pahlawan” yang selalu di buat oleh kanak-kanak sekolah . kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap kelemahan dan kesusahan orang lain. “Ilmu tanpa Amal”. Hasilnya kita lihat pada hari ini adanya kesedaran daripada golongan remaja sendiri untuk membenteras kepincangan yang dihadapi oleh segelintir rakan mereka yang masih dipengaruhi oleh nilai yang tidak elok. ramai pelajar yang dapat menerimanya. institusi sekolah sendiri.Adakah matlamat FPN untuk melahirkan insan yang seimbang dan hamonis telah terccapai? Jawapannya. Penerapan nilai murni yang mereka terima membantu menyedarkan mereka untuk menderma.

Dengan adanya PIBG. kemajuan serta masalah yang melanda pelajar serta sekolah tersebut. .0 Penutup Kesemua 16 nilai yang dipilih untuk disisipkan kedalam pendidikan adalah nilai-nilai yang dapat menjadikan seseorang itu manusia yang dihormati dan boleh memainkan peranan yang aktif dalam menjamin keharmonian dalam masyarakatnya serta dapat menyumbang kearah pembangunan masyarakat.0 Konsep Pemuafakatan Dalam Pendidikan Dalam pendidikan. maka dengan tidak adanya paksaan samada dari ibubapa ataupun guru menyebabkan mereka melalaikannya. setiakawan serta kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan. perkembangan . Contohnya temasya sukan atau sukaneka di sekolah adakalanya melibatkan tidak hanya pelajar berkenaan tetapi juga ahli keluarga pelajar tersebut. mereka sekadar mengajar mengenai nilai-nilai murni kepada pelajar sedangkan mereka sendiri tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik. Misalnya mereka mempelajari sesuatu subjek itu adalah sekadar examoriented. Mereka tidak begitu memberi perhatian terhadap nilai-nilai yang asas atau kecil. Ini menunjukkan adanya semangat kesukanan. hanya untuk lulus peperiksaan. Konsep pemuafakatan di sekolah juga dapat kita lihat melalui kegiata-kegiatan kokurikulum ataupun temasya yang diadakan. Sikap individu atau pelajar sendiri yang ambil mudah (sambil lewa) terhadap penerapan nilai murni ini. Sebarang kemajuan dapat dirasai bersama sebaliknya juga sebarang masalah perlu dipikul dan dibanteras bersma. 10. Mereka memandang ringan atas beberapa kesilapan kecil yang dilakukan dan kurangnya penerapan. Begitu juga guru-guru dan masyarakat. Antaranya yang jelas kita nampak ialah pemuafakatan yang dibuat melalui penibuhan PIBG di sekolah-sekolah untuk menangani dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan sekolah. ini menunjukkan bebanan di sekolah tidak hanya dipikul oleh guru sahaja tetapi juga mendapat kerjasama daripada ibu-bapa pelajar. Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari segi JERI bagi melaksanakan hasrat FPN bukanlah satu yang mudah. konsep pemuafakatn ini ditumpukan kepada pemuafakatan antara guru. 9. Penggubalan KBSM adalah harapan untuk melahirkan insan yang soleh dan berakhlak mulia. ibubapa. masyarakat dan murid itu sendiri. Guru misalnya. Ada segelintir pelajar yang suka dipaksa untuk melakukan sesuatu perkara.Ibubapa misalnya mereka walaupun telah menyemai dan menanam nilai-nilai murni dalam jiwa anak mereka tetapi tidak menggalakkan mereka untuk mengamalkan adalah sesuatu yang tidak wajar. bukannya memahami dan mempraktikkan apa yang dipelajari.

Guru sebagai “role model” perlulah menunjukkan dan menainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan. Ini menunjukkan kerajaan ada campurtangan dan turut memberi penekanan kepada bukan sahaja ilmu yang bersifat kerohanian dan keduniaan tetapi juga ilmu moral yang lebih bersifat kejasmanian dan keakhiratan. Matlamat akhir pendidikan bersepadu adalah merupakan integrasi tanggungjawab membentuk insan yang baik dan seimbang dari segi rohani. Ia menampakkan sifat yang bersepadu. Pendidikan akan sentiasa terus berlangsung. di antara kemahiran dan akhlak. iman dan amal. jasmani. FPN digubal berpandukan kepada konsep berteraskan Allah SWT. di antara pembangunan keduniaan dan akhirat. emosi dan intelek selaras dengan kehendak FPN. Insan yang baik akan membentuk keluarga yang baik. menyeluruh dan seimbang iaitu kesepaduan di antara ilmu. kesepaduan di antara teori dan amali. alam dan Allah. Guru harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya. Kesemua nilai yang disenaraikan merupakan asas atau jambatan kepada pelajar yang masih dibangku sekolah dalam membentuk perwatakan dan displin diri yang tinggi dan mulia. seterusnya masyarakat serta bangsa yang baik. tiada limitasinya. . yang mana kesemuanya bermatlamatkan pemikiran insan soleh . di antara rupa dan jiwa. perlakuan maupun tuturkatanya. kesepaduan di antara akal. jasad dan roh. dan di antara manusia.Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% kepada kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulan juga berdasarkan inisiatif mereka sendiri. Begitu juga dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah bersesuaian. Tindakan kerajaan menukarkan kurikulum lama kepada kurikulum baru iaitu pendidikan bersepadu (KBSM) adalah satu langkah yan bijak dan tepat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful